You are on page 1of 21

Bab 2: Kelahiran Tamadun Islam

Setelah selesai bab ini, anda akan dapat:


o
o
o
o

Menerangkan ciri-ciri Tamadun Islam


Menyenaraikan prinsip-prinsip Tamadun Islam
Memerihalkan perkembangan Tamadun Islam
Menjelaskan sumber Tamadun Islam yang terdiri daripada
al-Quran dan Hadis

2.1 Mukadimah
2.2 Apakah tamadun Islam?
2.3 Nabi Muhammad s.a.w.
2.4 Kerajaan Islam di Madinah
2.5 Pembukaak Kota Makkah
2.6 Kerajaan Kulafa-al-Rasydin
2.7 Empayar Bani Umaiyah
2.8 Kerajaan Andalusia, Sepanyol
2.9 Empayar Bani Abbasiyah
2.10 Empayar Turki Uthmaniyah
2.11 Prinsip-Prinsip Asas Tamadun Islam

Bab 1: Pengenalan kepada Tamadun


Bab 2: Tamadun Islam
Bab 3: Sumbangan Tamadun Islam
Bab 4: Tamadun Melayu
Bab 5: Tamadun Cina
Bab 6: Sumbangan Tamadun Cina
Bab 7: Tamadun India
Bab 8: Sumbangan Tamadun Cina
Bab 9: Tamadun Jepun dan Korea
Bab 10: Masa Depan Tamadun Asia
C
1

2.1 Mukadimah

Bab ini bertumpu kepada perbincangan tentang kemunculan tamadun Islam.


Dibincangkan secara ringkas riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. dan empayarempayar Islam sehingga Empayar Turki Uthmaniyah. Tumpuan ialah sumbangan
empayar-emyar ini kepada Tamadun Islam dan prinsip-prinsip asas.
2.2 Apakah Tamadun Islam?
Abu Nasir al-Farabi, pada abad ke-11 telah memperkenalkan istilah al-madaniyat
dalam kitabnya, Al-Siasah Al-Madaniyat yang membawa maksud kota, kehidupan
yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.
Ibn Khaldun, pada abad ke-14, menyifatkan tamadun Islam sebagai pembangunan
bandar yang subur dan makmur dengan pencapaian yang tinggi dalam pelbagai
bidang ekonomi, politik, sosial, seni bina termasuk bidang sains seperti aritmetik,
algebra, geometri, kimia, perubatan serta puisi dan pengajian Islam.
Jurji Zaidan pada abad ke-19, mentakrif tamadun Islam sebagai sistem yang
mengamalkan pentadbiran Islam yang termasuk penubuhan bandar pencapaian
dalam bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina, seni muzik serta nyanyian.
Ismail al-Faruqi pada abad ke 20, mengatakan tamadun Islam berasaskan tauhid
iaitu pengiktirafan bahawa Tuhan itu hanya satu dan penyatuan dengan Allah SWT.
Tauhid ialah identiti tamadun Islam yang mengaitkan segala unsurnya lalu
mewujudkan satu wadah yang kukuh yang bergelar tamadun.
Syed Muhammad Naquib al-Attas (1931-) merujuk kepada keadaan kehidupan
insan yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi
seluruh masyarakat. Iaitu, tamadun yang berasaskan din yang bermaksud satu cara
hidup atau kehidupan beragama.
Secara ringkas, tamadun Islam bersumber Al-Quran dan As-Sunnah.

Al-Quran - Kalam Allah SWT diturunkan kepada Nabi Muhammad


s.a.w. melalui Malaikat Jibril, secara beransur-ansur selama 23 tahun,
yang menjadi ibadah bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Kandungan
al-Quran secara ringkas mengandungi perkara yang berkaitan aqidah,
syariat, akhlak, janji baik/jahat, cara-cara untuk mendapat kebahagiaan
dan kisah orang yang menurut atau melanggar perintah Allah SWT.
2

As-Sunnah / Hadis - Segala perkataan, perbuatan, perakuan & sifat


keperibadian dan keterampilan Nabi Muhammad s.a.w. (perjalanan
hidup Baginda). Peranan hadis ialah mentafsir dan menerangkan
maksud al-Quran, mengulang dan menyokong kenyataan al-Quran, dan
menjelaskan perkara-perkara yang tidak
disebut dalam Quran.
Contohnya: Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad

Kedua-dua sumber tersebut sentiasa menyeru umat Islam untuk mencapai


kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat dengan menimba ilmu, berusaha gigih
dan menghayati nilai-nilai positif. Tamadun Islam bercirikan keagamaan, terbuka
(menerima semua elemen kebaikan dan mengiktiraf sumbangan daripada orang lain),
toleransi (bertolak ansur terhadap kepercayaan & amalan keagamaan dan budaya
masyarakat lain) dan seimbangan antara pembangunan intelektual, spiritual,
emosional (akhlak) dan kebendaan. Kesemua aktiviti ilmiah yang berlaku sepanjang
zaman kegemilangan tamadun intelektual Islam adalah cetusan dan dorongan yang
bersumberkan Iqra (baca) seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
Bacalah,

dengan

nama

Tuhanmu

yang menciptakan. Yang mencipta


manusia daripada segumpal darah
yang beku. Bacalah, dengan nama
Tuhan

yang

memiliki

segala

Kekuasaan. Yang mengajar (manusia)


menggunakan

kalam

(pena).

Yang

mengajar manusia apa yang tidak

Read in the name of your Lord and


Cherisher, Who created man, out of
a (mere) clot of congealed blood:
Proclain! And they Lord is Most
Bountiful, He Who taught (the use
of) the pen, - Taught man that which
he knew not.
Al-Alaq 1-5
Translation by Yusuf Ali

diketahuinya Al Alaq ayat 1-5


Ayat tersebut menyeru manusia supaya membaca kerana membaca melibatkan
proses pemikiran mental yang tinggi serta memerlukan penghayatan pentafsiran
dan
pengenalan.
Melalui ayat ini juga memerintahkan manusia untuk berfikir tentang
bagaimana alam terjadi dan hikmah atas setiap kejadian dan yang paling
penting memikirkan siapakah yang mencipta alam ini.
Manusia membaca untuk mengetahui dan mengikuti apa-apa yang terbaharu dalam
bidang keilmuan. Dengan membaca manusia mengetahui. Dengan mengetahui
manusia membuat. Dengan membuat, manusia mengubah keadaan dunia. Dalam
konteks ini dilihat bagaimana ayat pertama itu merupakan satu petanda kebangkitan
peradaban baru yang mementingkan kuasa ilmu.
3

a) Apakah tamadun Islam?


b) Nyatakan sumber utama tamadun Islam?

2.3 Nabi Muhammad s.a.w.

Zaman Masyarakat Arab Jahiliah


Apakah pengertian jahiliah? Jahiliah berasal daripada adalah perkataan bahasa Arab
jahala yang bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu pengetahuan.
Masyarakat Arab jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab
hingga turunnya wahyu Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w. (Lihat Rajah
2.1).

Rajah 2.1 Peta Arab Saudi dan Negara-Negara Jiran

Masyarakat ini terdiri daripada dua golongan iaitu Badwi yang tinggal di kawasan
gurun dan pendalaman; dan Hadari yang tinggal di pesisiran pantai. Zaman ini
dianggap sebagai zaman kegelapan kerana mereka mengamalkan perbuatan tidak
bermoral seperti berjudi, berzina dan bertingkah laku kejam, angkuh dan degil.
Wanita dipandang rendah dan bayi perempuan ditanam hidup kerana dianggap
menjatuhkan maruah keluarga. Agama mereka lebih berunsur animisme yang
mempercayai menyembah berhala, memuja alam dan menilik nasib.
Perniagaan yang dijalankan berasaskan riba serta menindas orang miskin. Kehidupan
mereka lebih berpuak dan sangat taksub atau fanatik dengan suku kaum sendiri. Ini
telah membawa kepada kacau-bilau dan peperangan antara puak. Merompak dan
merampas barangan orang lain menjadi salah satu mata pencarian masyarakat
jahiliah
Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada tahun 570 M di rumah datuknya dan diberi
nama Muhammad bermaksud terpuji. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul
Muttalib dan ibunya ialah Aminah bt. Wahab. Bapa baginda meninggal dunia ketika
baginda dalam kandungan ibu. Pada usia 6 tahun, ibu baginda meninggal dunia dan
diasuh oleh datuknya. Kemudian datuknya meninggal dunia lalu diasuh pula oleh
datuk saudaranya Abu Talib. Baginda membantu datuk saudaranya menggembala
kambing dan berniaga.
Nabi Muhammad s.a.w. berkahwin dengan Khadijah. Baginda digelar al-amin
kerana sifatnya yang mementingkan kebenaran, kesabaran, bijaksana dan beramanah
yang menyebabkan Khadijah memberi modal yang besar untuk berniaga. Baginda
bersifat rendah diri, bergaul dengan orang kaya, miskin, tua serta kanak-kanak.
Pada tahun 610 M, Nabi Muhammad s.a.w. menerima

Wahyu pertama surah al-Alaq yang memerintahkan umat Islam membaca.


Islam menggalakkan umatnya membaca dan membuat kajian. Ilmu yang
dituntut mestilah ilmu yang membina masyarakat.

Wahyu kedua, surah al-Muddasir yang mengisytiharkan Nabi sebagai


rasulullah dan wajib menyampaikan Islam kepada seluruh manusia. Selepas
itu nabi terus menerima wahyu dan menyebarkannya

Pada mula Nabi Muhammad s.a.w. menyebarkan Islam secara rahsia yang ditujukan
pada ahli keluarga, para sahabat, dan kaum kerabat. Kemudian, Islam disebarkan
secara terbuka dan terang. dan orang Quraisy mula menentang. Nabi menyebarkan
Islam secara berhikmah dan lembut, tiada paksaan untuk memeluk Islam. Nabi
menunjukkan teladan positif berakhlak mulia, kuat mental, fizikal, rohani dalam
mencari kejayaan.
5

Apabila dakwah Islam dijalankan secara terbuka, orang Quraisy


menentangnya. Apakah sebab orang Quraisy menentang penyebaran Islam?

mula

Kepercayaan orang orang


Quraisy yang berasaskan animisme dan
menyembah berhala akan terjejas
Islam menganjurkan prinsip persamaan taraf sesama manusia yang
bertentangan dengan amalan orang Quraisy yang mementingkan darjat dan
stratifikasi sosial
Orang Quraisy menganggap sekiranya mereka memeluk Islam, mereka
terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.. sedangkan
mereka bersaing untuk menjadi pemerintah Makkah.

Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya kerap diganggu dan dicaci oleh kaum
Quraisy. Nabi s.a.w. sekeluarga juga pernah dipulaukan tetapi dilindungi oleh
sahabat-sahabatnya seperti Abu Talib dan Ummu Salamah. Nabi tetap sabar
sehingga akhirnya berhijrah ke Madinah.

2.4 Kerajaan Islam di Madinah

Allah SWT memerintahkan Nabi agar segera berhijrah ke


Madinah kerana niat orang Quraisy ingin membunuh Nabi.
Sambil itu, kaum Aus dan Kharaj telah menjemput Nabi ke
Madinah. Suku kaum ini sering bertelagah dan ekonomi mereka
dikuasai orang Yahudi. Mereka memerlukan pemimpin untuk
mendamaikan hidup mereka. Ancaman di Makkah menjejaskan
penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan
penyebaran Islam. Madinah terletak di utara Makkah di tengahtengah perjalanan perdagangan dan penduduknya terdiri daripada
kaum Nasrani, Arab dan Yahudi.

Hijrah, perkataan Arab yang


bermaksud
berpindah.
Pengertian lebih luas ialah
menegakkan
kebenaran,
meninggalkan
keburukan
dan kejahatan, perubahan
sikap, cara berfikir, dan
tingkah laku.

Perjalanan hijrah Nabi Muhammad s.a.w. berlaku pada 1 Rabiulawal (bersamaan 12


September) 622 M. Ia berlaku secara senyap dan berperingkat- peringkat. Perjalanan
hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar dan Umar al-Khattab. Takwim hijrah
sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.
Kerajaan Madinah yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. bersifat adil dan
tidak membezakan manusia sama ada kerana keturunan, warna kulit, bahasa atau
bangsa. Yang dipentingkan ialah hubungan baik, saling menghormati, bertoleransi
dan berdisiplin. Bagi masyarakat Islam, paling penting ialah takwaan dan ketaatan
kepada Allah SWT.
6

Firman Allah SWT bermaksud

Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah


menciptakan kamu daripada seorang lelaki
dan seorang perempuan, lalu Kami jadikan
kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku,
supaya kamu saling berkenal-kenalan.
Sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah
ahla yang paling takwa di antara kamu

(surah Al-Hujuraat ayat 13)

O mankind! We created you from a single


(pair) of a male and a female, and made
you into nations and tribes, that ye may
know each other (not that ye may despise
(each other). Verily the most honoured of
you in the sight of Allah is (he who is) the
most righteous of you. And Allah has full
knowledge and is well acquainted (with all
things).
Al-Hujuraat: 13
Translation by Yusuf Ali

Dalam konteks ini, Rasulullah s.a.w. juga telah memberikan penegasan tentang
hubungan antara manusia dalam sebuah hadis Baginda yang bermaksud:

Tidak ada kelebihan seorang Arab dengan seorang Ajam,


kecuali kerana takwanya. (Diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim)
Ini menunjukkan bahawa idea diskriminasi perkauman atau keturunan sudah
dihapuskan dalam masyarakat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi. Menjadi
kewajipan pemerintah untuk menjaga kepentingan semua rakyat seadil-adilnya.
Kezaliman, kekerasan dan penganiayaan sesama manusia ditolak dengan keras.
Piagam Madinah Madinah
Piagam ini dirangka oleh Nabi s.a.w. berpandukan wahyu daripada Allah SWT yang
mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat. Ia juga hasil persetujuan orang
Islam dan bukan Islam. Ia terdiri daripada:

Politik
Agama
Sosial

23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawab mereka


24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi
terhadap negara Madinah.
Nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah dan Nabi juga
ketua hakim berlandaskan musyawarah.
Orang bukan Islam bebas memilih dan mengamal agama tanpa
gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.
masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan
bekerjasama tanpa mengira bangsa.
7

Undang-Undang

Ekonomi
Pertahanan
Kedudukan
Yahudi
Nasrani

Undang Islam dilaksanakan secara menyeluruh tetapi


peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan.
Hukuman dikenakan adalah adil.
Riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi.
Semua penduduk diwajibkan mempertahankan Madinah dari
ancaman musuh.
Orang Yahudi & Nasrani mempunyai hak yang sama, hak
& kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam
Madinah.

[Rujuk kepada fasal-fasal Piagam Madinah yang lebih lengkap yang dikepilkan]
2.5 Pembukaan Semula Kota Makkah
Orang Islam Madinah ingin menziarahi kot Makkah kerana Kaabah yang terletak di
sana dan keinginan mengerjakan ibadat haji dan umrah. Pada tahun 630 M, Nabi
Muhammad s.a.w. membuka semula kota Makkah sebagai satu strategi jangka
panjang untuk menyebarkan Islam. Baginda bertawaf sebanyak tujuh kali
mengelilingi Kaabah setelah berjaya menguasai kota Makkah. Baginda telah
memaafkan orang Quraisy yang selama ini memusuhi Islam.
Apakah kesan daripada pembukaan kota Makkah?. Penganut Islam semakin
bertambah dan mula mendalami ilmu pengetahuan agama. Kota Makkah dijadikan
kota suci umat Islam dan agama Islam disebarkan ke seluruh Tanah Arab. Juga
Kerajaan Madinah bertambah kukuh dan mantap.
Nabi Muhammad s.a.w. dalam khutbah haji terakhir berpesan , umat Islam tidak
akan sesat selagi tidak meninggalkan al- Quran dan as-Sunnah. Nabi wafat pada 632
M dan pemerintahan Islam diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin.

a)
b)
c)
d)
e)

Apakah tamadun Islam?


Nyatakan asas tamadun Islam?
Huraikan zaman jahiliah.
Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. digelar al-amin?
Apakah yang mendorong Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah ke
Madinah?
f) Jelaskan ciri-ciri Piagam Madinah.
8

2.6 Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin


Setelah kewafatkan Nabi Muhammad s.a.w., pemerintahan kerajaan Islam diteruskan
oleh beberapa khalifah yang dikenali sebagai Kerajaan Khulafa Al-Rasyidin.
Kalifah-kalifah ini terdiri daripada Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar alKhattab, Khalifah Uthman Affan dan Khalifah Ali Abu Talib. Perkataan khalifah
bermakna pengganti yang mentadbir kerajaan Islam yang diasaskan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. Seseorang khalifah dipilih melalui musyawarah (atau syura).
Musyawarah ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud melakukan
perundingan dengan mendapatkan persetujuan daripada pihak-pihak yang terlibat
sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Rajah di atas menunjukkan tempoh pemerintahan khalifah-khalifah yang ini telah


membawa pelbagai perubahan dan kemajuan kepada kawasan yang ditakluki.

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq memperkenalkan undang-undang tanah


dan hak golongan Mawali yang merupakan orang bukan Arab yang beragama
Islam. Mereka dikehendaki membayar cukai tambahan. Beliau
mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan Rom Timur.

Khalifah Umar al-Khattab menubuhkan Jabatan Tentera, Jabatan Polis,


Jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Beliau juga
memperkenalkan kalendar Islam yang berasaskan tahun Hijrah sebagai
tahun permulaan. Juga diperkenalkan ialah cukai kharaj yang dikenakan
berdasarkan tanaman dan kesuburan tanah dan baitulmal untuk mengawal
aliran masuk pendapatan negara. Semasa pemerintahan beliau, terusan dan
tali air untuk dibina termasuk pembinaan empangan Abu Musa di Basrah.
Juga empayar diperluaskan ke Cyprus, Afghanistan, Samarkand dan Tripoli.

Khalifah Uthman Affan memajukan ekonomi dengan mengukuhkan


peranan baitulmal untuk membiayai pembangunan negara. Beliau juga
membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat untuk pengembara.
Penduduk bukan Islam dikehendaki membayar cukai jizyah.

Khalifah Abu Talib berusaha mewujudkan keamanan dan keharmonian


negara. Beliau banyak menyelesaikan masalah berkaitan masyarakat dan
undang-undang Islam. Beliau membina markas tentera di Parsi dan Syria.

2.7 Empayar Bani Umaiyah

Kerajaan Umaiyah diasaskan oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, pada tahun 661
Pemerintahan berpusat di Damsyik di Syria. Nama kerajaan ini diambil sempena
nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah bin Abdu Shams, seorang peniaga
terkenal.
Lihat Rajah 2.2 yang menunjukkan keluasan empayar Kerajaan Bani Ummaiyah
yang diperluaskan ke Pakistan dan Afghanistan di sebelah timur dan Algeria, utara
Maghribi, dan Sepanyol.

Zaman Nabi 622-632

Zaman Khulafa al-Rasyd 632-661


Zaman Bani Umaiyah 661-750

Rajah 2.2 Keluasan Empayar Bani Umaiyah


Damsyik dijadikan pusat pentadbiran dan ketua kerajaan dipanggil khalifah.
Gabenor dilantik untuk mentadbir wilayah. Empat jabatan ditubuhkan untuk
melicinkan pentadbiran, iaitu, jabatan cukai, jabatan surat-menyurat, jabatan urusan
am dan jabatan urusan cap mohor pemerintah. Juga ditubuhkan ialah jabatan
ketenteraan yang terdiri daripada angkatan tentera darat dan laut.
Bandar Basrah berperanan sebagai pusat pembelajaran dan penyebaran ilmu. Bahasa
Arab menjadi bahasa rasmi negara. Daripada sini lahirnya ramai tokoh-tokoh
10

terkenal dalam bidang agama, kimia, astronomi, perubatan dan lain-lain


(Dibincangkan dengan mendalam dalam Bab 3). Hospital pertama didirikan di
Damsyik termasuk hospital penyakit kusta. Pelbagai buku rujukan dalam bidang
perubatan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab.
Dalam bidang perundangan, hukuman dikenakan berasaskan ijtihad yang
berpandukan a-Quran dan as-Sunah. Hakim mesti berlaku adil tanpa dipengaruhi
oleh mana-mana aliran politik pemerintah, tanpa dipengaruhi oleh lata belakang
orang yang dibicarakan.

a) Jelaskan sumbangan khalifah-khalifah semasa pemerintahan Kerajaan


Khulafa al-Rasyidin
b) Nyatakan kawasan yang ditakluki Empayar Bani Umaiyah.
c) Rujuk kepada bahan-bahan internet dan nyatakan sumbangan Empayar
Bani Umaiyah kepada tamadun Islam.

2.8 Kerajaan Andalusia, Sepanyol


Perkataan asal Andalusia dikatakan berasal daripada perkataan Vandalusia yang
bererti Tanah Vandal, iaitu satu suku bangsa Eropah yang mendiami rantau
tersebut sekitar abad kelima Masihi. Apabila penguasaan Vandal berakhir dan
digantikan dengan suku kaum Visigoth, wilayah ini sentiasa berada dalam keadaan
huru-hara tanpa undang-undang yang mampu menjamin keselamatan penduduknya.
Seluruh Eropah pada waktu itu berhadapan dengan Zaman Kegelapan (Dark Ages)
dimana budaya intelektual yang diwarisi daripada peradaban Greek dan Romawi
semakin lenyap
Tariq ibn Ziyad dan pasukannya telah menguasai semenanjung Iberia (Sepanyol)
pada tahun 711 dan menubuhkan Kerajaan Andalusia sehingga tahun 1492 (iaitu
kira-kira 800 tahun). Lihat Rajah 2.3 yang menujukkan keluasan kawasan Kerajaan
Andalusia. Kawasan-kawasan di utara adalah beberapa kerajaan Kristian. Gabenor
pertama ialah Abdul Aziz ibn Musa ibn Nusayr dan yang terakhir ialah Yusuf ibn
Abdul Rahman al Fihri.
Pemerintah Islam berjaya untuk mengawal masyarakat Andalusia walaupun mereka
mempunyai pelbagai latar belakang. Ada dalam kalangan mereka berbangsa Arab,
11

Yahudi, Barbar, Islam, Kristian dan lain-lain. Kecemerlangan dapat dicapai apabila
masyarakat berbilang kaum ini dapat dijaga dengan sempurna. Namun, antara punca
kejatuhan kerajaan Islam Andalusia juga turut disebabkan oleh kepelbagaian budaya
ini yang merenggangkan sesame sendiri sehingga akhirnya kerajaan turut menjadi
lemah.

Kerajaan Andalusia

Rajah 2.3 Peta yang Menunjukkan Keluasan Kerajaan Andalusia

Bandaraya Cordoba merupakan pusat budaya yang maju dan mempunyai ilmuanilmuan yang hebat. Orang Islam dan bukan Islam dari serata dunia datang ke
Cordoba untuk belajar di perpustakaan dan universiti di Cordoba. Bandar Cordoba
mempunyai lampu jalan, air paip, perpustakaan, hospital, taman, rumah yang besar,
dan lain-lain. Orang Eropah yang datang ke Cordoba terpegun melihat apa yang
berlaku dan seni bina yang unik. Cordoba juga berfungsi sebagai menjadi pusat
ekonomi dan perdagangan antarabangsa yang terdiri daripada perusahaan seperti
tembikar, perhiasan emas & perak, kulit dan membuat senjata. Cordoba dianggap
sebagai salah satu bandar yang termaju di dunia sebagai pusat kebudayaan,
kewangan, perdagangan dan intelektual dengan begitu banyak sekolah perubatan dan
universiti.
Pada zaman pemerintahan Islam, rakyat-rakyat yang berlainan agama dan etnik
hidup aman damai. Mereka tidak dipaksa untuk hidup di kawasan tertentu atau
12

diasingkan dari orang Islam. Mereka tidak dipaksa memeluk agama Islam dan bebas
mengikut kepercayaan masing-masing. Orang bukan Islam terlibat dengan pekerjaan
yang sama dengan orang Islam dan tidak dihalang bekerja di sektor awam.

Masjid Cordoba merupakan gereja Katolik


yang dibina oleh kaum Visigoth yang telah
ditukar menjadi masjid (Lihat Gambar di
sebelah kanak). Masjid ini menjadi tumpuan
orang Islam selama 300 tahun. Bahagian dalam
masjid ini penuh dengan ukiran motif Arab dan
dilengkapi dengan khat (huruf a-Quran) yang
sangat indah.

Masjid ini unik kerana bahagian dalamnya


terdiri daripada 856 tiang-tiang yang
merupai barisan pokok palma (Lihat
Gambar di sebelah kiri). Tiang-tiang yang
kilat ini diperbuat daripada marmar, granit
dan onyx.

Alhambra yang bermaksud Istana


Merah adalah sebuah kompleks yang
terdiri daripada beberapa istana, masjid
dan juga merupakan kota. Kompleks ini
terletak dikawasan bukit yang strategik
(Lihat Gambar di sebelah kanan).
Alhambra dibina di bandar Granada dan
menjadi tempat tinggal raja-raja Islam.

13

Lihat gambar di sebelah kiri yang di


panggil Halaman Singa (The Court of the
Lions) yang merupakan sebahagian istana.
Perhatikan tiang-tiang berbentuk seni bina
Islam dan pancutan air di tengah-tengah
yang disokong oleh 12 singa yang
diperbuat daripada marmar putih. Singa
melambangkan kegagahan.
Seni bina Islam telah menyumbangkan
kepada peradaban Eropah apabila bentuk
serta struktur binaan ini telah berkembang
dengan pesat di Eropah.
Keagungan dan kejayaan Kerajaan Andalusia tidak dapat tidak dapat dipisahkan
daripada semangat perkembangan ilmu dan penyelidikan baharu yang dicetuskan
oleh Islam. Selama 800 tahun orang Islam menjadi perintis dan pelopor tamadun
yang tersendiri di Andalusia. Didorong oleh semangat cintakan ilmu, maka
cendekiawan Islam telah menceburi pelbagai bidang ilmu hingga berjaya memberi
sinar dan kemajuan kepada masyarakat Eropah yang ketika itu masih berada dalam
Zaman Kegelapan (Dark Ages).
Ketika itu bandar-bandar seperti Cordoba, Granada, Toledo dan Seville dipenuhi
dengan institusi-institusi pengetahuan yang memperdebatkan idea-idea tanpa
halangan. Contohnya, pusat menterjemah karya Yunani ke dalam bahasa Arab
terdapat di Toledo.
Sehingga kini, bahagian selatan Sepanyol menjadi tempat bersejarah dan ramai
pengkaji dari pelbagai negara datang melakukan kajian kesan peninggalan Islam. Ia
bukan sahaja menarik perhatian orang Islam tetapi turut menjadi tumpuan
masyarakat bukan Islam. Kejayaan Islam membina ketamadunan di Barat melalui
Andalusia sesungguhnya sesuatu yang sangat unik.

a)
b)
c)
d)

Jelaskan bagaimana Andalusia di tawan.


Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Kegelapan?
Apakah keunikan bandar raya Cordoba?
Bincangkan bangunan-bangunan yang didirikan oleh orang Islam di
Andalusia?

14

2.9 Kerajaan Bani Abbasiyah

Pada tahun 750 M, Ali bin Abdullah menggulingkan Kerajaan Umaiyah dan
menubuhkan Kerajaan Abbasiyah yang berpusat di Damsyik dan kemudian
berpindah ke Baghdad. Lihat Rajah 2.4 yang menunjukkan keluasan Kerajaan Bani
Abbasiyah. Nama kerajaan ini diambil sempena nama al Abbas, bapa saudara Nabi
Muhammad s.a.w.

Rajah 2.4 Peta Menunjukkan Keluasan Kerajaan Bani Abbasiyah


Pusat pemerintahan terletak di Damsyik dan dipindahkan ke Baghdad pada
pemerintahan Abu Jafaar al-Manur. Kerajaan Abbasiyah memberi tumpuan
kepada pembangunan sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan dengan tujuan
menambahkan hasil negara dan rakyat. Hospital, sekolah dan perpustakaan didirikan.
Semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Makmun,
Baghdad menjadi kota intelektual. Karya asing seperti falsafah dan sains Yunani
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Sebuah Baitul hikmah atau institusi keilmuan
dibina (Dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Bab 3). Golongan ulama giat
menulis buku-buku agama Islam dengan menyusun hadis dan menulis tentang fikah,
15

tafsir dan sebagainya. Antara ulama terkenal ialah Imam Malik, Ibn Ishaq dan Abu
Hanifah.
Ilmuan Islam menterjemah dan mencipta serta membuat pembaharuan, menghurai
dan penambahbaikan karya-karya Yunani, India dan Cina ke bahasa Arab. Kemudian
buku-buku ini diterjemahkan ke bahasa Latin yang digunakan di Eropah. Ilmuan
Islam berjaya memelihara warisan ilmu zaman lampau melalui kegiatan
penterjemahan serta meninggalkan warisan yang tidak ternilai kepada generasi
kemudiannya.

2.10 Kerajaan Turki Uthmaniyah


Kelemahan Kerajaan Abbasiyah menyebabkan munculnya kerajaan-kerajaan kecil
bebas yang terletak di sebelah barat Anatolia (lihat Rajah 2.7). Salah satu kerajaan
kecil ini di Turki yang diketuai Uthman Ertughrul menjadi pengasas Empayar
Uthmaniyah.

Rajah 2.5 Peta Menunjukkan Keluasan Empayar Turki Uthmaniyah


Pada tahun 1453 Muhammad II mengalahkan tentera Byzantine dan menakluki
bandar Constantinople yang ditukar nama kepada Istanbul. Bandar tersebut
merupakan pintu masuk Eropah dan laluan perdagangan Timur dan Barat. Dengan
16

jatuhnya Constantinople, maka kerajaan Uthmaniyah semakin mudah menakluki


wilayah lain seperti Serbia, Albania, Sofia, Kosovo dan Hungary.
Puncak kejayaan kerajaan Uthmaniyah dicapai semasa pemerintahan Sulaiman 1.
Baginda digelar al-Qanun (Pembuat Undang-undang) kerana kejayaannya
mengubal undang-undang yang digelar Kanun Suleiman yang diperkenalkan
sebagai perundangan yang melindungi nyawa, harta dan kehormatan individu tanpa
mengira bangsa dan agama.

Sistem pendidikan disediakan melalui madrasah, sekolah, sekolah sastera, maktab


tentera dan kolej perubatan. Kerajaan memperkenalkan sistem pendidikan yang
terdiri daripada peringkat rendah (selama 5 tahun), peringkat menengah (selama 3
tahun), peringkat menengah atas (selama 3 tahun) dan peringkat universiti (selama 4
tahun). Mata pelajaran yang diberi penekanan ialah bahasa Arab, bahasa Turki,
falsafah, sejarah, ilmu bumi, tafsie dan hadis. Kaedah pengajaran dan pembelajaran
menekankan hafalan.
Kerajaan Turki Uthmaniyah membina banyak madrasah dan masjid, terutama
di Istanbul dan Mesir. Hampir diseluruh masjid dan madrasah-madrasah ada
perpustakaan yang berisi bermacam-macam ilmu, terutama ilmu-ilmu agama dan
bahasa Arab. Setiap orang bebas membaca dan mempelajari isi kitab-kitab itu.

Kerajaan
Turki
Uthmaniyah
telah
mengembangkan seni bina Islam. Masjidmasjid didirikan yang dihiasi dengan seni
khat indah. Contohnya ialah Masjid
Salimiyyah di kota Adrianople yang dibina
pada 1570. Paling terkenal ialah Masjid Biru
(Blue
Mosque)
yang
dibina
zaman
pemerintahan Sultan Ahmed di Istanbul (Lihat
gambar di sebelah kanan).

Sultan Sultan Mahmud II telah menghantar seramai 150 pelajar ke pelbagai negara di
Eropah. Tujuannya adalah untuk melatih mereka menjadi guru di sekolah-sekolah
Turki. Muncullah pada masa ini sasterawan dengan hasil karya-karya setelah
menamatkan pelajaran di luar negeri. Di antaranya Ibrahim Shinasi pengasas surat
khabar Tasviri Efkyar, Namik Kemal dan Mehmed Taufik. Seorang lagi sasterawan
terkenal ialah Ahmad Midhat Effendi yang telah menulis 33 buah novel yang
bertemakan sejarah, sains, falsafah dan agama. Semsettin Sami terkenal sebagai
17

pelopor pertama di Turki yang telah menghasilkan ensiklopedia Sains Islam. Selain
itu beliau juga menghasilkan ensiklopedia tentang kesusasteraan klasik Uthmaniyah
dan kesusasteraan Islam serta pelbagai jenis kamus.
KEJATUHAN EMPAYAR TURKI UTHMANIYAH
Empayar Uthmaniyah bertahan selama 600 tahun. Pada 1876, Sultan Abdul Hamid
11 menaiki taktha. Pemerintahannya bersifat mutlak dan penuh kekerasan. Oleh
sebab itu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan orang awam dan tentera. Gerakan
penentang yang menentang Sultan Abdul Hamid 11 inilah yang kemudian dikenal
dengan nama Gerakan Turki Muda. Sementara itu, kumpulan tentera membentuk
jawatankuasa rahsia untuk menggulingkan sultan, seperti Jawatankuasa Perkumpulan
Persatuan dan Kemajuan dengan salah seorang pemimpinnya ialah Mustafa Kamal
Ataturk.
Mustafa Kamal bersama-sama rakan-rakannya mengakhiri kuasa Sultan Abdul
Hamid 11. Akhirnya Mustafa Kamal telah mengambil alih kerajaan Turki dan
menubuhkan republik dan beliau menjadi president pertama pada tahun 1923.

a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)

Jelaskan kewujudan Empayar Bani Abbasiyah.


Apakah sumbangan empayar ini kepada tamadun Islam?
Siapakah khalifah Harun al-Rsasyid?
Siapakah pengasas Empayar Turki Uthmaniyah?
Nyatakan kawasan yang ditakluki Turki Uthmaniyah?
Apakah sumbangan orang Islam Turki Uthmaniyah?
Bagaimana empayar ini jatuh?

2.11 Prinsip-Prinsip Asas Tamadun Islam

1) Sumber utama tamadun Islam ialah al Quran dan Hadis dan sesuatu tujuan
atau perbuatan adalah berasaskan kepada ajaran al Quran dan hadis.
Matlamat tamadun Islam terbahagi kepada TIGA dimensi; iaitu Hubungan
manusia dengan Allah SWT, Hubungan manusia sesama manusia, dan
Hubungan manusia dengan alam sejagat (Lihat Rajah 2.6).

18

Allah SWT

Manusia

Alam Sejagat

Rajah 2.6 Tiga Dimensi Asas Tamadun Islam


a) Manusia dengan Allah SWT (Huquq Allah) - Matlamat hidup manusia
adalah sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Dengan itu, seseorang
yang melakukan sesuatu ciptaan baharu atau inovasi adalah untuk Allah
SWT semata-mata dan bukan kerana hendak berbangga-bangga dengan
apa yang dihasilkan. Allah SWT telah menganugerahkan manusia dengan
akal untuk membolehkan manusia berfikir dengan mendalam dan jauh.
Mereka dikurniakan dengan akal bagai membolehkan mereka berfikir
untuk mencipta pelbagai ciptaan dari semasa ke semasa untuk memenuhi
keperluan dan manfaat manusia sejagat. Hubungan manusia dengan Allah
SWT adalah yang tertinggi, unggul, kudus, bahagia dan suci murni.
Hubungan ini berkekalan dan mutlak dan tidak dapat dibandingkan
dengan hubungan lain seperti hubungan dengan keluarga, kaum, bangsa,
kebendaan dan sebagainya.
b) Manusia dengan Manusia (Huquq al-Ibad) Masyarakat Islam
merupakan suatu masyarakat yang berbentuk sejagat, yakni tidak bersifat
perkauman, tidak bersifat kebangsaan dan tidak terbatas dalam
lingkungan sempadan geografi dan politik. Hubungan dengan manusia
tidak dibataskan oleh kaum, warna kulit, bahasa, bangsa, darjat.
Hubungan manusia dengan manusia bersasaskan prinsip saling
menghormati, bertolerensi dan berdisiplin.
c) Manusia dengan Alam (Huquq al-Alam) Allah SWT menjadikan alam
untuk kepentingan manusia sejagat. Perkara dijelaskan dalam al-Quean
sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

19

Allah yang menjadikan langit dan bumi dan ia


menurunkan dari langit air, maka ia
mengeluarkan dengannya buah-buahan yang
menjadi rezeki bagi kamu. Dannia memudahkan
bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut
dengan
ketentuan
daripadanya
dan
dimudahkan untuk kamu sungai-sungai,
disediakan
malam dan siang dan ia
mendatangkan untuk kamu segala sesuatu
yang kamu bermohon daripadanya.
(Sura Ibrahim: 32)

It is Allah Who hath created the


heavens and the earth and sendeth
down rain from the skies, and with it
bringeth out fruits wherewith to feed
you; it is He Who hath made the
ships subject to you, that they may
sail through the sea by His
command; and the rivers (also) hath
He made subject to you.
Ibrahim: 32
Translation by Yusuf Ali

Manusia hendaklah membangunkan alam, menguruskan alam dan


mentadbir alam dengan baik yang meliputi tumbuhan, haiwan,
cekerawala dan sebagainya. Tidak dibenarkan sama sekali merosakkan
alam. Jika tidak, mereka akan menanggung kerosakan yang dilakukan.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di


laut disebabkan oleh perbuatan tangan
manusia. Allah menjadikan mereka merasakan
sebahagian daripada perbuatan mereka agar
mereka kembali ke jalan yang benar.
(Sura ar-Rum: 41)

Mischief has appeared on land and


sea because of (the meed) that the
hands of men have earned, that
(Allah) may give them a taste of some
of their deeds: in order that they may
turn back (from Evil).
ar-Rum: 41
Translation by Yusuf Ali

2) Tamadun Islam bersifat terbuka kepada semua tamadun. Sifat ini bermaksud
Tamadun Islam menerima tamadun-tamadun asing yang telah mencapai
kemajuan dalam berbagai bidang seperti pada zaman kerajaan Abbasiyah
berbagai bidang ilmu daripada Greek telah diambil dan diterjemah ke dalam
bahasa Arab. Hasilnya Tamadun Islam telah mencapai kegemilangan pada
zaman itu. Walau bagaimanapun nilai-nilai yang bercanggah dengan ajaran
al Quran dan Hadis ditolak. Di samping itu Tamadun Islam memberi
sumbangan kepada kemajuan tamadun lain umpamanya orang-orang Eropah
telah mengambil khazanah ilmu dari kegemilangan Tamadun Islam di
Sepanyol untuk menjayakan kemajuan di Eropah.
3) Tamadun Islam tidak terikat dengan bangsa atau daerah yang tertentu. Oleh
itu Tamadun berlaku di mana-mana seperti di kepulauan Melayu, di India,
di Selatan Filipina dan sebagainya.
20

4) Tamadun Islam tidak tertakluk kepada masa-masa yang tertentu. Oleh itu
tamadun Islam boleh berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. sehingga
zaman kini.

Jelaskan prinsip-prinsip asas Tamadun Islam.

21

You might also like