You are on page 1of 3

AJK KETUA PATROL SANGGAM PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

(PANDU PUTERI)
PISMP AMBILAN JUN 2014
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
OLEH: WONG HUNG CHENG

Saya, Wong Hung Cheng telah dilantik sebagai ahli jawatankuasa ketua
patrol Sanggam untuk perkhemahan unit beruniform pada kali ini. Ahli patrol yang
lain terdiri daripada Ivy Lieu Chai Ling, Ngien Yien Yong, Hemalatha A/P Rajakumar
dan Shalini Naidu A/P Vadivelu. Saya telah bertanggungjawab untuk memastikan ahli
patrol saya sentiasa berada dalam keadaan yang sihat semasa menjalankan
perkhemahan unit beruniform di SMK Teloi Kanan, Kuala Ketil Baling, Kedah
Darulaman pada 7 Mac 2017 hingga 10 Mac 2017. Saya dibantu oleh penolong
patrol saya iaitu Ivy Lieu Chai Ling sepanjang menjalankan perkhemahan unit
beruniform di SMK Teloi Kanan.

Sebelum perkhemahan unit beruniform diadakan, saya dan ahli patrol yang
lain telah mengadakan satu mesyuarat kecil untuk membincangkan aktiviti yang akan
dijalankan kepada murid SMK Teloi Kanan semasa menjalankan perkhemahan unit
beruniform nanti. Kami telah membuat keputusan untuk menjalankan permainan
Polis menangkap Pencuri dalam mesyuarat kecil tersebut. Selepas menetapkan
tajuk permainan, kami juga telah berbincang dan menetapkan peraturan permainan
tersebut. Dalam permainan ini, terdapat tiga watak iaitu pemimpin, polis, pengikut
dan pencuri. Pemimpin memainkan peranan yang amat penting dalam permainan ini.
Pemimpin perlu memberi arahan kepada pengikut untuk mengangkat tangan
mengikut arah iaitu kanan, kiri dan depan untuk menghalang pencuri larikan diri dan
membantu polis untuk menangkap pencuri dengan cepat.

Dalam mesyuarat kecil tersebut, saya juga telah berbincang dengan ahli
patrol yang lain mengenai masakan dan perangkap yang akan dibuat semasa
menjalankan perkhemahan unit beruniform nanti. Perbincangan ini dapat membantu
saya dan ahli patrol untuk menyediakan diri dengan cabaran yang akan dihadapi
sepanjang perkhemahan unit beruniform nanti. Saya juga mengingatkan setiap ahli
patrol saya untuk membaca buku Jom Berkhemah sebelum menjalankan
pekhemahan unit beruniform di SMK Teloi Kanan. Saya dan ahli patrol bekerjasama
untuk memungut ranting kayu bersama-sama sebagai bahan api untuk kegunaan
masakan rimba yang akan dijalankan pada perkhemahan unit beruniform.
Pada awal pagi semasa menjalankan perkhemahan unit beruniform, saya
telah memastikan bahawa ahli patrol saya telah membawa alat dan barang yang
diperlukan sebelum kami bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau
Pinang (IPGKPP). Sepanjang menjalankan perkhemahan unit beruniform, saya telah
memastikan setiap ahli patrol saya melaksanakan tugas yang telah dibahagikan
dengan baik. Sebagai contohnya, saya memastikan bahawa setiap ahli patrol saya
membina gajet yang telah diberikan seperti rak serbaguna, pagar, pintu gerbang dan
rak kasut pada hari pertama perkhemahan unit beruniform. Selain itu, kami juga telah
mendirikan khemah patrol kami. Saya dan penolong ketua patrol telah memastikan
bahawa setiap ahli patrol menjalankan rodaan malam setiap malam mengikut jadual
yang telah ditetapkan. Seterusnya, saya telah memastikan bahawa setiap ahli patrol
saya bangun awal pagi untuk senaman pagi. Saya juga telah memastikan bahawa
khemah patrol kami berada dalam keadaan yang bersih serta dianginkan sebelum
pemeriksaan pagi dijalankan. Di samping itu, saya juga telah memastikan bahawa
ahli patrol saya bekerjasama untuk membuat perangkap dan masakan rimba.

Selepas perkhemahan unit beruniform, saya dan penolong ketua patrol saya
telah memastikan bahawa semua ahli patrol telah mengemaskan tapak
perkhemahan dengan bersih dan kemas. Selepas mengemaskan tapak
perkhemahan, saya juga telah memastikan bahawa semua ahli patrol saya selamat
sampai ke IPG. Selepas itu, saya dan ahli patrol saya bekerjasama untuk membantu
ahli jawatankuasa quartermaster peralatan untuk memulangkan peralatan yang telah
dipinjam dari stor peralatan. Selepas itu, saya dan penolong ketua patrol juga telah
mengagihkan tugas membuat laporan perkhemahan unit beruniform kepada setiap
ahli patrol secara sama rata.

Disediakan oleh,

___________________________

( WONG HUNG CHENG )

AJK DOKUMENTASI PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (PANDU PUTERI),

PELAJAR GURU PISMP AMBILAN JUN 2014.

You might also like