You are on page 1of 15

PENYALAHG

UNAAN
DADAH
KUMPULAN 5
1) MOHD AZUWAN BIN REJI
2) SHAHIQMAH BINTI SELI
3) IRA RICHEL BENEDICT
DEFINISI PENYALAHGUNAAN DADAH
DEFINISI KONSEPTUAL
 Menurut MacDonald (1989) penyalahgunaan dadah didefinisikan sebagai pengambilan
apa sahaja jenis dadah kebiasaannya melalui “self-administration” yang menyimpang
daripada kegunaan yang dibenarkan oleh perubatan dan pola (pattern) sosial dalam
lingkungan sesuatu budaya.

DEFINISI OPERASIONAL
 Pengambilan sebarang jenis dadah sama ada yang haram ataupun tidak oleh peserta
kajian untuk kegunaan yang menyimpang daripada kegunaan asal dadah.
KEGUNAAN DADAH DALAM PERUBATAN
• KETAMIN
 Ketamin atau pil kuda merupakan sejenis dadah yang digunakan untuk menenangkan
kuda.

• SYABU
 Syabu digunakan untuk menyelesaikan masalah tidak dapat fokus di tempat kerja, mudah
diganggu dengan angan-angan, menghilangkan rasa gelisah atau rasa terganggu.

• HEROIN
 Heroin diberikan kepada ibu-ibu hamil untuk melegakan rasa sakit yang amat sangat dan
mengurangkan tekanan.
• GANJA
 Ganja digunakan sebagai penahan sakit dalam badan dan membantu melawan
keradangan.

• COCAINE
 Kokain masih digunakan oleh pakar seperti pakar mata, hidung dan tekak sebagai
anistetik dalam pembedahan.

• ECSTASY
• Mampu untuk menyembuhkan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).
• Dalam persekitaran klinikal, peningkatan serotonin yang disebabkan oleh dadah ini
menyebabkan pesakit menjadi lebih tenang dan gembira, dan mampu berhubung secara
lebih baik dengan pakar terapi.
• Pesakit menjadi lebih terbuka dan rawatan menjadi lebih mudah bagi semua individu
yang terlibat.
ECSTASY
KETAMINE

HEROIN SYABU
JENIS-JENIS DADAH YANG KERAP
DISALAHGUNAKAN
 Depresen (penenang)
** Sedatif, Barbiturat dan Nikotina
1) Melambatkan tindak balas rangsangan
2) Mengurangkan tekanan jiwa
3) Mententeramkan

 Antidepresen
** Opum dan Marfina
1) Mengurangkan rasa sakit dan tekanan mental
2) Menyebabkan tidur
 Halusinogen
** LSD, Marijuana,Ganja dan Meskalina
1) Khayalan dan halusinasi (berfantasi)

 Inhalan
** Petroleum, Pelarut Organik dan Gam
1) Halusinasi dan tidak sedarkan diri
2) Meningkatkan degupan jantung

 Stimulan (perangsang)
** Kafeina, Kokaina, Anfetamina dan Nikotina
1) Merangsang aktiviti sistem saraf
2) Meningkatkan kepekaan dan mengurangkan kelesuan
Inhalan
Halusinogen

Antidepresen
Barbiturat
KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH
KESAN TERHADAP INDIVIDU
1. Bersikap tidak bertanggungjawab terhadap kerja atau persekolahan.
• Penagih dadah akan kehilangan semangat untuk belajar dan mengabaikan kerja sekolah
mereka.
• Hal ini dikatakan sedemikian kerana, berlaku tindak balas daripada dadah yang
menyebabkan mereka berada dalam dunia yang tidak wujud.

2. Penagih dadah akan menjadi kurus, lemah tenaga dan kelihatan berada dalam
khayalan.
• Penagih menjadi terlalu kurus disebabkan kandungan dadah yang merbahaya.
• Penagih dadah akan berasa cepat letih terutamanya apabila ketagihan dadah.

3. Berubah menjadi panas baran, pengsan dan kehilangan tenaga seks.


• Penagih dadah menjadi seorang yang panas baran kerana kitaran darah dalam badan
penagih menjadi lebih cepat.
• Kekurangan wang untuk membeli dadah akan menambahkan lagi sikap panas baran mereka.
KESAN TERHADAP KELUARGA
1. Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.
• Sesiapa yang menagih dadah akan mencemarkan nama baik sesebuah institusi keluarga
dan masyarakat akan memandang buruk kepada penagih dan keluarga penagih tersebut.

2. Menghancurkan harapan ibu bapa.


• Mereka yang menagih dadah telah mengecewakan ibu bapa mereka kerana mereka
seperti bangkai bernyawa yang tiada faedah kepada diri sendiri atau keluarga.

3. Membebankan anggota keluarga.


• Ahli keluarga terpaksa mengeluarkan banyak wang ringgit dan tenaga dihabiskan bagi
memulihkan penagih yang terjerumus dalam kancah penagihan dadah.
KESAN TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
1. Ekonomi negara terjejas.
• Ekonomi negara tidak dapat berjalan dengan baik akibat daripada kadar tenaga buruh
yang kurang untuk menggerakkan proses ekonomi apabila jumlah penagih dadah
semakin bertambah.
• Malahan negara terpaksa mengeluarkan sejumlah besar perbelanjaan untuk memulihkan
penagih dadah di seluruh negara dan hal ini akan menjejaskan ekonomi negara.

2. Menjejaskan kesopanan
• Seseorang penagih dadah sudah tentu tidak berada dalam keadaan yang waras dan hal
ini akan membawa kepada berlakunya sikap tidak sopan kepada orang lain.

3. Melemahkan perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat.


• Perpaduan akan semakin sukar dicapai apabila berlakunya penyalahgunaan dadah yang
berleluasa dalam kalangan masyarakat tanpa mengira kaum.
• Pembangunan dan kemajuan masyarakat juga akan terbantut disebabkan penagih dadah
yang semakin bertambah dalam kalangan masyarakat apabila tidak dibendung dengan
sebaik mungkin.
LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH
PENYALAHGUNAAN DADAH
1) Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan dan sikap yang baik.
 Mengenali jenis dadah yang menyebabkan ketagihan.
 Memastikan kita meminum ubat yang telah ditetapkan oleh seseorang doktor untuk
sesuatu penyakit dan jangan berlebihan.

2) Hadapi tekanan rakan sebaya dengan berkesan.


 Bertindak tegas.
 Berani untuk mengatakan tidak.

3) Peka dengan persekitaran anda.


 Memahami bahawa bukan semua perlakuan orang dewasa boleh ditiru.
 Elakkan keadaan dan persekitaran yang berisiko.
RAWATAN UNTUK PENAGIH DADAH
 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Program Rawatan Terapi
Gantian (CTG) Dadah sejak tahun 2005.
 Menggantikan dadah seperti heroin dan morfin yang mempunyai tindakan yang sama
tetapi mempunyai tahap ketagihan dan gian yang lebih rendah.
 Contoh ubat di Malaysia ialah Methadone.
 Methadone hanya boleh dimulakan oleh doktor dengan pengawasan perubatan dan sesi
kaunseling yang telah ditetapkan.
 Ia diberikan untuk mengawal ketagihan akibat pengambilan heroin/morfin di samping
dapat mencegah tanda-tanda pengunduran ketagihan dadah.
 Jika diambil mengikut dos yang betul, Methadone bertindak mengawal ketagihan dan
tanda-tanda pengunduran tanpa menyebabkan rasa sangat gembira (euphoris), khayal
atau kesan hilang rasa sakit.
RUJUKAN
1. Abdul Ghafar Taib, 1989, Bersama Perangi Dadah: Penerbitan Sri Kenanga Sdn. Bhd.
2. Abdul Ghafar Taib, 1989, Dadah dan Pencegahannya di Malaysia: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
3. Abdul Ghafar Taib, 1998, Dadah: Strategi dan Kawalan di Sekolah-Sekolah, Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. www.myhealth.gov.my/methadone
5. http://www.myhealth.gov.my/isu-penyalahgunaan-dadah/
SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like