You are on page 1of 11

HNS3192 | FALSAFAH DAN ISU SEMASA

PROPOSAL PROJEK VIDEO

TOPIK:
NARCISSISME KALANGAN BELIA: ISU DAN CABARAN

KUMPULAN: 10
NAMA ID PROGRAM SIGNATURE
Muhammad Jefry Akmal bin D20201092985 AS74 JefryAkmal
Said
Hazirah Nur ‘Izzati Binti Abdul D20201093040 AS74 Hazirah
Halim
Muhamad Faris Najmi Bin D20201092997 AS74 Faris
Abdullah
Nur Aqilah Husna Binti Alias D20201094227 AT32 Aqilah
Evilin Lotiun D20201093002 AS74 Evi
Nurul Syafiqah Binti Abdul D20201094323 AT33 Syafiqah
Rashid
Muhammad Afif Amir Bin Mohd D20201092979 AS74 AfifAmir
Syamzani
Nor Sabrina Binti Mohamad D20201094217 AT32 Sabrina
Nurmaisurah binti Bahtiar D20202097566 AT59 Surah

NAMA PENSYARAH: DR. MUHAMMAD AL-RUSYD


TARIKH HANTAR: 15/4/2021

2 1
ISI KANDUNGAN

BIL M/S
1.0 Pengenalan 3-6

1.1 Konsep Arak


1.2 Keburukan Arak
1.3 Faktor-Faktor Arak
2.0 Objektif Kajian 7
3.0 Metodologi Kajian 8
4.0 Organisasi 9
5.0 Pernyataan Etika 10
6.0 Rujukan 11

2 2
1.0 Pengenalan

Mutakhir ini, sering terpampang di dada-dada akhbar dan rancangan berita isu berkaitan
kemalangan jalan raya yang saban hari semakin membimbangkan dek kerana berlakunya
peningkatan kes yang mendadak setiap detik, bak kata pepatah bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Antara punca utama insiden yang adakalanya meragut nyawa insan tidak bersalah ini berlaku
ialah pemandu memandu kenderaan dalam keadaan separa sedar atau mabuk disebabkan
pengambilan minuman keras iaitu arak yang berlebihan sebelum atau ketika memandu kenderaan
di atas jalan raya. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai punca sesebuah kemalangan
jalan raya itu berlaku, akan tetapi kesalahan ini merupakan kesalahan yang paling kerap berlaku
belakangan ini di mana penularan beberapa video di media sosial berkaitan kemalangan jalan raya
yang disebabkan pemandu mabuk telah membuktikan kenyataan tersebut.

Hal ini menunjukkan kepada masyarakat bahawa pengambilan minuman keras sama ada dalam
kuantiti yang sedikit ataupun banyak akan memberi impak negatif yang besar kepada sesebuah
institusi kemasyarakatan tersebut. Persoalannya, apakah lagi kesan yang boleh dilihat oleh mata
kasar manusia berkaitan penyalahgunaan arak dalam kehidupan sekeliling mereka?

Sudah terang lagi bersuluh bahawa pengambilan arak juga boleh menyebabkan berlakunya
masalah sosial di kalangan masyarakat sama ada di peringkat generasi muda mahupun dewasa.
Sesungguhnya hal ini merupakan sebuah isu yang sangat mebimbangkan negara kerana kejayaan
sesebuah negara turut bergantung terhadap sosial yang baik antara penduduk selain kestabilan
politik dan ekonomi negara. Justeru, menjadi sesuatu yang amat penting bagi pihak pentadbiran
negara dalam membendung kesalahan pengambilan arak dalam kehidupan masyarakat yang tidak
mustahil sedikit sebanyak akan merencatkan perkembangan dan kemajuan negara dalam mencapai
visi dan misi pada masa akan datang.

2 3
1.1 Konsep Arak

Steinkraus (2002) menjelaskan arak menurut perspektif sains merupakan salah satu produk
hasil daripada penapaian alkohol iaitu daripada satu proses perubahan anaerobik gula, terutamanya
glukosa dan fruktosa, kepada etanol dan karbon dioksida. Terdapat pelbagai jenis arak seperti bir
dan wain, yang dihasilkan melalui proses penapaian dan diminum di seluruh dunia. Sedangkan
menurut Zulkifli (2012), arak menurut pandangan Islam pula merujuk kepada “khamar”, iaitu
perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang memberi maksud perkara yang memabukkan
atau menutupkan. Maksud sebenar mabuk tersebut ialah pemikiran yang terlalu kacau selepas
meminumnya sehingga menghalang fungsi akal kerana tidak dapat mengawal dengan bijak dan
sepatutnya. Dari sudut istilah pula, ulama fiqh berpendapat bahawa arak atau khamar merupakan
cecair yang dihasilkan daripada perahan anggur yang diperam sehingga menjadi buih dan
memabukkan atau perahan anggur yang dimasak hingga menggelegak sampai hilangnya dua
pertiga dari zat ash anggur dan ia memabukkan.

Menurut Pensyarah Kanan Pakar Bedah Jantung dan Paru-paru Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Profesor Madya Dr Mohd Ramzisham, arak merupakan minuman
beralkohol yang mendatangkan kesan buruk kepada individu yang meminumnya dimana ia mampu
memberi kesan kepada gejala sosial dalam masyarakat. Kesannya dapat dilihat dalam tempoh 24
jam ke 48 jam pengambilan arak tersebut dimana kesannya dilihat apabila otak mereka tidak dapat
berfungsi dengan baik kerana dipengaruhi kesan alkohol seperti tertekan, tidak dapat berfikir
dengan waras hilang rasa malu, hilang kawalan diri dan boleh bertindak di luar keadaan normal
sehingga mendorong mereka melakukan tindakan yang tidak wajar. Singh et.al (2020) menjelaskan
antara risiko tingkah laku yang dikaitkan dengan pengambilan alkohol ialah memandu dalam
keadaan mabuk, bergaduh, terlibat dalam hubungan seks secara paksa dan masalah merokok.

2 4
1.2 Keburukan Arak

Menurut MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, banyak risiko atau keburukan minuman
beralkohol seperti arak kepada mental dan fizikal manusia. Antara keburukanya kepada peminum
adalah:

• Kecelaruan Tingkah Laku


• Keresahan dan Kebingungan
• Kekeliruan
• Kebergantungan kepada Alkohol/ketagihan
• Hilang Ingatan sementara atau Kekal
• Kemurungan
• Kecenderungan untuk Membunuh Diri
• Psikosis
• Kurang daya koordinasi
• Kematian
• Masalah sosial meningkat

2 5
1.3 Faktor-Faktor Pengambilan Arak

• Pengaruh luar atau pengaruh rakan sebaya .


Kebanyakkan remaja mahupun golongan pertengahan usia terlibat kerana pengaruh rakan . Mereka
menganggap alcohol akan memudahkan mereka mendapat ramai kawan ataupun sebagai tiket
untuk mereka bergaul . Jika mereka tidak mengikut caraa hidup rakan , mereka akan disisih oleh
rakan mereka .

• Mudah didapati
Penjualan arak kini semakin berleluasa dan boleh dikatakan berada dimana mana sahaja . Kesannya
, para kaki botol ataupun golongan yang baru mencuba mudah untuk mendapatkan minuman
alcohol pada bila-bila masa sahaja . Ini mendorong kepada pengambilan yang kerap

• Iklan yang dipaparkan


Pengiklanan arak di kebanyakkan media seperti wayang , dalam DVD , di dalam filem semakin
berleluasa . Kita dapat lihat banyak media cetak , akhbar semakin mempromosi minuman alcohol
. Ini menjadi lebih hangat apabila syarikat arak mula menaja pasukan bolasepak terkemuka dan
turut menggunakan wanita sebagai bahan pengiklanan mereka . Ini menarik perhatian orang ramai
. Tidak mustahil akan ada beberapa orang mula terjebak dengan penggunaan arak .

• Krisis kejiwaan
Masyarakat yang mengalami masalah jiwa atau stress yang kuat mula mengambil minuman alcohol
kerana mereka merasakan ini adalah cara untuk mengurangkan masalah jiwa mereka. Mulanya
menganggap sebagai penawar namun lama kelamaan menjadi tabiat yang susah untuk ditinggalkan.

2 6
2.0 Objektif Kajian

1. Membincangkan konsep dan kesan arak kepada institusi pendidikan.


2. Mengenal pasti keburukan arak yang merosakkan akal fikiran.
3. Mengenal pasti faktor pengambilan arak yang mengancam kedaulatan negara.

2 7
3.0 Metodologi Kajian

Bahagian ini akan memperlihatkan kaedah kajian yang digunakan oleh pengkaji dan jenis data yang
diperoleh. Kaedah kajian terbahagi kepada dua jenis iaitu kajian secara kuantitatif dan kualitatif.
Jenis data pula boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu data primer dan data sekunder. Dalam
kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian secara kualitatif dengan menggunakan data sekunder
sebelum memulakan projek video ini bagi mencapai objektif kajian.

3.1 Data Sekunder

Data sekunder ialah data yang dikumpulkan oleh pengkaji-pengkaji terdahulu mengenai sesuatu
kajian. Pengkaji telah melayari laman sesawang bagi mendapatkan artikel dan jurnal yang berkaitan
dengan kajian iaitu arak pencetus masalah sosial sebelum memulakan projek video.

Proses penghasilan video adalah seperti yang berikut:

• Projek video ini dilakukan dengan menerangkan tentang arak pencetus masalah sosial
menggunakan cara pemberita seperti yang dibincangkan dan dipersetujui oleh ahli
kumpulan.
• Lokasi: Di tempat kediaman masing-masing.
• Peralatan: Kamera, rakaman suara,
• Masa: 10am hingga 12am
• Dalam konteks animasi, suntingan maklumat tambahan dibuat menggunakan aplikasi
capcut dan inshot

2 8
4.0 Organisasi

2 9
5.0 Pernyataan Etika

• Kajian projek hanyalah menggunakan sumber-sumber yang sahih seperti media sosial dan daripada
internet.
• Kajian Projek video ini dilakukan untuk proses pembelajaran bagi ahli-ahli pasukan supaya dapat
memberi manfaat kepada masyarakat .
• Kandungan video yang dibuat ini tidak berkait rapat tentang agama, bangsa dan isu-isu sensitive
yang boleh menyebabkan keamanan terganggu.
• Kegiatan plagiarism mengenai kajian projek video ini dilarang sama sekali kerana melanggar
proses etika hak cipta video tersebut.

2 10
6.0 Rujukan

A Anis Najiha & W.A. Wan Nadiah. (2014). Alkohol (Arak dan Etanol)
dalam Makanan Halal. Jurnal Intelek (2014) Vol 9(1): 40-51.

Mohd Noor Daud. Qarinah Bau Arak sebagai Keterangan dalam Kes Meminum
Arak menurut Perspektif Fiqh. Jurnal Perspektif Jil. 5 Bil. 1 (107-123)

McKay, J.R. (1961). Clinical Observations On Adolescent Problem


Dnnkers. Quaterly Journal of Studies on Alcohol, 22, 124-134.

Kesan Alkohol Terhadap Mental Fizikal Manusia. (2020). Sumber dari


http://www.myhealth.gov.my/kesan-alkohol-terhadap-mental-a-fizikal-manusia/

2 11

You might also like