You are on page 1of 7

ENSIKL

INHALAN

PEDIA PPDa

Inhalan ialah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti aerosol, pelekat, deodoran, penyembur rambut, minyak wangi, penyegar udara, gasolin, cecair pemetik api dan cat.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

ENSIKL
DADAH

PEDIA PPDa

Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

ENSIKL
ALKOHOL

PEDIA PPDa

Sejenis minuman keras yang dikenali sebagai arak yang boleh menyebabkan mabuk dan ketagihan. Terdapat juga minuman alkohol yang disediakan secara tradisional seperti tuak, todi, dan air tapai.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

ENSIKL
AIDS

PEDIA PPDa

AIDS (Acquired Immunodeficiency Syndrome) atau Sindrom Kurang Daya Tahan adalah satu penyakit yang serius disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV telah merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi, bakteria dan virus-virus lain boleh menjangkiti tubuh badan, menjadikan individu tersebut sakit teruk.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

ENSIKL
ROKOK

PEDIA PPDa

Rokok ialah segulung tembakau yang dibalut dengan kertas. Kebanyakan rokok mengandungi campuran tembakau yang disalai. Sesetengah rokok yang mengandungi kepingan tembakau yang dibancuh yang diperbuat daripada tangkai dan daun tembakau yang dikisar. Campuran tembakau disembur dengan perasa dan bahan kimia untuk mengekalkan kelembapannya. Kebanyakan rokok mempunyai penapis di pangkalnya.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

ENSIKL
CANDU

PEDIA PPDa

Sejenis narkotik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Ia dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna puith kepada kepada coklat dan kehitaman.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

ENSIKL
GANJA

PEDIA PPDa

Sejenis narkotik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Ia dihasilkan daripada getah buah popi yang bertukar daripada warna puith kepada kepada coklat dan kehitaman.

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa)

You might also like