You are on page 1of 9

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 365-373, 2022


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Pola Pemikiran dan Tingkah Laku Kecelaruan Bipolar


Menggunakan Teknik Penstrukturan Kognitif Berdasarkan Neo-
Cognitive Behavioral Therapy
(Patterns of Thought and Behavior of Bipolar Disorder Using
Cognitive Structuring Techniques Based on Neo-Cognitive
Behavioral Therapy)

Mohd Al Hafiz Norisham1*, Muhammad Aziz Shah Mohamed Arip1


1
Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

*Pengarang Koresponden: nurhafiz512@gmail.com

Accepted: 15 October 2022 | Published: 1 November 2022

DOI: https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.31
_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji teknik penstrukturan semula kognitif
kepada individu yang mengalami kecelaruan bipolar. Penyelidikan ini merupakan kajian
kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Jenis kajian kes yang digunakan adalah
kajian kes intrinsik. Penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan terdiri daripada
enam orang individu yang mengalami kecelaruan bipolar yang telah didiagnosis oleh pakar
psikiatri. Responden dalam kajian ini adalah seramai enam orang iaitu dua orang partisipan
yang telah didiagnos sebagai bipolar I dan empat orang partisipan yang telah didiagnos
sebagai bipolar II. Temubual klinikal protokol digunakan dalam penyelidikan ini diselaraskan
dengan mengikuti temubual separa berstruktur. Borang temubual klinikal protokol yang
digunakan dalam penyelidikan ini disemak oleh pakar perunding psikiatri, pakar perubatan
keluarga, pakar psikologi klinikal dan lain-lain. Data analisis menggunakan analisis tematik
daripada Atlas.ti 9. Dapatan kajian menunjukkan tiga tema yang terhasil daripada persoalan
kajian iaitu tema pertama adalah pola pemikiran pesakit kecelaruan bipolar yang mengalami
simptom kecelaruan bipolar. Tema kedua adalah, teknik penstrukturan kognitif dan terapi
tingkah laku untuk mengurangkan simptom kecelaruan bipolar. Tema terakhir yang terhasil
ialah kesan intervensi penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku yang sesuai ke atas
pesakit kecelaruan bipolar. Kajian ini memberikan implikasi kepada individu professional,
pesakit yang menghidapi kecelaruan bipolar dan universiti. Kesimpulannya, kajian ini adalah
amat baik dijalankan kepada individu yang mengalami kecelaruan bipolar dan perlu
diperluaskan kerana hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perubahan yang positif
ditunjukkan oleh peserta kajian.

Kata kunci: penstrukturan semula kognitif, kecelaruan bipolar dan temubual klinikal protokol

Abstract: This study was conducted to examine cognitive restructuring techniques for
individuals with bipolar disorder. This research is a qualitative study that uses a case study
design. The type of case study used is an intrinsic case study. This research employed a
purposive sampling consisting of six individuals with bipolar disorder who had been diagnosed
by a psychiatrist. The respondents in this study were a total of six people, namely two
participants who had been diagnosed as bipolar I and four participants who had been
diagnosed as bipolar II. The clinical interview protocol used in this research was coordinated

365
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 365-373, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

by following a semi-structured interview. The protocol clinical interview form used in this
research was reviewed by consultant psychiatrists, family physicians, clinical psychologists
and others. The data analysis implemented was thematic analysis adopted from Atlas.ti 9. The
findings of the study stipulated three themes resulting from the research questions, the first
theme being the thought patterns of bipolar disorder patients who experienced symptoms of
bipolar disorder. The second theme was, cognitive structuring techniques and behavioral
therapy to reduce the symptoms of bipolar disorder. The final theme that emerged was the
effect of appropriate cognitive structuring and behavioral therapy interventions on bipolar
disorder patients. This study imparted the implications for professional individuals, patients
with bipolar disorder and universities. In conclusion, this study is highly beneficial for those
who have bipolar disorder and needs to be broadened since the findings indicated that the
study participants have made great progress.

Keywords: cognitive restructuring, bipolar disorder and clinical interview protocol


___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kajian ini adalah untuk mengkaji teknik penstrukturan semula kognitif kepada pesakit
kecelaruan bipolar di bawah penyakit mental yang telah didiagnosis oleh pakar psikiatri.
Penyelidikan ini menggunakan terapi Neo-Cognitive Behavioral Therapy yang diasaskan oleh
Profesor Doktor Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip pada tahun 2018. Teknik
penstrukturan semula kognitif digunakan adalah untuk mengurangkan gelaja dan simptom
yang dihadapi oleh pesakit kecelaruan bipolar.

2. Latar Belakang Kajian

World Health Organization (WHO, 2018) memberikan tafsiran bahawa kesihatan mental yang
baik merujuk kepada tahap kesejahteraan diri iaitu individu berupaya dalam menguruskan
keadaan diri, individu itu melihat bagaimanakah cara keupayaan pengawalan dan cara untuk
mengatasi keadaan diri apabila berhadapan dengan tekanan hidup yang dihadapinya. Di kala
pandemik Covid-19, golongan pelajar merupakan golongan yang amat terkesan dengan proses
penyesuaian diri ketika berhadapan dengan sesi pembelajaran secara tidak fizikal (Mat Wajar
& Hamzah, 2020). Golongan pelajar perlu mendepani tekanan yang diperolehi dengan
mengikut keupayaan kendiri bagi memastikan proses pembelajaran berjalan secara langsung
di waktu genting di ambang virus Covid-19 melandai dunia hari ini. Kesihatan mental
merupakan isu yang perlu diberikan penekanan yang serius oleh mana-mana pihak bagi
memastikan keupayaan minda selari dengan keupayaan teknologi hari ini. Seseorang yang
mempunyai daya pemikiran yang baik berupaya dalam memperkembangkan potensi diri dan
kerjaya bagi mencapai matlamat hidup yang jelas (Gupta, 1993). Kestabilan diri dalam konteks
kesejahteraan diri merujuk kepada seseorang tersebut memahami daya tindak yang dilakukan,
seseorang itu mempunyai pengawalan ekspresi emosi yang baik dan tidak terdorong oleh
persekitaran sekeliling.

Gangguan kesihatan mental merujuk kepada faktor tekanan yang dihadapi oleh seseorang
individu dan ianya bergantung kepada proses penerimaan seseorang individu dan
bagaimanakah cara seseorang individu dalam menguruskan tekanan yang diperolehinya (Johari
& Ahmad, 2019). Simptom-simptom gangguan kesihatan mental yang selalu diperhatikan iaitu
individu mula berasa kesunyian, kekurangan keperluan tidur, terdapat keresahan dan
kebimbangan (Firdaus Zainal, 2020). Terdapat gelaja lain yang dilaporkan oleh individu yang

366
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 365-373, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

menghidapi gangguan kesihatan mental seperti niat mahu bunuh diri, hilang selera makan,
mempunyai pola pemikiran yang bercelaru memikirkan idea atau perancangan dan mempunyai
ketidakfungsian diri dalam menguruskan kehidupan seharian (Kasmini Kassim,1992;
Muhammad Shah, 1993). Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini adalah untuk
membantu dalam proses pemulihan kesihatan mental terutamanya dalam kepulihan kecelaruan
bipolar.

Menurut Michael Ang Jin Kiat merupakan pakar sakit jiwa dan pensyarah kanan di Universiti
Putra Malaysia (UPM), beliau menyatakan bahawa gangguan kemurungan akan membuatkan
seseorang individu menukar corak pemakanan, keperluan tidur, kegagalan dalam berfikir
secara rasional dan tidak dapat memberikan fokus kepada sesuatu keadaan semasa (Zubir
Mohd Yunus, 2018). Menurut Malaysia Mental Health Association (MMHA, 2012)
menyatakan bahawa rawatan pemulihan yang digunakan dalam menangani gangguan masalah
kesihatan mental merangkumi bantuan psikologi, bantuan sosial, bantuan dalam memahami
gelaja dan panduan dalam merekodkan gelaja semasa yang dihadapi. Terdapat beberapa teknik
dan bentuk rawatan yang selalu digunakan di dalam sesi terapi termasuklah psikoanalisis, terapi
berpusatkan insan, terapi tingkah laku, terapi tingkah laku kognitif (CBT), terapi keluarga,
terapi kognitif dan lain-lain (Mahmood Nazar, 2001). Dalam penyelidikan ini, pendekatan
Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT) digunakan dalam penyelidkan ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan pada tahun 2020 kemurungan adalah kesedihan
yang terlampau yang berlaku kepada diri seseorang dengan tempoh yang berpanjangan.
Perasaan sedih adalah satu emosi yang biasa dialami oleh setiap individu, namun jika perasaan
kesedihan yang berpanjangan berterusan maka ianya akan memberi gangguan kefungsian
kehidupan (KKM, diakses pada 24 Ogos 2020). Jumlah kekerapan tekanan yang diterima boleh
mempengaruhi emosional dan keadaan mental seseorang apabila berhadapan dengan sesuatu
tempat yang tegang dan permasalahan konflik yang berisiko tinggi (Morstt & Furst, 1979).
Penghasilan tekanan yang diterima akan menyebabkan ketidakupayaan fizikal dalam
mengawal keseimbangan tubuh badan akibat daripada tekanan yang banyak (Morstt & Furst,
1979). Penghasilan emosi adalah tindak balas daripada pengalaman ataupun peristiwa yang
telah berlaku yang mempunyai kebangkitan perasaan dalaman dan menghasilkan tindakbalas
akibat daripada rangsangan yang diterimanya (Uthman Najati, 1993). Seseorang individu
mempunyai ratusan emosi yang terbahagi kepada lapan kategori iaitu seperti merasai
kemarahan, merasai kesedihan, berkeyakinan, kenikmatan, kecintaan, perasaan mengejut dan
mengjengkelkan (Daniel Goldman, 2006). Pengkajian ini penyelidik melihat tindakbalas dan
rangsangan pesakit yang mempunyai gangguan kecelaruan bipolar dalam memanifestasikan
makna emosional dalam kehidupan seharian.

3. Pernyataan Masalah

Di dalam buku edisi ketiga yang ditulis oleh Judith S. Beck pada tahun 2021 menyatakan
terdapat beberapa komen permasalahan yang sering berlaku di dalam pendekatan Cognitive
Behavioral Therapy (CBT) termasuklah dalam diagnosis pemikiran, konseptualisasi,
peringkat rawatan, pengendalian sesi terapi terapeutik, motivasi, struktur dalam pengendalian
sesi terapi, sosiolisasi kepada rawatan, tindakbalas terhadap ketidakfungsian pemikiran,
matlamat sesi terapi dan kandungan sesi terapi yang digunakan. Seterusnya, Widing dan Mine
(2008) mengkritik Cognitive Behavioral Therapy (CBT) kepada empat iaitu Cognitive
Behavioral Therapy (CBT) hanya sesuai kepada golongan yang mempunyai kecerdasan tinggi
sahaja, Cognitive Behavioral Therapy (CBT) tidak memberikan penekanan kepada emosi di
dalam rawatan, Cognitive Berhavior Therapy (CBT) tidak mementingkan kepada latar

367
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 365-373, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

belakang kisah klien dan Cognitive Behavioral Therapy (CBT) hanya terapi yang logik, mudah
difahami dan mempunyai penyelesaian masalah di peringkat rendah sahaja. Prinsip Neo-
Cognitive Behavioral Therapy (Mohd Aziz Shah, 2018) masih mempunyai persamaan dengan
Cognitive Behavioral Therapy seperti Beck, 1963, Formal dan Beck, 2006; Wilson dan Branch
2006; Widing dan Mine, 2008 menyimpulkan persamaan prinsip dan ciri yang hampir
mempunyai persamaan walaupun mempunyai pendekatan yang berbeza.

Pardo Cebrián dan Calero Elvira (2019) menyatakan bahawa penstrukturan semula kognitif
adalah satu pendekatan yang sangat banyak digunakan dalam kalangan ahli terapi. Teknik
penstrukturan kognitif mempunyai limitasi di dalam definisi, konteks soalan yang digunakan,
komponen ayat dan keberkesanan yang tidak begitu tepat (Pardo Cebrián dan Calero Elvira,
2019). Terdapat isu yang dibangkitkan dalam melihat penstrukturan semula kognitif iaitu
dalam penerokaan sejarah atau bagaimanakah cara untuk melakukan penstrukturan semula
kognitif kepada individu yang mengalami kecelaruan mental (Neacsiu, Beynel et al., 2022).
Berdasarkan pengkajian yang lepas, penstrukturan semula kognitif adalah untuk memberikan
maklum balas yang positif kepada pemikiran dalam menghasilkan pembentukan semula emosi
dan pembentukan semula tingkah laku yang baik (Rahmaningrum et al., 2020). Penstrukturan
semula kognitif adalah teknik yang mampu dalam meningkatkan daya tahan tekanan diri dan
daya penyelesaian masalah terutamanya kepada individu yang mengalami kesihatan mental
(Makhmudah et al., 2019).

4. Objektif Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, pengkaji telah menetapkan tiga objektif utama seperti di bawah:

1) Meneroka pola pemikiran pesakit kecelaruan bipolar yang mengalami simptom


kecelaruan bipolar.
2) Meneroka corak mengaplikasikan teknik penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku
untuk mengurangkan simptom kecelaruan bipolar.
3) Meneroka kesan intervensi penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku yang sesuai
ke atas pesakit kecelaruan bipolar.

5. Persoalan Kajian

Persoalan kajian adalah berdasarkan kepada objektif kajian iaitu:

1) Apakah pola pemikiran pesakit kecelaruan bipolar yang mengalami simptom


kecelaruan bipolar?
2) Apakah teknik penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku untuk mengurangkan
simptom kecelaruan bipolar?
3) Apakah kesan intervensi penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku yang sesuai ke
atas pesakit kecelaruan bipolar?

6. Teori Kajian
Teori Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT) diasaskan oleh Profesor Doktor
Mohammad Aziz Shah Bin Mohamed Arip pada tahun 2018. Neo-Cognitive Behavioral
Therapy (Neo-CBT) diberikan nafas baru dari sudut penyampaian maklumat, teknik,
kemahiran, dan aplikasi Cognitive Behavioral Therapy (CBT) dengan cepat dan mudah
dikendalikan di dalam sesi kaunseling. Teori ini diubah suai mengikut kebudayaan dan etnik

368
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 365-373, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

masyarakat Malaysia. Teoretikal Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT) masih


berpegang kepada Teori Cognitive Behavioral Therapy (CBT) Aaron T. Beck, (1963, 1976).
Teori Neo-Cognitive Behavioral Therapy dubah suai dengan gabungan berasaskan kepada
pendekatan Cognitive Behavioral Therapy (CBT) yang dipoloporikan oleh Aaron T. Beck,
1963, 1976; dan gabungan pelbagai tokoh Cognitve Behavioral Therapy (CBT) yang lain
seperti Ellis, 1962; Meichembaum, 1973; D’Zurilla dan Goldfried, 1971; Golfried dan
Sobocinski, 1975; Mahoney, 1974; Mahoney dan Arnkoff, 1978; Maultsby, 1984; Christner,
Stewart dan Freeman, 2007; Friedberg dan McClure, 2002; Butler, Chapman, Forman dan
Beck, 2006; Wilson dan Branch, 2006 Widing dan Milne, 2008 dan ramai lagi.

7. Sorotan Kajian

Dalam kajian Johnco, Wuthrich dan Rogol (2015) yang bertajuk kesan kebimbangan dan
kemurungan di peringkat lanjut usia terhadap fleksibiliti kognitif dan pemerolehan kemahiran
penstrukturan semula kognitif. Kajian ini bertujuan memberikan intervensi kebimbangan dan
kemurungan kepada individu lanjut usia. Teknik penstrukturan semula kognitif di dalam terapi
tingkah laku kognitif (CBT) dipilih untuk proses rawatan dalam membantu pengurangan gelaja
kebimbangan kemurungan. Teknik penstrukturan semula kognitif digunakan adalah untuk
membantu dalam mengenal pasti pertikaian pemikiran maladaptif. Kajian ini menggunakan
47 responden klinikal yang bergelaja kebimbangan dan kemurungan. Reka bentuk yang
digunakan adalah eskperimen melihat hubungan dan menyiasat pengaruh pemboleh ubah.
Hasil keputusan kajian, didapati penstrukturan semula kognitif mempunyai keberkesanan yang
lemah kepada individu yang lanjut usia. Kesimpulannya, individu di peringkat lanjut usia
mempunyai kecerungan mempunyai gelaja kebimbangan dan kemurungan yang teruk jika
tidak dikawal dalam proses rawatan.

Seterusnya, kajian Ma dan Lo (2022) yang bertajuk adakah ia sihir? percubaan terkawal rawak
penerokaan membandingkan penskripan semula imej dan penstrukturan semula kognitif dalam
rawatan kemurungan. Kajian ini adalah bertujuan merawat kemurungan berasaskan kepada
penstrukturan semula kognitif. Pada masa yang sama, pengkajian ini dilakukan adalah untuk
melihat keberkesanan rawatan kemurungan dalam meneroka penggunaan imej pengalaman
dalam membantu mengurangkan kebimbangan. Kajian ini menggunakan 41 sampel kajian
yang telah didiagnosis yang bergelaja kemurungan dalam menjalani satu sesi penilaian imej
sebelum dikelompokkan di dalam satu kumpulan sasaran yang sebenar. Peserta kajian perlu
menerima sesi tiga kali seminggu dan diukur selama dua bulan dalam melihat hasil
keberkesanan. Hasil keputusan kajian didapati, terdapat pengurangan gelaja kemurungan
apabila melakukan teknik imej yang berbentuk mengenal pasti mood dan memahami penolakan
diri semasa bergelaja. Kesimpulannya, teknik imej dan penstrukturan semula kognitif adalah
sangat perlu diperluaskan lagi dalam membantu pengurangan gelaja kemurungan.

Dalam kajian Varo, Amoretti, Sparacino et al., (2022) yang kecerdasan emosi dua titik
bertindih perbandingan antara pesakit selepas mania episod pertama dan mereka yang
mengalami gangguan bipolar kronik jenis I. Kajian ini adalah untuk melihat kecerdasan emosi
pesakit klinikal yang mempunyai pola pemikiran di dalam kecelaruan bipolar dan pengaruh
kawlan yang sihat. Pengkajian ini dilakukan untuk melihat pengaruh pemboleh ubah sosial-
demografi dengan pola pesakit kecelaruan bipolar. Kajian ini menggunakan ujian kecerdasan
emosi Mayer-Salovey-Caruso (MSCEIT) di mana membandingkan tiga kumpulan di dalam
pemboleh ubah. Pemboleh ubah yang terlibat adalah sosial-demografi, pola pemikiran
gangguan bipolar dan pengaruh kawalan sihat. Hasil keputusan kajian mendapati tiada
perbezaan antara kawalan sihat, kecelaruan bipolar dan sosial demografi. Pesakit yang

369
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 365-373, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

mempunyai pola pemikiran gangguan bipolar menunjukkan prestasi yang lebih teruk daripada
pengaruh kawalan yang sihat di dalam domain pola pemikiran. Kesimpulannya, pola pemikiran
adalah sangat memberikan pengaruh yang besar kepada tahap kecerdasan emosi seseorang
individu.

Di samping itu, kajian Elliott, Watson, Dodgson et al., (2021) yang bertajuk mengubah amalan
dua titik bertindih menilai sikap ke arah laluan rawatan kolaboratif NICE-informed untuk
gangguan bipolar. Penyelidikan ini menumpukan kepada gangguan bipolar pada peringkat
yang kronik di mana memerlukan kepada penggunaaan ubatan hasil daripada temubual dan
semakan yang dilakukan oleh pakar psikiatri. Pendekatan ini menggunakan e-Pathways dalam
dalam penstrukturan gangguan mood tetapi jarang dilaksanakan dalam sesi kaunseling meliputi
sesi bersemuka ataupun tidak bersemuka. Rawatan ini boleh digunakan sekali dengan
digabungkan dengan pendekatan cognitive behavioral therapy (CBT) bagi mendapatkan
keberkesanan yang amat tinggi dalam membantu individu yang mengalami bipolar. Teknologi
ini dapat merekod kemajuan peserta kajian dalam memastikan latihan dapat dilaksakanan
dengan mengikut masa yang sesuai dan tepat dalam penggunaan. Reka bentuk yang digunakan
adalah kualitatif dengan berpandukan kepada rangka kajian yang akan dijalankan. Hasil
keputusan mendapati e-Pathway perlu diperkembangkan penggunaan kepada pesakit bipolar
bagi meningkatkan kefungsian dan tempat bagi memantau kawalan diri. Penyelidik
memberikan saranan bahawa mengabungkan pendekatan online dengan cognitive behavioral
therapy (CBT) dan Neo-Cognitive Behavioral Therapy (Neo-CBT) bagi mendapatkan
keberkesanan yang amat baik dalam membentuk sistem kawalan diri peserta kajian dalam skop
bipolar.

8. Metodologi

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Menurut Yin
(2014), kajian kes merupakan satu proses yang memerlukan kepada peringkat data maklumat
yang terperinci di mana ia memerlukan kepada kajian yang empirikal yang sangat teliti dalam
satu aspek yang diperhatikan merangkumi sesuatu fenomena, peristiwa, aktiviti dan proses
dalam sesuatu unit tertentu. Jenis kajian kes yang digunakan adalah kajian kes intrinsik.
Menurut Chua Yan Piaw (2006) kajian kes intrinsik adalah suatu fenomena yang memahami
secara mendalam iaitu khusus, unik dan istimewa.

Temubual klinikal protokol dalam pengkajian ini di semak oleh 22 orang pakar yang terdiri
daripada pakar perunding psikiatri, pakar psikiatri, doktor psikiatri, pakar perubatan keluarga,
pegawai perubatan, psikologi klinikal, pakar psikologi pendidikan, pakar kaunseling, pakar
penyelidikan kualitatif dalam kaunseling, pakar Cognitive Behavioral Therapy (CBT), pakar
bimbingan dan kaunseling (pembinaan modul), pakar pemulihan kesihatan mental, terapi
pertuturan bahasa, pakar kesihatan mental, pakar psikologi kaunseling dan practititioner Neo-
CBT persijilan tahap tiga Neo-Cognitve Behavioral Therapy.

Dalam penyelidikan ini, penyelidik menjalankan kajian kepada peserta kajian yang bergelaja
dalam gangguan bipolar. Penerangan kriteria pemilihan responden kajian dinyatakan seperti di
jadual 1.

370
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 365-373, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Penerangan Kriteria Pemilihan Responden Kajian


Bil Penerangan kriteria pemilihan responden kajian
1 Responden telah diagnosis oleh pakar psikiatri
2 Responden di sahkan oleh pakar psikiatri menghidapi penyakit kecelaruan bipolar
dengan melebihi enam bulan bergelaja
3 Responden menerima rawatan ubat-ubatan di klinik dan hospital
4 Responden kecelaruan bipolar dikategorikan bipolar 1 dan bipolar II
5 Responden sudi bekerjasama dalam dua sesi temubual yang akan dijalankan
6 Responden berumur di antara 20 hingga 40 tahun sahaja
7 Responden adalah individu yang dirujuk oleh psikologi, kaunselor dan pakar psikiatri
dan psikologi klinikal

9. Dapatan Kajian

Terdapat tiga tema yang diperolehi dalam penyelidikan ini adalah tema pertama pola pemikiran
kecelaruan bipolar yang mengalami simptom kecelaruan bipolar, tema kedua adalah corak
mengaplikasikan teknik penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku untuk mengurangkan
simptom kecelaruan bipolar dan tema yang ketiga adalah kesan intervensi penstrukturan
kognitif dan terapi tingkah laku yang sesuai ke atas pesakit kecelaruan bipolar.

Seterusnya, hasil daripada analisis data kajian, terdapat lima sub-tema di bawah tema pola
pemikiran pesakit kecelaruan bipolar yang mengalami simptom kecelaruan bipolar. Sub-tema
yang diperolehi adalah tekanan sebelum mendapat kecelaruan bipolar, simptom gelaja yang
dihadapi ketika fasa manic, simptom gelaja yang dihadapi ketika fasa kemurungan, distorsis
iaitu corak pemikiran yang dialami sewaktu dalam fasa kemurungan dan fasa manic dan
sokongan.

Selain itu, hasil daripada analisis data kajian, terdapat enam sub-tema di bawah teknik
penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku untuk mengurangkan simptom kecelaruan
bipolar. Terdapat 18 kod yang diperolehi dan diselaraskan menjadi enam sub-tema yang utama
dalam penyelidikan ini. Enam sub-tema yang utama adalah pemikiran, emosi dan tingkah laku
sewaktu fasa manic. Sub-tema yang kedua adalah pemikiran, emosi dan tingkah laku sewaktu
fasa kemurungan. Sub-tema yang ketiga ialah pemikiran, emosi dan tingkah laku semasa
membuat penstrukturan kognitif pada sesi pertama. Seterusnya, ialah sub-tema latihan
penstrukturan pada sesi pertama. Sub-tema yang kelima adalah pemikiran, emosi dan tingkah
laku semasa membuat penstrukturan kognitif pada sesi kedua dan terakhir adalah sub-tema
latihan penstrukturan pada sesi kedua.

Akhir sekali, hasil daripada analisis data kajian, terdapat dua sub-tema di bawah kesan
intervensi penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku yang sesuai ke atas pesakit kecelaruan
bipolar ialah refleksi sesi pertama dan refleksi sesi kedua.

10. Perbincangan

Bedasarkan daripada hasil persoalan kajian pertama. Penemuan dapatan kajian penyelidikan
ini disokong oleh Naziah Binti Abd. Kadir (2020) dalam kajian kecelaruan bipolar di dalam
kalangan kanak-kanak dua titik bertindih kajian di Johor Bahru. Dalam kajian beliau
menyatakan bahawa terdapat dua fasa bipolar iaitu fasa kemurungan dan fasa manic di mana
ianya terjadi bermula daripada simtom kemurungan terlebih dahulu dah lepas itu diikuti
daripada ketegori penyakit mental yang lain. Melinda Smith, M.A. and Jeanne Segal (2019)

371
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 365-373, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dalam kajian bipolar dan simptom menyatakan bahawa kecelaruan bipolar adalah berpunca
daripada simptom kemurungan yang dihadapi oleh seseorang individu yang mengalami
kesihatan mental, beliau menyatakan bahawa fasa kemurunagn yang dihadapi perlu didiagnos
oleh pakar psikiatri. Penyelidikan ini juga disokong oleh Caturangga, (2019) menyatakan
bahawa simptom bipolar adalah berpunca daripada tekanan yang dihadapi sebelum didiagnosis
sebagai menghidapi kecelaruan bipolar. Dalam kajian sejarah dan simptom kemurungan dua
titik bertindih kajian literatur oleh Yahya & Sham (2020) menyatakan pembawaan diri yang
dihadapi oleh seseorang yang menghidapi kemurungan adalah sedih yang berpanjangan,
perasaan kecewa berpanjangan dan terdapat perubahan mood yang sangat ketara sehingga
membawa kepada kecelaruan bipolar.

11. Kesimpulan

Berdasarkan hasil dapatan yang diperolehi terdapat tiga tema yang utama dalam penyelidikan
ini iaitu tema pertama pola pemikiran kecelaruan bipolar yang mengalami simptom kecelaruan
bipolar, tema kedua adalah corak mengaplikasikan teknik penstrukturan kognitif dan terapi
tingkah laku untuk mengurangkan simptom kecelaruan bipolar dan tema yang ketiga adalah
kesan intervensi penstrukturan kognitif dan terapi tingkah laku yang sesuai ke atas pesakit
kecelaruan bipolar. Bagi cadangan kajian yang akan datang, penyelidik memberikan fokus
kepada sampel kajian. Sampel kajian yang dipilih hanya perlu kepada satu kategori kecelaruan
bipolar sahaja sama ada menggunakan kategori kecelaruan bipolar I ataupun ketegori
kecelaruan bipolar II. Selain itu juga, pendekatan temubual dan cara penstrukturan semula
kognitif perlu melihat kepada aliran semasa dan mengikut kebudayaan masyarakat Malaysia.

Rujukan

Elliott, A. L., Watson, S., Dodgson, G., Cohen-Tovée, E., & Ling, J. (2021). Changing practice:
assessing attitudes toward a NICE-informed collaborative treatment pathway for bipolar
disorder. BJPsych Open, 7(2).
Firdaus Zainal. (2020).Coronavirus: Pandemik &Senjata Bio. Johor: The Bibliotheca Legacy.
Kasmini Kassim. (1992). Psikiatri kanak-kanak.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ma, O. Y., & Lo, B. C. (2022). Is it magic? An exploratory randomized controlled trial
comparing imagery rescripting and cognitive restructuring in the treatment of
depression. Journal of Behavior Therapy and Experimental Psychiatry, 75, 101721.
Makhmudah, A. N. L., Wibowo, M. E., & Awalya, A. (2019). Cognitive Behavior Group
Counseling with Cognitive Restructuring and Problem Solving Techniques to Reduce
Anxiety. Jurnal Bimbingan Konseling, 8(2), 174-181.
Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, (2018). Neo-CBT: Cognitive Behavioral Therapy.
Tanjung Malim: Psychology and Counselling Academy.
Morst, D. R & Furst, M. L. (1979). Stress for success. New York: Van Nostrand Reinhold
Company
Muhammad Shah Burhan. (1993).“Kajian Terhadap Tekanan di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Bandar dan Luar Bandar di Negeri Sembilan”. Bangi: Fakulti Pendidikan
UKM.
Pardo Cebrián, R., & Calero Elvira, A. (2019). Applying cognitive restructuring in therapy:
The clinical reality in Spain. Psychotherapy Research, 29(2), 198-212.
Varo, C., Amoretti, S., Sparacino, G., Jiménez, E., Solé, B., del Mar Bonnin, C., et al (2022).
Emotional intelligence: a comparison between patients after first episode mania and those
suffering from chronic bipolar disorder type I. Psychological Medicine, 1-12.

372
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 4, No. 3, 365-373, 2022
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Yahya, N. A., & Sham, F. M. (2020). Sejarah dan Simptom Kemurungan: Kajian Literatur:
History and Depression Symptoms: A Literature Reviews. Sains Insani, 5(1), 34-42.

373
Copyright © 2022 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

You might also like