You are on page 1of 13

0

PUSAT KAJIAN PSIKOLOGI DAN KESEJAHTERAAN MANUSIA

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

SKPX1033: PERSEPSI DAN KOGNISI

NAMA PENSYARAH

PM. DR. ROZAINEE KHAIRUDIN

SEMESTER/SESI

SEMESTER 2 2022/2023

AHLI KUMPULAN:
NUR AQIDAH BINTI MOHD RAZALI (A194007)
NAQIBAH UZMA BINTI ZAMNURIN (A194049)
AYESYA HUMAIRA BINTI YAZID (A195275)
SITI NURIN BALQIS BINTI MOHD.KAMAL ARIFFIN (A196575)
AFRINA IZZATI BINTI WAHIDIN(A192984)
NUR IZZATI BINTI OMAR (A196579)

PROGRAM SARJANA MUDA PSIKOLOGI

TUGASAN KUMPULAN: LAPORAN KAJIAN PERBEZAAN INGATAN PALSU DAN


JANTINA
1

ISI KANDUNGAN

Bil. Isi Kandungan Muka Surat

Abstrak 2

1.0 Pengenalan 3-4


1.1 Ingatan Palsu
1.2 CogLab
1.3 Jantina

2.0 Kaedah Kajian 5


2.1 Peserta dan Kaedah
2.2 Prosedur
2.3 SPSS

3.0 Keputusan Kajian 6

4.0 Perbincangan 7-8

Rujukan 9-10

Ulasan Ahli Kumpulan 11-12


2

ABSTRAK

Dalam kehidupan seharian kita, kita sedar bagaimana fikiran kita kadang-kadang boleh
mencampur dan menggabungkan fakta. Ini dirujuk sebagai ingatan palsu (false memory).
Maklumat salah dan atribusi yang salah terhadap sumber asal maklumat adalah dua faktor yang
boleh memberi kesan kepada ingatan palsu. Pengetahuan sedia ada dan ingatan lain juga boleh
mengganggu pembinaan ingatan baru, menyebabkan ingatan sesuatu peristiwa menjadi tidak
betul atau palsu sepenuhnya. Paradigma Deese-Roediger-McDermott (DRM) biasanya
digunakan untuk menguji ingatan palsu, dan ia telah dibuktikan mempunyai hubungan tidak
langsung dengan stereotaip jantina. Kajian ini bertujuan untuk menentukan perkaitan antara
jantina dan ingatan palsu di mana prosedur ini biasanya melibatkan pembentangan lisan senarai
perkataan yang berkaitan (cth.,tempat tidur, berehat, terjaga, lelah, mimpi, bangun, tunda,
selimut, mengantuk, mengantuk, berdengkur, tidur sebentar, damai, menguap, mengantuk) dan
kemudian memerlukan subjek mengingati sebanyak mungkin perkataan daripada senarai.
Apabila ditanya tentang pengalaman mereka selepas ujian, hampir separuh daripada semua
peserta berkata mereka pasti mereka mendengar gewang dan menyatakan perkataan yang tiada
dalam senarai asal, menunjukkan ingatan palsu - ingatan untuk peristiwa yang tidak pernah
berlaku. Dalam eksperimen itu, bilangan yang sama lelaki dan wanita berumur 20 hingga 22
tahun mengambil bahagian dalam kajian ini. Seterusnya, kajian kadar ingatan palsu dalam wanita
dan lelaki ini diukur menggunakan ujian SPSS dan T-ujian (T-test). Keputusan menunjukkan
kesan perbezaan (insignificant) jantina yang tidak ketara pada ingatan palsu.

Kata Kunci : Ingatan palsu (false memory), Deese-Roediger-McDermott paradigma, Jantina,


T-ujian(T-test), Kesan perbezaan (insignificant)
3

1.0 PENGENALAN

1.1 Ingatan Palsu

Variasi individu dalam ingatan telah lama menjadi isu hangat untuk penyelidikan
psikologi. Ingatan palsu secara operasi ditakrifkan sebagai mengingati mana-mana peristiwa
berikut: Peristiwa itu tidak pernah berlaku, atau peristiwa itu diingati agak berbeza daripada yang
sebenarnya (Deese 1959; Roediger & McDermott 1995). Dalam pelbagai kajian, ia telah terbukti
bahawa individu secara rutin mengenali atau mengingati perkataan yang tidak berlaku sekerap
yang sebenarnya dipersembahkan. Otak cuba memahami rangsangan yang diterimanya, yang
mengakibatkan ilusi ingatan palsu (Lilienfeld et al. 2011). Otak memahami semua perkataan ini
dan mengisi tempat kosong untuk menjadikan senarai lebih bermakna dan koheren. Apabila otak
melihat semua perkataan yang secara semantik berkaitan dengan ingatan palsu, ia akan
menganggap bahawa perkataan yang berkaitan dengan semua perkataan ini adalah juga dalam
senarai (Lilienfeld, et al. 2011). Selain itu, ingatan palsu boleh dibentuk melalui pelbagai
mekanisme, seperti cadangan, maklumat yang salah, imaginasi dan kecenderungan kognitif.

1.2 Coglab

CogLab ialah program perisian yang menawarkan pelbagai eksperimen psikologi kognitif
yang boleh dijalankan dalam talian atau dalam persekitaran makmal terkawal. Salah satu
eksperimen popular yang dijalankan dalam CogLab ialah paradigma
Deese-Roediger-McDermott (DRM), yang digunakan untuk mendorong ingatan palsu. Dalam
eksperimen ini, peserta ditunjukkan senarai perkataan yang berkaitan dengan perkataan tertentu
yang sebenarnya tidak ditunjukkan, ini dipanggil gewang atau gangguan. Kemudian, apabila
diminta mengingat perkataan yang mereka lihat, peserta sering mengingati atau mengenali
perkataan gewang tersebut, walaupun tidak pernah disampaikan. Ini adalah ingatan palsu. Sebab
ingatan palsu berlaku dalam paradigma DRM adalah kerana perkataan yang berkaitan
mengaktifkan rangkaian ingatan kita dan membuat kita berfikir bahawa perkataan gewang itu
ada di sana. Penyelidik menggunakan CogLab dan eksperimen serupa untuk mengkaji faktor
yang mempengaruhi ingatan palsu, seperti kekuatan perkaitan perkataan, arahan yang diberikan,
4

kelewatan masa dan perbezaan individu.

1.3 Jantina

Kajian oleh John Seamon et.al (2002) tentang ingatan palsu DRM dan jantina
menunjukkan bahawa jantina peserta tidak mempengaruhi prestasi tahap pengingatan seseorang.
Seamon, Guerry, Marsh, dan Tracy (2002) menganalisis keputusan DRM daripada 50 lelaki dan
50 perempuan, para peserta diberikan senarai perkataan secara auditori. Para peserta
kemudiannya diminta untuk mengingat semula secara ‘free recall’ atau pengingatan bebas iaitu
pengingatan perkataan tanpa mengikut urutan.Walaupun tahap ingatan palsu bagi peserta adalah
tinggi, tiada kesan jantina dalam ketiga-tiga pemboleh ubah dalam kajian iaitu ingatan ketepatan
(perkataan asal), ingatan palsu dan perkataan yang tidak berkaitan dengan perkataan asal
(gangguan biasa). Terdapat juga kajian yang menguji perbezaan jantina dalam DRM dan melihat
tindak balas tekanan antara jantina. Smeets, Jeliac, dan Merckelbach (2006) mengkaji sama ada
terdapat hubungan antara jantina, tekanan (yang dirangsangkan oleh Cortisol) dan ingatan palsu
dalam DRM. Kortisol ialah glukokortikoid yang boleh memberi kesan pada ingatan (kesan baik
atau buruk bergantung pada tahap yang diambil). Kesimpulannya, walaupun kesan DRM hadir
dalam tahap yang berbeza sebelum dan selepas eksperimen, perbezaan jantina tetap tiada.

Selain itu, Bauste dan Ferraro (2004) juga cuba mengkaji jika jantina adalah antara
perbezaan individu yang berkaitan dengan pengeluaran ingatan palsu yang lebih besar. Bagi
eksperimen ini, wanita dengan sejarah penderaan seksual disaring kerana kajian lepas telah
melaporkan wanita yang mengalami penderaan seksual masa kecil menghasilkan lebih banyak
kenangan palsu (Clancy, Schacter, McNally, & Pitman 2000). Namun, walaupun dengan
pengecualian mangsa penderaan seksual, kajian menemui bahawa tiada perbezaan jantina dalam
ingatan palsu menggunakan paradigma DRM (Starson 2008).

Oleh itu, hipotesis yang telah dikemukakan:

H0 : Perbezaan antara jantina individu dan ingatan palsu adalah tidak signifikan.
H1 : Perbezaan antara jantina individu dan ingatan palsu adalah signifikan.
5

2.0 KAEDAH KAJIAN

2.1 Peserta dan Kaedah

Seramai 10 pelajar (n= 5 lelaki, n=5 wanita) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
jurusan psikologi tahun 1 dari fakulti sains sosial dan kemanusiaan melibatkan diri dalam
menyertai kajian ini. Semua peserta tersebut dalam lingkungan umur 20 sehingga 22 tahun dan
mereka melepasi kriteria kemasukan kajian ini iaitu mereka tidak mempunyai penggunaan
kafein, alkohol serta ubat-ubatan yang lain dalam beberapa jam yang lalu sebelum kajian atau
eksperimen ini dilaksanakan.

Tugasan ini dijalankan kepada para peserta dengan menggunakan komputer desktop.
Kaedah Deese-Roediger-McDermott (DRM) di aplikasi Coglab telah digunakan bagi mengukur
perbezaan hubungan antara jantina dan ingatan palsu.

2.2 Prosedur

Subjek atau peserta yang mengambil bahagian dalam eksperimen atau kajian ini adalah
secara individu. Sebelum eksperimen ini bermula, mereka perlu menandatangani surat
persetujuan bagi menyertai eksperimen ini iaitu tanpa paksaan dan suka rela. Subjek dipamerkan
perkatan-perkataan ini bagi durasi satu saat setengah. Subjek akan diukur iaitu dengan melihat
berapa kali mereka mengingat perkataan asli dalam senarai, berapa kali mereka mengingati
perkataan yang tidak berkaitan yang tidak ada dalam senarai (gangguan biasa) dan berapa kali
mereka mengingati perkataan yang berkaitan tetapi tidak ada dalam senarai (gangguan khas).

2.3 Statistical Package for Social Sciences (SPSS)

Kajian ini menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk
menganalisis data. Ujian T sampel bebas telah digunakan bagi mengukur kepentingan atau
signifikasi jantina terhadap ingatan peratusan trigram dengan betul.
6

3.0 KEPUTUSAN KAJIAN

Levene’s Test for Equality of Variances T-test for Equality of Means

Nilai F Sig. Nilai-t df Sig. 2-tailed

Senarai Asal 2.287 0.169 -0.592 8 0.570

Pengganggu 1.626 0.238 -0.685 8 0.513


Biasa

Pengganggu 7.504 0.025 -0.921 5.918 0.393


Khas

Jadual 1.0 Ujian-T Sampel Bebas antara Jantina dan Jenis Perkataan semasa Ujian

Jantina Min Sisihan Piawai Min Ralat


Piawai

Pengganggu Lelaki 63.333334 36.1324735 16.1589334


Khas
Perempuan 79.999998 18.2574200 8.1649665

Jadual 2.0 Peratusan Min Bagi Pemilihan Perkataan Penggaggu Khas antara
Kumpulan

Data yang dikumpul telah dibahagikan kepada kumpulan pembolehubah dimanipulasi; lelaki dan
perempuan. Jadual 1.0 telah menunjukkan keputusan Ujian-T untuk lelaki dan perempuan
berdasarkan tiga pembolehubah bebas; (1) berapa kali mereka mengingat perkataan asli dalam
senarai, (2) berapa kali mereka mengingat perkataan yang tidak berkaitan yang tidak ada dalam
senarai (gangguan biasa), (3) berapa kali mereka mengingat perkataan yang berkaitan tetapi tidak
ada dalam senarai (gangguan khas).

Berdasarkan Jadual 1.0, tiada nilai signifikan yang telah dijumpai antara ketiga-tiga
pembolehubah dengan jantina. Hasil kajian senarai asal (p=0.570), pengganggu biasa (p=0.513)
dan pengganggu khas (p=0.393) semua lebih dari 0.05 (p>0.05) oleh itu ia tidak signifikan.
Berdasarkan Jadual 2.0, ketidaksignifikasi hasil kajian boleh dilihat dengan lebih jelas melalui
7

peratusan min jantina lelaki (63.33%) dan perempuan (80%) yang tidak mempunyai perbezaan
yang ketara.

4.0 PERBINCANGAN

Bagi kajian ini, senarai perkataan satu demi satu telah ditunjukkan buat pertama kali
kepada 10 orang pelajar universiti, berdurasi satu saat setengah bagi setiap perkataan sama
seperti yang dilakukan Deese-Roediger-McDermott (DRM) di aplikasi CogLab. Kajian ini
dilakukan terhadap pemboleh ubah jantina untuk melihat perbezaan antara ingatan palsu dan
jantina. Hipotesis nol ujikaji menyatakan perbezaan antara jantina individu dan ingatan palsu
adalah tidak signifikan. Hasil ujikaji menunjukkan perbezaan antara kedua jantina dan ingatan
palsu adalah tidak signifikan. Hipotesis nol adalah diterima. Perbincangan mengenai jantina dan
ingatan palsu akan dibincangkan.

Kajian lepas daripada Seamon, Guerry, Marsh, dan Tracy (2002) yang menggunakan
senarai perkataan yang neutral telah menjumpai bahawa tiada perbezaan yang signifikan antara
lelaki dan perempuan. Kajian ini juga telah mendapati bahawa terdapatnya ingatan palsu yang
kukuh dimana, sesuatu perkataan yang tiada dalam senarai kekal di ingatan telah dijumpai.
Namun begitu, masih tiada perbezaan antara keputusan lelaki dan perempuan ditunjukkan. Satu
lagi kajian daripada Bauste dan Ferraro (2004) telah menggunakan senarai perkataan yang
melibatkan jantina kepada 50 peserta lelaki dan 50 peserta perempuan, juga telah menjumpai
bahawa ianya tidak cukup kuat untuk mencari perbezaan yang signifikan antara jantina dan
ingatan palsu. Justeru, kajian ini juga telah mendapati bahawa tiada nilai signifikan yang dapat
dijumpai diantara kedua pemboleh ubah, sama seperti kajian-kajian lepas. Untuk mengukuhkan
lagi dapatan kajian, terdapat satu kajian lepas (Irwanda & Maulina 2019) yang mengkaji tentang
efek ingatan palsu bagi peserta selepas kemalangan jalan raya. Hasil eksperimen tersebut juga
telah menyatakan bahawa dapatan antara jantina dan ingatan palsu adalah tidak siginfikan.

Walau bagaimanapun, Bloise dan Johnson (2007) mengatakan bahawa perempuan lebih
menghayati dan merenung perkaitan diantara perkataan bahan kajian lebih daripada lelaki.
Dengan ini, perempuan akan mengaitkan sesuatu perkataan yang tiada dalam senarai lebih
8

banyak semasa fasa ingatan semula daripada lelaki. Selain itu, Sha’bani et al., (2019) juga
menemukan bahawa perempuan menilai perkataan yang negatif lebih mendalam daripada lelaki
justeru lebih cenderung untuk mengingati dan mengingat semula perkataan-perkataan negatif
semasa ingatan semula dalam senarai dan tiada dalam senarai.

Kesimpulannya adalah sama seperti hipotesis nol, tiada perbezaan yang ketara antara
jantina yang dapat dikenal pasti sama seperti kajian oleh Seamon, Guerry, Marsh, dan Tracy
(2002). Namun, ini juga mungkin disebabkan limitasi kajian ini dimana pertama sekali, jumlah
peserta yang sedikit (10 orang pelajar lelaki dan perempuan) sahaja. Kajian ini juga tidak
menggunakan senarai perkataan yang berkaitan dengan jantina tetapi menggunakan senarai asal
Deese-Riediger-Mc-Dermott (DRM), yang hanya melibatkan kehidupan seharian dan neutral
jantina. Ketiga, kami tidak mengumpul data keatas pandangan terhadap stereotaip peserta seperti
kajian Sha’bani et al., (2019). Seterusnya, kajian ini hanya menggunakan enam senarai stimulus
(kerusi, bukit, tidue, jarum, kasar, manis) daripada Roediger and McDermott (1995) dan 16
perkataan yang boleh dipilih semasa fasa mengingat semula walaupun terdapat senarai MAN
(Lelaki) dan GIRL (Perempuan) yang lebih relevan boleh digunakan untuk kajian ini.

Kajian akan datang boleh cuba untuk menyelesaikan masalah ini dalam mencari
perbezaan antara ingatan palsu dan jantina diantara pelajar universiti.
9

RUJUKAN

Baer, A., Trumpeter, N. N., & Weathington, B. L. 2017. Gender differences in memory recall.
https://scholar.utc.edu/mps/vol12/iss1/3/#:~:text=Results%20found%20that%20females%2
0recalled. [11 Jun 2023]

Bauste, G., & Ferraro, F. R. 2004. Gender differences in false memory production. Current
Psychology, 23, 238-244.

Bloise, S. M., & Johnson, M. K. 2007. Memory for emotional and neutral information: Gender
and individual differences in emotional sensitivity. Memory, 15, 192204

Clancy, S. A., Schacter, D. L., McNally, R. J., & Pitman, R. K. 2000. Cognitive processing of
trauma cues in adults reporting repressed, recovered, or continuous memories of childhood
sexual abuse, Journal of Abnormal Psychology, 109, 355-359.

Ellis, B. 2015. The Memory Illusion Phenomenon: How men and women differ in creating false
memory associated with emotion. Www.academia.edu.
https://www.academia.edu/21498521/The_Memory_Illusion_Phenomenon_How_men_an
d_women_differ_in_creating_false_memory_associated_with_emotion [9 Jun 2023]

Irwanda, D. Y., & Maulina, D. 2019. False Memory after a Traffic Accident: The Effect of Word
Types and Gender. Www.atlantis-Press.com; Atlantis Press.
https://doi.org/10.2991/iciap-18.2019.86

Lowe, P. A., Mayfield, J. W., & Reynolds, C. R. 2003. Gender differences in memory test
performance among children and adolescents. Archives of Clinical Neuropsychology: The
Official Journal of the National Academy of Neuropsychologists, 18(8), 865–878.
https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/14609581/ [9 Jun 2023]
10

Seamon, J. G., Guerry, J. D., Marsh, G. P., & Tracy, M. C. 2002. Accurate and False Recall in the
Deese/Roediger and McDermott Procedure: A Methodological Note on Sex of Participant.
Psychological Reports, 91(2), 423–427. https://doi.org/10.2466/pr0.2002.91.2.423

Sha’bani, M., Khosrowabadi, R., & Salehi, J. 2019. Do gender stereotypes give rise to false
memories? Journal of Neurodevelopmental Cognition, 2(1), 27–38.
https://doi.org/10.29252/jncog.1.2.27

Smeets, T., Jelicic, M., & Merckelbach, H. 2006. Stress-induced Cortisol responses, sex
differences, and false recollections in a DRM paradigm, Biological Psychiatry, 72,164-
172.

Spets, D. S., Karanian, J. M., & Slotnick, S. D. 2021. False memories activate distinct brain
regions in females and males. Neuroimage: Reports, 1(4), 100043.
https://doi.org/10.1016/j.ynirp.2021.100043

Starson, M. 2008. The relationships between Deese-Roediger-McDermott false memories,


“crashing memories,” and need for cognition (Order No. 1458858). ProQuest
Dissertations & Theses Global. (304328874).
https://www.proquest.com/dissertations-theses/relationships-between-deese-roediger-mcde
rmott/docview/304328874/se-2 [11 Jun 2023]
11

Ulasan Ahli Kumpulan:

1. NUR AQIDAH BINTI MOHD RAZALI (A194007)

Peratusan: 97%

Ulasan: Telah melakukan tugas yang diberi dengan bagus dan bersungguh-sungguh.
Menepati tarikh akhir yang ditetapkan oleh kumpulan bagi tugasannya.

2. NAQIBAH UZMA BINTI ZAMNURIN (A194049)

Peratusan: 97%

Ulasan: Melakukan tugasannya dengan sangat efisien dan bagus. Berbincang dengan ahli
kumpulan lain untuk memastikan semua mempunyai fahaman dan visi yang sama bagi
tugasan ini.

3. AYESYA HUMAIRA BINTI YAZID (A195275)

Peratusan: 97%

Ulasan: Tugasan yang diberi dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan tepat. Rajin
bertanya dengan ahli kumpulan lain ketika terdapat kekeliruan.

4. SITI NURIN BALQIS BINTI MOHD KAMAL ARIFFIN (A196575)

Peratusan: 97%

Ulasan: Menyelesaikan tugasnya dengan pantas dan tepat. Banyak menubmangkan idea
dan memberi pertolongan terhadap ahli lain.

5. AFRINA IZZATI BINTI WAHIDIN(A192984)

Peratusan: 97%

Ulasan: Telah melakukan bahagiannya dengan sangat baik. Sering bertanya dengan ahli
lain jika mereka memerlukan pertolongan lebih.
12

6. NUR IZZATI BINTI OMAR (A196579)

Peratusan: 98%

Ulasan: Melakukan kerja yang bagus sebagai ketua kumpulan dengan mengendalikan
setiap perjumpaan. Telah menyumbang banyak pada analisis hasil ujikaji dan juga
diskusi. Tugasan yang diberi dilakukan dengan baik dan bersemangat.

You might also like