You are on page 1of 14

PENYALAHGUNAAN BAHAN

KESIHATAN TERLARANG
JENIS DAN PENYALAHGUNAAN BAHAN
KESIHATAN
 PENGGUNAAN BAHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN KEPENTINGAN RAWATANNYA. ANTARA
BAHAN YANG SERING DISALAHGUNAKAN IALAH ROKOK, ALKOHOL, GAM, UBAT BATUK DAN
DADAH. MENJADIKAN SESEORANG KETAGIH.
 BAHAN-BAHAN TERSEBUT BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN DAN MENJADIKAN SESEORANG
HILANG PERTIMBANGAN. MERUPAKAN MASALAH UTAMA KEPADA NEGARA.

1. PENGHIDU GAM
2. PENYALAHGUNAAN UBAT BATUK
3. PENYALAHGUNAAN AMPHETAMINE
4. PENYALAHGUNAAN DADAH
PENGHIDU GAM

 Pengalaman anda dengan menghidu lem mungkin jauh berbeza daripada pengalaman orang lain. Di samping itu, kesan
satu cubaan mengendus gam boleh menjadi lebih teruk daripada pengalaman sebelumnya atau seterusnya.
 Kegagalan pernafasan akut adalah keadaan yang berpotensi membawa maut yang boleh berlaku apabila sesuatu
mengganggu kemampuan anda untuk bernafas atau secara langsung mempengaruhi paru-paru anda. Ini menghalang
jumlah oksigen yang mencukupi daripada sampai ke seluruh badan.
 Pendedahan bahan kimia dalam gam boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur (aritmia). Dalam beberapa kes,
irama yang tidak normal boleh menyebabkan kegagalan jantung yang membawa maut. Ini dikenali sebagai sindrom
kematian secara tiba-tiba menghidu (SSDS), dan ia boleh berlaku hanya dengan satu percubaan.
 Risiko kesihatan serius lain yang berkaitan dengan menghidu lem termasuk:
• sawan
• kerosakan hati
• kerosakan buah pinggang
• tercekik (sering dari muntah)
• kecederaan yang disebabkan oleh penilaian buruk, seperti jatuh atau kemalangan kereta
 Selain komplikasi kesihatan yang serius, terdapat juga gejala dan akibat jangka pendek
dari menghidu lem. Antaranya ialah:
• ruam pelekat - ruam di sekitar mulut yang memanjang ke bahagian tengah wajah
• sakit kepala
• sakit perut
• perubahan mood dan pertengkaran
• kelihatan mabuk
• penurunan kemahiran berfikir, tumpuan, dan kemampuan membuat keputusan
• kebas
• kehilangan koordinasi
• keletihan
• penilaian terganggu
• kehilangan kesedaran
PENYALAHGUNAAN UBAT BATUK
DAN AMPHETAMINE
Jenis ubat Kesan Ketagihan Yang Ingin Dialami Kesan Buruk Ke Atas Kesihatan

Mengantuk, sembelit dan menurunkan kadar


Rasa gembira dan teruja. Ia bertindak ke atas pernafasan. Penurunan kadar pernafasan
Ubat tahan sakit yang mengandungi opiod
reseptor yang sama seperti yang disasarkan berlaku terutamanya apabila opiod diambil
oleh heroin. melalui hidung atau injeksi ataupun dengan
kombinasi ubat lain dan alcohol

Mengurangkan rasa resah dan menurunkan Tekanan darah, menurunkan kadar pernafasan
Ubat tidur dan penenang
kadar aktiviti otak yang akan menyebabkan yang boleh menyebabkan kematian apabila
mengantuk dan hilang koordinasi dan memori diambil bersama alcohol.

Meningkatkan kadar denyutan jantung, tekanan


Ubat perangsang Rasa gembira, meningkatkan tenaga dan tahap
darah, mengurangkan berat badan, serangan
Contoh : Amphetamine, keyakinan
jantung, strok/angin ahmar

Fungsi motor terjejas, kebas, loya dan muntah,


Dos yang tinggi bertindak ke atas sel reseptor meningkatkan kadar denyutan jantung dan
yang disasarkan oleh phencyclidine (PCP) dan tekanan darah. Selain itu,terdapat juga kes
Ubat batuk dan selsema
ketamine yang menyebabkan kesan keterujaan kerosakan otak apabila kadar pernafasan
dan ghairah menurun menyebabkan kekurangan oksigen ke
otak.
Rawatan Ketagihan Ubat

Rawatan Ketagihan Ubat

 Rawatan bagi ketagihan ubat adalah melalui 2 cara iaitu melalui tingkah laku (behavioral) dan ubat-ubatan. Kajian yang
menunjukkan rawatan ketagihan ubat adalah lebih berkesan apabila pesakit menggunakan kedua-dua rawatan melalui
perlakuan pesakit dan ubat.

 Rawatan melalui tingkah laku membantu mengajar pesakit berfungsi tanpa ubat, mengawal ketagihan, mengelakkan diri dari
situasi menggunakan ubat serta mengendalikan diri apabila ketagihan berulang.
Fakta Penyalahgunaan Ubat

 Peningkatan penyalahgunaan ubat preskripsi dan OTC telah dilaporkan di beberapa buah negara sejak beberapa tahun
kebelakangan ini. Di Australia dan Amerika Syarikat, penyalahgunaan ubat preskripsi adalah lebih tinggi berbanding dadah
terlarang kecuali kanabis. Pesakit mendapatkan ubat preskripsi melalui preskripsi yang diperoleh secara rasuah, preskripsi
palsu, penjualan secara haram di klinik dan Farmasi, penyalahgunaan antara keluarga, penjualan haram antara pesakit dan ubat
cemar palsu yang boleh diperolehi melalui internet.
 Secara umum, golongan lelaki lebih banyak terlibat dengan penggunaan dadah terlarang. Walau bagaimanapun, data dari
tahun 2005 hingga 2010 yang diperolehi dari Europe dan Amerika Selatan menunjukkan golongan wanita lebih banyak
menggunakan ubat tidur dan penenang.
 Berdasarkan laporan Drug Abuse Warning Network 2004, sebanyak 1% kes melibatkan ubat yang dirujuk di wad
kecemasan Amerika Syarikat adalah disebabkan dos Dextromethorphan yang berlebihan dan sebahagian daripada kes tersebut
melibatkan pesakit berumur 12 hingga 20 tahun.
PENYALAHGUNAAN DADAH

 Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah yang
berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada
kenyataan.

 Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya boleh mengganggu
kehidupan seharian ” Penyalahgunaan dadah / bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahgunaan dadah yang akhirnya
boleh mengganggu kehidupan seharian.
 Penagih dadah cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun:
• Berlaku masalah dalam diri atau masyarakat
• Sering terlibat dengan masalah perundangan akibat penyalahgunaan dadah
• Meletakkan diri dalam situasi yang berbahaya
Apakah penagihan dadah?

 Penagihan dadah dikenali sebagai bergantung dengan dadah.


 Penagihan dadah bermula apabila seseorang itu:
• Memerlukan dos yang lebih tinggi untuk mencapai kesan yang diingini
• Mula menunjukkan sifat-sifat ketagih apabila penggunaannya dihentikan
• Terpaksa meningkatkan jumlah dadah yang lebih banyak dan tempoh penggunaan yang lebih lama
 Penagihan dadah juga akan membuatkan seseorang hilang kawalan diri.
 Kebiasaannya, penagih dadah akan menghabiskan masa untuk melakukan aktiviti seperti mencari pengedar,
membeli dan menggunakan dadah, begitu juga mendapatkan wang bagi membeli dadah.
 Apabila seseorang ketagih atau bergantung kepada dadah secara fizikal dan psikologi, akan wujud keinginan yang
melampau untuk mengambil atau berterusan menggunakan dadah dalam apa cara sekali pun.
 Ini akan mendatangkan kesan yang buruk kepada diri mereka dan masyarakat sekeliling.
Apakah istilah-istilah yang perlu diketahui?
 Dadah Psiko aktif
• Mempunyai kesan terhadap tingkah laku dan kesedaran
• Contohnya; valium, ganja.
 Dadah bukan Psiko aktif
• Tidak memberi kesan terhadap tingkah laku. Kurang kesan ketagihan.
 Kebergantungan
• Keinginan fisiologi dan psiko logikal pada dadah untuk mendapatkan keseronokan dan mengelakkan rasa ketagih
• Dalam pergantungan fisiologi, ia menjadikan pemikiran, emosi dan perlakuan tertumpu kepada dadah setiap masa
• Dalam pergantungan fizikal, kesan dadah seperti kegembiraan melampau akan mewujudkan keinginan yang
melampau kepada dadah tersebut
• Gian pula akan mewujudkan perasaan negatif dan ini akan menyebabkan penagih perlu mengambil dadah kembali
bagi mengelakkan perasaan negatif tersebut
 Gejala Kesan Sampingan
• Satu sindrom fizikal dan psiko logikal yang negatif akibat pemberhentian penggunaan dadah dengan mendadak.
 Lali
• Memerlukan jumlah dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan psiko logikal yang sama.
Bagaimana mengetahui seseorang itu terlibat
dalam penyalahgunaan dadah?
 Resah, gelisah
 Prestasi kerja atau akademik yang merosot
 Mencuri wang atau apa saja sama ada di rumah, sekolah atau di tempat kerja
 Perubahan sikap secara mendadak seperti tabiat makan, tidur dan aktiviti harian
 Perubahan emosi secara tiba-tiba
 Bercakap merepek
 Mengabaikan penampilan diri
 Menghindari kawan biasa yang tidak mengambil dadah
 Berkelakuan mencurigakan seperti menghabiskan banyak masa di bilik air atau bilik tidur dan rasa curiga yang
keterlaluan kepada yang lain
 Kelihatan letih, penat dan mamai
Rawatan

 Ketagihan adalah bersifat psikologi. Mereka yang telah kronik dalam penyalahgunaan dadah sukar disembuhkan.
Pertolongan dari mereka yang profesional amat diperlukan.
 Rawatan untuk ketagihan boleh didapati di hospital, klinik atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
 Rawatan termasuk:
 Detoksifikasi
• Menghilangkan kesan dadah di dalam badan
 Terapi kelakuan
• Menggalakkan sikap yang baik dan menghilangkan rasa pergantungan
 Kaunseling – Memberi motivasi dalam menangani masalah dadah dan kembali menagih
 Terapi penggantian dadah
• Memaksimumkan keadaan bebas dadah semasa proses pemulihan
• Methadone – Ketagihan ubat penenang
• Nikotin – Ketagihan rokok

You might also like