You are on page 1of 16

CTU 555

MALAYSIAN HISTORY

ARTICLE REVIEW
ULASAN JURNAL

TAJUK: PENGURUSAN DISIPLIN MURID DI SEKOLAH KAWASAN BANDAR


DAN LUAR BANDAR: PERSPEKTIF PEMIMPIN SEKOLAH

DISEDIAKAN OLEH:

No Nama Pelajar No. ID pelajar

1.
NUR ‘AIN NADHIRAH BINTI MOHD JANI 2019452398

2.
NUR ZAKIRAH HUDA BINTI AMINUDIN 2019294792

3.
SAFIYAH BINTI ZULLKEFLEE 2019230058

4.
ZUR AIN BINTI ZAM ZAM 2019207296

DISEMAK OLEH: DR. MUHD HASIF BIN YAHAYA


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA AHLI BERTANGGUNGJAWAB MUKASURAT

1 Pendahuluan Nur Zakirah Huda 1

Nur ‘Ain Nadhirah

1 - 2
2 Ringkasan Artikel Zur Ain

3 - 10
3 Ulasan Kritis Safiyah

Nur ‘Ain Nadhirah

Nur Zakirah Huda

Zur Ain

11 - 12
4 Rumusan Nur Zakirah Huda

Zur Ain

5 Rujukan 13 - 14
Safiyah

Nur ‘Ain Nadhirah

Nur Zakirah Huda

Zur Ain
PENDAHULUAN

Artikel yang diulas ini adalah artikel yang ditulis oleh Muhammad Faizal A. Ghani,
Norfariza Mohd Radzi, Simin Ghavifekr dan Husaina Banu Kenayatullah dari Fakulti
Pendidikan di Universiti Malaya serta Mokhtar Muhamad dari Universiti Putra Malaysia
pada tahun 2014. Artikel ini bertajuk, “Pengurusan Disiplin Murid di Sekolah Kawasan
Bandar dan Luar Bandar: Perspektif Pemimpin Sekolah”. Artikel ini merupakan artikel
yang terkandung dalam Jurnal Kepimpinan Pendidikan Bil.1, Isu 1, muka surat 7-40.

Artikel ini telah menekankan isu disiplin dalam kalangan pelajar yang makin
meningkat dari tahun ke tahun. Isu disiplin merupakan isu global yang melanda bukan
sahaja pelajar Malaysia, malah isu disiplin juga merupakan masalah biasa bagi
masyarakat negara lain. Menurut Kamus Dewan, disiplin didefinisikan sebagai ‘latihan
pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh pada tatatertib’.
Mok Soon Sang (1995) mengatakan bahawa pada peringkat sekolah, disiplin adalah
peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar dengan tujuan mengawal
tingkah laku mereka melalui hukuman atau ganjaran.

Artikel ini telah mengulas pengurusan masalah disiplin di sekolah bandar dan luar
bandar bagi melihat keberkesanan dan perbezaan pengurusan bagi kedua lokasi sekolah
tersebut. Dalam usaha untuk menyiapkan artikel ini, kajian telah dilakukan terhadap
beberapa pemimpin-pemimpin sekolah di kawasan bandar dan juga luar bandar.
Penyelidik juga telah memperoleh dapatan kajian yang selaras dengan objektif kajian
yang telah ditetapkan oleh mereka.

RINGKASAN ARTIKEL

Artikel ini merupakan sebuah penulisan berilmiah yang mengkaji serta


membincangkan tentang amalan pengurusan disiplin murid di sekolah bandar dan luar
bandar menurut perspektif pemimpin sekolah mereka sendiri. Objektif kajian ini
dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti tahap keberkesanan pengurusan disiplin
murid di kawasan bandar dan luar bandar sekali gus mengkaji sama ada wujud

1
perbezaan yang signifikan mengenai pengurusan disiplin murid di kedua-dua kawasan
tersebut.

Artikel yang diperoleh daripada jurnal “Kepimpinan Pendidikan” ini telah


menggunakan kerangka teori “The Civil Rights Project/Advancement Project (2000)”
yang diubah suai mengikut keperluan kajian ini. Sampel kajian diambil secara rawak
dalam kalangan pemimpin sekolah di barat Semenanjung Malaysia di mana sekolah
terbabit telah ditapis melalui kriteria “The National Center for Educational Statistic” dan
jumlah sampel terbabit diambil mengikut pandangan Roscoe. Selain itu, instrumen soal
selidik yang telah direka bentuk oleh Norazmah Hamzah (2012) juga diguna pakai dalam
kajian ini kerana bercirikan konteks tempatan serta berdasarkan kajian Delphi.

Selain itu, artikel ini turut mengkaji mengenai sorotan kajian lampau. Antaranya
adalah definisi disiplin menurut beberapa tokoh seperti Cooke (2002), Etzioni (1964),
Kohlberg (1968) dan Docking (1980). Beberapa contoh program kawalan disiplin di
negara maju juga dimuatkan seperti Terapi Realiti (Reality Therapy), Pendekatan Disiplin
Positif (Positive Approach Discpline), Keberkesanan Latihan Guru (Teacher
Effectiveness Training), Analisis Transaksi (Transactional Analysis), Ketegasan Disiplin
(Assertive Discipline), Pendekatan Adlerian (Adlerian Approach) dan Kumpulan
Pembelajaran Murid (Student Team Learning). Amalan kurang berkesan untuk mengawal
disiplin murid turut dibincangkan dalam artikel ini. Beberapa amalan tersebut termasuklah
warga sekolah mempertikaikan atau kurang bersetuju dengan pelaksanaan peraturan
disiplin, para guru yang mendiamkan masalah disiplin murid dan tidak menangani
masalah disiplin murid mereka secara berterusan dan tidak lupa juga amalan
mengenakan hukuman ke atas murid yang tiada sokongan atau galakan yang dapat
memperbaiki tingkah laku murid serta amalan hukuman sebat ke atas murid.

Seterusnya, data soal selidik dalam kajian ini menggunakan program Statistical
Package for the Social Sciences (SPSS) versi 16.0, interpretasi nilai min yang telah
diubah suai oleh Muhammad Faizal A. Ghani (2008) serta Ujian Mann-Whitney U.
Manakala bagi menganalisis data pula, kaedah statistik deskriptif yang melibatkan nilai
min dan sisihan piawaian telah digunakan dalam kajian artikel ini.

2
ULASAN KRITIS

Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis adalah berkenaan amalan pengurusan
disiplin murid di sekolah kawasan bandar dan luar bandar daripada perspektif pemimpin
sekolah. Menurut penulis, disiplin merupakan suatu proses yang membangunkan
peribadi individu untuk melahirkan sebuah persekitaran yang kondusif supaya aktiviti
pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan cekap. Merujuk sumber Noltmeyer dan
Mcloughlin (2010), punca disiplin disebabkan oleh dua faktor utama iaitu faktor sekolah
dan murid. Status sosio-ekonomi sesebuah kawasan sama ada rendah atau tinggi yang
mempunyai perkaitan dengan kawasan bandar dan luar bandar tergolong bawah faktor
sekolah dan ia menjadi isu perbincangan dalam kajian ini. The Civil Rights Project/
Advancement Project (2000) menyusulkan bahawa terdapat dua komponen besar yang
penting untuk mengatasi masalah disiplin murid ini. Komponen pasukan utama yang
pertama adalah ibu bapa dan guru yang melibatkan diri secara langsung dalam
membasmi masalah disiplin murid di sekolah. Seterusnya, pasukan kedua ialah pasukan
dalam sekolah yang terdiri daripada pengetua, perunding, kaunselor sekolah, profesional
dan guru Pendidikan Khas. Penulis turut menekankan bahawa peningkatan kesedaran
terhadap masalah disiplin ini memerlukan pihak sekolah menyelidik punca dan kesan
berlakunya masalah disiplin ini dan akhirnya mengenal pasti strategi yang perlu
dilaksanakan untuk mendepani masalah ini. Jadi jelaslah bahawa peranan pemimpin
sekolah amat diperlukan dalam membasmi masalah disiplin ini.

Isu yang dibangkitkan ini adalah sangat menarik kerana isu mengenai pengurusan
masalah disiplin murid di kawasan bandar dan luar bandar amat kurang dibincangkan.
Menurut Tai (2006), pihak sekolah sangat memerlukan kajian terkini berkenaan isu ini
agar dapat dijadikan panduan oleh pemimpin sekolah untuk menambah baik pengurusan
masalah disiplin murid. Menariknya lagi, penulis turut mengemukakan satu penemuan
kajian berbentuk meta analisis oleh Bear (2012) di mana pengkaji tersebut menemui
program kawalan disiplin yang dijadikan alternatif pelaksanaan di sekolah oleh pihak
kepimpinan sekolah kerana program ini berkesan untuk mengawal masalah disiplin
murid. Di sini menunjukkan guru perlulah peka berkenaan dengan langkah terbaik
mengawal masalah disiplin ini kerana sekiranya ia terabai, implikasi yang berlaku pasti

3
bakal menjejaskan prestasi sekolah. Isu ini juga menarik untuk dibangkitkan disebabkan
isu ini amat berkait rapat dengan norma kehidupan yang memandang pendidikan sebagai
satu keperluan yang wajib dilunaskan oleh ibu bapa dan penjaga bermula daripada murid
itu masih kanak-kanak. Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang
dan perhatian daripada ibu bapa yang mengutamakan kerjaya sehingga mengabaikan
anak-anak (Hidayah, 2010). Dengan adanya kajian seperti ini, akan wujud banyak
penambahbaikan dan kaedah baru yang mampu mendisiplinkan lagi murid-murid supaya
menjadi masyarakat yang berguna dan berwawasan tanpa mengira latar belakang
pendidikan yang berbeza.

Isu yang dibangkitkan oleh penulis adalah relevan bagi saya sebagai seorang
penyelidik. Hal ini demikian kerana disiplin adalah perkara yang sangat dekat dalam diri
seseorang dan penting untuk diterapkan kerana ia dapat menentukan nilai psikologi
seseorang itu. Mengikut Ee Ah Meng (1990), disiplin merupakan perkara yang
dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku yang baik
demi kesempurnaan masyarakat itu sendiri. Tambahan pula, disiplin ini dapat melahirkan
cara berfikir yang tersusun dan akhirnya akan membawa kepada sifat rasional serta
keyakinan diri seseorang itu (Noraini Zulkifli). Hasil daripada penerapan disiplin terhadap
diri murid ini akan memberi kesan yang positif bukan sahaja dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan di Malaysia malahan juga pembangunan nilai pelajar pada masa hadapan
(Khairi Othman & Asmawati Suhid, 2010). Disiplin ini telah disinonimkan terhadap seluruh
masyarakat melalui pelbagai kaedah seperti penerapan nilai-nilai murni dalam akademik
seperti yang diunjurkan dalam mata pelajaran di sekolah serta banyak lagi aktiviti sama
ada secara formal atau tidak formal. Rentetan itu, dengan adanya kajian seperti ini, pihak-
pihak yang bertanggungjawab juga dapat menjalankan tugas mereka agar dapat
mendepani golongan yang sambalewa ini supaya seluruh rakyat Malaysia dapat menjadi
warganegara yang berakhlak mulia.

Saya amat bersetuju dengan hasil dapatan kajian yang terkandung dalam artikel
ini. Berdasarkan artikel ini, dapatan kajian yang ditemui adalah bertentangan dengan
penemuan kajian di negara barat. Di negara barat, sekolah di luar bandar mengalami
peningkatan masalah disiplin murid disebabkan oleh kemiskinan ibu bapa yang

4
menyebabkan pendidikan dan tingkah laku anak-anak terabai (Ohio Department of
Education, 2007) serta kekurangan kemudahan fasiliti yang disediakan menyebabkan
guru yang berpengalaman enggan berkhidmat di sekolah luar bandar lalu menyebabkan
sekolah itu dikendalikan oleh guru yang kurang berpengalaman (Skiba et al., 2002).
Manakala, guru di kawasan sekolah bandar pula memberi lebih masa dalam pengurusan
disiplin pelajar mereka (Adam, 2006). Namun, kajian yang ditemui di Malaysia
menunjukkan bahawa tidak wujud perbezaan yang besar dalam pengurusan disiplin
antara sekolah kawasan bandar dan luar bandar. Kajian ini juga mendapati bahawa
pengurusan masalah disiplin pelajar di sekolah luar bandar adalah lebih baik berbanding
di sekolah bandar. Hal ini demikian kerana, negara kita mempunyai dasar pendidikan
yang menekankan dasar kesamarataan dalam sistem pendidikan di sekolah bandar atau
luar bandar. Dasar-dasar pendidikan di Malaysia telah memberikan tumpuan untuk
mengurangkan jurang pendidikan antara sekolah bandar dan luar bandar dengan
menyediakan kemudahan fasiliti yang sama di sekolah luar bandar (Azlina Hilma
Hillaluddin, 2006). Hal ini menyumbang kepada pengurangan masalah disiplin di kedua
lokasi persekolahan (Gottfredson, 1989). Ini menunjukkan bahawa dapatan kajian yang
telah dijalankan bagi isu amalan pengurusan disiplin murid di sekolah kawasan bandar
dan luar Bandar di Malaysia tidak terlalu ketara perbezaannya kerana dasar pendidikan
yang sistematik yang dijalankan di Malaysia.

Persoalan kajian telah dijawab oleh penyelidik dengan menggunakan kaedah


statistik deskriptif yang melibatkan nilai min dan sisihan piawai serta dengan
menggunakan Ujian Mann-Whitney U. Statistik deskriptif adalah statistik yang digunakan
untuk menganalisis data dengan cara menghuraikan atau menggambarkan data yang
telah dikumpulkan tanpa membuat kesimpulan umum (Sholikhah, 2016). Ujian Mann-
Whitney U, yang juga dikenali sebagai Wilcoxon rank sum test pula merupakan ujian yang
menguji perbezaan antara dua kumpulan pada satu pemboleh ubah ordinal tanpa
sebarang pengedaran khusus (Mann & Whitney, 1947; Wilcoxon, 1945).

5
Jadual 5.1: Pengurusan disiplin murid di kawasan sekolah Bandar dan luar Bandar.

Jadual 5.1 menunjukkan persoalan kajian pertama telah dijawab apabila penyelidik
mendapati bahawa pengurusan disiplin bagi sekolah kawasan bandar mahupun luar
bandar dalam empat aspek berikut adalah tinggi dan memuaskan.

Jadual 5.2: Perbezaan pengurusan disiplin murid di kawasan sekolah bandar dan luar bandar.

Jadual 5.2 menunjukkan persoalan kajian kedua telah dijawab apabila penyelidik
mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi sekolah kawasan bandar
mahupun luar bandar dalam kesemua elemen bagi tema pengurusan seperti berikut.

Metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik ini juga sesuai dengan kajian
yang dijalankan. Kajian ini telah dijalankan untuk menyelidik pendapat pemimpin sekolah
berkenaan amalan pengurusan disiplin sekolah di kawasan bandar dan luar bandar.

6
Metodologi kajian yang digunakan adalah dengan mengumpul data dalam kalangan
pemimpin sekolah di beberapa sekolah yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Dalam
pemilihan peserta sampel kajian, peserta telah dipilih secara persampelan bertujuan
(purposive sampling). Purposive sampling juga dikenali sebagai judgement sampling,
merupakan teknik persampelan yang melibatkan pemilihan peserta secara tidak rawak
kerana memberi tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu yang sesuai dengan kajian yang ingin
dilakukan. Penyelidik memutuskan apa yang perlu dikaji dan mencari sampel peserta
yang mempunyai pengetahuan berkenaan kajian yang dijalankan (Russel, 2011).
Berdasarkan daripada dapatan kajian yang diperoleh, jelas menunjukkan bahawa
metodologi kajian yang digunakan oleh penyelidik adalah sesuai dengan kajian yang
telah dijalankan.

Dapatan kajian ini boleh dipercayai dan menyakinkan saya kerana hasil daripada
dapatan kajian ini mendapati bahawa negara kita, Malaysia tidak wujud perbezaan yang
ketara antara sekolah kawasan bandar dan luar bandar dalam menguruskan disiplin
murid, berbeza dengan kajian yang telah dilakukan di negara barat. Malah, terbukti
bahawa pengurusan disiplin murid di sekolah luar bandar adalah lebih baik daripada
kawasan bandar apabila skor min sekolah luar bandar lebih tinggi berbanding sekolah
bandar iaitu 42.18. Hal ini kerana dasar pendidikan di negara kita memberikan
penekanan kepada dasar kesamarataan dalam pendidikan. Antara contoh-contoh dasar
tersebut adalah Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (2006-2010) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025). Dasar-dasar pendidikan ini bertujuan untuk merapatkan jurang pendidikan
antara kawasan bandar dan luar bandar dengan membangunkan infrastruktur dan
kemudahan pendidikan di sekolah kawasan luar bandar. Berdasarkan dasar-dasar yang
telah dilakukan ini, jelaslah bahawa hasil daripada kajian ini adalah boleh dipercayai.
Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengumumkan
bahawa kerajaan juga meningkatkan taraf infrastruktur sekolah luar bandar dalam
Rancangan Malaysia yang kesepuluh supaya kerajaan dapat menepati kehendak
pendidikan untuk semua (Azlina Hilma Hillaluddin, 2006).

7
Penulis didapati telah mengambil langkah untuk memastikan kesahan dan
kebolehpercayaan kajian ini dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk mengutip data
tentang pemimpin sekolah bagi mengetahui jantina, umur, bangsa, kelayakan akademik
dan pengalaman dalam bidang kepimpinan. Berdasarkan data tersebut, kebanyakan
pemimpin sekolah bandar dan luar bandar mempunyai pengalaman dalam bidang
kepimpinan serta kelayakan akademik yang sama. Hal ini membuktikan bahawa hasil
kajian adalah tepat di mana tidak wujud perbezaan yang besar dalam pengurusan disiplin
antara sekolah bandar dan luar bandar disebabkan pemimpin sekolah itu mempunyai
pengetahuan dan pengalaman yang sama banyak. Selain itu, penulis juga menggunakan
instrumen soal selidik yang dibentuk oleh Norazmah Hamzah (2012) untuk mengetahui
pandangan pemimpin sekolah mengenai amalan pengurusan disiplin di sekolah kawasan
bandar dan luar bandar. Penulis juga memastikan pemilihan peserta kajian berdasarkan
persampelan bertujuan (purposive sampling) di mana peserta terdiri daripada pemimpin
sekolah bandar dan luar bandar. Ini bermakna kajian ini mengambil kira pandangan orang
yang sememangnya diskopkan dalam kajian ini.

Seterusnya,berdasarkan artikel kajian, didapati bahawa penulis mematuhi etika


penyelidikan kajian. Etika ini adalah merupakan garis panduan untuk melengkapkan
setiap kajian (Azlan Behadin,2013). Penulis mengambil langkah yang relevan bagi
memastikan etika penyelidikan dipatuhi antaranya ialah memberitahu maklumat diri
penulis sebelum meminta kebenaran peserta kajian untuk mengambil bahagian dalam
kajian yang dilakukan. Selain itu, penulis memastikan peserta kajian mengambil bahagian
dalam kajian ini dengan sukarela dan tanpa paksaan. Penulis juga tidak mendedahkan
maklumat sulit peserta kajian ini seperti nama peserta kajian ini bagi melindungi identiti
peserta kajian. Di samping itu, penulis juga meletakkan nama para pengkaji yang menulis
setiap maklumat yang terdapat dalam artikel kajian sebagai citation dan juga sebagai
rujukan . Ini menunjukkan bahawa penulis menghormati hak karya penulisan penulis lain.
Kredibiliti pengkaji ini juga terserlah apabila kajian yang dihasilkan ini mempunyai binaan
yang lengkap dan mudah difahami daripada segi tajuk, abstrak, pendahuluan,
metadologi, dapatan kajian, perbincangan, rumusan, penutup dan senarai rujukan.

8
Melalui pembacaan artikel ini juga, cara saya berfikir telah berubah kerana tidak
pernah terlintas di fikiran saya akan wujudnya perbezaan dalam pengurusan masalah
disiplin murid di kawasan bandar dan luar bandar. Hal ini adalah disebabkan kurangnya
isu berbangkit mengenai perkara ini lantaran daripada dasar kesamarataan yang
diamalkan di negara kita telah berhasil merapatkan jurang pembelajaran dan pengajaran
antara dua kawasan ini. Pembacaan saya menunjukkan bahawa sekolah kawasan luar
bandar memiliki struktur perancangan yang lebih teliti berbanding sekolah kawasan
bandar dengan skor min 42.68. Ekoran itu, pelaksanaan rancangan pengurusan disiplin
murid menjadi lebih efisien dan lancar di sekolah-sekolah terbabit. Masakan tidak, para
pemimpin di sekolah kawasan luar bandar berjaya melaksanakan pemantapan disiplin
murid yang tinggi, dokumentasi yang cemerlang yang juga disertai permuafakatan tinggi
antara guru dengan ibu bapa. Malah, amalan kepimpinan di sekolah-sekolah ini
mengumpulkan skor min 43.06 berbanding skor min sekolah-sekolah di bandar
menggambarkan tingginya nilai moral dan etika murid-murid di sekolah terbabit. Maka
tidak hairanlah, sekolah kawasan luar bandar mempunyai kadar kawalan disiplin yang
lebih mantap berbanding sekolah kawasan bandar walaupun jurangnya tidaklah terlalu
signifikan. Daripada kajian ini, saya menyedari bahawa legaliti sekolah dan akauntabiliti
para guru haruslah seiring. Jika akauntabiliti guru adalah rendah, bererti penglibatan para
guru dalam pelaksanaan tindakan disiplin ke atas murid-murid mereka adalah kurang dan
tidak menyeluruh. Kejadian ini merupakan lohong hitam yang akan membuka ruang-
ruang kecil kepada para murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Maka dapat kita
simpulkan bahawa tidak semestinya kemudahan yang serba canggih dan lokasi yang
strategik dengan pelbagai infrastruktur dapat mengukur tahap disiplin murid namun,
pengurusan disiplin murid yang menjadi titik ukur tahap kedisiplinan para murid di
sekolah. Ini kerana mungkin sahaja kemudahan tersebut menyebabkan murid alpa
dengan identiti mereka sebagai seorang pelajar.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui bacaan artikel ini juga dapat
membaiki cara saya melaksanakan penyelidikan kerana sebelum ini saya tidak
didedahkan bahawa terdapat instrumen, kaedah dan model tertentu dalam pelaksanaan
penyelidikan secara kualitatif mahupun kuantitatif. Melalui analisis data, saya tidak
menemui sebarang teknik pengumpulan data melalui hasil pemerhatian penulis, temu
9
bual secara mendalam bersama pemimpin sekolah serta kaedah analisis bahan bertulis.
Ini menunjukkan bahawa penulis tidak menggunakan sebarang pelaksanaan
penyelidikan secara kualitatif dalam kajian ini kerana kaedah ini bersifat fleksibel
berbanding kuantitatif yang bersifat analitik dan holistik. Dalam penyelidikan secara
kuantitatif, penulis menggunakan kaedah soal selidik secara edaran borang di kedua-dua
kawasan kajian. Sebanyak 80 orang pemimpin sekolah berjaya diambil sebagai sampel.
Jumlah ini adalah ideal menurut pandangan Roscoe (1975) kerana sampel tergolong
antara 30 hingga 500 orang responden bagi kajian yang melibatkan sains sosial
mengenai gelagat manusia. Hal ini kerana, jumlah sampel yang kurang daripada 30
orang dikhuatiri akan mengganggu taburan normal data. Saiz sampel yang kecil akan
menyukarkan taburan normal untuk diperoleh sekali gus merendahkan mutu kajian. Di
sebalik itu, terdapat beberapa kaedah kuantitatif yang lain namun kurang sesuai
digunakan untuk kajian ini. Antara kaedah yang tidak sesuai itu adalah kaedah Jadual
Krejcie dan Morgan (1970) kerana kaedah ini memerlukan pengetahuan yang
menggunakan aras keyakinan yang tinggi dalam pengiraan saiz populasi. Penggunaan
kaedah ini boleh digunakan apabila saiz populasi yang diambil kurang sedikit daripada
saiz populasi sebenar. Kaedah Cohen (1998) juga tidak digalakkan kerana ia
memerlukan kemahiran menganggarkan ‘effect size’ (ES) dari kajian lepas untuk
dibandingkan dengan data baharu. Kajian yang dijalankan oleh penulis ini, belum pernah
dijalankan maka data tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana data terdahulu.
Kebiasaannya, kedua-kedua kaedah kajian ini sering digunakan untuk saiz sampel
populasi yang kecil dan lebih mudah dikawal pembolehubahnya, maka penulis tidak
menggunakan kaedah-kaedah ini.

10
PENUTUP

Kesimpulannya, berdasarkan artikel yang diulas ini, antara pengetahuan yang


dapat diperoleh adalah terdapat program-program kawalan disiplin yang dijalankan di
negara maju seperti Terapi Realiti (Reality Therapy). Program ini melibatkan bantuan
guru kepada murid dengan menerangkan kepada murid mengenai keputusan yang
diambil dan kesan yang akan diterima sekiranya memilih keputusan tersebut. Saya
berpeluang untuk menerapkan program terapi realiti ini dalam intervensi saya kelak
kerana program ini bukan sahaja digunakan dalam pembentukan disiplin murid bahkan
pada asalnya, Terapi Realiti merupakan suatu aktiviti terapi yang dijalankan oleh pegawai
pemulihancara kerja untuk pesakit seperti psikiatrik dan paedratik. Ini memberikan serba
sedikit pencerahan kepada saya bahawa terapi ini adalah efisien untuk mencungkil
pendapat dan kemahuan pesakit saya kelak.

Selain itu, saya juga mempelajari lebih jelas mengenai perbezaan kajian kualitatif
dan kuantitatif ketika hendak menghuraikan ulasan kritis. Kajian kualitatif lebih
berdasarkan pandangan pengkaji dan bersifat fleksibel manakala kajian kuantitatif
berdasarkan soal selidik yang telah ditetapkan dari awal dan bersifat realistik. Ini
memberikan peluang kepada saya untuk mengenal pasti kaedah yang lebih sesuai
dengan kehendak kajian saya kelak sekali gus dapat membaiki mutu data kajian. Saya
boleh menggunakan salah satu kaedah ataupun menggabungkan kedua-dua kaedah
kajian ini bagi hasil yang lebih baik.

Di samping itu, pengetahuan daripada artikel ini dapat saya gunakan bagi
melakukan kajian pada masa yang akan datang seperti kajian yang bertujuan untuk
mengetahui cara-cara yang berkesan bagi membentuk disiplin dalam diri pelajar. Hal ini
kerana, isu ini amat dekat dengan diri saya sebagai seorang pelajar sendiri. Ilmu yang
saya timba melalui pembacaan artikel ini, telah membuka mata saya betapa besarnya
peranan seorang guru membentuk sahsiah murid untuk menjadi seseorang yang
berdisiplin dan berwibawa. Tidak kurang juga peranan ibu bapa serta masyarakat saling
berkait dengan pembentukan disiplin seseorang murid itu. Artikel ini membuktikan
bahawa ekosistem yang seimbang dalam sesuatu institusi seperti pendidikan adalah

11
amat besar dan bergantung antara satu sama lain, maka jika kurang salah satu
penglibatan sesuatu item akan terjejaslah ekosistem tersebut.

Akhir sekali, jika saya ingin melakukan kajian seperti ini kelak, saya akan
mengambil artikel kajian ini sebagai panduan kerana artikel ini mempunyai maklumat
yang padat serta mempunyai huraian yang jelas. Penambahbaikkan yang boleh
dilakukan adalah pengkaji boleh melibatkan sekolah-sekolah di seluruh semenanjung
Malaysia serta Sabah dan Sarawak kerana kajian ini hanya dilakukan di kawasan barat
semenanjung Malaysia sahaja. Kemungkinan skor min dan skor z pengurusan disiplin
sekolah akan berubah kerana mempunyai skop populasi yang lebih besar berbanding
dengan kajian ini.

12
RUJUKAN

1. Amirotun Sholikhah. (2016). STATISTIK DESKRIPTIF DALAM PENELITIAN


KUALITATIF. KOMUNIKA: Jurnal Dakwah Dan Komunikasi, 10(2). m.s. 342-362.
Akses pada 15 Mei 2020 dari
http://www.ejournal.iainpurwokerto.ac.id/index.php/komunika/article/view/953.
2. Azlan Behadin, (2013). Etika dalam Penyelidikan. Akses pada 15 Mei 2020 dari
http://myazlanbehadin.blogspot.com/2013/10/etika-dalam-penyelidikan.html.
3. Guarte, J. M., & Barrios, E. B. (2006). Estimation Under Purposive Sampling.
Communications in Statistics - Simulation and Computation, 35(2). m.s. 277-284.
Akses pada 15 Mei 2020 dari
https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/03610910600591610.
4. Hazura Mohamed, Hairulliza M. Judi, Siti Fadzilah M. Nor & Zawiyah M. Yusof.
(2012). Jurang Digital Pendidikan di Luar Bandar: Tahap Literasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi Pelajar. Akses pada 15 Mei 2020 dari
https://www.researchgate.net/profile/Zawiyah_Yusof/publication/289850190_Jura
ng_Digital_Pendidikan_di_Luar_Bandar_Tahap_Literasi_Teknologi_Maklumat_d
an_Komunikasi_Pelajar/links/5754f24708ae02ac1281185d/Jurang-Digital-
Pendidikan-di-Luar-Bandar-Tahap-Literasi-Teknologi-Maklumat-dan-Komunikasi-
Pelajar
5. Jasmi, Kamarul Azmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan
Kualitatitif. m.s. 1-15. Akses pada 15 Mei 2020 dari
https://www.researchgate.net/publication/293097563_Metodologi_Pengumpulan
_Data_dalam_Penyelidikan_Kualitatitif.
6. Mcknight, P. E., & Najab, J. (2010). Mann-Whitney U Test. The Corsini
Encyclopedia of Psychology. Akses pada 15 Mei 2020 dari
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1002/9780470479216.corpsy0524.
7. Mohamad Khair Othman & Asmawati Suhid. (2010). Peranan Sekolah dan Guru
dalam Pembangunan Nilai Pelajar Menerusi Penerapan Nilai Murni: Satu Sorotan.
Akses pada 15 Mei 2020 dari
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23385/Artikel_9.PDF.

13
8. Noor Hidayah Chik Mai. (2010). Masalah Disiplin di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Menurut Perspektif Guru. Akses pada 28 April 2020 dari
http://www.fp.utm.my/epusatsumber/pdffail/ptkghdfwp/noorhidayahap060345d20
10ttp.pdf.
9. Noraini Zulkifli. (2010) Disiplin dan Pelajar. Akses pada 15 Mei 2020 dari
https://www.researchgate.net/publication/326987996_Disiplin_dan_Pelajar.
10. Norhisham. (2018). Penentuan Saiz Sampel. Akses pada 15 Mei 2020 dari
https://www.pascasiswazah.com/penentuan-saiz-sampel/.

14

You might also like