You are on page 1of 5

LARAS BAHASA

——
LARAS BAHASA AGAMA
Laras agama ialah laras bahasa yang digunakan untuk membincangkan ilmu agama seperti
akidah,fikah dan lain-lain.Laras ini biasa digunakan dalam ceramah agama,khutbah jumaat dan forum
agama.Laras ini mengandungi istilah agama daripada Bahasa Arab.Struktur ayatnya banyak
dipengaruhi oleh struktur Bahasa Arab serta diselitkan dengan petikan daripada Al-Quran dan As-
Sunnah.Menurut Nik Hassan Basri Bin Abdul Kadir,laras agama juga dikenali sebagai laras doa.Laras
ini menggunakan ragam bahasa yang berkaitan dengan keagamaan dan penggunaannya adalah
dalam bentuk lisan dan tulisan.Contoh perkataan Bahasa Arab yang digunakan dalam Bahasa Melayu
ialah rezeki,hikmah dan berkat manakala kosa kata Bahasa Arab ialah wajib,nikah dan masjid.

Ciri-ciri laras agama adalah tidak bersifat teknikal seperti laras sains dan undang-undang sebaliknya,ia
menggunakan bahasa umum yang mudah difahami serta merangkumi istilah-istilah agama yang telah
sedia ada dalam Al-Quran.Ciri-ciri yang seterusnya adalah mengutamakan ketepatan maksud agar
tidak menimbulkan salah tafsir oleh pembaca.

Contoh ayat:Islam sebagai Ad-din meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.


LARAS BAHASA PANGGILAN
Laras bahasa panggilan ialah laras bahasa yang digunakan bagi menunjukkan pangkat
dalam kalangan keluarga atau masyarakat.Seseorang penutur akan mengubah laras
bahasa bergantung kepada situasi sesuatu peristiwa bahasa itu berlangsung.Laras ini
digunakan bagi menunjukkan pangkat dalam kalangan keluarga atau masyarakat.Laras
ini menggunakan kata ganti diri seperti kata ganti diri pertama iaitu saya,aku dan
kami.Laras bahasa ini mengandungi dua jenis panggilan iaitu panggilah kehormat dan
panggilan ahli keluarga.

Contoh panggilan kehormat : Tuan,Datin


Contoh ayat : Tuah Haji,jemputlah masuk

Contoh panggilan ahli keluarga : Maklong,Pak Cik,Kak Ngah


Contoh ayat : Maklong,jemputlah makan bersama kami
LARAS BAHASA KANAK-KANAK
Laras bahasa kanak-kanak ialah ragam yang dituturkan oleh kanak-kanak.Laras ini
menghasilkan bahan bacaan atau pendengaran kanak-kanak.Mereka menggunakan
laras ini untuk bahan bacaan seperti buku dan majalah,serta menggunakan laras ini
dalam siaran radio dan televisyen.

Ciri-ciri laras bahasa ini adalah kosa katanya terdiri daripada kata akar,kata nama
konkrit,kata kerja dan kata adjektif.Selain itu,laras ini menggunakan bilangan imbuhan
yang terhad.Seterusnya,struktur yang digunakan ialah struktur ayat aktif berbentuk
tunggal.

Contoh laras bahasa kanak-kanak : “Pada suatu hari,Pak Pandir pergi ke sungai untuk
menangkap ikan.”
LARAS BAHASA UNDANG-UNDANG
Laras bahasa undang-undang ialah laras yang digunakan dalam teks atau situasi yang berkaitan
dengan ilmu perundangan.Laras undang-undang ialah sejenis laras teknikal yang digunakan oleh
pakar perundangan seperti peguam,hakim dan pendakwa.

Antara ciri-ciri laras undang-undang ialah menekankan ketepatan dan kepersisan dalam
menyampaikan hujah.Selain itu,laras ini mementingkan bukti atau fakta yang nyata,jelas dan
objektif.Seterusnya,laras ini mempunyai ciri-ciri kelainannya iaitu struktur ayatnya terdiri daripada
prinsip undang-undang diikuti oleh syarat-syarat dan diakhiri oleh keputusan undang-undang

Contoh kosa kata : seksyen,mandatori,pendakwaan,akta

Contoh laras undang-undang : Antara tindakan yang boleh dikenakan ialah mengikut Seksyen
186,iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas

You might also like