You are on page 1of 8

FAKULTI SAINS SOSIAL

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

SESI 1 2021/2022

PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING


(SPP 1023)

TAJUK TUGASAN:

ULASAN ARTIKEL JURNAL

DISEDIAKAN UNTUK:
PN.SUZYLIANA BT MAMAT

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR NO.MATRIK


MUHAMMAD FAIZAL BIN ZULKIFLI B2110031

IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI (KEPUJIAN)

SEMESTER 1
ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S
Pengenalan 3
Maklumat Jurnal dan Maklumat Pengkaji 4
Bahagaian A : ULASAN MENYELURUH 4-5
Bahagaian B : PENDAPAT PENGULAS 6
Bahagaian C : RUMUSAN 7
Kesimpulan 7
Sumber Rujukan / Lampiran 8

2
Pengenalan

Masalah yang sering ada dihadapi dalam diri sesorang adalah sikap marah yang tidak
terkawal. Masalah ini jika tidak ditanggani dengan sebaik mugkin akan memberi kesan yang
buruk didalam kehidupan seseorang itu. Kesan daripada itu, institusi kekeluargaan akan berada
dalam keadaan yang tidak sihat dan tidak stabil untuk maju.

Bagi menghasilkan insan yang berkualiti tinggi agar dapat memberi sumbangan yang
terbaik dalam pembangunan negara. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting sebagai
pusat yang melatih dan melahirkan insani yang berkualiti.

Menjadi tanggungjawab seorang pendidik bukan sahaja memastikan pencapaian


akedmik semata-mata yang diutamakan. Penekanan dan perhatian juga perlu dibuat dari sudut
emosi murid-murid kerana emosi akan membentuk kepada tingkah laku seseorang.

Masalah yang menjadi tumpuan utama dalam pembentukan emosi murid ini adalah
sikap marah atau kes-kes kemarahan yang dialami oleh murid telah menjadi tumpuan utama
oleh pengkaji. Pengkaji cuba melihat kaedah-kaedah yang selalu digunapakai oleh guru-guru
pembimbing dan kaunseling dalam mengatasi masalah kemarahan di kalangan murid di
sekolah.

Melihat kepada kepentingan kajian, saya memilih jurnal ini untuk melihat lebih
mendalam lagi tentang bagai mana masalah ini dikedalikan oleh guru-guru kaunseling dan
pembimbing. Semoga saya dapat menimba pengetahuan baru dalam ilmu kaunseling dan
bimbingan.

3
Tajuk Artikel : Intervensi Kaunseling dalam Menangani Kemarahan Murid Sekolah

Nama Penulis dan Maklumat Latar Belakang : Nor Shafrin Ahmad, Profesor Madya dalam
bidang psikologi Kaunseling di Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Tajuk Artikel dan Maklumat berkaitan : Intervensi Kaunseling dalam Menangani Kemarah
Murid Sekolah, 1 Mac 202, Jurnal Dunia Pendidikan, Vol. 3, No. 1, 57-66

Bahagian A : ULASAN ARTIKEL JURNAL

Latar Belakang Penelitian :

Kemarahan merupakan bentuk emosi asas yang dimiliki oleh setiap individu kesan
daripada tindak balas emosi dengan suasana sekeliling. Individu akan bertindak balas secara
agresif secara fizikal jika mana berada dalam keadaan marah. Kesan daripada marah ini akan
membawa kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku seseorang. Individu yang tidak dapat
melepaskan kemarahan menyebabkan berlakunya kemurungan, malu kerana rasa bersalah,
kebimbangan atau keletihan. Terdapat beberapa teori yang digunakan oleh para guru
kaunseling dalam berhadapan dengan murid-murid yang mempunyai masalah ini. Selain itu
beberapa strategi kaunseling yang digunakan oleh para guru pembimbing dalam
mengendalikan isu kemarahan dikalangan murid sekolah.

Teori Utama yang Digunakan :

Teori Rasional Emotif Tingkah laku (REBT) dan mengaplikasikan pendekatan Kognitif
Tingkah laku (CBT) dalam mengendalikan kes kemarahan murid.

Metod Penelitian :

Jurnal ini menggunakan pendekatan kajian tinjauan secara deskriptif dimana data
dikumpul dengan mengunakan soal selidik soalan terbuka. Keseluruhan dapatan dianalisis
menggunakan analisis tematik bagi menjawab objektif-objektif jurnal.

4
Sampel Penelitian :

Peneliti membuat pemilihan responden secara pensampelan bertujuan iaitu guru


bimbingan dan kaunseling yang terlibat dalam mengendalikan kes kemarahan murid sahaja
dipilih dalam kajian. Kawasan kajian dijalankan di zon utara semenanjung Malaysia yang
melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pualau Pinang. Seramai 179 orang guru bimbingan dan
kaunseling yang dipilih bagi kajian, 39 orang dari Perlis, 56 orang dari Kedah. 39 orang dari
Perak dan 45 orang dari Pulau Pinang. Secara keseluruhan, 74.3% adalah guru bimbingan dan
kaunseling wanita dan 25.7% adalah guru bimbingan dan kaunseling lelaki yang terlibat. Tiga
maklumat utama yang ingin diperolehi oleh peneliti dalam soal selidik terbuka, iaitu demografi
seperti jantina, intervensi kepada pendekatan kaunseling atau teori digunakan, strategi,
kemahiran dan teknik yang digunakan dalam menangani kemarahan murid.

Hasil yang Diperolehi :

Demografi daripada penelitian, mendapati majoriti guru bimbingan dan kaunseling di


sekolah zon utara semenanjung Malaysia adalah terdiri daripada guru wanita iaitu seramai 133
orang bersamaan 74.3% berbanding guru lelaki hanya 46 orang sahaja iaitu sebanyak 25.7%
sahaja daripada keseleruhan jumlah guru bimbingan dan kaunseling di sekolah zon utara
semenanjung Malaysia.

Peneliti mendapati daripada dapatan soal selidik terbuka, terdapat beberapa teori yang
digunakan oleh para guru bimbingan dan kaunseling. Antara teori yang paling kerap digunakan
adalah Teori Rasional Emotif Tingkah Laku dengan 76% yang memilih menggunakan teori
ini. Penelitian juga mendapati tiga teori yang tidak digunakan dalam mengendalikan kes
kemarahan murid di sekolah. Teori itu adalah Teori Transaksional Analisis 91.6%, Teori
Psikoanalisis dan 87% Teori Psikologi individu.

Rata-rata guru bimbingan dan kaunseling iaitu sebanyak 95% dari keseluruhan dapatan
menggunakan strategi kaunseling individu dalam mengendalikan kes kemarahan murid
sekolah. Teknik yang sering digunakan oleh kebanyak guru bimbingan dan kaunseling adalah
asas kaunseling dalam mengendalikan kes ini.

5
Bahagian B : PENDAPAT

Banyak yang menggunakan pendekatan CBT dan REBT kerana telah terbukti akan
keberkesanan untuk mengatasi dan membantu murid dengan kes kemarahan. Jika dilihat
kebanyakan guru bimbingan dan kaunseling menggunakan Teknik asas dalam mengendalikan
kes kemarahan ini. Berbading dengan beberapa Teknik lain hanya segelitir sahaja daripada
guru pembimbing menggunakan. Hal ini pada pendapat saya tindakan ini merupakan kerugian
kepada guru dan boleh menyebabkan kebantutan perkembangan ilmu kaunseling. Dimana
seharusnya, selaku kaunselor kita perlu juga mempraktik pelbagai teknik dalam kontek
menghormati teknik yang ada. Peneliti juga ada menyarakan supaya guru bimbingan dan
kaunseling sentiasa menambahbaik dan mempelbagaikan pengetahuan dan kemahiran mereka.

Dari segi kerugian kepada murid atau klien pula, walaupun mereka dapat
menguruangkan kemarahan mereka, tetapi kita mungkin terlepas pandang akan masalah-
masalah lain akan terjadi kepada mereka atau yang sedang mereka hadapi. Seperti contoh
mereka mempunya masalah gangguan emosi yang teruk dan menjadi kerugian kepada guru
dan murid jika tidak dikesan lebih awal.

Saya sangat bersetuju dengan penulis dalam kajian ini, disebalik objektif utama
penelitian yang dilakukkan, kita dapat menilai sejauh mana unit kaunseling dan bimbingan di
sekolah dapat membantu dalam membina masyarakat yang berkualiti kepada negara.

6
Bahagaian C : RUMUSAN

Penelitian-penelitian seperti ini sememang patut dijalankan sentiasa bagi memastikan


kualiti perkhidmatan kaunseling dapat dinaik taraf dan fungsi kaunseling dalam masyarakat
dapat digunakan sepenuhnya dalam membantu negara kita menjadi negara maju disamping
masyarakat yang berkualiti.

Berdasarkan kepada hasil ulasan jurnal ini, saya memperolehi ilmu pengetahuan
tentang teori-teori yang selalu digunakan oleh kebanyak guru kaunseling dan bimbingan, iaitu
teori Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT) dan pendekat Kognitif Tingkah laku (CBT).
Selain itu juga, saya dapat mengetahui fungsi kegunaan teori tersebut dan peratusan
keberkesanan akan sesuatu teori tersebut.

Menjadi satu persoalan dan tarikan kepada saya pula adalah, kenapa teori-teori lain
seperti Teori Transaksional Analisis, Teori Psikoanalisis dan Teori Psikologi individu tidak
langssung digunakan dalam mengendalikan kes-kes murid disekolah. Hal ini, membuat saya
tertarik untuk membuat bacaan lanjutan terhadap teori-teori tersebut. Menjadikan saya ingin
mencari tahu apakah faktor-faktor yang menyebabkan teori tersebut kurang digunakan dalam
menangani masalah tersebut.

Cara penganalisis membuat ulasan atau laporan juga amat mudah difahami dengan
susunan ayat yang teratur dan maklumat yang jelas. Isi-isi yang ingin disampaikan oleh
pengkaji dapat saya fahami dengan mudah. Ini membuat saya tertarik untuk melakukkan kajian
dimasa hadapan.

Kesimpulan

Ulasan kajian seperti ini perlu dijadikan satu amalan kepada semua pelajar peringkat
sarjana muda tidak kira dalam semua bidang, agar pendedahan awal dapat diberi kepada bakal
pengkaji untuk membuat kajian pada masa hadapan.

Namun dengan itu, bimbingan dan dorongan dari pihak pengajar atau pensyarah amat
diperlukan dalam membentuk bakal pengkajian ini. Supaya, kami pelajar-pelajar sarjana muda
dapat melihat akan kepentingan ilmu kajian dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ada.

Kaedah ini selain dapat memberi gambaran awal kepada bakal pengkaji, ianya juga
dapat menambahkan pengetahuan dalam sesuatu displin ilmu. Selain itu juga, dapat memupuk
semangat kedalam diri bakal pengkaji.

7
Sumber Rujukan

AHMAD, Nor Shafrin. Intervensi Kaunseling dalam Menangani Kemarahan Murid


Sekolah. Jurnal Dunia Pendidikan, [S.l.], v. 3, n. 1, p. 57-66, mar. 2021. ISSN 2682-826X.
Available at: <https://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd/article/view/12556>. Date
accessed: 25 sep. 2021.

You might also like