You are on page 1of 3

PK07 – Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL DENGKIL

MINIT MESYUARAT UNIT KESIHATAN BIL. 1 / 2019

Tarikh : 17 JANUARI 2019 (KHAMIS)

Masa : 1.15 tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Pn. N. Supulecthumi – Guru Besar

KEHADIRAN :
1. Pn. N. Supulecthumi – Guru Besar
2. Pn. P. Saroja – Guru Penolong Kanan 1 ( Naib Pengerusi )
3. Pn. V.Sathiavany - Guru Penolong Kanan HEM
4. Pn. M.Santhimadevi – Penyelaras
5. Pn. Noor Adilah bt Mad Tauket
6. Pn. Haslinda Che Husin
7. Pn. A.Alaikamah
8. Pn. G.Vekeneeswarry
9. Pn. M.Rajini
10. Pn. R.Parameswary
11. Pn. G.Thilakavathy
12. Pn. Sasekala
13. En. P.Kanagaraju
14. En. P.Asokan
15. Cik S.Nesamani
16. Cik M.Vimala
17. Pn. Siti Fatimah bt Muhammad ISahak

1.0 Perutusan

1.1 Ucapan Pengerusi

1.1.1 Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat


Unit Kesihatan kali pertama bagi sesi persekolahan 2019.
1
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

1.1.2 Beliau menyeru supaya semua guru berusaha dengan lebih gigih untuk
menjalankan aktiviti unit kesihatan sekolah

Tindakan : Makluman

2.0.Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat

2.1 Dibentang oleh : Pn. M.Santhimadevi


Dicadang untuk disahkan oleh : Pn. Haslinda
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. G.Thilakavathy

Tindakan : Makluman
3.0 Perkara-perkara Berbangkit

3.1 Program 3K

3.1.1 Penyelaras memberi taklimat tentang 3K di sekolah yang meliputi aspek-aspek


berikut

a) Pengurusan kesihatan aktiviti murid


b) Pengurusan kesihatan dalam menghadapi krisis dan bencana
c) Pengurusan kesihatan kawasan sekolah
d) Pengurusan kesihatan dalam menangani gejala sosial
e) Pengurusan kesihatan dalam menghadapi risiko

3.1.2 Penyelaras memaklumkan bahawa borang-borang berkaitan dengan tinggi, berat


dan tahap penglihatan mata mesti dilengkapkan sebelum pemeriksaan kesihatan
dan imunisasi dijalankan pada masa yang ditetapkan kemudian oleh pihak Klinik
Kesihatan Daerah bagi mengelakkan sebarang masalah timbul.

3.1.3 Tempat-tempat yang terdapat berlakunya takungan air perlu diawasi supaya
tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

2
PK07 – Pengurusan Mesyuarat

3.1.4 Semua guru diminta mengingatkan murid supaya minum air dengan cukup
memandangkan keadaan cuaca yang panas terik.

3.1.5 Kad pergigian perlu disediakan lengkap sebelum pemeriksaan dan rawatan
pergigian dijalankan oleh pihak KKD Sepang.

Tindakan : Makluman

4.0 Hal-hal Lain


4.1 Tuan pengerusi meminta setiap guru bekerjasama bagi memastikan Unit Kesihatan dapat
menjalankan aktiviti dan tugas dengan sempurna.

Tindakan : Makluman

5.0 Penutup
5.1 Tuan Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang memberi
kerjasama yang baik dan berharap mesyuarat ini dapat meningkatkan lagi tahap pengurusan
Unit Kesihatan SJK(T) Dengkil.

5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang

Tindakan : Makluman

Disediakan oleh :

Pn. M.Santhimadevi
Penyelaras Unit Kesihatan
SJK(T) Dengkil

You might also like