You are on page 1of 7

PK07 Pengurusan Mesyuarat

PK 07/3
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 14 SESI 2015/2016
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI ABONG, MUAR, JOHOR
Tarikh

: 7 Mac 2015

Hari

: Sabtu

Masa

: 8.30 pagi

Tempat

: Lobi SMK Sungai Abong, Muar

Ucapan Yang Dipertua (YDP) PIBG


1.1. En Rosdi bin Jusoh mengucapkan ribuan terima kasih kepada
para ibu bapa, pentadbir dan guru-guru atas kehadiran pada hari ini.
Pengerusi menyatakan, mesyuarat dimulakan terlebih dahulu dan
seterusnya
diadakan
majlis
perasmian.
Pengerusi
turut
memperkenalkan pengetua yang baharu iaitu Pn Hjh. Redziah binti
Sariang yang menggantikan Allahyarham Tn Haji Norulhisham bin
Zainal Abidin. Pengerusi turut meminta hadirin yang beragama Islam
menyedekahkan surah Al-fatihah kepada arwah.

Ucapan Alu-aluan Pengetua selaku Ex-Officio PIBG


2.1. Pengetua, Pn Hjh. Redziah binti Sariang mengucapkan ribuan
terima kasih kepada YDP PIBG yang mempengerusikan mesyuarat
pada kali ini. Beliau turut memberi penjelasan berkaitan Pentaksiran
Tingkatan 3 (PT3), iaitu penilaian yang menggantikan PMR yang
telah bermula pada tahun lepas (2014). Pentaksiran Tingkatan 3 ini
merangkumi penilaian pelajar-pelajar dari aspek akademik dan juga
bukan akademik.

Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat PIBG kali


ke-13 (2014/2015)
3.1. YDP PIBG menyerahkan kepada setiausaha Pn Nor Asma binti
Zainal untuk membentangkan Minit Mesyuarat PIBG kali ke-13
seperti dalam muka surat 23-27.
Cadangan pengesahan oleh : Pn Rohana Binti Saat
Sokongan oleh
: Pn Zalina Binti Yusof

Membentang Perkara Berbangkit

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

4.1. Tiada
5

Laporan Aktiviti PIBG SMK Sungai Abong


5.1. Beliau menerangkan dan membentangkan laporan aktivitiaktiviti PIBG yang telah dijalankan sepanjang sesi yang lepas. Beliau
meminta hadirin merujuk halaman 28-29.
5.2. Merujuk kepada aktiviti 13 (muka surat 29), Pn Rohana Binti
Saat mencadangkan Majlis Restu Ilmu Pelajar bukan sahaja diadakan
kepada pelajar yang mengambil peperiksaan PT3 atau SPM sahaja
tetapi sepatutnya diadakan kepada pelajar-pelajar lain yang terlibat
dalam gejala sosial yang semakin teruk agar timbul keinsafan dalam
diri mereka. Pn Rohana binti Saat juga mencadangkan majlis ini
boleh diadakan beberapa kali dalam tempoh setahun. Respon En
Abd Razak bin Leman turut menyatakan bahawa cadangan tersebut
adalah sesuatu yang baik untuk pelajar-pelajar yang kurang
berdisiplin.
5.3. Pn Noraishah mempersoalkan ketiadaan lampu di pintu pagar
kedua yang menyebabkan keadaan gelap apabila ada ibu bapa yang
menghantar anak mereka seawal 6.30 6.40 pagi. Respon YDP
PIBG menjelaskan akan cuba menambahbaik situasi tersebut demi
keselamatan anak-anak pelajar.
5.4. Pn Rohana Binti Saat menanyakan berkaitan surat amaran yang
akan dikeluarkan oleh pihak sekolah apabila terdapat pelajar-pelajar
yang tidak hadir ke sekolah untuk tempoh berapa lama? Pn Rohana
binti Saat turut mempersoalkan apabila terdapat pelajar-pelajar yang
terlibat dalam salah laku seperti merokok dan sebagainya, adakah
pihak sekolah akan terus menghubungi polis atau pihak tertentu?
Respon Pengetua memaklumkan bahawa setiap pagi guru-guru
tingkatan akan menanda kehadiran pelajar di dalam buku
kedatangan seawal 7.15 pagi di tapak perhimpunan (sama ada
ponteng atau tidak hadir dengan kenyataan). Beliau turut
menjelaskan bahawa ponteng terbahagi dua iaitu ponteng berturut
dan ponteng tidak berturut. Bagi ponteng berturut, surat amaran
pertama akan dikeluarkan pada hari ke-3, surat amaran kedua akan
dikeluarkan 7 hari selepas amaran pertama (hari ke-10), surat
amaran terakhir akan dikeluarkan 7 hari selepas amaran kedua (hari
ke-17) dan surat buang sekolah akan dikeluarkan 14 hari selepas
amaran terakhir (hari ke-31). Bagi ponteng tidak berturut pula, surat
amaran pertama akan dikeluarkan pada hari ke-10, surat amaran
kedua akan dikeluarkan 10 hari selepas amaran pertama (hari ke20), surat amaran terakhir akan dikeluarkan 20 hari selepas amaran
kedua (hari ke-40) dan surat buang sekolah akan dikeluarkan 20 hari
selepas amaran terakhir (hari ke-60). Pengetua turut menyatakan,
ada segelintir pelajar yang tidak menyampaikan surat-surat amaran
tersebut kepada ibu bapa mereka. Respon Pengetua bagi salah
laku yang dilakukan pelajar-pelajar seperti menunggang motosikal

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

tanpa lesen memandu, tidak memakai topi keledar, meletakkan


motosikal di kawasan premis perniagaan, menghisap rokok dan
sebagainya memerlukan penglibatan dan kerjasama daripada ibu
bapa dalam membendung masalah ini. Isu-isu yang berkaitan
disiplin para pelajar ini juga menyebabkan pelajar-pelajar yang
terlibat akan diberikan surat amaran pertama, kedua, ketiga,
digantung sekolah atau dibuang sekolah.
5.5. En Ramli Bin Ahmad mencadangkan pihak PIBG mewujudkan
satu cara yang berkesan dalam menangani masalah surat-surat
amaran yang telah dikeluarkan tetapi tidak disampaikan oleh anakanak kepada ibu bapa mereka, contohnya seperti penggunaan alat
elektronik seperti aplikasi whatsapp, we chat dan sebagainya dan
jika ianya memerlukan kos yang berbayar dicadangkan pihak PIBG
untuk menanggungnya. Respon En Abd Razak Bin Leman
menyarankan ibu bapa agar peka akan program-program atau
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan melihat banner
yang digantung di pintu pagar sekolah atau menanyakan sendiri
kepada anak-anak mereka. Beliau turut meminta ibu bapa
memaklumkan kepada pihak sekolah jika ada perubahan alamat
rumah atau nombor telefon bagi memastikan surat-surat atau
perkara-perkara yang perlu diberitahu oleh pihak sekolah dapat
disampaikan dengan mudah dan berkesan. Respon En Mohd Naim
bin Karmani turut mencadangkan untuk mewujudkan satu laman
web sekolah. Sewa bagi satu tapak laman web ini akan dikenakan
bayaran sebanyak RM 150 setahun. Laman web ini merangkumi tiga
bahagian utama iaitu kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum.
Ibu bapa para pelajar boleh membuka dan melihat sendiri senaraisenarai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau apa sahaja
maklumat terkini berkaitan sekolah dengan mudah. Dalam urusan
untuk menyenaraikan nama-nama pelajar yang terlibat, beliau turut
menyatakan penggunaan seperti aplikasi whatsapp, we chat dan
sebagainya memerlukan senarai nombor telefon yang agak banyak
seterusnya menyebabkan sesuatu urusan itu tidak dapat berjalan
dengan lancar dan agak menyukarkan pihak sekolah.
6

Membentang, menerima dan meluluskan Penyata Kewangan


6.1. YDP PIBG menyerahkan kepada Bendahari, Pn Zarina binti
Mutaat untuk menerangkan dan membentangkan Penyata Kewangan
PIBG 2014/2015. Beliau meminta hadirin merujuk halaman 30-34.
Cadangan pengesahan oleh : En Musliman Bin Marlan
Sokongan oleh
: Pn Norfisah Binti A.Ghani @ Dolshah
6.2. Merujuk kepada laporan akaun PIBG, En Abd Razak bin Leman
meminta hadirin melihat jumlah sumbangan ibu bapa sepanjang
tahun lalu (2014) yang berjumlah RM 25,270.00 sahaja. Beliau
menyatakan masih ramai lagi pelajar-pelajar yang tidak

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

menyumbang sepanjang tahun yang lalu (lebih kurang dalam RM


20,000.00 yang masih tidak menjelaskan sumbangan PIBG). Respon
En Musliman bin Marlan meminta pelajar-pelajar tersebut membuat
pembayaran memandangkan sumbangan RM 30 per pelajar dalam
tempoh setahun tidak mahal. Respon YDP PIBG turut menyatakan
pihak PIBG sudah pun mengeluarkan surat pemberitahuan kepada
ibu bapa berkaitan pembayaran sumbangan PIBG ini pada tahun
yang lalu. Respon Pn Zaila binti Tukiran mencadangkan agar
kutipan sumbangan PIBG ini dikutip semasa hari pendaftaran pelajar
pada awal tahun persekolahan. Respon En Mohd Naim bin Karmani
menjelaskan bahawa pada tahun-tahun sebelum ini pihak sekolah
tidak dibenarkan memberitahu jumlah sumbangan tersebut tetapi
bermula tahun 2014, pihak sekolah dibenarkan memberitahu jumlah
sumbangan tersebut. Respon En Ramli bin Ahmad mencadangkan
agar menyenaraikan nama-nama pelajar yang tidak membuat
bayaran sumbangan PIBG di laman web sekolah dan menarik
keistimewaan pelajar-pelajar tersebut daripada menerima apa jua
anugerah di sekolah. En Ramli turut menyatakan rasa tidak puas hati
terhadap ibu bapa yang tidak membuat pembayaran sumbangan
PIBG. Respon En Mohd Naim bin Karmani menyatakan cadangan
yang dikemukan oleh En Ramli bin Ahmad adalah sesuatu yang baik
tetapi akan timbul implikasi daripada segi perundangan jika pihak
sekolah menyenaraikan nama-nama pelajar berkenaan di dalam
laman web sekolah. Respon En Musliman bin Marlan menyatakan
terdapat segelintir ibu bapa yang sudah memberikan duit
sumbangan tersebut kepada anak-anak mereka tetapi duit
sumbangan tersebut tidak disampaikan kepada guru tingkatan
masing-masing. Respon Pn Rohana binti Saat menyatakan tidak
bersetuju dengan cadangan En Ramli bin Ahmad untuk menarik
keistimewaan pelajar-pelajar tersebut daripada menerima apa jua
anugerah di sekolah. Pn Rohana binti Saat mensyorkan pelajarpelajar yang tidak berkemampuan membuat bayaran sumbangan
PIBG tersebut secara ansuran.
Membahas dan Menerima Usul
7.1. Pembinaan tandas baru Cadangan usul oleh En Ng Choon
San, mencadangkan supaya pihak sekolah perlu membina tandas
baru yang berdekatan dengan kelas. Cadangan terpaksa ditolak
kerana orang yang mengusulkan cadangan tidak hadir dalam
mesyuarat.
7.2. Mengadakan kelas tambahan Cadangan usul oleh Pn
Ruzitah binti Katan, mencadangkan agar pihak sekolah dapat
mengadakan
kelas
tambahan
bagi
mempertingkatkan
kecemerlangan akademik anak pelajar tingkatan 1. Cadangan
terpaksa ditolak kerana orang yang mengusulkan cadangan tidak
hadir dalam mesyuarat.
7.3. Memasang speed breaker di hadapan pagar sekolah

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Cadangan usul oleh Pn Ruhiza binti Ab Rahim, memohon JKR


membina speed breaker di hadapan pagar sekolah bagi
mengelakkan kenderaan memandu laju melebihi 30 km/j. Respon
En Ramli bin Ahmad menyokong usul tersebut demi keselamatan
anak-anak pelajar. Respon YDP PIBG usul ini telah dipohon oleh
pihak PIBG tetapi masih tiada jawapan diberi, pihak PIBG akan cuba
memohon sekali lagi agar speed breaker tersebut dapat dipasang.
7.4.
Pembiayaian bayaran sewaan laman web sekolah
Cadangan usul oleh Pn Haslinda binti Ibrahim mencadangkan pihak
PIBG membiayai bayaran sewaan laman web sekolah bagi
memudahkan ibu bapa mengetahui program-program atau
maklumat-maklumat yang terkini di sekolah melalui laman web
tersebut. Respon En Ramli bin Ahmad menyokong usul ini.
7.5. Pemberian insentif Kecemerlangan Kokurikulum kepada
pelajar Cadangan usul oleh Pn Hajah Mazaidah binti Mohd Jee
supaya pemberian insentif / ganjaran Kecemerlangan Kokurikulum
kepada pelajar SMK Sungai Abong seperti di lampiran pada muka
surat 36. Respon En Abdul Halim bin Zakaria menyokong usul ini.
8

7.6. Penyediaan mesin Water Cooler Cadangan usul oleh Pn


Chin Fon Tow mencadangkan agar pihak PIBG dapat menyediakan
mesin water cooler untuk kemudahan pelajar-pelajar berikutan
keadaan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini. Respon En Mohd
Yusof bin Yahya menyokong usul ini.

Hal-hal lain
8.1. En Abdul Halim bin Zakaria mengajukan soalan berkaitan
Penilaian Tingkatan 3, adakah peperiksaan percubaan dibuat untuk
dibuat penilaian dan bagi pelajar-pelajar yang berpindah ke sekolah
lain bagaimana penilaian dibuat? Respon En Mohd Naim bin
Karmani PT3 dinilai secara berterusanyang merangkumi penilaian
daripada segi kokurikulum, ujian SEGAK, ujian psikometrik
(mengandungi 150 soalan yang berkaitan minat seseorang pelajar
dalam sesuatu bidang) dan ujian pengetahuan (6 matapelajaran
teras ujian bertulis dan 2 matapelajaran yang memerlukan pelajar
membuat kerja kursus Sejarah dan Geografi). Menurut beliau lagi,
seperti kebiasaan setiap tingkatan termasuk tingkatan 3 akan
menghadapi ujian penilaian kurikulum, peperiksaan pertengahan
tahun, peperiksaan percubaan pada setiap penggal persekolahan.
Untuk pengetahuan ibu bapa / penjaga, pada bulan Oktober tahun
2015 pelajar-pelajar tingkatan 3 akan menghadapi Penilaian
Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor
19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK07 Pengurusan Mesyuarat

Tingkatan 3 (PT3) di mana segala persiapan, penyediaan dan


penandaan soalan akan diuruskan sendiri oleh guru-guru di sekolah
masing-masing. Selepas guru-guru siap menanda, pentaksir
kawasan yang terpilih akan datang ke setiap sekolah yang tertentu
dan seterusnya membuat semakan mengikut peratus yang
ditetapkan daripada jumlah bilangan pelajar di sekolah berkenaan.
Jika terdapat pelajar-pelajar yang ingin membuat semakan kembali,
penyemakan akan dilakukan oleh pihak Lembaga Peperiksaan.
Beliau turut mengatakan salah satu tujuan soalan berbentuk PT3 ini
dilaksanakan adalah untuk mengelakkan soalan bocor. Soalan-soalan
PT3 ini sebenarnya datang daripada pihak Lembaga Peperiksaan dan
setiap sekolah akan menerima soalan yang berbeza daripada
sekolah-sekolah lain. Respon En Mohd Naim bin Karmani bagi
pelajar-pelajar tingkatan 3 yang akan berpindah ke sekolah lain,
pelajar-pelajar berkenaan akan dibekalkan dengan segala tugasan
PBS dan kerja kursus yang telah dilaksanakan sepanjang berada di
sekolah lama untuk dibawa ke sekolah baru pelajar-pelajar
berkenaan.
8.2. Pengetua menyatakan bahawa program sarana sekolah telah
dilaksanakan pada tahun lepas dan penyertaan ibu bapa / penjaga
dalam program ini tidak begitu memberangsangkan. Program sarana
memerlukan kerjasama antara komuniti yang memerlukan ibu bapa /
penjaga menyumbang sesuatu kemahiran / kepakaran kepada pihak
sekolah seperti memberi tuisyen secara percuma kepada pelajar,
melatih pelajar kawad kaki, menjahit langsir kelas dan sebagainya.
Ibu bapa / penjaga yang mempunyai kemahiran / kepakaran tertentu
digalakkan untuk menjadi ahli jawatankuasa dalam program sarana
ini.
8.3. En Musliman bin Ahmad mencadangkan agar pada mesyuarat
agung PIBG akan datang, kedudukan tempat duduk diasingkan
mengikut jantina (lelaki dan perempuan) bagi memudahkan untuk
melihat perbezaan jumlah kehadiran ibu bapa / penjaga pelajarpelajar.
Ucapan penangguhan
9.1. YDP PIBG mewakili barisan AJK PIBG 2015/2016 mengucapkan
ribuan terima kasih kepada hadirin yang hadir dalam menjayakan
mesyuarat agung pada kali ini.
9.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.15 pagi.

Disediakan oleh,

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Disemak oleh,

PK07 Pengurusan Mesyuarat

..........................................
................................
(Pn Nor Asma binti Zainal)
Jusoh)
Setiausaha PIBG
Tarikh : 8 Mac 2015

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

(En Rosdi bin


YDP PIBG
Tarikh : 8 Mac 2015

You might also like