You are on page 1of 14

ULASAN BUKU

“Wacana falsafah ilmu: analisis konsep-konsep asas dan falsafah pendidikan


negara”
FACULTY OF ADMINISTRATIVE SCIENCE AND POLICY STUDIES
(AM228 3C)
PHILOSOPHY AND CURRENT ISSUES (CTU552)

1
JADUAL KANDUNGAN

KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 ULASAN BUKU 4 - 12

3.0 KESIMPULAN 13

4.0 RUJUKAN 14

2
1.0 PENGENALAN

Buku ini membahaskan tentang persoalan ilmu berdasarkan tiga komponen utama dalam
falsafah iaitu ontologi, epistemologi dan aksiologi. Perbincangan tentang ilmu dan thaqafah
(pengetahuan) ini sangat menarik. Adakah ilmu dan pengetahuan satu pengertian yang sama atau
sebaliknya? Atau pengetahuan merupakan terjemahan dari perkataan ilmu. Ada juga pihak yang
berpendapat bahawa pengetahuan biasa (ordinary knowledge) yakni pengetahuan tentang hal hal
biasa saja. Manakala pengetahuan ilmiah (scientific knowledge) iaitu pengetahuan yang tersusun
atau sistematik, serta mempunyai kaedah atau metodologi tertentu yang dapat disebut sebagai
ilmu. Apabila membaca buku ini, teringat sebuah buku, iqtidhe’ al-ilmu al-amal karangan Hafiz
Abe Bakar Ahmad ibn Ali al-Khatib al-Baghdhadi yang membincangkan tentang hakikat ilmu
yang sebenarnya. Tiada makna sekiranya seseorang mengetahui sesuatu tetapi tidak beramal.
Fokus utama kehidupan adalah untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t dengan beramal dengan
segala suruhan dan meninggalkan segala larangan.

Dalam bab pertama, buku ini hanya menjelaskan definisi falsafah imu. Falsafah ini
menghubungkan ilmu dengan segala perkara khususnya dalam kehidupan manusia. Falsafah
ilmu ini merupakan satu bidang pengetahuan yang berteraskan kepada kewujudan dan
perkembangan berdasarkan kepada hubungan falsafah dengan ilmu. Falsafah ini juga,
mempunyai beberapa konsep yang dapat diertikan sebagai sikap kritis dan evalutif
berdasarkankepada sikap-sikap ilmiah, sistematik yang berpangkalkan kepada metodologi ilmiah.
Selain itu, wujud juga sikap konsisten dalam hubungan teori dan tindakan ilmiah.

Seterusnya, dalam bab dua dan bab 3 ialah membahaskan ontology. Ontology
merupakanCabang ilmu falsafah atau metafizik yang berkaitan dengan fitrah makhluk (manusia)
(Kamus Dewan, 2010). Komponen ontologi membahaskan dua aspek iaitu ruang lingkup dan
juga hukum ilmu. Perbahasan diantara ruang lingkup ini mempersoalkan adakah ilmu hanya
terbatas pada persoalan alam fizikal sahaja atau ia juga turutmencakupi alam metafizik.
Persoalan-persoalan ini muncul apabila munculnya kewujudan-hakiki objek tersebut.

Dalam bab empat dan lima ialah epistemology. Buku inn membahaskan dua komponan
utama epistemologi sumber ilmu dan kebenaran ilmu. Terdapat pelbagai aliran dalam
membincangkan permasalahan sumber ilmuseperti aliran rasionalisme, empirisisme,

3
konformisme, intuisionisme dan juga wahyu. Persoalan-persoalan penting ini perlulah dijawab
dalam konteks epistemologi melalui cara bagaimana proses yang memungkinkan ia ditimba
menggunakan ilmu pengetahuan.

Akhir sekali, bab enam ialah membahaskan tentang aksiologi. Komponen aksiologi
menumpukan kepada aspek nilai sesuatu ilmu iaitu sama ada baik atau pun buruk. Ia penting
dalam setiap diri manusia. Umumnya, manusia berbolak-balik antara satu sama dengan lain.
Persoalan-persoalan yang perlu dijawab dalam konteks aksiologi ialah dengan apa ilmu itu
dipergunakan. Penggunaan di antara kaitan dengan cara penggunaan kaedah-kaedah moral.
Penentuan objek yang telah diterapkan melalui pilihan-pilihan moral. Selain itu, perkaitan di
antara teknik prosedur yang dapat dioperasikan berdasarkan metodologi kajian.

2.0 ULASAN BUKU

2.1 BAB 1 KONSEP FALSAFAH ILMU

Dalam buku ini penulis menjelakan bahawa falsafah ilmu dalam al-Qur’an adalah suatu
kajian secara komprehensif tentang ilmu pengetahuan sebagaimana yang disebut dan digalakkan
oleh al-Qur’an. Perbahasan melalui jalur falsafah ilmu yang melibatkan tiga fokus iaitu ontologi
yang disebut juga sebagai metafizik, epistemologi dan aksiologi boleh diibaratkan sebagi suatu
bentuk al-tadayyun. Menurut Zulkiple & Nor Salimah (2006), istilah al-tadayyun atau
penghayatan agama pada kebiasaannya merujuk kepada pelaksanaan dan pengamalan agama
oleh seseorang muslim di dalam kehidupannya, sama ada melibatkan lingkungan pengaruhnya
secara perseorangan atau individu seperti akidah, ibadah dan akhlak atau melangkau keluar
hingga ke ruang kepeduliannya seperti pelaksanaan syariah yang melibatkan individu lain,
keluarga, masyarakat dan negara dengan berasaskan pengetahuan dan kefahaman mengenai
agama. Penulis berpendapat konsep al-tadayyun ini sebenarnya perlu disinonimkan dengan apa
yang disebut falsafah ilmu dalam al-Qur’an. Cakupan umum mengenainya adalah seperti yang
dinyatakan oleh Yahaya Jusoh dan Azhar Muhammad (2012) bahawa falsafah ilmu dalam
alQur’an menjelaskan aspek pengertian ilmu berdasarkan prinsip falsafah iaitu secara semantik,
etimologi, terminologi, metodologi, teori falsafah ilmu dalam al-Qur’an, aksiologi, serta
diintegrasikan dengan sains Islam. Menurut al-Syaibani, ilmu ditakrifkan sebagai sesuatu yang
bersifat jelas, pasti, tepat dan tiada unsur kekeliruan serta kesamaran (Yahaya Jusoh dan Azhar

4
Muhammad, 2012). Penulis berpendapat falsafah ilmu yang berpaksikan sumber rujukan
keagamaan di dalam Islam selari dengan perspektif idealisme dan materialisme. Menurut George
R. Knight, beliau menghuraikan bahawa idealisme pada mulanya adalah suatu penekanan pada
realiti idea gagasan, pemikiran, akal fikiran daripada suatu penekanan pada objek-objek dan
daya-daya materi. Idealisme menekankan akal fikiran (mind) sebagai hal dasar atau lebih dahulu
ada (wujud) bagi materi, bahkan menganggap bahawa akal fikiran adalah sesuatu yang nyata,
sedangkan materi adalah akibat yang ditimbulkan oleh akal fikiran. Manakala golongan
materialisme berpendapat bahawa materi adalah nyata ada, sedangkan akal fikiran (mind) adalah
sebuah fenomena pengiring (Rusdi, 2013). Meskipun demikian, idealisme tidak mengingkari
adanya materi. 5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference (MFIFC 2019) KUIS, 24
September 2019 311 Falsafah ilmu melibatkan; pertama, ontologi iaitu teori tentang ‘ada’,
tentang apa yang difikirkan, yang menjadi objek pemikiran; kedua, epistemologi adalah teori
pengetahuan iaitu perbahasan mengenai bagaimana cara mendapatkan ilmu pengetahuan dari
objek yang difikirkan dan ketiga, aksiologi iaitu teori tentang nilai yang menerangkan manfaat,
kegunaan mahupun fungsi dari objek yang difikirkan itu (Roziq Syaifudin, 2013). Oleh kerana
itu, menurut Mujamil Qomar ketiga-tiga elemen ini biasanya disebutkan secara berturutan, mulai
dari ontologi, epistemologi dan aksiologi. Dengan gambaran yang sederhana dapat dikatakan ada
suatu yang perlu difikirkan (ontologi), lalu dicari cara-cara memikirkannya (epistemologi),
kemudian timbul hasil pemikiran yang memberikan manfaat atau kegunaan (aksiologi) (Roziq
Syaifudin, 2013). Hal ini kerana, ketidakfahaman secara berturutan terhadap falsafah ilmu secara
umum ini boleh membawa kelompangan nilai dan peranan falsafah ilmu terhadap syariah Islam.
Sebagai contoh, akibat tidak memahami konteks dan konsep ontologi yang murni tidak akan
membawa kepada pemerolehan epistemologi yang sempurna, akhirnya kekurangan ini tidak
mampu mencapai tahap aksiologi falsafah ilmu atau intipati falsafah itu sendiri.

2.2 BAB 2 ONTOLOGI (1): HAKIKAT ILMU

Dalam buku ini juga menceritakan sedikit sebanyak tentang Ontologi. Ia membincangkan
tentang falsafah dalam aspek ontologi dan mempersoalkan kaedahnya. Dalam ontologi, ilmu
pengetahuannya adalah terbatas dari segi pengalaman empirical kerana ia hanya pada natural dan
alam materia sahaja. Ada dua kategori besar masalah yang dihadapi oleh manusia iaitu masalah
asasi dan masalah negara. Ia meliputi tentang persoalan social, politik, ekonomi dan lain-lain

5
yang merupakan lapangan ilmu pengetahuan. Ciri yang telah ditekankan dalam buku ini dalam
ruang lingkup ilmu ialah keterbatasan persoalan yang dihadapinya, konsep bebas-nilainya, dan
tiga pendapat aliran yang berbeza iaitu aliran yang berteraskan semanagat dualism, aliran yang
bertolak daripada pendekatan interdisiplin dan prinsip integrasi.

Persoalan yang dimaksudkan ini juga merujuk kepada persoalan metafizik yang
membawa maksud after or beyond physics iaitu selpas atau luar fizik. Apabila persoalan relaiti
menyentuh tentang alam fizik, ia dapat diketahui melalui kaedah pengalaman empirikal. Antara
isi penting atau persoalan yang berhubung kait dengan aspek metafizik seperti masalah takdir,
ketuhanan, roh atau jiwa, jasada dan akal, perubahan dan keabdian dan asal-mula dan akhir
sesuatu. Dalam buku ini menyentuh tentang perkara teori ontologi Plato. Plato ini dibahgikan
kepada dua dunia iaitu dunia yang bersifat abadi dan spiritual dan dunia inderawi yang bersifat
berubah dan material. Dunia inderawi dapat diketahui melalui sumber emprikal yang
membolehkan kita memahami sesuatu idea dengan sumber rasional. Falsafah Plato dapat
dikembangkan tetapi dalam bentuk yang berbeza dengan falsafah metafizik.

Selain itu, dalam bahagian ontologi ini juga menjelaskan tentang klasifikasi ilmu
berdasarkan tamadun ilmu di Barat menurut Aristotle. Beliau membahagikan ilmu kepada dua
jenis iaitu Ilmu Teoritikal dan Ilmu Praktikal. Pembahagian ilmu merupakan pendapat Aaristotle
yang berpengaruh dan terkenal kerana ia berunsur ilmu puisi yang dapat disaksikan pada
karyanya iaitu Rhetoric dan Poetics. Konsep Aristotle ini telah meninggalkan kesan yang besar
selepasnya dan disambut baik oleh ahli falsafah Islam seperti al-Farabi, al-Kindi. Ilkhwan al-Safa
dan Ibnu Sina. Aristotle juga mempunyai pendapat lain tentang ilmu yang telah memberi impak
besar kepada tamadun lain. Antara klasifikasi ilmu yang terkenal dalam Islam ialah Ilmu
Sya’iyah (Religious sciences), Ilmu Aqliyah, Ilmu Abadi, Ilmu Perolehan dan banyak lagi.

2.3 BAB 3 ONTOLOGI (2): HAKIKAT ILMU

Seterusnya ialah, dari segi hukum ilmu. Dalam falsafah ilmu, antara persoalan yang besar
yang dipertimbankan dalam buku ini ini ialah tentang hukum sebab-akibat yang tetap dan
meramalkan kejadian masa depan atau sebelum nya berlaku. Menurut Windelband, terdapat dua
jenis ilmu iaitu ilmu idiografik dan ilmu nomotetik. Ilmu nomotetik ini berunsrkan ilmu sains
fizikal dan sains tabii yang dikatakan mempuunyai pola hukum yang bersifat sejagat dan umum.

6
Istilah hukum ini berdasarkan sebab dan akibat (cause and effect) yang tetap. Dengan
sifat yang sebegini maka manusia dapat membuat ramalan terhadap sesuatu tentang perkara yang
akan datang. Prinsip saintifik ini dibahagikan kepada dua jenia iaitu Deductive-nomological and
Inductive-nomological.

Prinsip Humanistik juga telah ditekankan juga dalam buku ini yang berasaskan bidang
kemanusian dan sains social yang terbahagi kepada dua iaitu

1. Penjelasan genetik/historical
2. Penjelasan fungsional/teologikal

Penjelasan genetic yang dinamakan historical ini dikaitrapat dengan kejadian masa lalu
seperti kejadian tumbuhan dan haiwan atau perkembangan tentang politik dan ekonomi
manakala penjelasan tentang funsional atau teleological ia merujuk kepada tujuan tertentu seperti
menjawap tentang soalan kenapa dan mengapa. Sebagai contoh, adat kebiasaan tradisi orang
Plinesia dan Melanesia dan fungsinya. Dua prinsip saintifik tersebut digunakan dalam penjelasan
terhadap isu sains social seperti sosiologi, psikologi, antropologi dan sebagainya. Ini merujuk
kepada ilmu masyarakat dan ilmu kemanusiaan.

Selain prinsip humanistic, buku ini juga menjelaskan tentang prinsip holistic. Ia
menjelaskan tentang memahami, atau menjelaskan fenomena dan gejala yang berlaku didunia.
Kedua-dua prinsip ini mempunyai kebaikan dan kelemahannya yang tersediri, oleh itu kedua-
kedua prinsip ini dapat juga diterima seperti menerima sikap yang terbaik seperti prinsip elektif,
humanistic yang berusur kan sains fizikal dan tabii untuk membantu dan meminjam baru
keseimbangan dan mengelak berat seblah kepada prinsip yang tertentu.

2.4 BAB 4 EPISTEMOLOGI (1): SUMBER ILMU

Dalam kajian falsafah ilmu, aspek epistemologi merupakan persoalan yang sangat utama.
Menurut E.Cooper berasal daripada perkataan Greek ‘episteme’ yang bermaksud pengetahuan
dan logos yang bermaksud teori. Epistemologi ialah teori tentang pengetahuan terutamanya
berkaitan dengan kajian kritis tentang kesasihan, kaedah dan skop sesuatu pengetahuan.

7
Perbincangan epistemologi dalam islam umumnya menurut Al-Attas, Al-Ghazali, Ibn Khaldun,
Nasr dan Zuraidah Othman menyentuh aspek sumber keilmuaan yang merupakan dasar kepada
pembinaan elemen ilmu yang lain dan hanya melalui sumber ilmu yang benar. Aliran
epistemologi telah dibahaskan ia bersifat ghaib dan subjektif. Selepas persoalan sumber ilmu
pengetahuan, terdapat tiga teori klasik tentang kebenaran iaitu:

1. Teori kebenaran Korespondensi


2. Teori kebenaran Koherensi
3. Teori Kebenaran Pragmatik

Perbincangan usul al-fiqh itu sendiri tersusun secara specifiknya merangkumi elemen
falsafah ilmu iaitu mengenai apa (ontologi), bagaimana (epistemologi), dan untuk apa (aksiologi).
Hasilnya, ahli fiqah telah melanjutkan perbincangan berkaitan dengan peranan akal ini di dalam
beberapa bahagian yang khusus :

Pertama, penerangan yang terperinci tentang sumber hukum tambahan lain yang timbul
daripada sumber hukum ‘aqli ini. Antaranya adalah qiyas, ijma’, istihsan, sadd al-dzara’i,
masalih al-mursalah dan seterusnya. Kedua, ahli fiqah telah memperkemaskan lagi penerangan
tentang autoriti dan peranan akal terpimpin yang lebih dikenali dengan ijtihad, yang
kemudiannya dianggap sebagai unsur yang tidak dapat dielakkan di dalam sistem perundangan
Islam. la disokong dengan beberapa perkara :

1. Al-Quran dan hadis atau sunnah adalah sumber asas untuk system fiqh Islam adalah
penggunaan intelektual umat manusia
2. Teks kandungan Al-Quran dan hadia yang berkaitan dengan perkara perundangan amat
terbatas. Ijtihad telah diperkenalkan dan dianggap sebagai mampu untuk bertindak
menyelesaikan masalah ini
3. Dakwaan bahawa sistem fiqh Islam sebagai lengkap dan sesuai untuk sebarang tempat,
keadaan dan zaman, walaupun berhadapan dengan perubahan dan kehidupan manusia
yang sentiasa berubah

Ketiga, penggunaan akal perlu dikawal sepenuhnya agar ia tidak terlalu bebas.
Pendekatan ini boleh dilihat dari kupasan ahli fiqah yang menyentuh persoalan ruang lingkup,
objektif dan fungsi sistem perundangan Islam. Kebanyakan ahli fiqah membahagikan hukum

8
Islam kepada bidang ‘ibadah dan mu’amalah. Bidang ‘ibadah serta strukturnya secara khusus
diterangkan di dalam sumber wahyu dengan terperinci dan ia tidak membuka ruang yang luas
untuk akal manusia campur tangan. Manakala bidang mu’amalah yang pada kebiasaannya
banyak bergantung kepada keadaan hidup yang sentiasa berubah telah diberi ruang yang luas
kepada akal manusia.

Berasaskan kerangka inilah, epistemologi hukum Islam didirikan dan dibincangkan.


Meskipun Islam sangat memperhatikan dan memuliakan akal, tetapi tidak menyerahkan segala
sesuatu kepada akal, bahkan Islam membatasi ruang lingkup akal sesuai dengan kemampuannya,
kerana akal terbatas jangkauannya, tidak akan mungkin mampu menggapai hakikat segala
sesuatu. Maka Islam memerintahkan akal agar tunduk dan melaksanakan perintah syarak
walaupun belum sampai kepada ‘hikmah’ dan ‘sebab’ dari perintah itu

2.5 BAB 5 EPISTEMOLOGI (2): KEDAH ILMU

Kaedah termasuk dalam perbahasan tentang falsafah imu, terutama dalam aspek
epistemologi ilmu. Ini kerana ia merupakan pembahasan tentang sumber dan kebenaran ilmu.
Perbahasan tentang bagaimana mendapatkan pengetahuan dan cara kerja ilmu pengetahuan inilah
yang termasuk masalah kaedah atau metode ilmu. Ini kerana istilah metode secara etimologi
berasal daripada kata Yunani meta bermaksud langkah yang diambil untuk mencapai
pengetahuan yang benar atau proses memperoleh pengetahuan dalam pelbagai jenis

Pertama, Kaedah Deduktif bermaksud penalaran daripada kesimpulan atau rumusan


umum kepada kes-kes khusus. Sejarahnya, ia berkait rapat dengan logik klasik bukan dengan
logic moden. Ini kerana logik klasik lebih banyak menggunakan kaedah deduksi sedangkan logik
moden lebih menekankan kaedah induksi. Dengan itu, apabila ditekankan aplikasi kaedah
deduksi dalam ilmu logic, mak maksudnya ialah logic atau mantik klasik. Perkataan deduksi
berasal daripada istilah Latin de daripada dan ducere ialah memimpin kearah yang bermakna
memimpin dari sesuatu ke sesuatu kesimpulan. Kaedah deduktif asas kepada perkembangan
mantik dan matematik, bahkan juga dalam bidang ilmu lainnya yang tidak dapat dihuraikan

Kedua, kaedah induktif ialah penalaran daripada kes khusus kepada kesimpulan atau
rumusan umum. Jelasnya ia merupakan sistem penalaran yang menelaah prinsip penyimpulan
yang sah daripada sejumlah hal khusus kepada suatu kesimpulan yang bersifat barangkali. Di

9
dunia barat kaedah induktif berkembang sebagai reaksi terhadap dominasi logic klasik yang
berasaskan kaedah deduksi. Antaranya, ialah dengan cara memakai kaedah logic reduction ad
absurdum, iaitu kaedah pembuktian secara percanggahan.

Ketiga, kaedah hipotetiko-Deduktif ialah apabila sesuatu hipotesis atau teori dibuktikan
salah maka ia ditinggalkan dan digantikan oleh hipotesis atau teori baru. Jadi di sini berlaku
proses pengurangan atau penghapusan kesalahan. Selama sesuatu hipotesis atau teori itu lulus
dalam proses falsifikasi, maka selama itulah ia akan terus bertahan. Terdapat dalam bentuknya
yang tersusun. Berdasarkan sususan seperti ini jelas yang ia bertolak daripada hiotesis am secra
induktif hingga membentuk kesimpulan tertentu. Anataranya adalah seperti berikut :

1. Merangka hipotesis am
2. Menyimpulkan pernyataan tertentu daripadanya
3. Pernyataan ini diperiksa melalui pemerhatian dan ujikaji. (emprikal)

Keempat, sumber ilmu pengetahuan bukan hanya melalui akal (rasional) dan pancaindera
(empirikal) sahaja bahkan juga melalui ilham (intuisi) dan wahyu. Jika persoalan alam dan
manusia dipakai kaedah deduksi (al-istinbat) dan induksi (al-istiqra) maka dalam persoalan
ketuhanan sudah tentu menggunakan kaedah yang berasakan wahyu, yang dikenali sebagai
kaedah Rabbani atau manhaj al-Rabbani. Mengenai sumber wahyu, perkara ini telah dibahaskan
sebelumnya. Tetapi dari segi kaedahnya, ilmu wahyu merangkumi cara mempelajari ilmu al-
quran, ilmu hadith, ilmu bahasa arab dan ilmu fiqh. Bagaimanapun, kaedah Rabbani lebih
merujuk kepada manhaj sufi bermatlamat kea rah mengenali Allah melalui jalan mengenali diri.
Kaedah Rabbani lebih menekankan usaha pembersihan jiwa serta amal ibadah seperti zikir dan
wirid.

2.6 BAB 6 AKSIOLOGI 1: NILAI ILMU

Dalam buku Wacana Falsafah Ilmu, Aksiologi juga diterangkan oleh Abdul Rahman Haji
Abdullah. Terdapat nilai ilmu dan tanggungjawab ilmuan dalam Aksiologi. Aksiologi atau teori
nilai adalah menumpukan kepada aspek nilai sesuatu ilmu iaitu sama ada baik atau pun buruk. Ia
penting dalam setiap diri manusia. Umumnya,manusia berbolak-balik antara satu sama dengan
lain. Persoalan-persoalan yang perlu dijawab dalam konteks aksiologi ialah dengan apa ilmu itu
dipergunakan. Penggunaan di antara kaitan dengan cara penggunaankaedah-kaedah moral.

10
Penentuan objek yang telah diterapkan melalui pilihan-pilihan moral. Menurut S. Suriasumantri
bahawa aksiologi sebagai teori nilai yang berkaitan dengan kegunaan dari pengetahuan yang
diperoleh. Aksiologi ilmu ialah mampu menilai kepentingansesuatu ilmu dalam usaha menyusun
atur sistem pengajian dan keilmuan di pelbagai peringkat pengajian.

Kedudukan nilai dalam perjalanan Tamadun Manusia. Tamadun yang berbeza


menunjukkan kepentingan nilai ilmu yang berbeza. Sebagai contohnya, Tamadun Yunani Sparta
yang mementingkan ilmu ketenteraan dan latihan fizikal. Dasar pendidikan negara digubal
berdasarkan kepentingan semasa dan bukannya kepentingan abadi. Contoh, universiti ialah pusat
ilmu. Nilai pasaran semasa yang berasaskan kepada nilai pramagtisme atau utilitarianisme.
Terbahagi kepada dua aspek nilai iaitu nilai kebendaan dan nilai kerohanian. Contoh nilai
kebendaan adalah autoritarianisme iaitu nilai kuasa mutlak, hedonisme, utilitarianisme dan
pragmatisme. Contoh bagi nilai kerohanian adalah nilai agama, nilai moral dan nilai ilmu.

Dalam sejarah Tamadun Islam, kedudukan ilmu dan para ilmuan sangat dimuliakan.
Agama Islam mempunyai prinsip sendiri tentang konsep hierarki. Terdapat hukum konsep nilai
dalam Islam adalah berasaskan prinsip Al- Ahkam al Khamsah iaitu wajib fardu bermaksud
mesti diamalkan, sunat, mubah, makruh dan haram. Terdapat pula tiga keperluan iaitu daruriyat ,
Hajiyat dan Tahsiniyat. Daruriyat adalah keperlaun untuk kehidupan manusia. Keperluan nini
meliputi pemeliharaan terhadap lima perkara iaitu agama, jiwa, akal, dan kehormatan. Hajiyat
adalah untuk meringankan bebanan hidup manakala tahsiniyat adalah untuk sebagai
penyempurnaan.

Menurut Abdul Rahman Abdullah (2005), ilmuan adalah mereka yang berilmu
pengetahuan sama ada ilmu akal atau ilmu agama, sama ada terdidik secara formal atau tidak
formal. Terbahagi kepada dua iaitu Ilmuan terpuji dan ilmuan tercela. Ilmuwan terpuji ialah
ilmuwan yang berfungsi dan menunaikan tanggungjawabnya termasuklah tanggungjawab moral
dan sosial. Tanggungjawab moral ialah melaksanakan kegiatan keilmuan dengan jujur,gigih yang
berpaksikan kebenaran, tidak berkepentingan diri serta bersandarkan kepada kekuatan hujah.
Tanggungjawab sosial bermaksud sentiasa memikirkan permasalahan masyarakat dan mencari
jalan penyelesaiannya.

11
Ilmuan terpuji dari perspektif Islam adalah golongan ulama yang berkewajipan untuk
memelihara kesucian Islam dan menyampaikan ilmu yang diwarisi oleh para nabi dan rasul.
Contoh, ciri utama yang perlu ada dalam ilmuwan Islam adalah takut kepada Allah S.W.T.
Ilmuan tercela adalah golongan yang tidak bertanggungjawab atau tidak berfungsi dari segi
moral dan sosial mahupun agama. Ilmuwan yang tidak bertanggungjawab dikenali sebagai ulama
al-su'. Seorang ilmuan mempunyai tanggungjawab sosial, moral dan keagamaan yang terpikul
dibahunya. Proses menemukan kebenaran secara ilmiah mempunyai implikasi etika bagi
seseorang ilmuan.

12
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, Wacana falsafah ilmu merupakan pemikiran yang lebih kepada reflektif iaitu
persoalan berkaitan perkara yang berlandaskan dengan ilmu dan pengetahuan. Falsafah inimengh
ubungkan ilmu dengan segala perkara khususnya dalam kehidupan manusia. Falsafahilmu ini
merupakan satu bidang pengetahuan yang berteraskan kepada kewujudan
dan perkembangan berdasarkan kepada hubungan falsafah dengan ilmu. Ilmu sangat penting
kepada setiap kehidupan manusia. Berdasarkan buku yang ditulis oleh Abdul Rahman Haji
Abdullah. Beliau banyak menerangkan tentang tiga komponen utama dalam falsafah iaitu
ontologi, epistemologi dan aksiologi agar dapat memahami setiap komponen tersebut.

Sumber ilmu banyak, bertingkat - tingkat kebenarannya dan saling melengkapi. Oleh
yang demikian, ilmu falsafah itu penting kepada manusia yang ingin mencari kebenaran.
Kebenaran yang cuba dicapai tersebut tidak semestinya akan diperolehi. Ia memerlukan kepada
beberapa syarat dan kemampuan untuk mencapainya. Akan tetapi, ini tidak menghalang
seseorang untuk mempelajarinya.

13
4.0 RUJUKAN

Haji Abdullah, A. R. (2005). Wacana Falsafah Ilmu: Analisis konsep-konsep asas dan falsafah
pendidikan negara. Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Mohd Yusof Ibrahim (2009) Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

Azhar Muhammad, Yahaya Jusoh (978-983-52-1286-4) Falsafah Ilmu dalam Al–Quran:


Ontologi, Epistemologi, dan Aksiologi : General Academics , Islam

Protasius Hardono Hadi, Kenneth T. (2005) Epistemologi, filsafat pengetahuan. Percetakan


Kanisus

Dr. Sehat ( 2018) Ontologi Pendidikan Islam: Mengupas Hakikat Pendidikan Islam : Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd.

14

You might also like