You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PERLING

MINIT MESYUARAT UNIT RAWATAN DAN KESIHATAN


BIL 1 TAHUN 2022

Tarikh : 16 April 2022

Masa : 10:00-11:00 am

Tempat : Online GM

Pengerusi : Fakhrurrazi bin Mat

Kehadiran : 7 orang

Turut hadir : -

1. KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua guru.

Tindakan : Guru Penasihat


2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Rosmina Ibrahim
Disokong oleh Puan Ruhayu Muharam

3. LAPORAN AKTIVITI SEMESTER 1


3.1 Ketua bahagian unit Rawatan dan Kesihatan memaklumkan bahawa,
hanya satu program sahaja dapat dilaksanakan sehingga Julai. Ini berikutan
suasana pendemik Covid 19 yang melanda Negara. Program tersebut
dilaksanakan secara online melibatkan semua murid tahun 1-6 .

Makluman : semua AJK

3.2 . Makluman dari Ketua Unit, Poliklinik akan member tarikh murid tahun 1
(Aliran Perdana dan Pendidikan Khas) untuk mendapat suntikan .

Makluman : semua AJK

3.3 .Peringatan supaya semua guru tahun 1memastikan ibu bapa /penjaga
telah mengisi borang kebenaran .
Makluman : semua AJK

3.4 .Klinik Pergigian Tampoi akan member tarikh temujanji untuk murid
mendapatkan pemeriksaan gigi selepas PKP
Makluman : Semua AJK

1
3.5. Guru Kelas Tahun 6 perlu memastikan setiap murid mempunyai Buku
Kesihatan dan Kad Pergigian untuk dibawa ke sekolah menengah .

Makluman : Semua AJK

4. PERKARA BERBANGKIT
4.1 Tiada perkara berbangkit
Tindakan : semua AJK

5. FOKUS MESYUARAT
5.1. Tuan pengerusi berharap AJK Unit Rawatan Dan Kesihatan dapat
mengendalikan aktiviti yang dirancang sepanjang 2021 dengan baik.

5.2 . Pengerusi meminta supaya semua guru kelas yang juga AJK Rawatan
dan Kesihatan mengisi on line e-rekod kesihatan murid dan juga
memastikan kad gigi bagi murid tahun 2-6 disimpan dengan cermat ,
selepas pemeriksaan kesihatan ke dalam Rekod Profile Murid.

5.2. Pastikan bilik kesihatan sentiasa dalam keadaan bersih. Diminta AJK
Unit Rawatan Dan Kesihatan memantau aktiviti keluar masuk murid ke
bilik rawatan. Pastikan juga kerja kerja pembersihan bilik berjalan
lancar.

5.3 Pastikan guru yang hantar murid ke bilik kesihatan mencatat nama
murid dalam buku rekod penggunaan.

Tindakan : Semua AJK

2
6. HAL HAL LAIN
6.1 AJK perlu memastikan agar bilik rawatan tidak disalah gunakan.
Pastikan hanya murid yang betul betul sakit sahaja ke bilik rawatan.

6.2 Penambahan Bilik Rawatan Dan Kesihatan . Sebelum ni, hanya satu
bilik Rawatan dan Kesihatan . Norma baharu semasa PKPP perlu
disediakan 2 bilik Rawatan Dan Kesihatan dalam memastikan SOP
PKPP dilaksanakan. Bilik perlu disanitasi teerlebih dahulu dan
melatakkan tanda arah penjarakkan sosial setiap bahagian .

6.3 Penyediaan alat mengambil suhu, hand senitizer dan buku catatan
suhu adalah wajib mengikut SOP yang digariskan .

Tindakan : Semua AJK

7. UCAAN PENANGGUHAN
7.1 Mesyuarat ditangguh pada 12.00 t/hari

Disediakan oleh :
AIN TEO SIOK YIN
SETIAUSAHA,
UNIT RAWATAN & KESIHATAN
Tarikh : 17 APRIL 2022

You might also like