You are on page 1of 28

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

1051

KAEDAH MENANGANI MASALAH SOSIAL DI PUSAT PERLINDUNGAN


MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS): ANALISA
PENDEKATAN AL-QURAN
SAHLAWATI ABU BAKAR
sahlawati@kuis.edu.my
No. Tel. 0196015308
NURZATIL ISMAH BINTI AZIZAN
NAZNEEN ISMAIL
ZANARIAH DIMON
NURUL HUSNA MOHD JABAR
Akademi Islam
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Remaja merupakan golongan yang sentiasa menjadi sasaran musuh dalam meruntuhkan sesebuah masyarakat.
Mereka berhadapan dengan cabaran-cabaran yang semakin payah untuk ditangani sehingga menyebabkan
mereka terjerumus untuk terlibat dalam masalah sosial. Bagi merawat remaja yang terjebak dengan masalah
sosial ini terdapat pusat-pusat perlindungan yang mengambil inisiatif membantu memberikan pemulihan dari
aspek rohani. Pusat-pusat perlindungan ini menggunakan pelbagai kaedah bagi merawat pelatih yang
mempunyai masalah sosial. Namun begitu terdapat Pusat Perlindungan di Selangor di bawah seliaan MAIS
menggunakan kaedah yang berbeza iaitu pendekatan al-Quran. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan
menganalisa pendekatan al-Quran yang digunakan oleh Pusat Perlindungan MAIS dalam membantu mengatasi
masalah sosial. Kajian ini dijalankan dengan kaedah penyelidikan kualitatif dengan rekabentuk kajian naratif.
Data diperolehi melalui temubual dan dianalisis menggunakan pendekatan pengkodan tematik. Hasil kajian
mendapati bahawa pendekatan al-Quran yang diamalkan di pusat-pusat perlindungan tersebut berjaya
membantu merawat penyakit sosial dalam diri pelatih.

Kata kunci: Masalah sosial, pusat pemulihan, pendekatan al-Quran

1.0 Pendahuluan
Negeri Selangor mempunyai kepadatan penduduk yang paling ramai iaitu 5.46 juta orang
penduduk pada tahun 2010. (www.statistics.gov.my) disebabkan kewujudan sektor
perindustrian yang menyebabkan masyarakat daripada tempat lain datang berhijrah ke
Selangor. Oleh itu ia meningkatkan kadar masalah sosial dan jenayah di Selangor berbanding
di negeri-negeri lain. Statistik jenayah dalam kalangan pelajar di Selangor pada tahun 2013
mencatat jumlah 873 ( berumur 7 hingga 18) dan sehingga Mac 2014 ia mencatat 135 orang
(www.sinarharian.com.my).

Bagi membantu pihak berkuasa menyelesaikan masalah tersebut, pelbagai kaedah


altenatif telah dilaksanakan termasuk pendekatan pemulihan di pusat-pusat perlindungan
akhlak persendirian di negeri Selangor. MAIS sendiri mempunyai dua buah pusat
620

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

perlindungan iaitu Pusat Pemulihan Wanita Baitul Ehsan di Sabak Bernam dan Pusat
Pemulihan Akidah Baitul Iman di Ulu Yam. Di samping itu, MAIS turut mempunyai 17 buah
pusat

perlindungan

persendirian

yang

bernaung

di

bawahnya.

Antaranya

ialah

Raudatussakinah, Rumah Kebajikan PERKID, Baitul Islah PERHID Shah Alam dan Rumah
Sahabat SIDIM. Meskipun berbeza dari sudut sasaran pelatih dan bentuk pemulihan yang
dijalankan, kesemua pusat ini bertujuan untuk membantu para pelatih ke arah memperbaiki
kehidupan mereka. (www.mais.net.my 3 November 2015)

Kajian ini memfokuskan pendekatan al-Quran yang digunakan oleh Pusat


Perlindungan MAIS dalam membantu merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial.

2.0 Penyataan Masalah

Masalah sosial boleh diertikan sebagai perihal kemasyarakatan yang memerlukan


penyelesaian dan ia menimbulkan kesukaran dan kesulitan. Terdapat pelbagai masalah
sosial yang rata-rata melibatkan keruntuhan akhlak remaja seperti pembuangan bayi, rogol,
zina, dadah dan lain-lain. Kurangnya pendidikan agama dan moral menyebabkan berlaku
jenayah, termasuk jenayah rogol yang mengancam kehormatan dan hak wanita. Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: Tidak akan berzina seorang penzina kalau dia dalam
keadaan beriman. Tidak akan mencuri seorang pencuri kalau dia dalam keadaan beriman.
Tidak akan minum khamar pula jika dia dalam keadaan beriman. (Riwayat Bukhari).

Suasana dunia hari ini banyak mempengaruhi jiwa individu. Iklimnya telah
mengalami proses pengasingan (alienation) dan serangan ideologi yang didasari oleh
dominasi pola kehidupan moden yang materialistik, egoistik dan hedonistik. Sehinggakan
perkara penting dalam kehidupan psikologi manusia banyak diabaikan bahkan dilupakan.
Unsur-unsur moral dan rohani (spiritual) yang merupakan unsur terpenting menjadi satu
bahagian yang terpisah dari kehidupan psikologi manusia. Suasana ini berkembang hasil
daripada pengaruh pemahaman sekularisme. Fahaman sekularisme menghasilkan pelbagai
pemikiran-pemikiran yang membawa kesesatan, pemisahan antara roh dan jasad, dunia dan
akhirat atau sains dan agama. Ideologi sekularisme (sosialisme) memisahkan peranan
pencipta daripada bidang ilmu pengetahuan sehingga menurut pandangan mereka agama
adalah candu untuk masyarakat.

621

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Ideologi tersebut juga telah memberi kesan kepada hati atau jiwa manusia sehingga
tanpa disedari ataupun disedari manusia semakin beransur-ansur menjauhi Allah SWT
seterusnya melupakan-Nya. Hati dan jiwa yang tidak tenang lebih mudah diresapi oleh unsurunsur negatif seperti tingkah laku delinkuen iaitu sikap melanggar undang-undang atau
melakukan perkara yang tidak diterima masyarakat, terlibat dalam tingkah laku berisiko,
salah laku seksual, terlibat dalam hubungan seks luar nikah, terlibat kegiatan merokok,
penyalahgunaan dadah, terlibat dengan HIV dan AIDS, pembuangan bayi, rasuah dan
sebagainya. (Mohd Noorikhwan 2013).

Keseriusan penyakit rohani masyarakat diakui semua pihak dengan dibuktikan oleh
statistik permasalahan yang sentiasa meningkat saban tahun. Contohnya kajian yang dibuat
oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (2010) terhadap 2,403 responden
berhubung keterlibatan dalam tingkah laku delinkuen menunjukkan 94 peratus daripada
mereka mengaku pernah terlibat sekurang-kurangnya sekali berbanding 6 peratus yang tidak
pernah terlibat langsung.

Manakala hasil kajian yang dijalankan ke atas 200 orang remaja mendapati tahap
pengetahuan majoriti (89.5 peratus) remaja berada pada tahap sederhana. Hasil kajian turut
mengambarkan bahawa semakin tinggi pengetahuan agama, maka semakin rendah
kecenderungan remaja untuk terlibat dengan aktiviti yang tidak bermoral dan menyalahi
undang-undang negara (Fauziah Ibrahim et.al: 2012, 88).

Justeru, fokus rawatan masalah sosial masyarakat hari ini sewajarnya ditumpukan
kepada aspek kerohanian tanpa mengabaikan aspek lain. Ini kerana meskipun pelbagai
rawatan disediakan pihak kerajaan dan swasta tetapi tetap tidak berjaya mengurangkan
kebimbangan segelintir masyarakat terhadap ancaman unsur negatif ini. Antara kelemahan
yang dapat dilihat ialah kurangnya tumpuan diberikan kepada pembangunan rohani pesakit.
Rawatan kepada penyakit rohani ini disebut juga sebagai psikospiritual dalam psikologi.
Teori psikospiritual Islam didefinisikan sebagai satu kaedah perawatan kejiwaan dan
kerohanian yang berteraskan sumber-sumber ketuhanan dan amalan Islam yang tidak
bercanggah dengan prinsip syariah. Matlamatnya ialah untuk melahirkan kestabilan diri, jiwa
dan roh. (Utusan Melayu 2013).

622

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Psikospiritual mempunyai kaitan secara langsung dengan tasawuf Islam. Pendekatan


tasawuf terbukti mampu mengisi kekosongan hati, mendidik jiwa dan menenangkan fikiran.
(Dara Aisyah 2013). Justeru, tidak hairanlah apabila kaedah psikospiritual dijadikan alternatif
oleh pihak-pihak tertentu kepada pusat-pusat pemulihan dan rawatan dadah yang sedia ada
memandangkan terdapat sebilangan besar penagih dadah mengulangi penyalahgunaan bahan
tersebut meskipun telah melalui rawatan. Dalam Islam, masalah ketagihan dadah tidak
dianggap sebagai isu fizikal semata-mata, sebaliknya ia juga dianggap sebagai penyakit
rohani. Lantaran itu, gabungan rawatan yang berteraskan biologi, sosial psikologi dan agama
wajar dijadikan pilihan. (Utusan Melayu 2013, Dr. Dara Aisyah dkk 2013).

Terdapat banyak pusat-pusat rawatan pemulihan yang ditubuhkan bertujuan merawat


pelatih yang mempunyai masalah sosial. Pusat-pusat ini menggunakan pelbagai kaedah
dalam rawatan. Namun, pusat perlindungan MAIS dilihat mempunyai tatacara bersifat
sistematik dalam menjalankan aktiviti dan program pemulihan kepada para pelatih. Ini sesuai
dengan misi MAIS untuk membangun dan melaksanakan program syiar Islam yang berimpak
tinggi dan boleh dijadikan contoh oleh organisasi Islam.

Penyelidikan ini dilaksanakan bagi melihat pendekatan yang terdapat di dalam alQuran sebagai jalan penyelesaian dalam menangani masalah sosial remaja. Al-Quran
mempunyai keistimewaan dengan manhajnya yang tersendiri dengan membawa pendekatan
rabbaniyyah, syumul, realistik, qati (tetap) dan bertahap. (Muhammad al-Sayyid Yusuf,
2006). Penyelidikan ini dijalankan bagi mencari jawapan kepada persoalan apakah kaedah
pendekatan al-Quran dalam menangani penyakit sosial atau jiwa yang rosak? Bagaimanakah
pendekatan al-Quran digunakan oleh pusat perlindungan MAIS membantu merawat pelatih
yang bermasalah sosial?

Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut
dan seterusnya mengemukan cadangan yang bertepatan dan bermanfaat.

623

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

3.0 Objektif Kajian

Berikut adalah objektif kajian ini:


i.

Mengenal pasti pendekatan al-Quran dalam menangani masalah sosial.

ii.

Meneroka pendekatan al-Quran yang digunakan oleh Pusat Perlindungan MAIS dalam
merawat pelatih yang mempunyai masalah sosial.

4.0 Kerangka Kajian

5.0 Metodologi Kajian

5.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kaedah pemulihan yang digunakan oleh
pusat perlindungan persendirian di bawah kawalan dan bantuan Majlis Agama Islam
Selangor (MAIS). Bagi mencapai objektif kajian, ia dijalankan dengan pandangan bahawa
terdapat pelbagai cara berbeza dalam memahami perkara-perkara yang berlaku dan
bagaimana manusia memberi makna kepada aktiviti dalam kehidupan mereka. Maka, kajian
ini menepati reka bentuk kualitatif kerana kajian cuba memahami perspektif subjek kajian
melalui kefahaman terhadap pendapat, pengalaman dan perasaan responden. Ia diperolehi
melalui perspektif yang holistik. (Othman Lebar, 2009)

624

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Dalam kajian kualitatif terdapat beberapa set andaian yang mendasari penyelidikan
sosial. Ia dirujuk sebagai paradigma positivis dan interpretivis. Andaian paradigma bagi
falsafah utama yang mendasari semua jenis penyelidikan kualitatif adalah pandangan yang
menjelaskan sesuatu realiti itu dibina oleh individu semasa berinteraksi dengan dunia sosial
mereka. Pemahaman yang jelas tentang andaian-andaian paradigma penting kerana ia akan
menyediakan hala tuju dalam reka bentuk semua fasa bentuk penyelidikan yang akan
dijalankan (Bogdan dan Biklen 1998).

Ciri-ciri paradigma interpretivis dalam kajian kualitatif adalah berbentuk naturalisme.


Fokus kajian sains sosial dalam paradigma interpretivis adalah tentang produk minda
manusia dan produk ini berkait rapat dengan minda manusia termasuk subjektiviti, minat,
emosi dan nilainya. Mereka menyimpulkan bahawa masyarakat adalah hasil daripada
pemikiran manusia dan perkaitan antara apa yang dikaji adalah sukar dipisahkan. Perspektif
ini menjelaskan bahawa manusia adalah merupakan subjek dan objek kajian dalam sains
sosial (Bogdan dan Biklen 1998).

Selain itu kajian ini juga menggunakan andaian paradigma ontologi yang mana ia
membincangkan tentang pendekatan al-Quran dalam menangani masalah sosial remaja dan
proses pemulihan remaja di pusat perlindungan persendirian MAIS. Kajian ini melibatkan
realiti yang dibentuk oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam proses penyelidikan iaitu
penyelidik, responden dan pembaca yang membuat interpretasi terhadap hasil kajian. Bentuk
andaian paradigma ini memerlukan pengkaji melaporkan secara jujur realiti yang berlaku
terhadap responden, sama ada realiti merupakan sesuatu yang objektif yang terdapat di luar
minda manusia ataupun merupakan produk minda manusia itu sendiri. Kajian ini dijalankan
dengan anggapan bahawa realiti tersebut berada dalam pengetahuan manusia. Bentuk realiti
kajian kualitatif adalah bersifat subjektif dan pelbagai seperti yang dilihat oleh subjek kajian

Kajian kualitatif mempunyai paradigma naturalis dengan bentuk kajian adalah realiti
yang pelbagai dan holistik. Hubungan antara penyelidik dan subjek kajian adalah bersifat
interaktif dan tidak boleh dipisahkan, kemungkinan generalisasi bergantung kepada masa dan
konteks iaitu berasaskan kepada pandangan bahawa untuk memahami dunia sosial kita perlu

625

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

mendapatkan pengalaman dan pengetahuan langsung tentang perkara yang dikaji. (Merriam,
2009).

Daripada penerangan diatas, jelas bahawa penyelidikan kualitatif mementingkan


pembinaan tentang fenomena sosial. Kajian ini dijalankan untuk mencari jawapan terhadap
beberapa persoalan berkaitan iaitu apakah pendekatan al-Quran dalam memulihkan jiwa
insan? Apakah pula pendekatan yang digunakan oleh pusat perlindungan dalam memulihkan
remaja yang bermasalah sosial? Adakah terdapat persamaan dan perbezaan antara kedua-dua
pendekatan?

5.2 Metode Pengumpulan Data

5.2.1 Kebenaran Menjalankan Kajian

Bagi melicinkan lagi proses melaksanakan kajian, pengkaji telah melakukan langkah-langkah
berikut sebelum kajian sebenar dijalankan iaitu:
a. Setelah proposal penyelidikan diluluskan oleh pihak Pusat Penyelidikan dan
Pembangunan Kuis (PPP), surat lantikan ketua dan ahli penyelidik telah dikeluarkan
oleh PPP.
b. PPP telah mengeluarkan surat kebenaran menjalankan kajian bagi tajuk berkaitan.
c. Ketua Penyelidik telah menghubungi pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
untuk memohon kebenaran menjalankan kajian di Pusat-Pusat Pemulihan
Persendirian MAIS.
d. Pihak MAIS memaklumkan bahawa pengkaji dibenarkan untuk menghubungi pusatpusat berkenaan untuk menjalankan kajian.
e. Sebanyak 17 buah pusat pemulihan berdaftar di bawah MAIS tetapi hanya dua sahaja
yang dipilih sebagai tempat kajian iaitu Pusat Orkid (BE) dan Pusat Mawar (PK).
f. Ketua Penyelidik telah menghubungi wakil kedua-dua pusat pemulihan tersebut bagi
mengatur pertemuan untuk pengumpulan data kajian.

5.2.2 Pemilihan Sampel Kajian

626

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Kaedah persampelan bagi tempat kajian ialah persampelan bertujuan. Pusat perlindungan
yang dipilih sebagai sampel kajian mempunyai kaitan dengan kajian. Terdapat tiga kriteria
pemilihan pusat pemulihan iaitu pelatih adalah daripada kalangan remaja, kes yang terlibat
ialah delinkuen dan aspek pengurusan pusat. Dua buah pusat perlindungan persendirian
MAIS telah dipilih iaitu Pusat Orkid yang ditadbir menggunakan modul daripada Bahagian
Ar-Riqab MAIS manakala Pusat Mawar yang ditadbir menggunakan modul tersendiri.

Pusat Orkid mempunyai 50 orang pelatih dengan dua orang tenaga pengajar dan
seorang warden. Ia ditadbir oleh seorang penguasa lantikan MAIS dan terletak di pinggir
bandar. Kesemua pelatih adalah wanita dengan pelbagai latar belakang dan diperintahkan
oleh mahkamah untuk masuk ke pusat. Mereka perlu menjalani tempoh pemulihan di antara
enam bulan hingga dua tahun sahaja. Kebanyakan pelatih adalah mereka yang terlibat dengan
masalah zina, khalwat dan dadah.

Manakala Pusat Mawar menempatkan 75 pelatih yang terdiri daripada pelatih lelaki
dan perempuan dalam lingkungan usia 13 hingga 29 tahun. Penguasa kem dibantu oleh
beberapa tenaga pengajar termasuk warden. Pelatih lelaki dan wanita diasingkan di dua pusat
yang berasingan dalam satu daerah. Bilangan tenaga pengajar bagi pelatih perempuan adalah
seramai lima orang. Kebanyakan pelatih adalah mereka yang terlibat dengan masalah
ketagihan dadah. Selain itu, terdapat juga kes pengkid, lesbian dan zina. Prosedur kemasukan
pelajar kebanyakannya adalah atas pilihan sendiri atau kehendak keluarga di samping
terdapat juga kes di bawah perintah mahkamah. Kesemua pelatih terikat dengan kontrak yang
di antara kandungannya ialah berhubung tempoh menjalani pemulihan selama dua tahun
sahaja. Meskipun begitu, terdapat juga dalam kalangan pelatih yang memilih untuk
menyambung kontrak.

Berdasarkan demografi ini, didapati kedua-dua pusat menepati kehendak kajian iaitu
menguruskan kes delinkuen melibatkan remaja. Kedua-duanya terlibat dengan ikatan kontrak
antara pelatih dengan pusat dan tertakluk kepada tempoh tertentu. Ikatan kontrak ini menjadi
urusan kemasukan dan pengeluaran pelatih bersifat rasmi serta terikat kepada undangundang. Dari segi lokasi, kedua-dua pusat memilih untuk berada di pinggir bandar atas faktor
menghindarkan pelatih daripada suasana bandar.

627

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

5.2.3 Proses Pengumpulan Data

Menurut Azizi et.al (2007), melalui kaedah temubual, responden kajian dapat menghuraikan
dengan lebih terperinci sesuatu perkara. Selain itu, penyelidik boleh menyoal kembali jika
terdapat sebarang maklumat yang kurang difahami oleh penyelidik. Kehadiran penyelidik
boleh mengurangkan jawapan "tidak tahu" atau pun tiada respon kepada soalan kerana
penerangan dan penjelasan dapat diperolehi secara langsung.

Menurut Fontana (1994) temubual merupakan salah satu kaedah mengumpul


maklumat yang utama dalam kajian tinjauan. Ia sama dengan kaedah soal selidik dalam
banyak aspek, Cuma perbezaannya ialah cara melaksanakan kajian, iaitu temubual dilakukan
secara lisan, dan jawapan direkod oleh pengkaji secara bertulis, melalui rakaman kaset, video
dan media elektronik yang lain.

Temubual boleh dilakukan sama ada dalam bentuk bersemuka ataupun menerusi
telefon. Temubual secara bersemuka mempunyai kelebihan yang tersendiri seperti
kebarangkalian mendapat respons yang lebih tinggi, data lebih akurat, pengkaji dapat
mengenal pasti sendiri reaksi responden ketika sesi temu bual, kebarangkalian yang tinggi
untuk mendapat layanan responden dan pengkaji yang berkemahiran mampu menggali
dengan baik maklumat yang cuba disembunyikan oleh responden. Manakala kelemahan
temubual bentuk ini ialah kos yang tinggi, respons yang tidak sempurna berpunca daripada
kesilapan pengkaji dalam bertanya soalan, kesilapan dalam merekod perbualan dan
memerlukan penyeliaan yang rapi. (Zainudin Awang, 2013).

Bagi kajian ini, kaedah temubual secara bersemuka telah diadakan dengan
menggunakan soalan separa berstruktur. Fokus temubual adalah di sekitar objektif kajian
iaitu mengenal pasti kaedah pemulihan yang dijalankan di pusat-pusat pemulihan. Terdapat
beberapa etika dalam menjalankan temubual yang perlu dipatuhi iaitu mendapat kebenaran
daripada responden untuk ditemubual, soalan temubual tidak menyusahkan responden, tidak
bersifat ofensif atau provokasi, tiada paksaan menjawab dan menjaga kerahsiaan. Selain itu,
kebenaran untuk merakam perbualan sama ada bersifat rakaman audio mahupun video. Oleh

628

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

kerana kajian ini melibatkan tempat yang sensitif, maka tiada rakaman bersifat visual
dilakukan.

5.3 Metode Analisis Data

Data-data yang akan dikutip tidak akan memberi makna tanpa membuat analisis. Menurut
Dey (1993)analysis too involves breaking data down into bits and the `beating the bits
together Pelbagai aktiviti perlu dibuat semasa menganalisis data seperti proses menggabung,
mengurang dan membuat interpretasi berdasarkan apa yang dikatakan oleh peserta kajian dan
apa yang diperhati atau dibaca untuk memberi makna kepada data (Merriam 2009; Bogdan
dan Biklen 1998).

Untuk menganalisis data, penyelidik akan menggunakan kaedah bertema. Kaedah


analisis bertema adalah satu kaedah asas untuk menganalisis kajian kualitatif (Braun dan
Clarke, 2006). Bagi kaedah ini, penyelidik tidak menggunakan kaedah Nvivo kerana banyak
masa yang perlu diperuntukkan untuk menggunakan Nvivo dan akan menjejaskan
perancangan yang telah disediakan lebih awal oleh penyelidik, sedangkan semua jawapan
kepada persoalan kajian dapat dijawab dengan analisis secara bertema sahaja. Tambahan
pula, Welsh (2002) menyatakan Nvivo kurang berguna dalam isu validasi dan reliabiliti bagi
menentukan tema perbincangan. Ini kerana pengkaji lebih mengetahui perkara yang ingin
dikaji berbanding Nvivo.

Justeru, selepas selesai temubual dengan responden, transkrip telah dilakukan ke atas
rakaman audio yang melibatkan dua penguasa, seorang guru dan lapan pelatih. Setiap
transkrip diberikan nama samaran tertentu agar kerahsiaan terpelihara. Untuk memastikan
keselarian rakaman dengan transkrip sebenar, transkrip dibaca berulang kali sambil
memperdengarkan rakaman audio.

Transkrip diasingkan mengikut lokasi dan kumpulan sasaran bagi memudahkan


analisis dilakukan. Cara untuk menganalisis dilakukan dengan mengenal pasti pandangan
responden dan melaporkan sama seperti yang mereka nyatakan dalam temubual. Kemudian,
tema dikenal pasti melalui persoalan kajian yang dijadikan landasan kajian. Pandangan
responden kemudiannya diklasifikasikan sebelum tema jawapan terhasil. Bagi sebarang tema
629

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

yang didapati mempunyai persamaan atau pertindanan, ia akan digabungkan di bawah tema
yang sama.

Pengulangan bacaan dilakukan sehingga penyelidik yakin bahawa ia adalah tema


yang paling sesuai untuk menjawab persoalan kajian. Pengulangan juga dibaca bagi tujuan
pengesahan dapatan analisis. Bagi menentukan keboleh percayaan maklumat juga,
pengesahan daripada responden dilakukan dalam bentuk semakan semula. Responden
diminta untuk menandatangani borang kebenaran menggunakan bahan rakaman sebagai
dapatan kajian.

6.0 Dapatan Kajian

Dapatan kajian akan membincangkan mengenai pendekatan al-Quran dalam menangani


masalah sosial dan pendekatan al-Quran yang digunakan oleh pusat perlindungan MAIS
dalam menangani masalah sosial. Dapatan kajian ini secara terperinci adalah seperti berikut.

6.1

Pendekatan Al-Quran Dalam Menangani Masalah Sosial

Imam al-Ghazali menyatakan akhlak yang paling utama ialah kebijaksanaan dalam
mengendalikan diri seseorang daripada hawa nafsu, jiwa yang dapat mencegah kemarahan
dan hawa nafsu untuk mencapai hikmah, keberanian, iaitu teguh hati dalam membela dan
mempertahankan kebenaran, tidak berundur apabila dicela dan tidak meninggi diri apabila
dipuji. Dalam pembangunan dan pembentukan akhlak pula, Imam al-Ghazali meletakkan
lima faktor yang boleh mempengaruhi akhlak seseorang, iaitu, pembersihan jiwa, melawan
hawa nafsu, melazimi amalan kebaikan, membuat sesuatu yang bertentangan dengan akhlak
yang buruk dan pengawasan diri terhadap Allah (Khairani Zakariya, 2012).

Zarina dan Basirah (2012) mengulas bahawa al-Quran juga merupakan suatu cara
untuk seseorang memulihkan diri daripada sifat keji dan menggantikannya dengan sifat yang
terpuji. Terdapat beberapa metode pemulihan yang digariskan oleh al-Quran antaranya yang
ialah metode pencegahan dan pengawalan, pengubatan dan rawatan serta bimbingan dan
pembinaan.

630

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Manusia mempunyai beberapa kategori menurut al-Quran iaitu muslimun, muminun,


muttaqun, muhsinun, salihun, sabirun, taibun dan mukhlisun. Berdasarkan ketegori ini alQuran mempunyai pendekatan yang mampu mengubah jiwa dan menjadikan hidup manusia
berjaya di dunia dan akhirat. Pendekatan utama yang digunakan oleh al-Quran ialah
pendekatan fitrah dan keperluan, ilmu dan pendidikan, pemikiran dan ibadah (Arifin Mamat,
2008).

Melalui pendekatan fitrah dan keperluan, manusia percaya kepada kewujudan Tuhan
dan berkehendakkan kepada kuasa tertentu terutamanya ketika dalam kesusahan. Firman
Allah SWT:

Maksudnya:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami
memohon pertolongan.
(Al-Fatihah 1: 5)

Serta firmanNya lagi:



Maksudnya:
Dan apabila kamu terkena bahaya di laut, (pada saat itu) hilang lenyaplah (dari ingatan kamu)
makhluk-makhluk Yang kamu seru selain dari Allah; maka apabila Allah selamatkan kamu
ke darat, kamu berpaling tadah (tidak mengingatiNya); dan memanglah manusia itu sentiasa
kufur (akan nikmat-nikmat Allah).
(Al-Isra17:67)

Kedua-dua ayat yang mulia ini menjelaskan keperluan manusia untuk mempunyai
Tuhan dan meminta pertolongan dalam kesempitan hidup. Apabila fitrah manusia dipenuhi
maka pembentukan jiwa manusia menjadi lebih mudah kerana setiap manusia dilahirkan atas
fitrah.

631

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Manakala pendekatan ilmu dan pendidikan adalah asas utama yang ditekankan dalam
penurunan wahyu yang pertama kepada Rasulullah SAW bertujuan mengeluarkan manusia
daripada kegelapan kejahilan. Firman Allah SWT:


Maksudnya:
Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian
makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu Yang
Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia
apa Yang tidak diketahuinya.
(Al-Alaq 96:1-5)

Melalui ilmu manusia akan dapat membezakan yang hak dan yang batil seterusnya
menggunakan daya intelek dan kebijaksanaan untuk meneroka pelbagai ilmu yang
bermanfaat (Arifin Mamat, 2008). Ilmu dan pendidikan juga mampu menjadikan manusia
lebih bertaqwa dan meningkatkan darjat mereka. Firman Allah SWT:


Maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat
duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah
melapangkan (segala halnya) untuk kamu. dan apabila diminta kamu bangun maka
bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan
orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat.
dan (ingatlah), Allah Maha mendalam pengetahuannya tentang apa Yang kamu lakukan.
(Al-Mujadilah 58:11)

632

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


Maksudnya:
"(Engkaukah Yang lebih baik) atau orang Yang taat mengerjakan Ibadat pada waktu malam
Dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat
Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui
Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang Yang dapat
mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang Yang berakal sempurna.
(Al-Zumar 39:9)

Justeru ilmu dapat mengeluarkan manusia daripada kesesatan dan seterusnya


mendapat ketenangan jiwa. Segala tekanan yang dihadapi tidak lagi dijadikan sebab untuk
menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan atau masalah sosial. Sebaliknya, iman menjadikan
insan yakin sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Penyuburan iman dilakukan dalam beberapa
kaedah iaitu melakukan amal soleh, melazimi sunnah baginda Rasulullah s.a.w, memupuk
hubungan yang baik dengan masyarakat sekitar, melatih diri untuk berakhlak mulia serta
berada dalam lingkungan orang yang soleh. (al-Bayanuni, 2003)

Seterusnya ialah pendekatan pemikiran iaitu tuntutan supaya manusia berfikir kerana
ini adalah cara untuk sampai kepada kebenaran dan iman. Ketika berfikir manusia perlu
melalui dua proses iaitu mendengar dan memahami. Oleh kerana itu terdapat manusia yang
melakukan kesalahan akan menyesal kerana apabila sampai kepada mereka seruan untuk
kebaikan mereka tidak mahu mendengar dan memahami. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan mereka berkata: "Kalaulah Kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang
Yang mencari kebenaran), tentulah Kami tidak termasuk Dalam kalangan ahli neraka".
(Al-Mulk 67:10)

633

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Oleh kerana itu jugalah al-Quran menyamakan orang yang tidak berfikir iaitu yang
tidak mahu menggunakan pancaindera untuk mendapatkan kefahaman yang benar seperti
binatang kerana mereka boleh memilih untuk berbuat maksiat ataupun sebaliknya tetapi tidak
berbuat sedemikian. Firman Allah SWT:


Maksudnya:
Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang
mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang
mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang
mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka
itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang
lalai.
(Al-Araf 7:179)

Justeru

al-Quran

menyuruh

manusia

supaya

berfikir

agar

mereka

dapat

menghindarkan diri daripada kejahatan yang akibatnya akan memusnahkan diri mereka
sendiri.

Pendekatan terakhir yang dikemukakan oleh al-Quran ialah ibadah. Imam al-Ghazali
(2012) menyatakan bahawa ibadah adalah satu-satunya jalan menuju Allah SWT dan dalam
melaksanakannya manusia akan berhadapan dengan pelbagai penghalang menjadikan ia
adalah satu perjalanan yang panjang lagi merumitkan. Ibadah adalah satu kaedah untuk
melatih diri manusia berakhlak dengan akhlak mulia serta latihan untuk menenangkan jiwa.
Ia perlu dibiasakan dan diamalkan dalam kehidupan seharian sehingga membentuk perilaku
dan jiwa seseorang. Ini adalah antara hikmah pensyariatan ibadah solat, puasa, zakat dan haji
ke atas seorang Muslim. Dengan melakukan ibadah ini berpandukan aturan yang ditetapkan,
maka seorang Mukmin itu terdidik untuk mentaati Allah s.w.t, mematuhi perintah-Nya,
bersabar dalam kehidupan, mujahadah menentang nafsu, berkasih sayang sesama manusia
serta saling bekerjasama.

634

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Firman-firman Allh SWT ini menunjukkan kepentingan ibadah dalam membina jati diri yang
kukuh.


Maksudnya:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami
memohon pertolongan. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus. Iaitu jalan orang-orang Yang
Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau
telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.
(Al-Fatihah 1:5-7)

Maksudnya:
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
(Al-Anam 6:162)
Kesimpulannya ibadah mampu membentuk personaliti insan yang baik dan akhlak
yang terpuji yang bermatlamat untuk membangun masyarakat yang bertanggungjawab dan
mempunyai hala tuju dalam kehidupan.

6.2 Pendekatan Al-Quran Yang Digunakan Oleh Pusat Perlindungan MAIS

Dapatan kajian akan dihuraikan berdasarkan pusat perlindungan.


6.2.1. Pusat Orkid
Berikut adalah pendekatan pemulihan yang diamalkan oleh Pusat Orkid:
a. Pendekatan akidah dan kerohanian.
Menurut peserta kajian melalui pendekatan akidah pelatih diterapkan dengan asas-asas
keimanan kepada Allah SWT dan menjadikan Rasulullah SAW sebagai qudwah hasanah.

635

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Falsafah atau nilai-nilai murni yang kita terapkan pada pelatih. Iaitu yang
pertama berkaitan dengan akidah. Keimanan kepada Allah SWT. Yang kedua
tentang Rasulullah sebagai role model dan teladan. (Ahmad, Pusat Orkid, hlm. 1)
Beliau menambah:
Kita ada kepercayaan, ada iman. Bila kita tanya kepada mereka tahu atau tidak
solat itu wajib, mereka jawab tahu. Tapi mereka tak tunaikan dengan sempurna.
Jadi daripada situlah kita akan cuba kuatkan iman mereka dengan programprogram tarbiah yang kita jalankan di pusat ini. (Ahmad, Pusat Orkid, hlm. 1)
Bagi memahami konsep keimanan dan peranan Rasul beliau menggunakan kaedah tadabbur
al-Quran dan mengambil pengajaran dari kisah al-Quran.
Pendekatan al Quran dan tadabbur al Quran setiap hari satu muka. Jadi kita ambil
ibrah dari kisah-kisah yang ada. (Ahmad, Pusat Orkid, hlm. 4)
Selain itu pusat ini juga mengadakan usrah dan kuliah malam bagi aktiviti kerohanian.
Kerohanian kita tekan kan yang basic. Aktivitinya macam-macam. Dengan
usrahnya, dengan kuliah malamnya dan macam-macam. (Ahmad, Pusat Orkid,
hlm. 2)
Asas akidah dan keimanan sangat penting dalam membina dan memperbaiki jiwa yang rosak
kerana apabila iman sudah kukuh segala unsur negatif dapat ditangkis dengan mudah.

b. Pendekatan ilmu.
Menambah ilmu adalah satu proses yang ditekankan di pusat ini. Pelbagai aktiviti dilakukan
bagi memantapkan ilmu agama dan akademik. Bagi kuliah fardhu ain ia dilaksanakan bagi
membantu menambah kefahaman pelatih terhadap agama.
Kuliah Fardhu Ain kita masukkan dalam akademik. Kuliah ini pada seti pagi dari
jam 8.30 sampai jam 10.30. Setiap akhir bulan akan ada ujian penilaian untuk
tengok tahap pemahaman mereka dalam fardhu ain. (Ahmad, Pusat Orkid, hlm. 2)
Tambahan dari kuliah fardhu ain pelatih juga menambah kemahiran seperti jahitan dan
masakan.

636

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Yang ini kita ada kolaborasi dengan kolej komuniti yang start pada tahun ini.
Yang mana mereka ni nanti, apabila keluar dari pusat ini akan dapat sijil daripada
kolej. Sijil jangka pendek untuk 3 kemahiran. Jahitan, masakan dan kraftangan.
Kita akan bagi transkrip kepada mereka. Jadi itu yang kita usahakan bersama kolej
komuniti di bawah program pengajian islam sepanjang hayat. (Ahmad, Pusat
Orkid, hlm. 2)
Ilmu yang diberikan di pusat ini bukan sekadar ilmu agama bahkan ilmu kemahiran yang
dapat membantu kelangsungan hidup pelatih selepas keluar dari pusat perlindungan.

c. Pendekatan ibadah.
Penekanan istiqamah dalam ibadah merupakan pendekatan yang diamalkan oleh pusat ini. Di
antara amalannya ialah solat berjemaah dan bacaan al-mathurat. Kenyataan peserta kajian:
Berjemaah tu memang wajib. Yang datang bulan pun kita suruh duduk kat surau.
Memang kena bersamalah. Yang solat tu memang saya Imam lah. Kecuali kalau
saya tak ada baru squad leader ganti. (Ahmad, Pusat Orkid, hlm. 8)
Selain itu pelatih juga dimestikan membaca al-Quran dan ianya dimulakan dari peringkat asas
lagi iaitu Iqra.
Secara spesifiknya, kita ada kelas pemulihan iqra 3 kali seminggu khas untuk
pelatih yang tak tahu baca langsung. Kemudian seminggu sekali untuk tahsin al
Quran. (Ahmad, Pusat Orkid, hlm. 8)
Solat dan membaca al-Quran adalah dua perkara utama dalam membentuk jati diri pelatih
dan seterusnya menjadi pendinding daripada segala kejahatan dan kemungkaran.

d. Pendekatan ketaatan,jihad dan disiplin.


Allah SWT mengajar hambaNya supaya taat kepada segala perintahnya. Ia perlu dilakukan
dengan bersungguh-sungguh dan berjihad. Pusat ini juga mengambil pendekatan yang serupa.
Dalam proses mereka nak taat ni, mereka kena lalui cubaan-cubaan sepanjang
berada di pusat ini. Jihad. Kena bersungguh-sungguh untuk dia nak membina diri.
(Ahmad, Pusat Orkid, hlm. 1)

637

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Peserta kajian ini menambah berkaitan disiplin:


Ada hari disiplin iaitu pada hari selasa. Akan ada perhimpunan dan taklimat
disiplin. Kita ada modul kita sendiri. Kita ada sistem merit. Tambah merit, tolak
merit. Setiap pelatih yang baru masuk kita akan bagi 100 merit. Kalau mereka buat
apa yang diarahkan, jadi akan ditulis merit. Tapi kalau mereka tak buat apa yang
disuruh, merit akan ditolak. Dan sebelum tu akan ditaklimatkan. Semua tu ada
prosedur dia sendiri. Tujuan kita untuk mendidik, bukan untuk menghukum. Jadi,
dalam waktu tu pun, mereka ada membuat kesalahan. Jadi kita hanya mendidik
mereka . Melatih diri mereka untuk mengikuti semua program. (Ahmad, Pusat
Orkid, hlm. 2)
Melalui pendekatan ini sebenarnya pelatih akan lebih cepat memperbaiki diri kerana ada
sikap berhati-hati dalam melakukan setiap perbuatan.

e. Pendekatan biah solehah.


Persekitaran yang baik mampu membentuk keperibadian yang baik dan menyumbang kepada
kurangnya masalah sosial. Pusat ini menekankan kepentingan biah solehah dalam merawat
pelatih agar sahsiah mereka sentiasa dalam jiwa dan suasana yang mulia.
Biah solehah suasana yang solehah, suasana yang baik. Yang kita nak wujudkan
kat pusat ni. Dan kalau boleh kita nak mereka bila balik nanti, mereka bawa biah
yang baik ni dalam keluarga dalam masyarakat. Sebab kita ni terpengaruh dengan
suasana yang ada. Kalau nak pilih kawan, pilih kawan yang baik. (Ahmad, Pusat
Orkid, hlm. 5)

f. Pendekatan qudwah hasanah.


Contoh ikutan yang baik akan memberikan kesan dari aspek pentarbiyahan pelatih. Mereka
perlu mempunyai teladan yang baik dalam memperbaiki diri. Ilmu mengenai akhlak yang
mereka pelajari akan lebih mudah difahami sekiranya mereka melihat kepada contoh
perilakunya.
Kita nak wujudkan qudwah, teladan yang baik pada diri pelatih, pada semua la.
Dan juga pendekatan kita pada qudwah tadi sebab kadang-kadang teori ni dia orang
638

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

tahu semuanya. Cuma dia orang nak tengok contohnya mana. Itu satu cabaran yang
besar sebenarnya. Role model tu yang diaorang nak tengok dalam ruang lingkup dia
orang. Sebab tu kita buat solat jemaah bersama dan semuanya. (Ahmad, Pusat
Orkid, hlm. 5)

g. Pendekatan psikologi.
Ianya adalah kaedah yang menjurus kepada bimbingan dan kaunseling dan dinilai dengan
melihat tahap psio-sosio pelatih.
Kemudian kita ada bimbingan dan kaunseling. Kita ada kaunselor. Saya lebih
kepada bimbingan. (Ahmad, Pusat Orkid, hlm. 2)

6.2.2 Pusat Mawar


Berikut pula adalah pendekatan pemulihan yang diamalkan oleh Pusat Mawar:
a. Pendekatan spiritual dan keimanan.
Pendekatan memantapkan keimanan adalah dinilai sebagai suatu yang bersifat holistik oleh
pusat ini. Proses pemulihan dimulakan dengan pembinaan dalaman. Kebanyakan aktiiti dan
program pemulihan dilaksanakan atas landasan keimanan dan kerohanian.
Konteks pembinaan dalaman ini ia tidak bersifat statik. Sini bukan objektif, dia
subjek. Iman ni, pagi dia boleh jadi beriman, petang dia boleh jadi kafir. Jadi, iman
ni boleh naik, boleh turun. Boleh kuat, boleh lemah. Disini lah bila kita kaji balik
yang madu kita macam tu, maka kita kena mencari dimanakah satu pemulihan
yang kita rasa lebih bersifat holistik. (Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 3)
Peserta kajian menambah:
Jadi benda-benda yang mendorong secara spirit ini sebenarnya adalah kunci
penyembuhan. Jadi kekuatan sebenar jati diri kita pada itu. Tetapi pada hari ini,
kekuatan jati diri yang selalu di sebut dalam motivasi ialah kekuatan akal, kekuatan
fizikal, kekuatan luaran. Kekuatan dalaman, jarang orang nak bahaskan. (Ibrahim,
Pusat Mawar, hlm. 5)

639

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan kepentingan merawat hati dalam mencegah
penyakit sosial atau kejahatan.
Kalau menghidupkan orang yang hidup, itu perkara senang. Tetapi menghidupkan
orang yang jasadnya hidup, hatinya mati, itu adalah susah. Jadi bila kita nak
menghidupkan hati yang mati, itulah kerja yang perlukan kepada aliran sufi. Dan
aliran sufi ini tentulah merujuk kepada Sheikh Abdul Qadir Jailani kerana dia ketua
kepada para wali-wali. (Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 5)
Proses merawat dalaman ini adalah merupakan rawatan hati.
Jadi sebab itulah benteng pertahanan yang kuat, bukan dari luaran, tapi dalam ini
(hati). Besarkan Allah. Jangan besarkan siapa kita. Jadi macam mana kita nak
besarkan lautan kebesaran Allah? Di situlah rahsianya pada amalan-amalan yang
kamu kaji. Amalan-amalan ni cukup banyak. Ada zikir dia, ada wirid dia.
(Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 7)

b. Pendekatan niat dan doa.


Peserta kajian menyebut hadis yang berkaitan dengan niat. Niat yang ikhlas beserta
keyakinan yang kukuh adalah punca doa dimakbulkan. Doa juga perlu dilakukan dengan
ikhlas.
Saya sebutkan tentang hadis niat tadi tu ialah berkaitan dengan kekuatan doa kita
dikabulkan oleh Allah bergantung kepada sejauh mana kita punya keikhlasan.
Sekarang saya nak bercakap tentang ilmu dan yakin. Ilmu ada, tapi yakin tak ada.
Kekuatan yakin tu datangnya dari kekuatan niat awal tu. Sebab tu dalam konteks ni,
saya kata niat tu penting. Kerana niat tu berkait dengan keikhlasan doa kita.
(Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 2)
Doa yang dibaca kepada air banyak digunakan dalam merawat pelatih. Ini dinyatakan oleh
peserta kajian:
Disini Allah bagi keistimewaan dan doa ulama-ulama yang datang, semasa saya
buka kem ini dulu, ada air yang digali 50 kaki memancut keluar daripada bumi.
Jadi air tu adalah paling penting kerana sumber asas kepada perubatan Islam. Air

640

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

yang keluar dari perut bumi, minum dan mandi. Ini konsep perubatan cara nabi.
(Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 2)

c. Pendekatan berubat dan sentuhan syariat.


Pusat ini menggunakan kepelbagaian pendekatan dalam merawat pelatih antaranya ialah
melalui perubatan dan sentuhan.
Sentuhan syariat, hukuman yang berbentuk fizikal. Manusia ni kalau tak ada
sentuhan fizikal,mereka tak boleh nak berubah. Sebab jenis manusia ni tak sama.
Ada yang akan tewas dengan cara kita psiko otak, ada yang akan tewas dengan
cara fizikal, ada yang dia akan tewas dengan cara spiritual. Maka disitulah rahsia
yang kita cari. (Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 4)
Tambah peserta kajian lagi:
Berubat ini adalah proses untuk menanggalkan kerak yang dah lama, yang menutup
hijab. Itulah yang purlukan kepada modul khusus untuk menaggalkan benda tu. Yang
kedua, bila benda tu dah longkah, baru kita masuk air, kita cuci, baru dia akan keluar
kotoran itu. (Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 4)
Berubat itulah yang banyak kita lakukan pada setiap Isnin malam Selasa, Khamis
malam Jumaat, kita ada perubatan. Budak-budak akan berkumpul, bawa air
Yassin semua masing-masing. Kita ada minum dan mandi. (Ibrahim, Pusat
Mawar, hlm. 4)
d. Pendekatan ibadah.
Penekanan dalam ibadah adalah kaedah yang berkesan dalam rawatan. Ianya juga dilakukan
di pusat ini terutamanya berpuasa..
Budak-budak kat sini, Hari Isnin, puasa. Lepas berbuka, malam nanti ada bacaan
Yassin. Lepas habis Yassin, maulid. Kalau Khamis, puasa juga, malam tu ada
bacaan Yassin dan perubatan air Yassin. Lepas tu, buat munakishah Abdul Qadir
Jailani. Benda ni jadi rutin. Kadang ada yang sambung sampai Qiamullail. Jadi
budak-budak ni, bila jiwa mereka telah diisi dengan amalan-amalan ini, mereka
boleh berubah. (Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 7)

641

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

e. Pendekatan zikir dan wirid.


Zikir dan wirid adalah kunci amalan di pusat ini. Kebanyakan ikir dan wirid diperolehi
daripada ulama dan syeikh terkemuka.
Jadi, amalan daripada zikir, Yassin 41, doa syifa setiap Isnin malam Selasa,
khamis malam Jumaat kami buat gabungan sekali dengan manakib sheikh Abdul
Qadir Jailani. Jadi dalam pengubatan Yassin ini, dan juga manakib Sheikh Abdul
Qadir Jailani, manakib ini adalah zikir-zikir taubat. (Ibrahim, Pusat Mawar, hlm.
5)
Bukan sekadar zikir yang dinyatakan di atas terdapat juga amalan lain:
Kita juga bekalkan setiap lepas subuh wirid yang kami buat dipanggil musabiatul
ashar. Itu adalah amalan Nabi Khidir alaihissalam untuk benteng pertahanan diri
dan ini amalan guru kita juga. Jadi pengubatan syifa ni, kita dah banyak belajar.
Saya ambil Yassin 41, kita ada ijazah, ada kuasa dia dan sebagainya.
Kemudian di peringkat gabungan yang saya sebut tadi, setiap hari lepas subuh,
ada wirid dia, lepas zohor ada wirid dia, ... Jadi kita punya susunan tu banyak
amalan-amalan dimana budak-budak ini hari-harinya disibukkan dengan zikir.
Jadi benda-benda yang membina kekuatan inilah saya lihat mengubah cepat
proses budak-budak. Budak-budak yang tak minat pegang tasbih dah mula pegang
tasbih, yang tak minat zikir dah mula zikir, yang tak minat al Quran dah mula
pegang al Quran, yang tak minat selawat, masing-masing dah seronok berselawat.
Jadi benda-benda yang mendorong secara spirit ini sebenarnya adalah kunci
penyembuhan. Jadi kekuatan sebenar jati diri kita pada itu. (Ibrahim, Pusat
Mawar, hlm. 5)

f. Pendekatan biah solehah.


Pusat ini juga mementingkan persekitaran yang baik dalam merawat pelatih kerana biah yang
solehah membantu pembentukan sahsiah yang sempurna.
Kebanyakan tempat pemulihan lain, mereka tidak menekankan pembangunan
spritual ini. Dia gagal membina suasana yang soleh. Suasana yang soleh akan
membina orang yang soleh. (Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 4)

642

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Ini kerana di sini ada biah solehah, ada keluarga yang mengambil berat dengan
agama. (Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 6)

g. Pendekatan psikologi
Pendekatan terakhir yang diamalkan ialah psikologi. Walaupun ianya tidak ditekankan tetapi
kaedah ini juga menyumbang kepada proses rawatan.
Bagaimana kita nak membawa pendekatan-pendekatan yang sesuai dengan madu
kita. Jadi saya kaji kalau ada 100 orang anak murid saya, biasanya 33% akan berjaya
menggunakan pendekatan psikologi. 33% peratus lagi akan berjaya dengan
menggunakan konteks rawatan Islam sahaja. Dan 33% lagi, kita akan berjaya dengan
pendekatan yang Allah bagi.(Ibrahim, Pusat Mawar, hlm. 3)

7.0 Perbincangan

Pusat Orkid menggunakan beberapa pendekatan dalam merawat pelatih yang mempunyai
masalah sosial. Pendekatan-pendekatan tersebut ialah pendekatan akidah dan kerohanian,
pendekatan ilmu, pendekatan ibadah, pendekatan ketaatan,jihad dan disiplin, pendekatan biah
solehah, pendekatan qudwah hasanah dan pendekatan psikologi. Manakala Pusat Mawar pula
menggunakan pendekatan spiritual dan keimanan, pendekatan niat dan doa, pendekatan
berubat dan sentuhan syariat, pendekatan ibadah, pendekatan zikir dan wirid pendekatan biah
solehah dan pendekatan psikologi.

Jika diteliti kedua-dua pusat mengambil pendekatan yang sama iaitu bermula dengan
rawatan keimanan dan kerohanian. Ini sejajajr dengan seruan al-Quran dalam membina
Muslim yang baik mestilah bermula dengan pemantapan aqidah. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain
dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

643

(Al-Baqarah 2: 163)

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Selain itu melalui pendekatan ibadah kedua-dua pusat menekankan ibadah solat dan
membaca al-Quran. Kedua-dua ibadah ini adalah perkara utama dalam membentuk jati diri
pelatih dan seterusnya menjadi pendinding daripada segala kejahatan dan kemungkaran. Ini
bertepatan dengan firman Allah SWT:


Maksudnya:
Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari AlQuran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah
dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu
(Al-Ankabut 29: 45)

kerjakan.

Pendekatan biah solehah juga diamalkan oleh kedua-dua pusat. Mereka yakin
persekitaran yang baik menyumbang kepada kejayaan proses rawatan.

Namun demikian terdapat perbezaan pendekatan di antara kedua-dua pusat. Pusat


Orkid menggunakan kaedah qudwah hasanah dalam pemulihan dengan menjadikan diri
penguasa dan guru-guru sebagai contoh teladan yang baik. Al-Quran sendiri memberikan
contoh terbaik dalam kalangan manusia untuk dicontohi. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik,
Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari
akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan
senang)

(Al-Ahzab 33: 21)

644

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Manakala Pusat Mawar menggunakan kaedah perubatan dan sentuhan syariah serta
zikir dan wirid. Zikir merupakan salah satu pendekatan terbaik bagi menenangkan hati yang
gelisah. Firman Allah SWT:

Maksudnya:
"(Iaitu) orang-orang Yang beriman dan tenang tenteram hati mereka Dengan zikrullah".
ketahuilah Dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

(Al-Rad 13:28)

Perbezaan pendekatan ini jelas menunjukkan penelitian dan kajian pusat-pusat


tersebut setelah beberapa tahun beroperasi dalam meningkatkan keberkesanan rawatan
pemulihan.

8.0 Rumusan

Sebagai rumusan pendekatan al-Quran dalam membaiki jiwa insan yang rosak adalah
pendekatan yang terbaik. Kedua-dua pusat perlindungan yang menggunakan pendekatan alQuran dalam merawat masalah sosial dalam kalangan pelatih remaja dan dilihat berjaya
dalam membantu menangani remaja yang mempunyai masalah sosial. Pendekatan utama iaitu
merawat iman dan hati dianggap asas utama dalam memperbaiki jiwa manusia.

Al-Quran mengemukakan pelbagai jalan penyelesaian bagi segala masalah yang


dihadapi oleh manusia. Justeru manusia hendaklah sentiasa kembali kepada al-Quran apabila
menemui jalan buntu dan merungkaikan kekusutan fikiran.

9.0 Rujukan

Al-Ghazali. (2012). Ihya Ulumuddin. Darul Fajr: Kuala Lumpur.

645

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Arifin Mamat (2008). Pendekatan Al-Quran Dalam Pembangunan Modal Insan. Prosiding
Wacana Pendidikan Islam Kebangsaan. Universiti Kebangsaan Malaysia
Bogdan, R. C. & Biklen, S. K. (2003). Qualitative Research for Education: An Introduction
to Theory and Methods. 4th edition. Boston: Allyn and Bacon

Cohen, L., Manion, L. & Morrison, K. (2007). Research Methods in Education. 6th edn.
London: Routledge.
Dara Aisyah bt. H.M. Ali Puteh dkk. (2013). Drug addict treatment and rehabilitation
programme at Pondok Inabah Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia (1998-2011).
British Journal of Social Sciences. Vol. 1. No. 5. Hlm. 37-46. ISSN: 2326-4209.
Fauziah Ibrahim et.al (2012). Memperkasakan Pengetahuan Agama Dalam Kalangan Remaja
Bermasalah Tingkah Laku: Ke Arah Pembentukan Akhlak Remaja Sejahtera. Journal
of Social Sciences and Humanities, vol. 7 (1), April 2012.
Khairani Zakariya. (2012). Kaedah Pembangunan Akhlak Remaja Menurut Imam al-Ghazali.
Universiti Sains Malaysia.
Merriem, S.B. (2009). Qualitative Research and Case Study Applications in Education. Ed.
2. San Fransisco: Jossey-Bass.
Mohd Noorikhwan bin Sarbini. (2013). Terapi jiwa menurut Imam Ibn Ata Allah alSakandari. Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Mushaf al-Quran al-Karim.
Norzulaili Mohd Ghazali dan Mohd Zohdi Mohd Amin (2005) Metod al-Quran Dalam
Membina Akhlak dan Peribadi dalam Isu semasa pengajian Quran dan Sunnah siri 2.
MES enterprise Sdn Bhd : Kuala Lumpur.
Othman Lebar (2007). Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan Kepada Teori dan Metod.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Welsh, Elaine. (2002). Dealing with Data: Using NVivo in the Qualitative Data Analysis
Process. Dlm. Forum: Qualitative Social Research. Vol. 3, No. 2, Art. 26. May 2002.
Zainudin Awang. (2013). Research Methodology And Data Analysis. KL UiTM Press.

646

INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)


SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)

Zarina dan Basirah. (2012). Model Psikoterapi Ramaja Islam Berasaskan Konsep Tazkiyah
Al-Nafs. Universiti Malaya.

647

You might also like