You are on page 1of 22

JABATAN PELAJARAN TERENGGANU

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN

PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN EMPAT

2013
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. MATLAMAT Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. OBJEKTIF Murid boleh : (i) (ii) (iii) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

FOKUS Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu : Modul 1 : Kesihatan Fizikal Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan. Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan. Modul 3 : Kesihatan Persekitaran Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas.

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. Objektif PEERS adalah untuk membantu murid : (i) (ii) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.

(iii)

PEERS merangkumi : (i) Kesihatan diri dan reproduktif Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif. Penyalahgunaan bahan Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK.
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

(ii)

(iii) (iv) (v)

(vi)

Kemahiran pengurusan mental dan emosi Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. Kekeluargaan Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga. Perhubungan Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan. Pencegahan penyakit Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental. Keselamatan Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan.

(vii)

ORGANISASI STANDARD KURIKULUM Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid; Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh murid dan ditaksir. Pendekatan menggunakan standard menuntut guru lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid.
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) Elemen Kreativiti dan Inovatif Berdasarkan kepada pelbagai definisi, kreativiti boleh dijelaskan sebagai: Kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif. Kebolehan individu untuk menggunaan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif. Kebolehan individu untuk mengkasilkan idea yang tulen, asli atau baru. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan. Elemen Keusahawanan Satu proses dalam membentuk ciri-ciri, siap, kaedah berfikir dan nilai ke arah menjadi seorang usahawan. Terdapat 5 fokus elemen keusahawanan: Sikap keusahawanan Pemikiran keusahawanan Pengetahuan dan kemahiran keusahawanan Formulasi pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional Nilai moral dan etika keusahawanan Elemen TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa. Pendekatan membudayakan TMK dalam p&p adalah seperti berikut: Belajar Mengenai TMK - pengetahuan dan kemahiran TMK Belajar Dengan TMK - pengupaya untuk mengajar dan belajar Belajar Melalui TMK - pencapaian maklumat, ilmu pengetahuan dan penggunaan bahan p&p yang dicapai/akses melalui media TMK
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

MODUL 1 Tajuk Standard Kandungan

: : :

KESIHATAN FIZIKAL Kesihatan Diri dan Reproduktif 1.1 1.1.1 & 1.1.2 Murid dapat menyatakan maksud akil baligh dan menyatakan tanda-tanda dan akil baligh bagi lelaki dan perempuan. Keusahawanan Kad perkataan dan gambar (ihtilam dan haid) 1. 2. 3. Murid diperkenalkan dengan perkataan akil baligh dan menyatakan maksud akil baligh dengan bimbingan guru. Perbincangan tentang tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan. Murid membuat nota dalam folio tentang maksud akil baligh dan tandatanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan.

Standard Pembelajaran : Objektif :

EMK Sumber/BBB Aktiviti

: : :

Impak/Refleksi

Seramai 30/30 orang murid dapat menyatakan masud akil baligh dan tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan.

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN EMPAT Pada akhir pembelajaran, murid dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan amalan : 1. 2. Menjaga kebersihan dan cara pengurusan diri semasa haid dan ihtilam; Menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri dan individu lain, serta cara menangani pelbagai situasi negatif untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri; Mengetahui kepentingan pengambilan makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia; Mengetahui cara berkata TIDAK kepada pembelian dan pengambilan alkohol; Memilih cara mengurus konflik dan stres; Mengetahui kepentingan hubungan kekeluargaan dan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial; Mengetahui kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga, serta cara meluahkan perasaan yang sesuai dalam pelbagai situasi; Mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes; Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan; dan Mengetahui kepentingan bantu mula mengikut situasi dan langkah-langkah yang diambil semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan.
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

3. 4. 5. 6.

7.

8. 9. 10.

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL MINGGU STANDARD KANDUNGAN TAJUK : KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF 1 1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat. 1.1.1 1.1.2 Menyatakan maksud akil baligh. Menyatakan tanda-tanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan 1. Murid diperkenalkan dengan perkataan akil baligh dan menyatakan maksud akil baligh dengan bimbingan guru. 2. Berbincangan tentang tandatanda akil baligh badi lelaki dan perempuan. 3. Mencatat dalam folio tentang maksud akil baligh dan tandatanda akil baligh bagi lelaki dan perempuan. 1.Contoh BBB: Kad perkataan dan gambor. 2.EMK: Keusahawanan STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN

1.1

Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.

1.1.3

Menyatakan perubahan fizikal lelaki dan perempuan apabila akil baligh.

1. Tayangan slide perubahan bentuk fizikal kanak-kanak ke arah akil baligh. 2. Murid menyatakan tanda-tanda akil baligh berdasarkan paparan slide. 3. Perbincangan dan rumusan.

1.Contoh BBB : Tayangan Slide 2.EMK: TMK

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL MINGGU 3 1.1 STANDARD KANDUNGAN Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat. STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.4 Menyatakan tempoh kitaran haid. LANGKAH PENGAJARAN 1. Penerangan guru tentang kitaran haid dan tempoh haid berdasarkan kalendar kitaran haid. 2. Menjelaskan kepada murid perempuan supaya menggunakan kalendar kitaran haid sebagai panduan. 3. Menghasilkan kalendar haid mengikut kreativiti murid. CATATAN 1.Contoh BBB : Kalendar kitaran haid. 2.EMK: Kreativiti dan inovatif.

1.1

Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.

1.1.5

Menjelaskan tiada gangguan aktiviti harian semasa haid.

1. Permainan kecil (mengikut kesesuaian kelas) 2. Bersoal jawab spontan mengenai aktiviti semasa kedatangan haid. 3. Murid menulis aktiviti harian yang aktif dalam folio/lembaran kerja.

1.Contoh BBB : Radio dan CD Muzik 2.EMK: TMK

1.1

Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat.

1.1.6

Menjelaskan cara pengurusan diri apabila mengalami haid dan ihtilam.

1. Kuiz Betul atau Salah mengenai haid dan ihtilam. (rujuk Modul PdP m/s 12) 2. Murid memberi pendapat mengenai asas pengurusan diri dan emosi semasa haid dan selelpas ihtilam. (rujuk Modul PdP m/s 11) 3. Perbincangan dan rumusan.

1.Contoh BBB : Soalan kuiz 2.EMK:

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL MINGGU 6 1.1 STANDARD KANDUNGAN Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat. STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.7 Mengenal pasti perubahan yang mungkin dialami semasa haid. LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid membaca e-mail dari seorang kawan. (panduan : rujuk Modul PdP m/s 14) 2. Perbincangan mengenai kandungan e-mail. 3. Menyenaraikan perubahan kanakkanak semasa haid. CATATAN 1.Contoh BBB : e-Mail 2. EMK: TMK

1.2

Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

1.2.1

Menyatakan cara menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri.

1. Guru mempamerkan gambar lelaki dan perempuan dewasa. 2. Perbincangan mengenai perubahan terhadap diri murid setelah akil baligh. 3. Menyatakan cara menghargai perubahan fizikal pada diri sendiri.

1.Contoh BBB : Gamb0r orang dewasa lelaki dan perempuan. 2. EMK:

1.2

Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

1.2.2

Menyatakan cara menghormati perubahan fizikal individu lain.

1. Ulangkaji S.P. 1.2.1. 2. Menyatakan cara menghormati perubahan fizikal individu lain setelah akil baligh. 3. Mencatat dalam folio dan rumusan.

1.Contoh BBB:

2. EMK:

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL MINGGU 9 1.2 STANDARD KANDUNGAN Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. STANDARD PEMBELAJARAN 1.2.3 Menyatakan cara menangani pelbagai situasi negatif terhadap perubahan fizikal pada diri sendiri, rakan dan keluarga. LANGKAH PENGAJARAN 1. Guru menjelaskan cara menangani pelbagai situasi negatif terhadap perubahan fizikal setelah akil baligh. 2. Murid menceritakan pelbagaii situasi negatif yang dialami semasa proses akil baligh.. 3. Kad situasi. (rujuk Modul PdP m/s 19) CATATAN 1.Contoh BBB: Kad situasi 2. EMK: Kreativiti dan inovatif

10

1.2

Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif.

1.2.4

Menyatakan batas sentuhan untuk menjaga keselamatan dan kehormatan diri.

1. Tayangan gambar sentuhan kepada murid-murid. 2. Murid menilai gambar dan membuat pilihan selamat dan tidak selamat. 3. Murid menyatakan pendapat mengenai pilihan mereka.

1. Contoh BBB: Kad gamb0r. 2. EMK:

11

1.3

Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.

1.3.1 1.3.2

Melakar dan melabel Piramid Makanan Malaysia. Mengenal pasti kumpulan makanan mengikut aras Piramid Makanan Malaysia.

1. Tayangan gambar Piramid Makanan Malaysia. 2. Bersoal jawab mengenai Piramid Makanan Malaysia. 3. Murid melakar dan melabelkan Piramid Makanan Malaysia. 4. Murid mengkelaskan makanan mengikut aras Piramid Makanan Malaysia.

1. Contoh BBB; Piramid makanan Malaysia 2. EMK: TMK

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL MINGGU 12 1.3 STANDARD KANDUNGAN Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat. STANDARD PEMBELAJARAN 1.3.3 Menyatakan kepentingan pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut aras Piramid Makanan Malaysia. 2. Wakil kumpulan memilih gambar makanan mengikut kumpulan makanan. 3. Murid menyatakan kepentingan pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid Makanan Malaysia. CATATAN 1. Contoh BBB : Gambar makanan Lembaran kerja 2. EMK:

13

1.3

Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.

1.3.4

Menjelaskan kepentingan pengambilan sarapan yang sihat.

1. Murid mencuci tangan sebelum menyediakan sarapan. 2. Murid menyediakan sarapan dengan bahan yang dibawa sendiri. 3. Murid menikmati sarapan dan menyatakan kepentingan pengambilan sarapan yang sihat.

1. Contoh BBB: Bahan sandwich spt roti, telur, mentimun dan mentega. 2. EMK: Keusahawanan

14

1.3

Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat.

1.3.5

Menjelaskan kepentingan kualiti pembungkusan dan maklumat yang terdapat pada label makanan iaitu tarikh luput dan kandungan bahan.

1. Murid mengeluarkan label atau pembungkus makanan yang dibawa dari rumah. 2. Bersoal jawab tentang label makanan seperti kualiti, tarikh luput, logo Halal dan kandungan bahan. 3. Menghasilkan satu label makanan yang berkhasiat..

1. Contoh BBB: Label atau pembungkus makanan 2. EMK:

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL MINGGU STANDARD KANDUNGAN TAJUK : PENYALAHGUNAAN BAHAN 15 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat. 1.4.1 Menyatakan contoh makanan dan minuman yang mengandungi alkohol berdasarkan label. 1. Mempamerkan gambar makanan dan minuman beralkohol. 2. Bersoal jawab mengenai gambar tentang kandungan alkohol dalam makanan dan minuman berdasarkan label. 3. Mencatat dalam folio dan rumusan. 1.Contoh BBB : Gamb0r makanan dan minuman 2.EMK : STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN

16

1.4

Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

1.4.2

1.4.3

Menyatakan kesan jangka masa pendek terhadap fizikal dan mental akibat pengambilan alkohol. Menyatakan kesan jangka masa panjang terhadap fizikal dan mental akibat pengambilan alkohol.

1. Mempamerkan gambar tubuh manusia. (rujuk Modul PdP m/s 30) 2. Penerangan bagaimana alkohol memasuki badan manusia. 3. Perbincangan tentang gambar Pemabuk mengenai kesan jangka panjang dan jangka pendek.

1. Contoh BBB: Gambar Lembaran kerja 2. EMK:

17

1.4

Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat.

1.4.4

Berkata TIDAK kepada pengambilan dan pembelian makanan serta minuman beralkohol.

1. Mempamerkan pelbagai jenis gambar makanan dan minuman beralkohol dan tidak beralkohol. 2. Mengasingkan makanan dan minuman yang beralkohol dan tidak beralkohol. 3. Lembarankerja.

1.Contoh BBB: Gambar 2. EMK:

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL MINGGU 18 1.4 STANDARD KANDUNGAN Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat. STANDARD PEMBELAJARAN 1.4.5 Mendemonstrasi cara menyebarkan maklumat berkaitan kesan pengambilan alkohol kepada ahli keluarga dan rakan sebaya. LANGKAH PENGAJARAN 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Perbincangan dalam kumpulan mengikut situasi yang diberikan. 3. Setiap kumpulan mendemonstrasi cara menyebarkan maklumat berkaitan kesan pengambilan alkohol kepada ahli keluarga dan rakan sebaya. CATATAN 1. Contoh BBB :

2. EMK :

TAJUK : PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI 19 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian. 2.1.1 2.1.2 Menyatakan maksud konflik dan stres. Mengenal pasti tanda-tanda konflik dan stres dalam diri sendiri. 1. Bersoal jawab berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan. 2. Murid menyatakan maksud konflik dan stres dgn bimbingan guru. 3. Murid menyatakan tanda-tanda konflik dan stres berdasarkan kad situasi. (rujuk Modul PdP m/s 38) 1. Contoh BBB : Gambar Kad situasi 2. EMK :

20

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH SUMATIF 1

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL MINGGU 21 2.1 STANDARD KANDUNGAN Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian. STANDARD PEMBELAJARAN 2.1.3 2.1.4 Menyatakan punca konflik dan stres dalam diri sendiri. Menyatakan kesan konflik dan stres terhadap diri sendiri. LANGKAH PENGAJARAN 1. Bersoal jawab mengenai konflik dan stres yang biasa dialami oleh murid. 2. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan diedarkan petikan. (rujuk Modul PdP m/s 40) 3. Menyatakan kesan konflik dan stres terhadap diri berpandukan petikan. CATATAN 1. Contoh BBB : Petikan 2. EMK :

22

2.1

Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian.

2.1.5

Memilih cara mengurus konflik dan stres.

1. Bahagikan murid kepada empat kumpulan. 2. Setiap kumpulan cantum gambar supaya lengkap. 3. Murid menyatakan cara mengurus konflik dan stres dan betul berdasarkan gambar yang dicantumkan.

1. Contoh BBB : Puzzle 2. EMK :

TAJUK : KEKELUARGAAN 23 2.2 Mengetahui peranan diri 2.2.1 sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. Menjelaskan kepentingan hubungan kekeluargaan. 1. Bersoal jawab berdasarkan gambar keluarga bahagia. 2. Menceritakan tentang keluarga sendiri. 3. Murid menyatakan kepentingan hubungan kekeluargaan. 1. Contoh BBB : Gambar 2. EMK :

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL MINGGU 24 2.2 STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Menerangkan peranan dan tanggungjawab ahli keluarga dalam mencegah serta menangani gejala sosial. LANGKAH PENGAJARAN 1. Bersoal jawab mengenai peranan dan tanggungjawab keluarga. 2. Menyenaraikan beberapa contoh peranan dan tanggungjawab dalam keluarga. 3. Lembaran kerja dan rumusan. CATATAN 1. Contoh BBB :

Mengetahui peranan diri 2.2.2 sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga.

2. EMK :

25

2.2

Mengetahui peranan diri 2.2.3 sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga.

Menjelaskan kepentingan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial.

1. Murid menjawab teka silang kata. (rujuk Modul PdP m/s 48) 2. Perbincangan berdasarkan jawapan pada teka silang kata. 3. Menyatakan kepentingan sokongan ahli keluarga dalam menangani gejala sosial.

1. Contoh BBB : Teka silang kata

2. EMK :

TAJUK : PERHUBUNGAN 26 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan harian. 2.3.1 Menjelaskan kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga. 1. Mempamerkan gambar kejayaan ahli keluarga. 2. Bersoal jawab mengenai gambar. 3. Menyatakan kepentingan menyayangi diri sendiri dan ahli dalam keluarga. 4. Lembaran kerja dan rumusan. 1. Contoh BBB :

2. EMK :

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL MINGGU 27 2.3 STANDARD KANDUNGAN Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan harian. STANDARD PEMBELAJARAN 2.3.2 Menyatakan cara meluahkan perasaan kasih sayang dalam keluarga. LANGKAH PENGAJARAN 1. Nyanyian lagu Saya Sayang Keluarga http://www.youtube.com/watch? v=IC962QObwtk 2. Bersoal jawab tentang lagu. 3. Menyatakan cara meluahkan perasaan kasih sayang dalam keluarga. CATATAN 1. Contoh BBB : YouTube 2. EMK : TMK

28

2.3

Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal dan komunikasi berkesan dalam kehidupan harian.

2.3.3

Mempamerkan cara meluahkan perasaan yang sesuai dalam pelbagai situasi.

1. Tayangan slide beberapa jenis kad ucapan spt Hari Ibu, Kad Raya, Hari Lahir dsb 2. Mencipta kad ucapan hari lahir kepada ahli keluarga. 3. Rumusan.

1. Contoh BBB :

2. EMK :

TAJUK : PENYAKIT 29 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian. 3.1.1 Menyatakan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. 1. Tayangan video lagu Sakit Gigi. http://www.youtube.com/watch? v=PHKar7tF5Cc 2. Menerangkan maksud penyakit tidak berjangkit kepada murid. 3. Mempamerkan beberapa contoh penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pingggang dan diabetes. 4. Lembaran kerja dan rumusan. 1. Contoh BBB : Video dan gambar 2. EMK :

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN MINGGU 30 3.1 STANDARD KANDUNGAN Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian. STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.2 Mengenal pasti simptom dan tanda penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. LANGKAH PENGAJARAN 1. Penerangan tentang maksud simptom dan tanda. 2. Guru menayangkan slide mengenai simptom dan tanda penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes. (rujuk Modul PdP m/s 54) 3. Lembaran kerja dan rumusan. CATATAN 1. Contoh BBB :

2. EMK :

31

3.1

Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.

3.1.3

Menyatakan kesan penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes sekiranya tidak dikawal.

1. Tayangan slide/gambar tentang sakit jantung, asma, sakit buah pinggang dan diabetes. 2. Bersoal jawab mengenai slide/gambar. 3. Menyatakan kesan penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes sekiranya tidak dikawal.(Lembaran kerja)

1. Contoh BBB : Slide/gambar 2. EMK :

32

3.1

Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian.

3.1.4

Menjelaskan cara mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, asma, penyakit buah pinggang dan diabetes.

1. Guru menyediakan beberapa kad maklumat tentang cara-cara mencegah penyakit di sekitar dewan atau kelas. (rujuk modul PdP m/s 56) 2. Murid diminta mengisi maklumat ke dalam borang aktiviti yang diedarkan oleh guru. (rujuk Modul PdP m/s 57) 3. Rumusan dan penutup.

1. Contoh BBB : Kad maklumat 2. EMK :

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN MINGGU STANDARD KANDUNGAN TAJUK : KESELAMATAN 33 3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian. 3.2.1 3.2.2 Menyatakan maksud rakan sebaya. Menerangkan peranan rakan sebaya. 1. Tayangan video Upin dan Ipin. http://www.youtube.com/watch? v=rz4-nd9_0QE 2. Murid menyatakan maksud dan peranan rakan sebaya berdasarkan video tersebut. 3. Lembaran kerja dan rumusan. 1. Contoh BBB : STANDARD PEMBELAJARAN LANGKAH PENGAJARAN CATATAN

2. EMK :

34

3.2

Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian.

3.2.3

Membezakan pengaruh positif dan negatif rakan sebaya.

1. Mempamerkan beberapa gambar pengaruh positif dan negatif. (cth: bersukan, belajar, merokok dan melepak) 2. Menyenaraikan lima pengaruh positif dan lima pengaruh negatif rakan sebaya terhadap diri sendiri. 3. Perbincangan dan rumusan.

1. Contoh BBB :

2. EMK :

35

3.2

Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian.

3.2.4

Menjelaskan cara-cara mengatasi pengaruh negatif rakan sebaya.

1. Ulangkaji S.P. 3.2.3. 2. Bersoal jawab tentang akibat pengaruh negatif rakan sebaya terhadap diri sendiri. 3. Murid menyatakan cara-cara mengatasi pengaruh negatif rakan sebaya.

1. Contoh BBB :

2. EMK :

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 36 3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian. 3.2.5 Memilih ciri rakan sebaya yang boleh dijadikan suri teladan. 1. Guru mengedarkan lembaran 1. Contoh BBB : kerja teka silang kata. (rujuk Modul PdP m/s 60) 2. Murid mencari kata kunci ciri-ciri 2. EMK : rakan sebaya yang sesuai dijadikan suri teladan. 3. Perbincangan dan rumusan.

TAJUK : PERTOLONGAN CEMAS 37 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi. 3.3.1 Menyatakan maksud bantu mula. 1. Tayangan video atau gambar kemalangan. 2. Bersoal jawab tentang gambar mengenai tindakan awal dan langkah yang perlu diambil berdasarkan situasi. 3. Guru menjelaskan maksud bantu mula kepada murid. 1. Contoh BBB :

2. EMK :

38

3.3

Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.

3.3.2

Mengenal pasti jenis kecederaan ringan seperti luka, calar, lebam dan terseliuh.

1. Guru menyediakan beberapa keping gambar atau kad perkataan. 2. Murid dipilih secara rawak untuk memilih gambar atau kad perkataan tersebut dan ditampal pada lajur yang disediakan. (rujuk Modul PdP m/s 62) 3. Perbincangan dan rumusan.

1. Contoh BBB :

2. EMK :

RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 39 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi. 3.3.3 Menyatakan langkahlangkah yang diambil semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan. 1. Guru mempamerkan gambar kecederaan ringan seperti luka, calar, lebam dan terseliuh.. 2. Menyatakan langkah-langkah yang perlu diambil semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan. 3. Lembaran kerja dan rumusan. 1. Contoh BBB :

2. EMK :

40

3.3

Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi.

3.3.4

Menjelaskan kepentingan bantu mula mengikut situasi.

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan diedarkan dengan kad situasi. 2. Perbincangan dalam kumpulan. 3. Pembentangan oleh ketua kumpulan hasil perbincangan. 4. Rumusan.

1. Contoh BBB :

2. EMK :

41

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH - SUMATIF 2

Nota: RPT yang disediakan ini adalah sebagai panduan sahaja. Sebarang perubahan dan pindaan boleh dibuat tertakluk kepada kesesuaian sekolah masing-masing.

DISEDIAKAN OLEH : CG. HASBULLAH BiN MAHMUD Jurulatih Utama KSSR PENDiDiKAN KESiHATAN Tahun 4 JPNT
RPT PK Tahun4 KSSR byCg.Hasbullah

You might also like