You are on page 1of 1

10 Sebab Untuk Jauhi Dadah

Berikut adalah 10 sebab untuk menjauhi dadah: 1. Dadah diharamkan dalam agama. 2. Dadah seperti marijuana, kokain dan lain-lain meninggalkan kesan BURUK kepada kesihatan. Malah ia boleh membawa maut. 3. Boleh menyebabkan sakit mental. Tekanan yang berterusan boleh menyebabkan kerosakan kepada otak. 4. Dadah bukan sahaja membuang masa dan membahayakan anda, malah ia boleh merosakkan kehidupan anda di dunia ini. 5. Dadah adalah punca pecah-belah keluarga. Penagih dadah kerap mencuri duit ahli keluarga sehingga ada yang membunuh. 6. Penagih dadah tiada fokus kerjaya. Ramai dibuang kerja disebabkan penyalahgunaan dadah. 7. Penagih dadah biasanya akan kehilangan kawan-kawan. Mereka juga akan hidup keseorangan kerana mereka kehilangan keluarga. 8. Dadah boleh menyebabkan kemurungan, sedih dan tidak gembira. 9. Dadah menyebabkan pembaziran duit yang amat tinggi. 10. Dadah boleh membawa maut melalui pelbagai cara seperti serangan jantung, kemalangan, bunuh diri dan lain-lain.

You might also like