You are on page 1of 7

THURSDAY, MAY 27, 2010

latihan - kata nama


LATIH TUBI TATABAHASA : KATA NAMA KATA NAMA Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 1 Dalam cerita-cerita zaman dahulu, Sang Kancil ialah seekor __________ yang pintar. A orang B haiwan C makhluk D ternakan 2 Kebanyakan penduduk di Kampung Merbau bersawah ___________. A kelapa sawit B bunga C getah D padi 3 Banyak makan __________ bererti banyak pengalaman hidup. A hati B ubat C gula D garam 4 __________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong. A Batik B Dodol C Gamelan D Tarian Inang 5 __________ Puan Suziana yang kemas dan cantik itu menarik perhatian saya. A Nyanyian B Masakan C Pakaian D Tarian 6 __________ itu terlalu kacak jika dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain. A Gadis B Wanita C Pemudi D Pemuda 7 Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________. A doktor B perwira C mekanik D pemandu 8 Mereka selalunya bermesyuarat di __________. A bilik gerakan B bilik bacaan C bilik stor D bilik air 9 Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput. A sumpah-sumpah B angkut-angkut C kisi-kisi D api-api 10 Mak Leha sedang menuang air ke dalam __________ itu.

A labu-labu B kisi-kisi C dekak-dekak D kuda-kuda 11 __________ cemerlang itu terpilih untuk menyambung pelajaran ke Jepun. A Budak-budak B Kanak-kanak C Lelaki-lelaki D Pelajar-pelajar 12 __________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi. A Batu-batan B Tanah-tanih C Bukit-bukau D Kayu-kayan 13 Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu. A dalam B bawah C tengah D atas 14 __________ yang telah busuk itu dibuang ke dalam tong sampah. A Buah-buah B Buku-buku C Bekas-bekas D Barang-barang 15 Setiap petang, adik Lela bermain buaian dengan kawan-kawannya di _________pokok rambutan. A tepi B atas C bawah D belakang 16 Cikgu Rozita merupakan bekas ________di Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Melaka. A murid B pelatih C pelajar D mahasiswa 17 __________ kelapa yang sudah berkaparan di tepi pantai itu. A Daun B Batang C Pelepah D Mayang 18 Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim. A poskad B majalah C surat khabar D surat berdaftar 19 Pak Meon menghalau sekumpulan __________ yang masuk ke dalam kebunnya. A Arnab B Kucing C kambing D kura-kura 20 Encik Salleh berasa bangga apabila memandu kereta Ptoton buatan __________. A Malaysia B Korea C Jepun D China 21 Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat di Masjid alFalah di kampung mereka.

A Isnin B Rabu C Ahad D Jumaat 22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah keibubapaan yang disampaikan oleh Dato. Dr. Fadzillah Kamsah. A kedai B rumah C dewan D masjid 23 Kaum ______diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah . A gadis B isteri C betina D wanita 24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________. A pesawah B penoreh C nelayan D petani 25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara. A pelancong B pendatang C rakyat D murid 26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu. A motosikal B basikal C kereta D beca 27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________. A perkhemahan B pelancongan C petempatan D perkampungan 28 Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat seperti isi dengan kuku. A dia B kita C kami D mereka 29 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakanlalu lintas. A jejantas B jambatan C lapangan D bangunan 30 Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia. A dekan B pelajar C professor D pensyarah

31 Ketibaan tetamu kehormat di majlis itu telah diumumkan oleh _________ dengan suara yang lantang. A juruulas B juruacara C jurucakap D juruhebah 32 Penduduk Kampung Sira bergotong-royong membaiki __________ yang rosak itu. A jambatan B jejambat C jejantas D jejari 33 Tiang telefon di hadapan rumah Elena condong akibat dipukul __________ semalam. A rebut B hujan C angin D panas 34 Puan Rosnah dikejarkan ke __________ kerana darah di kakinya tidak berhenti mengalir. A pasar B pejabat C hospital D bengkel 35 __________ itu tersenyum manis sambil menghidangkan minuman kepada penumpang. A Seniwati B Pramugari C Pramugara D Peragawati 36 Mahasiswa dan mahasiswi di __________ diingatkan supaya menumpukan perhatian semasa mengikuti kuliah. A university B sekolah C tadika D kolej 37 Kuiz itu diadakan untuk menguji kecekapan __________ dalam mata pelajaran Matematik. A ibu B adik C kakak D pelajar 38 __________ yang dijual di kedai Kak Som itu segar-segar belaka kerana baru dipetik. A Kuih B Lauk C Sayur D Barang 39 _________ polis itu sedang menyampaikan taklimat tentang kes rompakan kedai emas yang berlaku di Kedai Emas Fung Keong kepada pihak media. A Juruacara B Jurucakap C Juruhebah D Jurumaklum 40 Penyokong-penyokong pasukan bola sepak Perak melonjak __________ apabila

Khalid Jamlus menjaringkan gol kemenangan. A lompatan B kemeriahan C kesenangan D kegembiraan 41 Semua penyertaan pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia hendaklah menggunakan__________ rasmi. A surat B kertas C boring D lembaran kerja 42 Pada zaman dahulu, raja dengan permaisurinya yang sangat jelita akan tinggal di sebuah_________ yang cantik. A singgahsana B mahligai C peterana D takhta 43 Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menjaga __________ diri semasa memandu di lebuh raya yang sedang dalam penyelenggaraan itu. A kesejahteraan B kebahagiaan C keselamatan D kebaikan 44 __________ yang digantung itu bertujuan untuk menakut-nakutkan burung yang memakan padi di sawah itu. A Kuda-kuda B Pagar-pagar C Orang-orangan D Siku-siku 45 Stesen KL Sentral dipenuhi oleh __________ manusia yang berebut-rebut hendak pulang ke kampung untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri. A lautan B ribuan C barisan D susunan 46 Encik Jafri sedang memasang sebuah __________ di bilik tidurnya kerana cuaca terlalu panas. A penghawa dingin B pendingin hawa C hawa pendingin D hawa dingin 47 Jika kita ingin mendapatkan sebarang maklumat tentang sesuatu, rujuklah pegawai yang bertugas di __________ itu. A kaunter jawapan B kaunter hadapan C kaunter maklumat D kaunter pertanyaan 48 Perkembangan industri pelancongan akan menawarkan peluang __________ kepada rakyat negara ini. A lawatan B pelajaran C kewangan D pekerjaan 49 Kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah __________ bagi memudahkan

para pengkaji bintang. A balai cerap B balai besar C balairung seri D balai bertingkat 50 Seramai lima orang murid miskin di sekolah ini akan menerima ___________ pakaian seragam sekolah sumbangan daripada PIBG. A pendermaan B pemberian C anugerah D bantuan 51 Ayah dan ibu Sarah suka membeli belah di __________ kerana barangan yang dijual di sana murah harganya. A kedai runcit bebas cukai B kedai bunga C kedai kasut D kedai buku 52 __________ ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Beliau digelar Bapa Pembangunan. A Tun Abdul Razak B Tunku Abdul Rahman C Tun Mahathir MohamadD D Dato. Abdullah Haji Ahmad Badawi 53 Pada musim tengkujuh, para nelayan menghabiskan masa dengan membubul__________. A bubu B joran C pukat D perangkap 54 Ketibaan YAB Dato. Najib di majlis itu disambut oleh beberapa orang __________. A kenalan B kedutaan C kenamaan D keutamaan 55 Azhan mengikuti pengajian dalam bidang __________ di Universiti Pendidikan Sultan Idris. A pelajaran B pertanian C perubatan D pendidikan 56 Buku __________ harian saya tertinggal di atas meja di bilik guru. A tulisan B catatan C lembaran D ringkasan 57 Semua rakyat di negara ini hendaklah menghargai sumbangan para __________kemerdekaan tanah air. A pejuang B pembela C penjajah D penjenayah 58 __________ pendatang tanpa izin ke negara ini telah menimbulkan pelbagai

masalah sosial yang serius. A Ketibaan B Kehadiran C Kedatangan D Kemasukan 59 Azua dan Latifah merupakan rakan __________ semasa mereka tinggal berjiran di Taman Sentosa. A sepermainan B seperjuangan C persekolahan D perkongsian 60 __________ di tepi pantai pada waktu senja sungguh mengasyikkan dan mempesonakan. A Pemandangan B Peristiwa C Keadaan D Situasi

You might also like