You are on page 1of 16

PENGENALAN

KEPADA RAGUM
Alat yang menggunakan skru untuk
menahan ataupun mencengkam
benda kerja bagi membolehkan
kerja menggerudi, mengisar(mills),
mengikir, skru dan sebagainya.

Ragum yang khas digunakan


dimeja dinamakan ragum meja
sementara, ragum yang digunakan
untuk memegang benda kerja
yang dimesin dinamakan ragum
mesin.
Terdapat sejenis lagi ragum yang
digunakan untuk memegang
benda kerja yang kecil yang hanya
menggunakan tangan.

RAGUM MEJA

BIASANYA DIBUAT DARI BESI TUANG.

TERDIRI DARI JENIS BIASA DAN JENIS


GERAK CEPAT

Rajah menunjukkan bentuk ragum


meja dan bahagian-bahagian ragum
meja dengan lebih jelas.

(f)

(g)

(b)

(a)

(c)

(e)
(d)

(a)

Pengapit
tetap

(b)

Pengapit
berkesot

(c)

Skru
penggerak

(d)

Gelangsar

(e)

Kepala skru

(f)

Bilah
pengapit

(g)

Pengapit
lembut

LANGKAH-LANGKAH
KESELAMATAN SEMASA
MENGGUNAKAN RAGUM MEJA.
(a) Skrunya hendaklah tidak terlalu ketat kerana ini boleh
menyebabkan pengapit ataupun skru itu sendiri
mudah rosak.
(b) Benda kerja hendaklah diapit di bahagian tengah
pengapit supaya ikatannya seimbang.
(c) Elakkan mengetuk atau menukul ragum dengan tukul
besar.
(d) Elakkan mengapit benda kerja panas kerana
kepanasan akan melembutkan pengapitnya.
(e) Seelok-eloknya rapatkan kedua-dua pengapit (tutup)
sekiranya ragum tidak digunakan.

RAGUM MESIN

Biasanya digunakan untuk kerja-kerja jitu di mesin pengisar,


mesin pembentuk, mesin pencanai dan mesi gerudi.
Ia dibuat daripada besi tuang dari gred yang baik
Ragum mesin terdiri daripada tiga jenis, iaitu:
A) Ragum biasa
B) Ragum berkilas
C) Ragum universal

RAGUM TANGAN

Ragum tangan dibuat dari keluli berkarbon yang


ditempa. Ia mempunyai dua bahagian yang
disangga di satu hujung, sementara pengapitnya
terdapat pada hujung yang satu lagi. Ragum
tangan digunakan untuk memgang bendakerja
yang kecil yang dipegang dengan tangan.

RAGUM PAIP

Ragum paip digunakan untuk memegang sebahagian


logam-logam bulat seperti tubes, paip dan sebagainya.
Dalam perkara ini skrunya berdiri tegak dan kerja
rahang bergerak tegak. Ianya mencengkam kerja pada
empat tempat di atas permukaan.

RAGUM CEMAT

Ragum cemat digunakan untuk


memegang bahan-bahan bulat bagi
lengkaran kecil seperti dawai dan
cemat, semasa bekerja.

RAGUM KAKI

Ragum kaki digunakan oleh tukang besi dan sesuai bagi


paluan berat, penyerpai serpihan dan merembas serpihan dan
merembas serpihan kerja. Ragum jenis ini mempunyai kaki
yang memindahkan tanggungan muatan berat pada rahang
kepada lantai. Skru dan hulu ragum kaki adalah lebih berat
dari ragum bangku. Ragum kaki digunakan untuk
membengkokkan logam berat sederhana dan untuk merembas
serpihan berat. Keburukannya adalah rahang ragum selari
pada sebelah sahaja.

RAGUM ALAT
PERTUKANGAN

Ragum alat pertukangan digunakan untuk memegang


kerja-kerja kecil yang mana berkehendakkan
mengikir atau menggerudi dan untuk kerja seperti
membentang atau menyusun kerja kecil. Ia dibuat
dari keluli lembut.

Pengapit Ragum
(Rahang Lembut)
Untuk mengelakkan kerosakan bagi kerja yang dipegang oleh
ragum, pengapit logam lembut atau fibre digunakan untuk
melindungi rahang ragum. Pengapit diperbuat dari loyang
merah (copper), piring ayan atau timah dan dibengkok
dengan penapis untuk menyesuaikan ragum. Pengapit
hendaklah dipasang kemas pada rahang. Pengapit yang
rosak boleh mengganggu dan bahaya kepada jurugegas.

MEJA KERJA

Meja gegas mestilah dibuat kuat dan teguh. Meja kerja lebih kurang
1 meter atau 3 kaki 3 inci daripada lantai ddan dibuat dari
kayu terbaik tebal dan kuat. Ragum dipasang di atasnya
berhampiran salah satu kaki bangku supaya padu dan kukuh.
Ragum hendaklah dipasang pada jarak sekurang-kurangnya
1.5 meter atau 4.5 kaki supaya memberi kesenangan pekerja.
Kandang-kandang ia dipasang dua ragum berhadapan dan
dawai penghadang rapat dipasang antara kedua-dua ragum
tersebut untuk melindungi pekerja terkena serpihan keluli
semasa menggunakan pahat atau memahat.

You might also like