You are on page 1of 29

KERTAS KERJA

CTU 211
SAINS DAN TEKNOLOGI
ISLAM
UiTM CAWANGAN PERLIS
SEMESTER 3

APLIKASI MAQASID SYARIAH MENJAGA AKAL DAN


MENDEPANI CABARAN PENYALAHGUNAAN DADAH
SINTETIK

MARKAH KERTAS
KERJA
Pengenalan (4%)

Objektif Kajian (4%)

Kajian Literatur (8%)

Metodologi (4%)

Dapatan dan Perbincangan (12%)

Rumusan/Kesimpulan (4%)

Bibliografi / Rujukan (4%)

JUMLAH MARKAH (40%)

Maklumat Ahli Kumpulan


Nombor Kumpulan Kod
Pelajar Program

1 HARIS MURSHIDI BIN MAMAT GHANI 2020884264 RAS1133D AS113


2 NUR AINA SYAFIQAH BT ASYAM’ 2020871632 RAS1133D AS113
3 NUR ATIKA BT ZAKARIA 2020891506 RAS1133D AS113

No Telefon Bimbit ( Ketua Sahaja) +60 13-414 7225 (HARIS)


NUR ATIKA BT ZAKARIA (2020891506)

NUR AINA SYAFIQAH BT ASYAM’ (2020871632)

HARIS MURSHIDI BIN MAMAT GHANI (2020884264)

Kertas kerja ini dikemukakan untuk memenuhi keperluan bagi Penilaian Sepanjang
Semester bagi Kod Kursus CTU101 – Prinsip-Prinsip Asas Islam, kursus wajib
pelajar dari Diploma, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis, Kampus Arau.

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan
yang diserahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada
mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan
sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa mana- mana pelajar yang melanggar
perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib Fakulti masing-
masing.

Nama Ketua Kumpulan: HARIS MURSHIDI BIN MAMAT GHANI

No Pelajar : 20208842464

2
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGHARGAAN............................................................................................... 4

2.0 PENDAHULUAN... .............................................................................................5

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.............................................................................................6

4.0 LITERATUR .......................................................................................................5

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN......................................................7

6.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN ...................................................................11

7.0 RUJUKAN DAN LAMPIRAN ............................................................................14


PENGHARGAAN
PENDAHULUAN

Dasarwasa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap pelosok penjuru
dunia tentang isu penyalahgunaan dadah sintetik. Berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka, dadah merupakan sejenis bahan yang digunakan di dalam ubat-ubatan bagi
mengurangkan atau menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh seseorang individu.
Namun, dadah hanya boleh diambil berdasarkan preskripsi doktor kerana jika diambil
secara berlebihan, dadah akan menyebabkan ketagihan dan pelbagai jenis penyakit yang
merbahaya. Dari segi biologi, dadah dilabelkan sebagai sesuatu yang mukhadir muftir dan
musakir yakni sesuatu yang melemahkan, memabukkan dan sesuatu yang membuat
seorang tidak sedar atau tidak waras. Dalam hadia riwayat Ibn Umar, Rasulullah SAW
bersabda bahawa "Setiap bahan yang memabukkan ialah khamr dan segala yang
memabukkan adalah haram. Sesiapa yang menikmati arak di dunia dan mati dalam
keadaan tersebut dengan tidak memohon keampunan, tidak akan dapat menikmatinya di
akhirat." Di era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan
minda kita telah menyebabkan banyak masyakarakat terutamanya golongan pemuda dan
pemudi yang terjerat ke lembah penyalahgunaan dadah. Dadah terdiri daripada pelbagai
jenis iaitu halusinogen, rekaan, perangsang dan sintetik. Difokuskan pada dadah sintetik,
dadah sintetik merupakan dadah yang dikategorikan di bawah bahan psikoaktif baru (NPS)
yang memberi kesan buruk terhadap penagihnya. Contohnya, kerosakan hati yang
menyebabkan kekuningan dan kegagalan hati sehingga membawa maut. Terdapat banyak
kajian yang telah dilakukan di luar negara dan mendapati bahawa dadah NPS terutamanya
candu tiruan memerlukan dos yang rendah sehingga teknologi makmal yang canggih
sekarang tidak dapat mengesannya dalam ujian air kencing. Dadah sintetik (NPS) ini
hanya memerlukan dos yang kecil namun sekiranya mengambil hanya sedikit dos
berlebihan boleh menyebabkan kecelaruan, keresahan serta sawan dan mungkin
kematian. Selain itu, kajian tersebut mendapati 91% daripada penagih tersebut mengalami
denyutan jantung pantas, pembesaran anak mata, muntah dan sesak nafas. Pengkaji
mendapati NPS menyebabkan gangguan fisiologi pada neurotransmitor seperti serotonin
dan dopamin yang menyebabkan rasa khayal dan seronok.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut:

1- Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mencari/menentukan ….


2- Kajian ini dilakukan untuk memeriksa/menganalisa ….

(Apakah tujuan kajian dilakukan? Apa yang nak dikaji dalam kertas kerja itu, bukannya sebab apa kertas
kerja itu ditulis.

Jika tajuk: Pelajar Wanita Lebih Cemerlang Berbanding Pelajar Lelaki di IPT
Contoh Tujuan kajian:

1. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat sejauhmana kebenaran bahawa pelajar wanita
lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki.
2. Kajian ini dilakukan untuk mencari sebab mengapa bilangan pelajar wanita lebih cemerlang dan
ramai jumlahnya berbanding pelajar lelaki di IPT.
KAJIAN LITERATUR

4.1) DEFINISI DADAH

Pada asasnya, ‘dadah’ merupakan suatu bahan yang berkait rapat dengan ramuan
perubatan tradisional dan moden. Ia digunakan secara terus daripada bahan asal berupa
tumbuh-tumbuhan atau diproses secara saintifik kepada pelbagai jenis, bentuk, nama dan
kegunaan. Penggunaannya tidak dapat dipastikan permulaannya, namun amat berleluasa
daripada negara paling kecil dan terpencil hinggalah negara maju dan moden di seluruh
pelusuk dunia utara-selatan serta timurbarat. Kamus Dewan mendefinisikan ‘dadah’
dengan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian ‘penyalahgunaan’. Perkataan
‘dadah’ sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan
‘penggunaan’ atau ‘penagihan’ adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi
menggambarkan penggunaan dan masalah-masalah yang berkaitan dadah. Istilah ‘Drug’
dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Bagi memberi takrif
penyalahgunaan kepada ‘drug’, perkataan ‘use’, ‘misuse’ atau ‘abuse’ perlu digunakan
bersama-sama dengan perkataan drug.

Mengikut risalah kecil "Islam Memusuhi Dadah" terbitan Pasukan Petugas Khas Anti
Dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993 telah
memberi takrifan seperti berikut ;
"Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling efektif ke atas sistem
saraf tubuh manusia seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan
tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan
bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama. Takrif ini
tidak meliputi alkohol dan tembakau serta ubat yang merupakan bahan kimia asli atau
tiruan yang digunakan untuk mengesan, mencegah atau mengubati penyakit".

Menurut sumber risalah ‘Dadah, Jauhi Diri Anda Darinya’ terbitan pihak sama menyatakan
dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
i. Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang);
ii. Digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan penggunaannya adalah dilarang;
iii. Diperolehi secara haram;
iv. Mengakibatkan pergantungan fizikal dan psikologikal dan peningkatan daya tahan
terhadap dadah; dan
v. Mendatangkan kesan-kesan buruk ke atas kesihatan dan fungsi sosial.

Menurut Hoffman, menyatakan bahawa penyalahgunaan dadah merujuk kepada


penggunaaan dadah dan bahan-bahan lain yang bukan untuk tujuan perubatan tetapi
untuk satu atau lebih tujuan iaitu sama ada mengubah rasa hati pengguna, mengubah
persepsi terhadap diri sendiri dan dunia sekelilingnya, menghasilkan sensasi dan
pengalaman baru dan memperhebatkan kemampuannya untuk berfungsi dalam
sesetengah situasi seperti situasi sosial atau seks. Mengikut Blumenfield et.al iaitu
mendefinisikan penyalahgunaan dadah sebagai sebarang penggunaan secara haram,
tiada penjadualan saintifik, dan memudaratkan. Mengikut pandangan Islam, dadah di
dalam Al-Quran, menyamai istilah ‘khamar’ yang digunakan bagi semua bahan yang
11
memabukkan atau boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran.

Agama Budha turut menegah penganut-penganutnya daripada mengambil sesuatu yang


boleh memabukkan atau mengkhayalkan dan boleh membawa kepada ketagihan kecuali
untuk tujuan-tujuan perubatan. Sejak 2,500 tahun dahulu Buddha telah menegaskan
perkara ini melalui Pancasila yang ke-5, iaitu ayat yang berbunyi “Sura-maraya-majja-
pamadatthana-veramani sikkhapadam samadiyami” bermaksud; “Aku berikrar akan
melatih diri menghindari minuman keras dan benda-benda yang mengkhayalkan”.
Pengambilan sesuatu yang memabukkan dan mengkhayalkan seperti dadah dan alkohol
ini dilarang oleh Buddha, kerana pengambilannya hanya sekadar memberi kegembiraan
yang palsu buat seketika sahaja kepada seseorang.

Secara keseluruhannya dapatlah dirumuskannya bahawa, dadah merupakan bahan


kimia sama ada asli atau tiruan yang penggunaannya dengan cara disuntik, dihidu, dihisap
atau dimakan yang menyebabkan boleh mengubah fungsi tubuh badan, perasaan atau
kelakuan seseorang dan sentiasa bergantung kepada bahan tersebut (penagihan). Kesan
dadah mengakibatkan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama.
Penglibatan membabi-buta dan kronik dalam gejala dadah yang menurunkan martabat
manusia kepada tiada nilai pastinya jika tidak dibaiki akan memperoleh penderitaan di
dunia dan kesengsaraan azab neraka di akhirat, na’uzubillah.

12
4.2) SEJARAH KEMASUKAN DADAH KE TANAH MELAYU

Pakar sejarawan seperti Leornard Andaya (1975) berpendapat pihak Belanda yang
menjajah Tanah Melayu sejak tahun 1641 telah membawa masuk sejumlah besar
candupada tahun 1687 sebagai bahan untuk diperdagangkan dengan Riau dan
Kerajaan Johor Lama pada ketika itu diperintah oleh Paduka Raja Tun Abdul Jamil.
Kemasukan dadah di Tanah Melayu secara besar-besaran bermula pada awal abad
kurun ke-18 dengan kemasukan candutelah dibawa oleh imigran Cina(Arkib Negara
Malaysia, 2007).Imigran Cina telah datang secara beramai-ramai ke kawasan Asia
Tenggara bagi memenuhi keperluan tenaga kerja yang diperlukan oleh sektor ekonomi
seperti perlombongan bijih timah serta penanaman gambir khususnya di Tanah Melayu
yang di jajah oleh British(Lim, 1974).

Kenyataan diatas turut disokong oleh Stevenson (1975) yang mengakui kegiatan
perlombongan bijih timah dikuasai oleh taukey-taukeyCina yang mengawal sektor
perlombongan di Tanah Melayu melalui mandat yang diberikan oleh pemerintahan
kolonial British di Tanah Melayu. Kedatangan imigran dari Tanah Besar China meningkat
ketika awal abad ke-19 hingga abad ke-20 di mana kebanyakkan imigran telah
dibawa masuk ke Burma, Thailand dan Indonesia.Terdapat pandangan ahli sarjana
menyatakan kaum imigran dari Tanah Besar China telah datang ke Tanah Melayu
sebelum kedatangan pihak British bagi mencari prospek untuk menjalankan
perlombongan bijih timah(Simandjutak, 1969).Sarina (2012) menjelaskan pada awalnya
penduduk di negara-negara Asia Tenggara tidak mengetahui kewujudan budaya
menghisap candu sehinggalah budaya tersebut diperkenalkan oleh imigran-imigran
berbangsa Cina yang menetap di Tanah Melayu.Kebanyakan imigran Cina
tersebut menghisap candu yang dibawa dari China dan adalah menjadi amalan dan
tradisi masyarakat Cina pada ketika itu untuk menghisap candu sebagai langkah alternatif
untuk mengurangkan tekanan perasaan dan keletihan setelah seharian bekerja berat
di lombong bijih timah kepunyaan British(Abdul Rani,2007).

Budaya menghisap candu telah dianggap sebagai budaya yang tidak menimbulkan
sebarang masalah sosial di Tanah Melayu.Keadaan ini diperkukuhkan dengan langkah
yang diambil oleh Kerajaan British di Tanah Melayu serta tanah-tanah jajahan koloni di
seberang laut memperkenalkan kutipan hasil cukai penjualan candudi tanah-tanah
jajahan kepunyaan British termasuklah di kawasan Tanah Melayu meliputi pentadbiran
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-
Negeri Selat melalui penubuhan Tabung Simpanan Hasil Penjualan Canduyang
diwujudkan pada tahun 1932(Marimuthu dan Nair, 2020).Cukai penjualan candutelah
diberi kuasa khas oleh Kerajaan British untuk dikutip oleh Setiausaha Kerajaan Negeri
dan hasil kutipan cukai di masukkan sebagai hasil kutipan awam negeri(Emerson,
1966).Kerajaan British melihat perniagaan dan perdagangan candusebagai sebuah
perniagaan yang menguntungkan serta mampu dijadikan sumber kewangan
berterusan bagi Kerajaan British(Derks, 2012).
Candu mentah telah dihisap oleh majoriti masyarakat setempat di Tanah Melayu dan
Singapura sejak dari awal tahun 1905(Tregonning, 1967). Kerajaan British di London
juga memastikan monopoli perniagaan dan perdagangan candudi tanah-tanah jajahan
seberang laut di kawal sepenuhnya oleh British dengan menubuhkan rumah-rumah
13
menghisap candu secara berlesen(Emerson, 1966). British telah menggalakkan
peladang Cina untuk membuka ladang penanamanpokok popidi Tanah Melayu dan
galakan British telah mendapat sambutan ramai oleh peladang-peladang Cina yang
kebanyakannya merupakan ketua organisasi kongsi gelap Cina sekaligus
menyebabkan rumah-rumah candu telah dibina di serata negara dengan dijadikan
sebagai pusat tumpuan utama bagi mengutip hasil cukai jualan canduserta pusat
hiburan dadah recreational drugs centrebagi penghisap candu secara sah(Tregonning,
1967).

Setelah tamat Perang Dunia Kedua majoriti negara di dunia telah mengharamkan
penggunaan dadah secara menyeluruh. Di Malaysia pada peringkat awal
Kerajaan British telah mengharamkan penggunaan candu pada tahun 1945 dan
seterusnya mengharamkan penggunaan dadah secara menyeluruh pada tahun 1952
melalui penubuhan Akta Dadah Merbahaya 1952(Arkib Negara Malaysia,
1980).Secara umumnya negara Malaysia adalah bukan negara pengeluar dadah akan
tetapi kebanyakkan dadah yang masuk ke Malaysia adalah datangnya dari kawasan Segi
Tiga Emas(Mazlan, 2006).

14
4.3) FAKTOR PENYALAHGUNAAN DADAH

Secara kasar ada tiga golongan besar penagih dadah:


(1) penagih dadah yang sebenar
(2) penagih dadah jenis "experimenter"
(3) penagih dadah jenis "experimented".
Mengapa mereka mengambil dadah tidak dapat diterapkan kepada satu atau dua sebab
sahaja, tetapi biasanya didorongkan oleh kombinasi permutasi sebab-sebab yang berbeza
dari seorang ke seorang. Keadaan ini amat merumitkan usaha pemulihan, kerana
penagihan dadah adalah bersifat psiko-sosial seperti yang disebutkan awal-awal tadi.
Di antara sebab-sebab yang boleh mendorong seseorang ke arah penagihan dadah
adalah:
(a) kebosanan - terlalu banyak masa lapang tanpa mengetahui cara menggunakannya
atau tidak diberi peluang menggunakannya.
(b) dalam keadaan sekarang acapkali terdapat kedua-dua ibubapa bekerja - ibubapa/
penjaga tidak mempunyai masa untuk mendidik atau bermesra dengan anak-anak
sehingga anak-anak tidak dapat .berusaha mendapatkan identiti. Hasilnya timbul
"identity crisis".
(c) kekecewaan dengan keadaan sekeliling yang tidak pernah menimbulkan rasa
puashati tetapi tidak berupaya menentangnya -lantas menimbulkan rasa rendah diri atau
konsep-kendiri yang negatif.
(d) tidak ada/hilang kepercayaan kepada diri sendiri kerana tak pernah wujud
pengiktirafan terhadap usahanya. Malah yang selalu ditonjolkan ialah kelernahannya oleh
setiap faktor (termasuk individu) di sekelilingnya, baik yang dekat,
mahupun yang jauh.
(e) kurang/tiada nilai kerohanian yang mantap disebabkan kurangnya perdampingan
dengan ibubapa, dan kurangnya peruntukan untuk aspek ini dalam sistem pendidikan
masa ini.
(f) keadaan rummahtangga yang kucar-kacir - mendorong anak-anak muda tidak mahu
pulang ke rurnah. Misalnya: ibubapa selalu bergaduh; ibubapa masing-masing
mengejar matlarnat masing-masing
(g) memenuhi rasa ingin tahu (cuba) - hendak mengetahui kesan yang sebenarnya.
Malangnya, langkah seperti ini arnat mernbahayakan kerana untuk memenuhi
dorongan naluri ingin tahu ini ia mendedahkan dirinya kepada suatu risiko yang
amat besar dan yang sukar ditebuskan.
(h) terdorong menghisap dadah tanpa diketahui (rnelalui telatah rakan-rakan)
("experimented").
(i) mudah mendapat dadah.
(j) dalam konteks individu remaja, penerimaan rakan sebaya amat penting. Individu
dalam peringkat ini sedia membuat pengorbanan tertentu bagi mendapat penerimaan ini.
Kadang-kadang implikasi pengorbanan ini tidak dikaji dengan masakmasak.
(k) dalam sistem "examination oriented", persaingan-persaingan yang sengit selalu
wujud di kalangan pelajar-pelajar. Kadang-kadang oleh sebab-sebab tertentu,
individu tidak berdaya atau berupaya untuk bertanding dalam bidang ini. Jadi ia
perlu mencari "penyelesaian". Salah satu saluran "escapism" ini ialah melalui
penagihan dadah. Penagih dadah dibolehkan mendapat rawatan pemulihan di
Pusat-Pusat Pemulihan Kerajaan
15
4.4) KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH

Kesan penagihan dadah bukan sahaja dilihat kepada agensi-agensi yang terlibat dengan
pemulihan dan penguatkuasaan, tetapi juga kepada diri penagih dadah sendiri. Sebagai
contoh, penagih kehilangan peluang untuk bekerja dengan baik akibat dari penagihan
dadah. Kesan dari penagihan, penagih tidak bekerja dalam sektor produktif kerana jika
penagih tidak terlibat dalam penagihan dadah, mungkin mereka bekerja di sektor-sektor
tertentu yang memberi keuntungan kepada negara. Kedua, kehilangan produktiviti akibat
jenayah yang dilakukan melibatkan kecederaan, kematian dan kehilangan harta benda.
Namun begitu, selain daripada mangsa dan penjenayah, pihak ketiga iaitu masyarakat
juga turut menanggung kesan jenayah ini. Peningkatan kadar jenayah menyebabkan
masyarakat terpaksa mengambil langkah yang lebih berjaga-jaga disamping
mengurangkan aktiviti luar rumah memandangkan keselamatan mereka semakin
terancam. Selain itu, peningkatan kadar jenayah juga memaksa kerajaan meningkatkan
kawalan keselamatan dan kapasiti polis serta peningkatan operasi tangkapan. Secara
tidak langsung ini akan mengakibatkan peningkatan perbelanjaan untuk kawalan
keselamatan. Keadaan ini bukan sahaja membebankan kerajaan tetapi turut
membebankan pembayar cukai (Kandel, Kevin dan Andrew, 1995).

Kerajaan menanggung beban yang berat kerana terpaksa menyediakan peruntukan yang
tinggi dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan dan pemulihan. Kos
langsung yang ditanggung oleh kerajaan menunjukkan dalam tahun 2007, kerajaan telah
membelanjakan sebanyak RM176,835,669. Jumlah perbelanjaan ini berkaitan dengan
semua aktiviti rawatan, pemulihan, pencegahan dan penguatkuasaan yang dilaksanakan
oleh agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Daripada keseluruhan jumlah kos
langsung, PDRM membelanjakan peruntukan kerajaan yang tertinggi untuk tujuan
pencegahan penyalahgunaan dadah, diikuti oleh Kementerian Kesihatan dan AADK.

Sementara itu, kos tidak langsung yang ditanggung oleh kerajaan juga dianggap tinggi.
Penyalahgunaan dadah memberi kesan negatif kepada penagih dari segi tingkat
produktiviti, pendapatan di tempat kerja dan perbelanjaan rawatan kesihatan. Di samping
itu, ianya juga menyebabkan kerugian kepada mangsa jenayah yang terbabit dengan
penagih termasuklah dari segi kerosakan harta benda, kecederaan malah kehilangan
nyawa. Bagi pihak penguatkuasaan undang-undang, mereka terpaksa berbelanja besar
untuk membenteras jenayah yang dilakukan oleh bilangan penagih dadah yang ramai.
Dapatan kajian mendapati, anggaran berbelanjaan bagi agensi-agensi pemulihan dan
pencegahan dadah ialah RM177 juta pada tahun 2008. Dengan mengambilkira kos
rawatan kesihatan, kos kehilangan produktiviti dan kos berkaitan jenayah, kos tidak
langsung seorang penagih dadah ialah RM132 ribu. Dengan mengambilkira jumlah
seramai 63,884 orang penagih dadah masa kini, memberikan jumlah kos tidak langsung
RM8.47 bilion, dan jumlah kos keseluruhan (kos langsung dan kos tidak langsung)
sebanyak RM8.65 bilion. Ini menjadikan kos perkapita penagihan dadah di Malaysia ialah
RM332. Secara perbandingan, Kanada menanggung kos sebanyak CAN$1.37 bilion, atau
CAN$48 perkapita (Single et al., 1998), dan Australia menanggung kos sebanyak
AUS$1.468 bilion (Collins & Lapsey, 1999).
10
4.5) CARA PEMULIHAN YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA

Penagih biasanya mengalami dua jenis penggantungan iaitu fizikal dan psikologikal.
Penggantungan fizikal diuruskan dengan cara detoksifikasi manakala penggantungan
psikologikal dipulihkan dengan cara psikologi dan psikososial. Sehubungan dengan itu
setiap penagih dikehendaki menjalani rawatan dan pemulihan kerana ketagihan untuk
suatu tempoh tertentu mengikut cara yang diperuntukkan di bawah Akta Penagih Dadah
(Rawatan dan Pemulihan) 1983 dan Pindaan 1998. Perkhidmatan pemulihan disediakan di
28 buah Pusat Serenti yang mempunyai had muatan dan kapasiti seramai 10,000 orang.
Mengikut Mahmood(1993) pada 23 Februari 2003 terdapat seramai 10,648 orang
penghuni yang sedang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat-Pusat Serenti seluruh
negara. Jumlah penagih yang ramai ini juga bukan merupakan suatu petanda yang baik
kerana rawatan kaunseling memerlukan masa dan ruang untuk kaunselor dan juga anak
buahnya untuk mencapai sesuatu perkembangan psikologi.

Program rawatan dan pemulihan di institusi dijalankan selama dua tahun berdasarkan
peruntukan Seksyen 6 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) Pindaan 1998.
Program rawatan dan pemulihan termasuklah perubatan dan detoksifikasi secara cold
turkey, latihan fizikal dan pembentukan disiplin ala tentera, kaunseling, bimbingan agama
dan moral, pendidikan sivik dan tatanegara, latihan kemahiran, sukan dan riadah, dan
integrasi semula ke dalam masyarakat. Keputusan untuk mengenakan program ini ke atas
peserta program juga dianggap punitive memandangkan jika seseorang itu didapati positif
ujian dadah maka ia akan dimasukkan ke pusat pemulihan untuk dirawat bagi tempoh
minima dua tahun walaupun tanpa kerelaannya. Namun demikian terdapat juga penagih
yang dibebaskan lebih awal daripada itu. Oleh yang demikian, kaedah rawatan sebegini
lebih merupakan suatu paksaan ke atas penagih dan tidak dapat mencerminkan
kesedaran untuk pulih dari penagih sendiri. Ini merupakan suatu tanggungjawab sosial
yang dipenuhi oleh pihak kerajaan yang juga bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat
yang terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah yang kini sudah berada di peringkat
kritikal. Terdapat juga pandangan yang mengatakan kaedah cold turkey ini agak kejam dan
lebih merupakan suatu penyiksaan ke atas penagih dan tidak mempunyai unsur pemulihan
yang lebih bersifat insaniah.

Pihak kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang berbagai untuk menangani


masalah berkaitan dengan penggunaan dadah antaranya yang paling terkini Malaysia
akan menjadi ‟Negara Bebas Dadah 2015‟. Pelaksanaan hukuman yang draconian dan
berat tidak menyelesaikan masalah kerana terdapatnya kenaikan yang besar dalam jumlah
pengguna dadah baru dan yang kembali menagih. Pengguna dadah yang menggunakan
syringe dan jarum sebenarnya mudah dijangkiti penyakit berbahaya seperti AIDS apabila
berlakunya pertukaran jarum di antara sesama penagih dadah tanpa mensteril alat-alat
suntikan dengan cara yang sepatutnya. Program ini telah dijalankan dengan jayanya oleh
berbagai Kumpulan Bukan-Kerajaan dan Organisasi Bangsa-Bangsa Bersatu. Needle
Syringe Exchange Programme (NSEP) ini telah diperkenalkan pada awal tahun 2006.
Akhirnya kaedah rawatan yang pada awalnya tidak disokong oleh pihak kerajaan kerana
ditakuti akan menggagalkan sasaran negara untuk menjadi bebas dadah pada tahun 2015
10
telah diterima oleh pihak kerajaan. Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk
mengurangkan kecederaan ataupun harm reduction. Kaedah ini sebenarnya tidaklah
hanya untuk memenuhi satu tujuan semata-mata tetapi matlamatnya adalah untuk
mengurangkan risiko penyakit berjangkit di kalangan penyuntik dadah, untuk menstabilkan
penggunaan dadah yang tidak teratur akibat penyalahgunaan.

Kaedah rawatan dadah gantian methadone juga adalah satu lagi kaedah yang digunakan
di Malaysia untuk membantu penagih menghilangkan penagihan secara beransur-ansur.
Program Rawatan Gantian ini telah digunakan di negara-negara maju dan telah dipuji
keberkesanannya kerana rawatan ini tidak menyebabkan sindrom putus dadah yang terlalu
ketara akibat daripada tindakan yang terlalu drastik untuk memisahkan penagih daripada
dadah yang digunakannya. Program Rawatan Methadone juga disusuli dengan rawatan
kaunseling. Kaunseling ini dijalankan dengan beberapa bentuk terapi seperti terapi kerja di
mana penagih diminta membuat sedikit kerja-kerja fizikal. Terapi keluarga pula melibatkan
keluarga di mana ahli keluarga dibawa bersama sebagai sokongan moral. Manakala terapi
masyarakat pula adalah melibatkan program bersama masyarakat seperti majlis berbuka
puasa dengan orang ramai, sambutan hari raya dan sebagainya

4.6) PERSEPSI TERHADAP DADAH

(4.6.1) PERSEPSI IBU BAPA


Antara aspek-aspek yang di kaji ialah profail demografi ibu bapa, persepsi terhadap
hubungan kekeluargaan sebelum mengetahui anak menjadi penagih dadah dan selepas
anak diketahui menjadi penagih dadah, persepsi mereka terhadap program pencegahan
dan pemulihan dadah, tahap sokongan yang diberikan oleh keluarga terhadap penagih dan
harapan ibu bapa terhadap usaha-usaha membenteras permasalahan dadah.
Dari aspek tahap hubungan antara ibu bapa dan anak-anak, sebelum mengetahui anak
terlibat dalam ketagihan dadah hubungan ibu bapa dengan anak-anak hanyalah
sederhana mesra (77.8%). Dapatan ini bermaksud ibu bapa atau keluarga kurang
memberikan kasih kepada anak-anak mereka, bersikap kurang tegas, kurang bersama-
sama dengan anak-anak, jarang berbincang atau berkomunikasi, selalu berbeza
pandangan tanpa usaha untuk mencari titik pertemuan, suka berleter dan memberi terlalu
banyak kebebasan tanpa kawalan kepada anak-anak mereka.
Namun, sikap ini berubah apabila mereka mengetahui anak mereka telah terlibat dalam
kancah penagihan dadah, Majoriti ibu bapa (71.6%) berubah sikap menjadi lebih mesra
atau positif setelah sesuatu musibah berlaku. Namun, ianya telah agak terlewat kerana
proses pemulihan penagih dadah bukanlah merupakan satu usaha yang mudah. Walau
bagaimanapun, kajian mendapati para ibu bapa atau keluarga penagih masih tidak
berputus asa di mana 94.4% daripada responden sentiasa menyokong sebarang usaha
untuk memulihkan anak mereka. Mereka amat menyesal dengan sikap kurang
bertanggungjawab terhadap anak-anak dan berazam untuk menjadi ibu dan bapa yang
lebih baik, mengharapkan masyarakat dapat sama-sama turut membantu mereka,
mengharapkan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat dan mengharapkan
pusat-pusat pemulihan dapat meningkatkan lagi keberkesanan program-program yang
dilaksanakan.

10
(4.6.2) PERSEPSI MASYARAKAT

Antara aspek-aspek yang di kaji ialah profail demografi masyarakat, persepsi terhadap
penagih dadah, persepsi terhadap ibu bapa penagih, persepsi mereka terhadap
permasalahan dadah, persepsi terhadap program pencegahan dan pemulihan dadah,
persepsi terhadap peranan mereka dalam menangani masalah dadah serta harapan
terhadap pembenterasan dadah. Dapatan kajian menunjukkan majoriti masyarakat umum
(69.5%) hanya mempunyai persepsi yang sederhana positif terhadap penagih dadah.
Fakta ini menunjukkan masih ramai di kalangan masyarakat yang masih mempunyai sikap
prejudis terhadap penagih dadah menyebabkan wujud jurang antara para penagih dengan
masyarakat.
Jurang yang seperti ini tentulah mewujudkan persekitaran yang tidak kondusif untuk
proses pemulihan para penagih kerana sebahagian besar masyarakat masih bersifat
prejudis terhadap mereka. Kepada masyarakat umum penagih adalah sampah masyarakat
yang tiada harapan untuk dipulihkan, mereka dianggap sebagai membebankan yang
menjatuhkan imej keluarga dan masyarakat serta harus diberikan hukuman yang lebih
berat. Situasi seumpama ini telah menimbulkan satu tekanan kepada mereka kerana
sentiasa di pandang serong. Sudahlah berhadapan dengan masalah anak yang ketagihan
dadah, sebahagian masyarakat pula menyisihkan diri daripada mereka. Ini menjadikan
usaha keluarga untuk memulihkan anak-anak mereka daripada ketagihan dadah menjadi
lebih sukar.
Pada persepsi majoriti masyarakat umum, ibu bapa penagih adalah tidak
bertanggungjawab, terlalu memberi kebebasan kepada anak-anak mereka dan tidak
memberikan didikan agama yang mencukupi. Berdasarkan dapatan tersebut, masalah
dadah seolah-olah hanya merupakan masalah keluarga, para penagih itu sendiri dan
agensi-agensi penguat kuasa dan pemulihan yang berkaitan sahaja. Malah masyarakat
umum meragui integriti dan keberkesanan agensi-agensi yang berkaitan dengan
pencegahan dan pemulihan dadah. Ironinya sebahagian besar masyarakat menganggap
dadah adalah satu masalah besar yang di hadapi oleh negara kita. Sebanyak 88.4%
responden percaya dadah adalah musuh negara, penggunaan dadah adalah salah di sisi
agama, dadah diumpamakan seperti najis, dadah menjejaskan kesihatan, dadah boleh
membunuh, dadah menjadi punca pelbagai penyakit dan dadah juga dipercayai punca
meningkatnya bilangan jenayah

10
METODOLOGI KAJIAN

Kaedah yang digunakan semasa kamu menjalankan kajian. Ceritakan proses kamu menghasilkan kertas
kerja ini.

11
0
DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Membincangkan empat hasil yang diperoleh daripada kajian Setiap seorang pelajar menulis satu
dapatan yang berbeza.

DAPATAN 1
DAPATAN 2
DAPATAN 3
DAPATAN 4
20
KESIMPULAN

(mengandungi rumusan yang didapati hasil dari perbincangan kertas kerja)

21
RUJUKAN

CONTOH RUJUKAN

Abbas, B. (2002). The Revolution of Knowledge and Technology. Damascus: Darul-Fikr.

Abu Dali, A. S. (2001). The Reality of Teaching Colleges in the Kingdom of Saudi Arabia, and the Degree
of its Compatibility with the Age of Information and Communication from the Perspective of the
Members of the Teaching Committee therein. (Unpublished Master’s thesis). Faculty of
Education, King Saud University.

(format: Nama Pengarang. (Tahun terbitan). Tajuk Buku. Tempat terbitan: Penerbit.)

(senaraikan sumber-sumber rujukan yang digunakan: buku, kertas kerja, artikel, jurnal, akhbar, majalah,
laman web, dsb)
LAMPIRAN

(jika ada)

You might also like