Professional Documents
Culture Documents
arak. Banyak rumah tangga kucar-kacir kerana anggota keluarga kaki arak.
Terdapat isteri dan anak yang hidup menderita kerana suami atau bapa
yang sentiasa ketagih arak. Tidak kurang juga kemalangan yang berlaku di
jalan raya berpunca daripada kecuaian pemandu yang mabuk.
Arak menyebabkan ketagihan yang bukan sahaja dapat merosakkan
badan, malah yang lebih utama ialah arak merosakkan fikiran manusia.
Selalunya orang yang menjadi kaki arak tidak berperikemanusiaan.
Masyarakat akan menjadi susah jika terdapat penagih arak di kalangan
mereka. Oleh sebab itu, tidak hairanlah mengapa semua agama melarang
penganutnya minum arak.
Hadirin sekalian,
Jelaslah bahawa arak memang tidak mendatangkan sebarang kebaikan,
sebaliknya menyebabkan kemudaratan. Oleh itu, jauhilah arak dan kepada
mereka yang telah menjadi kaki arak, saya menasihatkan mereka supaya
bertaubat dan menghentikan perbuatan buruk itu. Mereka boleh
mendapatkan bantuan daripada doktor untuk menghentikan tabiat itu.
Bertindaklah segera sebelum terlambat.
Sekian, terima kasih.