You are on page 1of 2

PERANAN BIRO-BIRO KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB)

Biro Kebajikan
a) Merancang program dan aktiviti ke arah kebajikan pelajar sekolah serta
membentuk keperibadian pelajar yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
b) Bersama pihak sekolah membuat kunjungan dan menghulurkan bantuan
kewangan kepada pelajar yang terlibat dalam kemalangan serta bantuan kepada
keluarga pelajar yang ditimpa musibah

Biro Perhubungan
a)

Menjadi pengantara antara KSIB dengan pihak luar iaitu mana-mana pihak
yang tidak berkaitan dengan organisasi persatuan.

b)

Mewujudkan hubungan dengan persatuan bekas-bekas pelajar yang lain dan


persatuan-persatuan lain yang sah di sisi undang-undang demi kepentingan
bersama

c)

Menjadi medium publisiti dan hebahan bagi pihak persatuan pada setiap
masa.

d)

Menjalankan tugas yang dipersetujui mesyuarat relevan dengan biro ini.

Biro Pendidikan
a) Membuat perancangan dan melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan
dengan bidang akademik untuk membolehkan pelajar mencapai pelbagai tahap
kejayaan yang tinggi dalam pendidikan dengan kerjasama pelbagai pihak
b) Mengadakan program motivasi, kursus dan bimbingan dari masa ke semasa.
c) Mengadakan majlis bacaan Yasin, tahlil dan solat hajat bersama dengan pihak
sekolah dan PIBG ketika pelajar hampir menghadapi peperiksaan.
Biro keselamatan
a) Membantu pihak sekolah bekerjasama dengan pihak keselamatan bagi
memastikan sekolah selamat dan tidak mendatangkan bahaya kepada warga
sekolah
b) Merancang aktiviti keselamatan yang memberi manfaat kepada pelajar sekolah
dalam bentuk kursus, ceramah dan sebagainya.
c) Merancang dan menganjurkan program-program pendidikan pencegahan
jenayah

You might also like