You are on page 1of 7

KAEDAH KAWALAN KEHAMILAN .

Kaedah kawalan kehamilan atau juga dikenali sebagai pencegahan kehamilan


adalah bertujuan bagi membolehkan pasangan yang telah berkahwin untuk
merancang sama ada mahu mempunyai anak atau pun tidak. Pencegahan
kehamilan ini juga membolehkan pasangan tersebut memilih bilangan anak dan
waktu yang sesuai untuk mempunyai anak.Terdapat pelbagai jenis kaedah
kawalan kehamilan yang boleh digunakan. Tetapi ini juga bergantung kepada
kepercayaan agama, latar belakang sosial dan juga pilihan pasangan tersebut.
Kaedah yang dicadangkan juga mempunyai kelebihan dan kekurangan masingmasing. Terdapat 6 kaedah kawalan kehamilan yang boleh digunakan.

1) Kaedah Semula jadi


Kaedah beritma atau kaedah masa selamat
Fungsi : mengelakkan persetubuhan berlaku semasa fasa subur dalam kitar haid

2) Kaedah Penghalang
Kondom
Fungsi : Getah nipis yang menghalang sperma daripada memasuki faraj
Kaedah Kawalan Kehamilan Kondom

Diafragma
Fungsi : Bulatan berbentuk spring yang dipasang pada pintu masuk uterus.
Sperma dihalang daripada memasuki serviks.
Kaedah Kawalan Kehamilan diafragma

3) Kaedah Mekanikal
Alat Kontraseptif dalam Rahim (IUCD)
Fungsi : Menghalang penempelan embrio pada dinding uterus
Kaedah Kawalan Kehamilan IUCD

4) Kaedah Hormon
Pil Cegah Kehamilan
Fungsi : Mengandungi hormon seks perempuan yang menghalang berlakunya
pengovulan
Kaedah Kawalan Kehamilan Pil cegah kehamilan

5) Kaedah Kimia
Spermisid
Fungsi : Bahan kimia dalam bentuk jel, pil, buih, krim yang membunuh sperma
Kaedah Kawalan Kehamilan spermisid

6) Kaedah Pembedahan
Vasektomi
Fungsi : pembedahan kecil pada duktus sperma yang dipotong dan diikat.
Sperma dari testis tidak dapat sampai ke zakar.

Ligasi
Fungsi : Pembedahan kecil pada tiub falopio yang dipotong dan diikat. Sperma
tidak dapat disenyawakan dengan ovum.

Perlu diketahui juga kaedah pencegahan kehamilan ini ada yang bersifat
sementara dan ada juga yang bersifat kekal.
Kaedah pencegahan kehamilan sementara ialah kaedah yang membenarkan
pasangan yang telah berkahwin untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka
berhenti menggunakan kaedah-kaedah tersebut.Kaedah pencegahan kehamilan
kekal ialah kaedah yang TIDAK membenarkan pasangan yang telah berkahwin
untuk memiliki anak sebaik sahaja mereka menggunakan kaedah ini.

PENYALAHGUNAAN KAEDAH KAWALAN KEHAMILAN


Seperti yang dikongsikan sebelum ini 6 kaedah kawalan kehamilan yang boleh
dipraktiskan oleh pasangan yang sudah berkahwin, sudah pasti akan ada berlaku
penyalahgunaan terhadap kaedah kawalan tersebut. Tiada kawalan yang tegas
terhadap penjualan alat cegah hamil dan juga penjualan yang berleluasa,
membolehkan golongan yang tidak sepatutnya mendapatkan bahan tersebut, boleh
mendapatkannya dengan mudah.

Di sini saya kongsikan beberapa keburukan yang diakibatkan oleh salah guna
kawalan kehamilan.
1. Merebaknya Gejala Sosial
Oleh kerana mudahnya golongan remaja untuk mendapatkan alat cegah hamil ini,
maka tidak mustahil ada yang mengambil kesempatan di atas perkara ini. Seks
sebelum nikah dan bertukar-tukar pasangan boleh mengakibatkan keruntuhan
masyarakat bermoral. Gejala sosial yang berleluasa juga boleh mendorong kepada
perkara-perkara yang tidak bermoral lain seperti kes buang anak dan dera seksual.
2. Penyakit Seks Yang Berleluasa
Kaedah kawalan kehamilan yang digunakan kadang-kadang juga tidak dapat
berfungsi dengan baik. Maka ini boleh mendedahkan remaja kepada penyakit yang
berkaitan dengan sistem seksual seperti siflis dan gonorhea.
3. Peningkatan Kadar Jenayah
Penggunaan alat cegah hamil bagi tujuan yang disalahgunakan juga boleh
mengakibatkan peningkatan pada kadar jenayah. Kes buang bayi dan jenayah rogol
boleh berlaku apabila bahan-bahan ini boleh didapati dengan mudah.
4. Kemandulan Kekal
Bagi kebanyakan remaja yang ingin mencuba kaedah kawalan kehamilan ini,
beberapa risiko terpaksa diambil seperti kemandulan kekal. Ini boleh berpunca
daripada bahan kimia yang digunakan atau juga pil cegah hamil yang boleh
menganggu hormon badan. Gangguan yang berlaku memungkinkan berlakunya
kemandulan kekal kepada seseorang individu itu.

Seperti yang telah saya jelaskan berulangkali dalam artikel sebelum ini,
penggunaan kaedah kawalan kehamilan ini hanyalah untuk pasangan yang sudah
berkahwin. Penyalahgunaan kaedah ini boleh membawa kepada kemudaratan jangka
masa pendek, dan jangka masa panjang.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAEDAH KAWALAN KEHAMILAN KEPADA


MASYARAKAT
Keperluan dan kemudahan yang berbeza bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
membolehkan sesuatu pasangan itu untuk melakukan perancangan bila masa yang
sesuai untuk mendapatkan anak. Dengan pelbagai pilihan produk cegah kehamilan
yang berada di pasaran, maka dengan mudah sekali sesiapa pun mendapatkannya,
termasuklah juga mereka yang belum berkahwin. Justeru itu, terdapat impak yang
berbeza bagi masyarakat terhadap kebaikan dan keburukan kawalan kehamilan.

Kebaikan Kawalan Kehamilan


1. Merancang keluarga sesuai dengan keperluan
Bagi keluarga yang belum bersedia untuk mempunyai keluarga yang besar, kerana
kos perbelanjaan yang tinggi, maka kaedah kawalan kehamilan adalah sesuai untuk
digunakan. Di zaman sekarang yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi, maka
wajarlah bagi keluarga yang berpendapatan kecil untuk merancang isi bilangan
keluarga yang sepadan. Ini juga bagi memastikan setiap ahli keluarga mendapat yang
terbaik untuk segala keperluan mereka.
2. Boleh menyelamatkan nyawa
Dalam sesetengah keadaan, kaedah kawalan kehamilan berupaya menyelamatkan
nyawa. Sebagai contoh seorang ibu yang mempunyai risiko kesihatan yang tinggi jika
beliau mengandung, boleh memilih kaedah ini bagi mengelakkan daripada
membahayakan nyawa. Bagi situasi ini, bakal ibu boleh mendapatkan rawatan
terlebih dahulu sebelum meneruskan niat untuk menjadi seorang ibu.

Keburukan Kawalan Kehamilan


1. Menghadkan bilangan anak
Salah satu keburukan kawalan kehamilan adalah dapat menghadkan bilangan anak
dan sekaligus mengecilkan bilangan ahli keluarga. Ini boleh mengakibatkan
kurangnya kemesraan dalam kalangan ahli keluarga yang lain. Apa pun, semuanya
bergantung kepada didikan dalam sesebuah keluarga itu.
2. Menyebabkan kemandulan
Kaedah kawalan kehamilan yang digunakan dengan cara yang tidak betul juga boleh
menyebabkan berlakunya kes kemandulan kekal. Dos yang berlebihan dan cara guna
yang salah boleh menjadi antara faktor penyumbang untuk kes sebegini.
Pengambilan pil cegah hamil juga berupaya untuk mengubah aturan sistem hormon
dalam tubuh yang akhirnya akan menyebabkan sistem hormon terganggu.

3. Mengurangkan populasi negara


Kawalan kehamilan juga mampu mengurangkan populasi negara. Ini kerana setiap
keluarga hanya mempunyai bilangan ahli keluarga yang kecil. Bilangan ahli keluarga
yang kecil ini sudah tentu tidak banyak membantu dalam meningkatkan populasi
negara. Malah beberapa negara yang mengamalkan kawalan kehamilan terhadap
rakyatnya kini terpaksa berdepan dengan masalah lain pula iaitu, bilangan penduduk
yang berkurangan.

Ternyata kawalan kehamilan ini mempunyai kebaikan dan keburukan terhadap


masyarakat. Namun jika kita jelas dengan tujuan dan pilihan kita, InshaAllah kaedah
yang digunakan akan memberi impak positif kepada diri dan masyarakat.

Kepentingan Penyelidikan Pembiakan Manusia


Keperluan penyelidikan yang dijalankan bagi mengkaji perkara yang
berkaitan dengan pembiakan manusia adalah sangat diperlukan. Kajian
ini tak lebih tak bukan adalah bertujuan bagi membaiki kualiti hidup
manusia dan membantu menangani masalah yang berkaitan dengan
sistem pembiakan manusia.

Kepentingan penyelidikan tentang pembiakan manusia ialah:


Menyelesaikan masalah suami atau isteri yang tidak mempunyai
anak

Membantu pasangan suami isteri menjalani perancang keluarga


untuk merancang bilangan anak yang mereka kehendaki.

Membantu pasangan suami isteri menggunakan cara yang sesuai


untuk mencegah kehamilan

Mengesan kecacatan fetus. Kini, pembedahan telah dilakukan ke


atas fetus untuk memperbaiki kecacatannya dalam kandungan ibu.

. Memahami Sistem Pembiakan Manusia


Antara tujuan utama penyelidikan yang berkaitan dengan pembiakan manusia adalah bagi
memahami sistem pembiakan manusia dan cara operasinya. Maka dengan pemahaman
terhadap sistem ini maka manusia dapat mengoptimumkannya dalam membantu mereka di
luar sana yang memerlukan.
. Membantu Golongan Yang Bermasalah
Penyelidikan dan kajian yang dijalankan juga mampu membantu mereka yang bermasalah
dengan sistem pembiakan. Gejala seperti kemandulan yang diakibatkan oleh ketumbuhan
dan kecacatan yang mungkin boleh dirawat dan dibetulkan semula.
. Merawat Penyakit Seks
Penyalahgunaan kaedah kawalan pembiakan juga boleh mendorong kepada
penularan penyakit seksseperti siflis dan gonorhea. Justeru itu kajian seperti ini boleh
membantu mengekang daripada terus merebaknya penyakit ini. Setidak-tidaknya, kajian
yang dilakukan mampu merawat penyakit-penyakit tersebut.

SEKOLAH MENEGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO HAJI ABBAS

KEPENTINGAN PENYELIDIKAN DALAM

(SAINS)
AHLI KUMPULAN :
-NUR SYAHIRAH BINTI ABDUL RAHMAN
-NUR LIYANA ALIMAH BINTI. MANSOR

KELAS :
3 AL-FURQAN

NAMA GURU:
PUAN FAZLIANY BINTI DAUD

You might also like