You are on page 1of 13

TEKS PEMBETANGAN MODEL KERJAYA

PEGAWAI PENYELIDIK
BIOPERUBATAN

Assalamualaikum salam madani dan salam


ABC,Saya Muhammad Arif Bin Mohd Radzi akan
memperkenalkan dua orang rakan pembantu saya.

Di sebelah kanan saya ialah saudari Ulya,manakala


di sebelah kiri saya pula saudari Airis.

Adakah hadirin hadirat tahu tentang kerjaya


sebagai PEGAWAI PENYELIDIK
BIOPERUBATAN?

Pasti ramai tidak tahu.

Pada pagi yang berbahagia ini,ingin saya kongsikan


dengan anda tentang kerjaya pilihan saya iaitu
PEGAWAI PENYELIDIK BIOPERUBATAN.
Pemilihan kerjaya sebagai Pegawai Penyelidik
Bioperubatan adalah tepat dengan TEORI
KERJAYA HOLLAND yang mengandungi Elemen
RIASEK iaitu aspek
realistik ,invastigatif,artistik,sosial,enterprising
dan konvensional.

Pemilihan Kerjaya sebagai pegawai penyelidik ini


sememangnya bertetapan dengan kod mata
Holland RIA iaitu elemen Rialistik,Investigatif
dan Artistik.
Ciri-ciri elemen Rialistik ialah individu jenis
praktikal yang berkerja dengan alatan,tumbuhan dan
haiwan.
Elemen Invastigatif pula-merujuk kepada
seseorang yang suka menganalisis,saintifik dan
teknikal yang berorentasikan penyelidikan.
Seterusnya elemen Artistik,individu ini mempunyai
kemahiran atletik atau mekanikal yang suka bekerja
dengan mesin,peralatan dan objek.

Ketiga-tiga elemen itu dimiliki oleh kerjaya pilihan


kami iaitu Pegawai Penyelidik Bioperubatan.

Dalam konteks pada hari ini kita terdedah dengan


risiko kemalangan,kecacatan sejak lahir dan
sebagainya.
Justeru itu,para hadirin sekalian kerjaya ini
diperlukan untuk membuat kajian dan penyelidikan
bagi mendapatkan inisiatif perubatan dan rawatan.

Manakala dalam bidang sosial ,kerjaya ini sangat


berperanan besar dalam membantu masyarakat dan
negara.
Secara tidak langsung, kerjaya ini mampu menjana
ekonomi Negara kerana boleh dikomersialkan dan
digunakan di seluruh dunia.

DEFINISI PEGAWAI PENYELIDIK ialah:

Pegawai yang mempunyai tauliah dan keupayaan


mengendalikan kajian serta membuat analisis
sampel dan bahan untuk menjaga kesihatan bagi
membantu pegawai perubatan mendiagnosis dan
merawat penyakit.

Manakala BIDANG TUGAS PEGAWAI


PENYELIDIK

Berteraskan sains kesihatan dan berperanan besar


dalam melaksanakan kajian dan penyelidikan
mengenai jaminan kualiti, penyelidikan serta
pemindahan sains danteknologi dan pembangunan
serta latihan.

PERSEKITARAN TEMPAT KERJA PEGAWAI


PENYELIDIK BIOPERUBATAN

Lazimnya,di dalam Makmal Penyelidikan.

Walau bagaimanapun, kerjaya ini juga ada


ditempatkan di universiti, kolej dan hospital mengikut
keperluan semasa.

PAKEJ MATA PELAJARAN

Laluan memilih pakej matap elajaran merangkumi 3


kumpulan mata pelajaran iaituTeras, Wajib dan
Elektif.

Teras:Bahasa Melayu,Bahasa
Inggeris,Matematik,Sains, Sejarah,Pendidikan Islam
atau Moral.
Mata pelajaran Wajib ialah: Pendidikan Jasmani
Kesihatan.

Bagi mata pelajaran Elektif pula :

Maksimum 5 MataPelajaran merangkumi mata


pelajaran bahasa, sastera dan pengajian Islam serta
STEM.

KELAYAKAN AKADEMIK/KEMAHIRAN

Pegawai Penyelidik perlu melepasi tahap STPM


dalam aliran Sains atau Lepasan MATRIKULASI

Dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred B


pada peringkat Matrikulasi Asas dalam subjek
Biologi, Kimia dan mendapat sekurang-kurangnya
Gred C+ / 5C dalam SPM dalam matapelajaran
sains tulen.

Dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 3 dalam


peperiksaan MUET.
3. Bagi mereka yang mempunyai 5 tahun
pengalaman dalam bidang kesihatan dan memiliki
Diploma atau kelayakan yang diiktiraf dengan
mendapat PNGK 3.00 atau calon dengan PNGK
kurang daripada 3.00 yang telah berkhidmat dalam
perkhidmatan kesihatan dan memenuhi syarat:

Memiliki sijil SPM dan lulus mata pelajaran


Matematik dan Biologi dan Kimia.

Memiliki sijil dalam bidang penyelidikan

dan mendapat sekurang-kurangnyaTahap 3 dalam


MUET dan LULUS dalam temuduga yang
ditetapkan.
BEBERAPA IPTA/IPTS YANG MENAWARKAN
PENGAJIAN dalam bidang bioperubatan antaranya:

• 1. UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


• 2. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
• 3. SEGI KOLEJ
• 4. UNIVERSITI MALAYA
• 5. UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

LATIHAN/KURSUS bagi mereka yang ingin menjadi


pegawai penyelidik mestilah mempunyai kelulusan,

Kurikulum Program Ijazah Sains Kesihatan


Persekitaran dan pekerjaan dengan kepujian
dengan jumlah 143 jam kredit termasuk 2 jam kredit
kokurikulum.
CABARAN untuk menjawat jawatan pegawai
penyelidik antaranya ialah perlu

1.Penguasaan mata pelajaran sains tulen dan


kredit yang cemerlang.
2.Perlu membuat kajian dan amali secara
berterusan bagi menghasilkan produk yang
berkualiti untuk membangunkan ekonomi
negara di samping menjaga ekosistem dan
kesejahteraan negara.

PENDAPATAN pegawai penyelidik dalam sektor


awam bermula sekitar RM 2315.00 dan boleh
mencapai hingga ke RM 13 248.00.
PROSPEK MASA HADAPAN

Di sini juga saya ingin berkongsi dengan anda


mengenai ciptaan bio perubatan yang menggunakan
bahan seramik hasil Jalinan dan Kerjasama dengan
para Pegawai Penyelidik Makmal Penyelidikan
SIRIM.
Contohnya simen tulang sintetik atau tulang tiruan.
Ia dinamakan PROSTEOMAX iaitu simen tulang
berasaskan kalsium fosfat untuk merawat
kecederaan atau kecacatan akibat trauma kes
seperti komplikasi serius patah tulang atau penyakit
tulang.
• Berikutan kebanyakan tulang sintetik di pasaran
kini bersumberkan haiwan seperti khinzir .

• Produk yang dihasilkan merupakan tulang


sintetik dari bahan tri kalsiumfostat dan tetra
kalsium fostat yang terdapat pada batu kapur.
MENGAPA PERLU MELAHIRKAN LEBIH RAMAI
PENYELIDIK???

1. Jaminan patuh Syariah;


2. Kos pengaliran wang keluar Negara dapat
dikurangkan;
3. Jangka masa pemulihan lebih cepat dan mudah
4. Dapat membantu ramai orang yang memerlukan;
5. Pelbagai penemuan baru dapat dihasilkan dan
lebih praktikal serta berkualiti
7. Menjimatkan kos rawatan dan perubatan
8. Tidak bergantung kepada bahan perubatan dan
rawatan daripada Negara luar.
RUMUSANNYA
Saranan saya, semua pihak perlu bekerjasama
menyebarluas kerjaya penyelidi kini sebagai kerjaya
yang amat diperlukan oleh negara.

Maka Pendidikan dalam sains tulen perlu dikuasai


untuk melahirkan lebih ramai cendikiawan dalam
bidang sains perubatan.
Saya merupakan generasi Madani akan memastikan
kerjaya pilihan saya ini dapat memajukan Malaysia
setaraf dengan Negara-negara maju yang lain
sesuai dengan tema kita pada tahun ini iaitu
INOVASI PENDIDIKAN KERJAYA STEM
PEMANGKIN GENERASI MADANI.
Hendak seribu daya….
Pagi-pagi mendengar cerita,
Cerita dari cikgu Rohaya,
Hidup kita punya cita-cita,
Untuk berjasa dan Berjaya.
Pergi merantau bawa pelita,
Pelita dipasang hingga jelaga,
Mohon restu hadirin semua,
Kerjaya tercapai pabila dewasa.

Sekian terima kasih.

You might also like