You are on page 1of 21

Jurnal Pengajian Islam

ISSN: 1823 7126


E-ISSSN: 0127-8002
2017, Bilangan 10, Isu 1, Halaman 57-77

KAEDAH AL-QURAN DALAM MENANGANI MASALAH


SOSIAL: KAJIAN DI PUSAT PERLINDUNGAN MAJLIS
AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

METHOD OF AL-QURAN IN DEALING WITH SOCIAL


PROBLEMS: A STUDY IN THE PROTECTION CENTRE OF THE
SELANGOR ISLAMIC RELIGIOUS COUNCIL (MAIS)
1* 2 3
Sahlawati Abu Bakar , Nurzatil Ismah Azizan , Nazneen Ismail , Zanariah
4
Dimon

1
Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, sahlawati@kuis.edu.my
2
Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, nurzatil@kuis.edu.my
3
Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, nazneen@kuis.edu.my
4
Pensyarah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, zanariah@kuis.edu.my

* Penulis Penghubung

Artikel diterima: 29 Mac 2017 Selepas Pembetulan: 2 Ogos 2107 Diterima untuk terbit: 2 Ogos 2017

Abstrak
Golongan remaja sebagai sasaran dalam meruntuhkan sesebuah masyarakat.
Remaja yang tidak mempunyai kekuatan agama akan mudah terjerumus dalam
masalah sosial. Bagi merawat remaja yang terjebak dengan masalah sosial ini
terdapat pusat-pusat perlindungan yang mengambil inisiatif memberikan
pemulihan dari aspek rohani. Pelbagai kaedah digunakan oleh pusat-pusat
perlindungan ini bagi merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial. Antaranya
ialah Pusat Perlindungan di Selangor di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor
MAIS yang menggunakan kaedah rawatan melalui pendekatan al-Quran. Kajian ini
dilaksanakan dengan tujuan meneroka pendekatan al-Quran yang digunakan oleh
Pusat Perlindungan MAIS dalam merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial.
Kajian ini berbentuk kualitatif dengan rekabentuk kajian deskriptif. Data diperolehi
melalui temubual dan dianalisis menggunakan pendekatan pengkodan tematik.
Hasil kajian mendapati bahawa pendekatan al-Quran yang diamalkan di pusat-
pusat perlindungan tersebut ialah pendekatan akidah dan kerohanian, ilmu,
ibadah, jihad dan disiplin, bi’ah salihah, qudwah hasanah, psikologi, doa, sentuhan
syariat serta zikir dan wirid.

Kata Kunci
Masalah sosial, pusat pemulihan, kaedah al-Quran, qudwah, bi’ah

Abstract
Teenagers who do not have the strength of religion could easily involve in social
problems. For treating teenagers who stuck with this social problem there is

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 57


protection centres who take the initiative to provide recovery from spiritual aspect.
A variety of methods used by this protection centers for treating trainees who have
social problems. Among them are Protection Center in Selangor under the
supervision of Majlis Agama Islam Selangor MAIS that applies method treatment
through the Qur'an. The study was conducted with the aim of exploring the
approach the Quran used by MAIS in treating trainees who have social problems.
This is a qualitative study and the data is obtained through interviews and analysed
using thematic coding approach. The study found that the approach that Quran
practiced in the protection centres was faith and a spiritual approach, knowledge,
discipline and worship, jihad, bi’ah salihah, good role model, psychological, prayer,
Shari'a physical touch, zikir and wirid.

Keywords
Social problems, rehabilitation centre, the rules of the Quran, role model, bi'ah

1. Pendahuluan
Kadar masalah sosial dan jenayah di Selangor lebih tinggi berbanding di
negeri-negeri lain. Ini adalah berpunca daripada bilangan penduduk
Selangor yang lebih ramai. Statistik jenayah dalam kalangan pelajar di
Selangor pada tahun 2013 mencatat jumlah 873 orang ( berumur 7 hingga
18) dan sehingga Mac 2014 ia mencatat 135 orang
(www.sinarharian.com.my). Bagi membantu pihak berkuasa
menyelesaikan masalah tersebut, pelbagai kaedah alternatif telah
dilaksanakan termasuk pendekatan pemulihan di pusat-pusat
perlindungan akhlak persendirian di negeri Selangor.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sendiri mempunyai dua buah
pusat perlindungan iaitu Pusat Pemulihan Wanita Baitul Ehsan di Sabak
Bernam dan Pusat Pemulihan Akidah Baitul Iman di Ulu Yam. Di samping
itu, MAIS turut menaungi 17 buah pusat perlindungan persendirian.
Antaranya ialah Raudatussakinah, Rumah Kebajikan PERKID, Baitul Islah
PERHID Shah Alam dan Rumah Sahabat SIDIM. Meskipun berbeza dari
sudut sasaran pelatih dan bentuk pemulihan yang dijalankan, kesemua
pusat ini bertujuan untuk membantu para pelatih ke arah memperbaiki
kehidupan mereka. (www.mais.net.my 3 November 2015)
Oleh yang demikian kajian ini akan memfokuskan pendekatan al-
Quran yang digunakan oleh Pusat Perlindungan MAIS dalam membantu
merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial.

2. Penyataan Masalah
Masalah sosial adalah perlakuan negatif yang tidak bermanfaat di dalam
anggota masyarakat (Roslan, 2011).Terdapat pelbagai masalah sosial
yang rata-rata melibatkan keruntuhan akhlak remaja seperti pembuangan
bayi, rogol, zina, dadah dan lain-lain. Kurangnya pendidikan agama dan
moral menyebabkan berlaku jenayah, termasuk jenayah rogol yang
mengancam kehormatan dan hak wanita. Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud: “Tidak akan berzina seorang penzina kalau dia dalam keadaan
beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri kalau dia dalam keadaan

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 58


beriman. Tidak akan minum khamar pula jika dia dalam keadaan
beriman.” (Al-Bukhari, Kitab Hudud, Bab Dosa Orang Yang Berzina, No
6312).
Suasana dunia hari ini banyak mempengaruhi jiwa individu.
Iklimnya telah mengalami proses pengasingan (alienation) dan serangan
ideologi yang didasari oleh dominasi pola kehidupan moden yang
materialistik, egoistik dan hedonistik. Sehinggakan perkara penting dalam
kehidupan psikologi manusia banyak diabaikan bahkan dilupakan. Unsur-
unsur moral dan rohani (spiritual) yang merupakan unsur terpenting
menjadi satu bahagian yang terpisah dari kehidupan psikologi manusia.
Suasana ini berkembang hasil daripada pengaruh fahaman sekularisme.
Sulaiman Nordin (2010) menyatakan fahaman sekularisme menghasilkan
pelbagai pemikiran-pemikiran yang membawa kesesatan, pemisahan
antara roh dan jasad, dunia dan akhirat atau sains dan agama. Ideologi-
ideologi sekularisme khususnya sosialisme memisahkan peranan pencipta
daripada bidang ilmu pengetahuan sehingga menurut pandangan mereka
agama adalah candu untuk masyarakat.
Ideologi tersebut juga telah memberi kesan kepada hati atau jiwa
manusia sehingga manusia semakin beransur-ansur menjauhi Allah SWT
seterusnya melupakan-Nya. Hati dan jiwa yang tidak tenang lebih mudah
diresapi oleh unsur-unsur negatif seperti tingkah laku delinkuen iaitu sikap
melanggar undang-undang atau melakukan perkara yang tidak diterima
masyarakat serta terlibat dalam tingkah laku berisiko. (Mohd Noorikhwan
2013).
Keseriusan penyakit rohani masyarakat diakui semua pihak dengan
dibuktikan oleh statistik permasalahan yang sentiasa meningkat saban
tahun. Contohnya kajian yang dibuat oleh Institut Penyelidikan
Pembangunan Belia Malaysia (2010) terhadap 2,403 orang responden
berhubung keterlibatan dalam tingkah laku delinkuen menunjukkan 94
peratus daripada mereka mengaku pernah terlibat sekurang-kurangnya
sekali berbanding 6 peratus yang tidak pernah terlibat langsung.
Manakala hasil kajian yang dijalankan ke atas 200 orang remaja
mendapati tahap pengetahuan majoriti (89.5 peratus) remaja berada pada
tahap sederhana. Hasil kajian turut mengambarkan bahawa semakin
tinggi pengetahuan agama, maka semakin rendah kecenderungan remaja
untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi undang-
undang negara (Fauziah Ibrahim et.al: 2012, 88).
Justeru, fokus rawatan masalah sosial masyarakat hari ini
sewajarnya ditumpukan kepada aspek kerohanian tanpa mengabaikan
aspek lain. Ini kerana meskipun pelbagai rawatan disediakan pihak
kerajaan dan swasta tetapi tetap tidak berjaya mengurangkan ancaman
unsur negatif ini. Antara kelemahan yang dapat dilihat ialah kurangnya
tumpuan diberikan kepada pembangunan rohani pesakit.
Rawatan kepada penyakit rohani ini disebut juga sebagai
psikospiritual dalam psikologi. Teori psikospiritual Islam didefinisikan
sebagai satu kaedah perawatan kejiwaan dan kerohanian yang
berteraskan sumber-sumber ketuhanan dan amalan Islam yang tidak

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 59


bercanggah dengan prinsip syariah. Matlamatnya ialah untuk melahirkan
kestabilan diri, jiwa dan roh (Utusan Melayu 2013).
Psikospiritual mempunyai kaitan secara langsung dengan tasawuf
Islam. Pendekatan tasawuf terbukti mampu mengisi kekosongan hati,
mendidik jiwa dan menenangkan fikiran (Dara Aisyah 2013). Justeru, tidak
hairanlah apabila kaedah psikospiritual dijadikan alternatif oleh pihak-
pihak tertentu kepada pusat-pusat pemulihan dan rawatan dadah yang
sedia ada memandangkan terdapat sebilangan besar penagih dadah
mengulangi penyalahgunaan bahan tersebut meskipun telah melalui
rawatan. Dalam Islam, masalah ketagihan dadah tidak dianggap sebagai
isu fizikal semata-mata, sebaliknya ia juga dianggap sebagai penyakit
rohani. Lantaran itu, gabungan rawatan yang berteraskan biologi, sosial
psikologi dan agama wajar dijadikan pilihan. (Utusan Melayu 2013, Dara
Aisyah 2013).
Terdapat banyak pusat-pusat rawatan pemulihan yang ditubuhkan
bertujuan merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial. Pusat-pusat
ini menggunakan pelbagai kaedah dalam rawatan. Namun, pusat
perlindungan MAIS dilihat mempunyai tatacara bersifat sistematik dalam
menjalankan aktiviti dan program pemulihan kepada para pelatih. Ini
sesuai dengan misi MAIS untuk membangun dan melaksanakan program
syiar Islam yang berimpak tinggi dan boleh dijadikan contoh oleh
organisasi Islam.
Penyelidikan ini dilaksanakan bagi melihat pendekatan yang
terdapat di dalam al-Quran sebagai jalan penyelesaian dalam menangani
masalah sosial remaja. Al-Quran mempunyai keistimewaan dengan
manhajnya yang tersendiri dengan membawa pendekatan rabbaniyyah,
syumul, realistik, qat’i (tetap) dan bertahap (Muhammad Yusuf Khalid
2005). Penyelidikan ini dijalankan bagi mencari jawapan kepada
persoalan apakah kaedah pendekatan al-Quran dalam menangani
penyakit sosial atau jiwa yang rosak? Bagaimanakah pendekatan al-Quran
digunakan oleh pusat perlindungan MAIS membantu merawat pelatih yang
bermasalah sosial?
Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan-
persoalan tersebut dan seterusnya mengemukakan cadangan yang
bertepatan dan bermanfaat.

3. Objektif Kajian
Berikut adalah objektif kajian ini:
i. Mengenal pasti pendekatan al-Quran dalam menangani masalah sosial.
ii. Meneroka pendekatan al-Quran yang digunakan oleh Pusat
Perlindungan MAIS dalam merawat pelatih yang mempunyai masalah
sosial.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 60


4. Kerangka Kajian

Kerangka kajian di atas merujuk kepada penyelesaian masalah sosial


dalam kalangan remaja. Elemen-elemen dalam pendekatan al-Quran yang
digunakan menggunakan ayat-ayat al-Quran serta hadis-hadis Nabi SAW
sebagai teori.

5. Metodologi Kajian
Bahagian metodologi akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian,
metode pengumpulan data serta metode analisis data.

Reka Bentuk Kajian


Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kaedah pemulihan yang
digunakan oleh pusat perlindungan persendirian di bawah kawalan dan
bantuan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Bagi mencapai objektif
kajian, ia dijalankan dengan pandangan bahawa terdapat pelbagai cara
berbeza dalam memahami perkara-perkara yang berlaku dan bagaimana
manusia memberi makna kepada aktiviti dalam kehidupan mereka. Maka,
kajian ini menepati reka bentuk kualitatif kerana kajian cuba memahami
perspektif subjek kajian melalui kefahaman terhadap pendapat,
pengalaman dan perasaan responden. Ia diperolehi melalui perspektif
yang holistik. (Othman Lebar, 2009)
Dalam kajian kualitatif, terdapat beberapa set andaian yang
mendasari penyelidikan sosial. Ia dirujuk sebagai paradigma positivis dan
interpretivis. Andaian paradigma bagi falsafah utama yang mendasari
semua jenis penyelidikan kualitatif adalah pandangan yang menjelaskan
sesuatu realiti itu dibina oleh individu semasa berinteraksi dengan dunia
sosial mereka. Pemahaman yang jelas tentang andaian-andaian
paradigma penting kerana ia akan menyediakan hala tuju dalam reka
bentuk semua fasa bentuk penyelidikan yang akan dijalankan (Bogdan dan
Biklen 1998).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 61


Selain itu kajian ini juga menggunakan andaian paradigma ontologi
yang membincangkan tentang pendekatan al-Quran dalam menangani
masalah sosial remaja dan proses pemulihan remaja di pusat perlindungan
persendirian MAIS. Kajian ini melibatkan situasi yang dibentuk oleh
pelbagai pihak yang terlibat dalam proses penyelidikan iaitu penyelidik,
responden dan pembaca yang membuat interpretasi terhadap hasil kajian.
Bentuk andaian paradigma ini memerlukan pengkaji melaporkan secara
jujur realiti yang berlaku terhadap responden, sama ada realiti merupakan
sesuatu yang objektif yang terdapat di luar minda manusia ataupun
merupakan produk minda manusia itu sendiri. Kajian ini dijalankan dengan
anggapan bahawa realiti tersebut berada dalam pengetahuan manusia.
Bentuk realiti kajian kualitatif adalah bersifat subjektif dan pelbagai seperti
yang dilihat oleh subjek kajian.
Kajian kualitatif mempunyai paradigma naturalis dengan bentuk
kajian adalah realiti yang pelbagai dan holistik. Hubungan antara
penyelidik dan subjek kajian adalah bersifat interaktif dan tidak boleh
dipisahkan, kemungkinan generalisasi bergantung kepada masa dan
konteks iaitu berasaskan kepada pandangan bahawa untuk memahami
dunia sosial kita perlu mendapatkan pengalaman dan pengetahuan
langsung tentang perkara yang dikaji. (Merriam, 2009).
Daripada penerangan di atas, jelas bahawa penyelidikan kualitatif
mementingkan pembinaan tentang fenomena sosial. Kajian ini dijalankan
untuk mencari jawapan terhadap beberapa persoalan berkaitan iaitu
apakah pendekatan al-Quran dalam memulihkan jiwa insan? Apakah pula
pendekatan yang digunakan oleh pusat perlindungan dalam memulihkan
remaja yang bermasalah sosial? Adakah terdapat persamaan dan
perbezaan antara kedua-dua pendekatan?

Metode Pengumpulan Data


Bagi mengumpulkan data beberapa proses kerja telah dilakukan seperti
pemilihan sampel dan proses pengumpulan data.

Pemilihan Sampel Kajian


Kaedah persampelan bagi tempat kajian ialah persampelan bertujuan.
Pusat perlindungan yang dipilih sebagai sampel kajian mempunyai kaitan
dengan kajian. Terdapat tiga kriteria pemilihan pusat pemulihan iaitu
pelatih adalah daripada kalangan remaja, kes yang terlibat ialah delinkuen
dan aspek pengurusan pusat. Dua buah pusat perlindungan persendirian
MAIS telah dipilih iaitu Pusat Baitul Salam yang ditadbir menggunakan
modul daripada Bahagian Ar-Riqab MAIS manakala Pusat Baitul Iman yang
ditadbir menggunakan modul tersendiri.
Pusat Baitul Salam mempunyai 50 orang pelatih dengan dua orang
tenaga pengajar dan seorang warden. Ia ditadbir oleh seorang penguasa
lantikan MAIS dan terletak di pinggir bandar. Kesemua pelatih adalah
wanita dengan pelbagai latar belakang dan diperintahkan oleh mahkamah
untuk masuk ke pusat. Mereka perlu menjalani tempoh pemulihan di
antara enam bulan hingga dua tahun sahaja. Kebanyakan pelatih adalah
mereka yang terlibat dengan masalah zina, khalwat dan dadah.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 62


Manakala Pusat Baitul Iman menempatkan 75 pelatih yang terdiri
daripada pelatih lelaki dan perempuan dalam lingkungan usia 13 hingga
29 tahun. Penguasa kem dibantu oleh beberapa tenaga pengajar termasuk
warden. Pelatih lelaki dan wanita diasingkan di dua pusat yang berasingan
dalam satu daerah. Bilangan tenaga pengajar bagi pelatih perempuan
adalah seramai lima orang. Kebanyakan pelatih adalah mereka yang
terlibat dengan masalah ketagihan dadah. Selain itu, terdapat juga kes
pengkid, lesbian dan zina. Prosedur kemasukan pelajar kebanyakannya
adalah atas pilihan sendiri atau kehendak keluarga di samping terdapat
juga kes di bawah perintah mahkamah. Kesemua pelatih terikat dengan
kontrak yang di antara kandungannya ialah berhubung tempoh menjalani
pemulihan selama dua tahun sahaja. Meskipun begitu, terdapat juga
dalam kalangan pelatih yang memilih untuk menyambung kontrak.
Berdasarkan demografi ini, didapati kedua-dua pusat menepati
kehendak kajian iaitu menguruskan kes delinkuen melibatkan remaja.
Kedua-duanya terlibat dengan ikatan kontrak antara pelatih dengan pusat
dan tertakluk kepada tempoh tertentu. Ikatan kontrak ini menjadikan
urusan kemasukan dan pengeluaran pelatih bersifat rasmi serta terikat
kepada undang-undang. Dari segi lokasi, kedua-dua pusat memilih untuk
berada di pinggir bandar atas faktor menghindarkan pelatih daripada
suasana bandar. Maka seorang penguasa dari setiap pusat perlindungan
dipilih sebagai peserta kajian dan temubual secara mendalam dilakukan
kepada peserta-peserta kajian tersebut.

Proses Pengumpulan Data


Bagi kajian ini, kaedah temubual secara bersemuka telah diadakan dengan
menggunakan soalan separa berstruktur. Fokus temubual adalah di sekitar
objektif kajian iaitu mengenal pasti kaedah pemulihan yang dijalankan di
pusat-pusat pemulihan. Terdapat beberapa etika dalam menjalankan
temubual yang dipatuhi iaitu mendapat kebenaran daripada responden
untuk ditemubual, soalan temubual tidak menyusahkan responden, tidak
bersifat ofensif atau provokasi, tiada paksaan menjawab dan menjaga
kerahsiaan. Selain itu, kebenaran untuk merakam perbualan dimohon
terlebih dahulu sama ada bersifat rakaman audio mahupun video. Oleh
kerana kajian ini melibatkan tempat yang sensitif, maka tiada rakaman
bersifat visual dilakukan.
Bagi melicinkan lagi proses melaksanakan kajian, pengkaji telah
melakukan langkah-langkah berikut sebelum kajian sebenar dijalankan
iaitu:
a) Setelah proposal penyelidikan diluluskan oleh pihak Pusat
Penyelidikan dan Pembangunan Kuis (PPP), surat lantikan ketua
dan ahli penyelidik telah dikeluarkan oleh PPP.
b) PPP telah mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian bagi
tajuk berkaitan.
c) Ketua Penyelidik telah menghubungi pihak Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS) untuk memohon kebenaran menjalankan kajian
di Pusat-Pusat Pemulihan Persendirian MAIS.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 63


d) Pihak MAIS memaklumkan bahawa pengkaji dibenarkan untuk
menghubungi pusat-pusat berkenaan untuk menjalankan kajian.
e) Sebanyak 17 buah pusat pemulihan berdaftar di bawah MAIS tetapi
hanya dua sahaja yang dipilih sebagai tempat kajian.
f) Ketua Penyelidik telah menghubungi wakil kedua-dua pusat
pemulihan tersebut bagi mengatur pertemuan untuk pengumpulan
data kajian dan seterusnya melakukan temubual.

Metode Analisis Data


Data-data yang akan dikutip tidak akan memberi makna tanpa membuat
analisis. Pelbagai aktiviti perlu dibuat semasa menganalisis data seperti
proses menggabung, mengurang dan membuat interpretasi berdasarkan
apa yang dikatakan oleh peserta kajian dan apa yang diperhati atau dibaca
untuk memberi makna kepada data (Merriam 2009; Bogdan dan Biklen
1998).
Untuk menganalisis data, penyelidik akan menggunakan kaedah
bertema. Kaedah analisis bertema adalah satu kaedah asas untuk
menganalisis kajian kualitatif (Braun dan Clarke, 2006). Justeru, selepas
selesai temubual dengan responden, transkrip telah dilakukan ke atas
rakaman audio yang melibatkan seorang penguasa bagi setiap pusat
pemulihan. Setiap transkrip diberikan nama samaran tertentu agar
kerahsiaan terpelihara. Untuk memastikan keselarian rakaman dengan
transkrip sebenar, transkrip dibaca berulang kali sambil
memperdengarkan rakaman audio.
Transkrip diasingkan mengikut lokasi dan kumpulan sasaran bagi
memudahkan analisis dilakukan. Cara untuk menganalisis dilakukan
dengan mengenal pasti pandangan responden dan melaporkan sama
seperti yang mereka nyatakan dalam temubual. Kemudian, tema dikenal
pasti melalui persoalan kajian yang dijadikan landasan kajian. Pandangan
responden kemudiannya diklasifikasikan sebelum tema jawapan terhasil.
Bagi sebarang tema yang didapati mempunyai persamaan atau
pertindanan, ia akan digabungkan di bawah tema yang sama.
Pengulangan bacaan dilakukan sehingga penyelidik yakin bahawa ia
adalah tema yang paling sesuai untuk menjawab persoalan kajian.
Pengulangan juga dibaca bagi tujuan pengesahan dapatan analisis. Bagi
menentukan kebolehpercayaan maklumat juga, pengesahan daripada
responden dilakukan dalam bentuk semakan semula. Responden diminta
untuk menandatangani borang kebenaran menggunakan bahan rakaman
sebagai dapatan kajian.

6. Dapatan Kajian
Dapatan kajian akan membincangkan mengenai kaedah al-Quran dalam
menangani masalah sosial dan kaedah al-Quran yang digunakan oleh
pusat perlindungan MAIS dalam menangani masalah sosial. Dapatan
kajian ini secara terperinci adalah seperti berikut.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 64


Kaedah Al-Quran Dalam Menangani Masalah Sosial
Imam al-Ghazali (2012) menyatakan akhlak yang paling utama ialah
kebijaksanaan dalam mengendalikan diri seseorang daripada hawa nafsu,
jiwa yang dapat mencegah kemarahan dan hawa nafsu untuk mencapai
hikmah, keberanian, iaitu teguh hati dalam membela dan
mempertahankan kebenaran, tidak berundur apabila dicela dan tidak
meninggi diri apabila dipuji. Dalam pembangunan dan pembentukan
akhlak pula, Imam al-Ghazali meletakkan lima faktor yang boleh
mempengaruhi akhlak seseorang iaitu, pembersihan jiwa, melawan hawa
nafsu, melazimi amalan kebaikan, membuat sesuatu yang bertentangan
dengan akhlak yang buruk dan pengawasan diri terhadap Allah.
Zarina dan Basirah (2012) mengulas bahawa isi kandungan al-
Quran juga merupakan suatu cara untuk seseorang memulihkan diri
daripada sifat keji dan menggantikannya dengan sifat yang terpuji.
Terdapat beberapa metode pemulihan yang digariskan oleh al-Quran
antaranya yang ialah metode pencegahan dan pengawalan, pengubatan
dan rawatan serta bimbingan dan pembinaan.
Arifin Mamat (2008) menkategorikan manusia menurut al-Quran
kepada muslimun, mu’minun, muttaqun, muhsinun, salihun, sabirun,
taibun dan mukhlisun. Berdasarkan ketegori ini al-Quran mempunyai
pendekatan yang mampu mengubah jiwa dan menjadikan hidup manusia
berjaya di dunia dan akhirat. Pendekatan utama yang digunakan oleh al-
Quran ialah pendekatan fitrah dan keperluan, ilmu dan pendidikan,
pemikiran dan ibadah (Arifin Mamat, 2008).
Melalui pendekatan fitrah dan keperluan, manusia percaya kepada
kewujudan Tuhan dan berkehendakkan kepada bantuan kuasa tertentu
terutamanya ketika dalam kesusahan. Firman Allah SWT (Al-Fatihah 1: 5):

ِ
ُ ‫إِ ﱠ َك ﻧَﻌﺒُ ُﺪ َوإِ ﱠ َك ﻧَﺴﺘَﻌ‬
‫ﲔ‬
Maksudnya:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan.

Serta firmanNya lagi (Al-Isra’17:67):

ِ ِ ِ ِ ِ ‫َوإِذَا َﻣ ﱠﺴ ُﻜ ُﻢ ٱﻟ ﱡ‬
َ ‫ﻀﱡﺮ ِﰲ ٱﻟﺒَﺤ ِﺮ‬
‫ﻧﺴ ُﻦ‬
َٰ ‫َﻋﺮﺿﺘُﻢ َوَﻛﺎ َن ٱﻹ‬ َّ ‫ﺿ ﱠﻞ َﻣﻦ ﺗَﺪﻋُﻮ َن إﱠﻻ إ ﱠ ﻩُ ﻓَـﻠَ ﱠﻤﺎ ﳒَﱠٰﯩ ُﻜﻢ إ َﱃ‬
َ ‫ٱﻟﱪ أ‬
‫ﻮرا‬
ً ‫َﻛ ُﻔ‬
Maksudnya:
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah
(dari ingatan kamu) makhluk-makhluk yang kamu seru selain dari Allah;
maka apabila Allah selamatkan kamu ke darat, kamu berpaling tadah
(tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa kufur (akan
nikmat-nikmat Allah).

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 65


Kedua-dua ayat yang mulia ini menjelaskan keperluan manusia
untuk mempunyai Tuhan dan meminta pertolongan dalam kesempitan
hidup (Ibn Kathir 2008). Apabila fitrah manusia dipenuhi maka
pembentukan jiwa manusia menjadi lebih mudah kerana setiap manusia
dilahirkan atas fitrah.
Manakala pendekatan ilmu dan pendidikan adalah asas utama yang
ditekankan dalam penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah
SAW bertujuan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kejahilan.
Firman Allah SWT (Al-‘Alaq 96:1-5):

‫ َﻋﻠﱠ َﻢ‬.‫ٱﻟﱠ ِﺬي َﻋﻠﱠ َﻢ ﺑِﭑﻟ َﻘﻠَ ِﻢ‬.‫َﻛﺮُم‬


َ ‫ﻚ ٱﻷ‬
َ ‫ٱﻗﺮأ َوَرﺑﱡ‬ ٍ ِ ٰ ‫ َﺧﻠَ َﻖ ٱ ِﻹ‬.‫ﻚ ٱﻟﱠ ِﺬي َﺧﻠَ َﻖ‬
َ .‫ﻧﺴ َﻦ ﻣﻦ َﻋﻠَﻖ‬
َ َ ِّ‫ٱﻗﺮأ ﺑِﭑﺳ ِﻢ َرﺑ‬
َ
‫ﻧﺴ َﻦ َﻣﺎ َﱂ ﻳَﻌﻠَﻢ‬ ِ
َٰ ‫ٱﻹ‬
Maksudnya:
Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan
(sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia
melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak
diketahuinya.
Melalui ilmu manusia akan dapat membezakan yang hak dan yang batil
seterusnya menggunakan daya intelek dan kebijaksanaan untuk
meneroka pelbagai ilmu yang bermanfaat (Arifin Mamat, 2008). Ilmu dan
pendidikan juga mampu menjadikan manusia lebih bertaqwa dan
meningkatkan darjat mereka. Firman Allah SWT (Al-Mujadilah 58:11):
ْ‫ٱﻧﺸ ُﺰوا‬ ِ ِ ِ ِ‫ﻳﻦ ءَ َاﻣﻨُﻮاْ إِ َذا ﻗِﻴﻞ ﻟَ ُﻜﻢ ﺗَـ َﻔ ﱠﺴ ُﺤﻮاْ ِﰲ ٱﳌ َٰﺠﻠ‬ ‫ََٰﻳـﱡ َﻬﺎ ٱﻟﱠ ِﺬ‬
ُ ‫ﻴﻞ‬َ ‫ﻔﺴ ِﺢ ٱ ﱠُ ﻟَ ُﻜﻢ َوإ َذا ﻗ‬
َ َ‫ﭑﻓﺴ ُﺤﻮاْ ﻳ‬
َ َ‫ﺲ ﻓ‬ َ َ
ِ ِ َ ِ ِ ِ‫ﱠ‬
‫ﻌﻤﻠُﻮ َن َﺧﺒِﲑ‬ ‫ﺗ‬ ‫ﺎ‬ ‫ﲟ‬ ‫ٱ‬‫و‬ ‫ﺖ‬
َ َ َ ُ‫ﻳﻦ أُوﺗُ ْ َ َ َ َ َ ﱠ‬
‫ﺟ‬ٰ ‫ر‬‫د‬ ‫ﻠﻢ‬ ‫ٱﻟﻌ‬ ‫ا‬‫ﻮ‬ ‫ﱠ‬
َ ‫ﻳﻦ ءَ َاﻣﻨُﻮاْ ﻣﻨ ُﻜﻢ َوٱﻟﺬ‬ َ ‫ﭑﻧﺸ ُﺰواْ ﻳَﺮﻓَ ِﻊ ٱ ﱠُ ٱﻟﺬ‬ ُ َ‫ﻓ‬
Maksudnya:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi
lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah
seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu
dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah
meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-
orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) -
beberapa darjat. dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya
tentang apa yang kamu lakukan.

FirmanNya lagi (Al-Zumar 39:9):


ِ‫ﱠ‬ ِِ ِ ِ ِ ِ
ُ َ‫ﺖ ءَا َ ءَ ٱﻟﱠ ِﻴﻞ َﺳﺎﺟﺪا َوﻗَﺎﺋﻤﺎ َﳛ َﺬ ُر ٱﻷﺧَﺮةَ َوﻳ‬
َ ‫ﺮﺟﻮاْ َرﲪَﺔَ َرﺑّﻪ ۗۦ ﻗُﻞ َﻫﻞ ﻳَﺴﺘَ ِﻮي ٱﻟﺬ‬
‫ﻳﻦ‬ ٌ ‫أَﱠﻣﻦ ُﻫ َﻮ ٰﻗَﻨ‬
ِ َ‫ﻳَﻌﻠَﻤﻮ َن وٱﻟﱠ ِﺬﻳﻦ َﻻ ﻳَﻌﻠَﻤﻮ َن إِﱠﳕَﺎ ﻳـَﺘَ َﺬ ﱠﻛﺮ أ ُْوﻟُﻮاْ ٱﻷَﻟﺒ‬
‫ٰﺐ‬ ُ ُ َ َ ُ
Maksudnya:
"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat
pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 66


akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi
(kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan
orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang
dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang
berakal sempurna.
Justeru ilmu dapat mengeluarkan manusia daripada kesesatan dan
seterusnya mendapat ketenangan jiwa. Segala tekanan yang dihadapi
tidak lagi dijadikan sebab untuk menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan
atau masalah sosial. Sebaliknya, iman menjadikan insan yakin
sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Penyuburan iman dilakukan dalam
beberapa kaedah iaitu melakukan amal soleh, melazimi sunnah baginda
Rasulullah s.a.w, memupuk hubungan yang baik dengan masyarakat
sekitar, melatih diri untuk berakhlak mulia serta berada dalam lingkungan
orang yang soleh. (al-Qurtubi 2009)
Seterusnya ialah pendekatan pemikiran iaitu tuntutan supaya
manusia berfikir kerana ini adalah cara untuk sampai kepada kebenaran
dan iman. Ketika berfikir manusia perlu melalui dua proses iaitu
mendengar dan memahami. Oleh kerana itu terdapat manusia yang
melakukan kesalahan akan menyesal kerana apabila sampai kepada
mereka seruan untuk kebaikan mereka tidak mahu mendengar dan
memahami. Firman Allah SWT (Al-Mulk 67:10):
◌ِ ‫ﺴﻌِﲑ‬ ِ ‫َﺻﺤ‬ ِ
‫ٱﻟ ﱠ‬ ‫ﺐ‬ َٰ ‫ﺴﻤ ُﻊ أَو ﻧَﻌﻘ ُﻞ َﻣﺎ ُﻛﻨﱠﺎ ِﰲ أ‬
َ َ‫َوﻗَﺎﻟُﻮاْ ﻟَﻮ ُﻛﻨﱠﺎ ﻧ‬
Maksudnya:
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami
(sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk
dalam kalangan ahli neraka".

Oleh kerana itu jugalah al-Quran menyamakan orang yang tidak


berfikir iaitu yang tidak mahu menggunakan pancaindera untuk
mendapatkan kefahaman yang benar seperti binatang kerana mereka
boleh memilih untuk berbuat maksiat ataupun sebaliknya tetapi tidak
berbuat sedemikian. Firman Allah SWT (Al-‘Araf 7:179):
‫ﺒﺼ ُﺮو َن ِ َﺎ َوَﳍُﻢ‬
ِ ‫ﻧﺲ َﳍﻢ ﻗـُﻠُﻮب ﱠﻻ ﻳﻔ َﻘﻬﻮ َن ِ ﺎ وَﳍﻢ أَﻋﲔ ﱠﻻ ﻳ‬
ُ ُ َُ َ ُ َ
ِ ِ ِ ِ
ُ ِ ‫َوﻟََﻘﺪ ذَ َرأ َ ﳉَ َﻬﻨ َﱠﻢ َﻛﺜﲑا ّﻣ َﻦ ٱﳉ ِّﻦ َوٱ ِﻹ‬
‫ٱﻟﻐَ ِﻔﻠُﻮ َن‬
ٰ ‫ﻚ ُﻫﻢ‬ ِٰ
َ ‫َﻧﻌ ِﻢ ﺑَﻞ ُﻫﻢ أ‬
ُ َ ‫َﺿ ﱡﻞ أ ُْوﻟَﺌ‬ َٰ ‫ﻚ َﻛﭑﻷ‬
ِ
َ ِ‫ﺴﻤﻌُﻮ َن َﺎ أ ُْوٰﻟَﺌ‬
َ َ‫ءَاذَان ﱠﻻ ﻳ‬
Maksudnya:
Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin
dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami
dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak
mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai
telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);
mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi;
mereka itulah orang-orang yang lalai.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 67


Menurut Ibn Kathir (2008) manusia tidak mengambil manfaat
daripada pancaindera yang telah dikurniakan oleh Allah SWT sebagai
mekanisme mendapatkan hidayahnya. Samalah seperti haiwan yang
hanya menggunakan anggota tubuh sebagai memenuhi keperluan hidup.
Justeru al-Quran menyuruh manusia supaya berfikir dan menggunakan
kurniaan Allah SWT agar mereka dapat menghindarkan diri daripada
kejahatan yang akibatnya akan memusnahkan diri mereka sendiri.
Pendekatan terakhir yang dikemukakan oleh al-Quran ialah ibadah.
Imam al-Ghazali (2012) menyatakan bahawa ibadah adalah satu-satunya
jalan menuju Allah SWT. Dalam melaksanakannya, manusia akan
berhadapan dengan pelbagai penghalang yang menjadikan ia satu
perjalanan yang panjang lagi merumitkan. Ibadah adalah satu kaedah
untuk melatih diri manusia berakhlak dengan akhlak mulia serta latihan
untuk menenangkan jiwa. Ia perlu dibiasakan dan diamalkan dalam
kehidupan seharian sehingga membentuk perilaku dan jiwa seseorang. Ini
adalah antara hikmah pensyariatan ibadah solat, puasa, zakat dan haji ke
atas seorang Muslim. Dengan melakukan ibadah ini berpandukan aturan
yang ditetapkan, maka seorang Mukmin terdidik untuk mentaati Allah
SWT, mematuhi perintah-Nya, bersabar dalam kehidupan, bermujahadah
menentang nafsu, berkasih sayang sesama manusia serta saling
bekerjasama.
Firman-firman Allah SWT ini menunjukkan kepentingan ibadah dalam
membina jati diri yang kukuh. Seperti firmanNya (Al-Fatihah 1:5-7):
ِ ‫ﻐﻀ‬
‫ﻮب‬ ُ ‫ﻤﺖ َﻋﻠَﻴ ِﻬﻢ َﻏ ِﲑ ٱﳌ‬
َ ‫َﻧﻌ‬
َ ‫ﻳﻦ أ‬
َ ‫ ِﺻ َٰﺮ َط ٱﻟﱠ ِﺬ‬.‫ٱﻟﺼ َٰﺮ َط ٱﳌﺴﺘَ ِﻘ َﻴﻢ‬
ّ
ِ .‫إ ﱠ َك ﻧَﻌﺒﺪ وإِ ﱠ َك ﻧَﺴﺘﻌِﲔ‬
ِ َ ‫ٱﻫﺪ‬
ُ َ َ ُُ
َ ُ
ِّ ‫َﻋﻠَﻴ ِﻬﻢ َوَﻻ ٱﻟﻀ‬
‫ﱠﺎل‬
Maksudnya:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah
sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada
mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan
pula (jalan) orang-orang yang sesat.

.‫ﲔ‬ ِ ٰ ‫ﻗُﻞ إِ ﱠن ﺻ َﻼِﰐ وﻧُﺴ ِﻜﻲ وَﳏﻴﺎي وﳑََ ِﺎﰐ ِﱠِ ر ِب‬
َ ‫ٱﻟﻌﻠَﻤ‬
َ َّ ََ َ َ ُ َ َ
Maksudnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan
matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam. (Al-An’am 6:162)

Kesimpulannya ibadah mampu membentuk personaliti insan yang


baik dan akhlak terpuji yang bermatlamat untuk membangun masyarakat
yang bertanggungjawab dan mempunyai hala tuju dalam kehidupan.
Jelaslah bahawa al-Quran merupakan sebaik-baik penyelesaian kepada
masalah manusia kerana ia mengemukakan solusi yang komprehensif.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 68


Kaedah Al-Quran Yang Digunakan Oleh Pusat Perlindungan MAIS

Dapatan kajian akan dihuraikan berdasarkan pendekatan yang


dilaksanakan di pusat perlindungan iaitu Pusat Baitul Salam dan Pusat
Baitul Iman.

Pusat Baitul Salam


Berikut adalah pendekatan pemulihan yang diamalkan oleh Pusat Baitul
Salam:

i. Pendekatan akidah dan kerohanian.


Menurut peserta kajian melalui pendekatan akidah pelatih diterapkan
dengan asas-asas keimanan kepada Allah SWT dan menjadikan Rasulullah
SAW sebagai qudwah hasanah.
“Falsafah atau nilai-nilai murni yang kita terapkan pada pelatih.
Iaitu yang pertama berkaitan dengan akidah. Keimanan kepada Allah
SWT. Yang kedua tentang Rasulullah sebagai role model dan teladan.”
(Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 1)
Beliau menambah:”Kita ada kepercayaan, ada iman. Bila kita tanya
kepada mereka tahu atau tidak solat itu wajib, mereka jawab tahu. Tapi
mereka tak tunaikan dengan sempurna. Jadi daripada situlah kita akan
cuba kuatkan iman mereka dengan program-program tarbiyah yang kita
jalankan di pusat ini.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 1)
Bagi memahami konsep keimanan dan peranan Rasul beliau
menggunakan kaedah tadabbur al-Quran dan mengambil pengajaran dari
kisah al-Quran.
“Pendekatan al Quran dan tadabbur al Quran setiap hari satu muka. Jadi
kita ambil ibrah dari kisah-kisah yang ada.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam,
hlm. 4)
Selain itu pusat ini juga mengadakan usrah dan kuliah malam bagi
aktiviti kerohanian. “Kerohanian kita tekan kan yang basic. Aktivitinya
macam-macam. Dengan usrahnya, dengan kuliah malamnya dan macam-
macam.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 2)
Asas akidah dan keimanan sangat penting dalam membina dan
memperbaiki jiwa yang rosak kerana apabila iman sudah kukuh, segala
unsur negatif dapat ditangkis dengan mudah.

ii. Pendekatan ilmu.


Menambah ilmu adalah satu proses yang ditekankan di pusat ini. Pelbagai
aktiviti dilakukan bagi memantapkan ilmu agama dan akademik. Kuliah
fardhu ain dilaksanakan bagi membantu menambah kefahaman pelatih
terhadap agama.
“Kuliah Fardhu Ain kita masukkan dalam akademik. Kuliah ini pada
setiap pagi dari jam 8.30 sampai jam 10.30. Setiap akhir bulan akan ada
ujian penilaian untuk tengok tahap pemahaman mereka dalam fardhu
ain.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 2)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 69


Selain dari kuliah fardhu ain pelatih juga menambah kemahiran
seperti jahitan dan masakan. “Yang ini kita ada kolaborasi dengan kolej
komuniti yang mula pada tahun ini. Yang mana mereka ni nanti, apabila
keluar dari pusat ini akan dapat sijil daripada kolej. Sijil jangka pendek
untuk 3 kemahiran. Jahitan, masakan dan kraftangan. Kita akan bagi
transkrip kepada mereka. Jadi itu yang kita usahakan bersama kolej
komuniti di bawah program pengajian Islam sepanjang hayat.” (Ahmad,
Pusat Baitul Salam, hlm. 2)
Ilmu yang diberikan di pusat ini bukan sekadar ilmu agama bahkan
ilmu kemahiran yang dapat membantu kelangsungan hidup pelatih selepas
keluar dari pusat perlindungan.

iii. Pendekatan ibadah.


Penekanan istiqamah dalam ibadah merupakan pendekatan yang
diamalkan oleh pusat ini. Di antara amalannya ialah solat berjemaah dan
bacaan al-ma’thurat. Kenyataan peserta kajian:
“Berjemaah tu memang wajib. Yang datang bulan pun kita suruh
duduk kat surau. Memang kena bersamalah. Yang solat tu memang saya
imam lah. Kecuali kalau saya tak ada baru squad leader ganti.” (Ahmad,
Pusat Baitul Salam, hlm. 8)
Selain itu pelatih juga dimestikan membaca al-Quran dan ianya
dimulakan dari peringkat asas lagi iaitu Iqra’. “Secara spesifiknya, kita ada
kelas pemulihan iqra’ 3 kali seminggu khas untuk pelatih yang tak tahu
baca langsung. Kemudian seminggu sekali untuk tahsin al Quran.”
(Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 8)
Solat dan membaca al-Quran adalah dua perkara utama dalam
membentuk jati diri pelatih dan seterusnya menjadi pendinding daripada
segala kejahatan dan kemungkaran.

iv. Pendekatan ketaatan, jihad dan disiplin.


Allah SWT mengajar hambaNya supaya taat kepada segala perintahNya.
Ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berjihad. Pusat ini
juga mengambil pendekatan yang serupa.
“Dalam proses mereka nak taat ni, mereka kena lalui cubaan-
cubaan sepanjang berada di pusat ini. Jihad. Kena bersungguh-sungguh
untuk dia nak membina diri.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 1)
Peserta kajian ini menambah berkaitan disiplin: “Ada hari disiplin iaitu
pada hari Selasa. Akan ada perhimpunan dan taklimat disiplin. Kita ada
modul kita sendiri. Kita ada sistem merit. Tambah merit, tolak merit.
Setiap pelatih yang baru masuk kita akan bagi 100 merit. Kalau mereka
buat apa yang diarahkan, jadi akan ditulis merit. Tapi kalau mereka tak
buat apa yang disuruh, merit akan ditolak. Dan sebelum tu akan
ditaklimatkan. Semua tu ada prosedur dia sendiri. Tujuan kita untuk
mendidik, bukan untuk menghukum. Jadi, dalam waktu tu pun, mereka
ada membuat kesalahan. Jadi kita hanya mendidik mereka .Melatih diri
mereka untuk mengikuti semua program.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam,
hlm. 2)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 70


Melalui pendekatan ini sebenarnya pelatih akan lebih cepat
memperbaiki diri kerana ada sikap berhati-hati dalam melakukan setiap
perbuatan.

v. Pendekatan bi’ah salihah


Persekitaran yang baik mampu membentuk keperibadian yang baik dan
menyumbang kepada kurangnya masalah sosial. Pusat ini menekankan
kepentingan bi’ah salihah dalam merawat pelatih agar sahsiah mereka
sentiasa dalam jiwa dan suasana yang mulia.
“Bi’ah salihah suasana yang salihah, suasana yang baik. Yang kita
nak wujudkan kat pusat ni. Dan kalau boleh kita nak mereka bila balik
nanti, mereka bawa bi’ah yang baik ni dalam keluarga dalam masyarakat.
Sebab kita ni terpengaruh dengan suasana yang ada. Kalau nak pilih
kawan, pilih kawan yang baik.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 5)

vi. Pendekatan qudwah hasanah.


Contoh ikutan yang baik akan memberikan kesan dari aspek
pentarbiyahan pelatih. Mereka perlu mempunyai teladan yang baik dalam
memperbaiki diri. Ilmu mengenai akhlak yang mereka pelajari akan lebih
mudah difahami sekiranya mereka melihat kepada contoh perilakunya.
“Kita nak wujudkan qudwah, teladan yang baik pada diri pelatih,
pada semua la. Dan juga pendekatan kita pada qudwah tadi sebab
kadang-kadang teori ni dia orang tahu semuanya. Cuma dia orang nak
tengok contohnya mana. Itu satu cabaran yang besar sebenarnya. Role
model tu yang diaorang nak tengok dalam ruang lingkup dia orang. Sebab
tu kita buat solat jemaah bersama dan semuanya.” (Ahmad, Pusat Baitul
Salam, hlm. 5)

vii. Pendekatan psikologi.


Ianya adalah kaedah yang menjurus kepada bimbingan dan kaunseling
dan dinilai dengan melihat tahap psio-sosio pelatih.
“Kemudian kita ada bimbingan dan kaunseling. Kita ada kaunselor.
Saya lebih kepada bimbingan.” (Ahmad, Pusat Baitul Salam, hlm. 2)

Pusat Baitul Iman


Berikut pula adalah pendekatan pemulihan yang diamalkan oleh Pusat
Baitul Iman:

i. Pendekatan spiritual dan keimanan.


Pendekatan memantapkan keimanan adalah dinilai sebagai suatu yang
bersifat holistik oleh pusat ini. Proses pemulihan dimulakan dengan
pembinaan dalaman. Kebanyakan aktiviti dan program pemulihan
dilaksanakan atas landasan keimanan dan kerohanian.
“Konteks pembinaan dalaman ini ia tidak bersifat statik. Sini bukan
objektif, dia subjek. Iman ni, pagi dia boleh jadi beriman, petang dia boleh
jadi kafir. Jadi, iman ni boleh naik, boleh turun. Boleh kuat, boleh lemah.
Di sini lah bila kita kaji balik yang mad’u kita macam tu, maka kita kena

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 71


mencari di manakah satu pemulihan yang kita rasa lebih bersifat holistik.”
(Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 3)
Peserta kajian menambah: “Jadi benda-benda yang mendorong
secara spirit ini sebenarnya adalah kunci penyembuhan. Jadi kekuatan
sebenar jati diri kita pada itu. Tetapi pada hari ini, kekuatan jati diri yang
selalu disebut dalam motivasi ialah kekuatan akal, kekuatan fizikal,
kekuatan luaran. Kekuatan dalaman, jarang orang nak bahaskan.”
(Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 5)
Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan kepentingan
merawat hati dalam mencegah penyakit sosial atau kejahatan. “Kalau
menghidupkan orang yang hidup, itu perkara senang. Tetapi
menghidupkan orang yang jasadnya hidup, hatinya mati, itu adalah susah.
Jadi bila kita nak menghidupkan hati yang mati, itulah kerja yang perlukan
kepada aliran sufi. Dan aliran sufi ini tentulah merujuk kepada Sheikh
Abdul Qadir Jailani kerana dia ketua kepada para wali-wali.” (Ibrahim,
Pusat Baitul Iman, hlm. 5)
Proses merawat dalaman ini adalah merupakan rawatan hati. Jadi
sebab itulah benteng pertahanan yang kuat, bukan dari luaran, tapi dalam
ini (hati). Besarkan Allah. Jangan besarkan siapa kita. Jadi macam mana
kita nak besarkan lautan kebesaran Allah? Di situlah rahsianya pada
amalan-amalan yang kamu kaji. Amalan-amalan ni cukup banyak. Ada
zikir dia, ada wirid dia. (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 7)

ii. Pendekatan niat dan doa.


Peserta kajian menyebut hadis yang berkaitan dengan niat. Niat yang
ikhlas beserta keyakinan yang kukuh adalah punca doa dimakbulkan. Doa
juga perlu dilakukan dengan ikhlas.
“Saya sebutkan tentang hadis niat tadi tu ialah berkaitan dengan
kekuatan doa kita dikabulkan oleh Allah bergantung kepada sejauh mana
kita punya keikhlasan. Sekarang saya nak bercakap tentang ilmu dan
yakin. Ilmu ada, tapi yakin tak ada. Kekuatan yakin tu datangnya dari
kekuatan niat awal tu. Sebab tu dalam konteks ni, saya kata niat tu
penting. Kerana niat tu berkait dengan keikhlasan doa kita.” (Ibrahim,
Pusat Baitul Iman, hlm. 2)
Doa yang dibaca kepada air banyak digunakan dalam merawat
pelatih. Ini dinyatakan oleh peserta kajian: “Di sini Allah bagi
keistimewaan dan doa ulama-ulama yang datang, semasa saya buka kem
ini dulu, ada air yang digali 50 kaki memancut keluar daripada bumi. Jadi
air tu adalah paling penting kerana sumber asas kepada perubatan Islam.
Air yang keluar dari perut bumi, minum dan mandi. Ini konsep perubatan
cara nabi.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 2)

iii. Pendekatan berubat dan sentuhan syariat.


Pusat ini menggunakan kepelbagaian pendekatan dalam merawat pelatih
antaranya ialah melalui perubatan dan sentuhan. “Sentuhan syariat,
hukuman yang berbentuk fizikal. Manusia ni kalau tak ada sentuhan fizikal,
mereka tak boleh nak berubah. Sebab jenis manusia ni tak sama. Ada
yang akan tewas dengan cara kita psiko otak, ada yang akan tewas

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 72


dengan cara fizikal, ada yang dia akan tewas dengan cara spiritual. Maka
disitulah rahsia yang kita cari.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 4)
Tambah peserta kajian lagi: ”Berubat ini adalah proses untuk
menanggalkan kerak yang dah lama, yang menutup hijab. Itulah yang
perlukan kepada modul khusus untuk menanggalkan benda tu. Yang
kedua, bila benda tu dah longkah, baru kita masuk air, kita cuci, baru dia
akan keluar kotoran itu.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 4)
“Berubat itulah yang banyak kita lakukan pada setiap Isnin malam
Selasa, Khamis malam Jumaat, kita ada perubatan. Budak-budak akan
berkumpul, bawa air Yassin semua masing-masing. Kita ada minum dan
mandi.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 4)

iv. Pendekatan ibadah.


Penekanan dalam ibadah adalah kaedah yang berkesan dalam rawatan.
Ianya juga dilakukan di pusat ini terutamanya berpuasa.
“Budak-budak kat sini, Hari Isnin, puasa. Lepas berbuka, malam
nanti ada bacaan Yassin. Lepas habis Yassin, maulid. Kalau Khamis, puasa
juga, malam tu ada bacaan Yassin dan perubatan air Yassin. Lepas tu,
buat manaqishah Abdul Qadir Jailani. Benda ni jadi rutin. Kadang ada yang
sambung sampai Qiamullail. Jadi budak-budak ni, bila jiwa mereka telah
diisi dengan amalan-amalan ini, mereka boleh berubah.” (Ibrahim, Pusat
Baitul Iman, hlm. 7)

v. Pendekatan zikir dan wirid.


Zikir dan wirid adalah kunci amalan di pusat ini. Kebanyakan zikir dan wirid
diperolehi daripada ulama dan syeikh terkemuka.
“Jadi, amalan daripada zikir, Yassin 41, doa syifa setiap Isnin
malam Selasa, Khamis malam Jumaat kami buat gabungan sekali dengan
manaqib sheikh Abdul Qadir Jailani. Jadi dalam pengubatan Yassin ini, dan
juga manaqib Sheikh Abdul Qadir Jailani, manaqib ini adalah zikir-zikir
taubat.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 5)
Bukan sekadar zikir yang dinyatakan di atas terdapat juga amalan lain:
“Kita juga bekalkan setiap lepas subuh wirid yang kami buat
dipanggil musabia’tul ashar. Itu adalah amalan Nabi Khidir AS untuk
benteng pertahanan diri dan ini amalan guru kita juga. Jadi pengubatan
syifa’ ni, kita dah banyak belajar. Saya ambil Yassin 41, kita ada ijazah,
ada kuasa dia dan sebagainya.”
“Kemudian di peringkat gabungan yang saya sebut tadi, setiap hari
lepas subuh, ada wirid dia, lepas zohor ada wirid dia. Jadi kita punya
susunan tu banyak amalan-amalan di mana budak-budak ini, hari-harinya
disibukkan dengan zikir. Jadi benda-benda yang membina kekuatan inilah
saya lihat mengubah cepat proses budak-budak. Budak-budak yang tak
minat pegang tasbih dah mula pegang tasbih, yang tak minat zikir dah
mula zikir, yang tak minat al Quran dah mula pegang al Quran, yang tak
minat selawat, masing-masing dah seronok berselawat. Jadi benda-benda
yang mendorong secara spirit ini sebenarnya adalah kunci penyembuhan.
Jadi kekuatan sebenar jati diri kita pada itu.” (Ibrahim, Pusat Baitul Iman,
hlm. 5)

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 73


vi. Pendekatan bi’ah salihah.
Pusat ini juga mementingkan persekitaran yang baik dalam merawat
pelatih kerana bi’ah yang salihah membantu pembentukan sahsiah yang
sempurna.
“Kebanyakan tempat pemulihan lain, mereka tidak menekankan
pembangunan spritual ini. Dia gagal membina suasana yang soleh.
Suasana yang soleh akan membina orang yang soleh. (Ibrahim, Pusat
Baitul Iman, hlm. 4)
“Ini kerana di sini ada bi’ah salihah, ada keluarga yang mengambil
berat dengan agama. (Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 6)

vii. Pendekatan psikologi


Pendekatan terakhir yang diamalkan ialah psikologi. Walaupun ianya tidak
ditekankan tetapi kaedah ini juga menyumbang kepada proses rawatan.
“Bagaimana kita nak membawa pendekatan-pendekatan yang
sesuai dengan mad’u kita. Jadi saya kaji kalau ada 100 orang anak murid
saya, biasanya 33% akan berjaya menggunakan pendekatan psikologi.
33% peratus lagi akan berjaya dengan menggunakan konteks rawatan
Islam sahaja. Dan 33% lagi, kita akan berjaya dengan pendekatan yang
Allah bagi.”(Ibrahim, Pusat Baitul Iman, hlm. 3)

7. Perbincangan
Pusat Baitul Salam menggunakan beberapa pendekatan dalam merawat
pelatih yang mempunyai masalah sosial. Pendekatan-pendekatan tersebut
ialah pendekatan akidah dan kerohanian, pendekatan ilmu, pendekatan
ibadah, pendekatan ketaatan, jihad dan disiplin, pendekatan bi’ah salihah,
pendekatan qudwah hasanah dan pendekatan psikologi. Manakala Pusat
Baitul Iman pula menggunakan pendekatan spiritual dan keimanan,
pendekatan niat dan doa, pendekatan berubat dan sentuhan syariat,
pendekatan ibadah, pendekatan zikir dan wirid pendekatan bi’ah salihah
dan pendekatan psikologi.
Pendekatan akidah dan kerohanian merupakan asas terpenting
dalam merawat penyakit sosial seperti yang ditekankan oleh Imam al-
Ghazali. Menurut al-Ghazali (2012), pembersihan jiwa boleh
mendatangkan kesan yang baik dalam memperbaiki akhlak seseorang.
Proses penyuburan iman boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti
melakukan amal salih dan melazimi sunnah Nabi SAW (al-Qurtubi 2009).
Jika diteliti kedua-dua pusat mengambil pendekatan yang sama
iaitu bermula dengan rawatan keimanan dan kerohanian. Ini sejajar
dengan seruan al-Quran dalam membina Muslim yang baik mestilah
bermula dengan pemantapan aqidah. Firman Allah SWT (Al-Baqarah 2:
163):
‫ﲪَ ُﻦ ٱﻟﱠﺮِﺣ ُﻴﻢ‬
ٰ ‫َوإِ َٰﳍُ ُﻜﻢ إِٰﻟَﻪ َٰو ِﺣﺪ ﱠﻻ إِٰﻟَﻪَ إِﱠﻻ ُﻫ َﻮ ٱﻟﱠﺮ‬

Maksudnya:

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 74


Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak
disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Selain itu melalui pendekatan ibadah kedua-dua pusat


menekankan ibadah solat dan membaca al-Quran. Kedua-dua ibadah ini
adalah perkara utama dalam membentuk jati diri pelatih dan seterusnya
menjadi pendinding daripada segala kejahatan dan kemungkaran. Ini
bertepatan dengan firman Allah SWT (Al-‘Ankabut 29: 45):
:
ِ‫ﺼﻠَ ٰﻮةَ ﺗَﻨﻬﻰ ﻋ ِﻦ ٱﻟ َﻔﺤﺸ ِﺎء وٱﳌﻨ َﻜ ِﺮ وﻟَ ِﺬﻛﺮ ٱ ﱠ‬ ‫ﺐ َوأَﻗِ ِﻢ ٱﻟ ﱠ‬ ِ ‫ﻴﻚ ِﻣﻦ‬ ِ ِ
ُ َ َُ َ َ ٰ َ ‫ﺼﻠَ ٰﻮةَ إِ ﱠن ٱﻟ ﱠ‬ ِ َ‫ٱﻟﻜٰﺘ‬
َ َ َ‫ٱﺗﻞ َﻣﺎ أُوﺣ َﻲ إﻟ‬ ُ
‫َﻛﱪُ َوٱ ﱠُ ﻳَﻌﻠَ ُﻢ َﻣﺎ ﺗَﺼﻨَـﻌُﻮ َن‬
َ ‫أ‬
Maksudnya:
Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan
kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun);
sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar
(faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa
yang kamu kerjakan.

Pendekatan bi’ah salihah juga diamalkan oleh kedua-dua pusat.


Mereka yakin persekitaran yang baik menyumbang kepada kejayaan
proses rawatan.
Namun demikian terdapat perbezaan pendekatan di antara kedua-
dua pusat. Pusat Baitul Salam menggunakan kaedah qudwah hasanah
dalam pemulihan dengan menjadikan diri penguasa dan guru-guru
sebagai contoh teladan yang baik. Al-Quran sendiri memberikan contoh
terbaik dalam kalangan manusia untuk dicontohi. Firman Allah SWT (Al-
Ahzab 33: 21):
ِ ‫ﻮل ٱ ﱠِ أُﺳﻮةٌ ﺣﺴﻨَﺔ ﻟِّﻤﻦ َﻛﺎ َن ﻳﺮﺟﻮاْ ٱ ﱠ وٱﻟﻴﻮم‬
‫ٱﻷﺧَﺮ َوذَ َﻛَﺮ ٱ ﱠَ َﻛﺜِﲑا‬ ِ ‫ﻟﱠَﻘﺪ َﻛﺎ َن ﻟَ ُﻜﻢ ِﰲ رﺳ‬
َ َ ََ ُ َ َ ََ َ َُ
Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh
ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan
(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut
dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)

Manakala Pusat Baitul Iman menggunakan kaedah perubatan dan


sentuhan syariah serta zikir dan wirid. Zikir merupakan salah satu
pendekatan terbaik bagi menenangkan hati yang gelisah. Firman Allah
SWT (Al-Ra’d 13:28):
‫ﻮب‬ ِ َ‫ٱﻟﱠ ِﺬﻳﻦ ءاﻣﻨُﻮاْ وﺗَﻄﻤﺌِ ﱡﻦ ﻗـُﻠُﻮُ ﻢ ﺑِ ِﺬﻛ ِﺮ ٱ ﱠِ أََﻻ ﺑِ ِﺬﻛ ِﺮ ٱ ﱠِ ﺗ‬
ُ ُ‫ﻄﻤﺌ ﱡﻦ ٱﻟ ُﻘﻠ‬
َ ُ َ َ ََ َ

Maksudnya:

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 75


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka
dengan zikrullah". ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah
hati manusia.

Perbezaan pendekatan ini jelas menunjukkan ianya adalah hasil


penelitian dan kajian pusat-pusat tersebut setelah beberapa tahun
beroperasi dalam meningkatkan keberkesanan rawatan pemulihan.
Berdasarkan ilmu dan pengalaman yang luas para pendidik di pusat-pusat
tersebut mempelbagaikan pendektan mengikut kesesuaian mad’u.

8. Rumusan
Sebagai rumusan kaedah atau manhaj al-Quran dalam membaiki jiwa
insan yang rosak adalah pendekatan yang terbaik. Kedua-dua pusat
perlindungan yang menggunakan kaedah al-Quran dalam merawat
masalah sosial dalam kalangan pelatih remaja dilihat berjaya dalam
membantu menangani remaja yang mempunyai masalah sosial. Kaedah
utama iaitu merawat iman dan hati dianggap asas utama dalam
memperbaiki jiwa manusia.
Al-Quran mengemukakan pelbagai jalan penyelesaian bagi segala
masalah yang dihadapi oleh manusia khususnya masalah jiwa. Pendekatan
yang digunakan oleh pusat-pusat rawatan yang diambil daripada al-Quran
membuktikan bahawa al-Quran mengemukakan sumber utama dalam
penyelesaian masalah manusia. Pendekatan ibadah, taat, bi’ah salihah,
qudwah hasanah,niat dan doa merupakan di antara pendekatan yang unik
yang diambil melalui al-Quran.
Justeru manusia hendaklah sentiasa kembali kepada al-Quran
apabila menemui jalan buntu dalam merungkaikan kekusutan fikiran. Al-
Quran adalah sebaik-baik tempat rujukan manusia yang ingin kembali ke
jalan yang benar.

Rujukan
Al-Ghazali. (2012). Ihya’ Ulumuddin. Darul Fajr: Kuala Lumpur.
Al-Qurtubi (2009). Al-Jami’ li Ahkam al-Quran. Terj. Ahmad Khatib et al.
Pustaka Azzam: Jakarta.
Arifin Mamat (2008). Pendekatan Al-Quran Dalam Pembangunan Modal
Insan. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan. Universiti
Kebangsaan Malaysia
Bogdan, R. C. & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education:
An Introduction to Theory and Methods. 4th edition. Boston: Allyn
and Bacon
Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2007). Research Methods in
Education. 6th edn. London: Routledge.
Dara Aisyah bt. H.M. Ali Puteh dkk. (2013). Drug Addict Treatment And
Rehabilitation Programme at Pondok Inabah Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia (1998-2011). British Journal of Social
Sciences. Vol. 1. No. 5. Hlm. 37-46. ISSN: 2326-4209.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 76


Fauziah Ibrahim et.al (2012). Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam
Kalangan Remaja Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan
Akhlak Remaja Sejahtera. Journal of Social Sciences and
Humanities, vol. 7 (1), April 2012.
Ibn Kathir (2008). Lubab al-Tafsir min Ibn Kathir. Terj. M. Abdul Ghoffar.
Pustaka Imam Asy-Safi’i: Indonesia.
Khairani Zakariya. (2012). Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja Menurut
Imam al-Ghazali. Universiti Sains Malaysia.
Merriem, S.B. (2009). Qualitative Research and Case Study Applications
in Education. Ed. 2. San Fransisco: Jossey-Bass.
Mohd Noorikhwan bin Sarbini. (2013). Terapi Jiwa Menurut Imam Ibn ‘Ata’
Allah al-Sakandari. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Muhammad Yusuf Khalid (2005). Gejala Sosial dan Penyelesaiannya Dari
Perspektif Tasawuf Dalam Membangun Masyarakat Moden Yang
Berilmu Dan Berakhlak. Kuala Lumpur : Kolej Universiti Islam
Malaysia.
Mushaf al-Quran al-Karim.
Norzulaili Mohd Ghazali dan Mohd Zohdi Mohd Amin (2005) Metode al-
Quran Dalam Membina Akhlak dan Peribadi dalam prosiding “Isu
semasa pengajian Quran dan Sunnah siri 2. MES enterprise Sdn
Bhd : Kuala Lumpur.
Othman Lebar (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori
dan Metod. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Roslan, Z. S. (volume 1 Mac 2011 ). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Remaja Terlibat Dalam Masalah Sosial. Journal of Education
Psychology & Counseling, 115-140.
Welsh, Elaine. (2002). Dealing with Data: Using NVivo in the Qualitative
Data Analysis Process. Dlm. Forum: Qualitative Social Research.
Vol. 3, No. 2, Art. 26. May 2002.
Zainudin Awang. (2013). Research Methodology And Data Analysis. KL
UiTM Press.
Zarina dan Basirah. (2012). Model Psikoterapi Remaja Islam Berasaskan
Konsep Tazkiyah Al-Nafs. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

JURNAL PENGAJIAN ISLAM, 2017, BIL. 10, ISU 1, 57-77 77

You might also like