You are on page 1of 1

PERANAN NAZIR

Tindakan susulan iaitu pengawasan dan penyeliaan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) sebagai badan pemastian standard Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat
memainkan peranan yang penting dalam memastikan kualiti pendidikan di Malaysia berada
dalam tahap yang disasarkan.
Peranan ini perlu dilaksanakan secara optimum bagi memastikan semua usaha KPM dalam
mencapai aspirasi sistem pendidikan negara berada pada landasan yang sepatutnya, khususnya
di peringkat sekolah. Pengawasan dan penyeliaan oleh Nazir dan Jaminan Kualiti tidak
terkecuali juga untuk program pemulihan di sekolah.
Penegasan mengenai peranan ini sebagaimana yang dicatatkan dalam Akta Pendidikan 1996
(Akta 550) di bawah subseksyen 117(a) yang memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua
Nazir Sekolah untuk memastikan taraf pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan
dikekalkan di institusi pendidikan. Peranan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti:-

1. Merancang dasar dan operasi Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti bagi memastikan taraf
pengajaran yang memuaskan diwujudkan dan dikekalkan di institusi pendidikan.
2. Bertanggungjawab, dengan kerjasama mana-mana pihak berkuasa yang dilantik oleh
Menteri Pelajaran bagi memastikan bahawa taraf pengajaran yang memuaskan diwujud
dan dikekalkan di institusi pendidikan.
3. Memeriksa institusi pendidikan atau menyebabkan institusi pendidikan diperiksa oleh
Nazir Sekolah pada tempoh yang difikirkan sesuai.
4. Menjalankan apa-apa kewajipan lain berhubungan dengan pemeriksaan institusi
pendidikan sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri Pelajaran atau sebagaimana yang
ditetapkan.
5. Memberi nasihat kepada pengelola atau mana-mana orang lain yang bertanggungjawab
atas pengurusan sesuatu institusi pendidikan dan kepada guru-guru tentang perkara-
perkara yang berhubungan dengan pengajaran atau pengurusan yang dijalankan oleh
institusi itu.
6. Mengemukakan suatu laporan kepada Menteri tentang tiap-tiap institusi pendidikan
yang diperiksa oleh Nazir Sekolah.
7. Membina standard kualiti pendidikan kebangsaan yang boleh dijadikan penanda aras
untuk mencapai kualiti.
8. Memastikan dasar pendidikan dipatuhi oleh institusi pendidikan melalui pemeriksaan
institusi pendidikan.
9. Memastikan pengurusan penyampaian khidmat pendidikan bebas daripada pelanggaran,
kecuaian dan ketidakcekapan.

You might also like