You are on page 1of 10

KAJIAN BAHASA INGGERIS

Penggunaan Lagu Kanak-kanak


Meningkatkan Penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris
Murid Tahun 2 UTARID

SRIVIDHYA A/P GOVINDASAMY

GURU BAHASA INGGERIS TAHUN 2


SK WANGSA MAJU SEKSYEN 1,
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

1
Abstrak

Kajian tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah teknik penggunaannyanyian Lagu
Kanak-kanak dalam PdPc dapat meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-
murid Tahun 2. Responden dalam kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 2 UTARID, SK
Wangsa Maju Seksyen 1 iaitu seramai 6 orang murid. Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji
telah menggunakan teknik nyanyian dengan perkataan Bahasa Inggeris dalam meningkatkan
kemahiran murid menguasai kosa kata dalam Bahasa inggeris untuk keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Merujuk kepada dapatan kajian yang dilakukan,
maka dapat disimpulkan bahawa teknik nyanyian lagu kanak-kanak dengan perkataan Bahasa
Inggeris ini dapat membantu murid yang lemah untuk menguasai kosa kata Bahasa Inggeris.

1. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Daripada proses PdPc, pengkaji dapati terdapat pelbagai masalah telah berlaku semasa
proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Pengkaji telah mengenal pasti bahawa
majoriti murid-murid Tahun 2 Utarid tidak dapat menguasai kosa kata Bahasa Inggeris
walaupun kosa kata itu banyak kali diulang semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah mereka. Walaupun mereka selalu menyebut sesuatu kosa kata, namun
mereka tidak memahami apakah maksud kosa kata tersebut.
Murid-murid sering menghadapi masalah apabila diminta untuk mengingati pelajaran
Bahasa Inggeris yang telah dipelajari. Murid-murid juga tidak dapat menyebut perkataan-
perkataan yang telah dipelajari dalam pelajaran lepas. Sering kali pengkaji terdengar mereka
berkata, “Ala, cikgu, saya lupalah”, “Saya tak tahu” dan kadang-kala murid-murid hanya
mendiamkan diri sambil memandang ke arah guru (pengkaji) mengharapkan jawapan apabila
tidak dapat menjawab pertanyaan dalam Bahasa Inggeris.
Penggunaan Bahasa Inggeris murid-murid berbangsa Melayu sangat lemah terutamanya
dalam kalangan murid-murid prasekolah dari segi perbendaharaan kata dan juga perbualan
mudah. Kegagalan menguasai kedua-dua aspek ini perlu ditangani dengan lebih awal agar
masalah ini tidak bertambah dan berlarutan sehingga mereka menjejakkan kaki ke kelas arus
perdana.

2. FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN

Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran, walaupun pengkaji telah mengesan


beberapa masalah yang dihadapi oleh murid-murid Tahun 2 Utarid ini dalam pengajaran
Bahasa Inggeris, namun pengkaji akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa

2
kata Bahasa Inggeris sahaja. Ini adalah kerana penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris adalah
tunjang utama dalam Bahasa Inggeris sebelum murid dapat menguasai perbualan mudah dan
kemahiran-kemahiran lain.

Dalam kajian yang akan dijalankan ini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua kepada
subjek-subjek kajian. Bahasa pertama bagi keenam-enam subjek adalah Bahasa Melayu.
Subjek menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di rumah mahupun di
sekolah. Mungkin faktor ini menyebabkan mereka sukar dan tidak fasih berbahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua walaupun dengan menggunakan bahasa mudah.

Mungkin latar belakang keluarga, masalah keluarga, kurangnya perhatian daripada ibu bapa
juga menyebabkan mereka tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mungkin
mereka tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di rumah yang
menyebabkan mereka masih tidak menguasai perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang
mudah.

Justeru, ekoran daripada masalah ini pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menjalankan
penyelidikan tindakan terhadap masalah yang dihadapi oleh subjek agar masalah ini dapat
diatasi. Pengkaji telah menjalankan penyelidikan tindakan dengan penggunaan lagu kanak-
kanak untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-
murid Tahun 2 Utarid.

3. OBJEKTIF KAJIAN
Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid-murid diharap akan mencapai objektif berikut:

3.1 Objektif Umum


Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid
Tahun 2 Utarid.

3.2 Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini dijalankan adalah untuk;

(i) Mengetahui tahap penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 2 Utarid
selepas penggunaan lagu kanak-kanak.
Meningkatkan penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris murid-murid Tahun 2 Utarid dengan
penggunaan lagu kanak-kanak.

4. KUMPULAN SASARAN
Jadual 1 di bawah adalah butiran berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam penyelidikan ini;

3
Jadual 1: Kumpulan sasaran penyelidikan

Jadual 1: Kumpulan sasaran penyelidikan Tindakan

Bilangan sasaran 6 daripada 27(dipilih secara rawak mudah)


Jantina 3 orang lelaki
3 orang perempuan
Umur 8 tahun
Prestasi akademik - Pasif dalam slot PdPc Bahasa Inggeris
- Mempunyai masalah penguasaan kosa
kata Bahasa Inggeris yang terhad

5. PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah


Bagi memastikan tahap penguasaan murid terhadap kosa kata mudah dalam Bahasa
Inggeris, pengkaji akan menggunakan dua alat kajian iaitu pemerhatian dan temu bual secara
individu dengan subjek sebagai tinjauan awal menggunakan borang senarai semak. Jadual 2 di
bawah adalah cara tinjauan masalah dalam penyelidikan ini:

Jadual 2: Cara Tinjauan Masalah

Langkah Cara tinjauan masalah Kumpulan Tujuan


sasaran
Langkah 1 Pemerhatian 28 orang murid- - Melihat penggunaan
catatan pemerhatian murid Tahun 2 kosa kata Bahasa
menggunakan Borang Utarid Inggeris dalam kalangan
Rekod Pemerhatian murid
pada Lampiran A - Melihat respon murid
semasa P&P slot Bahasa
Inggeris
Langkah 2 Tinjauan awal 6 orang subjek - Mengenal pasti dan
menggunakan Senarai yang terlibat mengetahui tahap
Semak pada Lampiran B penguasaan kosa kata
Bahasa Inggeris subjek

5.2 Analisis Tinjauan Masalah


Hasil daripada analisis pemerhatian semasa tinjauan awal yang telah dijalankan, terdapat 6
orang murid mengalami masalah dalam penguasaan kosa kata Bahasa Inggeris. Masalah ini

4
menyebabkan aktiviti P&P slot Bahasa Inggeris sedikit terganggu kerana murid tidak
memahami apa yang diperkatakan oleh guru. Jadual 3 di bawah adalah hasil pemerhatian
tinjauan awal terhadap subjek.

Jadual 3: Hasil pemerhatian tinjauan awal terhadap subjek

Sampel Pemerhatian / Kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris Jumlah


kekerapa
n
2 3 4
A 1 2 0 1 0 4
B 2 1 0 1 1 5
C 0 0 1 0 0 1
D 1 0 1 0 0 2
E 1 1 0 2 0 4
F 0 0 0 1 1 2

Kenam-enam subjek telah dikenal pasti kurang aktif semasa sesi PdPc slot Bahasa Inggeris
dijalankan kerana masing-masing hanya menuturkan 2 kosa kata Bahasa Inggeris ke bawah
sahaja dalam setiap slot P&P Bahasa Inggeris. Selepas 5 kali pemerhatian dibuat, jumlah kosa
kata Bahasa Inggeris yang dituturkan oleh subjek B adalah 5 kosa kata, subjek A dan E 4 kosa
kata, subjek D dan F dengan 2 kosa kata dan subjek C dengan 1 suku kata.

Jadual 4 di bawah adalah hasil analisis daripada senarai semak yang dijalankan pada tinjauan
awal.

Jadual 4: Hasil analisis tinjauan awal terhadap subjek

Sampel A B C D E F
Jumlah 2/18 3/18 0/18 1/18 5/18 6/18
jawapan
yang betul
Peratusan 11.11 16.67 0 5.56 27.78 33.33
(%)

5
Hasil analisis mendapati subjek F hanya dapat menjawab 6 soalan dengan tepat daripada
18 soalan yang telah diajukan iaitu sebanyak 33.33%. Subjek E 27.78%, subjek B 16.67%,
subjek A dengan 11.11% dan subjek D dan C masing-masing memperoleh 5.56% dan 0%.
Oleh itu, keenam-enam subjek ini mengalami masalah kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad
kerana hanya mencapai 33.33% ke bawah sahaja iaitu min sebanyak 15.74% sahaja.

Inggeris dijalankan. Subjek kurang memberikan perhatian dan hanya mendiamkan diri
sepanjang PdPc dijalankan. Subjek mempunyai kosa kata Bahasa Inggeris yang terhad. Oleh
itu, latihan demi latihan perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap penguasaan kosa kata subjek.

5.3 Melaksanakan Tindakan

Aktiviti 1 : Penggunaan lagu kanak-kanak (Nursery rhymes)


Unit 7 & 8 : Look at Me (7) and Stay Clean, Be Happy (8)
Lagu : i. Head, Shoulders, Knees and Toes
ii. I can, I can, I can (Action Song)
iii. This Is The Way

1.1 Murid diajar menyanyikan lagu kanak-kanak menggunakan carta lagu bergambar
sehingga murid benar-benar dapat menghafal 2 lagu tersebut.

1.2 Murid diajar menyanyikan lagu kanak-kanak dengan iringan muzik untuk mendapatkan
rentak dan tempo yang betul.

1.3 Beberapa perkataan yang dipilih diberi penekanan yang lebih. Murid diterangkan
dengan maksud atau pengertian dalam Bahasa Melayu setiap perkataan yang ingin
diuji.

1.4 Bagi perkataan-perkataan yang menunjukkan ‘verb’, murid melakukan simulasi untuk
menunjukkan maksud perkataan tersebut.

1.4 Lagu kanak-kanak ini dinyanyikan sebagai salah satu rutin dalam Tahun 2 Utarid iaitu
seperti pada waktu santai petang, waktu Rehat atau dalam waktu PdPc

Pemerhatian
i. Lirik lagu difotostat dan dilaminet bagi setiap murid yang terlibat.
ii. Murid dapat menyebut dan menghafal hampir 80% lirik lagu.
iii. Murid dapat menulis sekurang-kurangnya 5 perkataan ‘verb’ dalam setiap lagu yang
dinyanyikan dan memahami maksudnya.(menjawab soalan secara lisan)
iv. Murid dapat melakukan simulasi bagi perkataan ‘verb’

6
Refleksi
Perubahan murid dapat dilihat dari segi penggunaan kosa kata dari lagu yang diajar. Murid juga
dilihat gembira menjalankan aktiviti seperti ini.

Aktiviti 2 : Wheel of Sounds


2.1 Murid membuang dadu. Berdasarkan nombor dadu yang terpapar, murid merujuk
kepada sektor yang terdapat pada “Wheel of Sounds”.
2.2 Murid membentuk perkataan yang ada pada sektor. Pada sektor berkenaan, terdapat
huruf-huruf dan gambar sebagai panduan kepada murid untuk membentuk perkataan.
2.3 Murid mengeja dan menulis perkataan yang dibentuk pada kad yang disediakan.

Pemerhatian
Murid memberikan respon yang positif dan memberangsangkan terhadap aktiviti ini. Semua
murid bersungguh-sungguh untuk mengambil bahagian dalam membina perkataan. Ini
menunjukkan bahawa perasaan malu dan rendah diri murid-murid berkenaan telah
berkurangan.

Refleksi
Hasil dari aktiviti ini, kemahiran murid dalam membentuk perkataan telah meningkat. Aktiviti ini
juga membantu murid-murid yang terlibat menulis perkataan dengan huruf dan ejaan yang
betul.

5.4 Penilaian
1. Keputusan ujian Pra (Jadual 4).
2. Keputusan ujian Post. (Jadual 5)
3. Kerja tulis murid.
4. Terdapat murid yang masih mendapat markah rendah tetapi boleh diperbaiki lagi.
5. Murid mula rajin dan aktif dalam P&P.

Jadual 5: Hasil analisis Ujian Post terhadap subjek

Sampel A B C D E F
Jumlah 12/18 10/18 8/18 8/18 9/18 14/18
jawapan
yang betul
Peratusan 66.7 55.6 44.4 44.4 50.0 77.8
(%)

7
Refleksi Kajian
Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa Teknik Nyanyian dan Aktiviti Permainan banyak
membantu murid meningkatkan keyakinan diri, daya ingatan dan kefahaman terhadap apa yang
dipelajari disamping menjadikan suasana PdPc lebih ceria dan menyeronokkan.

6. Cadangan untuk kajian seterusnya


Untuk kajian seterusnya, pihak Panitia Bahasa Inggeris telah bercadang untuk menjalankan
kajian berkaitan “Memupuk minat murid membaca bahan-bahan dalam Bahasa Inggeris”.
Fokus kajian adalah untuk membantu murid-murid menambah perbendaharaan kata dan
membina keyakinan untuk melibatkan diri secara aktif dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris di
sekolah.

7. Rujukan

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin. (2010). Pengantar Penyelidikan Tindakan: dalam Penyelidikan
Tindakan. Bangi: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Chua Y. P. (2013). Kaedah Penyelidikan Buku 1. McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Helen Bee, D. B. (2015). The Developing Child, 8th Edition. Boston: Pearson Education, Inc.

Hidayatul Akmal Hashim, N. M. (2010, Ogos 11). Cara Pemerolehan Bahasa Kedua. Didapatkan April 6,
2021, daripada Retibasa:

http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-kedua_11.html

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum Standard Tahun 1 Bestari Kebangsaan. Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mok S.S. (2013). Perkembangan Kanak-kanak. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Nani Menon. (2013). Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak. Bentong: PTS Profesional Publishing Sdn.

Bhd.

8
8. Lampiran

LAMPIRAN A

BORANG
REKOD PEMERHATIAN

Di bawah ini adalah borang rekod pemerhatian bagi merekod kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang
dituturkan oleh subjek di dalam bilik darjah. Sila isikan kekerapan kosa kata Bahasa Inggeris yang
dituturkan pada ruang yang disediakan. Sila catat jumlah kekerapan kosa kata di dalam kotak yang telah
disediakan.

Tarikh : ...............................................................................................................

PEMERHATIAN: 1 2 3 4 5
(Bulatkan nombor mengikut pemerhatian)

WAKTU PEMERHATIAN KOSA KATA BAHASA ANALISIS


INGGERIS YANG
DITUTURKAN

Masa :…………………………..

Jumlah Kekerapan

9
LAMPIRAN B

SENARAI SEMAK
UJIAN TAHAP PENGUASAAN KOSA KATA BAHASA INGGERIS

UJIAN FASA* 1 2
(Bulatkan nombor mengikut fasa)

Nama : ........................................................................................................
Tarikh : ........................................................................................................
Masa : ........................................................................................................

Aktiviti:
(i) Murid menulis dan menyebut perkataan yang diberikan dalam Bahasa Inggeris.
(ii) Guru menandakan pada kotak yang disediakan sama ada jawapan murid betul atau salah.
Jika salah, tuliskan jawapan yang diberikan pada ruangan catatan.
(iii) Murid membuat pembetulan di dalam buku tulis.

Bil Perkataan / Objek FASA 1 FASA 2 Catatan


Betul Salah BETUL SALAH
1 Kepala
2 Bahu
3 Lutut
4 Kaki
5 Mata
6 Hidung
7 Mulut
8 Telinga
9 Melompat
10 Berlari
11 Berjalan
12 Membasuh
13 Gosok
14 Tikar
15 Paip
16 Semut
17 Peta
18 Duduk
JUMLAH

* Ujian Fasa 1 - Tinjauan Awal 2 – Selepas Intervensi

10

You might also like