You are on page 1of 8

D - DADAH

APAKAH ITU DADAH ?

Dadah ialah bahan psikoaktif yang mendatangkan


kemudaratan kepada kesihatan seseorang
pengguna dari segi jasmani (fizikal), rohani (mental
dan emosi) serta tingkahlaku. Dadah digunakan
sama ada dimakan, diminum, disuntik atau dihidu.
“Penyalahgunaan” dadah bermaksud dadah itu
disalahguna bukan untuk tujuan perubatan.

CIRI-CIRI DADAH

a. Mempunyai kesan paling ketara ke atas


sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang).
b. Digunakan bukan untuk tujuan perbuatan
dan penggunaannya adalah dilarang.
c. Diperolehi secara haram.
d. Membawa kepada penggantungan fizikal
dan psikologikal serta meningkatkan daya
tahan terhadap dadah.
e. Mendatangkan kesan-kesan buruk atau
bahaya ke atas kesihatan dan fungsi
sosial.
D - DADAH

PANTUN : KESAN-KESAN DADAH

Jelapang padi diberi nama,


Negeri makmur dalam negara,
Hindarilah dadah musuh utama,
Tanpa dadah keluarga sejahtera.

Pergi memancing di Kuala Kedah,


Makan siakap tiga rasa,
Jika hidup berabdi dadah,
Diri menderita keluarga terseksa.

Dari Langkawi ke Tanjung Bendahara,


Singgah sebentar di Kampung Sena,
Hilang keluarga hilang saudara,
Kerana dadah jiwa merana.

Pohon jati dahannya rendah,


Tempat berteduh si anak dara,
Sekolah dijulang tanpa dadah,
Terbilang bangsa maju negara.

Sayangkan ibu sayangkan ayah,


Hidup selamat sentiasa berkat,
Tanpa dadah sifar jenayah,
Komuniti sihat hidup muafakat.
A- ALKOHOL

APA ITU ALKOHOL?

Tahukah rakan-rakan, apa itu alkohol?

Alkohol adalah sejenis bahan kompoun organik yang terhasil daripada proses
pemeraman kanji atau gula dalam pelbagai buah-buahan serta bijirin. Alkohol juga merupakan
minuman yang mengandungi lebih daripada 2% ethanol serta merangkumi minuman alkohol
yang diambil bagi tujuan perubatan seperti tonik kesihatan. Alkohol sinonim dengan arak atau
minuman keras. Minuman ini boleh memabukkan dan boleh menimbulkan kesan ketagihan
dan pergantungan. Selalunya ia diminum ketika bersosial atau digunakan untuk
mempertingkatkan “moods”.

Minuman alkohol juga dikategorikan sebagai dadah. Ini kerana ia dapat memberi
kesan ke atas sistem saraf pusat atau sistem otak dan ia dapat memberi kesan terhadap
badan peminumnya. Seorang yang ketagih pada alkohol mempunyai kebarangkalian yang
tinggi untuk meninggal dunia 15 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan disebabkan oleh
penyakit jantung, kanser, kemalangan, dan bunuh diri.

Rakan-rakan semua,

Menurut laporan dari World Health Report pada tahun 1991, Malaysia merupakan
salah sebuah Negara yang tinggi penggunaan alkohol. Penyakit-penyakit yang disebabkan
oleh penggunaan alkohol yang berlebihan seperti kanser semakin meningkat.
A- ALKOHOL

Sajak : Tangisan Kecil Alkohol

Terhempas ke sudut ruang tanpa mata


Dibatasi penghalang besar tembok kaca

Satu malam bercumbu gonggongan serigala


Terhanyut sungai air mata jauh bersama

Buta mencari nasi sesal menelan bubur


Aku, ular gurun fanatik penyedot lumpur

Membakar diri berbotol-botol tak peduli


Dingin, panas, tercekik benak gelap awani

Waktu seperti musuh, detik layaknya candu


Ke mana minit-minit cinta bersembunyi?
Berlalu?

Melihat cermin terpantul lagi tembok kotor


Tangisan kecil bias alkohol,
senyuman fana botol
R – ROKOK

CERPEN: AKU SEBATANG ROKOK

Aku rokok. Tidak perlu tahu nama penuhku. Cukup anda kenal aku sebagai rokok.
Badanku panjang. Putih dan kuning itu warna kulitku. Ada juga bangsaku berwarna hitam.
Sudah berkurun aku wujud di dunia ini. Pelbagai inovasi telah dicipta dari bangsaku. Vape,
shisha, itu semua cucu-cicitku. Manusia menghabiskan masa dan wang demi menghirup
secangkir bahagia dari tubuhku. Agungnya aku apabila mereka letakkan dibibir yang
sepatutnya digunakan untuk mengukir sebuah senyuman. Pedih seksa tubuhku apabila
dibakar. Tidak mengapa wahai manusia. Hiruplah secangkir bahagia dari tubuhku. Nikmatilah
bahagia itu. Aku maafkan wahai manusia ketika kau buang tubuhku ke tanah. Kau tenyeh
badanku dengan kasut kulitmu. Sakit, perit yang ku rasa setelah habis nikmat kau dapat.
Kenapa aku maafkan kamu wahai manusia? Sedang kamu bahagia membakarku aku dan
bangsaku telah berjanji aku merosakkan dirimu. Setiap sedutan aku titipkan kanser, penyakit
jantung. Jenis kanser? Tidak perlu pilih, aku siapkan semuanya untukmu wahai perokok. Jika
mahu selamat, tinggalkan aku, jauhi aku. Pesan pada keluargamu jangan pernah mencubaku.
Tiada erti sihat jika bersamaku.
V - VAPE

LAGU VAPE (rentak lagu : Lagu Tiga Kupang)

Rokok elektronik

Hisap wap nikotin

Kesannya negatif

Diri sendiri

Bila sudah cuba

Mesti mahu lagi

Rosak gigi kamu

Jantung dan hati

c/o:

Rokok elektronik

Vape nama diberi

Asap kepul-kepul

Buat sakit hati

Hei…

Jangan hampirinya

Nanti kau terseksa

Rokok elektronik

Baik buang saja


I – INHALAN

DEFINISI INHALAN

Pada suatu petang, Damia dan Ifti sedang bersiar-siar di taman permainan. Tiba-tiba
mereka teringat akan keratan akhbar yang dibaca semasa di sekolah tadi.

Damia : Ifti, awak ingat lagi keratan akhbar yang kit abaca di perpustakaan tadi?

Ifti : Ya Damia. Tajuk berita itu ialah Inhalan, Hiburan baru remaja kini. Tapi
Damia, apakahyang dimaksudkan dengan inhalan?

Damia : Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang
dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Malahan, untuk
pengetahuan awak, bahan-bahan ini boleh dijumpai di sekeliling kita sahaja.

Ifti : Benar betul, Damia! Apakah bahan-bahan itu?

Damia : Antaranya ialah aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak


wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.

Ifti : Wah, memang bahan kegunaan harian kita. Tapi Damia, kenapakah inhalan
ini berbahaya?

Damia : Ifti, sekiranya kita menghidu atau menyedut bahan-bahan kimia secara
berlebihan, inhalan ini boleh menyebabkan kematian sel otak dan boleh
juga berhadapan dengan risiko kecacatan akal.

Ifti : Jadi Damia, kita mestilah berhati-hati semasa menggunakan bahan-bahan


ini dan mengamalkan gaya hidup sihat supaya badan cergas dan minda
cerdas tanpa inhalan.
H – HIV / AIDS

SAJAK HIV AIDS PEMBUNUH

Dalam meniti kedewasaan ini

Benteng iman cuba diruntuh

HIV AIDS menerjah jiwa manusia

HIV AIDS kau menjalar ke urat darah

Berkongsi jarum saling menyuntik membunuh sel-sel anti bodi

Lesu…layu...bangkai bernyawa

Hilang arah lupa kiblat

HIV AIDS menggoda , memujuk rayu

Seks bebas menjadi sajian nafsu serakahmu

Tewas merana menunggu mati

Tanpa diduga ia juga hadir

Meragut kebahagian

Perpindahan darah dari pesakit HIV AIDS

Buat insan yang tidak berdosa

Menempah maut bersama-sama

Kejam…kau amat kejam…

Pergi lah kau…jauh…jauh…

You might also like