You are on page 1of 13

KEMENTERIAN : KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

INISIATIF INOVASI: Gerakan FitMalaysia

1. RINGKASAN INOVASI

FitMalaysia merupakan satu gerakan secara besar – besaran (National Movement) yang
akan membawa Malaysia dari sebuah Negara Pencinta Sukan (Sports Loving Nation)
kepada Negara Bersukan (Sporting Nation). Ia juga merupakan satu pendekatan terhadap
perubahan gaya hidup masyarakat secara total.

FitMalaysia berteraskan lima prinsip utama iaitu kesihatan, perpaduan, komuniti, inklusif
dan bakat sukan. Ia bukan sahaja memberi fokus tentang amalan gaya hidup sihat, tetapi
memberi inspirasi kepada rakan dan keluarga untuk bersama – sama sihat melalui
penganjuran aktiviti berasaskan komuniti seperti menubuhkan kumpulan berbasikal atau
melakukan aktiviti berlari, berjalan dan bersenam mingguan bersama keluarga atau rakan
supaya amalan kecergasan ini berterusan dan konsisten.

Pendekatan FitMalaysia lebih bersifat ‘community centric’ di mana aktiviti yang


dilaksanakan tidak memerlukan fasiliti atau peralatan khusus, mudah dipelajari dan boleh
dilakukan pada bila – bila masa secara berseorangan atau berkumpulan. Ia juga tidak
memerlukan masa yang lama dan tidak melibatkan kos yang tinggi.

Gerakan FitMalaysia mula dilancarkan di peringkat kebangsaan bertempat di Dataran


Merdeka Kuala Lumpur pada 7 September 2014 dengan penglibatan lebih 20 ribu orang
yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang.
2. LATAR BELAKANG

Tahap budaya sukan di kalangan rakyat Malaysia masih lagi sederhana iaitu sekitar 40.8%
berbanding Negara maju (Kajian Budaya Sukan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia, 2014).
Secara umumnya, rakyat Malaysia berminat dan mengambil peduli tentang pasukan
kebangsaan dan sukan komersil antarabangsa namun penglibatan masyarakat dalam
bidang sukan tidak memberangsangkan.

Berdasarkan kajian perubatan British, The Lancet, Malaysia mempunyai kadar obesiti
paling tinggi di Asia dengan 44% lelaki dan 49% wanita adalah obes. Peratusan rakyat
Malaysia yang berlebihan berat badan pula adalah setinggi 45.3%. Jumlah penghidap
Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) juga tinggi iaitu 15.2% diabetes, 32.7% darah tinggi dan
35% kandungan kolestrol yang tinggi berdasarkan National Health and Morbidity Survey
2011. Situasi ini memberikan impak terhadap kos rawatan dan perubatan serta kualiti hidup
rakyat Malaysia

Isu polarisasi kaum semakin meningkat dan dapat dilihat melalui komen – komen yang
ternyata menghalang usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang harmoni. Komen –
komen ini dapat dilihat samada di media tradisional mahupun media sosial. Sukan
merupakan satu medium yang mampu menzahirkan sokongan tanpa mengira perbezaan
agama, bangsa dan latarbelakang. Penyatuan dan perpaduan ini juga dapat dicapai
apabila lebih ramai rakyat Malaysia bersukan merentasi silo perkauman.

Prestasi atlet Negara di peringkat antarabangsa yang tidak konsisten memberikan petunjuk
bahawa sektor sukan Malaysia memerlukan banyak penambahbaikan untuk mampu
bersaing dan cemerlang di peringkat elit. Untuk melahirkan lebih ramai atlet elit, Malaysia
memerlukan ‘talent pool’ yang lebih besar untuk kita mengenalpasti bakat – bakat yang
berpotensi menjadi atlet elit Negara. Apabila Malaysia menjadi negara bersukan, kita akan
mempunyai ‘talent pool’ yang lebih besar.
Arus permodenan secara tidak langsung membentuk gaya hidup yang lebih bersifat
individualistik. Kemudahan dan penetrasi jalur lebar setiggi 67 % secara tidak langsung
melunturkan semangat kemasyarakat oleh kerana kurangnya komunikasi fizikal di antara
individu di Malaysia terutamanya di kawasan bandar. FitMalaysia menggalakkkan aktiviti
sukan yang dilakukan bersama – sama komuniti tidak kira berdasarkan demografi atau
sukan pilihan.

3. SASARAN PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa batasan umur,
keupayaan fizikal, jantina dan bangsa.

4. OBJEKTIF

Perpaduan

Memperkukuhkan perpaduan rakyat Malaysia melalui aktiviti sukan dan kecergasan

Kesihatan

Meningkatkan tahap kesihatan rakyat Malaysia melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti
sukan dan kecergasan. Lebih penting, kempen kesedaran dan tips kesihatan akan
dilaksanakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia bukan hanya untuk bersenam, tetapi
memberi fokus kepada aspek pemakanan dan gaya hidup.
Komuniti

Membina komuniti sukan yang saling memberi motivasi dan inspirasi


Inklusif

Melibatkan semua kelompok masyarakat tanpa batasan kaum, umur, jantina dan keadaaan
fizikal. Program FitMalaysia akan melibatkan aktiviti khas untuk golongan wanita dan
golongan kurang upaya.

Bakat Sukan

Meningkatkan jumlah bakat sukan yang boleh dikenalpasti dan digilap menjadi jaguh sukan
antarabangsa.

5. PENERANGAN MENGIKUT KRITERIA AIPM SEPERTI BERIKUT:

KREATIVITI

 Unik/pendekatan di luar kotak (asIi atau diadaptasi)

 Media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter digunakan sepenuhnya


untuk tujuan mempromosikan gerakan FitMalaysia ini. Dengan cara ini,
golongan belia generasi Y akan lebih teruja dan tertarik untuk menyertai
program ini. Selain itu, aplikasi android FitMalaysia juga diwujudkan dan
boleh dimuat turun menerusi PlayStore Google. Melalui aplikasi ini, pengguna
dapat berkongsi secara maya tentang aktiviti sukan yang sedang dilakukan
dan pengguna lain dapat turut sama menyertai aktiviti tersebut sekiranya di
kawasan sekitar. Selain itu, pengguna juga dapat mengumpulkan pemain –
pemain di sekitar kawasan mereka dan sekaligus dapat memperkukuhkan
perpaduan.

 Penyelesaian kreatif yang melangkaui ekspetasi

 Dengan penganjuran program FitMalaysia di seluruh negara, secara tidak


langsung dapat menggalakkan masyarakat Malaysia membudayakan sukan
didalam kelompok komuniti mereka sendiri. Program FitMalaysia bukan
sahaja ditekankan di bandar – bandar besar sahaja, malah turut diperluaskan
ke daerah – daerah seluruh negara menerusi program FitMalaysia Komuniti
yang menawarkan program seperti berbasikal, berlari, senamrobik atau
berjalan. Ini adalah usaha KBS untuk menerapkan gaya hidup yang lebih
sihat kepada masyarakat bukan sahaja di bandar malah di kawasan –
kawasan pendalaman. Kepelbagaian aktiviti didalam program ini adalah untuk
disesuaikan dengan semua peringkat usia. Sekaligus mengurangkan alasan
untuk tidak bersukan.

 Tahap Kepuasan Kumpulan Sasar

 Rata – rata masyarakt sekeliling amat berpuas hati dengan penganjuran


FitMalaysia yang telah dilancarkan di bandar – bandar yang telah dilancarkan.
Mereka berharap penganjuran program seperti ini akan diperbanyakkan dan
diteruskan lagi untuk ke arah membentuk Negara Bersukan (Sporting Nation).

 Penciptaan Nilai

 Usaha untuk membawa Malaysia dari sebuah Negara Pencinta Sukan (Sport
Loving Nation) kepada Negara bersukan (Sporting Nation) dengan
menerapkan gaya hidup sihat dan cergas di dalam setiap masyarakat
Malaysia

 Pelaksanaan dalam garis masa yang singkat

 Pelaksanaan penganjuran Pelancaran FitMalaysia peringkat Kebangsaan dan


peringkat negeri – negeri tidak mengambil masa yang begitu lama. Sebagai
contoh, pelaksanaan program FitMalaysia sempena Hari Belia Negara 2014
mengambil masa selama dua minggu sahaja untuk merancang dan
melaksanakan program tersebut. Hasil pelaksanaan program tersebut amat
mengejutkan kerana penyertaan sangat menggalakkan.
Relevan

 Memenuhi agenda Nasional

 Malaysia merupakan negara yang mempunyai berbilang bangsa dan kaum.


Kesan dari kemajuan teknologi dan media sosial, isu perkauman banyak
dimainkan oleh generasi baru yang tidak mengenal erti penat lelah generasi
terdahulu untuk mencapai keharmonian dalam hidup berbilang kaum. Untuk
mengharmonikan kembali masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini,
sukan dilihat satu mekanisme yang sangat sesuai dijadikan sebagai agenda
untuk penyatuan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

 Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian makanan. Malah Malaysia


digelar syurga makanan oleh sesetengah pelancong luar negara. Ini
disebabkan oleh kepelbagaian kaum yang ada di negara ini. Disebabkan
kepelbagaian makanan yang ada di pasaran, masyarakat Malaysia
mempunyai masalah untuk mengamalkan makan secara sihat. Ini
menyumbang kepada masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Melalui
program FitMalaysia, rakyat Malaysia dapat dididik secara langsung tentang
pemakanan yang sihat sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan
Malaysia terhadap kos perubatan yang menelan belanja yang banyak setiap
tahun. Ini kerana di setiap pelancaran FitMalaysia, terdapat zon Healthy Food
and Beverages yang boleh mengenalkan kepada masyarakat setempat
tentang pemakanan yang sihat.

 Mengambilkira persekitaran semasa dan sesuai di peringkat tempatan / global

 Aktiviti sukan dan kecergasan yag dilaksanakan dibawah FitMalaysia ini


mestilah mudah dijalankan dengan memerlukan peralatan yang minima serta
boleh dilakukan di mana - mana dan pada bila – bila masa. Ia merangkumi
empat kumpulan aktiviti iaitu:
 Berjalan / Berlari
Perlaksanaan program melibatkan jarak yang pendek mengikut
kesesuaian lokasi. Dua jarak iaitu 5km dan 10km telah dianjurkan di
setiap pelancaran FitMalaysia di peringkat kebangsaan dan negeri.

 Berbasikal
Perlaksanaan program melibatkan jarak yang sederhana mengikut
kesesuaian lokasi. Setakat ini, dua jarak iaitu 10km dan 30km telah
dianjurkan di setiap pelancaran FitMalaysia di peringkat kebangsaan
dan negeri dan aktiviti Century Ride telah diperkenalkan buat kali
pertama di penganjuran FitMalaysia Negeri Sembilan. Century Ride
jaraknya lebih jauh iaitu kurang lebih 100 km dan melibatkan peserta
dari luar negara.

 Seni Mempertahankan Diri (Martial Arts)


Seni Mempertahankan Diri tradisional dan kontemporari seperti Silat,
Silambam, Wushu, Muaythai, Capoeira, Urban Self Defense dan lain –
lain.

 Aktiviti Kecergasan
Aktiviti kecergasan termasuklah Variasi Senamrobik, Bootcamp, Cross
Training, Taichi dan lain – lain.

 Seamless dan kolaborasi strategik

 Kerjasama dan komitmen rakan kongsi


 Program TalentID di bawah Institut Sukan Negara (ISN) adalah
program yang berstruktur bagi mengenalpasti bakat baru dalam bidang
sukan. Gerakan FitMalaysia mampu menjana jumlah bakat baru yang
lebih besar apabila masyarakat terlibat secara aktif didalam aktiviti
sukan dan kecergasan.
 Program Senaman Untuk Rawatan (PESENAM) dilaksanakan dengan
kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengurangkan jumlah pengidap
Penyakit Tidak Berjangkit. Program ini dilaksanakan melalui
pendekatan latihan oleh KKM kepada instruktur gimnasium di bawah
KBS. Masyarakat yang lebih aktif yang menjadi inspirasi FitMalaysia
dijangka dapat mengurangkan risiko Diabetes sebanyak 58 %.

 Pelaksanaan FitMalaysia dengan pengisian program perlu mendapat


kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak samada
kementerian di peringkat pusat, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa
Tempatan, Pemimpin Masyarakat Setempat, Swasta dan NGO’s yang
berkaitan.

Signifikan

 Keberhasilan yang memenuhi objektif inisiatif

 Meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan amalan gaya hidup sihat


dan cergas
 Mengukuhkan semangat perpaduan di kalangan komuniti
 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan aktiviti kecergasan
 Menyemai semangat budaya bersukan dalam individu dan dijadikan amalan
seharian.

 Penjimatan kos/sumber (value for money)

 Program FitMalaysia dilihat dapat mengurangkan kos perubatan yang perlu


Kerajaan Malaysia peruntukan dari bajet setiap tahun. Ini kerana program
FitMalaysia secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat Malaysia
mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang sihat. Kos yang
sepatutnya diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia kepada perubatan, dapat
disalurkan kepada perbelanjaan yang lebih penting seperti menaiktaraf sistem
pendidikan Malaysia atau kepada yang lebih memerlukan lagi.

6. PENCAPAIAN DAN PENGIKITIRAFAN YANG DIPEROLEH

 Penganjuran FitMalaysia pada tahun 2014 telah berjaya mengumpulkan penyertaan


lebih dari 50,000 orang. Ini adalah hasil dari satu pelancaran peringkat Kebangsaan
dan tiga pelancaran di negeri iaitu negeri Melaka, Sabah dan Pahang.

7. RUMUSAN

FitMalaysia akan diterima dan diterjemahkan melalui pelaksanaan sebagaimana


yang dirancangkan untuk memastikan bahawa semua komuniti yang terdiri daripada
pelbagai golongan akan menjadi frontlines dalam menitik beratkan aktiviti sukan,
kecergasan dan fizikal serta mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan
mengukuhkan perpaduan.

Pelaksanaan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015 adalah susulan daripada
pelaksanaan FitMalaysia yang telah diadakan. Hari Sukan Negara adalah satu hari
ikonik tahunan dimana seramai mungkin rakyat Malaysia bersukan. Hari Sukan
Negara juga memberi pengiktirafan kepada orang ramai, pemimpin persatuan
sukan, atlet dan media yang terlibat dalam aktiviti sukan.

FitMalaysia adalah diharapkan dapat mencapai misi menjadikan Malaysia sebagai


sebuah Negara Bersukan (Sporting Nation)

Disediakan Oleh:
Cawangan Kecergasan Nasional
Bahagian Pembangunan Sukan
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
FITMALAYSIA – DATARAN MERDEKA

PERASMIAN FITMALAYSIA OLEH YB GIMIK PELANCARAN FITMALAYSIA


MENTERI BELIA DAN SUKAN BERSAMA YB MENTERI BELIA DAN
SUKAN

FUN RIDE OLEH PESERTA PELEPASAN PESERTA LARIAN


SENAM SENI @FITMALAYSIA AKTIVITI PARKOUR @FITMALAYSIA
FITMALAYSIA – DATARAN MERDEKA

GIMIK DEMO PELANCARAN AKTIVITI SELF DEFENSE


FITMALAYSIA @FITMALAYSIA

EXTREME GAME @FITMALAYSIA MUSIC GALA @FITMALAYSIA


FITMALAYSIA – KOTA KINABALU, SABAH

PELEPASAN ACARA FUN RUN SELFIE PERASMIAN BERSAMA YB


FITMALAYSIA MENTERI BELIA DAN SUKAN

PHOTO BOOTH @FITMALAYSIA SESI CABUTAN BERTUAH


@FITMALAYSIA

You might also like