You are on page 1of 14

Skru

Skru diperbuat daripada keluli lembut, kuprum atau loyang.


Kegunaannya adalah untuk mengikat bahan kayu dan
logamserta memasangengsel.
Dipasang menggunakan pemutar skru rataatau pemutar
skruPhillips

Boleh ditanggalkan dan dipasang semula.


Saiz- dari kepala hingga ke hujung skru
Skru terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:
Kepala-bentuknya menentukan nama skru. Di
kepalanya ada alur berbentuklurus atau berpalang
membolehkan skru ini berputar dengan pemutar skru
Batang-batang skru ialah bahagian skru di bawah
kepalanya. Bahagianhujungnya dibenamkan hingga ke
hujung tajam
Benang-ia memudahkan skru dimasukkan ke dalam
kayu dan memberi cengkaman yang lebih kuat.
Kebaikan menggunakan skru
Memberi cengkaman yang lebih kuat dan kukuh
berbanding paku.
Skru boleh ditanggalkan dan tidak merosakkan benda
kerja.
Kepala skru boleh digunakan sebagai hiasan.
Cara memasang skru
Pilih dan gunakan skru yang sesuai panjangnya
berdasarkan ketebalan kayu yang dicantumkan.
Gerudi satu lubang kecil yang sama saiz dengan
diameter batang skru pada kayu cantuman.
Benamkan lubang yang telah digerudi dengan gerudi
benam.
Uji saiz lubang benam dengan skru.
Pasang dan ketatkan skru dengan pemutar skru
sehingga kepalanya terbenam.
Jenis-jenis skru
Skru kepala rata
Skru kepala bulat
Skru kepala timbul
Skru kepala segi empat
Skru kepala rata
Diperbuat daripada keluli lembut bergalvani untuk
mencegah pengaratan.
Terdapat juga skru yang diperbuat daripada loyang dan
tembaga mengikut kegunaan.
Skru kepala bulat
Skru kepala ini mempunyai kepala jenis bulat dan
bahagian bawahnya rata.
Digunakan untuk mengikat kayu.
Sebagai perhiasan kerana kepalanya yang berbentuk
bulat.
Diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, loyang dan
tembaga.
Skru kepala timbul
Merupakan cantuman antara skru kepada rata dan skru
kepala bulat tetapi ia diperbuat daripada keluli yang
lebih kuat.
Skru kepala timbul digunakan untuk melekatkan logam
dengan kayu.
Skru kepala timbul juga digunakan bagi mengutamakan
kecantikan serta kekuatan seperti pemasangan engsel
hiasan dan pendakap logam.
Skru kepala segi empat
Skru jenis ini kuat dan diperbuat daripada keluli.
Kepala skru ini mempunyai bentuk segi empat dan
memerlukan spana untuk mengikatnya.
Skru ini digunakan dalam kerja kasar seperti pembinaan
jambatan, pembinaan koc, mesin atau jentera dan lain-
lain lagi.
Bolt dan Nat
Bolt biasanya digunakan bersama dengan nat untuk
mengikat dan mengetatkan dua atau lebih komponen.
Terdapat pelbagai jenis saiz dan bentuk.
Jenis-jenis bolt
Bolt mesin
Bolt pedati
Bolt gerigis
Bolt Mesin
Bolt mesin digunakan sebagai bahan pengikat bahagian
kayu atau logam.
Bolt pedati
Bolt gerigis
Digunakan untuk kerja mencantum atau menyambung
kayu dengan dinding tembok konkrit atau bata.
Bolt ini akan mengembang apabila diketatkan dan
sesuai untuk pemasangan bahagian yang memerlukan
pegangan yang kuat.
Bolt jenis ini biasanya dipasang ke dalam dinding atau
lantai.

You might also like