You are on page 1of 22

GARIS PANDUAN

Pemerkasaan
Jawatankuasa
Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan
Di Hospital-Hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Di Hospital-Hospital KKM

2017 Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan

ISBN NO.: 978-967-0769-95-0

Tiada mana-mana bahagian penerbitan ini boleh dihasilkan atau


diedarkan dalam apa-apa bentuk atau apa-apa cara, atau
disimpan dalam sistem pangkalan data atau diperolehi semula,
tanpa kebenaran penulis terlebih dahulu

Diterbitkan oleh:
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 4, Blok E1, Kompleks E, Presint 1
62590 Putrajaya  
Kata Pengantar
Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa


prihatin dalam memberikan perkhidmatan
kesihatan yang terbaik untuk rakyat. Hal ini
mustahil untuk dikecapi tanpa menitikberatkan
keselamatan dan kesihatan warganya yang
berkhidmat dalam penyampaian servis tersebut.

Kata bidalan, malang tidak berbau namun


permuafakatan yang tercapai bagai bulatnya air
kerana pembentung menerusi Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan yang terdiri daripada
wakil majikan dan pekerja; amatlah diharapkan
agar isu-isu keselamatan dan kesihatan
pekerjaan terus diperkukuhkan sekaligus
menjadi platform dalam mengurangkan risiko
kemalangan begitu juga menjamin kesihatan
warganya di tempat kerja.

Buku ini dihasilkan sebagai panduan kepada


Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di
hospital-hospital dan institusi berkaitan di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia dalam
melaksanakan tanggungjawabnya sekaligus
meningkatkan keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja, selaras dengan kehendak Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan
peraturan-peraturan yang berkaitan.

Akhir kata, saya mengucapkan syabas kepada


pihak yang telah terlibat dalam penyediaan buku
garis panduan ini sama ada secara langsung atau
tidak langsung.
Kata Pengantar II
Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
(Perubatan)
Memetik kata- kata Aeschylus “Obedience is the
mother of success and is wedded to safety”,
Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memberi
perhatian dalam pematuhan undang-undang
apatah lagi melibatkan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan warganya dalam penyampaian
perkhidmatan kesihatan kepada rakyat Malaysia.

Warga KKM sentiasa terdedah kepada pelbagai


ancaman atau hazad pekerjaan. Kewujudan
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (JKKP) di setiap premis hospital dan
institusi KKM berperanan dalam memastikan
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terus
terjamin dan diarusperdanakan.

Penerbitan buku ini adalah penting sebagai


rujukan kepada JKKP bagi memastikan
tanggungjawab ini terlaksana sebagaimana
termaktub di dalam Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-
peraturan berkaitan dengannya.

Menerusi buku ini, saya amat berharap agar ia


dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap
hospital demi memastikan Jawatankuasa
Keselamatan dan Kesihatan di hospital berperanan
penuh dan aktif serta mencapai matlamat
penubuhannya sebagaimana yang digariskan
undang-undang.

Syabas buat warga Unit Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan, Cawangan Kualiti Penjagaan
Perubatan di atas inisiatif penerbitan buku ini.
Kata Pengantar III
Dato' Dr. Azman Bin Haji Abu Bakar
Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan

Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan


penekanan yang sama kepada keselamatan
pelanggannya begitu juga kepada warganya
yang menyampaikan perkhidmatan kesihatan
tersebut. Sebagaimana memetik kata-kata
Cicero, “The safety of people should be the
highest law” , KKM mengambil berat dalam
memastikan keselamatan dan kesihatan
warganya di premis hospital dan institusi KKM
terjamin sebagaimana yang digariskan melalui
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 dan peraturan-peraturan berkaitan
dengannya.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di


setiap hospital dan institusi kesihatan KKM
mestilah terus berfungsi penuh menjalankan
tanggungjawabnya demi kelangsungan
perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat
Malaysia. Jesteru itu, penerbitan buku garis
panduan ini adalah antara usaha berterusan
KKM dalam memastikan objektif ini tercapai.

Susulan penerbitan buku ini, adalah amat


diharapkan ia terus memperkukuhkan JKKP
yang telah sedia diwujudkan di setiap hospital
dan melaksanakan peranannya dengan lebih
berkesan.

Akhir kata, syabas diucapkan kepada semua


yang telah terlibat dalam penerbitan buku ini.
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
6 Pekerjaan Di Hospital-Hospital KKM

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada:

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia (Perubatan)


Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai

Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan


Dato' Dr. Azman Bin Haji Abu Bakar

Timbalan Pengarah, Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan


Dr. PAA Mohamed Nazir Bin Abdul Rahman

SIDANG EDITORIAL

Pengerusi
Dr. Siti Sara Bt. Yaacob
Ketua Unit/Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Perubatan

Ketua Editor
Dr. Khairil Idham Bin Ismail
Ketua Penolong Pengarah
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Perubatan
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
7
Di Hospital-Hospital KKM

Editor

Dr. Norhafizah Bt. Mohd Noor


Ketua Penolong Pengarah
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Perubatan

Dr. Mohd Syazmin Zuwairy Bin Mohd Sharial


Ketua Penolong Pengarah
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Perubatan

Dr. Rathiruba Selvaraju


Penolong Pengarah Kanan
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Perubatan

Puan Norazita Bt Che Mohd Nashir


Pembantu Tadbir (P/O)
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Bahagian Perkembangan Perubatan
Kementerian Kesihatan Perubatan

Garis Panduan ini digubal berdasarkan Buku Terma Rujukan


Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Hospital-hospital
Kementerian Kesihatan Malaysia, ISBN 978-983-42461-3-6 (Cetakan 2008)
yang digubal oleh Dr. Nor’Aishah Bt Abu Bakar,
Prof. Dr. K.G. Rampal dan Dr. Zaharah Bt Zainuddin
Kandungan
Bil. Kandungan Mukasurat

1. Pengenalan 9
2. Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan 9
dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
3. Objektif Jawatankuasa Keselamatan dan 10
Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
4. Komposisi dan Keanggotaan Jawatankuasa 10
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
5. Fungsi Majikan Yang Berkaitan Dengan 14
Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKKP)
6. Fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan 16
Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
7. Penalti 18
8. Perkongsian Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa 18
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
9. Tips Kejayaan JKKP Yang Berkekalan 19
10. Kesimpulan 20
11. Rujukan 20
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan Di Hospital-Hospital KKM 9

1.0 PENGENALAN

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggiatkan aktiviti


kesihatan dan keselamatan pekerjaan secara berperingkat-peringkat
di seluruh negara terutamanya untuk anggota-anggota KKM
semenjak pelaksanaan enakmen Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 diwartakan. Bagi memenuhi Akta Keselamatan &
Kesihatan Pekerjaan 1994 (Seksyen 30-31), Jawatankuasa
Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mestilah wujud, berperanan
penuh dan bertanggungjawab di atas keselamatan dan kesihatan
para pekerjanya dan juga orang awam yang datang untuk
mendapatkan perkhidmatan di hospital.

JKKP di mana-mana fasiliti perlu diperkasakan memandangkan


Jawatankuasa ini adalah satu-satunya jawatankuasa yang telah
diperincikan dalam Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994,
serta tanggungjawab ahli mesyuarat turut disebutkan dalam
dokumen perundangan ini.

2.0 PENUBUHAN JKKP

Penubuhan JKKP di tempat kerja mestilah dilaksanakan sekiranya:-

• Terdapat 40 (empat puluh) orang pekerja atau lebih di tempat


kerja tersebut

ATAU

• Diarahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan


Kesihatan Pekerjaan (Department of Occupational Safety and
Health, DOSH)
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
10
Di Hospital-Hospital KKM

3.0 OBJEKTIF JKKP

3.1 OBJEKTIF UMUM

• Pematuhan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan


Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan yang berkaitan
dengannya.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

• Sebagai landasan untuk mewujudkan kerjasama antara


majikan dan pekerja dalam usaha meningkatkan keselamatan
dan kesihatan di tempat kerja, sejajar dengan kehendak Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
• Sebagai satu mekanisma untuk perhubungan dua hala antara
majikan dan pekerja dalam menyebarkan informasi berkaitan
aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
• Meningkatkan kesedaran pihak majikan dan pekerja dalam
aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan

4.0 KOMPOSISI DAN KEANGGOTAAN JKKP

4.1 JKKP mestilah terdiri daripada:-

• Seorang Pengerusi
• Seorang Setiausaha
• Wakil majikan
• Wakil pekerja

4.2 Setiap anggota yang mengisi komposisi JKKP ini mestilah


diberikan surat atau sijil lantikan sebagai ahli JKKP.
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
11
Di Hospital-Hospital KKM

Carta Alir 1
Organisasi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PENGERUSI

SETIAUSAHA

WAKIL MAJIKAN WAKIL PEKERJA

4.3 Bilangan ahli di dalam JKKP ialah :-

• Jika 100 (satu ratus) orang pekerja atau kurang - tidak


kurang dari 2 (dua) orang wakil pekerja dan tidak kurang
dari 2 (dua) orang wakil majikan.
• Jika lebih 100 (satu ratus) orang pekerja atau kurang - tidak
kurang dari 4 (empat) orang wakil pekerja dan tidak kurang
dari 4 (empat) orang wakil majikan
• Sebaik-baiknya bilangan wakil majikan dan wakil pekerja
adalah seimbang supaya tidak berlakunya berat sebelah
• Sungguhpun tidak dinyatakan di dalam akta, adalah
dinasihatkan supaya bilangan ahli JKKP ini tidaklah terlalu
ramai. Idealnya, seramai 10 – 14 orang.
• Sekiranya perlu, jawatankuasa kecil bolehlah diwujudkan.
• Bagi mengelakkan keanggotan ahli yang terlalu ramai,
ahli tersebut boleh diwakilkan seorang sahaja berdasarkan
bentuk risiko atau kluster hazad yang serupa.

4.4 Berikut adalah garis panduan keanggotaan JKKP berdasarkan


komposisinya:-
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
12
Di Hospital-Hospital KKM

• Pengerusi
- Majikan atau Pengurus yang diberi kuasa : Pengarah
Hospital (boleh diturunkan kuasa kepada Timbalan
Pengarah untuk mempengurusikan mesyuarat jika
Pengarah ada sesuatu yang adhoc perlu diuruskan)

• Setiausaha
- Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Safety
Health Officer) yang digaji oleh majikan
ATAU
- Dilantik oleh Pengerusi yang bertindak
ATAU
- Diundi secara sulit (contoh: menggunakan kertas undi)
oleh anggota-anggota JKKP yang lain daripada kalangan
mereka sendiri.

Memandangkan hospital tidak termasuk dalam kategori sektor yang


perlu mempunyai pegawai keselamatan dan kesihatan, kakitangan
tertentu perlu dipilih sebagai setiausaha.

Contoh kategori kakitangan yang boleh dilantik sebagai setiausaha


adalah:-
- Ketua/ Wakil Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
- Penyelia Hospital
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
- Pegawai di hospital yang telah menjalani kursus dalam aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan
- Wakil Majikan
- Mereka yang mempunyai tanggungjawab dalam hal ehwal
pengurusan boleh dijadikan sebagai wakil majikan.
- Contoh wakil majikan - Ketua Jabatan, Penyelia Jururawat,
Penyelia Pembantu Pegawai Perubatan, Ketua Kerani, wakil
dari syarikat pengendali hospital support service atau
konsensi.
- Wakil Pekerja
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
13
Di Hospital-Hospital KKM

- Mereka yang tidak bertugas dalam pengurusan boleh


dijadikan sebagai wakil pekerja.
- Wakil-wakil pekerja dalam sesuatu JKKP hendaklah dapat
mewakili pelbagai bahagian tempat kerja supaya dapat
memastikan, mengekalkan dan mengembangkan minat
pekerja untuk mewujudkan tempat kerja yang sihat dan
selamat di semua bahagian tempat kerja.
- Contoh wakil pekerja Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi,
Jururawat, Pembantu Pegawai Perubatan, Kerani,
Pembantu Juruteknologi Makmal dan Atenden. Wakil dari
Kesatuan Pekerja juga boleh dijadikan wakil pekerja.

4.4 Kekosongan ahli JKKP

Sekiranya berlaku kekosongan di kalangan anggota JKKP,


kekosongan itu hendaklah diisi oleh seseorang yang dilantik
sebagaimana ahli lain.

4.5 Jawatankuasa Kecil

- JKKP boleh membentuk Jawatankuasa Kecil bagi membantu


dan menjalankan fungsi-fungsinya.
- Contoh adalah seperti Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Hospital, Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Keselamatan
Kebakaran, Jawatankuasa Promosi Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan.

4.6 Perlantikan Ahli JKKP

- Sijil lantikan rasmi yang ditandatangani oleh Pengerusi JKKP


boleh dianugerahkan kepada setiap Ahli JKKP yang telah
dipilih.
- Sungguhpun tidak ada had tempoh lantikan Ahli JKKP
dinyatakan di dalam Akta atau Peraturan, adalah disarankan
supaya tempoh lantikan dilakukan secara berkala. Contohnya
Ahli JKKP dilantik setiap 3 tahun.
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
14
Di Hospital-Hospital KKM

- Tempoh ini dirasakan sesuai dalam memastikan


kesinambungan aktiviti dan dalam masa yang sama
memastikan Ahli JKKP yang dilantik sentiasa bersemangat
dan mampu memberi komitmen.
- Ditakuti bahawa seseorang yang telah terlalu lama
memegang jawatan dalam JKKP mungkin tidak lagi berupaya
memberi komitmen dan idea baru untuk mempertingkatkan
aspek keselamatan dan kesihatan pekerja.

4.7 Penyingkiran ahli JKKP

Sesuatu JKKP boleh menyingkirkan ahlinya jika:-


- Dia gagal menghadiri mesyuarat 3 kali berturut-turut tanpa
izin Pengerusi
- Dia didapati atau diisytiharkan tidak sempurna akal
- Dia diisytiharkan bankrap
- Dia tidak lagi bekerja di tempat tersebut
- Telah dibuktikan terhadapnya atau disabitkan kesalahan
yang i) melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan
akhlak, ii) kesalahan di bawah undang-undang yang
berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
atau iii) apa-apa kesalahan jenayah yang lain.
- Dia tidak dapat atau tiada upaya untuk menunaikan
kewajipannya sebagai anggota jawatankuasa.

5.0 FUNGSI MAJIKAN YANG BERKAITAN DENGAN JKKP

5.1 Majikan bertanggungjawab menubuhkan JKKP di tempat kerja


jika:
- Terdapat 40 (empat puluh) orang pekerja atau lebih.
- Diarahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan (Department of Occupational Safety
and Health, DOSH).

5.2 Berunding dengan JKKP dalam meningkatkan keberkesanan


kerjasama dengan pekerja semasa:
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
15
Di Hospital-Hospital KKM

- Mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan


dan kesihatan pekerja.
- Mengukur keberkesanan langkah yang telah diambil.

5.3 Memberi latihan dalam aspek keselamatan dan kesihatan


pekerjaan kepada anggota JKKP.

5.4 Menyediakan dokumen dan maklumat untuk JKKP:


- Akta dan segala perundangan subsidiari yang dibuat di
bawah Akta.
- Tata amalan dan garis panduan berhubung penghapusan
risiko kepada keselamatan dan kesihatan serta yang
berkaitan.
- Maklumat tentang rancangan keselamatan dan
perlaksanaannya.
- Maklumat teknikal berkenaan bahaya keselamatan dan
kesihatan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu.
- Maklumat tentang prosedur pengendalian, sistem kerja dan
bahan bagi kegunaan semasa bekerja dan data lain yang
releven.
- Maklumat lain yang diarahkan oleh Ketua Pengarah

5.5 Mengambil tindakan yang dicadangkan oleh JKKP setelah


membincangkan dengan Pengerusi JKKP sekiranya berlaku
kemalangan/kemalangan nyaris/kejadian berbahaya di tempat
kerja, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan.

5.6 Mewujud dan menyelenggara sistem bagi pekerja membuat


aduan berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

5.7 Memastikan tindakan penambahbaikan dan juga pencegahan


berdasarkan aduan bagi menghapuskan atau mengurangkan
risiko keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

5.8 Memberikan justifikasi kepada JKKP sekiranya aduan yang


diterima tidak diambil tindakan yang perlu.
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
16
Di Hospital-Hospital KKM

5.9 Menyediakan tempat yang sesuai untuk JKKP mengadakan


mesyuaratnya.

5.10 Membenarkan setiap anggota JKKP untuk menghadiri


mesyuarat semasa waktu bekerja dan menjalankan aktiviti
berkaitan dengan JKKP bila perlu.

6.0 FUNGSI JKKP

6.1 Mewujud kaedah dan sistem kerja:-


Membantu majikan dalam mewujudkan kaedah-kaedah atau
sistem kerja bagi memastikan keselamatan dan kesihatan
pekerja.

6.2 Mengkaji:
- Mengkaji semula keberkesanan program-program
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
- Menjalankan kajian tren kemalangan di tempat kerja,
kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan
pekerjaan dan penyakit pekerjaan. Melaporkan hasil kajian
kepada majikan (contoh: amalan tidak sihat, persekitaran
tidak selamat) dan mencadangkan langkah
penambahbaikan.
- Mengkaji semula dasar keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja. Mencadangkan kepada majikan sekiranya
dasar perlu disemak.

6.3 Menjalankan pemeriksaan tempat kerja:


- Memeriksa tempat kerja sekurang-kurangnya 3 (tiga) bulan
sekali untuk memastikan tiada perkara yang boleh
mendatangkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan
pekerja serta merekodnya.
- Membincangkan dengan seberapa segera hasil
pemeriksaan dengan JKKP sekiranya terdapat perkara-
perkara di tempat kerja yang boleh mendatangkan implikasi
keselamatan dan kesihatan kepada pekerja.
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
17
Di Hospital-Hospital KKM

- Mencadangkan kepada majikan langkah pemulihan yang


perlu diambil serta merekodnya.
- Menilai keberkesanan langkah-langkah kawalan yang telah
diambil.

6.4 Menyiasat perkara yang tidak selamat:


- Sebarang perkara yang dikenal pasti oleh anggota JKKP
sebagai tidak selamat atau mendatangkan risiko kepada
kesihatan.
- Sebarang aspek keselamatan dan kesihatan yang telah
dibawa kepada perhatian majikan. Contohnya aduan aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diterima dari
pekerja.
- Membincangkan dan menyelesaikan masalah yang telah
dikenal pasti semasa siasatan. Sekiranya tidak mampu
menyelesaikannya, boleh memohon pihak Department
Occupational Safety and Health (DOSH) untuk menjalankan
pemeriksaan.

6.5 Korum dan keanggotaan mesyuarat:


- Mesyuarat hanya boleh dijalankan jika pengerusi,
setiausaha dan tidak kurang dari 50% (setengah) daripada
ahli JKKP yang lain hadir.
- JKKP boleh menjemput bukan ahli untuk menghadiri
mesyuarat, sekiranya dirasakan perlu bagi membincangkan
sebarang hal berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja.

6.6 Perkara yang dibincangkan semasa mesyuarat:


- Hanya perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja organisasi tersebut patut dibincangkan. Ini
untuk mengelakkan dari JKKP hilang fokus asalnya dan
disalahgunakan untuk agenda-agenda lain.
- Minit mesyuarat yang lalu.

6.7 Minit mesyuarat:


- Minit mesyuarat harus dihantar kepada ahli JKKP dan majikan
dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat.
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
18
Di Hospital-Hospital KKM

- Majikan hendaklah menyimpan minit mesyuarat selama


sekurang-kurangnya 7 tahun bagi tujuan pemeriksaan oleh
Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

7.0 PENALTI

Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya melanggar peruntukan


peraturan ini.

Seseorang yang didapati bersalah boleh:

- Didenda tidak melebihi lima ribu ringgit


ATAU
- Dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan
ATAU
- Kedua-duanya

8.0 PERKONGSIAN TANGGUNGJAWAB AHLI JKKP

- Ingin ditekankan bahawa perkongsian tanggungjawab Ahli


JKKP tanpa mengira status samaada sebagai wakil majikan
atau wakil pekerja adalah amat penting memandangkan di
hospital, ahli-ahli JKKP turut mempunyai tugas hakiki yang
perlu dilaksanakan.
- Perkongsian tanggungjawab mampu mengelakkan dari
terjadinya situasi di mana sebahagian besar tanggungjawab
diserahkan kepada Setiausaha atau wakil pekerja sahaja yang
mana akhirnya menyebabkan pihak tersebut tidak mampu
untuk memikul beban dan JKKP tidak dapat berfungsi.
- Oleh itu Pengerusi perlu memastikan bahawa tanggungjawab
diagih-agihkan antara ahli dan setiap ahli memainkan
peranan masing-masing dengan aktif.
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
19
Di Hospital-Hospital KKM

- Konsep perkongsian tanggungjawab serta kerja berpasukan


adalah salah satu kunci dalam memastikan JKKP dapat
berfungsi secara efektif dan menghindari JKKP dari beransur-
ansur menjadi pincang dan mati di tengah jalan.

9.0 TIPS KEJAYAAN JKKP YANG BERKEKALAN

• Pengerusi:
- Komited dan bertanggungjawab.
- Mengetahui dan percaya tentang kepentingan aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Mengetahui fungsi JKKP.
- Memantau aktiviti JKKP.
- Menyemak tindakan JKKP.

• Ahli-ahli JKKP:
- Komited dan bertanggungjawab.
- Mengetahui dan percaya tentang kepentingan aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Mengetahui fungsi JKKP.
• Tindakan bersifat aktif dan bukannya sebagai reaktif di atas
sesuatu kejadian.
• Skop, fokus dan fungsi JKKP adalah menurut garispanduan,
iaitu tidak terpesong meliputi aspek-aspek selain dari
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
• Berkongsi tanggungjawab antara ahli-ahli JKKP.
• Mengamalkan prinsip kerja berpasukan.
• Bersikap terbuka dalam menerima maklumbalas dari mana-
mana pihak untuk mempertingkatkan aspek keselamatan
dan kesihatan pekerjaan.
• Proaktif.
• Bertindak pantas ke atas keputusan mesyuarat atau sebarang
aduan.
• Tidak melengah-lengahkan tindakan yang dipersetujui.
• Tidak cepat berputus asa dalam mempertingkatkan aspek
keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Garis Panduan Pemerkasaan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
20
Di Hospital-Hospital KKM

10.0 KESIMPULAN

Kemalangan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Namun demikian,


kewajipan mewujudkan dan menjalankan aktiviti JKKP seperti yang
termaktub di dalam akta dan peraturannya di setiap tempat kerja
haruslah dilihat sebagai sesuatu yang positif. Ia mampu mengawal
dan mengurangkan impak daripada sesuatu risiko melalui antisipasi
penuh JKKP.

Ia juga adalah umpama jambatan yang menghubungkan antara


majikan dan pekerja yang akhirnya memberikan situasi menang-
menang kepada kedua-dua pihak. Pekerja yang sihat dan selamat
akan meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos rawatan atau
ketidakhadiran kerana sakit dan sekaligus menjaga nama baik
institusi. Ia merupakan peluang untuk meningkatkan keselamatan
dan kesihatan warga kerja.

Jesteru itu, janganlah menganggap ia sebagai beban kepada


organisasi dan hanya dijalankan semata-mata untuk menghindari dari
tindakan undang-undang. Komitmen yang menyeluruh dan
perkongsian tanggungjawab antara ahli-ahli JKKP adalah mustahak
dalam memastikan JKKP dapat berfungsi secara efektif dan
berterusan bagi meningkatkan keselamatan dan kesihatan warga
kerja.

RUJUKAN

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (2008). Terma Rujukan


Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Di Hospital-
Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia
2. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
3. Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
(Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan) 1996

You might also like