You are on page 1of 25

BAHAGIAN 2

ALKOHOL
TAJUK 1
KENALI ALKOHOL

Tahukah rakan-rakan, apa itu alkohol?

Alkohol adalah sejenis bahan kompoun organik yang terhasil


daripada proses pemeraman kanji atau gula dalam pelbagai buah-buahan
serta bijirin. Alkohol juga merupakan minuman yang mengandungi lebih
daripada 2% ethanol serta merangkumi minuman alkohol yang diambil bagi
tujuan perubatan seperti tonik kesihatan. Alkohol sinonim dengan arak atau
minuman keras. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan
kesan ketagihan dan pergantungan. Selalunya ia diminum ketika bersosial
atau digunakan untuk mempertingkatkan “moods”.

Minuman alkohol juga dikategorikan sebagai dadah. Ini kerana ia


dapat memberi kesan ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak dan ia
dapat memberi kesan terhadap badan peminumnya. Seorang yang ketagih
pada alkohol mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk meninggal dunia
15 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh penyakit
jantung, kanser, kemalangan, dan bunuh diri.

Rakan-rakan semua,

Menurut laporan dari World Health Report pada tahun 1991,


Malaysia merupakan salah sebuah negara yang tinggi penggunaan alkohol.
Penyakit-penyakit yang disebabkan oleh penggunaan alkohol yang
berlebihan seperti kanser semakin meningkat. Meminum minuman
beralkohol akan menyebabkan seseorang menjadi mabuk, pening, tidak
sedarkan diri, terlena, dan sebagainya. Ia boleh mengakibatkan ketagihan
jika selalu diminum. Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk
seperti bir, wain, brandi dan wiski. Amalan meminum minuman beralkohol
merupakan suatu tabiat buruk. Masalah ini di tahap serius yang sama
dengan masalah-masalah sosial lain. Semakin hari masalah ini semakin
meruncing.

Biasanya minuman keras mengakibatkan atau menimbulkan hal yang


negatif bagi si peminumnya. Kebanyakan agama mengharamkan
pengambilan arak. Manakala di kebanyakan negara pula, penjualannya
dikawal oleh kerajaan kerana ia boleh memberi kesan berbahaya kepada
kanak-kanak.

Di pasaran ada tiga jenis arak yang popular iaitu:

i. Bir - yang dibuat dari biji-bijian dan mengandungi 3-6% alkohol


terdiri daripada jenis-jenis seperti shandy dan stout.

ii. Wain - yang diperbuat daripada buah-buahan dan mengandungi 11-


14% alkohol.
iii. Liquor - dihasilkan dengan memeram ataupun mendidihkan bahan
makanan sehingga menjadi arak dan ia mengandungi 40-50%
alkohol, iaitu terdiri dari jenis-jenis seperti vodka dan whisky.

Alkohol juga merupakan sejenis dadah psikoaktif yang tergolong di dalam


kategori dadah pendepres sistem saraf pusat. Pengambilan alkohol secara
berlebihan dan tidak terkawal dikenali sebagai alkoholisme. Antara simptom
yang selalu berlaku ialah keketaran, hilang selera makan, sukar tidur,
muntah-muntah, hilang ingatan, sakit kepala, halusinasi dan sawan.
Simptom ini berlaku 6 hingga 48 jam selepas dos yang terakhir diambil.
Sindrom yang lebih serius dipanggil delirium tremens yang berlaku antara
48 hingga 96 jam selepas dos yang terakhir. Penghidap akan mengalami
kekeliruan, halusinasi serta pengaktifan sistem saraf yang teruk hingga
boleh menyebabkan kematian.
TAJUK 2
ARAK PEROSAK MINDA

Minuman beralkohol, biasanya dikenali juga sebagai minuman keras, atau


arak. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan
ketagihan (addiction) dan pergantungan (dependance). Minuman alkohol
juga tergolong sebagai sejenis dadah, oleh kerana ia dapat memberi kesan
ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak serta kesan terhadap tubuh
peminumnya.

Pada masa kini, amalan meminum minuman keras telah menjadi


suatu ‘penyakit’ yang kian menular dalam kalangan masyarakat. Lebih
membimbangkan, para remaja juga sudah mula berjinak-jinak dengan
kegiatan meminum minuman keras ini dengan alasan membuat mereka
kelihatan lebih dewasa, matang dan ‘macho’. Malangnya kedewasaan
seperti ini boleh menjerumuskan para remaja kita ke arah masalah
kesihatan seperti sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser,
keracunan alkohol yang teruk dan juga kemalangan.

Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandung etanol.


Etanol adalah bahan psikoaktif dan pengambilannya menyebabkan
penurunan terhadap kesedaran manusia. Pengambilan alkohol yang
berlebihan akan menyebabkan kesan sampingan Ganggguan Mental
Organik (GMO), iaitu gangguan dalam fungsi berfikir, perasaan, dan
tingkahlaku. GMO ini adalah disebabkan kesan langsung alkohol pada sel-
sel saraf pusat. Sifat adiktif alkohol juga tanpa disedari akan menyebabkan
keracunan atau mabuk.
Mereka yang terkena GMO biasanya mengalami perubahan
tingkahlaku seperti ingin berkelahi atau melakukan tindakan kekerasan,
tidak mampu menilai kebenaran, terganggu fungsi sosial, dan pekerjaan.
Perubahan fisiologi juga terjadi seperti cara berjalan yang tidak teguh, muka
mejadi merah atau mata juling. Perubahan psikologi yang dialami oleh si
peminum alkohol adalah mudah tersinggung, bercakap tidak tentu hala dan
kehilangan tumpuan.
TAJUK 3

KESAN PENGAMBILAN ALKOHOL

Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada


jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Pada
dasarnya terdapat dua kesan yang ketara pada penagih alkohol iaitu kesan
jangka pendek dan jangka panjang.

Kesan jangka pendek pengambilan alkohol lebih kurang satu botol besar
menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh
berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu. Dalam masa yang
singkat ini juga boleh menyebabkan hangover. Hangover lazimnya
disebabkan oleh keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan
tindakbalas ketagih alkohol. Tanda-tanda hangover alkohol termasuklah
sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan
menggeletar selama 8 hingga 12 jam kemudian.

Kesan jangka panjang akan dirasai selepas meminumnya selama


beberapa bulan atau tahun. Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati
atau penyakit dalam perut. Bila situasi ini berlaku mereka akan kurang
selera makan, kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau
kekurangan haid. Kematian yang awal adalah lebih kerap pada orang yang
kuat minum, terutamanya daripada sakit jantung atau hati, radang paru-
paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk, kemalangan, pembunuhan dan
pembunuhan diri.
Masalah ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan,
kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan, masalah
rumah tangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan moral dan
sebagainya. Kesan samping terlalu banyak minuman beralkohol juga
melumpuhkan sistem kekebalan tubuh badan. Penagih alkohol juga mudah
dijangkiti virus termasuk HIV. Mereka yang sudah ketagihan biasanya
mengalami suatu gejala yang disebut sindrom putus alkohol, iaitu rasa takut
diberhentikan minum alkohol. Mereka akan selalu merasa gementar,
jantung berdebar-debar, cemas, gelisah, murung, dan banyak berhalusinasi.
Oleh itu, hindarilah dari meminum minuman tersebut kerana jelas
keburukan alkohol jauh mengatasi kebaikannya.

Oleh kerana golongan remaja ini adalah golongan yang suka kepada
cabaran dan tingkahlaku yang berisiko, pengambilan alkohol akan lebih
mendedahkan remaja kepada tingkahlaku yang merbahaya akibat hilang
pertimbangan kerana pengaruh alkohol seperti memandu dalam keadaan
mabuk atau terlibat dengan perlumbaan motor haram. Apabila mereka telah
mabuk, tanpa mereka sedari, mereka juga akan terdedah kepada
penyalahgunaan dadah. Bagi remaja wanita pula, mereka mungkin akan
menjadi mangsa perkosaan dan seterusnya terdedah kepada masalah
kandungan luar nikah dan penyakit kelamin.
Pengambilan alkohol oleh para remaja akan memberi banyak kesan negatif
yang akan mempengaruhi proses pertumbuhan fizikal dan jasmani remaja
tersebut seperti berikut:

Kesan kepada Psikososial


1. Proses pembelajaran akan terganggu. Pelajar tidak dapat memberi
penumpuan kepada pelajaran.
2. Remaja / pelajar tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng
sekolah) dan ini akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran
yang akan merosot.
3. Masalah kenakalan remaja, dimana remaja terlibat dengan masalah
tingkahlaku ‘delinquency’. Berkawan dengan pelajar yang
bermasalah dan terjebak dengan aktiviti negatif yang lain. Tekanan
ekonomi untuk memperolehi kewangan untuk membeli alkohol akan
mendorong pelajar untuk terlibat dengan kegiatan jenayah, seperti
mencuri dan lain-lain.
TAJUK 4
ALKOHOL MADU BERACUN

Hampir setiap agama di dunia ini melarang tabiat meminum alkohol atas
beberapa alasan yang berlandaskan kesihatan dan budaya. Kesan
ketagihan alkohol bukan bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah
alkohol yang diminum pada satu-satu masa.

Berikut adalah kesan pengambilan alkohol:


 Kesan jangka pendek.
Menyebabkan ‘Hangover’ akibat keracunan alkohol iaitu sakit
kepala, loya, muntah, cirit-birit, gangguan pergerakan usus dan
menggelentar selama 8 hingga 12 jam kemudian.
 Kesan jangka panjang.
Terdedah kepada penyakit jantung, penyakit hati atau penyakit
dalam perut malahan membawa kepada kematian awal.

Kesan pengambilan alkohol dapat dilihat secara terperinci pada bahagian-


bahagian berikut:
 Kesan pada otak.
Darah beralkohol yang dibawa ke otak akan mempengaruhi
kelakuan dan tindakan yang tidak terkawal seperti sifat kurang malu,
fikiran bercelaru, dan hilang pertimbangan.
 Kesan pada hati.
Setiap kali minum alkohol, hati akan cedera lalu sel hati akan mati
dan menjadi parut yang seterusnya akan mengurangkan fungsi hati
malahan hati mungkin tidak berfungsi langsung yang dipanggil
Sirosis hati yang boleh membawa maut. Hepatitis juga akan berlaku
jika terdapat lebihan toksik alkohol dalam hati.
 Kesan pada saraf.
Membawa kepada pelbagai penyakit seperti Sindrom Wernicke-
Korsakoff dan kerosakan sel-sel otak seterusnya membawa kepada
kompilasi psikiatri.
 Kesan pada perut.
Menyebabkan kerengsaan perut (gastrik) yang boleh membawa
kepada ulser perut.
 Kesan pada janin.
Jika peminum hamil ciri-ciri kecacatan mungkin berlaku kepada janin
seperti kurang berat badan, saiz kepala kecil berbending tubuh,
keadaan muka yang rata, dan lemah-lemah sendi.

Jelaslah alkohol mampu memudaratkan diri seseorang, maka jauhilah


bahan ini demi hidup yang sihat dan sejahtera.
TAJUK 5
JENIS-JENIS ALKOHOL

Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol lebih


daripada 5%. Berikut adalah antara jenis-jenis alkohol :

Adalah pati buah anggur yang diragikan. Kemudian memlalui


Anggur / Wine
proses pemeraman selama beberapa tahun untuk menghasilkan
anggur yang matang. Jumlah kandungan alkohol antara 8% hingga
14%. Daripada proses pemeraman, wine ini terbahagi kepada
empat:
a. Aromatized Wine - berasal dari pemeraman buah anggur
putih ditambah aroma tertentu dan ditinggikan jumlah alkohol
dengan menambahkan minuman spirit seperti red martini
rossi.
b. Natural Wine – pemeraman dari pati buah anggur yang baru
dipetik.
c. Sparkling Wine – pemeraman dengan penambahan gula
pada pemeraman kedua sehingga terdapat gelembung
udara. Contoh champagne.
d. Fortified Wine – hasil pemeraman dengan menambahkan
gula dan spirit.

Merupakan alkohol yang berwarna jernih yang diolah melalui proses


Spirit
pemeraman yang berulang dan ia memiliki kadar alkohol yang tinggi iaitu
antara 36% hingga 45%. Spirit terbahagi kepada dua iaitu :
Liqours – ia berasal dari padi-padian. Kadar alkoholnya tinggi dan tidak
berasa manis. Contoh liqours seperti brendi, cognac, tequila, vodka, rum dan
wiski.
Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 33
Liqueurs – merupakan campuran daripada liquors dan ditambah perasa
seperti Tia Maria atau kah lua.
Bir Merupakan
minuman yang diperoleh dari hasil peragian malt dan
hop. Ia memiliki kadar alkohol 3% - 5%.

Arak dan Sake Ia berasal dari beras dan mengandungi kadar alkohol antara 16% -
30%.

Sejenis minuman yang dihasilkan daripada proses pemeraman

Tuak nira, beras atau bahan minumam atau buah yang mengandungi
gula. Ia merupakan minuman yang mengandungi alkohol. Kadar
alkohol yang terkandung di dalam minuman tuak adalah berbeza.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 34


TAJUK 6
KESAN ALKOHOL KEPADA KESIHATAN TUBUH

Kesan jangka pendek


Pada kuantiti yang rendah, seseorang akan hilang rasa malu. Pada kuantiti
yang lebih tinggi, ia menyebabkan seseorang menjadi mudah marah,
mempunyai pertuturan yang tidak lancar, hilang imbangan semasa berjalan,
kecelaruan fikiran dan tidak sedarkan diri.

Kesan jangka panjang


a. Ketagihan
- Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum
bagi mencapai kesan yang sama.
- Sindrom tarikan akan timbul apabila individu berhenti atau
kurang mengambil alkohol setelah menggunanya secara
berterusan buat tempoh yang lama. Antara tanda-tanda sindrom
tarikan adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian untuk
mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila, sawan dan
meracau.
b. Kesan pada sistem saraf
- Kesan-kesan kekal pada otak dan saraf adalah seperti hilang
ingatan dan kebas.
c. Kesan-kesan pada sistem penghadaman
- Penyakit hepar seperti hepatitis, sirosis dan kanser.
- Muntah darah
- Radang kelenjar pankreas
- Anemia
- Kekurangan zat makanan

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 35


d. Kesan pada sistem kardiovaskular
- Tekanan darah tinggi
- Strok
- Kerosakan otot jantung

e. Kesan psiko-sosial
- Cemburu buta
- Murung
- Bunuh diri
- Penderaan terhadap keluarga

Pengambilan alkohol oleh para remaja memberi banyak kesan negatif yang
mempengaruhi proses pertumbuhan dan perkembangan remaja tersebut.
Antara kesan negatif tersebut adalah seperti berikut:

Terhadap Kesihatan
Pengambilan alkohol bermula pada peringkat umur yang muda,
sudah tentu dalam jangka panjang kesan terhadap keadaan
kesihatan remaja akan bertambah teruk. Penggunaan alkohol yang
berlebihan boleh menyebabkan kemandulan dan gangguan haid
pada wanita. Alkohol juga akan meningkatkan risiko terjadinya
keguguran atau ‘abortion’ dan juga kelahiran pra-matang.

Proses Pembelajaran Akan Terganggu


Remaja tidak dapat memberi penumpuan kepada pelajaran.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 36


Ponteng Kelas Atau Sekolah

Remaja tidak menghadirkan diri ke sekolah (ponteng sekolah). Ini


akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran yang akan
merosot.

Masalah Kenakalan Remaja

Remaja terlibat dengan masalah kenakalan atau ‘delinquency’.


Berkawan dengan murid yang bermasalah dan terjebak dengan
aktiviti negatif yang lain. Remaja juga cuba memperolehi kewangan
untuk membeli alkohol. Ini mendorong murid terlibat dengan
kegiatan jenayah, seperti mencuri dan lain-lain.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 37


TAJUK 7
CIRI-CIRI KETAGIHAN ALKOHOL

Ciri-ciri ketagihan alkohol adalah seperti berikut:

i. Memerlukan jumlah alkohol yang lebih tinggi setiap kali ia minum


bagi mencapai kesan yang sama (toleran). Ini bermaksud semakin
lama seseorang itu mengambil alkohol, maka ketagihan alkohol
seseorang itu semakin tinggi.
ii. Aktiviti hidupnya berpusat pada alkohol. Ini menyebabkan mereka
yang ketagihan alkohol sering menghabiskan masanya hanya
dengan alkohol.
iii. Sindrom tarikan (withdrawal syndrome) akan timbul apabila individu
berhenti atau kurang mengambil alkohol setelah menggunakannya
secara berterusan bagi tempoh yang lama. Antara tanda-
tanda “withdrawal” adalah ketar, keinginan yang kuat atau gian
(craving) untuk mendapatkan alkohol, loya, muntah, demam, gila
(psikosis), sawan dan meracau. Kesan sindrom tarikan ini juga boleh
membawa maut.

Faktor-Faktor Pengambilan Alkohol

Antara faktor-faktor yang mendorong para remaja untuk mengambil alkohol


ialah:

Pengaruh Rakan Sebaya

Kebanyakan remaja menganggap bahawa alkohol memudahkan


mereka mendapat ramai kawan dan diterima sebagai sebahagian
daripada ahli kumpulan. Sekiranya mereka enggan mengikut cara
hidup rakan, mereka akan disingkirkan. Secara realiti, rakan yang
bebas alkohol lebih mudah dipercayai daripada rakan yang

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 38


ketagihan alkohol. Perhubungan antara kawan juga lebih sihat tanpa
penggunaan alkohol.

Pengaruh Iklan

Pengiklanan arak dalam panggung wayang, VCD dan media cetak


tidak diharamkan malahan seperti dibenarkan. Akhbar-akhbar
bahasa Inggeris juga semakin kerap mengiklankan minuman-
minuman beralkohol dan dipaparkan dalam bentuk yang sangat
menarik. Selain daripada itu, sukan bola sepak, badminton dan golf
mula mendapat penajaan daripada syarikat arak. Wanita pula sering
dieksploitasi dengan imej seksi dan mengghairahkan untuk
melariskan lagi penjualan.

Mudah Diperolehi

Penjualan arak dijalankan di mana-mana sahaja. Kesannya, remaja


mudah memperolehi bekalan alkohol pada bila-bila masa. Ini
mendorong mereka mengambil minuman keras dengan lebih kerap.

Latar Belakang Keluarga

Keluarga yang bermasalah juga menjadi pendorong kepada


pengambilan alkohol.

Pengaruh Orang Terkenal Atau Mencontohi Idola

Remaja seringkali mencontohi dan menjadikan ikon mereka sebagai


ikutan.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 39


TAJUK 8

KESAN-KESAN NEGATIF PENGAMBILAN ALKOHOL

Pengambilan alkohol sememangnya memberikan kesan-kesan negatif ke


atas kesihatan tubuh seseorang, antaranya seperti:

Memudaratkan Kesihatan

Kesan utama adalah seperti sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut.
Apabila situasi ini berlaku mereka mengalami kurang selera makan,
kekurangan vitamin, jangkitan penyakit, mati pucuk atau kekurangan haid.
Kematian awal lebih kerap berlaku kepada orang yang kuat minum alkohol.
Kesan pengambilan minuman keras ialah mereka tidak mampu mengawal
emosi serta hilang keupayaan berfikir. Keadaan menjadi semakin teruk
apabila murid mula ketagihan minuman keras itu. Masalah tersebut akan
merosakkan kesihatan murid sekaligus menjejaskan pelajaran dan masa
hadapan mereka.

Tahap Kemalangan Meningkat

Kebanyakan kes kecederaan dan kematian disebabkan oleh pemandu


mabuk. Pengambilan alkohol berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala
dan rasa meragam di dalam perut. Jenis kandungan dadah yang terdapat di
dalam minuman beralkohol ini ialah etil alkohol atau etanol. Ia merupakan
dadah sedatif yang memperlahankan aktiviti sistem saraf. Oleh itu,
kemungkinan besar kemalangan boleh berlaku dalam keadaan mabuk.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 40


Kelakuan Di Luar Kawalan

Manusia memiliki pusat kawalan di otak. Gangguan pusat kawalan di otak


boleh menyebabkan perubahan tingkah laku daripada tingkah laku normal
kepada perbuatan yang bertentangan sama sekali dengan peribadinya.

Kesan Alkohol Ke Atas Otak Dan Badan

Apabila seseorang meminum alkohol, ia terus bertindak ke atas sel-sel otak


dengan merangsang otak itu sebelum mengganggu fungsinya sehingga
menyebabkan gangguan kepada penglihatan, hilang ingatan dan
seumpamanya.
Pengambilan 2-3 gelas alkohol di dalam masa sejam sudah
mencukupi untuk menjadikan seseorang tidak stabil. Ketagihan arak
memberi kesan negatif kepada diri, keluarga dan masyarakat. Di sudut diri
ia boleh menyebabkan sawan dan halusinasi dan pengambilannya di dalam
jangka masa yang panjang boleh merosakkan otak untuk selama-lamanya.
Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan sakit jantung, radang paru-paru,
batuk kering, barah mulut dan kerongkong, radang, kerosakan dan barah
hati serta melemahkan sistem pertahanan badan.

Untuk kesan jangka pendek pada kuantiti yang rendah, seseorang


akan hilang rasa malu. Pada kuantiti yang lebih tinggi, ia menyebabkan
seseorang menjadi mudah marah, mempunyai pertuturan yang tidak lancar
(slurred), hilang imbangan semasa berjalan, kecelaruan fikiran dan tidak
sedarkan diri.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 41


Sesungguhnya arak itu terlalu banyak keburukan dan kemudaratan kepada
manusia, di antaranya:

 Merosakkan akal fikiran dan kesihatan.


 Merosakkan akhlak dan akidah seseorang.
 Memalingkan manusia daripada ingatkan Tuhan Semesta Alam dan
daripada mengerjakan ibadat.
 Membawa manusia ke arah kemurkaan Tuhan.
 Boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara manusia.
 Memporak-perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan
negara.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 42


TAJUK 9
ALKOHOL DALAM MAKANAN, MINUMAN, PEWANGI DAN UBAT-
UBATAN

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan


oleh pakar-pakar daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti
Putra Malaysia serta dengan mengambil kira keputusan-keputusan yang
telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah
Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama
Islam Malaysia yang membincangkan isu alkohol dalam makanan,
minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14 hingga 16 Julai 2011 telah
bersetuju memutuskan seperti berikut:

1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Walau


bagaimanapun bukan semua alkohol itu adalah arak. Alkohol yang
diperolehi daripada proses pembuatan arak, hukumnya haram dan
najis.

2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatan


arak hukumnya tidak najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam
bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan boleh membunuh.

3. Minuman ringan yang diproses atau dibuat bukan dengan tujuan


untuk menghasilkan arak dan mempunyai alkohol di bawah aras 1%
adalah harus (boleh) diminum.

4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang
sama seperti proses membuat arak, sama ada mengandungi banyak
atau sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 43
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara
semulajadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta
perahannya atau alkohol yang terkandung itu terjadi secara
sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman
adalah tidak najis dan harus (boleh) dimakan atau diminum.

6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan


perisa atau pewarna yang mengandungi alkohol untuk tujuan
penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol
itu bukan dihasilkan daripada proses pembuatan arak dan kuantiti
alkohol dalam produk akhir itu adalah tidak memabukkan dan kadar
alkohol tidak melebihi 0.5%.

7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan


melarut adalah tidak najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut
bukan diambil melalui proses pembuatan arak.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 44


TAJUK 10

AKTA YANG BERKAITAN DENGAN MINUMAN BERALKOHOL

Akta Pengangkutan Jalanraya (Road Transport Act) 1996:

i. Pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk yang ditangkap


bagi kali pertama akan didenda sebanyak RM2,000.00 atau 6 bulan
penjara atau kedua-dua sekali atau lesennya akan digantung selama
setahun.

ii. Kesalahan berikutnya didenda RM4,000.00 atau penjara satu tahun


atau kedua-duanya sekali.

iii. Jika menyebabkan kematian boleh dihukum penjara 3-10 tahun dan
boleh didenda tidak kurang RM8,000.00 - RM20,000.00.

Akta Pembasmian Samsu Haram (Eradication of Illicit Act) 1976

Peruntukan ini menumpukan kepada kaedah penyediaan dan


pengedaran minuman samsu.

Akta Makanan (Food Act) 1983

Menghalang penjualan minuman beralkohol kepada kanak-kanak


atau remaja di bawah umur 18 tahun.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 45


Cara Menghindari Daripada Alkohol

I. Mengamalkan gaya hidup sihat dan banyak bersenam.

i. Berkemahiran untuk menangani stres dan masalah yang dihadapi.

ii. Jauhi daripada rakan yang mengambil alkohol.

iii. Isi masa terluang dengan bersukan, membuat hobi yang

berfaedah. dan mengikuti SLAD.

iv. Jangan menerima pelawaaan untuk mencuba alkohol walaupun

untuk sekali sahaja.

v. Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan

alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.

vi. Mempunyai kemahiran kebolehan bagi menangani masalah

sama ada kecil atau besar.

Mesej 5 Minit – Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) 46

You might also like