You are on page 1of 29

ISRA

MODEL RAWATAN DAN PEMULIHAN


DADAH PSIKOSPIRITUAL ISLAM

PENGENALAN MODEL ISRA


LATAR BELAKANG

Trend pendekatan rawatan dan pemulihan dadah di Malaysia menunjukkan


corak dan pendekatan yang digunakan berubah-ubah sejak ia mula-mula
diperkenalkan pada tahun 1975 hingga kini, khususnya melibatkan
perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan. Menurut Raminder dan
Mohamad Hussin (2002) dan Scorzelli (2009), Malaysia masih dan terus
menggunakan pendekatan konvensional dalam merawat dan memulihkan
penagih-penagih dadah, antara lain bercirikan pelbagai modaliti seperti
terapi kerja, kekeluargaan (berasaskan kepada therapeutic community,
TC), psikososial dan kerohanian. Hampir keseluruhan penagih yang
mengikuti rawatan dan pemulihan di pusat-pusat pemulihan adalah melalui
penguatkuasaan undang-undang Akta Penagih Dadah (Rawatan dan
Pemulihan) 1983.

Bermula dengan konsep “tough and roughed” yang menekankan


penerapan modul disiplin ala-tentera (regimented) bagi merawat dan
memulihkan penagih-penagih dadah yang ditempatkan di pusat-pusat
pemulihan (Pusat Serenti), di samping penggunaan kaedah “cold turkey”
bagi proses penyahtoksidan (detoxification) (Abdul Rani, 2007) dan
pendekatan pelbagai disiplin (multi-disciplinary approach) sebagai model
rawatan (Vicknasingam & Mahmud, 2008), beberapa modaliti baru telah
diperkenalkan oleh kerajaan bagi menangani masalah ini, antaranya Modaliti
Terapi Psikososial (kemudiannya dikenali Modaliti Terapi Bersepadu),
Modaliti Desa Terapi Kekeluargaan (Terapi Kekeluargaan), Modaliti Desa
Terapi Kerja (Terapi Kerja), Modaliti Desa Terapi Keinsafan Diri
(Keinsafan Diri) dan Modaliti Desa Terapi Waja Insan (Waja Insan).

Pelaksanaan modaliti-modaliti ini oleh Pusat-pusat Serenti adalah


tertakluk kepada sistem klasifikasi yang diperkenalkan oleh AADK.
Modaliti Terapi Bersepadu dikhususkan kepada penagih-

1
penagih yang ditempatkan di Pusat Serenti Bermotivasi Tinggi, dengan
memberi penekanan kepada pelaksanaan lapan komponen (modul) utama
rawatan dan pemulihan iaitu modul rawatan perubatan dan kesihatan,
disiplin, pendidikan agama dan moral, bimbingan dan kaunseling,
pendidikan sivik dan tatanegara, sukan dan riadah, latihan vokasional dan
kemahiran, dan integrasi sosial (AADK, 1997). Modaliti Terapi Kerja, Waja
Insan dan Keinsafan Diri yang dilaksanakan sebagai pilihan kepada Modaliti
Desa Terapi Bersepadu masih mengekalkan lapan komponen ini sebagai
teras perkhidmatan tetapi memberi penekanan yang berbeza sesuai dengan
konsep yang menjadi tema Pusat Serenti berkaitan.

Modaliti Terapi Kerja memberi penekanan kepada pendekatan terapi


kerja (latihan vokasional dan kemahiran) sebagai komponen utama dalam
merawat dan memulihkan penagih-penagih dadah (AADK, 1997), manakala
modaliti Waja Insan menekankan komponen disiplin sebagai komponen
utama (AADK, 1997), dan modaliti Keinsafan Diri pula memberi penekanan
kepada komponen pendidikan agama Islam sebagai komponen utama bagi
merawat dan memulihkan penagih-penagih dadah (AADK, 1997). Modaliti
Terapi Kekeluargaan pula khusus dilaksanakan di Pusat Serenti sukarela
yang menempatkan penagih-penagih dadah yang datang secara sukarela bagi
mendapatkan rawatan dan pemulihan. Walaupun masih berasaskan kepada
pendekatan psikososial, modaliti ini menekankan kepada tiga elemen
sebagai teras pemulihan untuk membawa perubahan diri penagih iaitu
contoh teladan (role model), tekanan dan sokongan rakan sebaya (peer
pressure and support) dan ikatan kekeluargaan (family millieu) (AADK,
1997).

Pada tahun 2005 pula, kerajaan dikatakan membuat pusingan 360


darjah dalam menetapkan pendekatan merawat dan memulihkan

2
penagih-penagih dadah di Malaysia dengan membenarkan penggunaan
dadah gantian iaitu methadone sebagai terapi atau dikenali terapi dadah
gantian (drug substitution therapy). Terapi ini, dilaksanakan bersekali
dengan program pertukaran jarum suntikan (needles and syringe exchange
program) dan pemberian kondom percuma kepada penagih-penagih dadah,
adalah bertujuan mengurangkan penularan virus HIV, melalui konsep
pengurangan kemudaratan (harm reduction) (Abdul Rani, 2007), dan masih
diamalkan secara giat di seluruh negara. Kerajaan sebelum ini iaitu pada
tahun 1998 juga pernah mencuba penggunaan dadah sebagai terapi sokongan
(adjunct) tetapi menemui kegagalan (slighty better result). Projek kajian
rintis ini cuba melihat keberkesanan penggunaan naltrexone sebagai rawatan
sokongan dalam kalangan penagih- penagih opiate (Abdul Rani, 2008).
Kemudiannya pada tahun 2001 pula, kerajaan membenarkan penggunaan
dadah buprenorphine sebagai rawatan maintenance yang juga akhirnya
dihentikan kerana masalah penyalahgunaan dan sukar dikawal
(Vicknasingam & Mahmud, 2008).

Mulai 2010, kerajaan melalui AADK telah mula merintis usaha ke


arah pendekatan yang lebih “mesra” kepada penagih-penagih dadah melalui
pelaksanaan Program Transformasi AADK dengan memperkenalkan
beberapa inisiatif transformasi perkhidmatan teras AADK selaras dengan
Program Transformasi Kerajaan melalui inisiatif-inisiatif Bidang
Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area, NKRA) dan
gagasan 1Malaysia (AADK, 2010). Melalui inisiatif-inisiatif transformasi
perkhidmatan ini, AADK dilihat bergerak ke arah menyediakan
perkhidmatan rawatan dan pemulihan yang lebih terbuka selaras dengan
memenuhi kehendak dan keperluan kepulihan pelanggannya. AADK
berhasrat meletakkan halatuju organisasi ke

3
arah perubahan yang besar dan lonjakan berganda untuk memberikan
perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan dirasai oleh mereka.
Antara inisiatif-inisiatif Program Transformasi AADK adalah:

(1) Untuk memberi perkhidmatan kepada seluruh rakyat yang


mempunyai masalah dadah;

(2) Memberi pilihan kepada penagih dadah untuk datang secara


sukarela;

(3) Mendekati pelanggan dengan mengadakan program


outreach;

(4) Kerjasama dengan Rakan Pintar dan Rakan Strategik;

(5) Memberi kesedaran bahaya dadah dari segi kesihatan;

(6) Mengesan dan menahan mereka yang enggan datang


mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela;

(7) Mempertingkatkan program rawatan – memberi


perkhidmatan rawatan secara klinikal; dan

(8) Memperkenal dan mempertingkatkan Program Terapi


Gantian (Substitution Therapy Program)

Menggelarkan pendekatan ini sebagai Program Transformasi


AADK, semua pendekatan AADK telah diolah dengan lebih komprehensif,
bersepadu dan berterusan dengan penggemblengan tenaga yang bersepadu di
antara jentera-jentera kerajaan dan masyarakat sivil keseluruhannya di dalam
gerakan membanteras dadah di seluruh negara. Dalam konteks rawatan dan
pemulihan dadah, program transformasi yang lebih menonjol ialah
pelaksanaan konsep sistem akses terbuka (open access services) melalui
pengenalan PUSPEN Terbuka, yang kemudiannya dikenali sebagai Klinik
Cure & Care 1Malaysia. Pendekatan ini membenarkan penagih-

4
penagih dadah tampil memohon perkhidmatan secara sukarela; tidak lagi
tertakluk kepada prosedur dan proses undang-undang; ditapis dan dinilai
tahap keparahan penagihan bagi menentukan tahap penempatan rawatan
sama ada secara residensi (inpatient) atau pesakit luar (outpatient), tempoh
pakej rawatan dan program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan
kepulihan mereka; pengenalan modul perubatan melalui program dadah
gantian (drug substitution therapy) dan rawatan psikiatrik; dan
perkhidmatan sokongan kepada kepulihan seperti rujukan dan advokasi,
selain perkhidmatan rundingan co-dependency (AADK, 2010).

Pendekatan ini mula dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai 2010


sebagai satu alternatif kepada pengguna, penyalahguna dan penagih dadah
untuk tampil secara sukarela untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan dan
pemulihan, termasuk memperkenalkan perkhidmatan intervensi co-
dependency khusus kepada ahli keluarga penagih dadah yang terlibat.
Sebuah PUSPEN iaitu PUSPEN Sungai Besi, Kuala Lumpur telah dipilih
untuk melaksanakan konsep ini, dan mulai tarikh berkenaan juga PUSPEN
Sungai Besi dikenali sebagai Klinik C&C 1Malaysia, singkatan kepada Klinik
Cure and Care 1Malaysia (AADK, 2010).

Program transformasi ini diperluaskan pada tahun 2012 dengan


menjenamakan semula PUSPEN kepada konsep lebih mesra dengan nama
Cure & Care Rehabilitation Center (CCRC) dan Cure & Care Vocational
Center (CCVC), Pusat Khidmat AADK kepada Cure & Care Service
Center (CCSC) dan penubuhan Caring Community House (CCH) melalui
pengenalan Model Cure and Care. Pada tahun 2015 pula, satu pendekatan
berkonsepkan psikospiritual diperkenalkan AADK bagi mempelbagaikan
kaedah rawatan dan pemulihan yang disediakan dan meningkatkan lagi
keberkesanan program rawatan dan

5
pemulihan dadah yang disediakan kepada penagih-penagih dadah. Bermula
dengan projek rintis di CCRC Sungai Ruan, Pahang, pendekatan ini
diperluaskan kepada tujuh lagi CCRC pada tahun 2018 setelah ia
menunjukkan keberkesanan yang boleh dibanggakan. Trend ini sebenarnya
melambangkan satu harapan yang tinggi oleh AADK bagi menjadikan ia
sebagai satu usaha baru bagi meningkatkan keberkesanan program rawatan
dan pemulihan yang dilaksanakan.

PENGENALAN MODEL ISRA

Pengisian jiwa dan rohani dengan aktiviti-aktiviti keagamaan merupakan


salah satu pendekatan paling penting dalam proses merawat dan memulihkan
penagih-penagih dadah. Program dan aktiviti agama ini boleh dijadikan input
asas untuk mengekalkan tahap kepulihan penagih dalam suatu tempoh yang
panjang, boleh menimbulkan kesedaran dan keinsafan agar kembali kepada
Allah, melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala apa yang
dilarangNya, termasuklah perkara-perkara yang boleh membawa kemudaratan
kepada diri seperti tingkahlaku penagihan dadah. Selain itu, ia boleh
membantu membentuk jati diri dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri
penagih sebagai persediaan untuk memulakan gaya hidup yang baru bersama
keluarga dan masyarakat kelak.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai agensi utama dalam


merajui usaha-usaha rawatan dan pemulihan dadah berhasrat menjadikan
pendekatan psikospiritual ini sebagai salah satu pendekatan utama dalam
program rawatan dan pemulihan di institusi- institusi pemulihan dadah di
bawah kendaliannya. Berasaskan kepada pengalaman mengendalikan Model
Inabah di Cure and Care Rehabilitation Center (CCRC) Sungai Ruan, Pahang
sejak tahun 2015, dengan kerjasama Pondok Remaja Inabah Kuala Nerang,
Kedah,

6
AADK merasakan amat rasional pendekatan psikospiritual ini diperkemas dan
dijadikan sebagai satu pendekatan evidence-based dalam merawat dan
memulihkan penagih dadah.

Input-input psikospritual seperti amalan berdoa (Ariyanto, 2006;


Longshore, Anglin & Conner, 2009; Juhnke, 2009) dan solat (Mohamad
Aiman, 2010; Fatimah, 2008) telah dibuktikan berkesan memberi impak
positif dalam pemulihan dadah. Nas al-Quran sendiri telah menjelaskan
bahawa manusia dicipta dalam keadaan keluh kesah, dan akibat keluh kesah
itulah banyak berlakunya perlakuan salah dan tidak bermoral termasuklah
penagihan dadah (Yuseri, Sapora & Marina Munira, 2007). Said Hawwa
(1999) merumuskan bahawa sifat keluh kesah ini tidak dapat diatasi oleh
manusia melainkan manusia itu mengamalkan solat, infaq, membenarkan hari
akhirat, rasa gerun dengan azab Allah, memelihara kemaluan, dan
memberikan kesaksian dengan penuh kebenaran dan keadilan.

Pendekatan pemulihan kerohanian Islam atau Islamic Spiritual


Rehabilitation Approach (ISRA) ialah satu pendekatan yang dibangunkan
berasaskan kepada input-input spiritual ini dan adaptasi Model ISRA yang
menggabungkan ciri-ciri ketuhanan dan pembangunan secara holistik dalam
usaha merawat dan memulihkan penagih dadah. ISRA boleh diklasifikasikan
sebagai satu pendekatan rawatan dan pemulihan dadah yang memberi fokus
kepada pembersihan jiwa dan kendiri yang berteraskan kepada elemen-
elemen ketuhanan dan amalan-amalan spiritual Islam bersumberkan al-Quran,
al-Sunnah dan amalan para ulama’ salafus soleh yang tidak bercanggah
dengan prinsip-prinsip syariah.

Pendekatan ISRA dimantapkan lagi dengan pelbagai program dan


aktiviti rawatan dan pemulihan sokongan dengan menggunakan modul
psikososial. Gabungan kedua-dua pendekatan ini diyakini akan

7
menghasilkan impak kepulihan yang lebih holistik. Model pemulihan yang
dilaksanakan boleh digambarkan seperti gambarajah di bawah.

MODUL PSIKOSPIRITUAL
(TERAS)

KEPULIHAN
ROHANI
JASMANI
PROSES RAWATAN
KLIEN PEMIKIRAN
& PEMULIHAN SOSIAL

MODUL PSIKOSOSIAL
(SOKONGAN)

GAMBARAJAH 1: MODEL ISRA

PENDEKATAN TERAPI PSIKOSPRITUAL ISRA

Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama Islam. Kesucian rohani


membawa maksud keadaan akal yang logik dan mementingkan kebaikan
manusia sejagat dan baharulah kebaikan individu itu sendiri. Rohani yang
kacau dikaitkan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi. Manakala
rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu
yang tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu.

Walaupun demikian, dari segi perspektif umum, individu yang


mempunyai rohani yang baik diklasifikasikan oleh penentuan dan
kepercayaan umum mengenai hal kelakuan kebaikan individu itu secara total.
Membawa maksud individu yang mempunyai kerohanian yang tinggi pada
pandangan masyarakat adalah individu yang tidak pernah

8
melakukan kesalahan langsung pada pandangan masyarakat walaupun
ironinya setiap individu pasti melakukan kesalahan. Tetapi bagi individu
kerohanian tinggi ini, emosi dan kelakuan negatif diperuntukkan untuk
dilakukan ketika individu berada jauh dari masyarakat ataupun tidak
ditonjolkan kesalahannya dalam kalangan masyarakat. Ketagihan dadah ialah
suatu gabungan penyakit-penyakit daripada aspek biologi, psikologi, sosial
dan kerohanian. Mengidentifikasi punca-punca kerohanian dan psikologi amat
ditekankan dalam menentukan akar penglibatan seseorang dalam masalah
penagihan dadah.

Terapi Psikospiritual Islam menegaskan bahawa dalam mengenalpasti


punca penglibatan seseorang dalam tingkahlaku penagihan dadah, haruslah
berdasarkan elemen psikologi, kognitif, emosi dan kerohanian. Penekanan
pemulihan hendaklah dititikberatkan kepada elemen kerohanian insan itu kerana
ianya anggap sangat ‘central’ dalam menggerakkan elemen-elemen lain yang
ada pada manusia itu. Satu kaedah perawatan kejiwaan dan kerohanian yang
berteraskan kepada sumber-sumber ketuhanan dan amalan-amalan Islam yang
tidak bercanggah dengan prinsip syariah. Berasaskan Panduan dan Amalan
daripada al-Quran, al-Hadis dan amalan para salafus saleh.

Definisi dan Konsep

Muhammad Yusuf (2008) menyatakan spiritual bermaksud kerohanian diri.


Contohnya, apabila seseorang mendengar alunan muzik, ia menenangkan dan
memberi kepuasan serta ketenangan pada diri. Spiritual juga pada pandangan
beliau bermaksud agama atau perkara yang berkaitan dengan keagamaan atau
upacara keagamaan. Berbeza dengan Harold (2009) yang menekankan
bahawa spiritual sukar untuk dijelaskan maksudnya jika dibandingkan dengan
agama. Spiritual pada masa sekarang merupakan satu definisi atau terma yang
lebih popular

9
di Barat daripada agama. Spiritual dipandang lebih bersifat peribadi, lebih
bebas atau liberal dan kurang terkongkong dengan undang- undang
keagamaan.

Arevalo, Prado dan Aaro (2008) dan Lyons (2012), menjelaskan


bahawa spiritual adalah gabungan pengalaman, kefahaman, pemikiran dan
tingkahlaku. Spiritual ini juga termasuklah metafizik atau pemikiran tahap
tinggi. Walaubagaimanapun, untuk mendefinasikan pengalaman spiritual
amat sukar kerana ia berkait dengan sentimen pengalaman, tindakbalas
psikologi dan juga persepsi di mana perkara ini berakar umbi dengan asbab
atau tujuan yang lebih tinggi.

Istilah terapi psikospiritual adalah gabungan beberapa perkataan. Merujuk


kepada kamus etimologi perkataan terapi yang berasal daripada perkataan
‘therapy’ boleh diertikan sebagai merawat, mengubati dan menyembuhkan.
Kalimah ini juga merujuk kepada usaha pemulihan dan perawatan kepada
masalah kesihatan. Manakala perkataan psiko pula berasal daripada perkara
‘psyche’ bermaksud jiwa. Kalimah spiritual pula merujuk kepada pelbagai
maksud yang antara lain diertikan sebagai unsur suci, unsur ketuhanan atau
unsur yang berteraskan agama.

Salasiah Hanim Hamjah (2000) menyatakan bahawa, Imam al- Ghazali


menjelaskan maksud al-Nafsiyy dalam kamus al-Mawardi (1997), sebagai
spiritual dan mental. Al-Ghazali juga menyatakan jika dibincangkan tentang
spiritual dan kerohanian, perkara ini tidak dapat dipisahkan dengan empat
elemen spiritual iaitu al-nafs, al-Qalb, al-Ruh dan al-Aql. Al-Ghazali (2000)
menyatakan daripada aspek spiritual, manusia perlu ditunjukkan cara untuk
mencapai kebaikan, serta tunjuk ajar dan bimbingan yang berpandukan syariat
Islam.

Menurut Vaughan (2002), spiritual adalah puncak pengalaman yang


tinggi dalam semua aspek kehidupan pembangunan manusia. Ini

10
termasuklah dari aspek kognitif, moral dan keperibadian. Ia juga
menggambarkan hubungan manusia dengan Tuhan (ketuhanan) dan manusia
dengan alam sekitar. Beliau juga menegaskan spiritual ialah penghidupan
kehidupan minda dengan dunia, memahami maksud akan kewujudan dan
bertindak sebagai dasar perubahan kehidupan.

Walau bagaimanapun, maksud terapi psikospiritual Islam jika dilihat


secara maknawinya adalah merujuk kepada suatu kaedah perawatan kejiwaan
atau kerohanian yang berteraskan sumber-sumber ketuhanan dan amalan-
amalan Islam yang tidak bercanggah dengan prinsip syariah yang
matlamatnya adalah untuk melahirkan kestabilan diri, jiwa dan roh. Secara
konsepnya, terapi psikospiritual Islam ini sangat menepati fitrah asal kejadian
manusia kerana ini adalah suatu kaedah perawatan yang dianugerahkan oleh
Allah, Tuhan yang menciptakan semua makhluk termasuk manusia.

Kaedah ini meletakkan pemulihan keadaan rohani dan psikologi


manusia yang rosak perlu berlandaskan panduan yang telah sedia ada di
dalam al-Quran dan al-Sunnah. Apabila manusia diciptakan oleh Allah, maka
perlulah diyakini bahawa Allah sahajalah yang mampun member
penyelesaian terbaik kepada masalah manusia. Ini bertepatan dengan firman
Allah yang bermaksud “Allah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan
Dialah yang mentadbirkan serta menguasai segala- galanya (al-Zumar,
39:62) dan dalam firmannya yang lain yang bermaksud: “….. Katakanlah
lagi: kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu
berserah diri” (al-Zumar, 39:38).

11
KONSEP PSIKOSPIRITUAL ISLAM DALAM RAWATAN DAN
PEMULIHAN DADAH

Terapi psikospiritual merujuk kepada terapi yang mengintegrasikan unsur


psikologi dan kerohanian. Terapi psikospiritual Islam pula boleh diertikan
sebagai salah satu kaedah rawatan jiwa dan diri yang berteraskan kepada
elemen-elemen ketuhanan dan amalan-amalan Islam yang bersumberkan al-
Quran, al-Sunnah dan amalan para ulama’ salafus soleh yang tidak bercanggah
dengan prinsip-prinsip syariah. Pada umumnya, terapi psikospiritual Islam
boleh diaplikasikan dalam proses rawatan penyembuhan pelbagai konfik jiwa,
emosi dan pemikiran manusia. Walau bagaimanapun untuk modul ini, fokus
akan diberikan hanya kepada aspek rawatan dan pemulihan dalam isu
penyalahgunaan dadah. Terapi ini juga menekankan bahawa rawatan dan
pemulihan dadah akan dapat dicapai dengan menggunakan kekuatan
kerohanian yang dimiliki oleh seseorang klien. Dengan kata lain, klien itu
menyakini bahawasanya mereka perlu bergantung kepada suatu kuasa yang
lebih besar (iaitu kuasa ketuhanan) untuk mengeluarkan dirinya daripada
kemelut penagihan.

Terapi psikospiritual Islam pada dasarnya bertujuan untuk


mengembalikan, memulihkan, menguatkan, membangkitkan aspek- aspek
kerohanian seseorang insan itu sehingga ia mampu menjadi penawar secara
fitrah dan semulajadi (natural) kepada masalah penyalahhgunaan dadah ini.
Untuk mencapai maksud tersebut, terapi psikospiritual Islam meletakkan
seorang klien itu perlu berusaha dengan semaksimum mungkin supaya
sentiasa mampu menghubungkan dirinya dengan punca kekuatan
kerohaniannya iaitu Allah yang mempunyai kekuasaan mutlak.

Untuk menghasilkan dan mewujudkan hubungan ini, usaha mestilah


dibuat dengan pelbagai cara dan bentuk yang meliputi aspek

12
kepercayaan, pemikiran, ilmu, amalan atau ibadat terhadap Tuhan, tafakur dan
refleksi diri. Usaha untuk menghasilkan hubungan suci ini juga terhasil
melalui perhubungan baik sesama manusia, pengisian kehidupan seharian
yang berteraskan akhlak mahmudah dan nilai murni yang tinggi seperti jujur,
amanah, tanggungjawab dan ikhlas serta melalui sokongan suasana
persekitaran yang berteraskan syariah.

Kaedah rawatan terapi psikospiritual Islam bukan kaedah yang asing


lagi bagi merawat masalah penagihan dadah, malah ia semakin berkembang
dan mendapat tempat untuk merawat masalah penagihan dadah dan masalah
akhlak. Kaedah ini umumnya member tumpuan kepada pembentukkan semula
akhlak penagih dan mendidik mereka supaya mempunyai sifat patuh dan taat
kepada PenciptaNya dengan membantu mereka untuk kekal pulih dengan
mendekatkan diri kepada Tuhan melalui amalan kerohanian dan mengikut
sunnah Rasulullah s.a.w.

Dalam hal ini, terapi psikospiritual Islam sangat menganjurkan kepada


kepatuhan kepada semua ajaran yang dibawa oleh baginda Nabi Muhammad
s.a.w. Ini bermula dengan menanamkan kecintaan kepada diri Rasulullah
s.a.w dan ahli keluarga baginda yang sangat dimuliakan. Seterusnya,
kecintaan ini perlu dimanifestasikan dengan beramal dengan semua nilai
mulia yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga
baginda. Hal ini termasuklah beramal dengan amalan-amalan terpuji
(mahmudah) dan meninggalkan semua amalan terkeji (mazmumah).

Kaedah rawatan terapi psikospiritual Islam merupakan satu kaedah


yang unik dan lebih menekankan kepada pembentukkan rohani seseorang
dalam membantu mereka untuk pulih. Kaedah ini juga menggunakan unsur
dan pendekatan tertentu dalam melakukan

13
rawatan seperti member penekanan terhadap sesuatu amalan sebagai amalan
utama untuk membantu klien kekal pulih.

PENDEKATAN ISRA BERASASKAN TAZKIYAH AL-NAFS

Pendekatan ISRA merupakan satu pendekatan psikospiritual yang


mengintegrasikan model spiritual dan model psikososial yang dibangunkan
bagi menyediakan program dan aktiviti rawatan dan pemulihan dadah
berteraskan kerohanian Islam.

Pendekatan ini berteraskan kepada konsep ”pengembalian” atau


”pemulihan” yang bermaksud proses kembalinya seseorang dari jalan yang
menjauhi Allah ke jalan yang mendekati Allah. Daripada perspektif ilmu
tasawuf, ia juga bermaksud kembali daripada melakukan maksiat terhadap
Allah s.w.t. kepada melakukan ketaatan terhadapNya kerana merasa malu
dilihat oleh Allah s.w.t. Istilah ini digunakan di dalam al- Quran pada Surah
Luqman 31:15, firman Allah s.w.tyang bermaksud:

“Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau


mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau(dengan
akal yang sihatmu)tidak mengetahui sungguh adanya maka
janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan
mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan
orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan
amal-amal soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali
kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu
segala yang kamu kerjakan”.

Terdapat tiga (3) asas utama yang diterapkan dalam pendekatan ini, yang
dijadikan sebagai input utama program dan aktiviti rawatan dan pemulihan
dadah, iaitu:

14
(a) Taubat (kembali kepada Allah SWT

Taubat dalam terminologi Islam bermaksud meninggalkan perkara- perkara


yang tercela dengan disertai rasa penyesalan dan keazaman untuk
meninggalkannya buat selama-lamanya serta tidak ingin kembali lagi
melakukannya. Taubat merujuk kepada perubahan tingkahlaku atau amal
perbuatan iaitu meninggalkan perbuatan yang menyalahi syariat kepada
perbuatan yang mematuhi syariat. Perkara yang mendorong mereka untuk
bertaubat dengan jujur dan benar ialah amalan zikrullah seperti firman Allah
di dalam surah Ali-Imran 3:135- 136 yang bermaksud:

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan


keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu
memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi
yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan
mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang
mereka mengetahui.”

(b) Benteng keimanan

Dalam menjelaskan konsep benteng keimanan ini, tedapat tiga istilah yang
saling berkait antara satu sama lain iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Iman ialah
kepercayaan dan keyakinan hati terhadap Allah s.a.w. dan perkara-perkara
lain yang wajib dipercayai. Islam pula ialah perlaksanaan terhadap perintah-
perintah Allah SWT sdan meninggalkan larangan-laranganNya. Manakala ihsan
pula ialah seperti apa yang disabdakan oleh Nabi SAW. iaitu “bahawa
engkau beribadat kepada Allah seolah-olahnya engkau melihatNya
dan sekiranya engkau tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia
melihat engkau”.

Iman menjadi benteng yang dapat melindungi seseorang dari terlibat


dengan perkara-perkara yang dilarang yang memudaratkan.

15
Semakin kuat keimanan itu maka semakin teguhlah benteng yang melindungi
diri seseorang. Penguat keimanan itu ialah Ihsan. Dari perspektif ilmu
tasawuf, kedudukan Ihsan ialah sebagai penyempurna kepada Iman dan Islam.
Pencapaian Ihsan menyumbang kepada keteguhan keimanan dan
perlaksanaan Islam secara lebih sempurna. Ihsan itu merupakan kesedaran
hati dan penyaksian batin terhadap ketuhanan Allah s.w.t. iaitu apa yang
diistilahkan sebagai muraqabah dan mushahadah. Ia dapat dicapai dengan
kemantapan dan keteguhan zikir. Maka kerana itu, menerusi metod ISRA,
zikir itu perlu diperteguhkan. Ia bukan hanya diucapkan dengan lidah, malah
perlu ditanam dan diperteguhkan dalam jiwa.

(c) Perisai ketaqwaan

Menerusi pendekatan ini, orang-orang yang terlibat dengan penyalahgunaan


dadah dikira sebagai menghadapi masalah ketaqwaan yang menjadi benteng
dan perisai diri dalam menghadapi godaan nafsu dan perdayaan syaitan. Taqwa
itu secara khusus merujuk kepada pengisian jiwa dengan nilai-nilai keimanan
dan akhlak terpuji seperti yang diisyaratkan oleh Nabi s.a.w. dengan sabda
baginda yang bermaksud “taqwa itu di sini (hati sanubari)”. Kebocoran
benteng taqwa adalah berpunca daripada kelalaian hati dan kekosongan jiwa.

Akibatnya, hati akan dipenuhi dengan berbagai penyakit jiwa. Kerana


itu orang-orang yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah dilihat sebagai
menghidap penyakit hati, dalam kesulitan, kebingungan dan kesedihan. Oleh
itu mereka perlu dikembalikan ke jalan yang lurus dengan taubat dan perlu
disembuhkan daripada penyakit hati itu dengan diisi serta diperteguhkan zikir
kerana ia adalah ubat bagi penyakit hati. Oleh itu zikir merupakan elemen
penting dalam proses pemulihan menerusi pendekatan ISRA.

16
MATLAMAT

Secara umumnya matlamat pendekatan ini adalah untuk mengembalikan


seseorang yang menjauhi Allah kepada mendekati Allah dengan
menggunakan nilai-nilai spiritual yang boleh mempengaruhi tahap perubahan,
kualiti hidup dan kesejahteraan mental.

Bagi mencapai perkara tersebut, tiga (3) matlamat khusus dibentuk


iaitu:

1. Memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai asas-asas


spiritual Islam iaitu musyahadah, terapi mandi, terapi solat, terapi
zikir, doa & zikir, kisah riwayat, tadarus Al-Quran dan terapi
puasa.

2. Memupuk dan menguasai kemahiran mengenai asas-asas spiritual


Islam

3. Melazimi amalan asas-asas spiritual Islam sebagai amalan harian

MODUL PENDEKATAN ISRA

Terdapat tiga modul utama dalam Model ISRA iaitu Modul Orientasi, Modul
Tazkiyyah al-Nafs dan Modul Sokongan Psikososial.

Modul Orientasi

Modul ini mengandungi dua (2) program utama iaitu:

(1) Penilaian awal

Program ini melibatkan proses penilaian kesediaan klien untuk


mengikuti pendekatan ISRA, dari segi kesediaan fizikal dan

17
mental, pengetahuan asas agama dan minat. Dua aktiviti utama dalam
program ini ialah pendaftaran kemasukan dan penilaian.

(2) Orientasi

Program ini merupakan program pendedahan awal kepada klien


mengenai pendekatan Model ISRA, meliputi matlamat dan objektif
ISRA, program-program dan aktiviti-aktiviti yang perlu diikuti dari
segi teoretikal dan praktis serta peraturan dan disiplin yang perlu
dipatuhi klien semasa berada dalam program.

Maklumat terperinci modul dari segi definisi, objektif,


program/aktiviti, kandungan dan kurikulum, prosedur pelaksanaan dan KPI
adalah seperti di Bahagian B-B1.

Modul Tazkiyyah Al-Nafs

Modul ini mengandungi lapan (8) program utama iaitu:

(1) Musyahadah

Program pertama yang akan diikuti oleh klien yang baharu memasuki
proses rawatan dan pemulihan ISRA. Antara pengisian program ini
ialah Ikrar Syahadah kepada sahabat baharu mu’ahadah yang
dilakukan secara lisan dan bertulis di hadapan Pengarah atau wakil
Pengarah semasa menandatangani akujanji, aktiviti taklimat dan
amanat daripada Pengarah atau wakil pengarah, pendidikan syahadah
dan aktiviti syahadah harian.

(2) Terapi Mandi

Program ini merupakan satu proses untuk penyucian jiwa dan rohani,
membersihkan serta menyegarkan badan, melatih ketahanan mental,
nafsu dan kepatuhan mengikut arahan yang

18
perlu diikuti oleh setiap klien pada awal pagi, dan setiap hari. Program
ini dijalankan dengan menggunakan air sejuk sebanyak 40 kali bacaan
sepertimana dalam ayat 23, Surah Al Mu’min.

(3) Terapi Solat

Program ini merupakan aktiviti solat-solat fardhu/wajib dan sunat yang


perlu diikuti oleh setiap klien bagi memberi pendedahan dan
melazimkan ibadah yang menjadi amalannya sebagai teras dalam
kehidupan dengan menjadikan Islam dan satu cara hidup yang
sempurna.

(4) Terapi Zikir Kalimah Toyyibah

Program ini merupakan sendi utama yang akan dilaksanakan oleh klien
secara beriringan setelah mengerjakan solat lima waktu setiap hari
sebagai alat penyucian jiwa (Tazkiyatu al-Nafs). Zikir yang
digunakan ialah kalimat LA ILAHA ILLALLAH sebanyak
200 kali. Ini adalah bagi memastikan klien sentiasa merasai kebesaran
dan keagungan Allah di dalam hati.

(5) Terapi Doa dan Zikir Pilihan

Program ini merupakan amalan pembacaan himpunan doa-doa pilihan


yang amat berguna bagi melatih setiap klien menghafal doa-doa asas
untuk diamalkan seharian dan zikir-zikir yang boleh menjadi asbab
penyucian hati dan rohani. Amalan ini dilaksanakan selepas solat
fardhu Maghrib setiap hari.

(6) Sirah Rasulullah SAW

Program ini merupakan amalan bacaan sirah Rasulullah dan para


sahabat yang dilaksanakan oleh klien. Pembacaan dan penghayatan
tentang kisah riwayat hidup baginda Rasulullah

19
S.A.W dan para sahabat bertujuan memupuk dan meningkatkan
kecintaan klien ke hadrat Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai
motivasi yang sangat berguna. Program dijalankan selepas Solat Asar
dengan menggunakan kitab-kitab yang berkaitan.

(7) Terapi Al-Quran

Program ini merupakan amalan membaca dan menyemak bacaan al-


Quran secara berkumpulan yang perlu diikuti oleh setiap klien dan
dipantau oleh Pegawai Agama yang dilantik bagi memastikan bacaan
para klien berkualiti dan diperbaiki dari semasa ke semasa. Program ini
dilaksanakan selepas selesai solat subuh dan zikir.

(8) Terapi Puasa

Program ini merupakan satu kaedah amalan menahan diri daripada


makan dan minum pada waktu siang hari, dan mengelak daripada
perkara yang membatalkan puasa. Selain puasa wajib pada bulan
Ramadhan, klien juga digalakkan melakukan amalan puasa-puasa
sunat pada hari-hari yang ditentukan seperti puasa pada hari putih
(13,14 dan 15 setiap bulan Islam) dan hari-hari yang disunatkan.

Maklumat terperinci modul dari segi definisi, objektif,


program/aktiviti, kandungan dan kurikulum, prosedur pelaksanaan dan KPI
adalah seperti di Bahagian B-B2.

20
Modul Sokongan Psikososial

Modul ini mengandungi lapan (8) program utama iaitu:

(1) Pendidikan agama dan moral

Program ini bertujuan untuk mengembalikan ingatan hidup beragama


kepada klien dan kembali menjalani kehidupan yang bermaruah
melalui pendidikan agama dan moral.

(2) Rawatan Perubatan dan kesihatan

Program ini dilaksanakan bertujuan menjaga dan mengawasi keadaan


kesihatan klien-klien, memberi pendidikan dalam pelbagai aspek
kesihatan, dan memastikan klien-klien berada dalam keadaan sihat dan
cergas untuk menjalani aktiviti-aktiviti yang ditetapkan.

(3) Kaunseling dan bimbingan

Program ini bertujuan untuk memberi bantuan serta bimbingan kepada


klien untuk membuat pilihan yang betul bagi menyelesaikan masalah
yang dihadapi agar setiap keputusan yang dibuat boleh mengekalkan
kepulihan klien dalam tempoh masa yang lama.

(4) Latihan Kemahiran dan Vokasional

Program ini bertujuan untuk memastikan klien mempunyai ruang


pilihan yang luas dalam pemilihan kerjaya bagi meneruskan hidup
selepas dibebaskan terutamanya klien yang tidak mempunyai
pendapatan yang tetap atau tidak bekerja atau masih mencari sumber
pendapatan yang bersih bagi menyara diri dan keluarga.

21
(5) Pendidikan sivik dan tatanegara

Program ini bertujuan memupuk semangat cintakan Negara dan


kesedaran optimum sebagai rakyat Negara yang bermaruah dan perlu
kembali berfungsi untuk memajukan keluarga, agama, bangsa dan
Negara.

(6) Latihan fizikal dan disiplin

Program ini bertujuan memantapkan nilai disiplin diri klien dan


menjadikan mereka seorang yang gigih menjalani kehidupan yang
bersistematik, mematuhi arahan dan berperaturan serta bertindak
terhadap sesuatu isu atau masalah dengan cara yang terbaik mengikut
undang-undang yang ditetapkan.

(7) Sukan dan riadah

Program ini bertujuan menggalakkan klien menjalani kehidupan yang


sihat dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah
disamping membentuk sikap seorang klien yang mampu berinteraksi
dengan baik terhadap diri sendiri dan orang lain.

(8) Integrasi masyarakat

Program ini bertujuan membentuk jiwa klien yang sayangkan saudara


dan jiran tetangga melalui aktiviti yang berfaedah seperti gotong-
royong membersihkan kubur, surau, rumah ibadah dan sebagainya
disamping menambah nilai hormat menghormati, kerjasama dan
hubungan kasih sayang.

22
Maklumat terperinci modul dari segi definisi, objektif, program/aktiviti,
kandungan dan kurikulum, prosedur pelaksanaan dan KPI adalah seperti di
Bahagian B-B3.

PROSEDUR PELAKSANAAN

(1) Tahap

Model ISRA dilaksanakan dalam tiga (3) fasa atau tahap utama, iaitu
Muahadah, Mujahadah dan Muraqabah. Ketiga-tiga tahap ini
mengandungi program yang perlu dipenuhi oleh setiap klien dalam tempoh
yang ditetapkan.

(a) Tahap 1: Muahadah

Tahap ini adalah selama dua (2) hingga tiga (3) bulan. Program dan
aktiviti yang dijalankan merupakan sesi pengenalan kepada semua
klien baru. Penekanan kepada tempoh ini lebih kepada sesi mengingati
perjanjian dengan Allah, iaitu mengembalikan ingatan terhadap
tanggungjawab sebagai hamba Allah. Sorotan diri sebagai makhluk
sebagai langkah permulaan untuk membawa klien kepada proses awal
kepulihan, kesediaan untuk berubah dan bersedia menerima ilmu
merupakan keutamaan dalam tempoh ini. Mekanisme pelaksanaan
program lebih kepada pendidikan secara didaktik.

(b) Tahap 2: Mujahadah

Tahap ini adalah selama tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan. Dalam
tahap ini, program dan aktiviti yang dijalankan memberi penekanan
kepada penguasaan kemahiran melalui amalan atau praktis kepada
semua aktiviti yang telah diajar semasa tahap muahadah. Proses
pengukuhan dan pelaziman dengan cara

23
paksaan diri sendiri untuk melakukan ibadat kepada Allah. Amalan
latih tubi berterusan adalah suatu mekanisme yang sangat penting
dalam melakukan perubahan diri dalam membina hubungan dengan
Allah dan memperbaiki hubungan dengan manusia.

(c) Tahap 3: Muraqobah

Program dilaksanakan selama tempoh tiga (3) bulan. Tahap ini


merupakan satu proses pelaziman kepada klien untuk meneruskan
amalan salafussolah ini. Tempoh ini juga adalah suatu proses
pelaksanaan amal ibadat sehingga menzahirkan semangat istiqomah
dalam pengabdian diri kepada Allah.

(2) Jadual Harian

Jadual pelaksanaan program dan aktiviti Modul-modul ISRA adalah


seperti berikut:

MASA AKTIVTI
Terapi Mandi
Qiyamullail
Solat Sunat Tahajjud (2-6 Rakaat)
4.30 – 6.00 pagi Solat Sunat Hajat (2 Rakaat) Solat
Sunat Witir (3 Rakaat)
Doa Selepas Solat
Terapi Zikir Kalimah Toyyibah)
Azan Subuh
Solat Sunat Subuh
Solat Fardhu Subuh
6.00 – 7.30 pagi
Terapi Zikir Kalimah Toyyibah
Terapi Al-Quran
Solat Sunat Isyrok (2 Rakaat)
7.30 – 8.00 pagi Sarapan Pagi

24
Perhimpunan Pagi
8.00 – 9.30 pagi Solat Sunat Dhuha ( 2/4/8 Rakaat)
Mesyuarat Pagi
9.30 – 10.00 ptg Minum Pagi
Program Psikososial
10.00 – 12.00 Job Function
T/hari Kelas Fardhu Ain/Moral
Latihan Kawad
12.00 t/hari – Makan Tengahari
1.00 ptg
Solat Sunat Qabliyyah Zuhur
Solat Fardhu Zuhur
Terapi Zikir Kalimah Toyyibah
1.00 – 2.30 ptg
Doa
Solat Sunat Ba’diyyah Zuhur
Halaqah
2.30 – 3.00 ptg Rehat dan kemas diri
Kelas pengajian Agama
Kelas Psikopendidikan
3.00 – 4.30 ptg
Bimbingan Kaunseling
Sesi Tools Theraputic Community
Solat sunat Asar
Solat Fardhu Asar
4.30 – 5.30 ptg Terapi Zikir Kalimah Toyyibah
Doa
Sirah/Ta’lim
5.30 – 7.00 mlm Minum petang / Riadah Makan malam
 Solat sunat Qabliyyah Maghrib
 Solat Fardhu Maghrib
 Terapi Zikir Kalimah Toyyibah
7.00 – 9.30 mlm
 Doa
 Kuliah Maghrib (pilihan)
 Terapi Doa dan Zikir Pilihan

25
 Kuliah Maghrib/ Bacaan Yasin/ Tahlil (ikut
keperluan)
 Solat Sunat Ba’diyyah Maghrib
 Solat Sunat Qobliyyah Isyak
 Solat Fardhu Isyak
 Solat Sunat Ba’diyyah Isyak
 Solat Sunat Taubat (2 Rakaat)
 Solat Sunat Hajat (2 Rakaat)
 Solat Sunat Witir (3 Rakaat)

11.00 mlm Rehat / Tidur

(3) Kekerapan Pelaksanaan Program

Kekerapan pelaksanaan setiap program dan aktiviti mengikut fasa atau tahap
adalah seperti berikut:

Tahap 1: Muahadah

Kekerapan aktiviti berdasarkan program bagi tahap ini ialah:

PROGRAM/AKTIVITI KEKERAPAN
1. Musyahadah 1 kali
2. Terapi mandi
i. Awalan 1 kali
ii. Harian 1 kali sehari
3. Terapi solat
i. Fardhu 5 kali sehari
ii. Sunat Dhuha 1 kali sehari
4. Terapi zikir kalimah Toyyibah 5 kali sehari
5. Terapi Doa dan zikir pilihan 1 kali sehari
6. Sirah Rasulullah SAW. 1 kali sebulan
7. Terapi al-Quran 1 kali sehari
8. Terapi puasa 1 kali minima sebulan

26
Tahap 2: Mujahadah

Kekerapan aktiviti berdasarkan program bagi tahap ini ialah:

PROGRAM/AKTIVITI KEKERAPAN
1. Musyahadah
2. Terapi mandi
i. Harian 1 kali sehari
3. Terapi solat
i. Fardhu 5 kali sehari
ii. Sunat Dhuha 1 kali sehari
iii. Sunat Rawatib 8 kali sehari
iv. Sunat Isyraq
1 kali sehari
v. Qiamullail
1 kali sehari
4. Terapi zikir 5 kali sehari
5. Doa dan zikir 1 kali sehari
6. Sirah Rasulullah s.a.w. 1 kali sebulan
7. Terapi al-Quran 1 kali sehari
8. Terapi puasa 1 kali sebulan (minima)

Tahap 3: Muraqabah

Kekerapan aktiviti berdasarkan program bagi tahap ini ialah:

PROGRAM/AKTIVITI KEKERAPAN
1. Musyahadah
2. Terapi mandi
i. Harian 1 kali sehari
3. Terapi solat
i. Fardhu 5 kali sehari
ii. Sunat Dhuha 1 kali sehari
iii. Sunat Rawatib 8 kali sehari
iv. Sunat Isyraq
1 kali sehari
v. Qiamullail
1 kali sehari

27
4. Terapi zikir 5 kali sehari
5. Doa dan zikir 1 kali sehari
6. Sirah Rasulullah s.a.w. 1 kali sebulan
7. Terapi al-Quran 1 kali sehari
8. Terapi puasa 2 kali sebulan (minima)

28

You might also like