You are on page 1of 3

KELAB DOKTOR MUDA NEGERI PERAK

UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN


JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Hospital (Ashby Road), 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-546 9355 Faks : 05-545 6300
|_________________
__________________________________________________________________________________

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESIHATAN KELAB DOKTOR


MUDA SEKOLAH MENENGAH NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 2017

PENDAHULUAN

Pertandingan VIDEO PENDEK KESIHATAN KELAB DOKTOR MUDA Sekolah Menengah


ini merupakan salah satu aktiviti anjuran Unit Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan
Negeri Perak. Ianya memberi fokus kepada aspek mencari, mengumpul maklumat,
penyusunan bahan dan mempersembahkan menerusi pembikinan video pendek kesihatan.

OBJEKTIF

1. Mewujudkan budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam menyediakan skrip
pembikinan video pendek kesihatan.
2. Meningkatkan keberkesanan pelbagai kaedah dalam pengajaran kesihatan.
3. Meningkatkan tahap pengajaran secara inkuiri supaya pembelajaran Ahli Kelab Doktor
Muda menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep kesihatan dan isu
semasa kesihatan.

KUMPULAN SASARAN

Terbuka kepada semua Ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah sahaja.

KRITERIA PENILAIAN
1. Pemilihan tajuk
2. Konsep
3. Isi kandungan/ Mesej
4. Plot
5. Bakat Persembahan
6. Kreativiti

SYARAT KHAS VIDEO PENDEK KESIHATAN KELAB DOKTOR MUDA

Tajuk
 Pemilihan tajuk hendaklah berdasarkan kepada Modul Doktor Muda Sekolah Menengah
yang TERKINI.
 Tajuk yang dipilih tidak semestinya fokus kepada satu skop sahaja tetapi dengan
mengabungkan dua atau lebih adalah digalakkan.

Tempoh Pertandingan
 Pertandingan akan bermula pada 1 Februari 2017 sehingga 28 April 2017.
 Setiap penyertaan perlulah dihantar ke Jawatankuasa pertandingan sebelum atau pada
28 April 2017 sebelum jam 5.00 petang.

__________________________________________________________________________________
“Rakan Kesihatan Anda”
KELAB DOKTOR MUDA NEGERI PERAK
UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Hospital (Ashby Road), 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-546 9355 Faks : 05-545 6300
|_________________
__________________________________________________________________________________
Terma & Syarat
1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Kelab Doktor Muda Sekolah Menengah –
tiada had penyertaan ahli.
2. Penyertaan adalah secara kelab – satu sekolah, satu Kelab Doktor Muda – Satu
video pendek sahaja.
3. Kategori Video adalah Video Pendek berdurasi maksimum 5 minit (Minimum 3 minit).
4. Video yang dihasilkan hendaklah bertemakan ‘ Informasi Kesihatan Untuk Semua’.
a. Berdasarkan Modul KDM SM yang TERKINI.
b. Tidak menyentuh sensitiviti/politik/isu perkauman
5. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu. Sekiranya ada mengunakan selain dari
Bahasa Melayu, cadangan sarikata dalam Bahasa Melayu diperlukan.
6. Penghasilan video mestilah karya asal peserta dan tidak pernah mengikuti mana-mana
pertandingan sebelum ini.
7. Setiap penyertaan Video Pendek Kesihatan perlu disalin dalam format DVD/VCD.
8. Penganjur berhak menolak penyertaan sekiranya melanggar terma dan syarat
pertandingan.

Tuntutan Hak CIpta


1. Video Pendek yang menduduki tempat pertama, kedua dan ketiga serta yang paling
popular akan menjadi hak milik bersama UPKN/JKN Perak.
2. UPKN/JKN Perak mempunyai hak untuk mengunakan video tersebut bagi apa-apa
sahaja program serta aktiviti kesihatan yang dianjurkan di pelbagai peringkat.
3. Sebarang tuntutan royalti bagi hak penyiaran tidak dibenarkan.

Pengesahan
Setiap Video Pendek Kesihatan yang dihantar mestilah disahkan oleh Pengetua sekolah
dan Guru Pembimbing Kelab Doktor Muda masing-masing berserta dengancap rasmi
sekolah dalam borang pendaftaran yang dilampirkan.

Pengadilan
Juri-Juri terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal Pertandingan Video Pendek Kesihatan
Doktor Muda Sekolah Menengah yang dilantik dalam kalangan Pegawai di JKN dan JPN
Perak. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD. Johan, Naib Johan, Ke-3 dan Anugerah
Khas akan diberi hadiah dan sijil, manakala yang tidak berjaya akan diberikan sijil
penyertaan peringkat negeri.

Penghantaran Buku Skrap


Semua penyertaan hendaklah di hantar ke alamat berikut sama ada dengan melalui PKD,
Pos atau ‘By Hand’:

JAWATANKUASA PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KDM SMK


Unit Pendidikan Kesihatan
Jabatan Kesihatan Negeri Perak
Jalan Hospital (Ashby Road)
30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
(U.P : EN. HAIRULLIDA SUHAILI)

__________________________________________________________________________________
“Rakan Kesihatan Anda”
KELAB DOKTOR MUDA NEGERI PERAK
UNIT PENDIDIKAN KESIHATAN
JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK
Jalan Hospital (Ashby Road), 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
Tel : 05-546 9355 Faks : 05-545 6300
|_________________
__________________________________________________________________________________

Tarikh Tutup : 28 April 2017

PENUTUP
Adalah menjadi harapan Unit Pendidikan Kesihatan Negeri Perak dan Jabatan Pendidikan
Negeri Perak agar pertandingan ini dapat menyumbang ke arah memantap dan
memperkasa aktiviti Kelab Doktor Muda di sekolah menengah selain sebagai agen
perubahan tingkah laku kesihatan di sekolah.

__________________________________________________________________________________
“Rakan Kesihatan Anda”

You might also like