You are on page 1of 3

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
(TUMPUAN PENDIDIKAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN
DADAH 3PD) [SPADA]

CPE 5600: PENGUJIAN DAN PENGUKURAN


DALAM KAUNSELING

TUGASAN INDIVIDU: 

Isu pelbagai budaya dalam penggunaan ujian psikologi

PENSYARAH :
DR. DHARATUL NISSA BINTI PUAD MOHD KARIM

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD ZULFADLI BIN MOHAMED SALLEH
(GS64561)
TUGASAN :

Nyatakan sekurang-kurangnya 5 isu pelbagai budaya dalam penggunaan ujian psikologi.


Jawapan perlulah merujuk kepada 3 jurnal yang berkaitan dengan isu. Sila lampirkan sekali
jurnal yang digunakan.

Antara isu-isu pelbagai budaya dalam penggunaan ujian psikologi adalah seperti berikut :
1. Isu pemilihan alat pengujian
Ianya merujuk kepada kriteria pemilihan ujian dan kesesuaian alat pengujian yang boleh
diukur yang mengandungi kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi serta bertepatan
dengan budaya masyarakat tersebut. Alat pengujian mestilah mempunyai keseragaman,
objektif dan reka bentuk ujian yang bersesuaian dengan pelbagai budaya yang ingin
dikaji. Ini adalah kerana untuk mengelakkan berlakunya keputusan maklumat yang tidak
tepat dan memberikan interprestasi yang benar terhadap sesuatu populasi budaya sama
ada individu atau kumpulan. Oleh itu, perlulah berhati-hati dalam pemilihan alat
pengujian agar mengambil kira umur, warna kulit, budaya, kerencatan, kumpulan etnik,
gender, ras, dan agama sesuatu budaya. Isu ini merujuk kepada Rofi Firdaus dan Deden
A. Wahab (2018) dalam jurnal Rancangan usulan aplikasi melalui pendekatan
perancangan alat ukur kepuasan pengguna menggunakan Metode Eucs, Green and
Pearson, dan skala psikologi.

2. Isu bias
Isu ini sangat dititikberatkan apabila melaksanakan sesuatu ujian psikologi agar tidak
berlakunya berat sebelah terhadap kumpulan minoriti. Isu bias ini akan mempengaruhi
data keputusan ujian yang diperolehi dan boleh menimbulkan prasangka, ketidakadilan
serta mempersoalkan keputusan ujian psikologi yang dibuat. Ianya merujuk kepada
kajian oleh Mohd Anuar Ramli (2010) iaitu Bias gender dalam masyarakat muslim :
Antara ajaran Islam dengan tradisi tempatan.

3. Isu kerahsiaan
Dalam melaksanakan ujian psikologi, isu kerahsiaan amatlah penting agar tidak
berlakunya pelanggaran rahsia peribadi individu yang menjalani ujian tersebut. Individu
berhak untuk tidak menjawab ujian psikologi sekiranya merasakan hak peribadinya
diganggu atau berlakunya kebocoran maklumat. Isu ini merujuk kepada (Jamiah Manap,
2013) dalam jurnal Prinsip pengukuran religiositi dan personaliti muslim.

4. Isu hak asasi manusia


Setiap individu yang menjalani ujian psikologi mestilah bersedia dan rela hati. Individu
yang ingin dijadikan sebagai responden tidak boleh dipaksa untuk menjalani ujian
tersebut dan mereka berhak untuk mengetahui keputusan ujian itu. Isu ini merujuk
kepada Rofi Firdaus dan Deden A. Wahab (2018) dalam Rancangan usulan aplikasi
melalui pendekatan perancangan alat ukur kepuasan pengguna menggunakan Metode
Eucs, Green and Pearson, dan skala psikologi.

5. Isu tanggungjawab melaksanakan ujian


Seseorang kaunselor mestilah memiliki pengetahuan mencukupi terhadap sesuatu ujian
psikologi yang ingin digunakan dan mengetahui tahap kualiti alat pengujian psikometrik
tersebut. Dia juga mempunyai kemahiran dalam menentukan interpretasi berdasarkan
ujian yang telah digunakan secara betul dan tepat serta mempunyai kelayakan yang
diperlukan untuk mentadbirkan alat ukuran atau ujian psikologi yang lain. Isu ini merujuk
kepada Rofi Firdaus dan Deden A. Wahab (2018) dalam jurnal Rancangan usulan aplikasi
melalui pendekatan perancangan alat ukur kepuasan pengguna menggunakan Metode
Eucs, Green and Pearson, dan skala psikologi. Kaunselor mestilah mahir dalam
menginterpresi data dan menganalisis hasil ujian berdasarkan kajian yang dilakukannya.

You might also like