You are on page 1of 6

ULASAN ARTIKEL DALAM JURNAL

Name : : MOHD JIFRI BIN ASAKIL No telefon : 0128195325



No pelajar : MT 1315521 E-mail :Badjau_man84@yahoo.com
Tajuk artikal : Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara
mengalami

Nama penulis dan maklumat latar belakang : Ruhani binti Mat Min , Universiti
Malaysia Terengganu

Tajuk Artikel dan Maklumat Berkaitan: Jurnal Kemanusiaan bil. 13, Jun 2009
Tarikh Tugasan diserahkan:
ULASAN

1. Pengenalan
jurnal ini di terbitkan adalah untuk mengetahui sejauh manakah budaya sekolah serta
persekitaran nya mempengaruhi pembelajaran dan pengajaran seorang guru pelatih
bimbingan dan kaunseling yang di tugaskan ke sekolah untuk membuat latihan
praktikal dan kesan nya terhadap pengetahuan dan pengalaman yang bakal di perolehi
di sekolah yang mempunyai budaya menerima bimbingan dan kaunseling sebagai
salah satu aktiviti yang menyokong perkembangan murid atau budaya sekolah yang
tidak menerima sepenuhnya aktiviti bimbingan dan kaunseling ini.



2.2. Pendapat Pengulas

isu utama yang di bangkitkan oleh penulis adalah kesan budaya sekolah kepada
pengalaman dan pembelajaran kepada guru pelatih bimbingan dan kaunseling
yang menjalankan aktiviti perkembangan murid di sekolah serta cabaran
semasa berada di persekitaran sekolah, walaupun begitu mereka juga
memperolehi kepuasan, khususnya apabila dapat menyelesaikan tugasan yang
telah ditetapkan.

isu yang menarik dalam penulisan jurnal ini adalah penulis melihat terdapat
kesan terhadap pembelajaran dan pengalaman yang berbeza kepada pelatih
yang menjalan kan latihan praktikum di sekolah yang mengamalkan budaya
menerima bimbingan dan kaunseling sebagai pembentuk perkembangan murid
atau sekolah yang tidak menerima sepenuhnya khidmat bimbingan dan
kaunseling. selain itu penulis juga menyenaraikan 9 buah sekolah yang hasil
kajian nya menunjukkan keputusan yang berbeza antara satu sama lain iaitu
Sebanyak tujuh daripada sembilan buah sekolah yang terlibat dalam kajian ini
menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti yang disediakan
untuk pelajar. Dua buah sekolah iaitu Sekolah Megah dan Sekolah Besta, tidak
menerima perkhidmatan kaunseling. Penerimaan perkhidmatan kaunseling boleh
dilihat dari segi bilik untuk unit kaunseling serta kemudahan di dalam bilik
berkenaan. Keadaan fizikal berkenaan melambangkan budaya sekolah. Isu
penerimaan ini juga dapat dilihat apabila pelajar dibenarkan untuk
menggunakan perkhidmatan kaunseling semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran. Dua buah sekolah daripada sembilan sekolah yang terlibat di
dalam kajian ini tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling sebagai
salah satu aktiviti yang disediakan kepada pelajarnya. Maksud tidak menerima
sepenuhnya adalah kemudahan seperti bilik kaunseling yang sempit, serta masa
penggunaan perkhidmatan kaunseling hanya terhad di luar waktu pengajaran
dan pembelajaran sahaja.

isu yang di bangkitkan oleh penulis adalah sangat releven kerana Peranan
kaunselor di sekolah semakin mencabar berdasarkan pelbagai masalah yang
dihadapi murid dan anggota masayarakat. Secara menyeluruh dan hampir 75%
masalah kesihatan mental murid-murid sekolah adalah disokong melalui
pelbagai intervensi di sekolah (Burn & Hoagwood 2002). Ini memperlihatkan
bahawa kepentingan seorang guru pelatih mendapat penedahan dan
pengalaman yang cukup untuk mengalas tanggungjawab yang besar di sekolah,
sebagai seorang guru memang terdapat sekolah yang masih lagi mengangap
bimbingan dan kaunseling adalah pekara yang remeh dan tidak penting dalam
peningkatan pencapaian murid di sekolah, jadi saya merasakan artikel ini sangat
releven bagi mengetahui kepentingan kerjasama daripada pihak sekolah bagi
melahirkan seorang kaunselor yang cekap

saya sangat setuju dengan isi kandungan artikel ini kerana penulis menimbulkan
isu atau punca kepada keberkesanan pembelajaran dan pengalaman yang di
perolehi semasa di sekolah oleh seorang guru pelatih yang cemerlang ataupun
kurang cemerlang selain itu juga kajian ini memberi kesan-kesan yang akan di
terima kepada seorang pelatih praktikal hasil daripada penerimaan daripada
sekolah-sekolah tersebut

persoalan kajian terjawab dengan penulis berusaha untuk memahami
pengalaman yang di peroleh oleh guru pelatih dan membuat temubual dan
dengan itu penulis mencatat setiap tema yang di timbulkan oleh setiap guru
pelatih di sekolah yang berasingan dan persoalan kajian dapat di sah kan lagi
dengan penulis Penganalisisan data ini dijalankan dengan berpandu kepada
garispanduan yang dicadangkan oleh McLeod (2001).

metodologi yang di gunakan adalah sesuai ini kerana penulis mengunakan
kaedah kajian kualitatif dengan cara memilih sepuluh orang guru pelatih yang di
tempatkan di sekolah yang berbeza dan dapatan menggunakan 4 pendekatan
iaitu tembual sebayak 3 sesi, pemerhatian .dan penulisan mingguan daripada
pelatih

dapatan kajian ini adalah menyakinkan saya kerana melalui penulis
menggunakan kaedah tembual berstruktur fotana dan frey (1994) merriem
(1998) juga menyatakan tiga jenis temubual berstruktur , separa dan tidak
berstruktur, pemerhatian Patton (2002) menyatakan bahawa pemerhatian
adalah penting dalam mendapatkan pandangan menyeluruh mengenai
pengalaman individu.dan juga penulisan pengalaman mingguan pelatih tersebut

Sepuluh orang kaunselor pelatih yang ditempatkan di sembilan buah sekolah
yang berbeza terlibat di dalam kajian ini Data dikumpulkan melalui siri temubual
bersama kaunselor pelatih, iaitu dipermulaan,pertengahan dan di akhir
praktikum kaunseling. Mereka juga terlibat dalam penulisan diari secara
mingguan. Pemerhatian dan kajian dokumen berkaitan dilakukan oleh
penyelidik.Dapatan kajian menunjukkan bahawa proses pembelajaran yang
dilalui oleh kaunselor pelatih berkaitan dengan budaya yang diamalkan oleh
sesebuah sekolah. Terdapat dua budaya yang utama dipraktiskan di sekolah,
iaitu menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah satu aktiviti yang
menyokong perkembangan pelajar dan kedua, tidak menerima sepenuhnya
perkhidmatan kaunseling. Penganalisisan data bermula sebaik sahaja tamatnya
temubual yang pertama. Transkripsi temubual berkenaan disediakan sebaik
sahaja tamat sesi temubual berkenaan. Seterusnya temubual berkenaan
didengar dan transkripsinya dibaca berulangkali. Di peringkat
berkenaan,pengkaji berusaha untuk memahami pengalaman yang dilalui oleh
kaunselor pelatih berkenaan, dan mencatat tema yang timbul di dalam cerita
yang dikongsikan. Seterusnya,tema berkenaan terus disemak dan
dibina dalam temubual seterusnya. Disamping itu juga,kaunselor pelatih
berkenaan mempunyai peluang untuk menceritakan sebarang perkara yang
bermakna kepada mereka.Penganalisisan data ini dijalankan dengan berpandu
kepada garispanduan yang dicadangkan oleh McLeod (2001)Miles dan Huberman
(1994) menyatakan kebiasaan yang dilakukan oleh ahli fenomenologi semasa
membaca transkrip temubual adalah teliti dan tidak menggunakan sistem kod,
dan mereka berhati-hati daripada membuat andaian dalam usaha memahami
secara praktikal maksud dan tindakan yang dilakukan. Seterusnya,pernyataan
signifikan yang berkaitan dengan pengalaman kaunselor pelatih disenaraikan.
Kemudian, sebarang pernyataan yang mempunyai persamaan dikeluarkan

Jurnal ini ada memasukkan kajian kajian lepas serta model sebagai sokongan
kepada kajian yang dijalankan. Antara yang paling signifikan McLeo (2001)Miles
dan Huberman(1994) menyatakan kebiasaan yang dilakukan oleh fenomenologi
semasa membaca transkrip temubual adalah teliti dan tidak menggunakan
sistem kod, dan mereka berhati-hati daripada membuat andaian dalam usaha
memahami secara praktikal maksud dan tindakan yang dilakukan. Selain itu
penulis juga menghormati masa pelatih dengan Temubual pertama dikendalikan
pada minggu kedua dan ketiga, temubual kedua pada minggu keenam dan
ketujuh, dan temubual ketiga pada minggu kesepuluh dan kesebelas.Setiap
temubual diperuntukan sehingga satu jam setengah, ianya meliputi masa untuk
memulakan perhubungan, masa temubual dan masa untuk menamatkan
perhubungan.

artikel ini menunujukkan bahawa pengalaman yang di perolehi di sekolah amat
membantu terhadap pembelajaran seorang guru pelatih oleh itu kerjasama dan
kefahaman daripada sekolah sangat penting dan di tuntut selain itu Pengalaman
berada di sekolah yang tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling
telah menukar nilai,pemikiran dan tindakan seseorang kaunselor pelatih. Mereka
muncul sebagai individu yang berbeza hasil dari pengalaman berkenaan ini
menyebabkan terdapat kaunselor sekolah yang gagal mematuhi prosuder
kaunseling dan seterusnya tidak dapat membantu kepada kecemerlangan
sekolah

artikel ini memberikan saya panduan dan gambaran awal mengenai penyelidikan
secara kualitatif ini adalah kerana penulis membuat kajian yang mudah tetapi
menggunakan kaedah dapatan yang kukuh bagi membuktikan kepentingan isu
yang ingin di ketengahkan selain itu kajian ini memberikan saya pengetahuan
mengenai Setengah sekolah menerima perkhidmatan kaunseling sebagai salah
satu aktiviti pelajarnya. Berada di persekitaran berkenaan membolehkan
kaunselor pelatih meneroka pelbagai peluang yang membantu
perkembangannya sebagai seorang kaunselor. Walaupun begitu, setengah
sekolah tidak menerima sepenuhnya perkhidmatan kaunseling.




Penutup

penemuan baru yang di peroleh adalah kaedah metodologi yang kukuh sangat
penting walaupun tajuk atau isu yang inign di kaji adalah mudah melalui
pendekatan kualitatif kita boleh mengumpul sample dengan lebih tepat dan
kukuh bagi menguatkan lagi penemuan atau kajian yang kita telah lakukan.
Selain itu pematuhan kepada etika penulisan jurnal haruslah di patuhi dan di
teliti

di masa akan datang saya akan memilih tajuk yang mudah tetapi dengan
kaedah metodologi yang kukuh bagi membuktikan kesahihan dan menyokong
penemuan kajian yang di buat selain itu ketepatan masa iaitu merancang masa
yang cekap bagi menjalan kan bukti melalui temuramah dan pemantauan selain
itu saya juga akan memastikan sampel kajian membuat catatan bagi di
rekodkan bagi mengukuhkan lagi hasil dapatan yang di terima

jika saya melakukam kajian seperti yang di bincangkan saya akan
memperluaskan pemasalahan dan isu kajian sebagai contoh implikasi terhadap
murid, Profesionalisme kaunselor itu sendiri Allen et al. (2002) menjelaskan
bahawa 57% kaunselor dalam sampel penyelidikannya kurang bersedia
menghadapi tugas mereka, hanya 18% benar-benar bersedia. Kebanyakan
kaunselor (75%) hanya memahami rancangan dan progam intervensi yang
dirancang oleh pihak sekolah tetapi mereka kurang bersedia menanganinya
(Burn& Hoagwood 2002). dan kekangan yang di hadapi oleh pihak sekolah













Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara
mengalami

ULASAN JURNAL

MOHD. JIFRI BIN HJ. ASAKIL
badjau_man84@yahoo.com


Tugasan individu
Dr. Suyansah Swanto (Kaedah Kualitatif)
TT60104 Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan

Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial
Universiti Malaysia Sabah

You might also like