You are on page 1of 9

OBJEKTIF SKPMG2

• SKPMg2 ataupun Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 adalah


merupakan penggubalan semula SKPM 2010 dengan beberapa
penambahbaikan hasil daripada beberapa siri kajian dan mesyuarat.
• Penambahbaikan kepada SKPMg2 adalah bertujuan untuk meningkatkan
kualiti dan juga menyesuaikan SKPM dengan perkembangan pendidikan
semasa.
• Draf SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti ini merupakan piawai yang digunakan bagi menentukan
tahap pencapaian kualiti pendidikan mencakupi beberapa bidang seperti
kepimpinan, pengurusan organisasi, pengurusan kurikulum, kokurikulum dan
hal ehwal murid, pembelajaran dan pemudahcaraan dan kemenjadian murid.
PROSEDUR PELAKSANAAN SKPMG2
• 1. Tubuhkan Jawatankuasa SKPM2 Sekolah (JKSS)

• 2. Tubuh dan Lantik Pasukan Pelaksana Standar (PPS)

• 3. Laksanakan Penilaian
INSTRUMEN SKPMG2
• Insturemen SKPMG2 ini terdiri daripada 5 standard seperti berikut:

Standard 1 : Kepimpinan
Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
Standard 4 : Pembelejaran dan Pemudahcaraan (PDPC)
Standard 5 : Kemenjadian Murid
Standard 1 : Kepimpinan
Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak
tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah
secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti
pdp.

PGB sebagai Peneraju


PGB sebagai Pembimbing
PGB sebagai Pendorong
Standard 2 : Pengurusan Organisasi
Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi
dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran
untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah.
Standard 3 : Pengurusan Kurikulum,
Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
• Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara
cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju
sekolah.
Standard 4 : Pembelajaran dan
Pemudahcaraan
• Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan
pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum
secara berterusan.
Standard 5 : Kemenjadian Murid
• Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang
cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam
penguasaan pengetahuan, dan kemahiran, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri.

You might also like