You are on page 1of 6

LAPORAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN


DAERAH LARUT, MATANG DAN SELAMA

NAMA PROJEK:
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT : JOM INDAHKAN PANTAI, SELAMATKAN PENYU

Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan Daerah Larut Matang Dan Selama dengan kerjasama Pusat
Konservasi Dan Penerangan Penyu Jabatan Perikanan Malaysia Pasir Panjang, Segari telah
mengadakan program Khidmat Masyarakat seperti butiran yang berikut;

Tajuk program : Program Khidmat Masyarakat : Jom Indahkan Pantai, Selamatkan


Penyu
Tarikh : 13 Jun 2019
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Pusat Konservasi Dan Penerangan Penyu Jabatan
Perikanan Malaysia, PasirPanjang, Segari
Bilangan peserta : 220 0rang pelajar dan guru
Sekolah yang mengambil bahagian:
1. Smk Tat Beng 15. Smjk Hua Lian
2. Smk Toh Johan 16. Smk Klian Pauh
3. Smk Dato Wan Ahmad Rasdi 17. Smk Kamunting
4. Smk Simpang 18. Smk Kamunting Bakti
5. Smk Matang 19. Smk Taman Panglima
6. Smk Tengku Menteri 20. Smk Kubu Gajah
7. Smk Pengkalan Aur 21. Smk P Treacher Methodist
8. Smk Dato Hj Hussien 22. Smk Sri Kota
9. Smk Dato Kamarudin 23. Smk Darul Ridwan
10 Smk Jelai 24. Smk Kampong Perak
11 Smk Convent 25. Smk Taman Tasik
12. Smk King Edward VII 26. Smk Bukit Jana
13 Smk St George 27. Smk Dr Burhanuddin
14. Smk Kg Jambu
Sekolah yang tidak hadir;
1. Smk Redang Panjang
2. Smk Sungai Bayor
3. Smk Sains Raja Tun Azlan Syah

LAPORAN PROGRAM

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀� 𝐊𝐇𝐈𝐃�𝐀� �𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀� 𝐉𝐎� 𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍�𝐀𝐈, 𝐒𝐄𝐋𝐀�𝐀�𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘�

Panitia Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) Daerah Larut Matang dan Selama
(LMS) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Jom Indahkan Pantai, Selamatkan Penyu
bertempat di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu di Pantai Pasir Panjang. Program ini telah
dikelolakan oleh SMK Tat Beng, Trong, Perak selaku tuan rumah dengan kerjasama Pusat
Konservasi dan Penerangan Penyu, Jabatan Perikanan Malaysia, Pasir Panjang, Segari, Perak.
Program selama sehari bermula jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini telah dihadiri oleh 30 buah
sekolah menengah dari daerah LMS yang mana setiap sekolah diwakili oleh lima orang peserta.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah memberi makan penyu, membersihkan kolam penyu,
melukis mural, pertandingan mengutip sampah di pesisir pantai, pertandingan membuat arca pasir,
ceramah kesedaran dan pemuliharaan penyu, kuiz kesedaran alam sekitar dan penyu, memaku label
nama pokok dengan nama tempatan dan saintifik oleh setiap sekolah, dan melepaskan anak penyu
ke laut.

Program khidmat masyarakat ini telah dirasmikan oleh Cik Nazilah Binti N. Anver Batcha,
Penolong PPD Bahasa Inggeris (Rendah), PPD LMS. Setelah ucapan perasmian selesai acara
penyampaian hadiah kepada pemenang dan cenderamata serta sijil penghargaan diadakan. Program
berakhir pada jam 4.00 petang. Aktiviti melepaskan anak penyu ke laut hanya dilakukan oleh
Persatuan Pelajar Tingkatan Enam SMK Tat Beng pada jam 6.30 petang.

SMK Tat Beng selaku pihak pengelola mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
sekolah yang terlibat, Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pasir Panjang, Pejabat Hutan
Daerah Kinta Manjung, Majlis Perbandaran Manjung Bank Persatuan Taiping serta semua yang telah
terlibat dalam menjayakan program ini.

LAPORAN BERGAMBAR

Perjumpaan awal bersama-sama Pengarah Mesyuarat Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan


Pusat Konservasi Peringkat Daerah
Mesyuarat Panitia Sivik Dan Kewarganegaraan Peringkat Daerah

Membersihkan kolam penyu


Pertandingan mengutip
sampah

Memberi makanan kepada penyu

Menampal papan tanda nama pokok dengan nama saintifik


Taklimat dan kuiz pemeliharaan penyu

Melepaskan anak penyu ke laut

Bergambar persama-sama wakil PPD,


Pengetua SMK Tat Beng dan peserta
program
pertandingan membina arca pasir

ucapan dan penyampaian cenderamata

melukis mural di pintu masuk pusat konservasi

disediakan oleh
HANIJAH SELAMAT
KETUA PANITIA PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
SMK TAT BENG

You might also like