You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KLINIK KESIHATAN RANTAU

KALI PERTAMA BAGI TAHUN 2010

TARIKH: 29.01.2010
HARI : JUMAAT
MASA ;4.00PETANG
TEMPAT: JABATAN PESAKIT LUAR

KEHADIRAN:
Dimulakan dengan kata-kata aluan dari Doktor Nadzatul Yusrina mengucapkan terima kasih
kepada staff yang sudi meluangkan masa untuk hadir pada mesyuarat kali pertama ini.

01. Vaksin H1n1


Berkenaan dengan suntikan untuk vaksin H1N1 semua staff ’front liner’ diwajibkan
ambil, tempoh pemberian suntikan dari 31/1/10 hingga 1/2/10
Tindakan semua staff

02. Vaksin HPV(Human Papiloma Virus)

Semua murid perempuan yang berumur 13 tahun bakal menerima suntikan vaksin baru
iaitu HPV(human papiloma virus) yang bertujuan untuk mencegah penyakit kanser pangkal
rahim.
Tindakan semua staff

03. Klinik 1 Malaysia


Klinik 1 Malaysia akan memulakan operasi di kawasan yang terpilih iaitu di Taman
Semarak Nilai, Taman Rasah Jaya, Seremban Jaya. Staff yang terlibat untuk mengendalikan
klinik 1 Malaysia terdiri dari 1 Pembantu Pegawai Perubatan, seorang Jururawat Terlatih
dan seorang Pembantu perawatan Kesihatan. Kakitangan yang berminat untuk bekerja lebih
masa di Klinik 1 Malaysia boleh menghubungi PKD untuk memberikan senarai nama
pegawai yang berminat.
Tindakan staff terlibat
04. Kewangan
4.1 Semua kakitangan di nasihatkan melakukan perbelanjaan urusan klinik berbelanja
secara berhemah. Penggunaan elektrik dan air secara bijak untuk mengurangkan kos yang
mana boleh membebankan kewangan PKD. Telephone juga hanya digunakan untuk urusan
klinik. Peralatan alat tulis juga hanya dibekalkan oleh PKD mengikut keperluan dan ’ink
printer’ hanya dibekalkan untuk warna hitam sahaja.
4.2 Penggunaan kenderaan hanya atas urusan tugas rasmi. Tuntutan elaun kerja lebih
masa juga akan dipantau hanya boleh diluluskan di PKD. Bagi staf yang menuntut elaun
kerja lebih masa untuk kem kesihatan hanya boleh menuntut sekiranya mendapat kelulusan
PKD. Tindakan semua staff

05. Kutipan wang hasil


Setiap kutipan wang hasil boleh dilakukan tanpa terikat pada tempoh masa, iaitu boleh
dibuat pada bila-bila masa. Tindakan staff terlibat

06. Pengendalian kenderaan


6.1 servis kenderaan boleh dilakukan setelah diberitahu kepada pembantu pegawai
perubatan . Tentukan kerosakan kenderaan telah diperbaiki sewaktu pemandu mengambil
kenderaan yang telah dihantar untuk pembaikan untuk memastikan kenderaan telah dibaiki.
Sekiranya 2 kenderaan rosak sekaligus, ambulan boleh dipinjam dari KK Nilai.
Tindakan Pemandu dan PPP

07. Penjagaan buku cuti sakit


Perlu lebih pemantauan untuk mengelakan sebarang masalah timbul.
Tindakan PPP

You might also like