You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN

BIL 2/TAHUN 2020

Tarikh : 24 April 2020


Masa : 9:00 – 10:00 Pagi
Tempat : Google Meet
Kehadiran:

Bil Nama
1. Pn. Norazlina bt Mat Isa
2. En. Mohd Izwan Bin Hashim
3. Cik Yasotha A/P Vijayabalan
4. Pn. Santhia Silva Raja
5. Pn. Azlina bt Baslan
6. Pn. Aslina Binti Che Mi
7. Pn. Norsabrina Binti Mohd Safian
8. Pn Emeeza bt Zakaria
9. Pn. Mumyati bt Ishak
10. En. Wan Rizuan Bin Wan Muhammad
11. En. Rosdi Bin Ismail
12. En. Zulkhairi Bin Hassan @ Ali
13. En. Khalid Bin Ali
14. En. Ahmad Sharbini Bin Abu Sharif
15. En. Azlansham Bin Ismail
16. En. Mohd Norhisham Bin Ab Rahman

Turut Hadir
En. En. Mohd Johari b. Sahar Setiausaha Panitia PJPK

Tidak Hadir (Bersebab)

Urusetia Mesyuarat:
1. En. Mohd Norhisham Bin Ab Rahman
2.
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa atas kehadiran
dalam mesyuarat kali ke dua bagi tahun 2020.

1.2 Mesyuarat kali ini bertujuan merancang perjalanan PDPC sepanjang Perintah Kawalan
Pergerakan.

2. PENGESAHAN M iNIT MESYUARAT

2.1 Pengesahan minit mesyuarat Bil 1 / 2020, disahkan tanpa sebarang

pindaan. Cadangan : Cik Yasotha A/P Vijayabalan

Sokongan: En. Khalid Bin Ali


3. PERKARA – PERKARA BERBANGKIT

3.1 Tiada perkara berbangkit.

4. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

4.1 Rancangan Pengajaran Harian 2020 tetap berjalan seperti biasa.

4.1.1 Mod pengajaran adalah secara atas talian.

4.1.2 Guru-guru diingatkan untuk mengambil tahap kesediaan murid untuk


menghadapi PDPc secara atas talian.

4.1.3 Guru digalakkan untuk menggunakan Google Classroom atau menyampaikan


apa-apa maklumat atau pembelajaran melalui Whatsapp/ Telegram kelas atau
media yang sesuai mengikut kreativiti guru.

4.1.4 Guru perlu menggunakan kreativiti untuk menyampaikan PDPc yang berkesan.

4.1.5 PDPc Pendidikan Jasmani boleh dijalankan secara teori sahaja mengikut kreativiti
guru Pendidikan Jasmani. Bagi murid tahap 1 boleh menggunakan buku aktiviti
yang telah dibeli oleh murid.

4.2 Pengisian PAJSK, PBD & Peperiksaan PK

4.1.1 Memandangkan kita tidak dapat menjalankan SEGAK kerana kekangan


ancaman Virus Covid-19, pengisian online hanya ditanda TL (tidak
dilaksanakan).

4.1.2 Peperiksaan Pertengahan Tahunan matapelajaran Pendidikan Kesihatan


ditangguhkan sehingga pernyataan rasmi oleh pihak sekolah khasnya dan
pihak Kementerian amnya.

4.13 Penilaian (PBD) berjalan seperti biasa dan guru perlu merekodkan markah PBD di
tapak yang disediakan.

4.3 Penangguhan Minggu PJPK

4.3.1 Minggu PJPK yang dirancangkan terpaksa ditangguhkan kerana ancaman Virus
Covid- 19, kerana mengikut SOP aktiviti bersentuhan seperti bersukan tidak
dapat dijalankan. Justeru aktiviti ini terpaksa ditangguhkan sehingga kesuatu
masa yang sesuai.

5. HAL-HAL LAIN

5.1.1 Pengerusi memaklumkan supaya semua guru melapangkan dada


menerima cabaran dan berusaha menyesusaikan diri dengan norma
baharu.

6. PENUTUP

6.1.1 Mensyuarat ditangguhkan pada pukul 10 pagi. Pengerusi mengucapkan


terima kasih kepada semua ahli, kerana sudi hadir mesyuarat secara norma
baru.

Urus Setia
PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN
SK SEKSYEN 27(1)
Tarikh : 24hb April 2020

You might also like