You are on page 1of 89

Isi Kandungan

Perkara HALAMAN Disunting Oleh


1. Prakata Pengarah 3 Pn. Norul Ashikin Abdullah
Kesihatan Negeri Pegawai Bahagian Pendidikan
Terengganu Kesihatan

2. Ucapan YAB Menteri 5 Suntingan


Besar Terengganu
Artikel / Teks
3. Ucapan YA Berbahgia 13
Isteri Menteri Besar Bahagian Kesihatan Awam
Terengganu
Bahagian Perubatan
4. Ucapan YB Menteri 19
Kesihatan Malaysia Bahagian Pengurusan

5. Ucapan YB Timbalan 23 Bahagian Farmasi


Menteri Kesihatan
Malaysia Bahagian Kawalan Vektor

Bahagian Kualiti Makanan


6. Ucapan YB Ketua 27
Pengarah Kesihatan
Malaysia

7. Ucapan YB Pengerusi 31
Jawatankuasa Kesihatan,
Pembangunan
Wanita, Keluarga
dan Masyarakat Negeri

8. Ucapan Pengarah 51
Kesihatan Negeri
Terengganu

2 Koleksi Ucapan 2015


Prakata
Assalamualaikum w. b.t dan Salam sejahtera

Penerbitan Koleksi Ucapan ini satu inisiatif Jabatan Kesihatan Negeri dalam menghimpunkan
ucapan-ucapan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan Yang Amat Berbahagia
Isteri Menteri Besar, Menteri Kesihatan dan Timbalan Menteri Kesihatan, serta Ketua
Pengarah Kesihatan dan Pengarah Kesihatan Negeri sebagai panduan dan dokumen
rujukan.

Usaha dokumentasi ini adalah wajar supaya setiap intipati kandungan ucapan ini dihayati
dan difahami supaya setiap apa yang disuratkan ini dapat memberi manfaat kepada semua
yang membaca.

Semoga dengan adanya Koleksi Ucapan ini menambahkan lagi bahan rujukan berharga yang
boleh digunakan oleh semua anggota dalam memastikan kesinambungan perkhidmatan
berasaskan hasrat dan matlamat yang gariskan.

Akhir sekali, saya mengucapkan penghargaan kepada semua yang terlibat untuk memastikan
Koleksi ini dapat didokumentasikan.

Sekian, terima kasih.

DR HJ MOHAMMAD BIN OMAR


PENGARAH KESIHATAN NEGERI TERENGGANU.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 3


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 5
YAB HJ AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMAN
Menteri Besar Terengganu

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN PERKHIDMATAN KLINIK 1 MALAYSIA


Kampung Padang Air, Kuala Terengganu

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima-kasih kepada


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kerana menjemput saya untuk hadir dan
melancarkan Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia Kampung Padang Air, Kuala
Terengganu pada hari ini. Tahniah dan syabas juga kepada Jabatan Kesihatan
Negeri Terengganu kerana sentiasa memberikan tumpuan khusus dalam penyediaan
perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang terbaik kepada rakyat. Keputusan
Kerajaan untuk membina Klinik 1 Malaysia adalah selaras dengan tekad Kementerian
Kesihatan untuk memperbaiki dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan di
kawasan bandar. Dengan ini diharapkan pengwujudan Klinik 1 Malaysia akan
menjadi satu lagi kejayaan Jabatan Kesihatan ke arah memberikan perkhidmatan
kesihatan yang lebih baik kepada rakyat, tanpa mengira tempat dan kedudukan.

2.  Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan pelbagai kemudahan


infrastuktur kesihatan termasuklah klinik-klinik desa, klinik-klinik kesihatan, hospital-
hospital biasa, hospital berpakar dan institusi kesihatan khas bagi memastikan
perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat di
manapun mereka berada. Dengan bayaran yang paling minima dan ada yang
dikecualikan dari bayaran, rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang
berkualiti dan berkesan. Inilah bukti komitmen Kerajaan melalui Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan sentiasa menjaga kebajikan dan
kesihatan rakyat.

3.  Sebagaimana kita semua maklum, Klinik 1 Malaysia telah diwujudkan hasil satu
cetusan idea daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah diumumkan
pada 23 Oktober 2009 semasa Pembentangan Bajet 2010. Konsep klinik 1Malaysia
ini diadaptasi daripada Konsep 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan. Tujuan utama Klinik 1Malaysia ditubuhkan adalah untuk menyediakan
perkhidmatan rawatan perubatan yang ringan kepada masyarakat bandar yang
tinggi kepadatan penduduknya terutamanya kepada golongan yang berpendapatan
rendah dan pada waktu yang lebih panjang daripada klinik kesihatan biasa.

4. Kerajaan sentiasa peka dan mengambil perhatian beban serta kos sara hidup rakyat
yang terus meningkat. Dalam hubungan ini, kerajaan melalui Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri akan terus memastikan rakyat
mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang minima.

5. Oleh itu, setiap tahun tambahan pembinaan Klinik 1 Malaysia sentiasa diberi
keutamaan sebagaimana yang telah diumumkan dalam Ucapan Bajet 2015 iaitu
membina tambahan 30 Klinik 1Malaysia di seluruh negara. Klinik 1Malaysia dilihat
telah mencapai objektif penubuhannya iaitu mengatasi masalah kecapaian
perkhidmatan kesihatan bagi masyarakat Bandar dan pinggir Bandar berpendapatan
rendah dan sederhana.

6 Koleksi Ucapan 2015


6. Dengan akses yang mudah dan waktu operasi yang panjang, iaitu bermula 10 pagi
sehingga 10 malam, tujuh hari seminggu, ini memberi kemudahan kepada
masyarakat setempat mendapatkan rawatan ringan termasuk di luar waktu pejabat
dan hari cuti. Secara tidak langsung bebanan perkhidmatan pesakit luar dan masa
menunggu dapat dikurangkan, sama ada di klinik kesihatan di kawasan Bandar
mahupun di hospital yang berdekatan seterusnya kualiti perkhidmatan akan dapat
dipertingkatkan.
7. Bagi Negeri Terengganu, saya dimaklumkan kita, mempunyai 13 buah Klinik 1
Malaysia yang beroperasi di seluruh negeri dan di semua daerah termasuk K1M
Kampung Padang Air, di Kuala Terengganu ini. Ini merupakan K1M keempat di Kuala
Terengganu dan salah satu daripada dua buah K1M yang dirancang untuk tahun 2014
selain K1M Kampung Guntung Luar, Setiu. Penubuhan Klinik 1 Malaysia ini merupakan
salah satu usaha Kerajaan Malaysia untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan
dengan penduduk bandar dan pinggir bandar yang mempunyai pendapatan yang tinggi.
Pemilihan penubuhan Klinik 1 Malaysia di Kampung Padang Air ini adalah bersesuaian
dengan konsep penubuhan Klinik 1 Malaysia ini yang seterusnya dapat memberi
liputan rawatan perubatan ringan kepada kira-kira lebih 15,000 penduduk di
sekitarnya.

8.  Amat menggembirakan, khasnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan


Malaysia amnya, apabila penubuhan klinik ini mendapat sambutan yang amat baik
kerana dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik dan murah kepada
masyarakat setempat. Dengan bayaran hanya RM1 bagi warganegara dan ada yang
dikecualikan dari bayaran seperti kakitangan kerajaan, pesara, warga emas yang
berusia 60 tahun ke atas dan murid sekolah mereka boleh mendapatkan perkhidmatan
yang berkualiti.

9. Dengan Penubuhan Klinik 1Malaysia ini juga masyarakat setempat dialu-alukan


agar menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di sini sepenuhnya.
Lokasi yang strategik dan waktu operasi yang lebih panjang diharap dapat
memudahkan masyarakat mendapatkan rawatan ringan tanpa perlu bersesak dan
menunggu lama di klinik kesihatan atau hospital kerajaan sedia ada. Masa
perkhidmatan diberikan adalah mengikut kesesuaian pelanggan di mana bagi
mereka yang sibuk di waktu pagi boleh mendapatkan rawatan bila-bila masa
sehingga jam 10 malam. Di samping itu, pemeriksaan saringan kesihatan juga
disediakan bagi individu yang berminat untuk mengetahui status kesihatan masing-
masing yang meliputi pemeriksaan tekanan darah, BMI (Body Mass Index) dan
glukosa dalam darah.

10.  Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Pejabat Kesihatan
Daerah Kuala Terengganu dan semua pihak yang terlibat dalam memberi
kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan majlis
Pelancaran Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia Kampung Padang Air, Kuala Terengganu
pada hari ini. Juga kepada semua Jabatan dan agensi yang berkaitan yang telah
memberikan pelbagai bentuk kerjasama dan sokongan dalam menjayakan
penubuhan Klinik 1 Malaysia di seluruh Terengganu.

11.   Maka dengan ini, saya dengan sangat sukacitanya menyempurnakan Pelancaran
Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia Kampung Padang Air, Kuala Terengganu,
Terengganu.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 7


YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMAN
Menteri Besar Terengganu

SEMPENA

MAJLIS SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2015
Pada 14 Jun 2015

Di Cindai Ballroom, Duyong Marina & Resort


Pulau Duyong Besar, Kuala Terengganu

1. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, pada hari ini kita sama-sama berada
di Dewan ini untuk menjayakan Majilis Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia
Peringkat Negeri Terengganu tahun 2015. Terima kasih kepada Hospital Sultanah
Nur Zahirah selaku urusetia dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sebagai
penganjur yang menjemput saya ke majlis ini.

2. Sepertimana tahun-tahun sebelumnya, sambutan pada tahun ini dianjurkan secara


sederhana namun cukup bermakna. Saya difahamkan majlis ini dihadiri seramai 250
orang tetamu terdiri penganjur kempen derma darah, penderma darah serta para
jemputan khas. Majlis seperti ini diadakan bagi menunjukkan rasa penghargaan
dan terima kasih dari seluruh rakyat Negeri Terengganu ke atas penderma darah
dan penganjur kempen derma darah yang aktif memberikan sumbangan. Sumbangan
bakti mereka yang tidak terhingga telah membantu pihak Hospital mendapatkan
bekalan darah untuk kegunaan pesakit-pesakit di negeri ini.

3. Saya secara peribadi merasa sangat terharu dengan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan pada majlis ini. Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dan
sumbangan bagi mana-mana program yang berbentuk kemasyarakatan untuk
kepentingan awam. Majlis seperti ini juga adalah bertepatan dengan hasrat
kerajaan dalam mendukung cita-cita 1 Malaysia. Kita dapat lihat di dalam majlis ini
berkumpulnya pelbagai lapisan masyarakat dari latarbelakang yang berbeza.
Namun kita semua berkumpul kerana satu tujuan murni yang iaitu sudi membantu
dan menyumbang darah untuk kegunaan pesakit tanpa mengira kaum, bangsa,
agama dan darjat keturunan. Tuan-tuan dan puan-puan merupakan sebahagian dari
penyumbang dan penderma yang budiman untuk manusia sejagat.

4. Rasa terima kasih kerajaan negeri juga dizahirkan dalam menyokong program
berbentuk kemasyarakatan seperti kempen menderma darah yang dianjurkan oleh
hospital-hospital bersama program induk seperti Karnival Kesihatan, Karnival Sains
dan Inovasi dan Program-program Kemasyarakatan lain. Tujuan utama diadakan
program ini untuk memberi pendedahan kepada masyarakat betapa penting
sumbangan darah mereka kepada pihak hospital dalam membantu pesakit-pesakit.
Masyarakat harus sedar bahawa sumber darah datang dari seseorang individu yang
diperolehi atas dasar sukarela untuk membantu orang lain. Tanpa kesedaran ini
amatlah rumit pihak hospital mendapatkan bekalan darah untuk kegunaan pesakit
yang memerlukan.

8 Koleksi Ucapan 2015


5. Saya difahamkan tuan-tuan dan puan-puan penderma darah yang hadir pada hari
ini terdiri dari dua kategori yang dipilih. Yang pertama adalah penganjur-penganjur
program Kempen Menderma darah yang aktif di Negeri Terengganu dan kategori
yang kedua adalah individu yang aktif menderma darah dari pelbagai kategori
pendermaan.

6. Sepanjang tahun 2015, di Negeri Terengganu, terdapat 196 penganjur kempen


derma darah terdiri dari Badan-badan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO),
Institusi Pengajian Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/IPTS), Pusat-Pusat Latihan, Sektor
kilang dan swasta, dan Sekolah-sekolah. Sebanyak 234 program kempen derma
darah diadakan sepanjang tahun 2014. Manakala sehingga akhir Mei 2015 sebanyak
112 kempen derma darah telah dijalankan dengan jumlah darah yang berjaya dikutip
adalah sebanyak 6,180 unit beg darah. Jumlah kutipan darah paling tinggi
dicatatkan oleh IPTA/IPTS dan Pusat-pusat Latihan. Mereka mengadakan program
berkala berdasarkan kemasukan pelajar-pelajar/pelatih-pelatih setiap sesi pengajian/
kursus atau anjuran persatuan/pertubuhan yang ada. Program diadakan sempena
majlis pelancaran atau program tahunan seperti Hari Keselamatan, Kesihatan dan
Persekitaran dan sebagainya.

7. Manakala bagi ketegori penderma darah, urusetia sambutan memberi penghargaan


kepada individu yang aktif menderma iaitu melebihi 40 kali di Negeri Terengganu
sehingga April 2015. Penghargaan turut diberikan kepada penderma-penderma
darah yang termasuk di dalam kategori-kategori lain iaitu penderma darah Apheresis,
penderma darah Rh Negatif dan penderma darah dari golongan wanita.

8. Keperluan permintaan darah di hospital-hospital semakin bertambah dari tahun ke


tahun di Negeri Terengganu. Pada tahun 2014 , sebanyak 14,892 unit darah telah
berjaya diperolehi. Pada tahun 2015 pihak Unit Transfusi Darah mensasarkan
kenaikan kutipan sebanyak 10% iaitu kepada hampir 16,000 unit darah. Ini disebabkan
bertambahnya keperluan darah oleh pesakit-pesakit di hospital seperti adanya
hospital-hospital baru, perkhidmatan perawatan baru, kemalangan jalan raya,
pembedahan utama, rawatan penyakit seperti thalasemia, anemia, hemofilia dan
leukimia yang memerlukan darah setiap masa. Maka pada setiap masa Unit Transfusi
Darah memerlukan simpanan darah yang mencukupi untuk keperluan tersebut.

9. Oleh itu, peranan para penganjur dan para penderma adalah sangat penting untuk
mendapatkan bekalan darah dalam jumlah yang mencukupi. Bekalan darah akan
dijangka berkurang seperti bulan Ramadan yang akan menjelang beberapa hari
lagi, diikuti oleh Sambutan Hari Raya Aidilfitri, cuti umum yang panjang dan cuti
sekolah. Bekalan darah yang kurang sudah pasti akan menjejaskan perawatan
kepada pesakit yang amat memerlukan. Saya difahamkan bahawa Unit Transfusi
Darah memerlukan masa 2-3 minggu untuk stok darah mereka mencapai kembali
ke paras selamat setelah berkurangan semasa bulan Ramadhan dan awal bulan
Syawal. Saya menyeru bagi Muslimin dan Muslimat penderma-penderma darah
dan penganjur kempen derma darah agar menderma darah pada bulan Ramadan
ini pada waktu malam selepas solat Tarawih di masjid-masjid yang telah dikenal
pasti. Manakala bagi penderma yang beragama lain datanglah menderma darah
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 9
seperti biasa pada siang hari serta minggu-minggu pertama bulan Syawal di mana
pada waktu ini bekalan darah dijangka masih berkurangan kerana orang ramai
masih berada di dalam suasana berhari-raya.

10. Saya juga mengharapkan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia ini dapat
diteruskan untuk masa akan datang. Bagi penderma-penderma budiman
mendermalah selagi termampu dan sihat. Bakti dan sumbangan tuan-tuan dan
puan-puan akan diberi ganjaran sebaik-baiknya oleh Allah S.W.T, Insya-Allah.

11. Untuk masa akan datang pihak Kerajaan Negeri akan terus membantu dan memberi
sokongan untuk menjayakan sesuatu program terutama sekiranya terdapat program
yang melibatkan aktiviti kemasyarakatan. Ucapan terima kasih juga diberikan
kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang turut memainkan peranan yang cukup
penting kerana telah memberikan bantuan dan sokongan kepada pihak hospital.

12. Akhir sekali, saya sekali lagi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Ahli Lembaga
Pelawat Hospital, dif-dif jemputan, tuan-tuan-dan puan-puan yang hadir pada majlis
ini. Terima kasih tidak terhingga kepada para-para penganjur-penganjur Kempen
Menderma Darah dan penderma-penderma budiman yang sudi menjayakan majlis
ini.

13. Dengan lafaz bismillah....saya merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah


Peringkat Negeri Terengganu 2015 pada hari ini.

10 Koleksi Ucapan 2015


YAB DATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF BIN ABD RAHMAN
Menteri Besar Terengganu

SEMPENA

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN


PENUBUHAN HEMODIALISIS DAN PUSAT REHABILITASI DI SETIAP
PARLIMEN DI NEGERI TERENGGANU
22 Oktober 2015

Salam Sejahtera dan Salam 1 Terengganu

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada


Kementerian dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kerana yang bersama-
sama Kerajaan Negeri Terengganu bagi memeterai Majlis Menandatangani
Memorandum Persefahaman Penubuhan Pusat Rehabilitasi dan Pusat Hemodialisis
di setiap Parlimen di Negeri Terengganu pada hari ini.

2.  Penubuhan Pusat Rehabilitasi 1Malaysia (PR1M) ini adalah adalah antara agenda
yang amat bertepatan dan bersesuaian dengan pendekatan Kerajaan dan
Kementerian Kesihatan Malaysia ke arah densentralisasi perkhidmatan hospital,
kerjasama pintar dan perkongsian sumber menurut Strategi Lautan Biru (NBOS)
bagi mencapai hasrat Kerajaan Negeri Terengganu di bawah program Transformasi
Terengganu Baharu (TTB).

3.  Visi PR1M adalah untuk menjadi sebuah Pusat Kecermelangan bagi Rehabilitasi
Dalam Komuniti yang Mesra Pelanggan melalui kerjasama erat pelbagai agensi
untuk meningkatkan kualiti hidup yang optima.

4. Pusat Rehabilitasi bernilai RM1 juta itu merupakan yang pertama di negara ini
dan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mei 2013
yang setelah memulakan operasinya pada April tahun sama.

5. Objektif PR1M ini adalah;

a) Meningkatkan perkhidmatan rehabilitasi peringkat komuniti

b) Sumber pelbagai agensi serta penjimatan kos operasi melalui strategi


kerjasama pintar

c) Memudahkan pesakit dan keluarga serta mengurangkan kesesakan hospital


dan Klinik Kesihatan

d) Meningkatkan kepatuhan atau ‘compliance’, mempercepatkan proses


pemulihan dan meminimakan ketidakupayaan fungsi pesakit

e) Mengembalikan pesakit kepada masyarakat kearah kehidupan yang lebih


produktif dengan cara yang lebih efektif

f) Meningkatkan kesedaran orang ramai berkaitan perkhidmatan rehabilitasi

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 11


6. Perkhidmatan yang disediakan adalah

a) Terapi pemulihan – mengambil kira Penilaian komprehensif Perawatan


dan Intervensi rehabilitasi yang bersesuaian, pemantau yang spesifik dan
berterusan

b) Kepakaran iaitu dengan mengadakan perbincangan berkala dengan Pakar


Perubatan Keluarga dan Perubatan Rehabilitasi Sultan.

7. Pada masa ini pusat ini memberi rawatan percuma kepada penduduk di DUN
Seberang Takir malah turut juga dinikmati oleh masyarakat yang tinggal di kawasan
berhampiran. Kebanyakan pesakit yang berkunjung ke pusat itu terdiri daripada
penghidap angin ahmar, jantung, buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

8. Antara aktiviti yang dijalankan di pusat berkenaan ialah penilaian dan rawatan
kepada pesakit, memberi pendidikan kepada pesakit mengenai penjagaan rutin
harian di rumah, memberi pendidikan kepada penjaga serta memantau keberkesanan
rawatan kepada pesakit.

9. Pusat ini juga menyediakan kemudahan pengangkutan secara percuma untuk


menghantar dan mengambil pesakit dari rumah mereka ke pusat itu memandangkan
ramai antara mereka yang tidak mempunyai kenderaan.

10. Bagaimanapun katanya, setiap pesakit perlu mendapatkan surat sokongan dan
pengesahan doktor di klinik-klinik kerajaan terlebih dahulu sebelum menerima
rawatan di pusat berkenaan.

11. Pusat Rehabilitasi 1Malaysia pernah menerima peruntukan bagi mengurus


dan menambah peralatan dan bantuan geran tahunan sebanyak daripada Pejabat
Perdana Menteri. Dengan bantuan yang diperoleh itu, dapat memudahkan lagi
pihaknya menggerakkan Pusat Rehabilitasi 1Malaysia dengan lebih efektif.

12 Koleksi Ucapan 2015


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 13
YANG AMAT BERBAHAGIA
TO’ PUAN HAJJAH HALINA BINTI ZAKARIA

SEMPENA

SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


Pada 25 Mac 2015

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah dan
kurnianya dapat kita berkumpul pada majlis perasmian Hari Kanser Sedunia Peringkat
Negeri Terengganu 2015 pada hari ini. Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa pengelola di atas kejayaan menganjurkan majlis
pelancaran pada pagi ini dan terima kasih kerana sudi menjemput saya untuk
merasmikan majlis yang cukup bermakna ini.

2. Setiap tahun iaitu pada 4 Februari, saya dimaklumkan seluruh dunia menyambut
Hari Kanser Sedunia sebagai satu kempen bagi mencegah kanser. Tahun ini tema
sambutan adalah Cancer – Not Beyond Us atau “Perangi Kanser… Kita Boleh” yang
memberi fokus untuk mengajak masyarakat untuk mengambil pendekatan secara
positif, optimis dan proaktif dalam memperkasakan langkah atau tindakan kita dalam
melawan atau mencegah kanser.

3. Penganjuran Sambutan Hari Kanser Sedunia seumpama ini adalah salah atau
langkah proaktif yang diambil oleh Jabatan Kesihatan bagi menangani masalah kanser
terutama melalui maklumat dan pengetahuan kepada masyarakat berkenaan kanser
supaya timbul kesedaran untuk mengambil langkah pencegahan, pengesanan awal
atau rawatan awal sebelum serius.

4. Masih terdapat segelintir masyarakat kita yang masih percaya bahawa kanser adalah
penyakit yang tidak boleh pulih atau dirawat dan pasti akan menyebabkan kematian.
Tanggapan ini adalah sama sekali tidak benar kerana seperti yang dimaklumkan,
sekurang-kurangnya satu pertiga kanser boleh dicegah dan mampu dirawat secara
berkesan melalui pembedahan, kemoterapi atau radioterapi sekiranya dikesan di
peringkat awal.

5. Menurut laporan yang dikeluarkan oleh WHO pada tahun 2008 mendapati kanser telah
menyebabkan kira-kira 13% kepada kematian global. Kejadian dan kematian akibat
kanser secara amnya meningkat di seluruh dunia disebabkan oleh amalan gaya hidup
yang buruk dan kurangnya langkah pengesanan awal kes dan situasi ini turut berlaku
di Malaysia. Kematian akibat kanser di seluruh dunia dijangka akan terus meningkat
dengan dianggarkan kematian 13.1 juta pada 2030.

6. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 30% daripada kematian akibat kanser disebabkan
oleh tingkahlaku dan pemakanan iaitu kadar BMI yang tinggi, kurangnya pengambilan
buah-buahan dan sayur-sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, tabiat merokok dan
pengambilan alkohol.

14 Koleksi Ucapan 2015


7. Banyak usaha telah diambil oleh Jabatan Kesihatan dalam meningkatkan kesedaran
mengawal atau mencegah kanser ini. Bukan setakat pelancaran pada hari ini, tetapi
aktiviti berterusan yang dijalankan setiap tahun.

8. Malah saya percaya yang kita semua setuju bahawa pencegahan adalah lebih
baik daripada mengubati. Oleh itu, kesedaran tentang kanser dan pengetahuan
sesungguhnya menjadi faktor utama dalam perjuangan menentang kanser kerana ia
membantu meningkatkan peluang setiap masyarakat untuk menikmati kualiti hidup
yang lebih baik sekiranya ia dapat dielak dan di diagnosis awal. Walaubagaimanapun,
kesedaran dan pengetahuan tanpa sikap dan amalan yang betul adalah tidak
mencukupi.

9. Walaupun kita tahu, kanser adalah penyakit yang kerap berlaku di kalangan wanita
tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Di kalangan lelaki, kejadian kanser paling tinggi ialah
kanser paru-paru yang berkait rapat dengan perbuatan merokok. Asap rokok didapati
mengandungi lebih 4000 hingga 7000 bahan kimia dan 69 daripadanya dikenalpasti
sebagai penyebab kanser. Ini kerana risiko untuk mendapat kanser sebenarnya
boleh dielak misalnya dengan berhenti daripada tabiat merokok kerana merokok
menyumbang 80-90% kanser paru-paru, mengelakkan daripada terdedah kepada
cahaya matahari yang terlampau, makan makanan yang sihat dan mengekalkan berat
badan serta melindungi daripada jangkitan yang menyebabkan kanser.

10. Bagi kaum wanita pula, kanser payu dara merupakan kanser yang paling tinggi
kejadian dan penyebab utama kejadian kematian kanser di kalangan wanita di
negara ini. Oleh itu, kerajaan melalui hospital dan klinik kesihatan serta LPPKN telah
menyediakan kemudahan bagi membantu golongan ini mengesan kanser peringkat
awal di klinik masing-masing.

11. Untuk mendapat pengesanan mammogram di klinik atau hospital swasta memerlukan
kos yang tinggi. Ekoran ini, melalui LPPKN telah menawarkan Program Subsidi
Mamogram LPPKN iaitu ujian saringan PERCUMA kepada wanita yang berisiko
yang berpendapatan isi rumah RM10,000 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang
berpendapatan isi rumah melebihi RM10,000, subsidi sebanyak RM50 diberikan
bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan.

12. Program ini mensasarkan kepada wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap
yang berumur 40-70 tahun yang layak bagi mendapat saringan ujian mamogram
di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Walau bagaimanapun
bagi wanita yang berumur 35-39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga mendapat
kanser payudara sebelum berumur 40 tahun juga layak mendapat subsidi ini melalui
rujukan doktor. Mereka yang berminat bolehlah memohon melalui klinik-klink LPPKN.
Oleh itu, saya menyeru kepada semua wanita supaya membuat pemeriksaan sendiri
payudara dan segera berjumpa doktor jika terdapat sebarang kelainan.

13. Bagi wanita yang telah dikesan positif kanser, diharap dapat menjalani penyiasatan
lanjut dan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta. Wanita

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 15


yang memerlukan bantuan kewangan, kaunseling dan sokongan khidmat nasihat
akan diberikan oleh pelbagai agensi yang berkerjasama di bawah program ini.

14. Selain kanser payu dara wanita juga terdedah kepada satu lagi kanser yang
merupakan punca kedua utama kematian di kalangan wanita iaitu kanser serviks.
Malangnya 80% wanita yang pertama kali disahkan mendapat kanser serviks sudah
berada pada tahap serius dan tidak dapat diubati dengan sempurna sungguhpun
program penyaringan Pap Smear telah wujud lama.

15. Adalah dijangkakan kematian akibat kanser akan meningkat 2 kali ganda pada
tahun 2020. Ini berikutan kawalan dan pencegahan kanser ini masih kurang diberi
penekanan terutama di negara membangun. Keadaan ini menjadi lebih sukar
apabila masyarakat yang miskin atau kurang pendapatan adalah sukar bagi untuk
mendapat penjagaan yang sempurna apabila perbelanjaan untuk rawatan adalah
terlalu mahal dan ubat-ubatan juga tinggi kosnya.

16. Oleh itu, kita amat menggalakkan semua pihak untuk turut sama mengambil
tanggungjawab untuk mengurangkan beban penyakit kanser yang semakin
meningkat. Ini amat berkait dengan tema hari kanser tahun ini yang menekankan
bahawa bukan sahaja individu tetapi semua pihak seharusnya mengambil peranan
untuk mengurangkan kematian pramatang akibat kanser.

17. Pada masa ini, peluang terbaik bagi seorang pengidap kanser adalah kemudahan
kaedah-kaedah diagnosa dan pengesanan awal yang boleh memberi pesakit peluang
untuk sembuh. Atas kesedaran inilah maka pelbagai cara pencegahan dilakukan
demi memastikan masalah penyakit kanser ini dapat dikesan lebih awal. Kita tahu
Jabatan Kesihatan setiap tahun menjalankan aktiviti promosi kesihatan termasuklah
kempen kesedaran kanser demi kesejahteraan masyarakat.

18. Ini kerana, kos yang ditanggung oleh negara dalam memastikan saringan atau
pengesanan awal adalah besar tetapi berbaloi memandangkan kos merawat dan
mengubati pesakit kanser dan kesannya kepada ekonomi sesebuah keluarga adalah
jauh lebih besar dari itu.

19. Sementara bagi pesakit kanser, mereka terpaksa menerima keadaan mereka yang
telah ada kanser. Tetapi mereka ini memerlukan sokongan dalam menghadapi situasi
ini. Oleh itu, sokongan daripada ahli keluarga dan kawan-kawan sangat diperlukan.
Ketika ini pesakit perlu lebih diberi perhatian samada secara fizikal mahupun emosi.
Ahli keluarga dan kawan-kawan perlu luang lebih masa bersama pesakit supaya dia
merasakan tidak terpinggir.

20. Selain itu, sokongan daripada ahli persatuan dan NGO’s yang bertindakan sebagai
kumpulan sokongan juga adalah amat diperlukan untuk membantu pesakit kanser
dalam memastikan mereka mendapat rawatan yang sepatutnya yang disediakan oleh
hospital kerajaan mahupun swasta. Di Terengganu saya dimaklumkan bahawa kita dua
kumpulan sokongan yang aktif iaitu HOSPIS dan Persatuan Kelab SAMO (BREAST
SUPPORT GROUP TERENGGANU). Kumpulan ini memberi khidmat rawatan dan

16 Koleksi Ucapan 2015


sokongan di rumah pesakit kanser. Rawatan dan sokongan yang diberikan adalah
secara percuma bagi mengurangkan penderitaan dan kesakitan yang ditanggung
termasuk juga seperti pemberian ubat dan kaunseling.

21. Kepada Kumpulan sokongan ini terima kasih atas perhatian dan komitmen yang
diberikan dalam mengurangkan beban pesakit dan keluarga pesakit kanser.
Perkhidmatan sokongan ini penting supaya pesakit tidak merasa beliau bersendirian
melawan penyakit kanser. Harapan saya, semoga NGO di daerah lain walaupun
tiada kumpulan sokongan khusus untuk kanser tetapi masih boleh membantu bagi
mengurangkan beban pesakit kanser dalam cara lain.

22. Tanpa sokongan dan komitmen semua pihak usaha Jabatan Kesihatan dalam
menjalankan aktiviti pencegahan dan kesedaran kanser mungkin ramai yang tidak
menyedari mereka menghidap penyakit berbahaya itu. Malah ramai yang didapati
mendapat kanser selepas dirawat di hospital dan berada pada peringkat yang yang
sukar untuk sembuh. Kos untuk merawat pesakit kanser adalah jauh lebih mahal
berbanding dengan kos untuk merawat pesakit dengan penyakit kronik lain.

23. Oleh itu, saya menyeru orang ramai ambillah peluang pada hari ini untuk menolak
salah tanggapan berkaitan kanser kerana sebenarnya penyakit kanser ini boleh
sembuh jika seorang yang merasakan ada tanda-tanda pada dirinya, pergilah ke
klinik kesihatan atau hospital berdekatan untuk membuat pengesanan dan rawatan
awal. Pengesanan dan rawatan awal dapat mengurangkan kesan penyakit dan
kemungkinan untuk sembuh juga adalah tinggi.

24. Justeru itu, adalah diharapkan dengan adanya program seumpama ini akan
mempertingkatkan pengetahuan dan kesedaran kita untuk bertindak demi
kesejahteraan dan menikmati kualiti hidup yang lebih selesa.

25. Akhir sekali dengan dua rangkap pantun untuk renungan kita bersama.

“ Di Beting Pasir Berenang Ikan

Di Pohon Rambutan Bersarang Tempua

Hari Kanser Kita Raikan

Jadikan Ingatan Buat Semua ”

“ Tampak Sulur Pohon Keladi

Tumbuh Siantan Bunganya Lawa

Tangan Dihulur Bantuan Diberi

Jaga Kesihatan Setulus Jiwa “

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 17


26. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan
Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2015.

18 Koleksi Ucapan 2015


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 19
DATUK SERI DR S.SUBRAMANIAN
Menteri Kesihatan Malaysia

SEMPENA

PERASMIAN PUSAT RAWATAN IBU DAN BAYI HOSPITAL SULTANAH NUR


ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU

Pada 22 Oktober 2015

1. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada semua warga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
dan Hospital Sultanah Nur Zahirah yang menjemput saya merasmikan
Pusat Rawatan Ibu dan Anak, Hospital Sultanah Nur Zahirah pada pagi ini.
Tahniah kepada Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) kerana menjadi Pusat
Rawatan Ibu Dan Bayi yang pertama di Pantai Timur dan ketiga di Malaysia
seumpamanya selepas Kelang dan Seremban yang memberi manfaat kepada
rakyat Terengganu khususnya keselesaan serta privasi kepada ibu.

2. Rakyat Terengganu harus berbangga di atas pembukaan Pusat Rawatan


Ibu dan Bayi HSNZ ini, yang dilengkapi kemudahan perubatan yang begitu
moden dan canggih melambangkan satu kejayaan yang mengagumkan dalam
perkembangan perubatan terutama bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

3. Pusat ini menyediakan konsep privasi kepada ibu bersalin di dewan bersalin
yang berasingan selain membenarkan suami menemani isteri ketika bersalin
bagi memberi kemudahan selaras dengan piagam yang ditetapkan di peringkat
antarabangsa. Dengan beroperasinya kompleks rawatan baru yang dilengkapi
lebih banyak kemudahan dan peralatan itu juga akan menambah jumlah pakar
dan kakitangan perubatan yang bersalin berikutan pertambahan katil di dewan
bersalin dan wad.

4. Oleh itu, dengan pelaksanaan projek Pusat Rawatan Ibu dan Bayi, HSNZ ini
boleh meningkatkan kepakaran atau kemahiran anggota tetapi juga dapat
meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada ibu dan bayi. Dengan menempatkan
kira-kira 312 katil serta 24 bilik bersalin yang dibangunkan dengan kos bernilai
RM115 juta diharapkan kemudahan fasiliti baru ini, dapat mengurangkan
kesesakan di HSNZ secara keseluruhannya khususnya bagi kes-kes perubatan
lain setelah ianya beroperasi sepenuhnya pada Disember 2014.

5. Pusat ini juga terbahagi kepada enam wad bersalin, 24 bilik bersalin, dua dewan
bedah, 20 katil wad kelas pertama, selain dilengkapi dengan bangunan parkir
yang berasingan, lima aras yang mampu memuatkan sebanyak 385 lot parkir
serta kemudahan lif dan pemantauan CCTV, surau, kafeteria, ruang permainan
kanak-kanak dan juga ruang kedai. Kemudahan ini mampu memberi keselesaan
kepada ibu, bayi serta keluarga.

20 Koleksi Ucapan 2015


6. Selain itu, Pusat Rawatan Ibu dan Bayi yang terdiri daripada 6 tingkat ini,
menempatkan farmasi, klinik dan makmal di aras 1, 3 wad obstetrik di aras 2, 3
wad obstetrik di aras 3 dan 1 wad kelas pertama yang mempunyai 20 buah katil
di tingkat 4. Namun begitu wad kelas pertama ini masih belum beroperasi.

7. Pusat Rawatan Ibu dan Bayi juga memberikan manfaat kepada rakyat
Terengganu dengan meningkatkan pelaksanaan penjagaan ‘mesra ibu’ di
Dewan Bersalin dengan lebih baik berlandaskan polisi Hospital Rakan Bayi.
Selain itu, berupaya meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan ibu dan
anak melalui memendekkan tempoh temujanji ke Klinik Pakar dengan adanya
pertambahan sesi klinik setiap hari dan perkhidmatan Dewan Bedah Bersalin
dapat dilaksanakan selama 24 jam sehari dengan adanya 2 Dewan Bedah
Bersalin khas tanpa perlu berkongsi dengan disiplin-disiplin lain.

8. Selain itu, Pembukaan Pusat Rawatan Ibu dan Bayi ini juga memberi manfaat
secara langsung kepada kakitangan hospital dari segi memaksimakan
sepenuhnya kemahiran kakitangan yang mempunyai Diploma Lanjutan
Kebidanan. Malah aktiviti pembelajaran dan latihan untuk kakitangan dapat
dipertingkatkan dengan adanya kemudahan seperti perpustakaan, bilik seminar
dan bilik mesyuarat.

9. Kita sedia maklum, setiap hari hospital dan klinik kerajaan menerima pesakit
dengan pelbagai masalah kesihatan sama ada perlu rawatan segera, kronik
dan juga hanya rawatan sebagai pesakit luar. Walauapapun keadaannya beban
penyakit di Malaysia jika dibanding dengan kemudahan yang kita ada memang
boleh dipertingkatkan. Misalnya, Pusat Rawatan Ibu dan Anak ini yang lebih
Umpamanya, setiap tahun, pesakit yang dinotifikasi atau dikenalpasti menghidap
penyakit sama ada kronik atau berjangkit sentiasa menunjukkan peningkatan.
Malah, kadang-kadang kemudahan yang kita sediakan tidak dapat menampung
keperluan pesakit berkenaan.

10. Namun demikian, jika kita lihat kepada kemasukan pesakit dalam di hospital pada
tahun 2013, yang paling tinggi adalah Pregnancy, childbirth dan the puerperium
(25.43%) dan yang ke-6 tertinggi adalah Certain condition originating in the
perinatal period (7.12%).

11. Oleh itu, Kerajaan sentiasa berusaha memberi perkhidmatan yang berkualiti
kepada semua masyarakat demi kesejahteraan rakyat. Ini selaras dengan
apa yang telah dizahirkan dalam pembentangan RMK-11 oleh YAB Perdana
Menteri iaitu tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan akan
terus dipertingkatkan. Ke arah itu, antara inisiatifnya, bilangan katil di kedua-
dua hospital awam dan swasta akan ditingkatkan sebanyak 25 peratus kepada
73 ribu katil pada tahun 2020. Sasaran ini akan dicapai antaranya, menerusi
pembinaan 6 hospital baru termasuk di Terengganu iaitu Hospital Kemaman
selain Bentong, Baling, Pendang, Pasir Gudang dan Maran. Pada masa yang
sama, lebih ramai pakar perubatan dan kakitangan kesihatan yang berkemahiran
tinggi akan disediakan.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 21


12. Matlamat Rancangan ini, menjelang tahun 2020, nisbah doktor kepada penduduk
dijangka meningkat kepada seorang doktor bagi setiap 400 penduduk. Dalam
perkara ini, sekalipun World Health Organization atau WHO, tidak menetapkan
apa-apa nisbah khusus, namun sekadar perbandingan dan makluman, nisbah
doktor kepada populasi kita kalau nak dibandingkan dengan negara Singapura
1 kepada 502, manakala di United Kingdom adalah 1 kepada 358. Ini adalah
satu hal yang sungguh positif.

13. Harapan saya dan Kementerian Kesihatan Malaysia semoga dengan ada Pusat
Rawatan Ibu dan Bayi, HSNZ ini mampu menampung atau mengurangkan
kesesakan sedia ada di Hospital ini. Ibu dan bayi serta keluarga juga akan lebih
selesa dengan perkhidmatan yang lebih memfokuskan kepada rawatan kedua-
dua golongan ini.

14. Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua yang
terlibat bagi menjayakan majlis Perasmian Pusat Rawatan Ibu dan Bayi pada
hari ini. Dengan ini, saya dengan sukacitanya merasmikan Pusat Rawatan Ibu
dan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

22 Koleksi Ucapan 2015


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 23
Y.B. DATO’ SERI DR. HILMI BIN HAJI YAHAYA
Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia

SEMPENA
KURSUS MINDA PENGGERAK TTB DAN GTP
PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU

10 November 2015

1. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih saya
kepada pihak penganjur Kursus Transformasi Minda TTB dan GTP Peringkat Negeri
Terengganu di atas jemputan memberi ucaptama pada pagi ini. Saya juga merasa
amat gembira kerana dapat bertemu dengan para pegawai dan kakitangan kumpulan
pelaksana yang selama ini menjadi tonggak dan nadi perkhidmatan awam
terutama di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang dicintai.

2. Perkhidmatan awam merupakan tonggak utama kepada pentadbiran negara.


Sebagai tulang belakang kepada pentadbiran Negara, kita telah berjaya
mentransformasikan sebuah negara pertanian berpendapatan rendah menjadi
sebuah negara berpendapatan sederhana tinggi yang kini berpacu pantas
merealisasikan impian menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang
tahun 2020 kelak.

3. Sebenarnya Program Transformasi Kerajaan, melalui Program Transformasi


Kerajaan (GTP), telah pun melalui horizon atau batas masa pelaksanaan yang
pertama, dikenali sebagai GTP 1.0 yang melewati tahun 2010 hingga tahun 2012.
Seterusnya, GTP 2.0 adalah horizon kedua semenjak 2012 sehingga penghujung
tahun ini yakni 2015. Manakala, penilaian secara menyeluruh akan dilakukan untuk
menetapkan halatuju horizon GTP 3.0 dan selanjutnya, yang akan membawa kita
kepada status negara maju. Jadinya, jika dirumuskan, di bawah GTP, komitmen
utama kerajaan adalah untuk memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati
kualiti kehidupan yang terbaik menerusi terutamanya tujuh Bidang Keberhasilan
Utama Negara atau NKRA.

4. Di bawah fasa pertama GTP menyaksikan negara mencipta kejayaan yang


memberangsangkan dalam membasmi kemiskinan, mempertingkatkan taraf
kehidupan rakyat, mengurangkan jenayah dan rasuah, mempertingkatkan
pencapaian pelajar, dan infrastruktur luar bandar selain mempertingkatkan
sistem pengangkutan awam bandar. Walau bagaimanapun, sejurus melangkah
masuk ke dalam fasa kedua transformasi kerajaan ini, kita perlu memastikan
bahawa momentum yang dicetuskan oleh fasa pertama GTP bukan sahaja
dikekalkan, malah dipertingkatkan. Pendekatan Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean
Strategy (BOS) telah menjadi agenda penting dalam menjayakan Program
Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) negara.
Saya amat menghargai usaha yang telah dilaksanakan dengan jayanya oleh
Kementerian Kesihatan di bawah program National Blue Ocean Strategy (NBOS).

5. Hari ini, contoh terbaik adalah kerjasama pintar antara Jabatan Kesihatan Kesihatan
Negeri dengan Kerajaan Negeri Terengganu sendiri. Saya dimaklumkan pihak Jabatan
turut menerapkan konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dalam melahirkan
warga kesihatan yang hebat sebagaimana digariskan dalam TTB yang diperkenalkan

24 Koleksi Ucapan 2015


oleh YAB Menteri Besar Terengganu. Dalam mencapai visi Terengganu yang
hebat, Negeri yang makmur dan Rakyat yang progresif, saya berpendapat bahawa
kita tidak boleh bergerak sepertimana biasa atau “business as usual”. Di samping itu,
kita juga harus memikirkan cara untuk menjamin kemakmuran agar ianya
berpanjangan dan mapan (sustainable).

6. Kita perlu lakukan perubahan atau satu transformasi. Sekiranya kita tidak lakukan
perubahan atau transformasi, kita tidak akan ke mana-mana. Apa yang lebih
menyedihkan kita tidak akan dapat menyerlahkan potensi kehebatan kita sedangkan
kita tahu kita ada banyak potensi untuk mencipta kehebatan.

7. Atas semangat bergerak kehadapan, saya kagum dengan apa telah diperkenal oleh
YAB Menteri Besar Terengganu iaitu konsep Transformasi Terengganu Baharu (TTB).
TTB juga dimaklumkan bermaksud Terengganu TerBersih dan Telus, Team,
Berkhidmat. Tuan-tuan dan puan-puan warga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
yang ada pada hari ini adalah sebahagian daripada kejayaan transformasi ini.

8. TTB dan GTP adalah dua saranan dan isu utama yang perlu sama-sama kita gembleng
selain menggunakan segala kudrat yang ada bagi memacu dan merealisasikan
Dasar Transformasi Nasional. Pada hakikatnya, semua pihak akan merasai
kerukunan dan memperolehi kemakmuran hasil daripada kecekapan
perkhidmatan awam yang sentiasa menghayati budaya luhur, kekuatan moral,
berintegriti serta berpengetahuan tinggi. Unsur unsur negatif seperti malas
bekerja, suka berlengah, kerja sambil lewa, tidak berhemat, tidak
bersemangat, jumud dan bekerja secara silo perlu ditangani setiap masa.
Apabila ini dapat di atasi, ia akan dapat mengangkat martabat seluruh penjawat
awam secara keseluruhan.

9. Saya juga ingin mengingatkan supaya penjawat awam terus bekerja keras demi
mencapai matlamat yang disasarkan kerajaan dan harus ingat bahawa Negara
akan menyambut fajar tahun 2020 dalam tempoh kurang sedekad dari sekarang.
Selari dengan kemajuan Negara, tuntutan dan kehendak rakyat sudah banyak
berubah kini dan ini satu cabaran besar yang perlu didepani dan diatasi dengan sebaik
mungkin menggunakan sistem dan cara yang terbaik dan berkesan. Dasar
Transformasi Nasional yang digembleng oleh Kerajaan bakal mengorak langkah
yang penting dalam mencipta kemajuan dan pembangunan negara yang seterusnya.
Dalam tempoh empat tahun yang akan datang ini, marilah kita bersama-sama
merealisasikan kejayaan Dasar Transformasi Nasional ini dan seterusnya
mencipta masa hadapan Perkhidmatan Awam yang lebih gemilang.

10. Saranan saya kepada semua penjawat awam ialah tugas kita ialah
melaksanakan semua dasar-dasar dan program-program kerajaan. Kita perlu
melaksanakan dan memastikan bahawa rakyat menikmati sepenuhnya dasar-
dasar dan program-program tersebut. InsyaAllah penjawat awam juga akan
menerima balasan, dengan produktiviti yang meningkat, maka ganjaran kepada
penjawat awam juga akan meningkat. Kerja kita ialah sentiasa menjaga kebajikan
penjawat awam.

11. Akhir sekali saya ingin berpesan kepada semua penjawat awam supaya
marilah kita bersama-sama merapatkan saf, menanam azam untuk menjayakan
dan melaksanakan agenda negara yang tercinta serta menempa kejayaan yang
lebih besar. Marilah kita sama-sama berdoa semoga segala usaha murni kita
untuk memartabatkan Perkhidmatan Awam dan membangunkan Negara diberkati
dan mencapai matlamatnnya.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 25


26 Koleksi Ucapan 2015
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 27
YBHG. DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia

DI MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN MAJLIS


JASAMU DI KENANG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU BAGI TAHUN 2015

Pada 26 Mac 2015

Di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam


Kuala Terengganu

1. Alhamdulillah, terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t
kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berkumpul pada pagi yang berbahagia
ini untuk menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis
Jasamu di Kenang peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2015.

2. Saya merasa amat bertuah sekali kerana dapat bersama-sama dalam satu majlis
penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu yang telah menunjukkan prestasi dan berkhidmat dengan cemerlang
dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan sentiasa mencapai
standard dan kualiti yang ditetapkan. Lebih penting lagi apabila berjaya memenuhi
kehendak dan ekspektasi pelanggan dan rakyat.

3. Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebentar tadi, pada pagi ini kita akan
meraikan seramai 873 warga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang terpilih
kerana telah berkhidmat dengan cemerlang. Tahniah saya ucapkan, serta
meraikan persaraan seramai 163 anggota yang telah dan akan bersara pada tahun
ini. Semoga anugerah dan penghargaan ini menjadi pemangkin dan pendorong
dalam usaha meneruskan kecemerlangan dalam bidang tugas dan kehidupan
masing-masing.

4. Pihak kerajaan sentiasa menghargai pengorbanan dan usaha penjawat awam dalam
meningkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan. Malah, insentif
diwujudkan sebagai satu bentuk penghargaan kepada pegawai dan kakitangan
untuk terus memberikan sepenuh perhatian dan daya usaha ke arah
mempertingkatkan mutu kerja yang berkualiti tinggi.

5. Setiap penjawat awam perlu berubah dari pelbagai sudut untuk menjadikan sektor
awam sebagai pemacu, pemangkin kepada aspirasi yang telah ditetapkan oleh
kerajaan. Atas kesedaran yang tinggi, bahawa sektor awam perlu menjadi pemacu
dan fasilitator kepada kemajuan negara, maka YAB Perdana Menteri telah
menegaskan bahawa slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
itu memerlukan kepada satu bentuk transformasi dalam sektor awam. Transformasi
bermula daripada setiap individu dan digambarkan di dalam gerak kerja jabatan
masing-masing. Usaha transformasi perlu diperkasa dan diperluaskan ke seluruh
jabatan. Bagi melaksanakan inisiatif transformasi ini, jabatan perlu menggandakan
usaha meningkatkan potensi dan kompetens warga kerja bagi melahirkan penjawat
awam yang bersikap dan bersifat mendahulukan masyarakat dalam penyampaian
perkhidmatan.

28 Koleksi Ucapan 2015


6. Akhir-akhir ini ekspektasi rakyat terhadap perkhidmatan awam begitu tinggi sekali.
Sebagai penjawat awam, untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang baik
dan berkesan kepada rakyat seharusnya kita menetapkan harga dalam semua
urusan kita. harga yang saya maksudkan ialah P.R.I.C.E. iaitu Professionalism,
Respect, Integrity, Caring dan Engagement.

7. Bekerjalah secara profesional, jaga tingkah laku dan sikap agar pelanggan kita iaitu
rakyat yakin dan berpuas hati dengan perkhidmatan yang kita berikan. Hormatilah
setiap pelanggan yang sentiasa berurusan dengan kita seperti seorang VIP.
Sentiasa berintegriti, jujur dan amanah, mengambil berat terhadap orang sekeliling
yang berurusan dengan kita dan beriltizam atau komited. Berikan sepenuh tenaga
dan penuh tanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas.

8. Percayalah, apabila kita telah menetapkan standard harga yang tinggi dalam
perkhidmatan kita, semua pihak akan berpuas hati. Seperti prinsip “Moment of Truth”
iaitu apabila kita telah bekerja keras memberi perkhidmatan terbaik kepada
pelanggan sudah pasti pelanggan berasa puas dan ia menggambarkan
kecemerlangan perkhidmatan kita .

9. Kecemerlangan sesebuah organisasi tidak terletak pada individu mahupun kumpulan


sasaran. Kecemerlangan sesebuah organisasi merupakan kerjasama dan penglibatan
semua peringkat dari pengurusan tertinggi hingga ke peringkat bawahan. Dalam
perkara ini saya rasa amat berpuas hati dan berbangga serta syukur ke hadrat
Allah s.w.t kerana saya mendapat kerjasama yang baik dan sokongan sepenuhnya
dari semua bahagian dan ptj di JKNT. Nikmat pembangunan dan kemakmuran hari
ini dapat kita capai melalui usaha gigih, kerjasama dan permufakatan.

10. Bagaimanapun saya berpendapat, tiba masanya untuk kita sama-sama mengkaji
semula kaedah atau pendekatan pengurusan dalam tugas seharian, menilai
semula keberkesanan perkhidmatan yang diberikan. Kita tidak boleh kekal selesa
pada sesuatu tahap pencapaian. “we must not rest on our laurels”. Kita perlu
berhadapan dan menangani perubahan persekitaran. Kita perlu bersedia dan
berfikiran terbuka untuk melakukan anjakan paradigma dalam membangun selari
dengan perubahan yang berlaku. Perubahan sikap serta komitmen yang tinggi
kepada rakyat serta kebolehan membuat kerja di luar daripada kebiasaan perlu ada
dalam setiap individu dengan berlandaskan prinsip berkat, cepat dan tepat. Ini
adalah selaras dengan cabaran di peringkat global yang sentiasa berhadapan
dengan keadaan di luar jangka. Kita perlu menanamkan azam untuk bekerja dengan
lebih komited dan bersungguh-sungguh.

11. Saya ingin berkongsi prinsip-prinsip terbaik yang disarankan agar menjadi amalan
penjawat-penjawat awam di JKNT, seperti P.R.I.C.E (Professionalism, Respect,
Integrity, Caring, Engagement), D.R.I.V.E (Diversity, Responsibility, Inclusion,
Vision, and Experiential learning) dan D.I.S.C iaitu Dominance, Influence, Steadiness,
Conscientiousness.

12. Bagi pekerja barisan hadapan saya suka menyarankan untuk mengamalkan prinsip
H.I.F.I iaitu Helpful (membantu), Informative (berinformasi), Friendly (ramah /
mesra) dan Instantaneous (kesegeraan).

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 29


Dato’-dato,Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian

13. Dalam usaha kita untuk mencapai kecemerlangan, kita perlu memahami dan
mendalami tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Kenali rakan dan
orang yang berurusan dengan kita. Binalah hubungan rangkaian yang baik
sesama rakan sekerja agar setiap tugas yang kita lakukan menjadi mudah.
Janganlah kita melengahkan apa yang mampu kita laksanakan hari ini kepada hari
esok atau lusa. “Mengambil petua orang tua-tua, kerja bertangguh tidak menjadi,
kerja beransur tidak bertahan”.

14. Transformasi ke arah menjadi masyarakat maju dan berdaya saing bukan hanya
diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi, akan tetapi kemajuan dalam
pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani perlu bergerak seiringan.
Sesungguhnya, fokus terpenting bagi pembangunan sedemikian ialah peningkatan
dan pemantapan etika dan integriti yang perlu menjadi budaya masyarakat kini.
Dalam konteks perkhidmatan awam, tanpa integriti maka kepercayaan dan keyakinan
rakyat akan hilang.

15. Penjawat awam yang berintegriti dapat memahami kekuatan dalaman organisasi
serta dapat menjelaskan visi, misi dan matlamat organisasi. Pegawai yang berintegriti
akan berpegang kepada nilai-nilai sejagat seperti amanah, tanggungjawab, berlaku
adil, hormat-menghormati, bertimbang rasa, bersopan dan bijak merancang.

16. Integriti perlu sentiasa diterapkan dalam kehidupan kita. Saya yakin dan percaya, apa
sahaja yang dirancang dan ingin direalisasikan oleh kerajaan kita melalui pucuk
pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, tidak
mustahil boleh dicapai sekiranya integriti menjadi amalan seharian kita.

17. Sebagai seorang penjawat awam yang telah melafazkan ikrar taat setia adalah
berkewajipan menegakkan kebenaran, kebaikan, mewujudkan kedamaian,
menghapuskan kemungkaran serta penyelewengan dan penyimpangan dari jalan
Allah dengan berperanan menegakkan amar makruf serta mencegah kemungkaran.

18. Saya harap, pengiktirafan yang diberikan pada hari ini akan menjadikan tuan /
puan lebih bersemangat di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang telah
diamanahkan. Di samping itu, ia juga menjadi motivasi kepada seluruh penjawat
awam di JKNT untuk membudayakan amalan kerja yang mementingkan
kecemerlangan.

19. Setiap penjawat awam pasti akan bersara jua satu hari nanti, kepada pesara,
sebenarnya usia bukanlah batu penghalang bagi seseorang untuk meneruskan
khidmat baktinya. Saya yakin tuan-tuan dan puan-puan mampu melaksanakannya.
Walaupun perkhidmatan awam akan kehilangan anda tetapi tidak bermakna berakhir
juga sumbangan anda terhadap agama, bangsa dan negara.

20. Di kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih kepada YBerusaha Dr. Hj. Mohammad
bin Omar di atas jemputan ini. Kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dalam
usaha menjayakan majlis APC dan Jasamu Dikenang ini, saya ucapkan syabas dan
tahniah di atas kerjasama yang diberikan.

21. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan majlis


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan majlis Jasamu Dikenang Jabatan Kesihatan
Negeri Terengganu bagi tahun 2015.

30 Koleksi Ucapan 2015


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 31
YANG BERHORMAT DATO’ HJ. MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Wanita Dan Masyarakat Negeri Terengganu

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN PERKHIDMATAN KLINIK 1 MALAYSIA


KAMPUNG GUNTUNG LUAR, SETIU

22 Februari 2014

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kerana menjemput saya untuk hadir dan
melancarkan Perkhidmatan Klinik 1 Malaysia Kampung Guntung Luar, Setiu ini.
Tahniah dan syabas juga kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sentiasa
memberikan tumpuan khusus dalam penyediaan perkhidmatan dan kemudahan
kesihatan yang terbaik kepada rakyat. Keputusan Kerajaan untuk membina Klinik
1 Malaysia adalah selaras dengan tekad Kementerian Kesihatan untuk memperbaiki
dan meningkatkan perkhidmatan kesihatan di kawasan bandar. Dengan ini diharapkan
pengwujudan Klinik 1 Malaysia akan menjadi satu lagi kejayaan Jabatan Kesihatan
ke arah memberikan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat, tanpa
mengira tempat dan kedudukan.

2.  Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewujudkan pelbagai kemudahan


infrastuktur kesihatan termasuklah klinik-klinik desa, klinik-klinik kesihatan, hospital-
hospital biasa, hospital berpakar dan institusi kesihatan khas bagi memastikan
perkhidmatan kesihatan dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat di mana
pun mereka berada. Dengan bayaran yang paling minima dan ada yang dikecualikan
dari bayaran, rakyat dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan
berkesan. Inilah bukti komitmen Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia
dan Jabatan Kesihatan sentiasa menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat.

3.  Sebagaimana kita semua maklum, Klinik 1Malaysia telah diwujudkan hasil satu
cetusan idea daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah diumumkan
pada 23 Oktober 2009 semasa Pembentangan Bajet 2010. Konsep klinik 1Malaysia
ini diadaptasi daripada Konsep 1Malaysia –Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan. Tujuan utama Klinik 1Malaysia ditubuhkan adalah untuk menyediakan
perkhidmatan rawatan perubatan yang ringan kepada masyarakat bandar yang
tinggi kepadatan penduduknya.

4. Kerajaan sentiasa peka dan mengambil perhatian beban serta kos sara hidup
rakyat yang terus meningkat. Dalam hubungan ini, kerajaan melalui Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri akan terus memastikan rakyat
mendapat perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan kos yang minima.
Oleh itu, setiap tahun tambahan pembinaan Klinik 1 Malaysia sentiada diberi
keutamaan sebagaimana yang telah diumumkan dalam Ucapan Bajet 2015 iaitu
membina tambahan 30 Klinik 1Malaysia lagi seluruh negara. Klinik 1Malaysia dilihat
telah mencapai objektif penubuhannya iaitu mengatasi masalah kecapaian
perkhidmatan kesihatan bagi masyarakat bandar dan pinggir bandar berpendapatan
rendah dan sederhana.

32 Koleksi Ucapan 2015


5. Dengan akses yang mudah dan waktu operasi yang panjang, iaitu bermula 10 pagi
hingga 10 malam, tujuh hari seminggu, ini memberi kemudahan kepada masyarakat
setempat mendapatkan rawatan ringan termasuk di luar waktu pejabat dan hari cuti.
Secara tidak langsung bebanan perkhidmatan pesakit luar dan masa menunggu
dapat dikurangkan di klinik kerajaan di kawasan bandar dan juga di hospital yang
berdekatan seterusnya kualiti perkhidmatan akan dapat dipertingkatkan.

6. Bagi Negeri Terengganu, saya dimaklumkan kita telah ada 13 buat Klinik 1 Malaysia
yang beroperasi di seluruh negeri dan di semua daerah termasuk K1M Kampung
Guntung Luar, Setiu ini, merupakan yang pertama di daerah Setiu yang merupakan
salah satu dari 2 K1M yang dirancang untuk tahun 2014 selain K1M Padang Air, Kuala
Terengganu. Penubuhan Klinik 1Malaysia ini merupakan salah satu usaha
Kerajaan Malaysia untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan dengan penduduk
bandar yang mempunyai pendapatan yang rendah. Pemilihan penubuhan Klinik
1Malaysia di Kampung Guntung Luar ini adalah bersesuaian dengan konsep
penubuhan Klinik 1 Malaysia ini. 

7.  Amat menggembirakan, khasnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan


Malaysia amnya, apabila penubuhan klinik ini mendapat sambutan yang amat baik
kerana dapat menyediakan perkhidmatan kesihatan yang baik dan murah kepada
masyarakat setempat. Dengan bayaran hanya RM1 bagi warganegara dan ada yang
dikecualikan dari bayaran seperti kakitangan kerajaan, pesara, warga emas yang
berusia 60 tahun ke atas dan murid sekolah mereka boleh mendapatkan
perkhidmatan yang berkualiti.

8. Dengan Penubuhan Klinik 1Malaysia ini juga masyarakat setempat dialu-alukan agar
menggunakan perkhidmatan yang telah disediakan di sini sepenuhnya. Lokasi yang
strategik dan waktu operasi bersesuaian diharap dapat memudahkan masyarakat
mendapatkan rawatan ringan tanpa perlu bersesak dan menunggu lama di klinik atau
hospital kerajaan sedia ada. Masa perkhidmatan diberikan adalah mengikut
kesesuaian di mana bagi mereka yang sibuk di waktu pagi boleh mendapatkan
rawatan bila-bila masa sehingga jam 10 malam. Pemeriksaan saringan kesihatan
juga disediakan secara percuma bagi individu yang berminat untuk mengetahui
status kesihatan masing-masing.

9.  Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Pejabat Kesihatan
Daerah Setiu dan semua pihak yang terlibat dalam memberi kerjasama dan komitmen
yang tidak berbelah bahagi dalam menjayakan majlis Pelancaran Perkhidmatan
Klinik 1Malaysia ini Kampung Guntung Luar, Setiu pada hari ini. Juga kepada semua
Jabatan dan agensi yang berkaitan yang telah memberikan pelbagai bentuk
kerjasama dan sokongan dalam menjayakan penubuhan Klinik 1 Malaysia di seluruh
Terengganu.

10.   Maka dengan ini, saya dengan sangat sukacitanya menyempurnakan Pelancaran
Perkhidmatan Klinik 1Malaysia Kampung Guntung Luar, Setiu, Terengganu.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 33


YANG BERHORMAT DATO’ HJ. MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Wanita Dan Masyarakat Negeri Terengganu

SEMPENA

PELANCARAN KEMPEN AYUH PERANGI AEDES 2015


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
TEMPAT

Kg Masjid Haji Kadir, Kuala Terengganu

21 Mac 2015 (Sabtu)

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat
bagi menjayakan Pelancaran Kempen Ayuh Perangi Aedes Peringkat Negeri
Terengganu 2015 pada hari ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Ahli
Jawatankuasa peringkat negeri dan daerah kerana berjaya melaksanakan gotong
royong secara besar-besaran pada hari serentak di tiga buah kampung (Kampung
Masjid Haji Kadir, Kampung Gong Pak Maseh dan Kampung Padang).

2. Pada hari ini kita berhimpun semula untuk menjalankan aktiviti gotong royong bagi
menghapuskan nyamuk aedes, terima kasih kepada tuan-tuan, puan-puan semua
kerana sudi hadir dan menjayakan majlis pada hari ini.

3. Jika kita perhatikan di media-media utama samada di akhbar atau di televisyen kini,
hangat memperkatakan mengenai bahaya demam denggi hinggakan mendapat
perhatian dari YAB Dato’ Seri Perdana Menteri. Setiap hari ada sahaja kes denggi
atau kematian disebabkan demam denggi dilaporkan dan sehingga kini situasi kes
denggi di seluruh negara menunjukkan trend yang membimbangkan dengan kadar
kematian yang meningkat berbanding pada tahun lepas.

4. Bagi negeri Terengganu sehingga 17 Mac 2015 ini, saya dimaklum terdapat sebanyak
385 kes denggi berbanding dengan 208 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2014
dan yang menyedihkan, kita telah ada 2 kematian akibat denggi. Secara
keseluruhannya terdapat peningkatan kes sebanyak 85.0% (177 kes). Sementara
Daerah Kuala Terengganu adalah penyumbang utama denggi ini iaitu 58.4% (225).
Oleh kerana faktor ini, kita mulakan kempen perangi Aedes ini di Kuala Terengganu.

5. Kita sangat berterima kasih kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat
Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Majlis
Bandaraya Kuala Terengganu serta dalam usaha mencegah dan mengawal
penularan kes demam denggi ini. Kita harus akui bahawa jika tiada peranan dan
sumbangan yang diberikan oleh pihak-pihak yang berkenaan, pasti kejadian demam
denggi tidak akan berkurangan.

6. Saya pasti kita semua mengetahui bagaimana rupa nyamuk aedes, bahaya demam
denggi, kesan dan akibat jangkitan demam denggi tetapi adakah kita sedar bahawa
kita sebenarnya masih lagi dibelenggu oleh nyamuk aedes. Sudah bertahun-tahun
kita ‘berperang’ dengan nyamuk aedes tetapi nyamuk aedes masih lagi kuat. Adakah
nyamuk ini kuat disebabkan oleh sokongan kita semua? Fikirkanlah...

7. Untuk makluman semua, Kerajaan Negeri berhasrat untuk menjadikan kempen ini

34 Koleksi Ucapan 2015


sebagai acara tahunan dan setiap daerah perlu menjalankan gotong-royong
seumpama ini, kita mahu negeri Terengganu menjadi negeri contoh dengan
menjadikan aktiviti gotong-royong ini sebagai acara tahunan. Pelancaran pada hari
adalah sebagai tanda aras bahawa kerajaan negeri Terengganu sangat komited
dalam usaha membanteras kes-kes kejadian demam denggi. Saya berharap daerah
lain akan mengikuti langkah pada hari ini dan terus melaksanakannya. In Sya Allah,
jika ada kesempatan dan kelapangan saya akan turun bersama-sama untuk
menyertai aktiviti seumpama ini.

8. Harapan saya adalah supaya gotong royong ini tidak terhenti setakat hari ini sahaja.
Program ini perlu diteruskan, bukannya bila berlaku wabak denggi atau bila
mendapat arahan dari pihak kerajaan tetapi perlu dijalankan setiap masa. Sebagai
pemimpin masyarakat, tuan-tuan perlu tahu tempat-tempat atau bekas-bekas yang
berpotensi dalam pembiakan nyamuk aedes, jika ada mesti dimusnahkan dan
barulah wabak denggi ini dapat dikurangkan.

9. Sekali lagi saya berharap agar masyarakat setempat dapat bersama-sama berusaha
ke arah mengubah diri kita menjadi masyarakat yang prihatin dengan melaksanakan
tanggungjawab memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Bertindaklah sekarang, jangan tunggu sehingga kita menjadi mangsa Denggi.

10. Akhir kata, kepada semua pemimpin masyarakat, Pengerusi JKKK, golongan belia,
Pihak Berkuasa Tempatan, ayuhlah bersama berganding bahu perangi Aedes.
Hanya persekitaran yang bebas dari pembiakan Aedes menjamin persekitaran yang
bebas dari gigitan Aedes dan jangkitan Demam Denggi.

11. Dengan ini saya dengan sukacitanya melancarkan Kempen Ayuh Perangi Aedes
2015 Peringkat Negeri Terengganu.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 35


YANG BERHORMAT DATO’ HJ. MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Wanita Dan Masyarakat Negeri Terengganu

SEMPENA:

MAJLIS PERASMIAN KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU TAHUN 2015

Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Dungun

1 Ogos 2015

1. Terlebih dahulu saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada semua hadirin yang hadir bersama bagi menyerikan lagi majlis
perasmian Konvensyen Kelab Doktor Muda peringkat Negeri Terengganu petang ini.
Tidak lupa juga saya ucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Penganjur
kerana sudi menjemput saya untuk merasmikan majlis ini. Saya begitu teruja untuk
menghadiri Majlis ini kerana saya ingin mengenali dan mendekati bakal doktor-
doktor di masa yang akan datang. Tahniah juga saya ucapkan kepada Kementerian
Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana berjaya
mewujudkan satu perkongsian pintar dalam hingga terlaksananya Kelab Doktor
Muda ini.

2. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu kerana berjaya menganjurkan
konvensyen kali bersama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Tidak lupa juga
syabas dan tahniah kepada pihak penganjur atas usaha mereka dalam menganjurkan
Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri Terengganu pada tahun ini.

3. Saya dimaklumkan bahawa program Doktor Muda adalah program perkongsian


pintar di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Program ini telah bermula sejak tahun 1989 iaitu di Sekolah Kebangsaan
Seri Biram, Pekan, Pahang dan di Terengganu pula bermula pada tahun 2002.

4. Tahniah saya ucapkan kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga
Kementerian Pendidikan Malaysia di atas usaha murni ini. Kejayaan pelaksanaan
Kelab Doktor Muda ini sehingga menjadi aktiviti kokurikulum sekarang dan kini
semakin diminati oleh murid-murid sekolah rendah.

5. Saya difahamkan bahawa Kelab Doktor Muda ini bukan sahaja terdapat di sekolah
rendah malah telah diperluaskan ke sekolah menengah setelah Kementerian
Pendidikan Malaysia bersetuju mengiktiraf Kelab Doktor Muda sebagai aktiviti
kokurikulum di sekolah menengah pada 12 November 2012.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian

6. Murid-murid adalah aset penting dan pewaris kepimpinan negara pada masa
hadapan. Oleh itu, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan terhadap kesihatan
mereka. Tahap kesihatan yang baik di kalangan murid-murid berkait rapat dengan
pencapaian cemerlang mereka dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.

36 Koleksi Ucapan 2015


7. Melalui pelaksanaan program ini adalah diharapkan dapat membantu murid-murid
mengamalkan cara hidup yang sihat dengan cara menerapkan persepsi positif
terhadap kesihatan di kalangan mereka. Murid-murid yang cemerlang serta otak
yang cerdas datang daripada kesihatan yang baik.

8. Malah, sekolah adalah setting yang paling sesuai bagi mempromosikan kesihatan
di kalangan murid-murid. Ini memandangkan sekolah adalah sebuah institusi
yang terurus, tersusun dan juga mempunyai kemudahan dan sumber yang boleh
dikongsi bersama dalam melaksanakan program ini.

9. Persekitaran dan budaya sekolah yang kondusif turut menjadi faktor yang menyokong
usaha ini demi untuk kecemerlangan murid. Tambahan lagi, pendekatan secara
setting adalah selaras dengan strategi yang diberi penekanan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekelian

10. Saya difahamkan Doktor-Doktor Muda yang dilantik terdiri daripada murid-murid
tahun 4, 5 dan 6. Mereka bergerak sebagai pembimbing rakan sebaya di sekolah
dan sebagai pembimbing rakan sebaya bukanlah sesuatu perkara yang mudah.
Walau bagaimanapun, kita berterima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan
yang telah menyediakan modul pengajaran, garis panduan kokurikulum dan bahan-
bahan pengajaran khas yang begitu lengkap kepada guru penasihat dan Doktor
Muda. Semuanya dilihat membantu di dalam memberikan keyakinan kepada ahli
Doktor Muda dalam melaksana dan memahami tanggungjawab yang diberikan.

11. Melihat kepada isu-isu semasa kesihatan yang berkait dengan masalah kesihatan
murid-murid seperti obesiti, pemakanan yang tidak sihat dan amalan cara hidup
yang tidak aktif ianya sedikit sebanyak mencabar kewibawaan pelaksanaan Kelab
Doktor Muda di Sekolah. Saya yakin sekiranya guru-guru dapat memberikan ruang
waktu yang lebih kepada Doktor Muda untuk membimbing rakan sebaya mereka dan
berkongsi ilmu-ilmu pentingnya menjaga kesihatan, saya percaya Doktor Muda
mampu membantu masalah yang kita hadapi.

12. Justeru itu melalui pelaksanaan Kelab Doktor Muda ini saya merasakan murid sekolah
yang dilantik sebagai Doktor Muda mampu mengatasi kejadian ini dari peringkat
rendah lagi. Saya difahamkan skop yang diajar dalam Modul Kelab Doktor Muda
mempunyai liputan meluas bukan sahaja cara penjagaan kesihatan diri, persekitaran,
pemakanan, kesihatan mental malah kesihatan remaja pun ditekankan. Bagi tujuan
tersebut, saya amat berbesar hati mengajak semua sekolah rendah di Negeri
Terengganu ini untuk menubuhkan Kelab Doktor Muda agar ianya mampu membantu
mengatasi masalah kesihatan di kalangan murid sekolah dari peringkat awal lagi.

13. Berdasarkan kepada Laporan Pencapaian Program Doktor Muda di sekolah rendah
di seluruh negara pada tahun 2014 sebanyak 2,010 buah sekolah rendah iaitu 25%
telah menubuhkan Kelab Doktor Muda dan seramai 52,253 orang murid Tahun 3, 4,
5 dan 6 di seluruh negara yang menjadi Doktor Muda. Di Negeri Terengganu,
penubuhan Kelab Doktor Muda hanya 44.6% bersamaan 157 buah sekolah yang
telah menubuhkan Kelab Doktor Muda daripada 352 buah sekolah rendah yang ada
di seluruh Negeri Terengganu dengan keahlian Doktor Muda seramai 3,720 orang.
Pada saya peratusan sekolah yang menubuhkan Kelab Doktor Muda di sekolah ini
masih rendah berbanding dengan jumlah sekolah yang sedia ada.

14. Saya percaya Kelab Doktor Muda ini mampu membawa kita mengorak langkah lebih
jauh dalam pencapaian di bidang kokurikulum. Saya difahamkan setiap tahun
banyak aktiviti atau pertandingan yang dijalankan samada di peringkat daerah,

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 37


Negeri dan Kebangsaan. Dalam pelaksanaan Kelab Doktor Muda ini tidak kira di
sekolah rendah atau menengah Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan
Modul latihan, garis panduan kokurikulum, perlembagaan, dan pelbagai bahan lain
dalam usaha mengerakkan aktiviti Kelab Doktor Muda. Malah saya percaya
setiap guru penasihat yang menjaga Kelab Doktor Muda memang diberikan latihan
khas berdasarkan Modul Latihan.

15. Sehubungan itu pada petang ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada
semua guru-guru dan murid-murid yang menyertai pertandingan sepanjang
konvensyen ini berlangsung. Saya percaya dengan iltizam yang tinggi serta sokongan
dari anggota kesihatan, semua anak-anak Doktor Muda mempunyai keberanian dan
keyakinan yang cukup tinggi untuk berbicara dan mengupas isu-isu tentang
pemasalahan kesihatan.

16. Saya amat yakin, dengan komitmen yang tinggi disusuli dengan kerjasama yang
lebih erat antara Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Jabatan Kesihatan
Negeri Terengganu, khasnya, Program Doktor Muda ini akan dapat berkembang
secara lebih meluas ke seluruh negeri ini tanpa sebarang halangan. Saya amat
yakin usaha kita untuk melahirkan lebih ramai generasi yang sihat, berketrampilan
dan berwawasan akan mudah tercapai dengan pelaksanaan program Doktor Muda
secara menyeluruh ke sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah.

17. Selaras dengan Transformasi Terengganu Baru (TTB) yang diperkenalkan oleh
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, di bawah Prinsip ke 8 iaitu
Memperkasa Bidang Pendidikan, adalah diharapkan dengan adanya Kelab Doktor
Muda ini, dapat seiring dengan hasrat kerajaan untuk mempertingkatkan mutu
pendidikan di Negeri Terengganu terutama dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

18. Dalam kesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua peserta
yang berjaya. Manakala bagi yang mewakili Negeri Terengganu ke peringkat
Kebangsaan nanti buktikan bahawa kita mampu meraih kejayaan yang lebih baik
dari sebelumnya. Sebelum mengakhiri ucapan, izinkanlah saya mengungkap empat
baris pantun berikut:

“ Hebat Gayamu Seindah Nama

Dipandang Mulia Segenap Usia

Doktor Muda Pewaris Negara

Intelektual Gemilang Langkah Bermula “

19. Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya menutup Konvensyen Kelab Doktor


Muda Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2015 dengan rasminya.

38 Koleksi Ucapan 2015


YANG BERHORMAT DATO’ HJ. MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Wanita Dan Masyarakat Negeri Terengganu

SEMPENA MAJLIS PERASMIAN

KEMPEN JALANAN SATU IKRAR SEJUTA HARAPAN ‘JOM BINCANG – LET’S


TALK’ SEMPENA MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN ORGAN PERINGKAT
NEGERI TERENGGANU 2015

Di Payang Walk, Kuala Terengganu

Pada 3 Oktober 2015 (Sabtu)

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada


Jawatankuasa Penganjur di atas jemputan ini. Saya berasa sangat bertuah kerana
dapat bersama dengan tuan-tuan dan puan-puan di Majlis Perasmian Kempen
Jalanan Satu Ikrar Sejuta Harapan ‘Jom Bincang – Let’s Talk’ Sempena Minggu
Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Terengganu 2015 pada hari ini.

2. Ucapan terima kasih juga kepada tuan-tuan dan puan-puan yang turut hadir pada
hari ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan membuktikan sokongan dan
keprihatinan terhadap kempen kesedaran pendermaan organ yang dijalankan.

3. Minggu Kesedaran Pendermaan Organ merupakan salah satu program khas


Kementerian Kesihatan Malaysia yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010. Objektif
penganjuran Minggu Kesedaran Pendermaan Organ adalah untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ dan menggalakkan
rakyat Malaysia menjadi pengikrar penderma organ dan tisu selepas meninggal
dunia.

4. Kempen Jalanan yang bermula pada tahun 2014, yang menjadi acara tahunan
merupakan aktiviti promosi yang diberi nafas baru iaitu dengan meningkatkan tahap
boleh lihat (visibility) melalui kaedah “turun padang - bersemuka dan sampaikan”.
Harapan kita ialah untuk menyebarkan maklumat kepada seramai mungkin kepada
masyarakat awam.

5. Antara matlamat yang ingin dicapai sempena Kempen Jalanan Satu Ikrar Sejuta
Harapan Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri
Terengganu 2015 bertemakan ‘Jom Bincang – Let’s Talk’ ialah untuk: Mendidik
masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ. Menyampaikan maklumat
secara terus kepada masyarakat. Meningkatkan tahap boleh lihat (visibility)
sebaran maklumat pendermaan organ. Memudahkan masyarakat untuk
mendaftar sebagai pengikrar penderma organ.Menggalakkan masyarakat untuk
berbincang tentang pendermaan organ.

6. Untuk makluman, Kempen Jalanan ini dijalankan secara serentak di seluruh


Malaysia pada hari ini termasuklah di Negeri Terengganu yang kita dijalankan
serentak di semua daerah, melibatkan kerjasama antara hospital dan Pejabat
Kesihatan Daerah. Saya difahamankan, pada pagi ini, para sukarelawan telah
bergerak ke beberapa lokasi di sekitar Kuala Terengganu seperti Pasar Payang,
Jalan Banggol, Kampung Cina, Pulau Warisan, Paya Bunga Square, Paya
Keladi, Pasaraya sekitar Bandar Kuala Terengganu, Perhentian Bas Kuala
Terengganu, Pasar Tani, Pasar Manir dan lain-lain lagi.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 39


7. Selain itu, sukarelawan jugak turut mengadakan kempen di dalam Bas Cas Ligas
kepada penumpang yang menaiki bas mengikut destinasi bas berkenaan.
Terima-kasih kepada pihak pengurusan Bas Cas Ligas yang turut memberi
kebenaran menggunakan bas mereka untuk tujuan mempromosikan kempen ini.

8. Menurut Pusat Sumber Transplan Nasional, sehingga Ogos 2015, seramai 308,303
orang telah mendaftarkan diri sebagai pengikrar pendermaan organ selepas
meninggal dunia. Jumlah pengikrar ini sebenarnya sangat kecil iaitu hanya meliputi
0.9% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

9. Sehingga Ogos 2015, dianggarkan seramai 19,544 pesakit sedang menunggu untuk
mendapatkan organ. Angka ini terus meningkat dari tahun ke setahun terutamanya
kegagalan buah pinggang akibat peningkatan pesakit diabetes. Sedangkan jumlah
rakyat Malaysia yang telah menderma organ dan tisu setelah kematian adalah
hanya seramai 522 orang.

10. Perbezaan yang ketara antara keperluan dan bilangan pengikrar telah
mengakibatkan ramai pesakit menunggu lama dan ada yang meninggal dunia
sebelum sempat mendapat organ. Ekoran ini, ramai pesakit terpaksa mendapatkan
organ di luar negara. Lebih buruk lagi, ada pihak yang sanggup menjalankan aktiviti
perdagangan organ yang sememangnya bercanggah dengan etika perubatan serta
nilai-nilai kemanusiaan.

11. Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya menyeru kepada semua pihak yang
belum lagi mendaftar sebagai penderma, mendaftarlah sekarang. Sampaikanlah
juga pesanan ini kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain sebagai tanda
sokongan anda terhadap kempen kesedaran pendermaan organ.

12. Akhir kata tahniah diucapkan kepada semua yang telah menyumbang kepada
kejayaan ini. Sekalung penghormatan dan syabas saya ucapkan kepada
pengikrar pendermaan organ. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim saya dengan
ini merasmikan KEMPEN JALANAN SATU IKRAR SEJUTA HARAPAN ‘JOM
BINCANG – LET’S TALK’ SEMPENA MINGGU KESEDARAN PENDERMAAN
ORGAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2015.

40 Koleksi Ucapan 2015


YANG BERHORMAT DATO’ HJ. MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Wanita Dan Masyarakat Negeri Terengganu

SEMPENA

GEGAR 10,000 DAN KAYUHAN SIHAT SEMPENA HARI SUKAN NEGARA


SERTA SAMBUTAN HARI JANTUNG DAN DIABETES SEDUNIA 2015
DI DATARAN BANDAR MARANG, MARANG

Pada 10 Oktober 2015

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t atas limpah dan
kurniaNya dapat kita berkumpul pada majlis yang kita gabungkan iaitu Gegar
10,000 Langkah, Kayuhan Sihat Sempena Hari Sukan Negara, Sambutan Hari
Jantung dan Diabetes Sedunia Peringkat Negeri Terengganu. Hari ini juga, kita turut
meraikan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Marang.

2. Untuk makluman semua, program Gegar 10,000 Langkah dan Hari Sukan Negara
ini sebenar diadakan serentak di seluruh negara oleh pelbagai jabatan dan agensi
kerajaan termasuk di negeri Terengganu. Syabas saya ucapan kepada Jabatan
Kesihatan Negeri Terengganu, Pejabat Belia Marang dan Pejabat Daerah Marang
kerana kejayaan melaksanakan aktiviti pada hari ini.

3. Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada tuan-tuan dan
puan-puan hadirin sekelian kerana membuat satu keputusan yang bijak untuk
hadir pada pagi ini bagi menyertai aktiviti yang menyihatkan badan yang dirangka
kepada penduduk sekitar daerah Marang ini khususnya. Kehadiran anda semua
pada hari ini merupakan sumbangan yang besar dalam menjayakan hasrat kerajaan
untuk menggalakkan mensyarakat membudayakan cara hidup sihat.

4. Aktiviti 10,000 Langkah yang diadakan sejak tahun 2012, merupakan salah satu
inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengukuhkan usaha mempromosikan
cara hidup sihat, khususnya melakukan aktiviti fizikal di kalangan rakyat Malaysia.
Gabungan pelaksanaan majlis kita hari adalah satu inisiatif Blue Oceon Strategy
yang seharusnya diteruskan di masa akan datang.

5. Kerajaan sedar dan amat prihatin tentang gaya hidup rakyat pada masa kini. Oleh
sebab itu, jika tuan-tuan dan puan-puan dapat lihat, semakin banyak kemudahan
untuk melakukan aktiviti fizikal atau bersukan diwujudkan serta pusat-pusat
kecergasan yang tumbuh di Negara kita. Tidak kurang juga dengan pelbagai aktiviti
berjalan kaki, aktiviti larian dan lain-lain jenis sukan. Berjinak-jinaklah dengan aktiviti
fizikal dan kecergasan ini dan jadikanlah ia rutin setiap hari.

6. Jika kita tidak aktif atau kurang melakukan aktiviti fizikal, kita berisiko untuk mendapat
penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok yang menjadi penyebab
utama kematian di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pada
tahun 2013, sebanyak 24.71% (8,877) kematian adalah disebabkan oleh penyakit
ini. Manakala laporan yang dikeluarkan oleh WHO pada 2014, sebanyak 36%
(52,560) kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit jantung dan strok.
Selain impak yang negatif terhadap kualiti hidup, penyakit kardiovaskular
menambahkan beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat, serta
mengurangkan produktiviti negara.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 41


7. Begitu juga dengan penyakit diabetes. Di Terengganu, bilangan penduduk yang
mengidap diabetes juga terus meningkat. Bagi tempoh 2010 – 2014, terdapat
peningkatan kes baru diabetes dari hanya 3,448 pada tahun 2010 meningkat kepada
4,501 pada tahun 2014. Dianggarkan terdapat 68,580. pesakit diabetes pada tahun
2011 di Negeri Terengganu dengan prevalen 11.6 % bagi yang berumur berumur 18
tahun dan ke atas berdasar sumber dari Tinjauan Kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan
2011.

8. Data National Diabetic Registry (NDR) pula menunjukkan, sehingga September


2015, terdapat 35,955 orang pesakit diabetes berdaftar di Klinik Kesihatan di Negeri
Terengganu dengan sejumlah 23,505 adalah pesakit aktif yang sedang mendapat
rawatan di Klinik-Klinik Kesihatan di negeri Terengganu.

9. Satu lagi fakta, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh WHO pada tahun 2010,
Malaysia telah disenaraikan antara rakyatnya paling gemuk di Asia Tenggara dan
ke-6 di Asia yang menghadapi masalah kegemukan. Oleh itu, adalah sangat
bertepatan pada hari ini, kita mengajak semua yang hadir untuk sama-sama berjalan.
Ini kerana, mengamalkan aktiviti berjalan 10,000 langkah sejauh setiap hari mampu
membantu seseorang individu itu mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya
seperti tekanan darah tinggi dan diabetes serta obesiti.

10. Atas faktor ini, maka pada hari ini kita gabungkan pelbagai aktiviti fizikal antara
aktiviti utama adalah berjalan kaki 10,000 langkah sejauh 6.5 km yang mensasarkan
seramai 2,000 peserta pada awal pagi tadi. Kayuhan sihat sejauh 11km yang
membabitkan seramai 120 orang peserta, bermula dari parkir Masjid Tengku Tengah
Zaharah, Kuala Ibai dan pelbagai lagi aktiviti fizikal lain yang turut disediakan pada
hari ini sebagai kaedah untuk mencegah penyakit jantung dan diabetes.

11. Saya amat berharap agar aktiviti yang berlangsung pada hari ini dapat menjadi
satu permulaan ke arah gaya hidup yang lebih aktif dan hebat. Adalah diharapkan
dengan adanya kempen seumpama ini akan mempertingkatkan pengetahuan dan
kesedaran kita untuk bertindak demi kesejahteraan dan menikmati kualiti hidup
yang lebih selesa.

12. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat terutamanya Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu, Pejabat Belia Marang, Pejabat Daerah Marang, Majlis Daerah Marang,
PDRM, Pejabat Pendidikan Daerah dan semua yang terllibat dalam menjayakan
majlis pada hari ini. Semoga kolaborasi antara agensi ini dapat diteruskan dari masa
ke semasa.

13. Maka dengan ini, dengan lafaz bismillah, saya dengan sukacitanya merasmikan
”Gegar 10,000 Langkah dan Kayuhan Sihat Sempena Hari Sukan Negara, Hari
Jantung dan Diabetes Sedunia Peringkat Negeri 2015.

42 Koleksi Ucapan 2015


YANG BERHORMAT EN. MOHD ISKANDAR BIN JAAFAR, MEWAKILI
DATO’ HAJI MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF, PENGERUSI
Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri

DI MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL KESELAMATAN


MAKANAN NEGERI TERENGGANU 2015

18 Oktober 2015 (Ahad)

Mydin Hypermarket, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu

1. Terlebih dahulu saya ingin melahirkan rasa bangga dan bertuah kerana
dapat bersama-sama tuan/ puan dalam majlis yang bersejarah dan cukup meriah
ini, iaitu Karnival Keselamatan Makanan Negeri Terengganu 2015. Ucapan terima
kasih juga kepada tuan-tuan dan puan-puan yang turut sama hadir menyerikan
majlis pada pagi ini.

2. Ramai diantara kita semua sedia maklum bahawa keracunan makanan adalah
penyakit yang berlaku akibat memakan makanan yang tercemar dengan kuman
atau bahan kimia. Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius mengenai
kejadian kes keracunan makanan seperti ini kerana kesannya boleh memudharatkan
pengguna. Kejadian keracunan boleh dielakkan sekiranya pihak pengusaha
industri makanan dan pengendali makanan bersama-sama memikul tanggungjawab
bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah bersih, selamat dan
sihat.

3. Karnival Keselamatan Makanan merupakan salah satu usaha untuk menangani


kes keracunan makanan dengan memberi kesedaran, pengetahuan dan kefahaman
dalam memahami pentingnya kebersihan dan keselamatan makanan
terutamanya bagi mengelak keracunan makanan dan seterusnya memilih produk
makanan yang bersih, selamat dan berkualiti. Pada tahun ini sehingga bulan
September 2015, terdapat sebanyak 28 kes kes keracunan makanan di Negeri
Terengganu yang mana melibatkan institusi latihan (3 kes), sekolah (13 kes) dan
lain-lain tempat (12 kes). Kita amat berharap semoga kes keracunan makanan
tidak lagi meningkat apalagi sehingga boleh menyebabkan berlakunya kes
kematian.

4. Selaras dengan ‘Prinsip Keempat’ ‘Tranformasi Terengganu Baharu’ mengenai


aspek kebersihan di mana Kebersihan dan persekitaran melambangkan
budaya rakyat Terengganu, tema Karnival Keselamatan Makanan Tahun 2015 iaitu
“Transformasi Kearah Makanan Yang Lebih Selamat” adalah bertepatan.

5. Keselamatan makanan bermaksud makanan itu bersih danselamat serta bebas


daripada kuman berbahaya, racun, toksin, najis dan bahan buangan yang
lain serta tidak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna jika ia disediakan dan
dimakan mengikut cara yang betul. Untuk mencapai objektif tersebut, selain
pemeriksaan dan penggredan premis makanan oleh anggota penguatkuasa,
Kementerian juga telah memperkenalkan skim ”Makanan Selamat Tanggungjawab
Industri (MeSTI)” kepada pengusaha industri makanan dan juga skim ”Bersih,
Selamat dan Sihat (BeSS)” di kalangan pengusaha premis outlet makanan. Semua
skim berkenaan bertujuan untuk membantu para pengusaha dalam menghasilkan
atau menyediakan makanan yang bersih, selamat dan berkualiti dan sekaligus
meningkatkan daya saing dikalangan pengusaha.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 43


6. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah lama dikuatkuasakan yang
mana ianya mewajibkan setiap premis pemprosesan makanan atau kilang makanan
mempunyai satu sistem jaminan keselamatan makanan. Ketidakpatuhan tersebut
boleh menyebabkan tindakan perundangan diambil. Pengusaha makanan boleh
didenda maksimum RM 10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun atau kedua-
duanya sekali. Dengan adanya Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri
atau singkatannya MeSTI ini, sekaligus dapat membantu pihak industri makanan
mematuhi peraturan-peraturan ini.

7. Skim MeSTI ini akan menawarkan kepada usahawan Perusahaan Kecil dan
Sederhana khidmat bimbingan teknikal secara percuma untuk membantu usahawan
PKS mematuhi keperluan-keperluan peraturan berkaitan kebersihan dan
keselamatan makanan serta membenarkan perusahaan makanan yang mematuhi
keperluan peraturan menggunakan logo pensijilan MeSTI di atas produk makanan.

8. Kementerian Kesihatan juga telah mengambil inisiatif dalam mempromosikan skim


dan logo MeSTI sebagai jenama yang berwibawa bagi meyakinkan pengguna
terhadap kepatuhan produk makanan kepada peraturan kebersihan dan
keselamatan makanan serta meningkatkan pemasaran produk berkaitan. Saya
yakin pasaran untuk produk yang mendapat pensijilan MeSTI akan meningkat dari
masa ke semasa, hasil daripada promosi yang dijalankan serta kerjasama
beberapa pasaraya besar dan kedai-kedai yang berkenaan untuk memberikan
keutamaan kepada produk yang telah memperolehi sijil MeSTI.

9. Sebagai menyahut seruan Kerajaan supaya agensi-agensi kerajaan bekerjasama


dengan menggunakan pendekatan Strategi Lautan Biru (NBOS), maka Kementerian
Kesihatan telah mengambil pendekatan bersepadu dengan mengadakan
kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan serta pihak swasta terutama pasaraya
besar seperti Mydin Hypermarket dan pasaraya lain sebagai platform pemasaran
produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta mempromosikan produk-
produk di bawah Skim Pensijilan MeSTI.

10. Sukacita saya umumkan bahawa sejak Skim Pensijilan MeSTI diperkenalkan
pada bulan Jun 2012 hingga Oktober 2015, sebanyak 59 PKS di Negeri
Terengganu mendapat pensijilan tersebut. Menyedari kepentingan Skim Pensijilan
MeSTI, YAB Perdana Menteri, pada 16 November 2012, telah mengumumkan
Skim Pensijilan MeSTI sebagai sebahagian daripada Strategic Reform Initiatives
(SRI) untuk melonjakkan pembangunan PKS kepada satu tahap yang lebih berdaya
saing dengan potensi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

11. Saya percaya Skim MeSTI boleh dijadikan sebagai asas atau batu loncatan untuk
usahawan PKS meningkatkan sistem jaminan keselamatan makanan mereka
kepada tahap yang dapat memenuhi piawaian antarabangsa seperti Good
Manufacturing Practices (GMP) atau Hazard Analysis Critical Control Points
(HACCP) dan seterusnya membantu usahawan PKS lebih berdaya saing dan
berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa.

12. Oleh itu, saya ingin menggesa pengusaha industri makanan yang tidak
melaksanakan sebarang skim jaminan keselamatan makanan untuk mendapatkan
pensijilan MeSTI dengan menghubungi pihak Kementerian Kesihatan samaada
di Pejabat Kesihatan Daerah, Jabatan Kesihatan Negeri yang berhampiran
ataupun Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan
Malaysia. Pihak pengusaha juga boleh melayari laman sesawang berkaitan di

44 Koleksi Ucapan 2015


www. fsq.gov.my.
13. Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga turut memberi pengiktirafan
kepada pengusaha outlet makanan seperti gerai, kafetaria, restoran dan medan
selera yang mengamalkan kebersihan, keselamatan dan menyediakan menu sihat
kepada pelanggan. Pensijilan Bersih, Sihat Dan Selamat (BeSS) telah diperkenalkan
pada akhir 2012 dan mengiktiraf premis penjualan makanan tersebut. Sehingga kini,
sebanyak 22 premis makanan telah mendapat pengiktiran BeSS di Negeri
Terengganu.

14. Sebagai kesimpulan, kita semua sedar bahawa Malaysia sedang melalui
pembangunan yang amat pesat ke arah pencapaian status negara maju
menjelang tahun 2020. Memastikan rakyat mendapat bekalan makanan yang
selamat dan mengamalkan pemakanan sihat merupakan salah satu komponen
penting dalam memastikan rakyat yang sihat dan produktif bagi menyokong
usaha ke arah ini. Saya yakin dan percaya semua ini boleh dicapai jika semua
pihak komited dalam menjadikan keselamatan dan kualiti makanan sebagai agenda
utama.

15. Di samping itu, karnival yang diadakan seperti ini dapat memberi kesedaran dan
menerapkan nilai-nilai murni kepada usahawan PKS dan pengendali makanan
supaya dapat mengamalkan tingkah laku yang positif dan membudayakan aspek
kebersihan dan keselamatan makanan dalam proses penyediaan makanan.

16. Dengan adanya program karnival seperti ini diharapkan dapat mengubah sikap
dan tingkahlaku usahawan PKS dan pengendali makanan serta orang awam
dalam memilih produk yang bersih, selamat dan berkualiti disamping
mempromosikan produk PKS yang telah mendapat pensijilan MeSTI.

17. Akhir kata, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sekalung
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada pihak
penganjur iaitu Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, dengan kerjasama
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu serta semua pihak yang terlibat,
sama ada organisasi atau individu perseorangan yang telah memberikan kerjasama
dan komitmen untuk menjayakan majlis ini demi manfaat kita bersama. Sebelum
saya mengakhiri ucapan ini, terimalah (2) rangkap pantun daripada saya;

“ Tumbuh Berangan Di Pohon Melati,


Bunga Selasih Di Dalam Raga,
Perundangan Makanan Harus Dituruti
Makanan Bersih, Kualiti Dijaga “

“ Memakai Tanjak Raja Sehari,


Kerongsang Disemat Ukiran Lama,
Pengguna Bijak Pengusaha Bestari,
Makanan Selamat Tanggujawab Bersama.”

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 45


18. Dengan ini, dengan lafaz bismillahirahmanirrahim, saya bagi pihak Pengerusi
Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Negeri Terengganu merasmikan, Majlis Penutup Karnival Keselamatan Makanan
Negeri Terengganu 2015.

46 Koleksi Ucapan 2015


YANG BERHORMAT DATO’ HJ. MUHAMMAD PEHIMI BIN YUSOF
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Wanita Dan Masyarakat Negeri Terengganu

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN GOTONG ROYONG BERSEPADU


PELANCARAN COMBI PEKAN LAMA BESUT SERTA DAN
PROGRAM KAWALAN INFEKSI LEPTOSPIROSIS
PERINGKAT DAERAH BESUT 2015

TEMPAT

Kuala Besut, Besut

24 Oktober 2015 (Sabtu)

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang
terlibat bagi menjayakan Pelancaran Gotong-Royong Bersepadu, serta
Pelancaran COMBI Pekan Lama Besut dan Program Kawalan Infeksi Leptospirosis
Peringkat Daerah Besut 2015 yang diadakan bersempena Pelancaran
Transformasi Terengganu Baharu (TTB) Peringkat Daerah Besut. Syabas dan
tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa kerana berjaya melaksanakan satu
kempen gotong royong secara besar-besaran pada hari.

2. Gotong-royong seumpama ini memerlukan komitmen yang tinggi terutama di


kalangan penduduk kampung yang terlibat bagi memastikan kejayaan program
ini. Sebagaimana kita maklum, agak sukar untuk kita kumpulkan semua
masyakarat di sesuatu kawasan untuk turun padang untuk sama-sama terlibat
dalam gotong-royong walaupun di kawasan persekitaran kediaman sendiri.
Kita jangan harapkan pihak Kesihatan atau agensi lain untuk melakukan
pembersihan di kawasan kita. Ini adalah tanggungjawab kita sendiri dalam
memastikan kawasan persekitaran kampung dan rumah kita bersih dan bebas
dari pembiakan nyamuk aedes.

3. Oleh itu, saya mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha menjadikan gotong-
royong ini berjalan sebagaimana yang dirancang. Saya dimaklum di Besut bukan
sahaja di Kuala Besut sahaja terlibat tetapi juga di 9 kampung lain yang turut
sama mengadakan gotong-royong pada pagi ini iaitu;

a. Pekan Baru Kuala Besut


b. Kampung Alor Pisang
c. Kampung Nail
d. Kampung Pantai
e. Kampung Pengkalan Atap
f. Kampung Teluk Bayu
g. Taman Sri Seratus
h. Pekan Lama Kuala Besut dan
i. Kampung Tengah

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 47


4. Ini membuktikan kesungguhan untuk menangani masalah denggi di negeri ini.
Gotong- royong ini adalah antara usaha segera yang diambil bagi menunjukkan
masalah denggi sangat serius dan boleh mengakibatkan maut jika tidak dicegah.

5. Kita beranggapan, masyarakat kita telah sedar tentang bahaya penyakit denggi
melalui publisiti meluas yang dilakukan oleh kerajaan. Namun demikian, keadaan
tidak seperti yang dijangkakan. Persekitaran Masyarakat kita masih berada di tahap
yang sangat tidak memuaskan dari segi kebersihan. Banyak tempat berpotensi
dijumpai setiap kali pemeriksaan dijalankan.

6. Keadaan sedemikian merencatkan visi kerajaan negeri ke arah Tranformasi


Terengganu Baharu, menjadikan Terengganu Terbersih. Untuk memastikan dan
mengekalkan tiada lokaliti-lokaliti wabak di negeri. Seruan saya dan Pejabat
Kesihatan Daerah Besut :

a. Mohon kerjasama semua masyarakat untuk membersih rumah masing-


masing. Cari, dan hapuskan tempat pembiakan di sekitar rumah dan di
dalam rumah masing-masing.

b. Pastikan longkang-longkang persekitaran rumah masing-masing diurus


dengan baik. Tiada lagi longkang-longkang yang tersumbat yang boleh
menjadi tempat pembiakan aedes.

c. Beri kerjasama penuh kepada anggota kesihatan yang menjalankan tugas.

d. Sertai gotong royong yang dijalankan di kawasan kampung kita.

e. Gunakan aerosol pembunuh nyamuk untuk menyembur tempat-tempat
nyamuk dewasa bersembunyi di dalam rumah seperti di sebalik langsir,
belakang pintu/almari, dalam bilik /stor dan di bawah katil.

f. Sekiranya terdapat ahli keluarga yang mengalami demam dapatkan rawatan
segera di klinik atau hospital yang berdekatan.

g. Langkah terakhir adalah penguatkuasaan undang-undang di bawah
Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit, 1975. Jabatan Kesihatan
bertindak tegas dengan tidak mengurangkan kompaun di kawasan wabak
denggi.

7. Sekiranya tindakan pencegahan dan kawalan tidak diambil, saya percaya


ia mampu menjadi ancaman besar kepada masyarakat dan negara
amnya. Saya penuh yakin dan percaya melalui gotong royong yang kita
laksanakan hari ini akan ;

i. meningkatkan kesedaran tentang ancaman nyamuk Aedes


sebagai pembawa Demam Denggi yang boleh membunuh;

ii. menggalakkan ahli keluarga dan komuniti untuk mengambil


tindakan dengan mencari dan musnah tempat-tempat pembiakan
Aedes untuk mengelakkan risiko dijangkiti Demam Denggi;

iii. memperkukuhkan tindakan bersama pihak berkuasa tempatan


dan agensi kerajaan serta swasta untuk mewujudkan persekitaran
yang bersih dan bebas daripada tempat pembiakan nyamuk
Aedes.

48 Koleksi Ucapan 2015


8. Sekali lagi saya berharap agar masyarakat setempat dapat bersama-sama berusaha
ke arah mengubah diri kita menjadi masyarakat yang prihatin dengan melaksanakan
tanggungjawab memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Bertindaklah sekarang, jangan tunggu sehingga kita menjadi mangsa Denggi.

9. Akhir kata, kepada semua pemimpin masyarakat, golongan belia, Pihak Berkuasa
Tempatan, syarikat swasta dan pengamal media, ayuhlah bersama berganding bahu
membanteras Aedes. Hanya persekitaran yang bebas dari pembiakan Aedes
menjamin persekitaran yang bebas dari gigitan Aedes dan jangkitan Demam Denggi.

10. Dengan ini saya dengan sukacitanya merasmikan Gotong-royong Bersepadu,


Pelancaran COMBI Kampung Pekan Lama Kuala Besut dan Program Kawalan
Penyakit Leptospirosis peringkar Daerah Besut bersempena Karnival Transformasi
Terengganu Baharu (TTB) Daerah Besut. Sekian, terima kasih.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 49


Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 51
YBHG. DR HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

“KONVENSYEN PANEL PENASIHAT KLINIK KESIHATAN


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2015”

18 Mac 2015

1. Syukur saya ke hadrat Allah S.W.T dengan izinnya kita dapat berkumpul bersama-
sama dalam Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Peringkat Negeri
Terengganu 2015 ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola yang mengambil inisiatif untuk mengadakan konvesyen ini
sebagai platform atau ladasan kita untuk membuat pemilihan Panel Penasihat Klinik
Kesihatan mana yang akan mewakili Terengganu ke Konvensyen Peringkat
Kebangsaan Kali ke-7 yang akan berlangsung di Kelantan 18 April nanti. Saya amat
gembira dan bangga dengan penyertaan dan komitmen yang ditunjukkan oleh wakil-
wakil panel dari seluruh negeri dalam menjayakan Konvensyen Panel Penasihat
Klinik Kesihatan Peringkat Negeri kali ini.

2. Sejajar dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut
menggariskan kepentingan penglibatan masyarakat dalam sistem penjagaan
kesihatan negara, Panel Penasihat klinik kesihatan telah dianggap sebagai salah
satu pemangkin ke arah merealisasikan wawasan ini di peringkat penjagaan
kesihatan primer.

3. Seperti anda sedia maklum, objektif utama penubuhan panel penasihat adalah
untuk mewujudkan saluran komunikasi dua hala antara anggota masyarakat dan
anggota kesihatan, di samping menggalakkan penglibatan sepenuhnya masyarakat
dalam penjagaan kesihatan. Dengan kata lain, Panel Penasihat Klinik Kesihatan
berfungsi sebagai penghubung dan nadi penggerak kepada penglibatan masyarakat.
Ini telah terbukti, kerana dengan kerjasama panel penasihat, kita dapati persekitaran
luaran dan dalaman klinik kini bertambah ceria; aktiviti kesihatan seperti senaman
kecergasan dan saringan kesihatan telah dipelopori sendiri oleh panel secara
berkala. Kempen kesihatan dalam komuniti mendapat sambutan lebih baik dan
berkesan, keciciran kes-kes rawatan susulan turut berkurang, dan pengawalan
wabak penyakit seperti denggi dan taifoid dapat dijalankan dengan lebih efektif
dengan bantuan panel.

4. Tidak kurang juga, anggota kesihatan lebih memahami masalah kesihatan


masyarakat dalam kawasan operasi berdasarkan input yang disalurkan dari ahli
panel dan sebaliknya. Banyak kekeliruan dan salah faham dapat diselesaikan di
peringkat operasi. Ini telah mengurangkan pengaliran berita yang negatif dan
manipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebahagian daripada bukti ini
telah ditunjukkan di konvensyen yang lepas dan akan turut dikongsi dalam
konvensyen ini.

5. Penglibatan masyarakat secara langsung dalam sistem penjagaan kesihatan dapat


dilihat sejak tahun 1983 melalui konsep Wakil Kesihatan Kampung di Sarawak. Ia
telah berjaya melahirkan sukarelawan yang komited dalam melaksanakan aktiviti
kesihatan yang telah memberi kesan positif terhadap tahap kesihatan masyarakat
setempat. Pada tahun 1987, penyertaan komuniti yang dikenali Sukarelawan

52 Koleksi Ucapan 2015


Penjagaan Kesihatan Asas turut digunakan bagi mengawal penyakit malaria di
Sabah. Manakala di Semenanjung, panel penasihat yang pertama telah dibentuk
di Klinik Kesihatan Ketereh, Kelantan pada 1989, bertujuan mendapatkan kerjasama
masyarakat bagi meningkatkan imej perkhidmatan kesihatan. Bermula pada tahun
1995, panel penasihat klinik kesihatan telah diperkenalkan sebagai satu program
baru di bawah Jabatan Kesihatan Awam.

6. Di Terengganu Panel Penasihat Klinik Kesihatan mula ditubuhkan pada tahun 1996
dengan dimulai oleh 7 buah Klinik Kesihatan dan hari ini terus berkembang dan
bertambah menjadi keseluruhannya 42 buah Klinik Kesihatan yang menubuhkan
panel penasihat pada tahun 2004 dengan bilangan seramai 558 orang dari
keseluruhan 47 buah klinik kesihatan termasuk klinik ibu dan anak serta 5 buah
klinik desa yang dinaikkan taraf ke klinik kesihatan di negeri. Ini bermakna semua
Klinik Kesihatan termasuk Klinik Ibu anak telah berjaya menubuhkan Panel Penasihat
Klinik Kesihatan. Cuma yang tidak menubuhkan PPKK ini adalah 5 buah klinik
kesihatan yang dinaikkan taraf dari klinik desa.

7. Mengenai status perlantikan PPKK untuk sesi 2015 – 2018 senarai pencalonan
yang dihantar dari Klinik Kesihatan telah pun dihantar ke Pejabat YBMK melalui
KKM dan sedang menunggu kelulusan beliau, walau bagaimanapun pihak
Kementerian Kesihatan telah pun mengeluarkan arahan yang perlantikan ahli PPKK
yang sedia ada diteruskan sehingga perlantikan baru dikeluarkan. Sehubungan itu
juga anggota baru yang dilantik pun boleh terlibat dengan aktif dengan aktiviti PPKK
di klinik yang boleh dijadikan sebagai ahli bersekutu sementara pelantikan disahkan.

8. Sepertimana yang tuan puan sedia maklum, mulai tahun 2014 pihak KKM telah
bersetuju dengan cadangan ahli PPKK untuk menyalurkan peruntukan sebanyak
RM5000 terus kepada akaun PPKK masing-masing. Sehubungan itu sebanyak 29
buah PPKK di negeri Terengganu telah disalurkan terus peruntukan tersebut
sementara masih ada 12 buah PPKK masih disalurkan melalui Pejabat Kesihatan
Daerah masing-masing di sebabkan masalah pembukaan akaun dengan
bank. Walaubagaimanapun perkara ini sedang pun diambil tindakan semoga untuk
tahun 2015 ini semua peruntukan disalurkan terus melalui akaun PPKK masing-
masing.

9. Mulai tahun 2014 KKM telah memperkenalkan 4 indikator untuk dipilih bagi
dilaksanakan di klinik–klinik kesihatan. Indikator tersebut adalah;

1. Pengurangan Berat Badan Murid Sekolah


2. Aktiviti Promosi Saringan Tuberculosis (TB) Dalam Komuniti
3. Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas
4. Aktiviti Promosi Kesihatan Reproduktif Untuk Remaja

PPKK di setiap klinik kesihatan boleh memilih salah satu dari indikator tersebut
untuk dilaksanakan mengikut masalah setempat di samping menjalankan aktiviti
yang lain. Pihak Jabatan memohon sebolehnya setiap daerah melaksanakan semua
indikator tersebut. Bagi PPKK yang telah ada projek lain yang sedang di buat
pemantauan secara berterusan dan berkala , bolehlah meneruskan projek tersebut
dan dikecualikan dari melaksanakan indikator baru tersebut. Bagi PPKK yang telah
dan sedang melaksanakan indikator baru tersebut diucapkan tahniah dan teruskan
usaha semoga ianya akan memberikan manafaat kepada masyarakat.

10. Bagi semua ahli PPKK yang menyumbangkan bakti bagi menggerakkan aktiviti
PPKK pihak Jabatan mengucapkan setinggi terima kasih semoga sumbangan
sukarela tuan-puan sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat setempat untuk
meningkatkan taraf kesihatan mereka dan semoga sumbangan tuan–puan ini

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 53


mendapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah S.W.T. Bagi PPKK yang menyertai
konvensyen ini, diucapkan tahniah kerana telah berjaya dipilih untuk mewakili
daerah. Walaubagaimanapun hanya 1 projek lisan dan 1 projek poster yang akan
mewakili negeri ke Konvensyen PPKK Kebangsaan yang akan diadakan di Kota
Bharu pada 18-21 April nanti. Semoga PPKK yang terpilih tersebut dapat menaikkan
nama Terengganu di peringkat Kebangsaan.

11. Harapan saya aktiviti seumpama ini dapat diteruskan supaya segala idea
dilaksanakan oleh PPKK di Klinik Kesihatan dapat dikongsi bersama dalam
merealisasikan konsep ”Kesihatan Untuk Semua”. Selain untuk memilih pasukan
terbaik setiap kategori bagi mewakili negeri Terengganu di peringkat kebangsaan
nanti.

12. Akhir sekali, saya berharap konvensyen kali ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya
oleh wakil-wakil panel yang hadir dan dijadikan sebagai satu landasan untuk
meningkatkan pengetahuan, bertukar pengalaman serta membantu menjana
komitmen yang tinggi ke arah memperbaiki tahap kesihatan masyarakat di kawasan
masing-masing. Saya yakin dengan semangat sukarelawan dan komitmen yang
tinggi, ahli-ahli panel berupaya membawa masyarakat kita ke arah kehidupan yang
lebih cemerlang.

13. Dengan itu saya dengan sukacitanya merasmikan Konvensyen Panel Penasihat
Klinik Kesihatan Peringkat Negeri 2015.

54 Koleksi Ucapan 2015


YBHG. DR. HAJI MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

PELANCARAN KEMPEN AYUH PERANGI AEDES 2015


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

TEMPAT
Kg Masjid Haji Kadir, Kuala Terengganu
21 Mac 2015 (Sabtu)

1. Alhamdulillah….syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnianya kita


dapat bersama sama berkumpul bagi menjayakan Kempen Ayuh Perangi Aedes
Peringkat Negeri Terengganu 2015. Bagi pihak Jabatan Kesihatan Negeri jutaan
terima kasih juga diucapkan kepada YB Haji Muhammad Pehimi bin Yusof atas
kesudian melapangkan masa untuk hadir pada pagi ini.

2. Bagi pelancaran kempen Ayuh Perangi Aedes pada hari ini, saya bagi pihak Jabatan
Kesihatan Negeri juga berterima kasih kepada Pejabat Daerah Kuala Terengganu
dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang tidak jemu bersama-sama dengan
Jabatan Kesihatan dalam memerangi kes-kes demam denggi ini.

3. Kempen Perangi Aedes ini memberi fokus kepada aktiviti gotong royong untuk
membersih kawasan persekitaran kita dari pembiakan nyamuk aedes. Ini kerana,
peningkatan kes dan kematian denggi boleh berlaku pada bila-bila masa, terutama
apabila persekitaran kita tidak bersih akan yang memberi ruang untuk nyamuk
Aedes untuk membiak. Menyedari bahawa, masalah denggi bukan sahaja merupakan
masalah kesihatan semata-mata tetapi juga boleh menjejaskan pembangunan
sosio-ekonomi negeri dan negara jika tidak diatasi, kita telah mengambil pendekatan
bersepadu untuk menangani masalah ini dengan mengadakan Kempen Perangi
Aedes : Gigitan Kecil, Ancaman Besar’ ini. Ini adalah antara usaha yang cuba
diambil oleh Kerajaan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu bagi
memerangi aedes ini.

4. Kejadian Kes denggi di negeri Terengganu sehingga 17 Mac 2015 telah mencatat
sebanyak 385 kes di seluruh negeri Terengganu berbanding dengan 208 kes bagi
tempoh yang sama pada tahun 2014. Secara keseluruhannya terdapat peningkatan
kes sebanyak 85.0% (177 kes) sehingga hari ke tiga minggu epid 11 tahun 2015
di negeri Terengganu berbanding dengan tempoh yang masa 2014. Semua daerah
menunjukkan peningkatan kecuali daerah Besut dan Hulu Terengganu yang
menunjukkan penurunan.

5. Kuala Terengganu merupakan penyumbang utama kejadian denggi di negeri


Terengganu dengan 171.0% (225 kes) di ikuti dengan Dungun 21.0% (81 kes),
Kemaman 12.7% (49 kes), Marang 3.37% (13 kes), Besut 2.3% (9 kes), Hulu
Terengganu 1.0% (4 kes ) dan Setiu 1.0% ( 4 kes). Peratus peningkatan mengikut
daerah iaitu tertinggi di Kemaman menunjukkan peningkatan sebanyak 600%, diikuti
dengan daerah Dungun 440%, Setiu 300%, Marang 62.5% dan Kuala Terengganu
42.4% jika dibandingkan dengan kejadian kes bagi tempoh yang sama pada tahun
2014. Terdapat penurunan sebanyak 35.7 % di daerah Besut dan 20% di Hulu
Terengganu. Peningkatan kes di Terengganu amat ketara berlaku bermula awal
Ogos tahun lepas hingga ke sekarang dengan kejadian kes denggi setiap minggu
antara 30 hingga 60 kes.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 55


6. Mengambilkira faktor inilah daerah Kuala Terengganu dan Kampung Masjid Haji
Kadir, Kampung Gong Pak Maseh dan Kampung Padang ini dipilih. Gotong royong
secara besar-besaran perlu dilakukan bagi menyekat rantaian pembiakan nyamuk
aedes ini. Saya juga ingin menegaskan bahawa pengasapan atau semburan kabus
(fogging) adalah hanya satu langkah penyelesaian jangka pendek yang bertujuan
untuk memutuskan rantaian jangkitan pada masa itu sahaja. Pengasapan adalah
merupakan langkah sementara dan bukanlah langkah penyelesaian secara
menyeluruh. Semburan kabus hanya akan membunuh nyamuk dewasa yang
ada pada masa itu sahaja tetapi tidak dapat membunuh jentik-jentik nyamuk yang
akan menjadi sumber nyamuk seterusnya. Oleh itu, langkah terpenting perlu
difokuskan kepada penghapusan jentik-jentik iaitu dengan mencari dan memusnahkan
semua tempat-tempat pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes atau memasukkan
bahan pembunuh jentik-jentik (misalnya abate) sekiranya bekas yang mengandungi
air tidak dapat dilupuskan. Hanya dengan cara ini sahaja boleh mengurangkan
populasi nyamuk Aedes tersebut.

7. Sikap penduduk yang kurang memberi penekanan kepada aspek kebersihan


persekitaran dan suka membuang sampah merata-rata juga merupakan faktor
penyumbang kepada peningkatan kes denggi ini. Penduduk selalunya akan
membiarkan tayar-tayar lama, botol-botol kosong, bekas plastik ataupun lain-lain
bekas berpotensi untuk pembiakan Aedes merata-rata. Walaupun mereka sedar
yang air bertakung adalah tempat yang sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes,
selagi pihak penguatkuasa tidak datang untuk menyaman mereka, mereka tidak
akan mempedulikan tentang tempat pembiakan tersebut.

8. Ancaman denggi ini menuntut tanggung jawab yang lebih tinggi serta tindakan
berkesan daripada semua pihak baik kementerian, agensi kerajaan, swasta dan juga
orang ramai. Kerja membanteras Aedes ini bukan hanya kerja di satu pihak sahaja,
semua pihak atau individu perlu berganding bahu dalam membanteras penyakit ini
dari terus merebak. Apa yang penting, ia sebenarnya berbalik kepada kesedaran
diri sendiri. Usah mengharapkan pihak kesihatan, PBT atau pihak tertentu
melakukannya kerana sebagai warganegara yang bertanggungjawab, kita juga perlu
memainkan peranan masing-masing menghapuskan semua sumber-sumber
pembiakan misalnya melalui aktiviti gotong royong, memeriksa kawasan rumah,
tempat kerja, sekolah dan semua tempat di bawah kawalan agensi masing-masing
secara berkala setiap minggu.

9. Akhir kata, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yan terlibat bagi
menjayakan kempen ini, terutamanya Pejabat Kesihatan Daerah, Pejabat Daerah
Kuala Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, JKKK dan semua agensi
lain yang lain turut sama turun padang bagi memastikan kempen kita ini berjaya
dilaksanakan. Sekali lagi, jutaan terima kasih kepada YB Haji Muhammad Pehimi
atas kesudian hadir dan seterusnya merasmikan kempen pada hari ini.

10. Diharapkan kempen ini dapat menjadi penanda aras kepada daerah yang lain dan
seterusnya diperluaskan.

56 Koleksi Ucapan 2015


YBHG. DR. HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 25 Mac 2015

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izinnya kita
dalam mengadakan Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Terengganu
pada hari ini. Ucapan setinggi terima kasih juga kepada Yang Amat Berbahagia To’
Puan Hajjah Halina binti Zakaria kerana sudi menjadi tetamu kehormat kita dan
seterusnya merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri
Terengganu 2015 ini.

2. Untuk makluman Yang Amat Berbahagia To’ Puan, dan semua hadiri setiap tahun,
seluruh dunia menyambut Hari Kanser Sedunia sebagai satu kempen bagi mencegah
kanser dan pada tahun ini tema sambutan adalah lebih bermakna iaitu bertajuk
“Cancer – Not Beyond Us” atau tajuk yang telah tukar yang lebih dekat dengan kita
iaitu “Perangi Kanser, Kita Boleh”.

3. Fokus tema kali ini adalah lebih menyeluruh malah penekanan lebih kepada
mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mencegah kanser. Ianya memberi
fokus kepada 4 elemen iaitu;

i). Pilihan gaya hidup yang sihat iaitu penyakit boleh dicegah jika masyarakat
mengetahui faktor risiko yang menyebabkan berlakunya kanser. Ini kerana
30–40% kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat dengan
tidak merokok , pemakanan sihat dan melakukan aktiviti fizikal.

ii). Pengesanan Awal – Pemeriksaan dan saringan berkala dapat mengelakkan


kejadian kanser. Saringan ini boleh didapati dengan mudahnya di Klinik
Kesihatan berdekatan atau hospital.

iii) Rawatan untuk semua – Perkhidmatan saringan, pengesanan awal dan


rawatan boleh didapati di semua Klinik Kesihatan, hospital atau LPPKN atau
badan sukarela seperti MAKNA.

iv). Memaksimakan hidup yang berkualiti – kerana dengan bermula dengan


diagnosis kanser dan setelah tamat rawatan kesan psikologi, emosi, mental
dan fizikal masih terasa. Semua kesan ini perlu dibantu dan seboleh-bolehnya
dikurangkan.

4. Sehubungan ini, kita mengharapkan dengan adanya program seumpama ini akan
menimbulkan kesedaran untuk orang ramai datang untuk membuat pemeriksaan
atau pengesanan awal dan amalkan gaya hidup sihat.

5. Seperti kebanyakan negara-negara maju dan maju membangun, Malaysia


menghampiri peralihan epidemiologi, di mana penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan gaya hidup termasuk kanser dan telah menjadi lebih meluas.

6. National Cancer Registry 2007-2011 laporan awal mendapati, tiga kanser yang
paling penting di kalangan lelaki Malaysia usus besar (kolorektal) 16.6%, paru-paru

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 57


(15.7%) dan nasofarinks (8.3%), manakala di kalangan wanita, tiga yang paling
kanser umum adalah payudara (32.2%), usus besar (kolorektal) 10,7% dan serviks
(7.8%). Kanser menyumbang kepada 13,63% daripada semua kematian berlaku di
Kementerian Kesihatan dan hospital swasta pada tahun 2012.

7. Di Terengganu, daripada kanser yang dinotifikasi pada tahun 2007 hingga 2011,
didapati 5 kanser utama yang dikesan yang paling tinggi adalah kanser payudara
iaitu 15.1%, kanser paru-paru 11.5%, kolorektal 11.1%, leukemia 6.3% dan kanser
hati 5.4%. Jika melihat kepada pecahan jantina pula, kanser utama dikalangan lelaki
adalah kanser paru-paru (18%), kolorektal (13.8%), liver / hati (9%), leukaemia
(7.9%) dan lymphoma (6%). Manakala kanser utama dikalangan wanita pula adalah
kanser payudara (27.5%), kolorektal (8.8%), ovari (8.7%), kanser paru-paru (5.9%)
dan servik uteri (5.8%).

8. Saringan awal dan imunisasi adalah antara pencegahan kanser yang berkesan
dan kos efektif. Misalnya remaja perempuan kini yang berusia 13 adalah layak
mendapat imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) yang berupaya mencegah
jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser servik atau pangkal rahim. Kini,
remaja ini boleh mendapatkan imunisasi ini samada di sekolah ataupun di Klinik
Kesihatan bagi yang di luar sekolah.

9. Untuk makluman semua hadirin, bermula tahun 2012 Jabatan Kesihatan Negeri
telah mengadakan program saringan kanser kolorektal dan sasarannya adalah
kalangan lelaki dan wanita yang berumur 50 hingga 70 tahun tanpa mengalami
sebarang gejala. Sehingga 2014 sebanyak 2,931 klien telah menjalani saringan
kanser kolorektal ini.

10. Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan telah melancarkan sambutan Minggu


Kesedaran Garam Sedunia di Malaysia adalah pada minggu 9 hingga 15 Mac
2015, dengan tema “Makan di Luar, Kurang Masin, Pilihan Sihat” (“Eating out,
less salt, the healthier choice”). Tema ini menekankan pemilihan makanan yang
rendah kandungan garam ketika makan di luar dengan memberi focus kepada tiga
kumpulan sasaran iaitu murid sekolah (rendah dan menengah), golongan pekerja
dan pengusaha makanan.

11. Sambutan Minggu Kesedaran Garam Sedunia 2015 pada tahun ini adalah bertujuan
untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kumpulan sasaran mengenai
hubungkait di antara pengambilan garam (dan makanan masin) secara berlebihan
dengan penyakit hipertensi, dan seterusnya membawa kepada perubahan
tingkahlaku bagi mengurangkan pengambilan garam dan makanan masin. Khusus
bagi Anak-Anak semua, Kementerian

12. Malah berdasarkan kajian saintifik menunjukkan bahawa pengambilan garam


yang tinggi di kalangan kanak-kanak turut mempengaruhi tekanan darah dan juga
boleh meningkatkan risiko untuk mendapat lain-lain termasuk kanser, penyakit
osteoporosis, penyakit asma, dan obesiti apabila dewasa.

13. Kesedaran dan pengetahuan memang faktor utama dalam memerangi kanser
kerana ia membantu meningkatkan peluang bahawa kanser boleh dicegah, diagnosis
awal, dirawat dengan jayanya dan mempunyai yang bermakna dengan kualiti hidup
yang baik. Walaubagaimanapun, kesedaran dan pengetahuan tanpa sikap yang
betul dan amalan tidak cukup

14. Selain dari faktor risiko yang dikaitkan dengan gaya hidup, jangkitan oleh beberapa
jenis virus seperti Human Papiloma Virus (HPV) dan virus Hepatitis B juga boleh

58 Koleksi Ucapan 2015


menyebabkan kanser. Jangkitan HPV merupakan faktor risiko utama kanser servik
dan jangkitan virus Hepatitis B (HBV) antara faktor yang menyebabkan kanser hati.

15. Kalau lihat, kanser payu dara dan kanser servik merupakan antara jenis kanser
yang paling tinggi kejadian dan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita
di negara ini. Saringan kanser payudara dan kanser pangkal rahim membantu dalam
mengesan kanser berkenaan pada awal dan mengurangkan kadar kematian. Pada
masa ini, Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan pap smear
di seluruh negara untuk kanser pangkal rahim kepada wanita yang berumur 20
hingga 65 tahun dan mamogram untuk mengesan kanser payudara bagi wanita
berisiko tinggi.

16. Pada hari ini, lawati dan dapatlah sebanyak mungkin maklumat daripada pameran
yang disediakan kepada tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekelian. Ambillah
peluang untuk membuat saringan bagi mengetahui tahap atau status kesihatan
supaya dapat dirawat lebih awal jika terdapat tanda-tanda penyakit. Pengesanan
dan rawatan awal dapat mengurangkan kesan penyakit dan kemungkinan untuk
sembuh juga adalah tinggi.

17. Akhir sekali, diharap usaha yang kita lakukan ini membantu memberi pengetahuan
dan kesedaran kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir khasnya dan masyarakat
amnya dalam menangani masalah penyakit kanser.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 59


YBHG. DR. HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

SAMBUTAN HARI KANSER SEDUNIA PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 25 Mac 2015

1. Terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izinnya kita
dalam mengadakan Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Terengganu
pada hari ini. Ucapan setinggi terima kasih juga kepada Yang Amat Berbahagian To’
Puan Hajjah Halina binti Zakaria kerana sudi menjadi tetamu kehormat kita dan
seterusnya merasmikan Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri
Terengganu 2015 ini.

2. Untuk makluman Yang Amat Berbahagia To’ Puan, dan semua hadiri setiap tahun,
seluruh dunia menyambut Hari Kanser Sedunia sebagai satu kempen bagi mencegah
kanser dan pada tahun ini tema sambutan adalah lebih bermakna iaitu bertajuk
“Cancer – Not Beyond Us” atau tajuk yang telah tukar yang lebih dekat dengan kita
iaitu ”Perangi Kanser...Kita Boleh”.

3. Fokus tema kali ini adalah lebih menyeluruh malah penekanan lebih kepada
mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mencegah kanser. Ianya memberi
menjuruskan kepada 4 elemen iaitu;

4. Pilihan gaya hidup yang sihat iaitu penyakit boleh dicegah jika masyarakat
mengetahui faktor risiko yang menyebabkan berlakunya kanser. Ini kerana 30–
40% kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat dengan tidak merokok
dan melakukan aktiviti.

5. Pengesanan Awal – Pemeriksaan dan saringan berkala dapat mengelakkan kejadian


kanser. Saringan ini boleh didapati dengan mudahnya di Klinik Kesihatan berdekatan
atau hospital.

6. Rawatan untuk semua – Perkhidmatan saringan, pengesanan awal dan rawatan


boleh didapati di semua Klinik Kesihatan, hospital atau LPPKN atau badan sukarela
seperti MAKNA.

7. Memaksimakan hidup yang berkualiti – kerana dengan bermula dengan dianogsis


kanser dan setelah tamat rawatan kesan psikologi, emosi, mental dan fizikal masih
terasa. Semua kesan ini perlu dibantu dan seboleh-bolehnya dikurangkan

8. Oleh itu, masyarakat patut bertindak melawan kanser kerana kita semua tahu di
Malaysia, kanser adalah punca kematian dan majoriti masyarakat kita telah
menyedari mereka ada kenser ketika telah berada pada tahap akhir penyakit itu.
Sehubungan ini, kita mengharapkan dengan adanya program seumpama ini akan
menimbulkan kesedaran untuk orang ramai datang untuk membuat pemeriksaan
atau pengesanan awal dan amalkan gaya hidup sihat.

9. Seperti kebanyakan negara-negara maju dan maju membangun, Malaysia


menghampiri peralihan epidemiologi, di mana penyakit-penyakit yang berkaitan
dengan gaya hidup termasuk kanser dan telah menjadi lebih meluas. Kira-kira 30%
daripada kematian akibat kanser adalah disebabkan oleh lima terkemuka risiko

60 Koleksi Ucapan 2015


tingkah laku dan pemakanan, iaitu; tinggi indeks jisim badan, buah-buahan rendah
dan pengambilan sayur-sayuran, kurangnya aktiviti fizikal, tembakau dan penggunaan
alkohol. Ini adalah punca-punca penyakit yang paling biasa tidak berjangkit termasuk
kanser.

10. National Cancer Registry 2007-2011 dapatan awal mendapati, tiga kanser yang
paling penting di kalangan lelaki Malaysia usus besar (kolorektal) 16.6%, paru-paru
(15.7%) dan nasofarinks (8.3%), manakala di kalangan wanita, tiga yang paling
kanser umum adalah payudara (32.2%), usus besar (kolorektal) 10,7% dan serviks
(7.8%). Kanser sebab prinsip keempat kematian di Malaysia dan menyumbang
kepada 13,63% daripada semua kematian berlaku di Kementerian Kesihatan dan
hospital swasta pada tahun 2012.

11. Di Terengganu, daripada 10 kes kanser yang dinotifikasi pada tahun 2007 hingga
2011, didapati 5 kanser utama yang dikesan yang paling tinggi adalah kanser
payudara iaitu 15.1%, kanser paru-paru 11.5%, kolorektal 11.1%, leukemia 6.3%
dan kanser hati 5.4%. Jika melihat kepada pecahan jantina pula, kanser utama
dikalangan lelaki adalah kanser paru-paru (18%), kolorektal (13.8%), liver / hati
(9%), leukaemia (7.9%) dan lymphoma (6%). Manakala kanser utama dikalangan
wanita pula adalah kanser payudara (27.5%), kolorektal (8.8%), ovari (8.7%), kanser
paru-paru (5.9%) dan servik uteri (5.8%).

12. Berdasarkan pencapaian pemeriksaan klinikal payudara yang dijalankan oleh


hospital dan klinik-klinik kesihatan di seluruh negeri pula, mendapati peratus
kesedaran tentang pemeriksaan klinikal payudara ini telah meningkat dari 77.3%
pada tahun 2012 kepada 141.2% bagi tahun 2013. Namun begitu perlu kita sedari
bahawa masih ramai di luar sana yang belum berbuat demikian dan saya menyeru
kepada semua wanita supaya membuat pemeriksaan sendiri payudara dan segera
berjumpa doktor jika terdapat sebarang kelainan.

13. Saringan awal dan imunisasi adalah antara pencegahan kanser yang berkesan dan
kos efektif. Misalnya remaja perempuan kini yang berusia 13 adalah layak mendapat
imunisasi HPV (Human Papilloma Virus) yang berupaya mencegah jangkitan HPV
yang boleh menyebabkan kanser servik atau pangkal rahim. Kini, remaja ini boleh
mendapatkan imunisasi ini samada di sekolah ataupun di Klinik Kesihatan bagi yang
di luar sekolah.

14. Kementerian Kesihatan sentiasa komited untuk mengurangkan beban kanser di


negara ini. Sejak tahun 1995, Kementerian Kesihatan telah memulakan program
nasional yang meluas iaitu dengan melancarkan Kempen Cara Hidup Sihat dengan
tema “Maju Tanpa Kanser” yang memberi fokus kepada usaha untuk meningkatkan
kesedaran orang ramai mengenai pencegahan kanser dan pengesanan awal kanser.
Sejak itu, pelbagai aktiviti yang berkaitan untuk meningkatkan kesedaran awam dan
pengetahuan serta pengalaman berkenaan kanser terus dilaksanakan. Melaluinya,
penekanan kepada aspek pencegahan kanser, kepentingan pengesanan awal,
mendapatkan rawatan segera dan nasihat daripada ahli profesional tentang
tanda-tanda dan gejala terus menjadi keutamaan.

15. Kesedaran dan pengetahuan memang faktor utama dalam memerangi kanser
kerana ia membantu meningkatkan peluang bahawa kanser boleh dicegah,
didiagnosis awal, dirawat dengan jayanya dan mempunyai yang bermakna dengan
kualiti hidup yang baik. Walaubagaimanapun, kesedaran dan pengetahuan tanpa
sikap yang betul dan amalan tidak cukup

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 61


16. Selain dari faktor risiko yang dikaitkan dengan gaya hidup, jangkitan oleh beberapa
jenis virus seperti Human Papiloma Virus (HPV) dan virus Hepatitis B juga boleh
menyebabkan kanser. Jangkitan HPV merupakan faktor risiko utama kanser servik
dan jangkitan virus Hepatitis B (HBV) antara faktor yang menyebabkan kanser hati.

17. Kalau lihat, kanser payu dara dan kanser servik merupakan antara jenis kanser yang
paling tinggi kejadian dan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita
di negara ini. Saringan kanser payudara dan kanser pangkal rahim membantu dalam
mengesan kanser berkenaan pada awal dan mengurangkan kadar kematian. Pada
masa ini, Kementerian Kesihatan menyediakan perkhidmatan saringan pap smear
di seluruh negara untuk kanser pangkal rahim kepada wanita yang berumur 20
hingga 65 tahun dan mamogram untuk mengesan kanser payudara bagi wanita
berisiko tinggi.

18. Pada hari ini, lawati dan dapatlah sebanyak mungkin maklumat daripada pameran
yang disediakan kepada tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekelian. Ambillah
peluang untuk membuat saringan bagi mengetahui tahap atau status kesihatan
supaya dapat dirawat lebih awal jika terdapat tanda-tanda penyakit. Pengesanan
dan rawatan awal dapat mengurangkan kesan penyakit dan kemungkinan untuk
sembuh juga adalah tinggi.

19. Akhir sekali, diharap usaha yang kita lakukan ini membantu memberi pengetahuan
dan kesedaran kepada tuan-tuan dan puan-puan yang hadir khasnya dan masyarakat
amnya dalam menangani masalah penyakit kanser. Saya sudahi ucapan ini dengan
dua rangkap pantun;

“ Ranting Di Sisir Ukirannya Indah


Pohonan Redup Kayu Di Pahat
Penyakit Kanser Membawa Padah
Amalkan Hidup Secara Sihat ”

“ Delima Dibelah Di Dalam Raga


Bawa Ke Kota Bersama Halia
Kesihatan Hendaklah Dijaga
Agar Kita Hidup Bahagia ”

62 Koleksi Ucapan 2015


YBHG. DR. HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN JASAMU


DIKENANG PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGANU

26hb Mac 2015


Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, Terengganu

1. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan


jutaan terima kasih kepada Datuk Dr. Lokman Hakim Bin Sulaiman TKPK (KA)
mewakili Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah KPK, di atas kesudian YBhg. Datuk
meluangkan masa untuk bersama – sama kita pada hari ini demi menyempurnakan
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Majlis Jasamu Dikenang Peringkat
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu tahun 2015.

2. Sesungguhnya seluruh Warga Kerja Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu


merasa amat terharu dan berbesar hati dengan kehadiran YBhg Datuk ke Negeri
Terengganu Darul Iman yang digelar Negeri Persisiran Pantai ini. Ianya merupakan
satu suntikan semangat buat generasi peneraju, legasi cemerlang dan penghormatan
tertinggi buat generasi emas, warga gemilang.

3. Alhamdulillah, pada hari yang penuh berkat dan Rahmat ini, marilah kita sama-sama
merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah
kurnia serta inayah-Nya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di dalam Dewan
Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu bagi meraikan majlis indah
ini.

4. Saya dengan berbesar hati ingin mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan
dan puan-puan yang diraikan. Kehadiran Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang
merupakan insan terpilih ke majlis ini adalah ibarat bintang-bintang bergemerlapan
yang menjadi pedoman dan petunjuk buat semua.

5. Kita bertuah kerana Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan salah satu organisasi
gergasi yang mengiktiraf daya usaha, dedikasi dan komitmen penjawat-penjawat
awam. Melalui majlis gemilang inilah insan-insan cemerlang ini diberi pengiktirafan
selayaknya atas penghasilan mutu kerja mereka yang melebihi keperluan
tanggungjawab biasa bagi jawatannya.

6. Pada tahun ini, kita meraikan seramai 873 orang warga Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu yang telah disenarai sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang. Mereka ini adalah terdiri dari pelbagai skim perkhidmatan yang datang
dari seluruh PTJ di bawah JKN Terengganu. Tahniah dan syabas diucapkan atas
pencapaian perkhidmatan yang cemerlang ini.

7. Selain daripada integriti, intipati Prestasi yang cemerlang adalah semangat untuk
menjadi lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Apa yang dicapai pada
tahun lepas adalah hasil muhasabah daripada tahun yang sebelumnya. Ianya
harus dijadikan prinsip hidup yang digenggam utuh dan diselarikan dengan
pertuturan dan pekerjaan seharian. Jika tidak diamalkan, apa yang dicapai pada
tahun lepas akan bersifat sama, serupa atau tiada pembaharuan. Perkara ini yang

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 63


kita sifatkan sebagai sikap ‘ketulaan’ adalah wajib dielakkan. Berasaskan kepada
prinsip inilah, para penerima anugerah diharap dapat mengekalkan dan meningkatkan
prestasi ini dan seterusnya dapat menjadi “Role Model” yang terbaik kepada jabatan
masing-masing.

8. Bagi semua warga kerja JKNT, jadikanlah penganugerahan ini sebagai pembakar
semangat untuk terus berusaha dengan penuh semangat agar di masa akan datang
mereka dapat turut bersama di pentas gemilang ini. Saya amat berharap agar nilai-
nilai murni, akhlaq dan mutu kerja cemerlang yang diperlihatkan oleh penerima
anugerah ini akan dicontohi supaya budaya kerja cemerlang ini berterusan dan
berkembang.

9. Majlis ini turut menjadi saksi kepada warga JKNT yang telah banyak menyumbang
jasa sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Ada di antara mereka yang telah
berkhidmat lebih daripada 30 tahun dalam sektor awam ini. Tiada kata-kata yang
dapat menggambarkan pengorbanan, komitmen dan kesetiaan yang mereka
berikan. Namun begitu, tradisi dan legasi perkhidmatan cemerlang yang ditinggalkan
akan terus hidup menjadi sumber inspirasi dan pedoman buat generasi baru. Dari
hati yang tulus ikhlas, saya mewakili seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada 163 pesara yang
telah menabur bakti dalam perkhidmatan awam amnya dan sektor kesihatan
khususnya.

10. Pada hujung tahun 2014, rakyat Negeri Terengganu sekali lagi diuji dengan musibah
banjir besar. Namun begitu, hasil daripada muhasabah setelah banjir melanda
Terengganu pada 2013, banyak langkah-langkah proaktif dan penambahbaikan
yang komprehensif telah dibuat termasuk dari segi persediaan dan prosedur
menghadapi bencana. Hasil daripada siapsiaga semua agensi termasuk warga
kesihatan Negeri Terengganu, bantuan dapat diberikan tepat pada masanya serta
mencukupi dengan bilangan mangsa ketika itu. Malah bilangan kerugian juga dapat
dikurangkan berbanding tahun yang sebelumnya. Ini adalah kejayaan JKNT yang
paling besar iaitu membuat perancangan menghadapi masalah banjir akhir tahun
2014. Apa yang berlaku kepada jiran kita Negeri Kelantan adalah suatu perkara
yang menyayat hati dan menyentuh sifat kemanusiaan kita semua. Beberapa siri
bantuan yang bersifat fizikal dan kewangan segera disumbangkan bagi membantu
mereka yang terlibat. Kita doakan semoga mereka mampu bangkit semula
meneruskan kehidupan seperti sedia kala.

11. Begitu juga dalam bidang kesukanan, JKNT tidak ketinggalan dalam sukan KKM
2014 yang telah diadakan di Melaka pada tahun lepas. JKNT telah merangkul 11
pingat emas 5 pingat perak dan 7 Pingat gangsa. Kejayaan yang amat membanggakan
ialah seorang atlet wanita JKNT iaitu Nor Hazwani Binti Abd Hadi telah dipilih sebagai
tokoh olahragawati sukan KKM bagi tahun 2014. Syabas dan tahniah saya diucapkan
kepada semua warga JKNT yang menyumbangkan tenaga bakti ke arah mencapai
kejayaan ini.

12. Sesungguhnya kejayaan yang dikecapi ini tidak akan dapat direalisasikan tanpa
kerjasama yang padu daripada tuan-tuan dan puan-puan seluruh warga JKNT. Saya
berpuas hati dan amat bersyukur dengan semua yang telah menggembeleng tenaga
dalam melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi di Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu. Saya yakin dan percaya bahawa melalui penghayatan dan pembudayaan
falsafah YAB Perdana Menteri yang sering diwar-warkan iaitu bekerja dengan
Amanah, Bijaksana, Cekap, Dedikasi, Efektif untuk Agama, Bangsa, Tanahair, serta
berusaha ke arah Transformasi positif semua warga JKNT akan sentiasa bersikap
positif dan membudayakan prestasi kerja cemerlang serta mampu menempa
kejayaan yang lebih cemerlang di masa-masa akan datang, insya Allah.

64 Koleksi Ucapan 2015


13. Ini juga selari dengan cita-cita dan aspirasi pentadbiran negeri dibawah kepimpinan
YAB Dato’ Ahmad Razif Bin Abdul Rahman iaitu melaksanakan Transformasi
Terengganu Baru atau TTB. Marilah kita menyokong cita-cita murni ini agar rakyat
mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik. Anggaplah “kecil bagi kita itu
besar bagi mereka”, oleh itu berilah komitmen yang padu dalam memastikan cita-
cita ini akan menjadi kenyataan pada tahun 2020 nanti.

14. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Timbalan - timbalan
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu dan Ketua-Ketua PTJ atas sokongan
berterusan yang diberikan.

15. Tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Induk dan barisan Ahli
Jawatankuasa yang terlibat kerana berjaya melaksanakan majlis penganugerahan
dan penghargaan yang penuh gemilang ini dengan jayanya.

“ Mencandat sotong di Pulau Kapas


Sambil melihat bulan mengambang
Jasamu luas tiada terbalas
Menjadi pedoman insan cemerlang ”

16. Demikianlah ucapan saya di Majlis Penganugerahan dan Penghargaan pada kali
ini. Saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan
kepada YBhg. Datuk Dr. Lokman Hakim Bin Sulaiman di atas kesudian YBhg. Datuk,
hadir untuk menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan
Jasamu Dikenang Tahun 2015 peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

17. Saya dan seluruh kepimpinan JKN Terengganu mendoakan YBhg. Datuk serta
keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah s.w.t.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 65


YBHG. DR. HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SEMINAR SAFE MOTHERHOOD


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Di Dewan Kuliah Utama, Ilp Marang


13 - 15 April 2015

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
peserta yang hadir dalam seminar Safe Motherhood peringkat negeri Terengganu
yang bertemakan Scaling Up the Capacity of Healthcare Workers (HCWs) To Reduce
Maternal Mortality yang berlangsung dari 13 – 15 April 2015 di Dewan Kuliah Utama,
Institut Latihan Perindustrian Marang ini.

2. Seminar Safe Motherhood ini adalah yang julung kalinya diadakan di negeri
Terengganu pada tahun ini bagi memberi pendedahan serta meningkatkan
pengetahuan serta kemahiran anggota kesihatan mengenai maklumat terkini Safe
Motherhood. Dengan adanya seminar seumpama ini anggota dapat mengenalpasti
isu- isu perawatan yang sub optimal dan lebih fokus ke arah menjalankan pengurusan
penjagaan kesihatan ibu secara cekap dan lebih efektif.

3. Safe Motherhood adalah salah satu rangka usaha di samping Making Pregnant
Safer untuk meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan ibu agar
semua wanita melalui proses kehamilan dan kelahiran dengan selamat.

4. Kehamilan merupakan saat yang mengembirakan serta satu pengalaman yang amat
bermakna dan luar biasa dalam kehidupan seseorang wanita. Pelbagai
perasaan yang timbul ketika ini ditambah dengan pengalaman membawa satu
nyawa untuk dilahirkan ke dunia. Bagi seorang wanita yang sudah bersedia menjadi
ibu dan sedang menjalani proses kehamilan perlu mengambil tahu banyak perkara
berkaitan dengan kehamilan dan kelahiran. Pada saat ini, kesihatan ibu dan bayi
menjadi perkara yang paling penting. Oleh yang demikian, ibu hamil sebenarnya
perlu sedar dan memberi penekanan terhadap penjagaan kesihatan diri sendiri
semasa hamil. Misalnya, sikap suka melengah-lengahkan pemeriksaan awal
antenatal sebenarnya boleh mengundang pelbagai risiko bukan sahaja pada ibu
tetapi juga pada bayi dalam kandungan. Segelintir ibu hamil pula adalah tergolong di
dalam kumpulan ibu berisiko di mana kesihatan ibu dan kandungan mungkin
terancam jika tiada pengawasan atau pemantauan awal diambil. Keadaan berisiko
ini boleh dikenalpasti serta diberi penjagaan kesihatan ibu hamil secara optima,
sempurna dan teratur oleh anggota kesihatan yang terlatih jika risiko berkenaan
dikenalpasti lebih awal.

5. Berdasar sumber dari United Nation Population Fund (UNFPA) tahun 2010,
melaporkan seramai 112,000 kematian ibu setiap tahun yang menjadikan angka
kematian secara purata seramai 800 kematian ibu setiap hari di seluruh dunia.
Penyebab kematian ibu yang dikenalpasti adalah kecemasan obstetrik seperti
pendarahan ante partum, pendarahan post partum, infeksi, eklampsia, embolism
serta sebab dari aktiviti pengguguran yang tidak selamat. Semua faktor penyebab
ini sebenarnya boleh dicegah melalui pelbagai intervensi perawatan yang cekap
dan efektif. Oleh yang demikian, WHO telah menggariskan 4 tonggak utama dalam
Safe Motherhood iaitu;

66 Koleksi Ucapan 2015


i). Penjagaan antenatal yang optima,
ii). Kelahiran yang selamat serta hygenic,
iii). Penjagaan asas obstetrik dan amalan Perancang Keluarga.

Matlamat yang ingin dicapai ialah supaya setiap ibu hamil dapat melahirkan anak
dengan selamat dan kedua-duanya sihat sehingga habis tempoh 42 hari. 2 lagi
elemen yang juga sangat penting dalam Safe Motherhood ialah Pre Pregnancy Care
dan Post natal Care.

6. WHO tetap menetapkan sasaran di bawah Millenium Development Goal, iaitu


MDG5, penurunan kematian ibu di antara tahun 1990 hingga 2015 adalah sebanyak
5.5 peratus setiap tahun. Walaubagaimanapun, berdasarkan data dari badan-badan
dunia seperti WHO, UNICEF, UNFPA serta Bank Dunia menunjukkan angka
kematian ibu hingga saat ini masih kurang dari 1 peratus setiap tahun.

7. Di Malaysia, bagi tahun 2015, telah menetapkan sasaran untuk mengurangkan


kadar kematian ibu bersalin kepada 11 orang bagi setiap 100,000 kelahiran hidup
menjelang 2015. Oleh itu, bagi memastikan kadar kematian terus berkurangan dan
memenuhi sasaran 2015, beberapa langkah telah dijalankan termasuklah
menyediakan kemudahan serta meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan ibu,
perkhidmatan perancang keluarga serta meningkatkan kualiti perkhidmatan
obstetriks.

8. Selaras dengan itu juga, Pelan Strategik Mengurangkan Kematian Ibu di Negeri
Terengganu bagi tahun 2015 telah menggariskan beberapa strategi termasuklah
memperkukuhkan perkhidmatan Pre-Pregnacy Care, meningkatkan kepakaran
sedia ada di tahap yang optima dalam mengendalikan kes ibu berisiko serta
pemberian thrombo-prophylaxis mengikut garis panduan yang telah ditetapkan iaitu
Guideline for VTE Prophylaxis.

9. Jika dilihat, kadar kematian Ibu di Malaysia pada tahun 2012 adalah 25.6 manakala
bagi negeri Terengganu kadar adalah 35.8. Pada tahun 2013, kadar negeri
Terengganu meningkat kepada 39.2 dengan 10 kes kematian ibu dan terus meningkat
pada kadar 47.0 dengan 12 kes kematian ibu pada tahun 2014.

10. Besar harapan kita agar kematian Ibu dapat dikurangkan. Oleh itu. perlu ada usaha
yang komprehensif serta kerjasama yang rapat dan komunikasi yang berkesan di
antara pelbagai pihak. Penglibatan komuniti atau masyarakat juga penting agar
proses penjagaan ibu hamil dan kelahiran dapat diperkukuhkan lagi. Tindakan
penambahbaikan kepada sistem rujukan dan maklumbalas serta sentiasa
meningkatkan taraf profesionalisme dan kecekapan anggota di dalam melaksanakan
sistem pemantauan penjagaan kesihatan ibu perlu diteruskan.

11. Semoga dengan ada seminar ini, sedikit sebanyak membantu kita membuat
penambahbaikan dan meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan isu berkaitan
penjagaan ibu semasa mengandung mahupun selepas mengandung. Sebelum
mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menyempurnakan Seminar Safe
Motherhood peringkat negeri Terengganu kali ini. Terima kasih juga kepada semua
yang turut terlibat atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan seminar ini.

Dengan kata-kata bismillah…. saya dengan sukacitanya menutup Seminar Safe Motherhood
Peringkat Negeri Terengganu 2015 kali ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 67


YBHG. DR HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

“ MAJLIS PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM OPERASI


BANTUAN BANJIR 2014”

19 April 2015

Intan Kemaman

1. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YB Datuk Seri
Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia dan Pengurusan Tertinggi
Kementerian Kesihatan Malaysia di atas keperihatinan mengadakan majlis ini bagi
menghargai sumbangan dan komitmen warga kesihatan yang bekerja tidak kira
masa, penat dan lelah semasa negeri ini dilanda musibah bencana banjir teruk yang
bukan sahaja membabitkan negeri Terengganu malah beberapa negeri jiran
termasuklah Kelantan, Pahang dan Perak.

2. Menyingkap semula apa yang berlalu pada November dan Disember 2014”
meninggalkan kenangan yang cukup bermakna buat warga di Jabatan Kesihatan
Negeri Terengganu dengan pengalaman menguruskan bencana yang melibatkan
pengorbanan dan usaha murni tugas anggota kesihatan kita di seluruh negeri ini.

3. Bencana banjir di Terengganu bermula dengan pusingan pertama pada 17


November 2014, di Daerah Kuala Terengganu kemudian diikuti Hulu Terengganu,
Marang, dan Besut. Sebanyak 53 pusat pemindahan dan 6156 orang mangsa
dipindahkan ke pusat perpindahan banjir. Manakala pusingan kedua keadaan
adalah pada lebih teruk dengan seramai 64790 orang mangsa dicatatkan dengan
221 pusat pemindahan telah dibuka. Daripada jumlah mangsa yang terjejas ekoran
bencana banjir ini, kira-kira 770 orang adalah anggota kesihatan yang ada sebahagian
terpaksa berpindah ke pusat perpindahan yang disediakan dan yang sebahagian
lagi menumpangkan di rumah saudara mara terdekat atau sahabat handai.

4. Namun kali ini, disebabkan pengalaman semasa kita menghadapi bencana banjir
dari tahun-tahun sebelumnya terutama tahun 2013, memudahkan kita membuat
persiapan yang lebih kemas dan lebih bersedia pada tahun ini. Ekoran itu, segala
kerosakan asset di fasiliti kita seperti di Klinik Kesihatan dan Klinik Desa yang biasa
terjejas banjir dapat dikurangkan.

5. Pada tahun ini, 12 fasiliti kesihatan kita terjejas banjir dan tidak dapat beroperasi,
yang sebahagian fasiliti ini dipindahkan perkhidmatan ke lokasi lain yang lebih
selamat. Misalnya, KD Seberang Tayor dan Pasir Gajah, Kemaman, telah berpindah
operasi sejak Oktober lagi ke lokasi lain. Ini bagi memastikan supaya dapat beroperasi
klinik dapat diteruskan seperti biasa dan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk
setempat tidak terjejas ketika banjir.

6. Dalam situasi ini, anggota kita juga telah mengambil beberapa langkah awal
menyelamatkan harta benda milik kerajaan di klinik-klinik mereka bertugas yang
dilanda banjir. Terutama membabitkan klinik yang berada di kawasan yang sering
banjir atau berisiko banjir. Walaupun dalam masa yang sama rumah mereka juga
dilanda banjir dan harta sendiri tidak dapat diselamatkan. Pengorbanan dan komitmen
mereka ini sangat kita hargai dan sanjung tinggi.

68 Koleksi Ucapan 2015


7. Dalam situasi bencana seumpama ini, kebanyakan jalan, komunikasi dan
pengangkutan darat banyak yang terputus hubungan. Tetapi ini, tidak mematahkan
semangat anggota kita, sehingga ada yang datang bertugas dengan menaiki trak,
lori, jengkaut (backhoe loader), bot dan sebagainya serta bertugas dalam keadaan
serba kekurangan. Walaupun terputus hubungan dan komunikasi, pasukan
perubatan kita juga terpaksa memantau mangsa-mangsa banjir yang terjejas
banjir dengan menaiki bot dengan bantuan dari agensi penyelamat seperti JPAM
dan BOMBA.

8. Ini semua, tidak menghalang mereka dari terus memberi khidmat semasa banjir ini
sama ada terlibat dalam aktiviti kawalan dan pencegahan mahupun sebagai ahli
dalam pasukan perubatan. Ini bagi memastikan tahap kesihatan semua keluarga
mangsa banjir dapat dipantau dan diberikan rawatan yang sewajarnya. Oleh
itu, kita amat menghargai pengorbanan dan kesungguhan warga kesihatan dan
perubatan menjalankan tugas di lokasi banjir.

9. Alhamdulillah, ketika kita dilanda musibah ini ada yang sudi menghulurkan bantuan.
Di sini juga, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan
kepada Pengarah Jabatan Negeri Melaka yang telah menghantar bantuan bagi
membantu aktiviti kawalan dan pencegahan di daerah Kemaman. Terima kasih
sekali lagi.

10. Pepatah Melayu yang menyebut “bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana
muafakat” dan “berat sama dipikul ringan sama dijinjing”, dengan mengambil kata-
kata ini, Jabatan Kesihatan Negeri turut merasai keperitan musibah banjir yang
berlaku di negeri jiran kita Kelantan. Memandang situasi di Terengganu adalah
terkawal dan anggota yang bertugas masih mencukupi, kita juga turut memberi
bantuan dengan menghantar bantuan pasukan kesihatan dan perubatan di kawasan
yang terjejas di Kelantan. Sekurang-kurang dapat meringgankan beban anggota
kesihatan di Kelantan yang sebahagian besarnya terkena yang terjejas banjir berada
dalam keadaan trauma dan sukar untuk menjalankan tugas setelah kebanyakan
rumah ditenggelami air dan harta benda musnah.

11. Akhir sekali, saya bagi pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengucapkan
terima kasih di atas keprihatinan YB Datuk Seri dan Kementerian Kesihatan Malaysia
sendiri yang begitu mengambil berat perihal kebajikan dan keperitan anggota yang
bertugas semasa banjir. Sokongan seumpamanya menyuntik semangat anggota
kita untuk terus dan lebih komited dalam menjalankan tugas walau dalam apa
keadaan apa sekali pun demi memberi perkhidmatan terbaik dan kelas pertama
kepada masyarakat.

12. Terima kasih sekali kepada YB Datuk Seri yang sudi meluangkan masa bersama
kita pada hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 69


YBHG. DR. HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

MAJLIS SAMBUTAN HARI KESIHATAN SEDUNIA 2015


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

TEMA: Dari Ladang Ke Meja Makan


25 Mei 2015 (Isnin)

Di Pasaraya Giant, Kuala Terengganu

1. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan


kehadiran Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman,
Menteri Besar Negeri Terengganu dan To’ Puan Seri yang telah sudi melapangkan
masa untuk hadir ke Majlis perasmian Hari Kesihatan Sedunia 2015 Peringkat
Negeri Terengganu yang bertemakan “Dari Ladang ke Meja Makan”.

2. Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun dengan tema berbeza.
Untuk makluman, pada tahun 1948, WHO mengadakan Perhimpunan Kebangsaan
Sedunia pertamanya, dan memutuskan agar 7 April disambut sebagai Hari
Kesihatan Sedunia setiap tahun, mulai tahun 1950. Hari Kesihatan Sedunia disambut
untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu-isu kesihatan global
semasa yang khusus.

3. Di Malaysia, sambutan hari kesihatan sedunia untuk tahun 2015 telah diadakan
di Melaka pada tarikh sama iaitu 7 April 2015 yang lepas. Sambutan ini dirasmikan
oleh YB. Menteri Kesihatan Malaysia. Tujuan sambutan ini diadakan adalah untuk
memberi pengetahuan dan amaran kepada semua orang tentang soal keselamatan
makanan yang boleh mengakibatkan keracunan makanan jika tidak diambil perhatian.

4. Apa yang menarik pada tahun 2015 ini ialah tema pilihan ialah “Keselamatan
Makanan ” dengan Slogan “Dari Ladang Ke Meja Makan. Ini ekoran kemajuan dan
perkembangan di dalam bidang sains dan teknologi telah melipatgandakan
pengeluaran pertanian dan makanan. Walaupun ini mendatangkan manfaat, akan
tetapi tanpa sebarang pengawalan ia boleh menimbulkan risiko yang boleh
mengancam kesihatan pengguna. Perubahan ini memperkenalkan pelbagai peluang
baru untuk makanan menjadi tercemar dengan bakteria berbahaya , virus, parasit,
atau bahan kimia.

5. Jika dilihat pada tahun 2013, bilangan kes keracunan makanan adalah sebanyak
592 kes dan ianya meningkat kepada 999 kes pada tahun 2013. Malah sehingga
April 2015 ini sahaja telah ada sebanyak 15 episod kejadian keracunan makanan
dengan 411 kes. Atas faktor ini Jabatan Kesihatan sentiasa mengadakan pelbagai
aktiviti bagi memberi maklumat kepada orang ramai berkaitan keselamatan makanan
bagi melindungi orang ramai dari keracunan makanan.

6. Oleh itu, bagi memastikan keselamatan makanan dilindungi, di bawah Peraturan


10 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, semua premis pengilangan
makanan adalah diwajibkan untuk mengadakan satu sistem kebolehkesanan
makanan atau “traceability”. Di premis makanan pula, perlu dikenal pasti satu
langkah ke belakang dari mana makanan itu datang dan satu langkah ke hadapan
ke mana makanan itu pergi pada mana-mana peringkat tertentu suatu rantaian
makanan, daripada pengeluaran ke pengedaran.

70 Koleksi Ucapan 2015


7. Dalam kawalan yang menyeluruh ini, terdapat pelbagai punca pencemaran yang
perlu diberi perhatian bagi memastikan tiada sebarang insiden keselamatan
makanan berlaku. Antara faktor yang mendorong kepada masalah keselamatan
makanan ini adalah penggunaan bahan mentah baru, kecanggihan teknologi dan
inovasi baru. Faktor lain termasuk perubahan persekitaran, iklim, bencana serta
risiko pencemaran makanan yang dilakukan secara sengaja oleh manusia, yang
bermotifkan ekonomi.

8. Ingin dinyatakan bahawa kawalan keselamatan di sepanjang rantaian bekalan


makanan adalah satu tanggungjawab yang dikongsi bersama oleh pihak Kerajaan,
industri dan pengguna. Oleh itu, Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan
kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain serta pihak-pihak yang ada
kepentingan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (National Blue Ocean Strategy
– NBOS).

9. Kementerian Kesihatan juga sentiasa berusaha untuk memastikan makanan yang


dijual di pasaran adalah selamat. Program Jaminan Keselamatan Makanan seperti
Skim Pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), Skim Pensijilan
Good Manufacturing Practices (GMP) dan pensijilan Makanan Selamat
Tanggungjawab Industri (MeSTI) telah disediakan bagi premis pengilangan makanan.
Skim MeSTI direka khas bagi membantu Enterpris Kecil dan Sederhana (EKS)
mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan Pematuhan kepada
Skim MeSTI merupakan asas atau batu loncatan untuk EKS meningkatkan sistem
jaminan keselamatan makanan mereka kepada tahap yang dapat memenuhi
standard antarabangsa seperti GMP atau HACCP. Seterusnya ia dapat membantu
EKS untuk mampu berdaya saing dan berpotensi untuk menembusi pasaran
antarabangsa.

10. Di sini, saya ingin menegaskan bahawa di bawah Peraturan 9 Peraturan-Peraturan


Kebersihan Makanan 2009, semua premis pengilangan makanan adalah diwajibkan
untuk melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan.

11. Manakala bagi memastikan keselamatan makanan yang dijual di premis outlet
makanan iaitu gerai makan, restoran, kafetaria, kedai makan dan medan selera,
Kementerian Kesihatan akan melancarkan Program Bersih, Selamat dan Sihat
(BeSS) Peringkat Kebangsaan pada hari ini. BeSS ialah satu bentuk pengiktirafan
yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan kepada premis outlet makanan
berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Premis outlet makanan yang telah mendapat
pengiktirafan akan diberikan logo BeSS untuk dipamerkan bagi menunjukkan
bahawa premis outlet makanan tersebut telah diiktiraf sebagai bersih, selamat dan
sihat oleh Kementerian Kesihatan. Ini secara tidak langsung akan dapat memberi
pilihan dan kesedaran kepada pengguna tentang keperluan memilih kedai makan
yang bersih, selamat dan sihat.

12. Sebagai usaha Kerajaan untuk memperkukuh kawalan keselamatan makanan


negara, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan
iaitu pihak yang bertanggungjawab terhadap keselamatan makanan di Malaysia
akan ditransformasi menjadi Food Safety Authority (FSA) di bawah Kementerian
Kesihatan. FSA akan bertindak sebagai satu badan autonomi dan bebas bagi
meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan, selaras dengan
perkembangan global.

13 . Semoga dengan adanya pelbagai usaha kawalan keselamatan makanan, isu


makanan tidak selamat akan dapat diatasi dan industri, pengendali makanan dan
pengguna akan lebih bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan makanan
dilindungi.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 71


14. Akhir sekali izinkan saya bagi pihak semua warga Jabatan Kesihatan Negeri
 Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu
yang diterajui oleh Menteri Besar, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad Razif
bin Abd Rahman, yang sentiasa memberi sokongan kepada program dan aktiviti-
aktiviti kesihatan yang dijalankan di negeri Terengganu

15. Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola yang telah
berusaha membuat persiapan rapi untuk memastikan kejayaan program Sambutan
Hari Kesihatan Sedunia 2015. Diharapkan program sehari ini akan dimanfaatkan
sepenuhnya oleh warga Terengganu khasnya.

16. Sekali lagi saya, bagi pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merakamkan
ucapan terima kasih atas kesudian YAB Dato’ Seri dan Isteri hadir serta merasmikan
Hari Kesihatan Sedunia 2015 Peringkat Negeri Terengganu yang bertemakan
Keselamatan Makanan “Dari Ladang ke Meja Makan”.

72 Koleksi Ucapan 2015


YBHG. DR. HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

PERASMIAN KARNIVAL KESIHATAN HOSPITAL


PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

Pada 9 Jun 2015

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t. kerana kita
semua dapat berkumpul pada hari ini bagi memeriahkan Karnival Kesihatan Hospital
Peringkat Negeri Terengganu bagi tahun 2015 di Dewan Arena Merdeka ini. Tahniah
diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa Karnival kerana telah bertungkus
lumus bagi menjayakan program pada hari ini.

2. Saya bagi pihak Jabatan Kesihatan Negeri sangat mengalu-alukan penganjuran


karnival seumpama ini terutama di fasiliti kesihatan kita supaya dapat memberi
peluang kepada masyarakat dan warga kesihatan berinteraksi secara lebih terbuka
dan lebih dekat. Kita sentiasa peka dengan hasrat dan keperluan masyarakat dalam
memberi perkhidmatan yang terbaik. Harapan saya semoga dengan adanya
karnival ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada anggota hospital tetapi
lebih penting ialah kepada masyarakat luar.

3. Memang tidak menafikan bahawa kebanyakan penyakit manusia berpunca dari


perut. Ini bermakna tabiat pemakanan menjadi punca utama kenapa seseorang
boleh diserang penyakit. Sakit perut biasa memang tidak sama dengan kesakitan
yang dialami individu mengalami sakit perut akibat kanser. Ini berlaku apabila ada
ketidakstabilan pada bahagian yang terlibat. Ketidakstabilan tersebut mungkin
tanda-tanda kehadiran penyakit yang lebih serius termasuk kanser kolorektal iaitu
membabitkan bahagian antara usus besar hingga ke rektum. Oleh itu, pada Karnival
Kesihatan Hospital kali ini kita memilih tema “Sayangi Diri, Cegah Kanser” dan
memberi fokus atau tumpuan kepada Kanser Kolorektal (Kanser Usus Besar). Kunci
utama memerangi kanser adalah mempunyai kesedaran dan pengetahuan yang
cukup mengenai kanser. Ini adalah supaya kanser dapat dicegah,dikesan awal dan
berjaya dirawat dengan berkesan.

4. Memang sukar untuk mengenal pasti simptom penyakit kanser kolorektal kerana ia
perlu diteliti dari pelbagai aspek. Simptom awal bermula dengan gastrik, banyak
angin di perut, susah membuang air besar atau sembelit. Sembelit yang dimaksudkan
di sini ialah keadaan di mana seseorang itu tidak membuang air besar dalam masa
hingga sebulan. Malah kebanyakan kes kanser kolorektal ini menyerang mereka
yang berusia 60 tahun ke atas. Bagaimanapun ada juga yang menghidap kanser
kolorektal ini pada usia yang lebih muda. Atas kesedaran ini, maka kesedaran
berkaitan saringan awal kanser perlu dipertingkatkan supaya lebih ramai tampil
untuk membuat pemeriksaan sama di hospital mahupun di klinik kesihatan
berhampiran.

5. Kanser merupakan salah satu penyakit kronik yang menggerunkan dan boleh
menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan jantina. Di Malaysia pada tahun
2012, KANSER merupakan penyebab kematian keempat paling penting. Ianya
merangkumi sebanyak 13.63 peratus daripada semua kematian yang berlaku di
hospital-hospital kerajaan dan swasta di seluruh negara.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 73


6. Analisa awal kanser 2007-2011, secara keseluruhan dan tanpa mengira jantina,
KANSER USUS BESAR merupakan kanser kedua paling penting di Malaysia selepas
kanser payu dara. Kanser ini menyumbang sebanyak 13.4% dari keseluruhan
kanser yang dilaporkan kepada Registri Kanser Kebangsaan. Kejadian kanser usus
besar ini meningkat dengan pertambahan usia dan kebanyakan kes dikesan di
kalangan lelaki atau wanita yang berumur 50 tahun ke atas. Jumlah kemasukan
dan kematian akibat kanser kolorektal di hospital Kerajaan dilaporkan
semakin meningkat berbanding tahun sebelumnya di mana sebanyak 3,907 (9.7%)
kemasukan dan 231 (8.1%) kematian dilaporkan pada tahun 2000 berbanding 8,154
(12.2%) kemasukan dan 370 (8.5%) kematian pada tahun 2013. Manakala di
Terengganu, mengikut registry Kanser Negeri Terengganu 2015, kejadian kanser
usus besar adalah kedua terpenting di kalangan lelaki dan wanita dengan di kalangan
lelaki 13.7 % manakala di kalangan wanita 8.9%.

7. “Mencegah adalah lebih baik dari merawat” atau “prevention is better than cure”.
Ini adalah amat benar untuk penyakit kanser. Pada masa ini, kita lihat bahawa kos
untuk merawat kanser adalah amat mahal berbanding dengan kos rawatan untuk
penyakit-penyakit kronik yang lain. Sehubungan itu, KKM amat komited terhadap
usaha untuk mengurangkan beban kanser di negara ini.

8. Di samping memperkasakan masyarakat dengan pengetahuan dan kemahiran


tentang amalan hidup sihat untuk mencegah kejadian pelbagai penyakit kronik
termasuk penyakit kanser, ujian saringan untuk mengesan kehadiran kanser pada
peringkat awal merupakan satu langkah yang penting dan membantu meningkatkan
peluang supaya kanser dapat dirawat dengan baik dan sembuh sepenuhnya.

10. Peningkatan kadar kematian di kalangan pesakit kanser usus besar adalah berpunca
daripada kegagalan untuk mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Didapati
bahawa kira-kira 60 peratus kes kanser usus besar dikesan pada tahap teruk. Di
antara faktor yang menyumbang kepada perkara ini ialah tahap kesedaran yang
masih rendah mengenai kepentingan menjalankan ujian saringan dan pengesanan
awal. Di samping itu, terdapat pesakit yang lebih cenderung untuk mendapatkan
rawatan alternatif berbanding rawatan di hospital di mana kebanyakan pesakit ini
akhirnya akan kembali ke hospital pada peringkat kanser yang telah merebak
(advanced stage). Ini jelas akan mengurangkan keberkesanan rawatan.

11. Kajian menunjukkan bahawa ujian saringan menggunakan immunological Feacal


Occult Blood test (iFOBT), diikuti dengan ujian kolonoskopi boleh menurunkan
kadar kematian kanser usus besar sebanyak 33 peratus. Memandangkan kejadian
kanser usus besar didapati semakin meningkat di negara ini, perkhidmatan saringan
kanser usus besar menggunakan iFOBT boleh di jalankan di klinik-klinik kesihatan
di seluruh Negeri Terengganu. Ini akan diikuti dengan ujian pengesahan mengunakan
kolonoskopi, yang akan di jalankan oleh Pakar di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Perkhidmatan saringan kanser usus besar ini mensasarkan lelaki atau wanita berusia
50 hingga 70 tahun tanpa mempunyai gejala.

12. Oleh yang demikian, pada hari ini saya menggesa masyarakat setempat yang
hadir pada hari ini menggunakan peluang yang ada bagi menjalankan saringan
kesihatan termasuk saringan awal kanser usus besar. Satu mesej penting yang
perlu disebarkan ialah cegah kanser,kesan awal dan dapatkan rawatan dengan
segera.

13. Pada hari ini, sukacita ingin saya maklumkan kepada tuan-tuan dan puan-puan
warga DUNGUN bahawa projek pembinaan Hospital Dungun yang hampir
mencapai ke fasa 1 B iaitu pemilihan tender untuk kerja-kerja bangunan setelah

74 Koleksi Ucapan 2015


selesainya kerja-kerja tanah. Hospital Dungun yang baru merupakan sebuah
Hospital berpakar minor dengan 9 kepakaran iaitu Pakar Perubatan Dalaman,
Pakar Kanak-kanak, Pakar pembedahan, pakar orthopaedic, pakar obstretrik dan
gynaecologi, pakar radiolgi, pakar bius, Pakar kecemasan dan pakar patologi.
Hospital ini akan dilengkapi dengan 110 katil serta mempunyai fasiliti yang lebih
lengkap dan canggih termasuk Unit Rawatan Intensif (ICU) 6 katil, Dewan Bedah(4
katil), Unit Haemodialisis, unit rehabilitasi, Makmal patologi dan lain-lain lagi.
Hospital ini dijangkakan siap sepenuhnya pada tahun 2018.(Ogos). Semoga dengan
siapnya Hospital Dungun yang baru ini, tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan
kesihatan akan terus dipertingkatkan.

14. Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada
ahli jawatankuasa Karnival Kesihatan Hospital Peringkat Negeri Terengganu bagi
tahun 2015 yang telah bekerja dan bertungkus lumus untuk membawa program
ini untuk kebaikan tuan-tuan dan puan-puan. Ada banyak aktiviti yang telah diatur.
Gunakan semua aktiviti dan panduan ini demi menjaga kesihatan. Kepada semua
pihak yang turut menyumbangkan terhadap program ini saya ucapkan ribuan terima
kasih atas sumbangan anda. Seterusnya, saya dengan sukacitanya merasmikan
’Karnival Kesihatan Hospital Peringkat Negeri Terengganu. ‘ Sayangi Diri
Cegah kanser’.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 75


YBHG. DR HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA PERINGKAT


NEGERI TERENGGANU 2015

Pada 14 Jun 2015

Di Cindai Ballroom, Duyong Marina & Resort


Pulau Duyong Besar, Kuala Terengganu

1. Alhamdullilah, syukur ke hadrat Allah s.w.t, kerana pada hari ini kita dapat mengadakan
Majlis Sambutan Sempena Hari Penderma Darah Sedunia Peringkat Negeri
Terengganu 2015. Terlebih dahulu bagi pihak Jabatan Kesihatan Negeri
mengucapkan terima kasih di atas kesudian Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji
Ahmad Razif Bin Abdul Rahman, Menteri Besar Terengganu sudi hadir dan
seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini.

2. Sebagaimana yang kita semua maklum, tujuan utama majlis ini adalah untuk
menghargai sumbangan tuan-tuan dan puan-puan dalam menjayakan program
pendermaan darah untuk Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah
khususnya dan Hospital-hospital Daerah di Negeri Terengganu amnya. Majlis ini
diharap dapat mengekalkan semangat kepada para penderma untuk terus
menderma selagi layak. Ambilah kesempatan di dalam majlis ini untuk saling kenal
mengenali sebahagian dari penderma-penderma darah dan penganjur Program
Kempen Menderma Darah agar silaturrahim dapat dieratkan.

3. Sepertimana yang kita maklum, ramai pesakit yang telah terhutang nyawa kepada
orang yang mereka tidak kenali iaitu para penderma darah. Para penderma darah
pula tidak pernah tahu siapakah yang menerima darah yang mereka didermakan.
Mereka menderma dengan satu tujuan, iaitu untuk menyelamatkan nyawa pesakit-
pesakit yang memerlukan.

4. Ekoran dari itu, majlis seperti ini dirasakan amat wajar diadakan untuk meraikan
para penderma dan juga para penganjur program Kempen Derma Darah. Wang
ringgit bukan ukuran kepada jasa yang disumbangkan. Untuk makluman tuan-tuan
dan puan-puan penderma darah sekalian, pihak Jabatan Kesihatan Negeri
Terengganu, Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Terengganu telah beberapa kali berganding bahu menganjurkan majlis penghargaan
seperti. Sambutan seperti ini telah mendapat maklumbalas yang amat menggalakkan
dari semua pihak. Alhamdullilah pada hari ini, kita bersyukur kerana sekali lagi
telah berjaya mengadakan majlis seumpama ini menghargai para penderma darah
dan para penganjur Kempen Menderma Darah.

5. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan sekelian, tarikh 14 Jun telah dipilih oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk sambutan Hari Penderma Darah
Sedunia. Pada tahun ini, bandar Shanghai di China telah dipilih menjadi tuan rumah
kepada sambutan Hari Penderma Darah Sedunia. Di negara kita, pada tahun ini,
julung-julung kalinya semua negeri turut mengadakan sambutan secara serentak
pada hari yang sama. Manakala di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur sedang
berlangsung Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2015 peringkat kebangsaan
yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia.

76 Koleksi Ucapan 2015


6. Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia pada tahun ini bertemakan “Thank you
for saving my life” atau “Terima kasih kerana menyelamatkan nyawa saya”. Tema
ini dipilih sebagai satu cara menyampaikan penghargaan daripada para pesakit
kepada para penderma darah yang menderma secara sukarela dan telah
menghadiahkan sebuah kehidupan melalui darah yang disumbangkan. Sambutan
ini turut bertujuan menggalakkan orang ramai yang layak menderma darah namun
masih belum berbuat demikian untuk tampil menjadi penderma.

7. Aktiviti pendermaan darah seharusnya merupakan satu tanggungjawab sosial rakyat


Malaysia yang tidak mempunyai masalah kesihatan dan berkelayakan untuk
menderma. Kepada mereka yang tidak berpeluang menjadi penderma darah kerana
masalah kesihatan, mereka boleh membantu dengan menggalakkan rakan-rakan
dan ahli keluarga untuk menjadi penderma darah.

8. Untuk pengetahuan bersama, pada tahun 2014, sebanyak 14,892 unit darah telah
dikutip dari seluruh negeri Terengganu. Sekiranya dihitung dari jumlah penduduk
negeri ini, ini bermakna hanya 1.5% rakyat Terengganu yang menderma darah.
Sebagai perbandingan jumlah rakyat Malaysia yang menjadi penderma darah
adalah 2.5% , manakala di negara-negara maju angka ini lebih tinggi iaitu 3.5%-5%
penduduk adalah penderma darah. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyeru
lebih ramai lagi rakyat negeri Terengganu tampil menjadi penderma darah bagi
memastikan tanggung jawab sosial ini dapat dipenuhi.

9. Seperkara lagi yang ingin saya kongsi di dalam majlis ini adalah, negara kita turut
menghantar plasma darah penderma ke luar negara untuk diproses dan dijadikan
ubat-ubatan. Ubat-ubatan tersebut adalah Factor Concentrates, untuk pesakit
 Hemofilia yang mengalami kekurangan faktor pembekuan darah, juga untuk pesakit
yang memerlukan ubat-ubatan Immunoglobulin dan juga ubat Rhogam iaitu
untuk kegunaan pesakit-pesakit dari kumpulan darah Rh Negative yang akan
bersalin. Memandangkan kos pemprosesan ubat-ubatan ini sangat tinggi, maka
Kementerian Kesihatan Malaysia telah bercadang untuk mempunyai makmal
pemprosesan tersebut di Malaysia. Dijangkakan penjimatan sebanyak RM24 juta
setahun mampu diperolehi sekiranya proses ini dijalankan di Malaysia. Maka,
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan agar hospital-hospital yang
menjalankan kutipan darah, termasuklah Hospital Sultanah Nur Zahirah dan
hospital-hospital daerah di Terengganu meningkatkan lagi jumlah kutipan darah
agar mampu membekalkan plasma darah yang berkualiti kepada makmal baru
tersebut. Sasaran kerajaan adalah meningkatkan jumlah plasma darah dari 35,000
liter setahun yang dihantar ke luar negara selama ini bertambah kepada 80,000 liter
setahun dan diproses di negara kita sendiri menjelang 2016. Sudah tentulah
sumbangan darah dari anda semua sangat diperlukan bagi mencapai sasaran
kerajaan ini. Bagi penganjur kempen derma darah pula, marilah kita bersama-sama
lebih aktif menyeru orang ramai tampil menderma darah bagi mencapai cita-cita ini.

10. Manakala bagi mereka yang telah dikenalpasti mempunyai gaya hidup yang berisiko
risiko tinggi, mereka juga diharapkan dapat membantu kami dengan bersikap jujur
untuk TIDAK menderma darah demi keselamatan pesakit. Pendermaan darah
bukanlah satu cara untuk mengetahui status jangkitan penyakit-penyakit tersebut.
Tindakan undang undang boleh diambil kepada mereka yang masih terus menderma
sedangkan mereka telah mengetahui status jangkitan mereka. Ini terpaksa dibuat
demi menjaga kebajikan pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan
pemindahan darah.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 77


11. Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Unit Transfusi Darah Hospital Sultanah
Nur Zahirah serta Semua hospital-hospital daerah di Negeri Terengganu
mengharapkan lebih ramai yang tampil menderma terutama semasa bulan
Ramadhan dan musim perayaan kerana waktu ini darah diperlukan lebih banyak
sedangkan kutipan darah agak berkurangan. Saya mengharapkan agar semua pihak
memainkan peranan yang lebih terutama bagi membantu hospital mengatasi
masalah ini.

12. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang
Amat Berhormat Dato’ Seri hadir untuk merasmikan majlis ini, serta semua jemputan
yang dapat meluangkan masa untuk menjayakan majlis ini. Tahniah kepada Unit
Transfusi Darah, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dengan
kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu kerana telah berjaya
mengadakan majlis pada hari ini. Terima kasih juga kepada dif-dif jemputan, para
penganjur Kempen Menderma Darah dan para penderma-penderma darah serta
tuan-tuan dan puan-puan yang hadir di majlis ini.

78 Koleksi Ucapan 2015


YBHG. DR. HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

MAJLIS PERHIMPUNAN PENYAYANG PENGARAH KESIHATAN NEGERI


BERSAMA WARGA JABATAN KESIHATAN NEGERI TERENGGGANU

13 Ogos 2015
Kolej Kesihatan Awam Batu Rakit, Kuala Terengganu

1. Alhamdulillah, pada hari yang penuh Berkat dan Rahmat ini, marilah kita sama-
sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan
limpah kurnia serta inayah-Nya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di dataran
Kolej Kesihatan Awam, Batu Rakit ini, bagi meraikan sambutan Majlis Perhimpunan
Penyayang Warga Kesihatan Negeri Terengganu dan Pelancaran Sambutan Bulan
Kebangsaan Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

2. Terlebih dahulu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara
kita buat kali ke 58 kepada seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu
serta hadirin sekalian. Saya berasa sungguh gembira kerana pada hari ini kita dapat
bersama-sama meraikan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan ke 58
dan Perhimpunan Penyayang Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Bersama
Anggota Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan penuh rasa muhibbah di
dalam suasana mesra dan terbuka.

3. Pada pagi ini kita cukup bertuah kerana dapat sama-sama melancarkan Sambutan
Bulan Kebangsaan yang ke 58 dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan
bagi memeriahkan sambutan pada tahun ini. Umpamanya pada pagi ini acara
kemuncak kita adalah menyerahkan bendera Malaysia kepada setiap wakil PTJ.
Seperti yang diketahui, tema sambutan Hari Kebangsaan Negara kita pada tahun ini
ialah Malaysia Sehati Sejiwa. Semoga dengan adanya majlis majlis seperti ini,
dapatlah kita menghayati dan menjiwai tema tersebut. Sambutan bulan kebangsaan
ini menekankan semangat kejiwaan bersatu hati rakyat Malaysia. Tema pada tahun
ini melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira
di mana mereka berada dalam menghadapi musibah serta bencana yang dihadapi
oleh Negara.

4. Adalah menjadi harapan saya agar majlis pada tengahari ini akan memberi peluang
kepada semua warga JKNT untuk merapatkan silaturrahim sambil menikmati juadah
yang disediakan. Secara tidak langsung, ia dapat mewujudkan semangat
kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan sesama kita. Ia juga memberi
kesempatan kepada kita untuk saling bermaaf-maafan dan juga mengukuhkan lagi
persahabatan yang sedia terjalin.

5. Walaupun semangat kekeluargaan di tempat kerja tidak setebal pertalian keluarga


sendiri, ia tidak kurang pentingnya dalam menentukan keharmonian sesebuah
organisasi dan seterusnya negara. Sebagai sebuah negara yang mempunyai
pelbagai bangsa dan kaum, kita seharusnya mengamalkan sikap muafakat dan
berkerjasama di antara satu sama lain bagi menyumbangkan kepada pembangunan
negara dan seterusnya membawa kepada kebaikan bersama. Bak kata pepatah
‘MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT’.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 79


6. Dalam majlis ini juga, pemenang Pertandingan Perkhidmatan Kaunter Berkualiti
mengikut program akan diumumkan dan akan disampaikan kepada kaunter yang
menunjukkan kualiti perkhidmatan yang cemerlang. Sesi penilaian telah dibuat
bermula April hingga Mei 2015. Tahap perkhidmatan sesebuah kaunter akan
mencerminkan kualiti perkhidmatan sesebuah program serta sesuatu fasililti
kesihatan. Ia juga merupakan barisan utama yang akan berurusan dengan
pelanggan di jabatan kita. Mengambil kesempatan ini, saya ingin menyeru kepada
seluruh warga JKNT agar dapat meberi perhatian terhadap perkara ini serta sentiasa
menjaga kualiti perkhidmatan kaunter di jabatan kita.

7. Tidak lupa juga saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan majlis kita pada hari ini.

8. Dengan itu, saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat
Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh warga Jabatan Kesihatan
Negeri Terengganu dan juga hadirin sekalian.

Sebelum mengundur diri, izinkan saya menjual serangkap pantun, semoga ada
yang sudi membeli.

“Sungai disusur sehari-hari


Dalam gelap menangkap ikan
Mari menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan”

80 Koleksi Ucapan 2015


YBHG. DR. HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

SUKAN KESIHATAN MENTAL DAN SAMBUTAN


HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2015

Pada 15 Oktober 2015 (Khamis)

1. Syukur kepada Allah s.w.t di atas limpahan kurniaNya telah memberikan kesihatan
yang baik dan membolehkan saya untuk turut serta bersama-sama tuan-tuan dan
puan-puan sekelian pada majlis sukan kesihatan mental peringkat zon timur dan
sambutan Hari Mental Sedunia Peringkat Negeri Terengganu, 2015 pada pagi ini.

2. Tanpa kesihatan yang baik kita tidak dapat menikmati kesejahteraan hidup yang
berkualiti. Usaha ke arah ini sering mengabaikan aspek psikologi yang tidak kelihatan
secara nyata tetapi memberikan kesan yang serius dalam jangka masa panjang dan
ianya susah untuk dibetulkan. WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) telah
menetapkan tempoh pada tahun ini iaitu Dignity in Mental Health atau memartabatkan
kesihatan mental.

3. Pesakit yang mengalami masalah kesihatan mental seringkali berdepan dengan


masalah diskriminasi, stigma, diketepikan dalam segala aspek malahan ada yang
dianiaya secara fizikal dan emosi didalam kehidupan seharian mereka didalam
masyarakat. Kadangkala, masalah ini juga berlaku ketika mereka mendapatkan
perkhidmatan kesihatan yang mengakibatkan kurangnya kualiti dalam penjagaan
kesihatan mereka. Tema tahun ini iaitu memartabatkan kesihatan mental adalah
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai perkara-
perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan pesakit dan keluarga dapat terus
hidup dengan penuh maruah dengan berdasarkan kempen, polisi, latihan dan aktiviti
berkaitan kepada anggota kesihatan dan masyarakat.

4 Berdasarkan Kajian Social exclusion Unit 2004 di London menunjukkan pesakit


yang mengalami masalah mental adalah individu yang paling terpinggir di dalam
sesebuah komuniti. Menurut kajian oleh warner pada tahun 2011 pula, kehormatan
diri dan keyakinan adalah faktor yang paling utama dalam memastikan kesihatan
mental yang berterusan. Pelbagai kajian lagi menunjukkan bahawa dengan
menghormati identiti seseorang individu dan dengan menjaga maruahnya akan
membantu penyembuhan pesakit itu dan sebaliknya sekiranya perkara itu diambil
mudah, kemudaratan pula mengambil tempat.

5. Berdasarkan faktor-faktor yang telah disebutkan , maka adalah menjadi hasrat


yang besar untuk kita bersama sama memartabatkan kesihatan mental di negeri ini
dengan cara :

a). Melayan pesakit dengan hormat


b). Memastikan personalized care untuk setiap pesakit
c). Menjaga kerahsiaan dan memastikan khidmat rawatan terbaik dan berkualiti
d). Komunikasi berkesan
e). Menangani masalah diskriminasi
f). Hak asasi manusia dipatuhi
g). Memastikan autonomi, pilihan pesakit dihormati
h). Membina organisasi positif dan lain lain lagi cara yang difikirkan bermanfaat.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 81


6. Diantara usaha kita untuk membantu mendekatkan diri pesakit serta keluarga
dengan pihak kesihatan dan masyarakat adalah dengan penganjuran sukan
kesihatan mental. Program Sukan Kesihatan Mental (SUKEM) tahunan merupakan
salah satu aktiviti rehabilitasi yang bertujuan meningkatkan keyakinan diri,
meningkatkan kemahiran sosial dan kognitif disamping menghapuskan stigma
terhadap pesakit mental yang masih kental dalam masyarakat kita.

7. Sepertimana yang semua tahu, sukan adalah suatu aktiviti yang mempunyai banyak
faedah. Sukan mampu membantu merawat dan juga psychoprotective kepada fungsi
otak baik kepada masyarakat umumnya dan para pesakit khususnya. Kebanyakan
gejala dan penyakit psikiatri menunjukkan respon positif kepada aktiviti sukan /
latihan antaranya kemurungan, keresahan, dementia, penyalahgunaan dadah, dan
juga gejala psikosis. Kesan positif ini dipercayai wujud daripada aktiviti / latihan
sukan yang menyokong kepada:

a). Mengurangkan kelakuan mengelak (avoidance behavior)


b). Meningkatkan aktiviti social
c). Meningkatkan keyakinan diri
d). Menggalakkan inisiatif dan fungsi kognitif

8. Apabila seseorang individu bersukan, ANP (Atrium Natriuretic Factor) dan BDNF
(Brain Derived Neutrophic Factor) akan dirembeskan dan dipercayai
bertanggungawab memberikan kesan relaksas dan ketenangan kepada individu
terbabit. Tambahan pula sukan tidak mempunyai kesan sampingan malahan turut
membantu kesihatan fizikal.

9. Berdasarkan maklumat yang telah disebutkan, Sukan Kesihatan Mental (SUKEM)


dianjurkan oleh jabatan psikiatri dan kesihatan mental Hospital Hulu Terengganu
bersama Jabatan psikiatri Hospital Sultanah Nur Zahirah yang bertujuan untuk

a). Mengurangkan stigma masyarakat terhadap bekas pesakit psikiatri.


b). Meningkatkan keyakinan diri pesakit yang sedang pulih supaya dapat
berfungsi di dalam masyarakat.
c). Meningkatkan kemahiran sosial pesakit
d). Meningkatkan jalinan kerjasama antara keluarga pesakit dan kakitangan
e). Sukan sebagai aktiviti meningkatkan kekuatan fizikal dan minda yang sihat.
f). Menggalakkan penglibatan masyarakat dan agensi lain untuk menyokong
pesakit psikiatri.

10. Semenjak tiga tahun lalu acara ini diadakan di peringkat Negeri Terengganu ianya
mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari kalangan pesakit
namun juga daripada ahli keluarga. Oleh itu untuk kali ini, buat julung kalinya
Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Hulu Terengganu mengambil
inisiatif untuk menganjurkan SUKEM (peringkat Zon Timur) menggabungkan
kontinjen dari Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ, Kelantan) dan Hospital
Tengku Ampuan Afzan (HTAA, Pahang).

11. Oleh itu, sangatlah bertepatan gandingan hari kesihatan mental kali ini dengan
acara sukan kesihatan mental pada pagi ini yang buat julung kalinya diadakan
diperingkat zon timur. Adalah diharapkan sukan ini menjadi pendorong kepada usaha
berterusan dalam memastikan kesihatan mental dimartabatkan di masa akan
datang. Setiap anggota kesihatan dan masyarakat negeri Terengganu mempunyai
peranan yang boleh dimainkan secara berkesan dan bersepadu. Sebagai agen
perubahan sikap masyarakat, anggota kesihatan berperanan penting di dalam
mempromosi dan memberi mesej yang betul kepada masyarakat mengenai kesihatan

82 Koleksi Ucapan 2015


mental. Mereka perlulah terlebih dahulu memahami dan mendalami aspek kesihatan
mental agar dapat menyalurkan maklumat yang tepat kepada ahli masyarakat.

12. Bagi pihak jabatan kesihatan pula, kita akan mempastikan segala perancangan ke
arah meningkatkan kesejahteraan masyarakat negeri Terengganu samada dalam
bentuk fizikal, mental, sosial dan kerohanian dapat dilaksanakan secara bersepadu
dengan penglibatan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di dalam menjadikan
rakyat negeri Terengganu sihat sejahtera sepanjang hayat, insya Allah.

13. Akhir kata ingin saya mengambil peluang ini untuk menyeru dan memesan agar
setiap individu wajib menjaga kesihatan yang di anugerahkan Allah kepada kita.
Kesejahteraan diri dalam bentuk kesihatan fizikal, mental, sosial dan kerohanian
yang baik harus dipupuk dari usia kecil. Hindarilah aktiviti dan perkara-perkara
yang boleh menjejaskan kesihatan kita.

14. Saya juga, ingin mengambil kesempatan ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada penganjur bersama Jabatan Kesihatan Negeri
kerana menjemput saya ke masjlis yang cukup bermakna ini.

15. Dengan lafaz bismillahirahmanirahim, saya dengan sukacitanya merasmikan majlis


Sukan Kesihatan Mental Zon Timur dan Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia
2015 Peringkat Negeri Terengganu.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 83


YBHG DR. HJ. MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP KARNIVAL KESELAMATAN MAKANAN NEGERI 2015

18 Oktober 2015 (Ahad)

Mydin Hypermarket, Gong Badak, Kuala Nerus,


Terengganu

1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat
Encik Mohd Iskandar, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan
Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri di atas kesudian Yang Berhormat untuk
hadir ke Majlis Penutup Karnival Keselamatan Makanan Negeri Terengganu 2015.
Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Pihak SUK. Terengganu di atas
sumbangan/ tajaan hadiah Pertandingan Kebersihan Premis Makanan
2015, juga kepada pihak pengurusan Mydin Hypermarket di atas kesediaan
menyediakan tempat yang begitu kondusif untuk majlis pada hari ini khususnya dan
penganjuran Karnival Keselamatan Makanan Negeri Terengganu 2015 amnya. Tidak
lupa ucapan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan media dan
tuan / puan yang turut memeriahkan majlis pada pagi ini.

2. Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola di atas


kejayaan menganjurkan karnival ini dengan jayanya, di mana ia amat relevan
dengan perkembangan sektor makanan pada masa kini. Sepertimana yang
kita sedia maklum, sektor makanan negara termasuk di negeri Terengganu
sedang berkembang pesat di mana terdapat banyak pertumbuhan gerai-gerai,
restoran-restoran serta kilang-kilang makanan saban hari.

3. Justeru, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menerusi Bahagian Keselamatan


dan Kualiti Makanan (K&KM), dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri
Terengganu (Bahagian Kerajaan Tempatan) telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan Pertandingan Kebersihan Premis Makanan 2015 seterusnya
bekerjasama menganjurkan Karnival Keselamatan Makanan Negeri Terengganu
2015 sebagai satu usaha untuk meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan
makanan di premis-premis penjualan dan pemprosesan makanan di seluruh
Terengganu.

4. Karnival yang diadakan selama 3 hari bermula 16 Oktober – 18 Oktober ini


juga menjadi satu platform dalam menyalurkan informasi-informasi berkaitan
kebersihan dan keselamatan makanan dan garis panduan yang berkaitan kepada
pengusaha dan pengendali makanan. Sekali gus dapat membantu para pengusaha
dan pengendali makanan dalam memahami dan mematuhi kehendak dan keperluan
di bawah Akta Makanan 1983 dan lain-lain perundangan makanan yang berkaitan.

5. Karnival ini diadakan adalah sebagai satu usaha untuk memberi pengetahuan dan
kefahaman orang awam dalam memahami pentingnya kebersihan dan keselamatan
makanan terutamanya bagi mengelak terjadinya kes keracunan makanan dan
seterusnya memilih produk makanan yang bersih, selamat dan berkualiti.

84 Koleksi Ucapan 2015


6. Dengan adanya program karnival seperti ini diharapkan ia dapat mengubah sikap
dan tingkahlaku pengusaha dan pengendali makanan serta orang awam dalam
memilih produk yang bersih, selamat dan berkualiti disamping mempromosikan
produk Perusahaan Kecil Dan sederhana (PKS) yang telah mendapat pensijilan
MeSTI.

7. Selain daripada pameran kesihatan, kuiz dan pertandingan yang diadakan


sepanjang karnival ini berlangsung, kita juga akan menyampaikan beberapa
anugerah kepada pengusaha-pengusaha makanan yang berjaya mewujudkan dan
mempraktikkan Program Jaminan Keselamatan Makanan di premis makanan
masing-masing selain daripada penganugerahan kepada para pemenang dalam
Pertandingan Kebersihan Premis Makanan 2015 yang telah diadakan.

8. Untuk makluman Yang Berhormat dan hadirin sekalian, seramai 20 Pengusaha


Kecil & Sederhana (PKS) akan menerima pensijilan di bawah “Skim Pensijilan
Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)”,24 pengusaha premis
makanan mendapat “Pensijilan Bersih, Sihat Dan Selamat (BeSS)”. Bagi
Pertandingan Kebersihan Makanan 2015, sebanyak 8 kategori telah
dipertandingkan iaitu:-

i). Gerai Makan di Medan Selera


ii). Restoran / Kedai Makan
iii). Kantin Sekolah Rendah
iv). Dapur Asrama / Dewan Makan Sekolah Menengah
v). Kantin / Kafetaria Pejabat Kerajaan
vi). Enterprise Kecil dan Sederhana

9. Saya bagi pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, merakamkan jutaan


terima kasih di atas sokongan penuh yang diberikan oleh Kerajaan Negeri
Terengganu melalui Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu (Bahagian
Kerajaan Tempatan) yang telah bermurah hati menyumbangkan hadiah berupa
wang tunai kepada pemenang Pertandingan Kebersihan Premis Makanan 2015,
yang mana ianya melibatkan peruntukan sebanyak RM 60,400.00. Kerjasama ini
telah lama terjalin dan diharapkan ianya akan dapat diteruskan di tahun-tahun yang
akan datang.

10. Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada semua
pengusaha dan pengendali makanan agar dapat mempraktikkan amalan– amalan
yang positif dalam mengendalikan makanan. Kesihatan adalah satu isu yang penting
dalam kehidupan. Individu yang sihat boleh memainkan peranan yang efektif dalam
pembangunan masyarakat dan negara. Selaras dengan tema karnival pada tahun i
ini, iaitu “Transformasi Ke Arah Makanan Yang Lebih Selamat” maka
tahap keselamatan makanan diutamakan oleh setiap individu, pengusaha dan
pengendali makanan, agar mendapat kehidupan yang sihat dan sejahtera.

11. Setinggi–tinggi penghargaan dan terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat
Encik Mohd Iskandar di atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir
mewakili Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan wanita, Keluarga
Dan Masyarakat Negeri Terengganu bagi merasmikan Majlis Penutup Karnival
Keselamatan Makanan Negeri Terengganu 2015 pada hari ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 85


YBHG. DR. HJ MOHAMMAD BIN OMAR
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu

SEMPENA

PERASMIAN PUSAT RAWATAN IBU DAN BAYI


HOSPITAL SULTANAH NUR ZAHIRAH, KUALA TERENGGANU

Pada 22 Oktober 2015

1. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana diberi ruang untuk kita sama-
sama hadir di Majlis Perasmian Pusat Rawatan Ibu dan Bayi, Hospital
Sultanah Nur Zahirah pada pagi ini. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat
Datuk Seri Dr S Subramiam, Menteri Kesihatan Malaysia yang sudi hadir dan
seterusnya merasmikan Pusat Rawatan Ibu dan Bayi Hospital Sultanah Nur Zahirah
ini. Juga terima kasih juga kepada Yang Berbahagia Datuk Dr Noor Hisham bin
Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan semua Pegawai Tertinggi
Kementerian Kesihatan turut sama hadir di majlis yang penuh bersejarah bagi
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah khasnya.

2. Saya mewakili seluruh warga Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan masyarakat
di negeri ini, ingin melahirkan rasa bangga dan terima kasih atas ke prihatinan
Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga beroperasinya Pusat Rawatan Ibu dan
Bayi , Hospital Sultanah Nur Zahirah ini dengan jayanya. Sejak dibuka pada
Disember tahun lalu, telah terdapat kira-kira seramai 14,631 orang pesakit
dimasukkan ke wad. Daripada jumlah itu HSNZ telah menerima sebanyak 8,749
kelahiran spontaneous vaginal delivery dan selebihnya adalah melalui bantuan
instrument dan pembedahan LSCS.

3. Sebenarnya sebelum Pusat ini beroperasi sepenuhnya, beberapa siri lawatan


diadakan oleh pihak Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Negeri diadakan bagi
memastikan projek ini berjalan baik dan terlaksana. Akhirnya pada hari ini, kita
berjaya berkumpul di sini bagi merekodnya serta melakarkan satu sejarah baru
dalam peningkatan pencapaian perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di
negeri ini.

4. Pusat Rawatan Ibu dan Bayi yang mempunyai enam aras yang dibina di atas tanah
berkeluasan 4.63 hektar mula dibangunkan pada 18 Disember 2008, siap
sepenuhnya pada 18 Disember 2013 sebelum diserahkan oleh Jabatan Kerja Raya
(JKR) kepada Kementerian Kesihatan Malaysia pada 18 Februari 2014. Kini,
pusat ini menjadi Pusat Rawatan Ibu dan Bayi ini yang pertama di Pantai Timur dan
dapat mengurangkan kesesakan HSNZ secara keseluruhannya khususnya bagi
kes-kes perubatan lain, sebaik beroperasi.

5. Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (PRIBA) menempatkan farmasi, klinik dan makmal di
aras 1, 3 wad obstetrik di aras 2, 3 wad obstetrik di aras 3 dan 1 wad kelas pertama
yang mempunyai 20 buah katil di tingkat 4. Namun begitu wad kelas pertama ini
masih belum beroperasi. Sementara untuk perawatan pediatrik, Special Care
Nursery (SCN), Mother and Child (MAC) Ward dan Neonatal Intensive Care Unit
(NICU) terletak di tingkat 5.

86 Koleksi Ucapan 2015


6. Manakala di tingkat 6 pula terdapat sebuah Maternity ICU yang mempunyai 2 buah
katil, Isolation Room ICU yang menempatkan 1buah katil, 2 bilik Dewan Bedah dan
Dewan Bersalin yang lebih luas sebanyak 24 bilik untuk keselesaan ketika
bersalin. Keseluruhan katil di PRIBA adalah sebanyak 312 buah katil.

7. Pusat ini juga menempatkan 385 lot tempat letak kereta. Terdapat juga 89 lot parkir
terbuka motokar dan 133 lot parkir terbuka motosikal di sekitar bangunan. Ini sedikit
sebanyak dapat menampung keperluan parkir yang sedia ada.

8. Dengan adanya perkhidmatan baru ini, lebih memberi keselesaan kepada pesakit
terutama ibu dan bayi. Kawasan yang memberi jarak antara bayi boleh mengikut
kriteria yang ditetapkan iaitu jarak 3 kaki dan ini dapat mengurangkan jangkitan
berbanding ruang dulunya agak sempit dan jarak antara bayi juga agak berdekatan.
Suhu wad diselaraskan secara berpusat dan terkawal. Malah terdapat juga bilik
penyusuan yang lebih privasi, bilik bersalin berasingan dan dipisahkan dengan
pesakit disiplin lain dari segi pendaftaran, ujian makmal, pengambilan ubat dan
penggunaan lif.

9. Malah terdapat ICU yang khas untuk pesakit materniti sahaja. Ini boleh memberi
tumpuan khusus kepada ibu berkenaan. Begitu juga dengan dua dewan bedah
yang berbanding satu sebelum ini untuk kes-kes yang memerlukan pembedahan.
Dengan secara tidak langsung dengan ada Pusat Rawatan Ibu dan Bayi ini dapat
mengurangkan kesesakan sama ada katil mahupun dewan bedah di Hospital
Sultanah Nur Zahirah secara keseluruhananya.

10. Bukan setakat itu sahaja, anggota yang bertugas juga dapat menjalankan tugasan
dengan baik memandangkan keperluan peralatan dan persekitaran tempat kerja
yang lebih selesa dan fokus.

11. Oleh itu, sekali saya bagi pihak Jabatan dan Hospital Sultanah Nur Zahirah
mengambil kesempatan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas peruntukan
yang disalurkan sehingga terbinanya pusat ini dan berjaya beroperasi dalam
memberi perhidmatan terbaik dan berkualiti kepada pesakit. Saya juga mengambil
kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Dr S.
Subramian kerana sudi merasmikan Pusat Rawatan Ibu dan Bayi dan pasukan dari
Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyokong projek Pusat Rawatan Ibu dan
Bayi ini sehingga terlaksana. Semoga selepas ini, ada lagi peruntukan bagi projek
lain bagi meningkatkan kualiti perubatan di negeri ini.

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu 87


NOTA

88 Koleksi Ucapan 2015

You might also like