You are on page 1of 36

SEMESTER 1 2023/2024

FAKULTI : FTKM

SUBJEK :
FALSAFAH DAN ISU SEMASA
(BLHW 1762)

TAJUK :
PENYALAHGUNAAN DADAH, SAMPAI BILA?

DISEDIAKAN OLEH :

BIL NAMA NO. MATRIKS

1 NARWIN RAJ A/L THAMBI RAJA (KETUA) B132310556

2 DANIEL IQMAL B132310477

3 MUHAMMAD FAHMI BIN MOHD KASHFI B132310463

4 MUHAMMAD AZRUL FIRDAUS BIN AZIMAN B132310460

NOR SHAHIRA BINTI MOHAMED SAHABUDEEN


5 B132310483
ASMATHULLA

6 NUR DURRATUL HIKMAH BINTI YAZIT B132310558

PENSYARAH :
ENCIK ZULFIQAR BIN MOHD YUSOF
AHLI KUMPULAN

Bahagian Topik/ Markah


Ahli Nama
Muka surat 30%

NARWIN RAJ A/L THAMBI


Pengenalan
RAJA
Jenis-Jenis Dadah
(1 – 11)
narwin550@gmail.com

DANIEL IQMAL Perbincangan Isu


Punca-Punca
danieliqmal1811@gmail.com (21 – 24)

MUHAMMAD FAHMI BIN


Kesan-Kesan
MOHD KASHFI
Kesimpulan
(25,26,30)
fahmikashfi09@gmail.com

MUHAMMAD AZRUL
FIRDAUS BIN AZIMAN Kajian Sorotan
(13 – 14)
azrulfirdaus16@gmail.com

NOR SHAHIRA BINTI


MOHAMED SAHABUDEEN Cadangan
ASMATHULLA Usaha-Usaha
(27 -29)
Sshahira491@gmail.com

NUR DURRATUL HIKMAH


BINTI YAZIT Kaedah Penyelidikan
(15 – 20)
ndhikmahajxt@gmail.com

ii
ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN ............................................................................................................................ iii


PENGENALAN/LATAR BELAKANG ...................................................................................... 1-3
Definisi.............................................................................................................................................4
Jenis-Jenis Dadah Yang Sering Disalahgunakan ..................................................................... 5-8
Sejarah Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia ......................................................................... 9-11
OBJEKTIF KAJIAN.........................................................................................................................12
SOROTAN KAJIAN/KAJIAN LEPAS .................................................................................... 13-14
KAEDAH PENYELIDIKAN ..................................................................................................... 15-17
Hasil Dapatan Kajian ............................................................................................................... 17-20
ISI-ISI PENTING............................................................................................................................... 20
Perbincangan Isu ............................................................................................................................ 20
Punca-Punca Penyalahgunaan Dadah .................................................................................... 21-24
Kesan-Kesan Negatif Penyalahgunaan Dadah ..................................................................... 24-26
CADANGAN ............................................................................................................................... 26-29
KESIMPULAN .................................................................................................................................. 29
RUJUKAN .................................................................................................................................... 30-33
LAMPIRAN ........................................................................................................................................ 33

iii
PENGENALAN/LATAR BELAKANG

Apa itu dadah? Dadah bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kehidupan seharian manusia

pada zaman ini kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad yang lalu. Menurut Kamus

Dewan Melayu-English (2004), dadah ataupun “drug” boleh didefinisikan sebagai ubat

ubatan. Dadah merupakan satu istilah di mana ianya acap kali dirujuk sebagai bahan yang akan

memberi kesan yang negatif kepada kesihatan manusia dari segi fizikal, mental, emosi dan

tingkah laku jika disalahgunakan. Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam

fantasi oleh masyarakat zaman baheula yang beranggapan ianya adalah pembalut penderitaan

dan sumber keseronokan (Mahyuddin & Azizah, 2011).

Penyalahgunaan dadah boleh ditakrifkan sebagai penggunaan dadah secara kerap dan

berlebihan tanpa mendapatkan preskripsi ataupun nasihat daripada pakar perubatan. Aktiviti-

aktiviti lain termasuk dalam kategori penyalahgunaan dadah adalah seperti menjual, memiliki

dan menyimpan dadah tanpa mempunyai lesen kebenaran yang dikeluarkan oleh Kementerian

Kesihatan ataupun bertentangan dengan Akta Dadah Berbahaya 1952. Walaupun pelbagai

usaha sudah dilakukan sejak beberapa dekad lalu, namun penyalahgunaan dan pengedaran

dadah di negara ini masih berkembang dengan pesat. Gejala penyalahgunaan dadah dalam

kalangan masyarakat bukan sahaja hanya melibatkan golongan dewasa dan belia, tetapi turut

menjadi racun dalam kalangan remaja dan pelajar sekolah.

Saban tahun, peratusan penyalahgunaan dadah di Malaysia semakin membimbangkan

pihak kerajaan dan berdasarkan statistik yang telah dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah

Kebangsaan menunjukkan bahawa remaja seawal usia 13 tahun telah terlibat dengan gejala

tersebut. Sebanyak 118,820 kes direkodkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini

1
(2023) berbanding 93,534 orang pada tahun 2022. Menurut Ketua Pengarahnya, Sutekno

Ahmad Belon, berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan menggunakan dadah

sintetik dan kebanyakannya adalah daripada kalangan belia.

Melihat kepada statistik tersebut, masalah penyalahgunaan dadah perlu ditangani secara

serius dan tegas kerana ia boleh mengakibatkan keruntuhan masa depan generasi muda

sekaligus melumpuhkan pembangunan fizikal serta rohani rakyat Malaysia. Malah, gejala ini

dilihat sebagai 83 faktor penyumbang kepada peningkatan jenayah-jenayah berat lain yang

sukar dikawal seperti kes kecurian, rompakan dan tidak terkecuali kes pembunuhan.

Pelbagai faktor sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah seperti individu yang

mempunyai masalah kehidupan seperti keruntuhan institusi keluarga, masalah perhubungan,

pengaruh rakan sebaya dan masalah kewangan. Individu terutamanya remaja lebih mudah

dipengaruhi oleh rakan sebaya dan pemilihan rakan juga akan menentukan sama ada baik atau

buruk tingkah laku mereka. Antara faktor lain seperti prestasi akademik yang lemah,

menghadapi kemahiran sosial yang lemah, amalan keibubapaan yang tidak berkesan,

terpengaruh dengan penjaga atau orang sekeliling yang ketagihan serta mempunyai tanggapan

ringan terhadap dadah juga menyumbang kepada masalah ini. Lantas, sampai bilakah isu

penyalahgunaan dadah yang diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan ini akan terus

berleluasa di negara kita?

2
Berikut merupakan statistik terkini berkaitan dengan penyalahgunaan dadah yang telah kami

perolehi daripada laman sesawang Agensi Antidadah Kebangsaan Dalam Negeri (AADK) :

Rajah 1. Infografik statistik kes penyalahgunaan dadah di Malaysia 2023

3
DEFINISI

Apa itu dadah?

Dadah adalah bahan yang boleh mengubah fungsi tubuh badan. Sebagai contoh

antibiotik dan penahan sakit selalunya diambil atas nasihat doktor. Sesetengah dadah psikoaktif

mengubah emosi dan status minda anda. Dadah atau bahan tersebut termasuk alkohol,

tembakau, ubat tidur, ganja, gam, Ekstasi, LSD dan Heroin.

Apakah penyalahgunaan dadah?

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan perlakuan yang berulang-ulang

atau penggunaan dadah yang berlebihan. Pada kebiasaannya ia akan mendatangkan perasaan

gembira melampau atau ketagih bertujuan lari daripada kenyataan. Menyalahgunakan dadah

bermaksud menggunakan dadah bukan atas tujuan perubatan. Seseorang itu akan terus

menggunakan dadah walaupun menghadapi masalah semasa menggunakannya.

Penyalahgunaan dadah atau bahan terlarang melibatkan pola songsang penyalahguna dadah

yang akhirnya boleh mengganggu kehidupan seharian.

4
Jenis-Jenis Dadah Yang Sering Disalahgunakan
Opium/Candu

Rajah 2. Pod benih popi candu

Candu juga dikenali sebagai Morfin, Heroin dan sejenis Painkiller. Candu disalahgunakan

atau pengambilan ialah untuk melahirkan rasa euforia dan penahan sakit atau meringgangkan

perasaan pening, sejenis ubat tahan sakit dan bagi tidak rasa kesakitan apa-apa jua yang

diperoleh oleh mangsa.

Kokain

Rajah 3. Serbuk Kokain

Kokain adalah sejenis dadah juga dikenali sebagai dadah yang memberikan kesan stimulan,

penahan lapar, Kebiasaannya ia boleh didapati dalam bentuk paste dan serbuk. Kokain juga

boleh didapati dalam bentuk asalnya iaitu daun pokok koka dan digunakan dengan cara

kunyahan.

5
Dadah Penenang

Rajah 4. Pelbagai bentuk dadah penenang

Dadah Penenang yang bernama dalam bahasa saintifik yang dinyatakan ialah Anxiolytics atau
Benzodiazepines. Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak
terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara
berlebihan. Dalam bidang perubatan, dadah jenis ini digunakan sebagai ubat penenang, dan
merawat pesakit yang mempunyai masalah tidur. Walau bagaimanapun, ia telah menjadi salah
satu dadah yang disalahgunakan.

Nikotin

Rajah 5. Daun tembakau yang telah diproses

Nikotin atau tembakau meningkatkan keupayaan kognitif. Saintis dapati nikotin membantu
melambatkan atau merencatkan kemelaratan penyakit Parkinson. Atau sakit motor neuron yang
lain. Ada kes di mana nikotin memperbaiki tahap kesihatan mereka yang diserang penyakit
saraf. Dengan cara? Meningkatkan dopamine, sejenis neurotransmitter yang wujud dalam
setiap neuron. Penyakit Parkinson didapati kurang dopamine. Ambilan nikotin membantu
meningkatkan kembali tahap dopamine.

6
Alkohol

Rajah 6. Alkohol dalam bentuk minuman keras

Alkohol digunakan dalam perubatan sebagai antiseptik, desinfektan dan penawar. Alkohol

digunakan pada kulit untuk membasmi kuman pada kulit sebelum tusukan vena dan sebelum

pembedahan. Ianya boleh digunakan untuk membasmi kuman di kulit individu seseorang dan

tangan penyedia perkhidmatan kesihatan.Mereka juga dapat digunakan untuk membersihkan

kawasan lain, dan pada ubat kumur.Disapukan pada kulit, alkohol digunakan untuk membasmi

kuman pada kulit sebelum tusukan vena dan sebelum pembedahan. Ianya boleh digunakan

untuk membasmi kuman kulit seseorang dan tangan penyedia perkhidmatan kesihatan. Dapat

juga digunakan untuk membersihkan kawasan lain, dan pada ubat kumur.

7
Magic Mushroom

Terdapat beberapa spesis cendawan dalam genus Psilocybe yang mengandungi bahan aktif

utama Psilocybin, iaitu bahan aktif halusinogen yang sangat kuat dan lebih dikenali

sebagai Magic Mushroom atau Cendawan Ajaib dalam Bahasa Melayu. Antara nama-nama

lain yang popular termasuklah, Shroom dan Booms. Cendawan ajaib ini disalahgunakan kerana

ia mampu menyebabkan kesan halusinasi, rasa seronok yang

melampau dan tidak sedar sepenuhnya. Ia juga boleh mengubah persepsi, emosi dan pemikiran

pengggunanya. Malah, dikatakan 5 minit di dunia nyata seolah-olah seperti 2-3 jam di dalam

dunia khayalan akibat pengambilan cendawan ajaib. Ia seolah-olah anda bermimpi dalam

keadaan sedar. Penyalahgunaan cendawan ini sangat popular di Mexico, Amerika Selatan dan

di Amerika Syarikat. Pelbagai cara cendawan ini disalahgunakan oleh penggunanya. Antaranya

termasuklah :

• Cendawan dimakan mentah atau dikeringkan


• Cendawan diminum dalam bentuk teh
• Pengambilan cecair bahan aktif Psilocybin atau dipanggil ‘Microdosing’
• Dimasukkan ke dalam peranti seperti vape atau rokok

Rajah 7. Gambaran Cendawan Ajaib seletah diproses

8
SEJARAH PENYALAHGUNAAN DADAH DI MALAYSIA

Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah
dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui.
Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman
dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan.

Sejarah penggunaan dadah di Malaysia bermula pada awal kurun ke-19, apabila orang
Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu membawa bersama-sama budaya mereka iaitu
menghisap candu. Kebanyakan orang Cina menghisap candu untuk melupakan segala
permasalahan yang dihadapi oleh mereka kerana dengan menghisap candu ianya boleh
mengkhayalkan dan seterusnya boleh melupakan masalah untuk seketika nanti. Ini
menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu
sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada
tahun 1910. Serentak itu, kedai-kedai menjual candu dan rumah menghisap candu yang
dikenali sebagai Opium Dens telah dilesen dan didaftarkan. Selepas perang dunia kedua,
kerajaan Inggeris terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu
kerana ia mula menjadi masalah serius di kalangan penduduk Tanah Melayu. Akibatnya,
mulalah berlaku aktiviti penyeludupan candu sehingga memaksa Akta Dadah Berbahaya
diwujudkan pada tahun 1952. Mengikut akta ini, sesiapa yang memiliki dan menghisap
candu adalah menjadi satu kesalahan dan Hakim Mahkamah Candu berkuasa menjatuhkan
hukuman.

Rajah 8. Gambaran pengambilan candu awal kurun ke-19 di Tanah Melayu

9
Pada masa yang sama kemasukan imigran dari India yang bekerja sebagai buruh di
ladang-ladang dan estet getah kepunyaan British turut menyemarakkan aktiviti penyeludupan
dadah jenis ganja yang mula bertapak ke Tanah Melayu sekali gus telah menyebabkan
permulaan kepada kemasukan dadah serta penyalahgunaan dadah di Tanah Melayu.

Penyalahgunaan ganja lebih tertumpu kepada kaum Melayu terutamanya golongan


nelayan yang menggunakan ganja agar mereka dapat berjaga sehingga lewat malam. Namun,
pada akhir tahun 60-an berlaku arus perubahan daripada segi bentuk dadah yang digunakan
dan umur mereka yang terjebak dengan penagihan dadah. Penagih dadah pada akhir 60-an lebih
berminat menggunakan dadah jenis sintetik (dadah tiruan) dan umur penagih dadah juga
mengalami perubahan di mana golongan muda lebih ramai terjebak dalam penyalahgunaan
dadah.

Rajah 9. Pengambilan Candu secara berleluasa dan terang-terangan

Sementara itu, Derks menerangkan secara terperinci asal usul kemasukan dadah ke
Tanah Melayu. Beliau menyatakan kemasukan dadah ke Tanah Melayu bermula sejak awal
kurun ke-17 berlaku apabila penjajah Belanda melalui SHTB menjalankan perdagangan
dengan Kerajaan Melaka pada ketika itu. Candu mentah telah dibawa masuk oleh pihak SHTB
sebagai bahan komoditi yang diperdagangkan secara meluas.

10
Sejarawan seperti Leornard Andaya menyatakan, Belanda yang menjajah Tanah
Melayu sejak tahun 1641 telah membawa masuk sejumlah besar candu pada tahun 1687
sebagai bahan untuk diperdagangkan dengan Riau dan Kerajaan Johor Lama. Manakala
Tregonning menjelaskan bahawa, budaya menghisap candu telah diperkenalkan oleh kaum
imigran dari Tanah Besar China yang datang ke Asia Tenggara pada awal kurun ke-18. Imigran
Cina telah datang secara beramai-ramai ke kawasan Asia Tenggara bagi memenuhi keperluan
tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor ekonomi seperti perlombongan bijih timah serta
penanaman gambir khususnya di Tanah Melayu yang dijajah oleh British.

Kenyataan diatas turut disokong oleh Stevenson yang mengakui kegiatan


perlombongan bijih timah dikuasai oleh tauke Cina yang mengawal sektor perlombongan di
Tanah Melayu melalui mandat yang diberikan oleh pemerintahan kolonial British di Tanah
Melayu. Kedatangan imigran dari Tanah Besar China meningkat ketika awal abad ke-19 hingga
abad ke-20 di mana kebanyakan imigran telah dibawa masuk ke Burma, Siam dan Malaya.
Terdapat pandangan ahli sarjana menyatakan kaum imigran dari Tanah Besar China telah
datang ke Tanah Melayu sebelum kedatangan British bagi mencari prospek untuk menjalankan
perlombongan bijih timah. Pada awalnya, penduduk di negara-negara Asia Tenggara tidak
mengetahui kewujudan budaya menghisap candu sehingga budaya tersebut diperkenalkan oleh
imigran Cina yang menetap di Tanah Melayu. Kebanyakan imigran Cina tersebut menghisap
candu yang dibawa dari China dan ia telah menjadi amalan dan tradisi masyarakat Cina pada
ketika itu untuk menghisap candu sebagai langkah alternatif untuk mengurangkan tekanan
perasaan dan keletihan setelah seharian bekerja berat di lombong bijih timah.

11
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah untuk :

1. Mengkaji punca-punca penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia di Malaysia pada masa

kini.

2. Mengkaji kesan-kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap individu, masyarakat dan

negara.

3. Mengenalpasti usaha-usaha yang efektif untuk membendung peningkatan kadar

penyalahgunaan dadah di Malaysia.

12
SOROTAN KAJIAN/KAJIAN LEPAS

Pada masa kini, penyalahgunaan dadah bukanlah satu isu yang baharu. Ia adalah jenayah besar
yang sering dilaporkan dan dipertontonkan di kaca-kaca TV dan di dada-dada akhbar.
Disebabkan popularitinya yang meluas, terdapat banyak kajian-kajian yang lepas sudah pasti
sedikit sebanyak telah menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Hasil sorotan literatur
yang dijalankan, terdapat beberapa kajian dalam jurnal yang menulis dan membuat kajian
tentang penyalahgunaan dadah. Menurut sumber Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK),
statistik menunjukkan penyalahgunaan dan penagihan dadah serta bahan terlarang telah
meningkat sebanyak 27 peratus dari Januari hingga Jun 2023 berbanding tempoh yang sama
pada tahun sebelumnya. Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini merekodkan sebanyak
118,820 orang berbanding pada tahun 2022 iaitu 93,534 orang. Menurut Ketua Sutekno Ahmad
Belon (Ketua Pengarah AADK), “berdasarkan trend, lebih 65 peratus penagih dadah dikesan
menggunakan dadah sintetik, dengan kebanyakannya adalah dalam kalangan belia”. Dalam
kenyataanya, pihaknya akan bertindak secara agresif bagi menarik minat golongan belia untuk
menyertai Sukarelawan SKUAD Antidadah dalam usaha membendung masalah penagihan
dadah daripada berlakunya peningkatan.

Antara kajian-kajian berkaitan penyalahgunaan dadah yang telah dirujuk adalah

menerusi kajian yang ditulis oleh Al-Hadi (1993) bertajuk "Faktor Keluarga dan Tingkah Laku

Penyalahgunaan Dadah: Kajian Perbandingan antara Penyalahgunaan Dadah dan Bukan

Penyalahgunaan Dadah". Dalam kajian tersebut, beliau mendapati bahawa seorang penagih

dadah akan hilang maruah diri dan bersikap tidak menghormati ibu bapa. Bukan sahaja maruah

diri bahkan maruah keluarga juga akan tercalar dan maruah diri kerana mereka memilih untuk

hidup dalam persekitaran yang kotor sebagai rumah mereka. Ini menunjukkan dengan jelas

bahawa penyalahgunaan dadah mempunyai kesan buruk kepada mereka yang

menggunakannya.

13
Selain itu, dalam kajian Arsat & Besar (2011) yang bertajuk “Penyalahgunaan Dadah

di Kalangan Pelajar. Satu Kajian di Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka” telah mengenal pasti

bahawa masalah keluarga seperti ibu bapa sering bergaduh menyebabkan anak-anak mereka

tertekan dengan persekitaran sehingga terjerumus dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

Sekiranya terdapat persekitaran yang tidak menyenangkan atau berlaku situasi tegang di

rumah, pelajar-pelajar merasakan mereka perlu bertindak untuk mencari ketenangan di luar

dengan menggunakan dadah sebagai ubat atau jalan penyelesaiannya.

Hal ini diperkukuhkan lagi oleh kajian yang dilakukan oleh Abd Razak dan rakan-rakan

(2009) yang mendapati bahawa ibu bapa merupakan sumber maklumat yang sangat utama

kepada pelajar mengetahui mengenai penyalahgunaan dadah berbanding sumber-sumber lain.

Ini menunjukkan bahawa, peranan yang kritikal perlu dimainkan oleh institusi keluarga dalam

isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Sudah tentu akan ada

dalam kalangan anak-anak akan cuba untuk mendekati aktiviti tidak bermoral ini jika ibu bapa

mereka tidak menekankan bahayanya dadah dalam kehidupan.

Berdasarkan penelitian kepada hasil-hasil kajian yang telah diambil dari sumber dalam

negara berkaitan dengan penyalahgunaan dadah jelas menunjukkan pelbagai faktor keluarga

khususnya telah dihubungkan dengan tingkah laku penyalahgunaan dadah. Hasil daripada

beberapa sorotan literatur ini juga mempunyai kaitan dengan Teori Sosial iaitu tingkah laku

seseorang manusia itu dilihat berdasarkan kepada persekitarannya. Walau Bagaimanapun,

masih belum ada kajian khusus yang dijalankan berkaitan dengan tajuk utama. Persoalannya,

penyalahgunaan dadah, sampai bila? Sehubungan dengan ini, satu kajian akan dijalankan bagi

mengenalpasti apakah faktor-faktor utama dan bagaimana untuk mengatasinya serta siapakah

yang bertanggungjawab dalam menangani isu ini.

14
KAEDAH PENYELIDIKAN

Menurut Hornby' (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk

menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Metodologi penyelidikan merupakan

kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat

menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Metodologi menerangkan cara

sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Tujuan

metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih luas (terperinci) lagi tentang

pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.

Kajian Perpustakaan

Dalam kajian ini, kaedah perpustakaan digunakan untuk mengumpulkan maklumat serta
bahan-bahan yang berkaitan dengan kajian iaitu Penyalahgunaan Dadah, Sampai Bila?.

Maklumat berkaitan dengan tajuk isu tersebut telah dicari dan dikenalpasti melalui
pembacaan daripada buku-buku, akhbar, majalah, artikel jurnal dan kertas kerja yang telah
diterbitkan di dalam negeri atau luar negeri. Maklumat-maklumat tersebut dikumpulkan dan
dibincangkan semula untuk meneliti maklumat sesuai yang berkaitan dengan kajian. Kaedah
berkenaan penting untuk dilakukan kerana pengkaji akan mendapat gambaran sebenar
mengenai kajian-kajian lain yang pernah dibuat oleh pengkaji yang terdahulu. Oleh sebab
kajian ini berkait rapat dengan psikologi tingkah laku manusia, maka kaedah kualitatif ini
amat bersesuaian.

Selain itu, rujukan kepada pelbagai jenis kamus dan ensiklopedia sama ada dalam

bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi mendapatkan definisi serta huraian kepada istilah-

istilah yang penting dalam kajian ini. Misalnya, maksud dadah serta penyalahgunaan dadah itu

sendiri. Setakat ini, perpustakaan atau pusat rujukan yang digunakan oleh pengkaji untuk

mendapatkan maklumat dan rujukan ialah Perpustakaan Laman Hikmah Universiti Teknikal

Malaysia, Melaka.

15
Kaedah Internet

Kemudahan internet yang wujud seiring dengan kemajuan sains dan teknologi pada abad ini

banyak membantu dan memudahkan proses pencarian maklumat yang sukar diperolehi melalui

bahan bercetak. Misalnya, perisian di dalam Youtube untuk menonton berita tentang isu-isu

yang berkaitan dengan dadah bagi memperolehi info-info terkini. Malah, pengkaji juga

menggunakan kemudahan internet untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan.

Selain itu, pengkaji telah merujuk beberapa penulisan yang berkisar dengan kajian

lampau yang hampir sama dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Rujukan asas ini

penting agar penulisan pengkaji tidak terpesong dari landasan yang sebenar. Kajian

perpustakaan ini juga dilakukan dengan membuat pencarian dari sumber Internet. Antara bahan

yang diperoleh melalui pencarian di Internet ialah jurnal-jurnal, artikel, laman sesawang rasmi

AADK, laman sesawang penulisan berita dan lain-lain yang berkaitan. Walaupun pelbagai

maklumat kini mudah untuk diakses, namun hanya sebahagian maklumat yang berkaitan

dengan isu tentang penyalahgunaan dadah sahaja yang boleh diambil bagi dijadikan sebagai

sumber rujukan dalam kajian ini. Kaedah perpustakaan ini dilakukan bagi menambahkan

pengetahuan serta info-info semasa yang berkaitan tajuk kajian dengan lebih mendalam.

16
Hasil Dapatan Kajian
Kajian ini tertumpu kepada punca-punca isu penyalahgunaan dadah yang berlaku seperti

cendawan tumbuh selepas hujan pada masa kini dalam kalangan belia di Malaysia khususnya.

a) Dadah Mesra Pelanggan Atau ‘Di Hujung Jari’

b) Masyarakat Mudah Terpesona Dengan Kemewahan

c) Bebanan Kerja Yang Melampau

d) Hiburan Melampau Dan Keseronokan Tanpa Batasan

Konsep Penyalahgunaan Dan Kebergantungan Substans


Penggunaan substans boleh dikategorikan kepada tiga :

a) Penggunaan (use) dalam hadnya.

b) Penyalahgunaan (misuse/abuse)

c) Kebergantungan (dependence/addiction)

a. PENGGUNAAN DALAM HADNYA (USE)

Dalam konteks pengambilan penggunaan dalam hadnya bermaksud penggunaan yang

mengikut jumlah minuman piawai yang mana risiko kemudaratan kesihatan adalah

minima.

b. PENYALAHGUNAAN (MISUSE/USE)

Penyalahgunaan adalah penggunaan yang melebihi dari hadnya menyebabkan mereka

berisiko terhadap kemudaratan kesihatan yang diakibatkan oleh substans tersebut.

Walaubagaimanapun penyalahgunaan ini masih belum boleh dikategorikan sebagai

masalah kebergantungan.

17
c. KEBERGANTUNGAN (DEPENDENCE/ADDICTION)

Kebergantungan terhadap substans adalah bermaksud pengambilan substans yang

berterusan walaupun mereka mengetahui kemudaratannya. Kegagalan mengambil substans

akan menyebabkan mereka mengalami gangguan fizikal dan mental. Pengambilan

berterusan di sini bermaksud mungkin setiap pagi/ setiap malam/ setiap hari/ sepanjang

masa.

Menurut “Diagnostic Statistical Manual of Diseases IV (DSM IV)”, seseorang yang

mengambil substans telah berada di tahap kebergantungan terhadap sesuatu substans

sekiranya memenuhi sekurang-kurangnya tiga dari tujuh kriteria berikut. Kesemua kriteria

hendaklah dikenal pasti berlaku dalam tempoh 12 bulan yang sama :

i. Toleran, yang didefinisikan sebagai salah satu dari pernyataan berikut:


a. Keperluan untuk meningkatkan dos substans yang diambil bagi mendapatkan
kesan yang sama atau yang dikehendaki seperti sebelumnya.
b. Dengan dos substans yang sama, kesan yang ditunjukkan semakin berkurangan
dengan ketara sekali.

ii. Sindrom tarikan yang ditunjukkan oleh salah satu dari berikut:
a. Timbulnya tanda-tanda akibat substans tersebut diberhentikan atau apabila
antagonis digunakan (simptom tarikan).
b. Substans yang sama digunakan untuk melegakan atau mengelakkan tanda-tanda
simptom tarikan.
iii. Substans tersebut selalunya diambil dalam jumlah yang lebih banyak atau dalam

masa yang lebih pendek dari waktu yang ingin diambil pada mulanya.

iv. Keinginan yang berterusan atau usaha yang tidak berjaya untuk mengurangkan atau

mengawal pengambilan substans tersebut.

v. Banyak masa yang diperuntukkan untuk aktiviti-aktiviti berkaitan mendapatkan

substans tersebut (contohnya sanggup keluar rumah di malam hari bagi membeli

18
substans), menggunakan substans (contohnya meminum alkohol secara berterusan

sepanjang hari) atau pulih dari kesan substans tersebut setelah mengambilnya.

vi. Pekerjaan atau aktiviti-aktiviti sosial terjejas.

vii. Penggunaan substans masih diteruskan walaupun mengetahui kesan sampingan dan

kemudaratannya.

Kebergantungan terhadap substans boleh diklasifikasi sebagai kebergantungan fizikal dan

kebergantungan psikologi:

i. Kebergantungan fizikal adalah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh badan seseorang

apabila kandungan substans dalam darah menurun. Contohnya, tanda-tanda

kebergantungan fizikal adalah terketar-ketar, halusinasi (ilusi melihat atau mendengar

sesuatu apabila hal yang seperti itu tidak benar-benar wujud) berpeluh dan tidak boleh

duduk diam (resah gelisah).

ii. Kebergantungan psikologi adalah tanda-tanda perubahan emosi yang ditunjukkan

apabila kandungan substans dalam darah menurun. Contohnya, tanda-tanda

kebergantungan psikologi adalah susah tidur, perasaan cemas, celaru dan resah. Di

samping itu mereka akan mengalami perasaan keinginan untuk menggunakan substans

semula (rindu) dan boleh ada selama bertahun-tahun setelah berhenti mengambil

substans tersebut. Perasaan keinginan ini kebiasaannya tercetus dengan sendiri di minda

mereka terutama jika ada rangsangan seperti terlihat semula tempat mereka biasa

mengambil sesuatu substans atau bermimpi merasai keseronokan mengambil substans

tersebut. Akibatnya fikiran mereka menjadi terganggu sehingga dapat mengambil

substans itu semula. Inilah yang menyebabkan mereka mengulangi semula tabiat

pengambilan substans.

19
ISI-ISI PENTING

Perbincangan Isu
Hasil daripada perbincangan yang telah dilakukan, kajian ini mensasarkan beberapa

objektif mengenai penyalahgunaan dadah mengikuti isu semasa dalam kalangan masyarakat di

Malaysia. Objektif utama dari kajian ini adalah mengkaji punca-punca penyalahgunaan dadah

dalam kalangan belia di Malaysia pada masa kini. Selain itu, hasil perbincangan juga

memfokuskan kepada beberapa objektif lain antaranya kesan, cara serta langkah bagi

mengatasi masalah penyalahgunaan dadah.

Berdasarkan hasil perbincangan mengenai kajian ini mendapati bahawa penglibatan

tertinggi dalam masalah penyalahgunaan dadah terdiri dari golongan belia di Malaysia. Antara

maklumat dan hasil carian berkaitan kes penyalahgunaan dadah dan penagih dadah yang

diambil daripada laman sesawang Agensi Antidadah Kebangsaan Dalam Negeri (AADK)

menunjukkan jumlah statistik yang direkodkan pada 3 bulan pertama bagi tahun 2023. Hasil

pemerhatian mendapati terdapat beberapa faktor ataupun punca kelibatan yang tinggi iaitu

sebanyak 59.6% yang melibatkan golongan belia dalam penyalahgunaan dadah di Malaysia.

Kajian ini mengkaji serta memfokuskan golongan belia berkenaan penyalahgunaan dadah

kerana mempunyai statistik yang tinggi.

20
Punca-Punca Penyalahgunaan Dadah

Isu berkenaan dengan kes penyalahgunaan dadah yang semakin meningkat di Malaysia sering

menjadi kebimbangan masyarakat oleh kerana beberapa faktor yang menjadi penghalang bagi

pengurangan kes berkenaan penyalahgunaan dadah. Terdapat beberapa faktor peningkatan kes

penyalahgunaan dadah berlaku antaranya adalah disebabkan oleh faktor ekonomi, faktor sosial,

faktor bebanan kerja dan faktor teknologi.

“Hiburan yang melampau dan keseronokan tanpa batasan" merupakan antara faktor

yang menyebabkan peningkatan kes penyalahgunaan dadah di Malaysia ini. Hasil sumber

carian berdasarkan laman sesawang dari “Portal MyHEALTH” mendapati bahawa hiburan

melampau merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi individu dalam penyalahgunaan

dadah. Dadah ekstasi paling kerap digunakan dalam hiburan yang melampau. Hal ini kerana

ekstasi merupakan dadah sintetik yang tergolong dalam keluarga fenetilamina. Sebagai contoh,

kelab malam dan disko yang beroperasi sepanjang malam kerap menggunakan dadah tersebut.

Sehubungan itu, terdapat beberapa panggilan dalam kelab malam bagi aktiviti penggunaan

dadah tersebut antaranya "club drug", "love drug" dan "dance drug". Hal ini demikian lagi

menarik minat golongan belia untuk melibatkan diri dalam aktiviti haram tersebut. Sehubungan

dengan itu, penubuhan kelab-kelab malam yang semakin rancak juga menjadi penyumbang

kepada faktor risiko kepada masyarakat khususnya dalam aktiviti pengedaran dadah jenis

psikotropik. Kelab malam menjadi tempat tumpuan khususnya golongan belia kerana ia

merupakan tempat "healing" bagi mereka untuk melupakan masalah-masalah yang dihadapi

dalam kehidupan seharian sama ada besar mahupun kecil. Namun begitu, dek kerana

ketaksuban terhadap hiburan yang melampau dapat menjerumuskan diri ke arah tidak

mendapat apa-apa manfaat kepada diri malah memakan diri mereka sendiri.

21
Dalam pada itu, sumber kajian yang lain mendapati bahawa “masyarakat yang mudah

terpesona akan kemewahan” menjadi faktor dalam kegagalan kawalan kes penyalahgunaan

dadah di Malaysia. Faktor ekonomi yang tidak stabil telah menjadikan sebahagian masyarakat

khususnya golongan belia mengambil jalan pintas untuk mendapatkan ‘easy money’ bagi

menampung kehidupan seharian mereka sama ada untuk keperluan atau kehendak semata-

mata. Golongan tersebut akan melakukan apa sahaja demi wang ringgit sehingga dapat

membahayakan diri mereka sendiri akibatnya sebahagian daripada mereka menjalankan

aktiviti pengedaran dadah atau lebih dikenali sebagai "keldai dadah". Maka peningkatan ini

berlaku disebabkan generasi muda yang terus menerus menjalankan aktiviti haram ini.

Tambahan pula, pada 31 Julai 2023 yang berlaku di Kota Bharu, polis menemukan 1,060 biji

pil kuda dianggarkan bernilai RM11,660 dalam beg silang serta poket seluar pelajar Tingkatan

lima dan penganggur lelaki berumur 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan

pengedaran dadah. Bahkan, dipercayai suspek berumur 26 tahun tersebut memiliki tiga rekod

jenayah atas kesalahan dadah. Hal ini wujud akibat daripada kesempitan hidup serta mengejar

kemewahan dunia untuk kesenangan semata-mata.

Lain daripada itu, faktor ataupun punca lain adalah "bekalan dadah mesra pelanggan

atau dihujung jari" menjadi faktor peningkatan penagih yang berleluasa dalam kalangan

masyarakat terutama golongan belia. Teknologi dunia semakin hari semakin canggih mengikut

peradaban zaman. Dengan itu, pelbagai kemudahan telah disediakan serta dinaik tarafkan bagi

memudahkan lagi masyarakat dalam kehidupan seharian. Namun begitu, wujudnya golongan

yang menyalahgunakan kemudahan yang telah disediakan untuk kepentingan diri sendiri.

22
Tambahan pula, sumber daripada Harian Metro menyiarkan artikel yang menyatakan

bahawa penagih sekarang sudah tidak seperti dahulu lagi yang menggunakan "port" untuk

dapatkan dadah sebaliknya menggunakan "mobile port" kerana boleh didapati di mana sahaja

serta lebih mudah apabila mereka hanya perlu membuat pesanan melalui aplikasi dalam telefon

bimbit dan bekalan boleh diperoleh misalnya menerusi penghantaran secara tunai. Sementara

itu, sumber tersebut memaklumkan golongan belia antaranya terdiri daripada buruh am dan

penggangur mencatatkan pembabitan tertinggi dengan bahan larangan.

Dengan itu, faktor terakhir yang akan dibincangkan berkaitan isu penyalahgunaan

dadah adalah faktor “bebanan kerja yang melampau” yang dapat mendorong segelintir

pekerja mengambil dadah terutamanya jenis stimulan atau perangsang seperti

methamphetamine, ekstasi dan ketum. Tambahan pula, terdapat beberapa alasan yang sering

diberikan oleh penagih seperti perlu kekal bertenaga untuk bekerja atas panggilan oncall atau

bekerja lebih masa atau bekerja pada shift lewat malam di samping ingin meningkatkan prestasi

mereka. Dalam pada itu, info isu semasa yang diperolehi sumber dari Astro Awani menyatakan

terdapat tiga kes yang berlaku berkaitan isu penyalahgunaan dadah di kalangan pekerja. Kes

pertama merupakan seorang pekerja kesihatan manakala kes kedua pula merupakan seorang

usahawan dan kes yang terakhir merupakan pemandu kenderaan awam. Perkara yang dapat

disimpulkan dari ketiga-tiga kes yang telah dinyatakan kes penyalahgunaan dadah tidak

mengenal latar belakang mahupun asal-usul.

23
Kesan-Kesan Negatif Penyalahgunaan Dadah

Dalam meniti kehidupan pada marcapada ini, kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan

rakyat di Malaysia semakin membimbangkan serta semakin luas menular. Masalah ini ibarat

‘duri dalam daging’ kepada masyarakat di negara kita. Saban hari, kes-kes penyalahgunaan

dadah yang membuatkan kita menjadi walang ini acap kali menjadi topik hangat terpampang

di dada-dada akhbar, skrin layar media sosial serta di kaca televisyen. Penyalahgunaan dan

penagihan dadah boleh memberikan kesan besar kepada seseorang individu, keluarga,

komuniti dan masyarakat. Justeru, apakah kesan-kesan atau implikasi penyalahgunaan dadah

ini?

Penyalahgunaan dadah bukan perkara baru di dunia ini. Sebenarnya, dadah yang

menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Masalah

timbul apabila manusia menyalahgunakannya untuk keseronokan diri mereka. Satu daripada

kesan-kesan penyalahgunaan dadah ialah penyalahgunaan dadah dalam kalangan rakyat akan

menjejaskan ekonomi negara. Imej dan maruah negara akan terjejas di persada dunia yang akan

menyebabkan urusan politik tidak berjalan lancar. Selain itu, penyalahgunaan dadah boleh

memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Institusi kekeluargaan memainkan peranan

penting membasmi penyalahgunaan dadah, tetapi jika institusi kekeluargaan itu sendiri terlibat

dengan penyalahgunaan dadah sudah pasti kesannya akan menjadi teruk. Penyalahgunaan

dadah juga akan menyebabkan perceraian jika penagihnya ialah suami ataupun isteri.

24
Kesan penyalahgunaan dadah yang lain adalah mampu memusnahkan kebahagiaan

seseorang. Apabila seseorang menagih dadah maka masa depan mereka akan terganggu kerana

badan dan otak menjadi lemah. Hal ini disebabkan dadah telah meracuni tubuh mereka.

Penagih dadah tidak akan fokus kepada pekerjaan ataupun pelajaran. Malah mereka akan

menjadi beban kepada keluarga kerana sikap yang agresif dan malas. Oleh itu, sebuah keluarga

yang mempunyai penagih dadah tidak akan dapat hidup dengan aman dan harmoni.

Penyalahgunaan dadah juga boleh menyebabkan ketagihan dan menjejaskan kesihatan.

Ketagihan terhadap dadah akan membawa kesengsaraan dan penderitaan kepada seseorang.

Penagih akan berasa tidak selesa dan menderita. Hal demikian kerana terdapat banyak jenis

dadah yang boleh mengakibatkan masalah mental. Penyalahgunaan dadah juga mengakibatkan

peningkatan kadar jenayah dan sindiket dadah. Sindiket-sindiket ini akan mengedarkan dadah

secara tersembunyi di pelbagai kawasan kepada para pembeli untuk mengelakkan pengetahuan

pihak berkuasa. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama bagi merealisasikan hasrat negara

untuk bebas daripada penyalahgunaan dadah.

25
CADANGAN
Usaha-Usaha Efektif Untuk Membendung Peningkatan Kadar Penyalahgunaan Dadah

Ramai yang berbicara tentang dadah, tetapi pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri sampai

bilakah isu dadah ini akan terus wujud? Dadah merupakan najis yang telah mengancam negara

kita sejak sekian lama dan isu penyalahgunaan dadah ini masih kekal menjadi musuh utama

negara. Dadah secara rasionalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi.

Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan

diambil oleh seseorang secara salah serta tanpa mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

Keburukan dan kesan negatif yang diterima oleh penagih atau penyalahguna dadah adalah lebih

banyak berbanding kebaikan dan manfaatnya. Peningkatan kadar penyalahgunaan dadah ini

haruslah dibendung dari akar umbi demi kesejahteraan sejagat. Oleh yang demikian, apakah

usaha-usaha efektif yang harus dilakukan untuk membendung isu ini?

Masalah penyalahgunaan dadah sebenarnya adalah masalah sejagat dan sebagai sebuah

rantau yang dikatakan banyak menerima perubahan serta pembangunan, rantau Asia Pasifik

termasuk Malaysia turut mengalami pelbagai jenis gejala sosial. Penyalahgunaan dadah

terutamanya dalam kalangan belia amat membimbangkan dan ia berkait rapat dengan

bermacam penyakit sosial seperti pelacuran, lepak, dan perjudian. Perkara inilah yang banyak

menggugat dan memudaratkan keadaan sesebuah negara sama ada dalam bidang ekonomi,

sosio-budaya, politik mahupun keselamatan. Dengan erti kata lain, kemajuan serta

pembangunan yang kita capai dan kecapi selama ini tidak akan berkekalan sehingga ke

akhirnya sekiranya masalah dadah tidak dapat dibanteras dengan segera. Pelbagai pihak

haruslah campur tangan dalam menyelesaikan isu ini.

Oleh itu, pelbagai langkah drastik perlu direncanakan dan dilaksanakan untuk

memerangi ancaman dadah. Dalam usaha untuk membendung masalah yang semakin gawat

26
ini, pendidikan awal dari rumah amatlah penting di mana ibu bapa memainkan peranan untuk

memastikan anak-anak sekaligus golongan generasi muda berilmu pengetahuan terhadap

perkara ini dan tidak turut terjebak dalam isu penyalahgunaan dadah. Mereka perlu meluangkan

masa secukupnya bersama keluarga agar anak-anak dapat merasakan kasih sayang yang cukup.

Sikap cakna atau ambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang terhadap anak juga

mampu mengelakkan golongan muda dari terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan

dadah, kerana dengan ini aktiviti seharian anak akan dapat dipantau dengan lebih dekat. Ibu

bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang

tidak formal dalam usaha membendung anak-anak mereka dari terjebak ke perangkap

penyalahgunaan dadah. Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta

diawasi setiap pergerakan dan pergaulan mereka sejak dari kecil lagi. Statistik di Malaysia

menunjukkan bahawa masalah gejala sosial dalam kalangan generasi muda tidak terkecuali isu

penyalahgunaan adalah berpunca daripada masalah di rumah. Tuntasnya, pembentukan sahsiah

belia banyak ditentukan oleh institusi kekeluargaan.

Pendidikan atau ilmu kesedaran tentang pencegahan penyalahgunaan dadah di

institusi merupakan langkah awal untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan

belia bagi kesiapsiagaan mereka menginjak ke alam dewasa. Seandainya tidak dibendung,

masalah ini akan terus mengancam dan menggugat kesejahteraan negara. Pendidikan

pencegahan pada dasarnya bertujuan untuk mendidik di samping memberikan maklumat untuk

menyedarkan belia mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah sebelum ianya terlambat.

Sudah tentu kita tidak ingin melihat belia terjerumus ke dalam jurang kehinaan ini. Peranan

pihak institusi dalam membanteras masalah ini amatlah penting. Antara program yang boleh

dilaksanakan ialah “Program Mendaya Upaya Belia Ke Arah Komuniti Bebas Dadah”.

Program ini diatur untuk memberikan kesedaran kepada golongan belia mengenai risiko

27
penyalahgunaan dadah dan secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjauhi najis

dadah. Oleh yang demikian, peranan pihak institusi amat penting dalam menerapkan budaya

belia benci dadah dan seterusnya membantu golongan ini menjauhi najis dadah sebelum ia

menjadi parah.

Di samping itu, pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan (NGO) boleh

memainkan peranan dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan dadah. Antaranya ialah

melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai

aktiviti. Hal ini demikian kerana melalui kem-kem ini golongan belia dapat memenuhi masa

senggang mereka dengan aktiviti yang lebih berfaedah. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan

kempen anti-dadah dan menyiarkannya melalui media massa. Undang-undang dan hukuman

bagi kesalahan penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah diperketatkan bagi

mengelakkan masalah ini terus berleluasa. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah

Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau bekas penagih agar

mereka tidak kembali menagih dadah semula.

Selain itu, kesedaran diri belia penting untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri ini

penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran

yang rasional. Mereka hendaklah sentiasa diberikan ingatan tentang pentingnya kehidupan

pada masa hadapan. Belia kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat

seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah ini. Oleh sebab

itu, kesedaran dalam diri amat penting. Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan yang

buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan

yang berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri belia menjadi berkualiti juga.

28
KESIMPULAN

Belia merupakan aset negara yang sangat penting. Akhir – akhir ini, penyalahgunaan

dadah dalam kalangan belia menjadi satu masalah yang kian meruncing dan perlu diberi

perhatian sewajarnya. Oleh yang demikian, strategi perlu dipergiatkan agar belia tidak terjebak

dengan penyalahgunaan dadah dengan mengambil kira pelbagai faktor. Hal ini diharapkan

dapat menimbulkan kesedaran kepada semua pihak berkaitan masalah yang dihadapi selain

menjadi panduan dalam membantu menyediakan dan melaksanakan program efektif untuk

membendung gejala ini dalam kalangan belia. Meskipun begitu, adakah penyalahgunaan dadah

dapat ditangani sampai bila-bila? Berbalik kepada faktor yang diketengahkan, penyalahgunaan

dadah tidak akan dapat dihentikan selagi terdapat permintaan dan tiada pemantauan serta

kawalan ketat ke atas bahan tersebut. Konklusinya, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang

kepada penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia. Oleh itu, semua pihak hendaklah

berganding bahu memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memerangi

gejala penyalahgunaan dadah kerana dadah merupakan musuh utama Negara yang boleh

meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara. Sesungguhnya golongan belia

merupakan pewaris generasi nusa bangsa pada masa akan datang yang akan memimpin negara,

masyarakat mahupun keluarga pada hari ini. Diharapkan kenyataan tersebut dapat menikam

sanubari masyarakat dan orang ramai akan mula bertindak dalam memastikan orang sekeliling

tidak terjebak dengan penyalahgunaan dadah.

29
RUJUKAN

Buku

Mahadi Abu Hassan, Norliah Kudus, Ahmad Ridzwan Mohd Noor & Shahrulanuar Mohamed.

2021. Falsafah dan Isu Semasa. Melaka: Penerbit UTeM Press.

Kamus Dewan. 2017. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syahrina Abdullah & Mohd Hazim Shah Abdul

Murad. 2021. Falsafah dan Isu Semasa. Melaka: Penerbit UUM Press.

Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728: Economic and Political Developments,1975, ms.

38-39

Arkib Negara Malaysia. Aspek-Aspek Penguatkuasaan Bagi Mencegah Penggunaan Dadah

(Segi Polis)

30
Artikel Jurnal

Nachiappan, S., Perumalsamy, S. P., Haji Mohd Zulkafaly, F., & Andi, H. 2014.

Penyalahgunaan Dadah Dan Langkah Mengatasi Dari Segi Kognisi Di Pusat Pengasih

Malaysia: Drug Abuse And Ways To Overcome In Terms Of Cognitve At Malaysia

Pengasih Center. Jurnal Peradaban Melayu, 9, 176–184.

https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/1997

Dadah: Satu Kajian Perbandingan antara Penyalahguna Dadah dengan Bukan Penyalahguna

Dadah. Pertanika Journal of Social Sciences & Humanities, 1 (1). pp. 41-55.

Arsat, M. & Besar, A. (2011). Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Pelajar. Satu Kajian di Pusat

Serenti Tiang Dua, Melaka. Journal of Science & Mathematics Education. 1-9.

Abd Razak, M. N., Mohd Radzi, F. A., Adnan, M. A., Ismail, H., Mohamed, A. M. D. & Omar

Fauzee, M. S. (2009). Pengajaran Penyalahgunaan Dalam Tingkatan 4: Satu Kajian Kes.

Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Jurnal Antidadah Malaysia, 5 (1).

K. G. Tregonning, Home Port Singapore: A History of Straits Steamship Company Limited

1890-1965, Oxford University Press, 1967, ms. 42.

Lim Teck Ghee, Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Malaya 1874-1971,

Oxford University Press, 1974, ms. 6.

Spencer dan Navaratnam, Drug Abuse in East Asia, ms.13

B.Simandjuntak, Malayan Federalism 1945-1963. Oxford University Press, 1969, hlm. 4.

Sarina Mohamed. Drug Abuse and Huma Rights: Cases and Commentaries. University of

Malaya Press, 2012, ms. 7.

31
Internet

https://oarep.usim.edu.my/jspui/bitstream/123456789/17498/1/Rawatan%20Penagihan%20D
adah%20Melalui%20Terapi%20Psikospiritual%20Berasaskan%20Aspek%20Ibadah.pdf
Diakses
pada 13 November 2023.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penyalahgunaan-penagihan-dadah-meningkat-
27-peratus-dari-janjun-2023-438308 Diakses
pada 13 November 2023.
http://www.myhealth.gov.my/penyalahgunaan-dadah/ Diakses
pada 14 November 2023.
http://www.myhealth.gov.my/ekstasi/ Diakses
pada 27 November 2023.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-tahan-30-pelajar-terlibat-kesalahan-
dadah-di-kelantan-443032 Diakses
pada 23 November 2023.
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/10/205-keldai-dadah-rakyat-malaysia-ditahan-di-
luar-negara/ Diakses
pada 16 November 2023.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/06/982801/bekalan-dadah-mesra-pelanggan-
faktor-peningkatan-penagih-di-pahang Diakses
pada 23 November 2023.
https://www.islam.gov.my/ms/berita/1680-program-mendayaupaya-belia-ke-arah-komuniti-
bebas-dadah-empowering-youth-for-drug-free-community-2020-eydfc-4-0- Diakses
pada 26 November 2023.

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia. (n.d.). Kajian Pembinaan Modul untuk
mencegah penyalahgunaan Dadah Dikalangan ... Pengenalan Tentang Modul Masalah
Penyalahgunaan Dadah di Kalangan Generasi Muda Khususnya di Negara Ini.
https://iyres.gov.my/jdownloads/Penyelidikan/kajian-pembinaan-modul-untuk-mencegah-
penyalahgunaan-dadah-dikalangan-generasi-muda.pdf (Di akses pada 9 Disember 2023)

32
LAMPIRAN

Sumber : https://www.adk.gov.my/infografik-statistik-penyalah-guna-dan-penagih-dadah-

serta-bahan-bagi-bulan-januari-mac-tahun-2023/

33

You might also like