You are on page 1of 40

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1

Sejarah Penubuhan
Program Pendidikan kesihatan di hospital bermula dalam Rancangan Malaysia ke 5 (1986
hingga 1990). Unit Pendidikan Kesihatan di hospital yang pertama telah ditubuhkan di Hospital
Kuala Lumpur pada tahun 1987 dengan penempatan seorang Pegawai Penerangan (Pelajaran
Kesihatan). Perkhidmatan pendidikan kesihatan dan pendidikan kesihatan di hospital telah
berkembang dengan pesat di mana pada tahun 1989, sebanyak 13 buah hospital besar negeri di
seluruh Malaysia telah menempatkan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan). Manakala lima
buah hospital pakar telah menerima penempatan Pegawai Penerangan (Pelajaran Kesihatan)
bermula tahun 2000.

Definisi
i. Promosi Kesihatan

• Tindakan yang menjurus kepada pembaikan atau perlindungan kesihatan


menerusi perubahan tingkah laku, biologi, sosio-ekonomi dan persekitaran. Promosi
kesihatan juga melibatkan bukan sahaja aktiviti penyebaran maklumat tetapi juga
membabitkan perubahan untuk mempengaruhi aktiviti-aktiviti individu, kumpulan,
masyarakat, pihak majikan dan pihak berkuasa tempatan (Rujuk Health Promotion
Glossary, WHO/HPR/HEP/98.1 dan Pusat Racun Negara, USM).
• Promosi kesihatan turut melibatkan pelbagai kaedah yang memudahkan individu mengekal
dan menjaga kesihatan (Rujuk Garis Panduan Pendidikan Kesihatan di Klinik Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia, 2014).

ii. Pendidikan Kesihatan

• Merangkumi beberapa bentuk kaedah komunikasi yang direka bagi


• meningkatkan literasi kesihatan, termasuklah peningkatan pengetahuan dan pembangunan
kemahiran hidup yang menyokong kesihatan individu dan komuniti. (Rujuk Health Promotion
Glossary, WHO)
• bertujuan memperkasakan klien (pesakit, waris dan keluarga) untuk membuat keputusan/
pilihan rawatan dalam proses rawatan, penyembuhan dan pemulihan bagi mengurangkan
komplikasi penyakit berkenaan. Selain pesakit, waris dan keluarga perlu diberi pendidikan
kesihatan yang sesuai dan spesifik dengan penyakit yang dihidapi (Rujuk Health Promotion
Glossary, WHO).

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 1


SINGKATAN NAMA PENUH SINGKATAN NAMA PENUH
HEO Pegawai Pendidikan UPOH Unit Perolehan Organ
Kesihatan Hospital
UPK Unit Pendidikan MO Medical Officer/
Kesihatan Pegawai Perubatan
PPP Penolong Pegawai CPK Negeri Cawangan Promosi
Perubatan Kesihatan Negeri
PPK Pembantu Perawatan JKPPH
Kesihatan
JT Jururawat Terlatih TOP TEAM

Objektif Garis Panduan


• Memberi panduan kepada anggota kesihatan yang terlibat dengan pendidikan kesihatan
di hospital dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pendidikan kesihatan secara
sistematik.
• Meningkatkan keberkesanan aktiviti pendidikan kesihatan yang dijalankan di hospital
• Menyeragamkan pelaksanaan aktiviti pendidikan kesihatan di semua hospital

Kumpulan Sasar
Garis panduan ini boleh digunakan oleh anggota kesihatan yang dipertanggungjawabkan
menjaga Unit Pendidikan Kesihatan di hospital.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 2


BAB 1
POLISI BERKAITAN PENDIDIKAN KESIHATAN DI HOSPITAL

Polisi berkaitan pendidikan kesihatan/pesakit dalam General Hospital Operational Policy (MOH/P/
PAK/268.13(BP), Ogos 2013) menyatakan bahawa:

i. Hospital perlu menyediakan perkhidmatan pendidikan kesihatan yang berkesan bagi


membantu dalam penjagaan pesakit dalam (inpatient) dan pesakit luar (outpatient) di hospital
ii. Jabatan/Unit Pendidikan Kesihatan di hospital perlu merancang, menyelaras, melaksana,
memantau dan menilai semua aktiviti berkaitan pendidikan kesihatan selaras dengan polisi-
polisi semasa Kementerian Kesihatan Malaysia
• Polisi Operasi unit seharusnya menerangkan dengan lebih lanjut skop dan fungsi Jabatan/
Unit Pendidikan Kesihatan dijadikan rujukan supaya tidak bertindan dengan fungsi jabatan
/ unit lain
• Polisi Operasi Jabatan/Unit Pendidikan Kesihatan perlu diwujudkan mengikut setting
hospital masing-masing. Sila rujuk Polisi Operasi Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Sg.
Buloh sebagai panduan.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 3


BAB 2
PELAKSANAAN AKTIVITI PENDIDIKAN KESIHATAN

1. Mengendalikan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (PKBM)

• Rujuk Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok 2022


• Clinical Practice Guideline for Treatment of Tobacco Use Disorder, 2016

2. Melaksanakan intervensi penurunan berat badan berpandukan modul IFitEr

• rujuk Garis Panduan Pelaksanaan IfitEr, 2018


• program boleh dijalankan dengan kerjasama jabatan/unit lain seperti Unit Kesihatan &
Keselamatan Pekerjaan (saringan kesihatan anggota hospital), Jabatan Dietetik & Sajian
(konsultansi pemakanan) dan Jabatan Rehabilitasi (pelan senaman). Bantuan atau
kerjasama juga boleh diperolehi daripada Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan
Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.

3. Sambutan Hari Khas Kesihatan

Melaksanakan sambutan hari Khas Kesihatan dengan menggunakan peruntukan yang


diterima daripada Hospital atau Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan
Malaysia. (Rujuk Bab 5)

4. Penerbitan, konsultansi dan edaran bahan pendidikan kesihatan

• Mendapatkan bahan pendidikan kesihatan daripada portal Infosihat, MyHealth dan laman
media sosial (Telegram, Facebook, Tik Tok, You Tube, Twitter, Instagram).
• Menerima dan mengedarkan bahan pendidikan kesihatan daripada Unit Promosi
Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri dengan menggunakan borang edaran (rujuk
Lampiran 1).
• Menyediakan dan mencetak bahan pendidikan kesihatan tertakluk kepada keperluan
semasa dan sumber sedia ada. Dapatkan konsultasi daripada Unit Promosi Kesihatan,
Jabatan Kesihatan Negeri jika perlu.

5. Merancang, melaksana dan menilai latihan untuk anggota hospital dalam bidang pendidikan
kesihatan

• Mengendalikan latihan seperti Latihan untuk Jurulatih (Training of Trainers) PKBM,


• Kursus Kecergasan Fasilitator IfitEr dan lain-lain (Rujuk Bab 5).

6. Mendokumentasi dan membuat penilaian

Semua program/aktiviti pendidikan kesihatan yang dilaksanakan perlu didokumentasikan.


Laporan Pelaksanaan Aktiviti (setiap 6 bulan) dan Laporan Pencapaian KBM perlu dihantar
melalui Pengarah Hospital kepada Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri dan Bahagian
Pendidikan Kesihatan, KKM 2 kali setahun mengikut format reten (Rujuk Bab 6)

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 4


Misi dan Visi Unit Pendidikan kesihatan di Hospital

Objektif
Untuk meningkatkan status kesihatan pesakit melalui pengurusan yang berkesan mengenai
penyakit mereka dan menyumbang ke arah pembentukan sebuah negara yang sihat.
Visi
Memberi perkhidmatan pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan yang cemerlang.
Misi
Memberikan maklumat dan perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan melalui aktiviti-aktiviti
pendidikan kesihatan yang menjurus ke arah perubahan tingkah laku yang positif.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 5


CARTA ORGANISASI

Pengarah

Timbalan Pengarah Perubatan/


Klinikal (Direktorat Sokongan Klinikal)

Ketua Unit Pendidikan Kesihatan/


Pegawai Pendidikan Kesihatan Kanan

Pegawai Pendidikan Kesihatan


(Hakiki)

Penolong Pereka Pembantu


Pegawai Grafik Tadbir
Perubatan (Hakiki) (P/O)
(Pinjaman) (Pinjaman)

Pembantu Jururawat
Juru Audio
Perawatan Terlatih
Visual
Kesihatan (Pinjaman)
(Hakiki)
(Pinjaman)

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 6


BAB 3
PROSES KERJA DAN CARTA ALIRAN KERJA

1. Perancangan dan Pengurusan Latihan Pendidikan Kesihatan

1(a) Proses Kerja

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Sediakan Cadangan perancangan tahunan Takwim HEO / Penyelaras UPK
Latihan
2 Membentangkan cadangan jadual latihan kepada HEO / Penyelaras UPK
Jawatankuasa Pendidikan Pesakit Hospital
3 Menyediakan kertas cadangan HEO / Penyelaras UPK
a) Objektif
b) Kumpulan sasar - jumlah
dan siapa
c) Tempat, Tarikh, Masa,
Tempoh
d) Anggaran belanjawan
e) Cadangan Penceramah

4 Mengemukakan kertas cadangan kepada pengarah HEO / Penyelaras UPK


hospital untuk pertimbangan/ kelulusan
5 Melaksanakan latihan mengikut jadual HEO / Penyelaras UPK /
PPP / JT / PPK
6 Menilai latihan berdasarkan Borang Penilaian Kursus HEO / Penyelaras UPK /
(Rujuk:______) PPP / JT
7 Menyediakan laporan HEO / Penyelaras UPK /
PPP / JT
8 Melaporkan ke dalam Reten Pendidikan HEO/ Penyelaras UPK /
PPP/JT

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 7


1(b) Cadangan Latihan Pendidikan Kesihatan

1. Teras Pendidikan Kesihatan


a. Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok & Speak Out
b. Aktiviti Fizikal / X-Break / Asas Instruktur Kecergasan
c. Komunikasi Pembujukan / Komunikasi Berisiko
d. Pendermaan Organ
e. Proses Permohonan Bahan Promosi Pendidikan Kesihatan

2. E-cigrette, or Vaping Product, Use Associated Lung Injury (EVALI)

3. Penerbitan Bahan Promosi Pendidikan Kesihatan


a. Penyuntingan Gambar / Video (Applikasi Canva / Adobe)
b. Bahan Pendidikan Virtual (e-book)

Lain-lain latihan yang di fikirkan sesuai berdasarkan keperluan tempat masing-masing

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 8


1(c) Carta Aliran Kerja

Sediakan Takwim/
Aktiviti Latihan

Membentangkan
Perancangan

Menyediakan
Kertas Cadangan

Tidak Setuju Kemukakan


kepada Pengarah

Pindaan

Setuju

Laksanakan
latihan

Penilaian latihan/
kursus

Sediakan laporan/
Reten

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 9


2. Sambutan Hari - Hari Khas Kesihatan

2(a) Proses Kerja

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Sediakan Cadangan Takwim perancangan tahunan HEO / Penyelaras UPK
sambutan hari- hari khas kesihatan
2 Membentangkan cadangan jadual sambutan hari-hari HEO / Penyelaras UPK
khas kesihatan kepada Jawatankuasa Pendidikan
Pesakit Hospital
3 Menyediakan kertas cadangan HEO / Penyelaras UPK
a) Objektif
b) Kumpulan sasar - jumlah dan siapa
c) Tempat, Tarikh, Masa, Tempoh
d) Anggaran belanjawan
e) Cadangan Aktiviti
4 Mengemukakan kertas cadangan kepada pengarah HEO / Penyelaras UPK
hospital untuk pertimbangan/ kelulusan
5 Menubuhkan jawatankuasa kerja sekiranya kelulusan HEO / Penyelaras UPK
telah diterima.
6 Melaksanakan aktiviti-aktiviti sambutan hari-hari khas HEO / Penyelaras UPK /
kesihatan JKPPH
7 Menilai latihan berdasarkan Borang Penilaian Bahan HEO / Penyelaras UPK /
Pameran (Mohon lampiran dari Dr. Fendi). PPP / JT
8 Menyediakan laporan sambutan. HEO / Penyelaras UPK /
PPP / JT
9 Melaporkan sambutan ke dalam Reten Pendidikan. HEO / Penyelaras UPK /
PPP/ JT

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 10


2(b) Cadangan Sambutan Hari Kesihatan

1. Sambutan teras UPK


a. Sambutan Hari Kesihatan Sedunia
b. Nafas Baru Bermula Ramadan
c. Hari Tanpa Tembakau Sedunia

2. Sambutan berdasarkan Institusi yang ada HEO


a. Minggu Kesedaran Pendermaan Organ
b. Hari Kanser Sedunia
c. Hari Penderma Darah Sedunia

3. Lain-lain sambutan
a. Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia
b. Hari Kesihatan Mental Sedunia
c. Hari Jantung Sedunia
d. Hari Diabetes Sedunia

*Sambutan hari-hari khas tertakluk pada keperluan di hospital masing-masing.

*Pelaksanaan hari-hari khas tidak semestinya sambutan besar-besaran

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 11


2(c) Carta Aliran Kerja

Sediakan Takwim
Sambutan

Membentangkan
Perancangan

Menyediakan
Kertas Cadangan

Tidak Setuju Kemukakan


kepada Pengarah

Pindaan

Setuju

Menubuhkan
Jawatankuasa

Melaksanakan
Sambutan

Penilaian
Sambutan

Sediakan Laporan

Reten

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 12


3. Penyediaan Reten Program Pendidikan Kesihatan

3(a) Proses Kerja

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Mengumpul dan memasukkan data aktiviti - aktiviti PT / PPK / JT / PPP
pendidikan pesakit yang UPK laksanakan dan dari
Jabatan/ Unit/ Klinik dan Wad ke dalam Reten.
2 Menyemak data reten. HEO / Penyelaras UPK
3 Membuat pembetulan. Jika ada buat pindaan. JT/PPP
4 Menghantar reten yang telah lengkap mengikut Format HEO
Reten kepada Pengarah Hospital, Pegawai Pendidikan
Kesihatan Negeri dan Pengarah Bahagian Pendidikan
Kesihatan, KKM.

3(b) Carta Aliran Kerja

Mula

Mengumpul data

Menyemak data

Data tidak
lengkap
Setuju
Lengkap / Betul

Pindaan
Hantar reten

Tamat

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 13


4. Perancangan dan Pengurusan Pendidikan di Wad

4(a) Proses Kerja

PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1. Memastikan slot pendidikan kesihatan dalam senarai semak HEO / Penyelaras UPK /
klien di wad. PPP / JT
2. Menyediakan bahan pendidikan kesihatan di wad secara HEO / Penyelaras UPK /
virtual / bercetak. PPP / JT
3. Merangka jadual pendidikan kesihatan di wad / terima HEO / Penyelaras UPK /
rujukan dari wad. PPP / JT
4. Memberi khidmat nasihat kepada klien di wad berdasarkan HEO / Penyelaras UPK /
kes klien. PPP / JT
5. Melaporkan sesi dalam fail klien. HEO / Penyelaras UPK /
PPP / JT
6. Melaporkan ke dalam Reten Pendidikan HEO / Penyelaras UPK /
PPP / JT

*Proses kerja pendidikan kesihatan di wad mengikut keperluan dan kemampuan kakitangan

4(b) Cadangan Tajuk Pendidikan Pesakit


o Berhenti Merokok
o Penyakit Tidak Berjangkit
o Cara Hidup Sihat

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 14


4(c) Carta Aliran Kerja

Pastikan Slot Dalam Senarai


Semak Pesakit

Menyediakan bahan pendidikan


pesakit

Merangka jadual / terima surat


rujukan

Khidmat nasihat individu

Laporan Sesi

Reten

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 15


5. Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (KBM)

5 (a) Proses Kerja

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Pesakit/ HEO/ Penyelaras PKBM
Jawatankuasa Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
(adakan mesyuarat sekurang-kurangnya setahun 2 kali)

Pengerusi: Timbalan Pengarah


Setiausaha: Pegawai Pendidikan Kesihatan/ Penyelaras
AJK:
• Jabatan Perubatan
• Jabatan Pembedahan Am
• Jabatan Ortopedik
• Jabatan Bedah Mulut
• Jabatan Psikiatri
• Jabatan Obstetrik & Ginekologi
• Jabatan Farmasi
• Jabatan Anestesiologi
• Penyeliaan Jururawat
• Penyeliaan Hospital
*Bergantung kepada keperluan di PTJ masing-masing
*Perbincangan berkenaan

2 Mempromosikan program PKBM kepada pesakit/ waris/ HEO/ Paramedik


kakitangan hospital melalui medium media cetak/ media
elektronik/ media baru/ bedside teaching

3 Menerima rujukan pesakit dari Klinik atau wad atau PT/PPK


menerima pesakit yang ‘walk in’.

4 Memberi tarikh temujanji kepada klien selepas PT/PPK


mendapatkan maklumat ringkas klien

5 Pesakit hadir ke PKBM pada tarikh temujanji

6 Mendaftar Pesakit dalam buku daftar PT/PPK

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 16


7 Melakukan saringan kesihatan : HEO/ Paramedik
• Ujian Tahap Karbon Monoksida (CO Test),berat
badan ideal (BMI), ujian tekanan darah (BP)
• Mendapatkan maklumat sejarah merokok/ produk
nikotin
• Melaksanakan Ujian Fargestrom
• Lakukan saringan DASS bagi mengenalpasti status
kesihatan mental pesakit/ klien
• Jika rujukan diterima dari Jabatan Psikiatri,
kenalpasti status kesihatan mental dan sejarah
perubatan pesakit dan pastikan klien datang
bersama waris

8 Memberikan nasihat dan runding cara untuk berhenti HEO/Paramedik


merokok

9 Menilai tahap kesediaan berhenti merokok berdasarkan HEO/Paramedik


Transteoretical Model (TTM):

• Bagi pesakit yang bersedia untuk berhenti merokok


(dalam fasa contemplation, preparation & action),
teruskan dengan penetapan tarikh berhenti merokok.
• Bagi pesakit yang belum bersedia untuk berhenti
merokok (dalam fasa pre- contemplation),
laksanakan runding cara/ pendidikan kesihatan
(Prinsip 5A/ 5R/ MI).
• Sekiranya pesakit bersedia untuk berhenti merokok,
teruskan dengan sesi runding cara dan menetapkan
tarikh berhenti merokok

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 17


8 Menentukan jenis rawatan sama ada Modifikasi HEO/ Paramedik
Tingkahlaku sahaja atau Rawatan Farmakologi bersama
Modifikasi Tingkahlaku

(rujuk Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti


Merokok di Unit Pedidikan Kesihatan, Bahagian
Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2022, Garis
Panduan Farmakoterapi Berhenti Merokok, Program
Perkhidmatan Farmasi KKM Tahun 2019 dan Clinical
Practice Guideline for Tobacco Use Disorder, Tahun
2016)

Modifikasi Tingkahlaku sahaja: HEO/ Paramedik

o Pesakit diberi temujanji dalam tempoh 6 bulan


(sekurang-kurangnya hadir 3 kali untuk minggu ke-2,
4 dan ke-8)
o Susulan melalui telefon (minggu ke-6 & 10 *bagi
memudahkan rundingcara dilakukan dengan kerap
dan berkesan
o Terangkan berkaitan withdrawal simptom dll dan
kaedah untuk menghadapi gejala yang dialami
apabila ia berlaku
o Menitikberatkan sokongan psikososial bagi
menyokong proses berhenti merokok
o Tentukan samada pesakit berjaya atau tidak
berhenti merokok

Farmakologi dan Modifikasi Tingkahlaku: Pakar/MO/HEO/ Pegawai


Farmasi
o Tentukan kesesuaian dan jenis rawatan farmakologi
o Jika tidak sesuai, rujuk untuk modifikasi tingkahlaku
o Jika sesuai bagi penerangan tentang ubat dan cara
pengambilan, withdrawal simptom dll
o Bagi temujanji setiap dua minggu untuk tempoh 6
bulan, sama ada bersemuka atau melalui panggilan
telefon
o Pesakit mengambil ubat di Farmasi

11 SMS atau panggilan telefon pesakit sebelum tarikh HEO/ Paramedik


susulan untuk mengingatkan tarikh temujanji.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 18


12 Pesakit hadir mengikut tarikh temujanji tempoh 6 bulan.

13 Melakukan penilaian dan laporan reten KBM. HEO/ Paramedik

14 Selesai sesi rawatan HEO/ Paramedik

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 19


6. Program Pengurusan Berat Badan (IFITER)

6 (a) Proses Kerja

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Mempromosikan program IFITER kepada kakitangan HEO/Penyelaras UPK
hospital melalui medium media cetak/ media elektronik/
media baru

2 Sejarah penyakit sendiri dan keluarga HEO/ Paramedik


• Tekanan darah
• Paras gula dalam darah
• Paras kolesterol dalam darah (pilihan)
• Ujian asid urik dalam darah (pilihan)

3 Saringan antropometri dilaksanakan: PT/PPK


• Indeks jisim tubuh
• Peratusan lemak
• Ukurlilit pinggang

4 Penilaian pra-latihan - PAR-Q PT/PPK

5 Sesi orientasi dilaksanakan pada Minggu 0: HEO/Penyelaras UPK/


• Akujanji Instruktur IFitEr
• Consent form
• Taklimat pelaksanaan intervensi kesediaan
tingkah laku
• Borang kontrak tingkah laku
• Pelan pemakanan
• Pelan senaman
• MyLogBook
• Ujian kecergasan dan Ujian Saringan Kesihatan
Mental (DASS)
• Pendaftaran dan penggunaan BookDoc
• Pre-test penilaian amalan pemakanan

6 Latihan senaman dilaksanakan dengan bimbingan HEO/ Instruktur IFitEr


jurulatih dan peserta akan mengisi MyLogBook (Minggu
1-10)

7 Melaksanakan Analisa Tingkah laku Kesihatan (ATK) HEO/ Penyelaras UPK /


dan Runding Cara Pemakanan (RCP) berkumpulan Pegawai Dietetik
(Minggu 5)

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 20


Pemakanan (RCP) berkumpulan (Minggu 5)

8 Penilaian Awal dilaksanakan pada Minggu 11 HEO/ Penyelaras UPK /


• Taklimat akhir Analisa Tingkah Laku Kesihatan (ATK) Pegawai Dietetik
• Runding Cara Pemakanan (RCP) berkumpulan
• Ujian kecergasan
• Pencapaian tier BookDoc

9 Penilaian juga dilaksanakan bagi mengenal pasti (pada HEO/ Penyelaras UPK
minggu 11) :
• Tekanan darah
• Paras gula dalam darah
• Paras kolesterol dalam darah
• Indeks jisim tubuh
• Berat badan
• Peratusan lemak badan
• Ukurlilit pinggang
• Ujian kecergasan
• Bilangan latihan tanpa jurulatih
• Pencapaian tier BookDoc

10 Latihan bersendirian dilaksanakan pada Minggu 12 – 23


selama 3 bulan

11 Progress Review dilaksanakan pada Minggu 16, 20 & 23 HEO/ Instruktur IFitEr

12 Penilaian (seperti minggu 11) dan pelaporan akhir pada HEO/ Penyelaras UPK /
Minggu 24: Pegawai Dietetik
• Ujian kecergasan
• Pencapaian tier BookDoc
• Post Test Penilaian Amalan Pemakanan

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 21


7. PENERBITAN BAHAN PENDIDIKAN KESIHATAN

7 (a) Proses Kerja

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Mengenalpasti masalah penyakit mengikut keperluan. Jabatan yang terlibat/HEO
2 Memberikan Khidmat nasihat dalam menentukan jenis HEO
bahan/bentuk dan kuantiti yang perlu dihasilkan.
3 Menyediakan dan menyemak draf kandungan bahan Jabatan yang terlibat/HEO
melalui penyelidikan, perbincangan bersama pakar/
pegawai perubatan/jabatan yang terlibat, merujuk
kepada bahan-bahan sedia atau lain-lain kaedah.
4 Mengemukakan cadangan dan permohonan kepada Jabatan yang terlibat/HEO
Pengarah/Timb. Pengarah untuk kelulusan dan
peruntukan.
5 Hubungi syarikat percetakan untuk dapatkan sebutharga HEO
percetakan
6 Menyemak layout dan proof reading bahan yang telah Jabatan yang terlibat/HEO
dibuat oleh syarikat percetakan. Buat pindaan sekiranya
ada pembetulan.
7 Melakukan Pre-Test/Post Test (rujuk lampiran) ke atas Jabatan yang terlibat/HEO
bahan pendidikan yang telah dipinda. Buat pindaan jika
ada pembetulan.(Jika perlu)
8 Menentukan kaedah penerbitan bahan pendidikan HEO
mengikut keperluan:
- (Cetakan/ Infografik)
9 Menerima, merekod dan mengedarkan bahan Jabatan yang terlibat/HEO
pendidikan kepada kumpulan sasaran.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 22


7(b) Carta Aliran Kerja

Kenalpasti masalah penyakit

Khidmat Nasihat & menentukan


jenis bahan/bentuk dan kuantiti

Menyediakan & Menyemak draf


kandungan

Kemukakan cadangan kepada


Pengarah/Timb.Pengarah

Hubungi syarikat percetakan


untuk sebut harga

Menyemak layout & proof reading


bahan Pendidikan (Buat pindaan
jika perlu)

Melakukan Pre-test/Post-test

Buat Pindaan

Setuju

Menentukan Kaedah penerbitan


bahan Pendidikan

Menerima & merekod bahan

Tamat

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 23


8. PENERIMAAN & PENGEDARAN BAHAN PENDIDIKAN KESIHATAN

8 (a) Proses Kerja

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Menerima surat arahan dari JKN untuk pengambilan HEO/PT
bahan pendidikan kesihatan.

2 Menerima bahan pendidikan kesihatan terbitan sendiri HEO/PT


atau daripada Unit Promosi Kesihatan, Jabatan
Kesihatan Negeri.

3 Rekod penerimaan bahan pendidikan kesihatan dalam HEO/PT


rekod jabatan.
• Media baharu (QR-Code scan)

4 Mengedarkan bahan pendidikan kesihatan dengan HEO/PT


medium yang sesuai:
• Borang edaran / borang permohonan (rujuk
lampiran)
• Media sosial (WhatsApp, Telegram,Facebook, tik tok
& lain-lain)

5 Rekod pengedaran bahan pendidikan kesihatan dalam HEO/PT


rekod jabatan.

8(b) Carta Aliran Kerja

Menerima Surat Arahan dari JKN

Menerima bahan Pendidikan


Kesihatan

Merekodkan bahan yang diterima

Mengedarkan bahan mengikut


medium yang sesuai

Merekodkan pengedaran bahan


Pendidikan Kesihatan

Tamat

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 24


9. PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN

9 (a) Proses Kerja

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Menerima jemputan/arahan dari pihak atasan / agensi HEO/Jabatan /Agensi luar
luar untuk mengadakan pameran. yang terlibat
2 Menyediakan Jadual pameran berdasarkan Sambutan HEO
Hari-Hari Khas Kesihatan/ mengikut permintaan jabatan/
agensi yang terlibat
3 Menyediakan bahan pameran dan mempamerkan di HEO
lokasi berkaitan.
4 Merekodkan bilangan pameran yang dijalankan HEO

9(b) Carta Aliran Kerja

Menerima Jemputan/Arahan

Menyediakan jadual pameran

Menyediakan bahan pameran &


mempamerkan di lokasi

Merekodkan bilangan pameran


yang dijalankan

Tamat

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 25


10. CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN

10 (a) Proses Kerja

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Menerima jemputan dari Jabatan / agensi luar untuk HEO/Jabatan /Agensi luar
memberikan ceramah kesihatan. yang terlibat
2 Mendapatkan kebenaran/kelulusan dari Pengarah/Timb. HEO
Pengarah untuk memberikan ceramah.
3 Menghubungi penganjur untuk mendapatkan maklumat HEO
berkaitan ceramah.
(tempat, tajuk, kump. sasaran, tarikh, masa & lain-lain)

4 Membuat persiapan dan kelengkapan yang diperlukan. HEO


5 Menyediakan laporan ceramah (reten pendidikan HEO
pesakit)

8(b) Carta Aliran Kerja

Menerima jemputan

Mendapatkan kebenaran/
kelulusan Pengarah/Timb.

Menghubungi penganjur

Membuat persiapan ceramah

Menyediakan laporan

Tamat

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 26


11. CERAMAH PENDIDIKAN KESIHATAN

A) Promosi Kesedaran Pendermaan Organ

BIL PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


1 Mengadakan kempen kesedaran pendermaan organ UPOH/ TOPTEAM/HEO
bersama Unit Perolehan Organ Hospital/ TOP TEAM.
2 Menerima kedatangan klien/ orang awam. PPK/ PT/PPP/JT/ HEO
3 Memberi penerangan asas berkaitan pendermaan PPP/JT/ HEO
organ.
4 Mengedarkan bahan-bahan pendidikan berkaitan PPP/JT/ HEO
pendermaan organ.
5 Mempromosikan kepada klien/ orang awam untuk PPP/JT/ HEO
mendaftar sebagai pengikrar derma organ menerusi
MySejahtera.
6 Muatnaik gambar aktiviti di media sosial rasmi. HEO

B) Carta Alir Kerja

Mengadakan kempen kesedaran


pendermaan organ

Menerima klien/ orang awam

Memberi penerangan

Mengedarkan bahan promosi

Mengedarkan bah
Mempromosikan pendaftaran
pengikrar melalui aplikasi

Muatnaik gambar aktiviti di


media sosial rasmi

Tamat

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 27


BAB 4
MODIFIKASI TINGKAH LAKU BERHENTI MEROKOK BAGI
MENCEGAH KOMPLIKASI PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

PENGENALAN

Penyakit tidak berjangkit adalah meliputi penyakit kardiovaskular, kanser, penyakit salur
pernafasan kronik dan diabetes. Salah satu faktor risiko utama bagi penyakit-penyakit ini adalah
tabiat merokok/vape.

Dalam bab ini akan memberi penerangan dan panduan modifikasi tingkah laku berhenti merokok
dan vape bagi mengurang dan mencegah komplikasi penyakit tidak berjangkit.

OBJEKTIF

• Memberikan kesedaran kepada kumpulan sasar tentang kepentingan pencegahan


komplikasi penyakit tidak berjangkit.
• Membolehkan kumpulan sasar memperolehi kemahiran untuk mengamalkan perubahan
tingkah laku yang lebih sihat.
• Meningkatkan kesedaran kumpulan sasar mengenai kepentingan berhenti merokok &
vape untuk mencegah komplikasi penyakit tidak berjangkit.

KUMPULAN SASAR

• Pesakit dan waris pesakit


• Orang awam
• Kakitangan

PERIHAL AKTIVITI

• Kaedah aktiviti dijalankan secara atas talian.


• Tempoh pelaksanaan : 30 minit hingga 1 jam.

KEPERLUAN AKTIVITI

• Platform atas talian (Zoom, Google meet, Skype, FB Live, Tiktok Live)
• Internet
• Laptop / Komputer

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 28


PROSES KERJA

PROSES KERJA/TINDAKAN TANGGUNGJAWAB


Sebelum sesi berlangsung :
1. Mendapatkan rujukan client daripada jabatan/unit/
wad
2. Merangka jadual
3. Mereka bentuk infografik
4. Membuat hebahan aktiviti
5. Menyediakan google form kehadiran

Semasa sesi berlangsung HEO / Penyelaras UPK


1. Pendaftaran atas talian menggunakan Kod QR atau
Google Form
2. Memberi pendidikan pesakit secara menyeluruh
berdasarkan modul yang telah ditetapkan

Selepas sesi berlangsung


1. Merekod dan membuat laporan penilaian

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 29


ISI KANDUNGAN MODUL

Isi kandungan terbahagi kepada 4 bahagian:

i. Pengenalan kesan komponen merokok/vape terhadap penyakit tidak berjangkit


ii. Modifikasi tingkahlaku bagi mencegah komplikasi penyakit tidak berjangkit
iii. Farmakoterapi
iv. Mengekalkan status tidak merokok/vape

i. Pengenalan kesan komponen merokok terhadap penyakit tidak berjangkit

Karbon Monoksida

• Pengurangan kadar oksigen disebabkan kehadiran karbon monoksida dalam darah
menyebabkan kepekatan darah menjadi tinggi dan saluran darah tersumbat/pecah yang
boleh menyebabkan strok / serangan jantung
• Pesakit kardiovaskular yang bakal menjalani prosedur angioplasti/by pass perlu berhenti
merokok bagi memastikan proses penyembuhan luka tidak terganggu dengan gangguan
karbon monoksida.
• Apabila berhenti merokok, gangguan karbon monoksida dalam darah berkurang dan
oksigen kembali normal menyebabkan sel deria rasa kembali pulih seterusnya
menyebabkan selera makan bertambah. Pemakanan secara sihat dan seimbang dan
amalan aktiviti fizikal penting untuk mengelakkan pertambahan berat badan.
• Apabila berlaku kekurangan oksigen dalam badan, jantung akan berkerja lebih kuat untuk
mengepam darah ke seluruh badan menyebabkan tekanan darah menjadi lebih tinggi
daripada biasa. Ini menyebabkan penyakit darah tinggi wujud kepada pesakit.
• Karbon monoksida juga menjadi punca mati pucuk seseorang lelaki.

Plumbum (Tar)

• Agen karsinogen yang menjadi penyebab kanser terutamanya paru-paru kerana


pemendapan tar yang berlebihan pada paru-paru. Tar ini juga merupakan punca terjadi
perokok pasif yang akan menyebabkan penyakit asma terutama kanak-kanak.
• Tar mengganggu keseimbangan hormon estrogen wanita dan kualiti sperma pada lelaki.

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 30


Nikotin

• Pengambilan rokok/vape untuk mengurangkan stres boleh menyebabkan ketagihan dan


permulaan kepada penyalahgunaan bahan terlarang seperti dadah dan alkohol
• Amalkan 10 B untuk menangani stres. Jauhi rokok dan vape.

ii. Modifikasi tingkah laku bagi mencegah komplikasi penyakit

• Berhenti merokok/vape
• Lakukan aktiviti fizikal
• Makan secara sihat
• Pengurusan emosi/kesihatan mental
• Kawalan pengambilan alkohol

iii. Farmakoterapi

• Penerangan umum tentang ubat yang digunakan bagi membantu berhenti rokok/vape.
• Sila rujuk kepada garis panduan KBM.

iv. Mengekalkan status tidak merokok/vape

• Kenalpasti punca pencetus kepada merokok/vape, amalkan 12 M untuk mengekalkan


status tidak merokok/vape.
• Menekankan kepentingan sokongan persekitaran terutama ahli keluarga atau rakan-rakan
dalam pengekalan status tidak merokok/vape.
• Sekiranya memerlukan bantuan / sokongan profesional untuk berhenti merokok, dapatkan
bantuan seperti di bawah:
o Kunjungi PKBM berdekatan
o Hubungi saluran-saluran bantuan lain berhenti merokok/vape seperti berikut

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 31


GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 32
LAMPIRAN BORANG

BORANG PRE/POST UJI


BAHAN PENDIDIKAN KESIHATAN

Jenis Bahan :________( R- Risalah / CS - Carta Selak/ Bk - Buku Kecil/ F- Flyers/ P-


Poster)

PEMAHAMAN TERHADAP MESEJ

1. Mesej utama bahan ini ialah :


_____________________________________________________

2. Mesej ini meminta saya supaya


:___________________________________________________

3. Mesej ini jelas:


Ya
Tidak

4. Mesej ini:
Mudah difahami
Sukar difahami

KESUKAAN RESPONDEN TERHADAP MESEJ

1. Kesukaan.
Saya suka mesej ini
Saya tidak suka mesej ini

KEBOLEHPERCAYAAN ANDA TERHADAP MESEJ

1. Saya percaya pada mesej ini :


Ya
Tidak

KESESUAIAN MESEJ KEPADA ANDA

1. Mesej ini ditujukan kepada :


Orang seperti saya
Orang lain bukan saya

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN DI HOSPITAL

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 33


2. Mesej dalam bahan ini:
Menarik
Tidak menarik

3. Mesej dalam bahan ini:


Memberi maklumat
Tidak memberi maklumat

4. Maklumat baru yang saya dapat


ialah:_______________________________________________

KESESUAIAN REKA BENTUK BAHAN KEPADA ANDA

1. Warna bahan ini:


Sesuai
Tidak sesuai

2. Tulisan dalam bahan ini:


Senang dibaca
Sukar dibaca

3. Penggunaan/Laras bahasa dalam bahan ini:


Mudah difahami
Sukar difahami

4. Susunan perkataan dan gambar dalam bahan ini:


Menarik
Tidak menarik

5. Gambar / visual dalam bahan ini:


Sesuai dengan mesej
Tidak sesuai dengan mesej

PENAMBAHBAIKAN BAHAN

Cadangan anda untuk penambaikan risalah ini :


______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
____________________________

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN DI HOSPITAL

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 34


BORANG EDARAN BAHAN PENDIDIKAN KESIHATAN
A. JENIS BAHAN:

R - RISALAH BK - BUKU KECIL F - FLYERS


CS - CARTA SELAK P - POSTER

B. PENGEDARAN BAHAN

JENIS
BIL TAJUK KUANTITI
BAHAN

NAMA PENERIMA :....................................


JABATAN / UNIT / WAD :....................................
JAWATAN : ....................................
NO. TELEFON/SAMB : ....................................

TANDATANGAN :....................................
TARIKH :....................................

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN DI HOSPITAL

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 35


BORANG PERMOHONAN BAHAN PENDIDIKAN KESIHATAN
A. JENIS BAHAN:

R - RISALAH BK - BUKU KECIL F - FLYERS


CS - CARTA SELAK P - POSTER

B. PERMOHONAN BAHAN

JENIS
BIL TAJUK KUANTITI
BAHAN

MAKLUMAT PEMOHON KELULUSAN


NAMA PEMOHON :.................................... NAMA PELULUS:………………………………..
JABATAN/ UNIT/ WAD:.................................... JAWATAN :………………………………..
JAWATAN : ....................................
NO. TELEFON : ....................................

TANDATANGAN :.................................... TANDATANGAN:…………………………………


TARIKH :.................................... TARIKH :…………………………………

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN DI HOSPITAL

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 36


Rujukan
- Garis Panduan Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok di Unit Pedidikan Kesihatan,
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2022,
- Garis Panduan Farmakoterapi Berhenti Merokok, Program Perkhidmatan Farmasi KKM
Tahun 2019
- Clinical Practice Guideline for Tobacco Use Disorder, Tahun 2016

GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 37


GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN 38

You might also like