You are on page 1of 6

PENYALAHGUNAAN DADAH PENDAHULUAN

Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amat mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yang agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat Islam.Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia menagih tidak pula berkurangan atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk membasminya. Berhubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk akibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit kronik yang dikenali sebagai HIV (Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome). Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat ini dan berharap mereka akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri.

Pengertian dadah
Drug dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Untuk mentakrif penyalahgunaan kepada `Drug, perkataan `Use, `misuse atau `abuse perlu digunakan bersama-sama perkataan drug. Manakala dalam Bahasa Melayu, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian `penyalahgunaan atau `salahguna tidak boleh diikuti dengan perkataan `dadah sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan `penggunaan atau `penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.

Apa itu dadah?


Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat , merawat atau mencegah penyakit. Dadah akan mengakibatkan ketagihan , kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan. Dadah juga boleh didefinisikan sebagai apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental. Mengikut Risalah kecil Islam Memusuhi Dadah yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas Khas Anti dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993, telah memberi penjelasan seperti berikut : Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam. Takrif ini tidak meliputi alcohol dan tembakau serta ubat yang juga merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan , mencegah atau mengubati penyakit.

PERGANTUNGAN PADA DADAH (DRUG DEPENDENCE).


Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang ujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebihlebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap ujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.Dadah & Ciri-cirinya

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciriciri: Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjung) Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang Diperolehi secara haram Membawa kepada penggantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap dadah Mendatangkan kesan-kesan bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial

Jenis-jenis Dadah Dadah boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:a) Opiat - heroin, morfin, candu dan kodein; b) Kanabis - ganja, hashish; c) Depresen - sedatif-hipnotik jenis barbiturat dan bukan barbiturat serta tranquilizer; d) Stimulan - jenis amfetamin dan kokain; dan e) Halusinogen - lysegic acid diethylamide (LSD), meskalin, psilosibin.
Takrif dadah tidak meliputi bahan-bahan pelarut (gam dan petrol), alkohol dan tembakau walaupun bahan-bahan ini mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari sgi kesannya.

You might also like