You are on page 1of 7

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Program perancang keluarga merupakan salah satu program yang diperkenalkan oleh
kerajaan bagi mengawal pertumbuhan penduduk di negara ini. Selepas merdeka, negara mula
merancakkan agenda ke arah pembangunan negara. Dalam tempoh ini, kerajaan melihat
kadar pertumbuhan penduduk negara tidak terkawal terutama di Semenanjung Malaysia dan
memberi kesan yang negatif terhadap pembangunan negara. Perancang keluarga ditakrifkan
sebagai satu aktiviti merancang masa yang sesuai untuk mengandung dengan menggunakan
kaedah bagi menjarakkan kandungan dan merancang saiz sesebuah keluarga yang diingini.

Faktor demografi dan juga faktor kesihatan telah dikenal pasti sebagai dua aspek utama
yang mempengaruhi pengenalan program perancang keluarga. Berdasarkan kedua-dua faktor
ini, program perancang keluarga telah dijadikan sebagai akta rasmi negara bermula dalam
tempoh Rancangan Malaysia Pertama. Kualiti penjagaan dalam perancang keluarga adalah
penting untuk memastikan kemajuan ke arah mencapai tahap kesihatan yang tinggi untuk
semua kaum wanita. Seperti yang ditakrifkan dalam penerbitan WHO, memastikan hak asasi
manusia dalam penyediaan maklumat dan perkhidmatan contraceptive (World Health
Organization 2016).

Perancang keluarga adalah kaedah utama dalam memastikan ibu selamat. Ia adalah
penting dalam menggalakkan kesejahteraan dan autonomi wanita, keluarga dan komuniti
(World Health Organization 2016-Selected Practice Recommedations For Contraceptive Use
3rd Edition). Secara tidak langsung, amalan perancang keluarga juga boleh mengurangkan
morbidity dan mortality ibu dan anak serta mempertingkatkan kualiti kehidupan di samping
membolehkan keluarga menikmati kehidupan yang yang selesa.

Program Perancang Keluarga merupakan komponen penting dalam perkhidmatan


kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah diperkenalkan seawal tahun
1970 sejajar dengan hasrat kerajaan untuk memastikan kualiti hidup individu dan
kesejahteraan sesebuah keluarga terjamin. Sejak itu, Malaysia telah menyaksikan
transformasi positif perkhidmatan Perancang Keluarga dari segi penggunaan dan penerimaan
di kalangan wanita dan pasangan di negara ini (Bahagian Pembangunan Kesihatan
Keluarga,Kementerian Kesihatan Malaysia,Edisi Kedua 2017).
1.2 Pernyataan Masalah

Peningkatan jumlah penduduk jelas dilihat telah memberi kesan kepada ekonomi negara.
Kerajaan melihat perkembangan penduduk tanpa kawalan memberi kesan yang negatif
terhadap ekonomi. Kerajaan telah melihat bagaimana negara-negara luar seperti Turki, Mesir,
dan Taiwan telah menjadikan program perancang keluarga sebagai salah satu keutamaan
tertinggi dalam pelaksanaan dasar negara tersebut. Usaha kerajaan dalam memperkenalkan
program perancang keluarga di negara ini tidak bermaksud untuk menghalang kaum ibu dari
terus melahirkan anak. Hal ini disebabkan ibu bapa bebas untuk menentukan bilangan anak
mereka dan tiada satu pun akta di negara ini yang menghalang perkembangan penduduk.
Kerajaan mengambil satu inisiatif iaitu hanya bertindak untuk memujuk golongan ibu bapa
bagi mengetahui dan mengambil berat mengenai ancaman penyakit yang akan menimpa
kaum ibu jika mereka enggan menjarangkan kelahiran anak. ( Program Perancang Keluarga
Dalam Perkhidmatan Kesihatan Awam Di Semenanjung Malaysia 1957-1975 )

Segelintir pasangan kini beranggapan jumlah anak yang ramai bukan masalah. Namun
dengan peningkatan kes sara hidup sekarang, memiliki ramai anak mungkin bukan keputusan
yang bijak. Kebajikan anak mungkin terabai. Paling kerap dilupakan adalah keadaan fizikal
dan mental ibu yang mengandung dan melahirkan anak. Oleh itu,kajian ini dijalankan
bertujuan meningkatkan kesedaran wanita yang telah berkahwin tentang tahap pengetahuan
dan amalan perancang keluarga. Terdapat di akhbar berita yang diterbitkan oleh Mstar Group
pada 15.September.2018 menyatakan bahawa terdapat satu kes yang telah viral di facebook
bahawa seorang adik kandung telah mendakwa kakak kandung dan kakak iparnya telah
menghidap kanser yang disebabkan berpunca daripada pengambilan perancang. Namun
kenyatan ini telah ditepis oleh Dr Rusyainie Ramli,Pegawai Perubatan Kanan Angkatan
Tentera Malaysia.

Turut mendapat pandangan yang negative dari kaum wanita apabila Sinar Harian,
24.Julai.2022 telah mengeluarkan berita bahawa dia mana seorang ibu, Saleha Idris 35 tahun
dari Pasir Puteh, Kelantan baru sahaja memasang implant tetapi risau mendengar cerita
kawan-kawannya yang menyatakan perlu berhati-hati apabila alat dalam rahim tersebut
hampir tamat tempoh kerana dikatan akan bergerak di dalam tubuh dan sangat merbahaya.
Keadaan ini menyebabkan wanita tersebut bertindak untuk mengeluarkan semula alat
tersebut. Selain itu, dalam kenyataan akhbar yang sama juga seorang wanita yang dikenali
sebagai Rahimak Ishak,37 tahun yang berasal dari Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan
turut berkongsi tentang kisah beliau dimana disebabkan beliau ada masalah kesihatan,beliau
telah membuat keputusan untuk ‘ikat’ peranakan atau dikenali sebagai biteral tubal ligation
( BTL ) selepas melahirkan bayi. Namun, beliau risau mendengar risiko sampingan seperti
menyebabkan penghasilan susu ibu menjadi kurang. Namun pernyataan tersebut telah
dijawab oleh Dr Norleen Mohd Salleh,Pakar O&G di Hospital Pakar Avisena,Shah Alam
Selangor menyatakan bahawa penghasilan air susu ibu adalah dipengeruhi oleh hormon dan
bukan dipengaruhi oleh kaedah BTL.

Selain itu, terdapat pernyataan di laman social iaitu facebook pada Julai 2022, seorang
wanita dimana ibunya penghidap kanser payudara dan telah selamat melakukan pembedahan.
Namun wanita tersebut pula dinasihatkan agar berhenti dari mengamalkan pil perancang
kerana dia mempunyai risiko untuk menghidap kanser payudara. Keadaan ini menyebabkan
beliau berasa ragu untuk mengamalkan kaedah pil perancang.

Amalan perancangan keluarga merupakan amalan yang digunakan untuk menjarakkan


kelahiran atas dasar tujuan tertentu. Menurut agama Islam, merancang keluarga mestilah
mendapat keizinan dari pasangan masing-masing. Jika tidak hukumnya boleh berubah kepada
haram kerana ia dikira menzalimi pasangan atau tidak taat kepada arahan suami. Ia juga
dianggap haram jika merancang keluarga hanya kerana takut miskin ( Dr Mohd izhar Ariff
Mohd Kassim, Pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Falkuti Pengajian
Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, desember 2016 )

Walaupun kaedah perancang keluarga ini mendatangkan pelbagai faedah kepada wanita
yang sudah berkahwin, namun ia mempunyai pandangan yang negative dari segelintir wanita.
Menurut Dato Dr Mohd Rushdan MD Noor, Pakar Perunding Kanan O&G, Medical
Mythbusters Malaysia,September 2018, pil perancang meingkatkan risiko mendapat kanser
payudara. Ini dikukuhkan lagi dengan memang terdapat kajian epidemiologi yang
menunjukkan bahawa pengamal pil perancang mempunyai risiko lebih tinggi untuk
menghidap kanser payudara dan kanser servik. Walau bagaimanapun, kajian ini adalah kajian
‘observational’ yang tidak boleh digunakan sebagai bahan kukuh.

Menurut Abstrak Kajian LPPKN ( 1974-2004),Malaysia Fertility And Family Survey 1974
menyatakan bahawa wanita yang tidak bersekolah mempunyai purata yang tinggi berkahwin
pada umur 16-17tahun jika dibandingkan dengan wanita yang bersekolah berkahwin pada
umur 22tahun ke atas. Secara tidak langsung, ia terus menunjukkan wanita yang berkahwin
awal kurang pengetahuan tentang perancang keluarga kerana ilmu pengetahuan mereka
kurang jika dibandingkan dengan wanita yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi.

Menurut Journal Of Community Health 2009 pula, pengetahuan wanita yang sedang
merancang keluarga mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi tentang amalan perancang
keluarga jika dibandingkan dengan wanita yang tidak pernah merancang keluarga. Mereka
menganggap bahawa pengetahuan wanita yang merancang adalah lebih tinggi kerana mereka
memunyai pengalaman yang lama tentang kaedah kontraseptif yang diamalkan berbanding
dengan waniya yang tidak pernah merancang kerana mereka tiada langsung ilmu
pengetahuan tentang mana-mana kaedah kontraseptif.

Manakala menurut penyelidikan dan kajian yang diterbitkan oleh The New England Journal
of Medicine, Contemporary Hormonal Contraception And The Risk Of Breast Cancer,
December 2017 wanita yang mengambil pil hormone atau menggunakan IUD selama
bertahun-tahun mengalami risiko kanser payudara lebih tinggi berbanding dengan wanita
yang tidal mengamalkan kaedah tersebut. Kajian ini juga menunjukkan bahawa bentuk
hormone kawalan kelahiran yang lebih lama mengandungi dos yang tinggi dan dikaitkan
dengan risiko kanser payudara yang lebih tinggi. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa jika
seorang wanita yang didiagnos menghidap kanser payudara adalah lebih baik untuk tidak
mengamalkan mana-mana kaedah kontraseptif kerana ia akan meningkatkan risiko kanser
muncul semula.

Namun begitu ada sesetengah wanita beranggapan perkahwinan jarak jauh tidak
memerlukan dirinya mengamal sebarang bentuk perancang keluarga. Tetapi itu sebenarnya
lebih bahaya kerana mereka tidak tahu bila sebenarnya waktu subur mereka ( Prof Dr Harlina
Halizah Siraj, Pakar Sakit Puan Jabatan O&G Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia,
December 2018 )

Menurut Nor Halina Shuib et.all 2021, ada wanita yang menganggap mengamalkan kaedah
perancang selepas berkahwin menyebabakan kegemukan, dimana nafsu makan semakin
menjadi-jadi. Mereka juga turut menganggap pil perancang adalah punca kepada masalah
kegemukan selepas bersalin. Selain itu, mereka juga turut mendakwa bahawa kaedah
perancang ini mengganggu kesuburan dan menyebabkan kesukaran untuk mengandung pada
masa depan, kurang keinginan seksual dan menyebabkan masalah emosi.
1.3 Objektif

1.31 Objektif umum

Kajian tahap pengetahuan dan amalan perancang keluarga di kalangan wanita berkahwin
Klinik Desa Bukit Quion, Tawau, Sabah.

1.32 Objektif spesifik

i. Kajian tahap pengetahuan perancang keluarga di kalangan wanita berkahwin di Klinik Desa
Bukit Quoin, Tawau, Sabah

ii. Kajian amalan perancang keluarga di kalangan wanita berkahwin di Klinik Desa Bukit
Quoin, Tawau, Sabah

iii. Mengetahui hubungkait di antara tahap pengetahuan dan amalan perancang keluarga di
kalangan wanita berkahwin di Klinik Desa Bukit Quoin, Tawau, Sabah

1.4 Persoalan kajian

i. Bagaimana tahap pengetahuan perancang keluarga dikalangan wanita berkahwin di Klinik


Desa Bukit Quoin, Tawau, Sabah?

ii. Apakah amalan perancang keluarga dikalangan wanita sudah berkahwin di Klinik Desa
Bukit Quoin, Tawau, Sabah?

iii. Adakah hubungkait diantara tahap pengetahuan dan amalan perancang keluarga
dikalangan wanita berkahwin di Klinik Desa Bukit Quoin, Tawau, Sabah?
1.5 Hipotesis

Hipotesis adalah jangkaan awal yang hendak diuji oleh penyelidik dengan menghubungkan
dua atau lebih pembolehubah dalam satu kajian.

1.5.1 Null hypothesis:

Tahap pengetahuan mempunyai hubungkait dengan amalan perancang keluarga dikalangan


wanita berkahwin di Klinik Desa Bukit Quoin, Tawau, Sabah

1.5.2 Alternative hypothesis:

Tahap pengetahuan tidak mempunyai hubungkait dengan amalan perancang keluarga


dikalangan wanita berkahwin di Klinik Desa Bukit Quoin, Tawau, Sabah

1.6 Significant of the study

Kajian kes ini adalah penting untuk mengenalpasti dan menilai sejauh mana
pengetahuan wanita tentang perancang keluarga serta kepentingannya. Kajian ini juga boleh
membantu wanita menambahkan keyakinan mereka untuk memilih mengamalkan kaedah
perancang keluarga mengikut pilihan masing-masing. Walaubagaimanapun, kajian lepas
mengenai amalan perancang keluarga di Klinik Desa Bukit Quoin adalah masih rendah.
Dengan melakukan kajian tentang pengetahuan dan amalan perancang keluarga ini akan
memberikan pemahaman yang lebih baik kepada wanita tentang amalan kaedah perancang
keluarga dan mendatangkan kesan yang baik yang mungkin boleh dibuktikan berkesan jika
ada pengamal yang berjaya.

Penemuan kajian ini juga diharapkan dapat menambah pemahaman saintifik tentang
amalan perancang keluarga di kalangan wanita. Diharapkan dengan kajian yang dilakukan
terhadap amalan perancang keluarga ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan amalan
perancang keluarga di kalangan wanita. Ini sekaligus dapat meningkatkan lagi keberkesanan
kaedah kontraseptif dengan menambahkan pengetahahuan wanita mengenai pemilihan
kaedah perancang keluarga. Malah menjadi tugas pengkaji juga untuk menukar persepsi
negatif masyarakat terhadap amalan perancang keluarga ini dengan menyarankan langkah-
langkah yang sesuai untuk meningkatkan lagi kesedaran wanita mengenai kaedah perancang
keluarga. Maka ini menjadi sebab utama mengapa kajian ini perlu dilakukan.
1.7 Definisi istilah

Perancang keluarga :

 Merupakan kaedah yang digunakan untuk merancnag bilangan anak dan jarak
kehamilan demi kesejahteraan keluarga

Pengetahuan

 Kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara yang mana ia merupakan kefahaman


yang sistematik dan diusahakan secara sedar

Amalan

 Sesuatu yang dilaksanakan, dikerjakan atau dilakukan

You might also like