You are on page 1of 6

051201-02-0041

PENGHARGAAN (print)

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pengetua SMK
Pendang, En. Abdul Samad Bin Abdul Hakim kerana sudi memberi surat kebenaran
kepada saya untuk melaksanakan Kerja Kursus Pengajian Am ini.

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan Guru mata pelajaran Pengajian Am, Puan Aini Syuhada Binti
Md.Akhir kerana sudi sebagai guru pembimbing. Beliau telah meluangkan banyak masa
dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus
ini.

Tidak dilupakan juga ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua-dua
ibu bapa saya yang saya sangat kasihi, iaitu Encik Lim Hock Guan dan Puan Ang Mei Ni
yang telah banyak memberikan banyak sokongan moral dan kewangan bagi memastikan
kerja kursus ini berjalan dengan lancar.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya kerana
sudi membantu dan memberi nasihat sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus
pengajian am ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua responden kerana
telah memberi komitmen yang sangat baik semasa menjawab soal selidik yang telah
diedarkan oleh saya.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus
pengajian am ini.

1
051201-02-0041

1.0 PENGENALAN

Kajian ini bertajuk Persepsi Pengguna terhadap kualiti Perkhidmatan Kesihatan:


Kajian kes di Klinik Kesihatan Simpang Empat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keemat, definisi perkataan persepsi ialah gambaran
atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
pancaindera), tanggapan. Selain itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempt, definisi
perkataan pengguna ialah orang dan lain-lain yang menggunakan sesuatu. Selepas itu,
menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi perkataan kualiti ialah darjah
kecemerlangan biasanya yang tinggi, mutu. Seterusnya, menurut Kamus Dewan Edisi
Keempat, definisi perkataan perkhidmatan ialah perihal berkhidmat (bertugas), kerja
(usaha, kemudahan, dan lain-lain) untuk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai
dan lain-lain.

Kemudian, definisi perkataan kesihatan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat


ialah perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dan lain-lain). Selain itu, definisi
perkataan perkhidmatan kesihatan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah manfaat
atau kemudahan yang disediakan dalam penjagaan kesihatan.

Secara umum, penerangan tentang tajuk iaitu Persepsi Pengguna terhadap kualiti
Perkhidmatan Kesihatan: Kajian kes di Klinik Kesihatan Simpang Empat ialah
pandangan orang-orang yang menggunakan tentang kecermelangan manfaat atau
kemudahan yang disediakan dalam penjagaan kesihatan di Klinik Simpang Empat.

Menurut tajuk ini, terdapat dua persoalan kajian yang perlu saya kaji. Persoalan
kajian yang pertama ialah apakah jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik
Kesihatan Simpang Empat? Persoalan kedua ialah apakah persepsi pengguna terhadap
kualiti perkhidmatan di Klinik Kesihatan Simpang Empat?

2
051201-02-0041

Pada era teknologi ini, banyak rumutan berhubung kualiti perkhidmatan di klinik
kesihatan akibat perningkatan jumlah pesakit. Oleh itu, saya memilih Klinik Kesihatan
Simpang Empat, Kampung Kepala Parit Dalam, 06650 Simpang Empat, Kedah sebagai
lokasi yang saya mengkaji. Hal ini dikatakan demikian kerana klinik tersebut sangat
dekat dengan rumah saya, iaitu hanya jauh 4.0 kilometer dari rumah saya. Selain itu,
banyak penduduk di sekeliling Klinik Kesihatan Simpang Empat kenal dengan saya, saya
boleh mendapatkan persepsi yang tepat daripada mereka dengan mudah.

Seiring dengan perkembangan zaman, masalah kesihatan menjadi bidang yang


selalu dibincangkan dalam masyarakat. Banyak penyakit baharu telah wujud seiring
kemajuan teknologi. Sebagai contohya, Hipersensitivitas Gelombang Elektromagnet dari
Wifi hingga Sinyal Telepon. Oleh itu, banyak orang mula focus pada perkhidmatan
kesihatan yang diberi oleh kerajaan untuk menjaga kesihatan sendiri.

Kesimpulannya, semua pihak patutlah memainkan peranan sendiri dengan baik


untuk menghasilkan perkhidmatan kesihatan yang baik dalam negara kita supaya
kesihatan rakyat negara kita dapat diperkukuhkan.

3
051201-02-0041

2.0 OBJEKTIF KAJIAN (print)

Terdapat dua objektif kajian iaitu:

i. mengenal pasti jenis-jenis perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan di


Klinik Kesihatan Simpang Empat, Kampung Kepala Parit Dalam, 06650
Simpang Empat, Kedah
ii. mengkaji persepsi pengguna terhadap kualiti perkhidmatan di Klinik
Kesihatan Simpang Empat, Kampung Kepala Parit Dalam, 06650
Simpang Empat, Kedah

4
051201-02-0041

3.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian terletak di Klinik Kesihatan Simpang Empat, Kampung Kepala


Parit Dalam, 06650 Simpang Empat, Kedah. Klinik ini juga berdekatan dengan Pusat
Jualan Ayam Bismi. Klinik ini juga berdektan dengan Teik Huat Canopy. Klinik ini jauh
12.4 kilometer dari Alor Setar, Kedah.

Klinik Kesihatan Simpang Empat telah menyediakan banyak kemudahan untuk


pengguna. Pertama sekali, klinik mempunyai klinik ibu & anak-anak untuk merawat
segala penyakit tentang ibu dan anak-anak. Selain itu, klinik ini juga mempunyai klinik
gigi untuk membantu pesakit mennyelesaikan masalah tentang giginya. Seterusnya,
klinik ini juga mempunyai makmal untuk mengesan darah penyakit, apabila darah
dikesan mengalami apa-apa masalah, pemilik darah tersebut akan dihubungi untuk
memberitahu masalahnya dan apakah cara yang paling baik diambil olehnya.

5
051201-02-0041

Peta 1: Peta untuk pergi ke Klinik Kesihatan Simpang Empat

Sumber: Googlemap.com

Foto 1: Gambar hadapan Klinik Kesihatan Simpang Empat

Sumber: Googlemap.com

You might also like