You are on page 1of 6

KOMUNIKASI LISAN

TEMU RAMAH

MESYUARAT
JENIS-JENIS
KOMUNIKASI
PERBINCANGAN
LISAN

PERBUALAN TELEFON
TEMU RAMAH

Temu ramah ialah komunikasi dua hala yang formal dan merupakan aktiviti terancang, iaitu melibatkan
proses menyoal dan menjawab.Tujuan menemu ramah ini adalah untuk memperoleh maklumat maklumat
tentang sesuatu tajuk atau isu daripada orang yang ditemu ramah.Temu ramah ini biasanya dilangsungkan
dalam suasana mesra dan tidak terlalu rasmi.

  Antara ciri-ciri temu ramah ialah melibatkan soal jawab iaitu mempunyai pihak yang menyoal dan
individu yang ditanya.Selain itu,mempunyai objektif untuk mendapatkan maklumat.Oleh itu, semua
soalan-soalan yang dikemukakan adalah bersifat soalan yang mengharapkan jawapan.Akhir sekali,temu
ramah ini berbentuk soal-jawab.Soalan-soalan ini adalah ringkas, padat dan jelas.Soalan yang
dikemukakan itu perlu ringkas dan tepat kerana  ia akan memudahkan kefahaman pemberi maklumat. Jika
soalan-soalan yang dikemukakan itu rumit dan sukar difahami, sudah pastilah jawapan yang diinginkan
sukar diperolehi.
MESYUARAT
Mesyuarat ialah sebentuk komunikasi formal yang dilakukan dalam sesuatu pertubuhan yang bertujuan untuk membuat sesuatu
keputusan atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Mesyuarat yang sah harus dihadiri dengan sebilangan ahli
pertubuhan berkenaan seperti mana diperuntukan dalam tataurusan persatuannya yang berkenaan. Pada lazimnya, kebanyakan
pertubuhan akan menentukan kehadiran dua pertiga daripada ahlinya sebagai kuorum untuk mengesahkan mesyuarat. Mesyuarat
yang gagal mencapai kehadiran ahlinya sebagaimana ditentukan oleh tataurusan persatuan, dianggap tidak sah dan sebarang
keputusan yang dicapai tidak boleh dianggap sebagai keputusan yang mewakili pertubuhan berkenaan.

 Antara ciri-ciri mesyuarat ialah  

Mesyuarat bukan sekadar perbincangan, sebaliknya ia merupakan perbincangan yang memiliki ciri-ciri seperti di bawah:
• Mesyuarat harus diadakan dan dikawal oleh seorang pengerusi. Lazimnya, pengerusi mesyuarat pada masa yang sama
merupakan pengerusi dalam sesuatu pertubuhan.
• Semua orang yang harus menghadiri mesyuarat akan dipanggil oleh seorang setiausaha.Pada lazimnya, bagi mesyuarat yang
penting, notis akan dihantar kepada mereka yang terlibat dua minggu sebelum mesyuarat diadakan.
• Semua perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat harus dicatat secara hitam putih oleh setiausaha.
• Mesyuarat harus dijalankan menurut tatacara mesyuarat.
PERBINCANGAN
Perbincangan adalah perselisihan atau perdebatan yang dibuat antara dua atau lebih orang mengenai
sesuatu topik untuk bertukar pendapat dan pandangan.Perbincangan timbul apabila terdapat sudut pandang
yang
bertentangan mengenai sesuatu isu.Oleh itu, setiap peserta mesti menyokong hujah atau alasan yang
bertentangan dengan yang lain.Secara amnya, perbincangan boleh berlaku antara dua orang atau dua
kumpulan orang, dan mereka boleh diarahkan atau mereka boleh berlaku secara spontan.Kelebihan
perbincangan ialah mereka bertukar pandangan, idea dan pendapat yang memperkayakan perbahasan dan
memberikan idea dan pandangan baru mengenai perkara yang dimaksudkan.

Antara ciri-ciri perbincangan ialah melibatkan dua individu atau lebih secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi.Selain
itu,perbincangan adalah dalam bentuk perbualan yang teridir daripada ketua,pencatat dan
ahli.Perbincangan memerlukan ahli yang berpengetahuan luas dan boleh menyumbang idea dalam perkara
yang dibincangkan.
PERBUALAN TELEFON

Perbualan telefon ialah alat komunikasi lisan yang digunakan untuk menyampaikan maklumat
dengan cepat dan menghubungi tempat yang jauh.Telefon merupakan alat komunikasi lisan yang
tercanggih pada masa kini kerana dengan adanya pelbagai jenis dan bentuk telefon seperti telefon
mudah alih, telefon tanpa wayar, telefon bimbit, telefon awam.Kemudahan-kemuadahan lain yang
menggunakan talian telefon ialah telegram, teleks, kabelgram, mel elektronik, internet dan lain-
lain.

Ciri-ciri perbualan telefon ialah melibatkan dua individu dalam masa yang sama yang mempunyai
kemudahan telefon bimbit.Selain itu, komunikasi ini menggunakan bahasa yang mudah
difahami kerana komunikasi ini adalah tidak formal.Akhir sekali,perbualan telefon memerlukan
individu yang boleh menjadi pendengar yang baik kerana perbualan ini berlaku secara tidak
bersemuka

You might also like