You are on page 1of 5

a) Bagaimanakah kanak-kanak dilayan masa kuno?

Seribu tahun dahulu, seramai 25% kanak-kanak telah meninggal sebelum ulang tahun kelahiran mereka yang kelima dan seramai 40% orang yang lahir meninggal sebelum berumur 16 tahun. Kalaupun mereka dapat hidup, kehidupan kanak-kanak adalah sukar. Kebanyakan tidak bersekolah. Sebaliknya, daripada umur yang muda mereka terpaksa membantu keluarga dengan membuat kerja. Kedua ibubapa dan guru sangat tegas dan memukul kanak-kanak yang nakal itu perkara biasa. Walau bagaimanapun, kanak-kanak mempunyai masa untuk bermain dan berseronok. Di Mesir kuno, tidak semua kanak-kanakbersekolah. Budak lelaki belajar bertaniatau other kemahiran lain daripada bapa mereka. Budak perempuan belajar menjahit, memasak dan kemahiran lain daripada ibu mereka. Di Greece kuno, budak perempuan kurang penting berbanding budak lelakidan budak perempuan berkahwin semasa mereka berumur lebih kurang 15tahun. Perkahwinan telah diatur untuk mereka dan selalunya suami mereka lebih tua daripada mereka. Budak perempuan belajar kemahiran seperti menyulam daripada ibu mereka. Untuk orang Aztec, pendidikan penting. Budak lelaki belajar pekerjaan sepertibertani dan memancing daripada bapa mereka sementara budak perempuan belajar kemahiran seperti memasak dan menyulam daripada ibu mereka. Walau bagaimanapun, budak lelaki dan juga perempuan menghadiri sekolah; walaupun mereka diajar berasingan. Kanak-kanak kebanyakan Aztec belajar sejarah, agama, muzik dan menari. b) Cari lebih lanjut bagaimana budaya berlainan melayan kanak-kanak hari ini. c) Adakah anda berpendapat bahawa cara masyarakat melayan kanak-kanak telah bertukar hari ini? Pada pandangan saya cara masayarakat melayan kanak-kanak telah bertukar hari ini kerana masyarakat terdedah dengan pengetahuan tentang perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak.

c) Teliti lebih lanjut The Rights of a Child. (Hak Kanak-kanan) -hak kanak-kanak dikelaskan kepada:

3) Apakah perkembangan kanak-kanak? Perkembangan kanak-kanak merupakan perubahan progresif yang berlaku dengan suatu corak yang dapat diramal hasil daripada interaksi di antara faktor biologi dan persekitaran. Kajian saintifik tentang perkembangan kanak-kanak menyelami pertumbuhan insan daripada konsepsisehingga remaja. Perkembangan kanak-kanak termasuk semua aspek pertumbuhan, termasuk perkembangan fizikal, emosi, intelek, sosial, persepsi, dan personaliti. b) Senaraikan beberapa manafaat mengetahui bagaimana kanak-kanak berkembang. 4) Apakah kaedah yang digunakan bagi mengkaji perkembangan kanak-kanan. Pengkaji perkembangan kanak-kanak mempunyai berbagai kaedah penyelidikan untuk dipilih. Dalam kalangan kaedah yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut:

A) KAEDAH PEMERHATIAN Kaedah penyelidikan melalui pemerhatian melibatkan pemerhatian terancang, merekod dan menganalisis kelakuan yang diperhatikan sambil ia berlaku dalam suasana yang semulajadi.

B) LAPORAN KENDIRI Penggunaan laporan kendiri merupakan satu lagi pilihan untuk mengumpul maklumat secara kualitatif. Terdapat dua bentuk laporan kendiri. kepada peserta dalam suasana formal ataupun tidak formal dan merekod respon mereka. na peserta merespon kepada sebuah soalselidik ataupun sejenis alat berstruktur yang lain. C) KAJISELIDIK Beberapa masalah adalah sukar dikaji dengan pemerhatian langsung ataupun temubual tetapi dapat dikaji melalui penggunaan soalselidik. Apakah itu kajiselidik? Penyelidikan melalui kajiselidik melibatkan kajian populasi yang besar dan kecil, memilih dan meneliti sampel yang dipilih daripada populasi tersebut untukmenemukan kejadian secara relatif, taburan dan hubungan pembolehubah sosiologi dan psikologi. Ia merupakan suatu kaedah mendapatkan maklumat tentang sebuah populasi daripada sampel individu yang mewakili populasi. D) EKSPERIMEN Kaedah eksperimen digunakan oleh pengkaji di dalam makmal dan juga di luar. Eksperimen berlaku di dalam makmal kerana pengkaji dapat mengawal keadaan dengan baik dan mengambil ukuran dengan tepat menggunakan berbagai alat seperti komputer. Walau bagaimanapun, tidaklah penting bagi semua masalah di bawa kedalam makmal untuk dikaji. Bagi menunjukkan kesan sesuatu rawatan dan prosedur dalam suasana sebenar, eksperimen dijalankan di luar makmal. E) KAJIAN KES Sebuah kajian kes adalah suatu penyiasatan yang mendalam tentang satu individu, kumpulan, kejadian atau komuniti. Selalunya data dikumpul daripada berbagaisumber dan menggunakan beberapa kaedah berlainan (e.g. pemerhatian & soalselidik). F) KAJIAN MERENTAS Sebuah kajian merentas merupakan suatu penyelidikan yang melibatkan pemerhatian yang berulang tentang pembolehubah yang sama dalam jangka masa yang lama. Kajian merentas selalu digunakan dalam psikologi untuk

mengkaji aliran perkembangan merentas jangka hayat. Kajian merentas menjejak orang yang sama merentas suatu masa yang lama untuk mengenal pasti perubahan yang berlaku G) KAEDAH KORELASI Kaedah korelasi merupakan suatu teknik di mana dua atau lebih pembolehubah diukur secara sistematik dan hubungan di antaranya ditaksir. Dalam erti kata lain, banyak mana satu pembolehubah dapat diramal daripada pembolehubah yang lain korelasi positif bermakna bahawa kanak-kanak yang menggunakan masa yang lebih lama untuk mengulangkaji mendapat pencapaian yang lebih baik di sekolah. korelasi negatif bermakna bahawa apabila satu pembolehubah bertambah, pembolehubah yang terkait berkurang d) Apakah pembolehubah luaran? Faktor yang tidak relevan atau tidak berkaitan ataupun tidak bersangkutan. e) Senaraikan perbezaan di antara kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen. Kumpulan kawalan terdiri daripada subjek yang tidak menerima rawatan tersebut (i.e. mereka tidak dirawat dengan teknik kaunseling tersebut) Kumpulan eksperimen terdiri daripada subjek yang telah didedahkan kepada rawatan tersebut. Sebagai contoh, sesuatu teknik kaunseling digunakan untuk sebuah kumpulan penjenayah remaja. a) Senaraikan beberapa etika yang seorang penyelidik harus perhatikan semasa menjalankan penyelidikan bersamakanak-kanak. Etika penyelidikan wujud bagi memastikan bahawa prinsip keadilan, hormat dan mengelakkan daripada mencederakan sentiasa didukung, menggunakan standard yang dipersetujui. 1. Pastikan bahawa matlamat penyelidikan diterangkan dengan jelas, bahawa kanak-kanak dan orang dewasa faham apa yang mereka persetujui, dan bahawa jangkaan mereka tentang melibatkan diri dalam penyelidikan tersebut adalah munasabah. 2. Penyelidik mesti mendapatkan restu termaklum daripada ibubapa atau penjaga, dan daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan memberi

restu, dan ini diminta pada permulaan kajian. 3. Penyelidik juga diarah dengan jelas agar restu termaklum tersebut mesti diberikan dengan sukarela, dan orang akan memerlukan masa untuk berfikir tentang penyertaan mereka. 4. Penyelidik harus cuba sedaya upaya untuk tidak menekan mereka untuk melibatkan diri dalam kajian tersebut dan menjelaskan bahawa tidak akan ada kesan yang buruk kepada mereka sekiranya mereka tidak melibatkan diri. 5. Penyelidik harus menjelaskan konsep ketanpanamaan dengan cara yang mereka dapat fahami. Mereka harus tahu bahawa identiti mereka akan dirahsiakan dan bahawa maklumat tidak akan digunakan untuk mengenal pasti mereka atau untuk menerangkan kehidupan mereka secara khusus, sebaliknya untuk menerangkan kehidupan biasa seorang kanak-kanak dalam komuniti mereka. 6. Penyelidik harus memastikan bahawa semua keadaan dalam mana penyelidikan tersebut dijalankan memberikan keselamatan fizikal, emosi dan psikologi kanak-kanak tersebut. 7. Maklumat boleh diberikan tentang penyimpanan data dan siapa akan mendapat akses kepadanya, dan bagaimana ia akan digunakan, dalam bahasa yang jelas sepertimana digunakan tentang penyelidikan tersebut. Nyatakan dengan ringkas bagaimana teori Piaget berbeza dengan teori Vygotsky. Jean Piaget Teori Perkembangan Kognitif Ahli teori Jean Piaget mengatakan bahawa kanak-kanak berfikir dengan cara yang berlainan daripada orang dewasa dan beliau mencadangkan suatu teori perkembangan kognitif bertahap. Beliau merupakan orang pertama yang mengesan bahawa kanak-kanak memainkan peranan yang aktif dalam mendapatkan pengetahuan tentang dunia. Menurut teori ini, kanak-kanak boleh dianggap sebagai "saintis kecil" yang dengan aktif membina pengetahuan dan pemahaman tentang dunia Lev Vygotsky Teori Sosiobudaya Seorang lagi ahli psikologi bernama Lev Vygotsky mencadangkan sebuah teori pembelajaran yang mempunyai pengaruh yang besar yang telah menjadi sangat berpengaruh, terutama dalam bidang pendidikan. Seperti Piaget, Vygotsky percaya bahawa kanak-kanak belajar dengan aktif dan melalui pengalaman guna tangan. Teori sosiobudayanya juga mencadangkan bahawa ibubapa, penjaga, rakan sebaya dan budaya secara keseluruhannya bertanggungjawab untuk

perkembangan fungsi peringkat tinggi kanak-kanak. Dia percaya bahawa kanakkanak belajar melalui pengalaman guna tangan, seperti yang dicadangkan olehPiaget. Walau bagaimanapun, tidak seperti Piaget, beliau mengatakan bahawa intervensi yang tepat masa dan sensitif oleh orang dewasa semasa seorang kanakkanak hampir mempelajari suatu tugasan baru; disebut sebagai Zon Perkembangan Proksimal, dapat membantu kanak-kanak belajar untuk membuat suatu tugasan baru. Jelaskan dengan ringkas Teori Sistem Ekologi. Teori sistem ekologi untuk menerangkan bagaimana semua perkara dalam kanakkanak dan persekitarannyamemberi kesan kepada bagaimana seorang kanakkanak membesar dan berkembang. Ia bukan suatu teori tahap yang menerangkan perkembangan seorang kanak-kanak tetapi sebaliknya melabel aspek-aspek atau tahap-tahap berlainan persekitaran yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak. Aspek-aspek tahap persekitaran itu adalah seperti berikut:

a) SISTEM MIKRO merupakan persekitaran kecil dan terdekat dalam mana kanakkanak itu tinggal termasuk keluarga, sekolah, kumpulan rakan sebaya, kejiranan, dan persekitaran pengasuhan. Ia merupakan lapisan yang terdekat dengan seorang kanak-kanak dan mengandungi struktur yang mempunyai kontak langsung dengan kanak-kanak itu. b) SISTEM MESO merupakan tahap kedua yang menerangkan bagaimana bahagian berlainan perkembangan sistem mikro kanak-kanak tersebut bekerjasama demi kanak-kanak tersebut. c) SISTEM EKSO merupakan tahap ketiga yang termasuk orang dan tempat lain yang mungkin kanak-kanak tersebut tidak selalu berinteraksisecara langsung tetapi masih mempunyai kesan yang besar kepadanya, seperti tempat kerja ibubapa, ahli keluarga besar, kejiranan, dan sebagainya. d) SISTEM MAKRO merupakan tahap yang terakhir dan terbesar serta kumpulan orang dan benda yang paling terasing dengan kanak-kanak tersebut tetapi masih mempunyai pengaruh yang besar ke atas kanakkanak itu. Sistem makrotermasuk benda-benda seperti kebebasan yang dibenarkan oleh kerajaan pusat, nilai budaya, ekonomi, peperangan, dan sebagainya.

RINGKASAN Apakah debat baka-persekitaran atau fitrah-pupukan? Debat ini juga disebut kontroversi baka-persekitaran (fitrah-pupukan)yang merupakan suatu frasa yang mudah untuk menerangkan isu baka dan persekitaran dalam perkembangan manusia yang telah dibincangkan sejak kurun ke- 13. Ada ahli sains yang percaya bahawa orang berkelakuan mengikut kecenderungan genetiknya ataupun malahan "naluri haiwan"nya. Ini dikenali sebagai teori "Baka atau fitrah" kelakuan manusia. Ahli sains yang lain pula percaya bahawa orang berfikir dan berkelakuan dengan cara tertentu kerana mereka diajar dan belajar sedemikian. Ini dikenali sebagai teori persekitaran atau "pupukan" kelakuan manusia. Baka atau fitrah menganugerahkan kita dengan keupayaan dan sifat sejak lahir; persekitaran atau pupukan membawa kecenderungan genetik ini dan membentuknya sambil kita belajar dan menjadi matang. Tetapi debat ini masih berterusan, sambil ahli sains bertelingkah tentang banyak mana yang dibentuk oleh baka dan banyak mana oleh persekitaran. Bapa dan anak serupa. b) Sejauhmanakah kajian kembar menunjukkan peranan gen dalam markah IQ? -kanak semuda enam tahun bekerja waktu yang lama untuk mendapatkan bayaran yang sedikit ataupun tidak langsung. Perkembangan kanak-kanak merupakan perubahan secara progresif dalam seorang manusia yang berlaku dengan corak yang dapat diramal sebagai hasil daripada interaksi di antara faktor biologi dan persekitaran. mengkaji kanak-kanak dengan bermula daripada memilih sebuah topik atau kelakuan untuk dikaji dan kemudia memfokus kepada suatu kaedah asas yang akan membenarkan maklumat dikumpul dengan cara yang cekap dan berkesan. ya soalan kepada peserta samada dalam suasana formal ataupun tidak formal dan merekod responnya. untuk menentukan keberkesanan suatu aksi ataupun rawatan tertentu kepada satu ataupun sekumpulan organisma. sampel yang dipilih daripada populasi. orang, kumpulan, kejadian ataupun komuniti. c) Dengan menggunakan pengalaman anda dengan kanak-kanak, bincangkan kontroversi baka-persekitaran atau fitrah-pupukan. diukur secara sistematik dan di antara mereka ditaksir. pemerhatian berulang pembolehubah yang sama dalam jangka waktu yang lama. mengelak daripada mencederakan dipertahankan, dengan menggunakan standard yang dipersetujui. -kanak dijelaskan sebagai suatu siri'Tahap Psikoseksual yang digariskan sebagai lisan, dubur, lingga, pendaman dan alat kelamin.

perkembangan seorang kanak-kanak dan sebaliknya melabel aspek-aspek ataupun tahap-tahap persekitaran berlainan yang mempengaruhi perkembangan seorang kanak-kanak. -tahun mengetahui bahawa sifat seperti warna mata dan rambut ditentukan oleh gen khusus yang telah dikodkan dalam setiap sel manusia.

You might also like