You are on page 1of 18

1

CTU101
(PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM)

SEMESTER OKTOBER 2022 - JANUARI 2023

TAJUK:
KEKELUARGAAN
KUMPULAN :
J4CEEM1101C

DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AQIM BIN MOHD SUHAIMI
HARRIS EIDMAN BIN MOHD NIZAM
AMIRUL HUSAINI BIN MOHD HUSSIN
MUHAMMAD AFIQ NAJMI BIN SHARUDIN

DISEDIAKAN UNTUK:
NURFIDA’IY
Pengenalan Objektif Kajian Kajian Metodologi, Dapatan & Rumusan, Bibliografi/ JUMLAH
(4) (4) Literatur Perbincangan Kesimpulan Rujukan 40%
(8) (16) dan Etika (4)
(4)
2

PENGAKUAN KEASLIAN KERJA

NO PELAJAR NAMA
2022872516 MUHAMMAD AQIM BIN MOHD SUHAIMI
2022837746 HARRIS EIDMAN BIN MOHD NIZAM
2022454222 AMIRUL HUSAINI BIN MOHD HUSSIN
2022853998 MUHAMMAD AFIQ NAJMI BIN SHARUDIN

Mengakui bahawa segala hasil kerja di dalam kertas kerja yang


bertajuk_______________________________________________________________________
adalah milik kami sepenuhnya. Kami tidak mengambil daripada hasil kerja orang lain kecuali
apa yang telah dinyatakan di dalam rujukan beserta pemberitahuan. Kami juga mengakui bahawa
segala hasil kerja ini adalah sepenuhnya tulisan kami bukan hasil penulisan orang lain.

Pengakuan ini dibuat pada:

Tandatangan:
3

ISI KANDUNGAN
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENGENALAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 METODOLOGI
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
5.1 KONSEP PENDERAAN KANAK KANAK DI MALAYSIA
5.2 MENGENALPASTI PENDEKATAN INTERAKSI SOSIAL KES PENDERAAN
KANAK-KANAK DI MALAYSIA
5.3 FAKTOR-FAKTOR UTAMA PENDERAAN KANAK KANAK YANG
MERUNCING DI MALAYSIA
5.4 MEMBAHASKAN USAHA-USAHA UNTUK MENGATASI KES PENDERAAN
KANAK-KANAK DI MALAYSIA.
6.0 RUMUSAN
7.0 RUJUKAN
4

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim ,

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat kami menyelesaikan
tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada
Ustazah NurFida’iy kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada kami untuk menyiapkan kerja
kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Ustazah NurFida’iy pensyarah Universiti Teknologi Mara, beliau yang telah banyak membantu
sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau
dan juga rakan-rakan kami yang telah banyak mencetuskan idea kepada kami sepanjang proses
penyiapan tugasan ini .

PENGENALAN

Keluarga merupakan unit asas komuniti. Setiap anggota keluarga mestilah berusaha
mengekalkan kehidupan berkeluarga dengan menjaga keharmonian keluarga dan menjaga
kesejahteraan keluarga serta menjaga kebajikan anggota keluarga. Keluarga adalah dua atau
lebih individu yang hidup dalam satu rumah tangga kerana adanya hubungan darah, perkahwinan
dan adopsi. Setiap anggota keluarga perlulah saling menyayangi antara satu sama lain supaya
kehidupan dalam keluarga menjadi bahagia dan selesa serta dapat mengelakkan perselisihan
faham antara anggota keluarga.
Ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam menjaga keluarga dan mempunyai
tanggungjawab yang sangat besar sebagai ketua keluar. Selain itu, ibu bapa perlulah menyayangi
dan memberikan tunjuk ajar yang baik kepada anak-anak mereka dengan menunjuk contoh-
5

contoh yang baik kepada anak-anak mereka serta mengutamakan pengetahuan ilmu islam agar
dapat mendidik anak-anak mereka daripada kecil lagi.
Pada zaman kini, ibu bapa kurang memberikan tumpuan kepada anak-anak mereka dan kurang
memberikan kasih sayang serta tidak bertangungjawab terhadap anak-anak mereka malah
mendera anak-anak mereka. Penderaan kanak-kanak merupakan satu fenomena yang serius yang
banyak memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak, masyarakat, negara, dan agama.
Kanak-kanak yang didera akan mengalami trauma yang teruk dan akan mempengaruhi
kehidupan mereka kerana mereka tidak mendapatkan kasih sayang yang sepatutnya seperti
kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang bahagia.
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis factor-faktor berlakunya penderaan kanak-kanak di
Malaysia dan kaedah untuk mengurangkan kes penderaan kanak-kanak di dalam negara kita.
Penderaan kanak-kanak merupakan suatu pelanggaran yang serius terhadap hak kanak-kanak
untuk tumbuh sihat dalam kehidupan mereka. Metadologi kajian ini adalah menggunakan
pendekatan kajian perpustakaan melalui analisis dokumentasi sepenuhnya. Dapatan kajian
menunjukkan kes penderaan kanak-kanak merangkumi penderaan dari aspek fizikal, emosi,
seksual dan pengabaian. Kajian ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat untuk
mengambil tindakan dan perhatian serius terhadap penderaan kes kanak-kanak di Malaysia.
OBJEKTIF
Penulisan kertas kerja adalah bertujuan untuk:
i) Mendalami konsep penderaan kanak-kanak.
ii) Mengenalpasti pendekatan interaksi sosial kes penderaan kanak-kanak di Malaysia.
iii) Membincangkan faktor-faktor utama kes penderaan kanak-kanak yang meruncing di
Malaysia.
iv) Membahaskan usaha-usaha untuk mengatasi kes penderaan kanak-kanak di Malaysia.

METODOLOGI
Kajian ini adalah menggunakan pendekatan kajian perpustakaan melalui analisis dokumentasi
sepenuhnya. Sumber rujukan berautoriti seperti artikel, jurnal dan kertas kerja seminar telah
dipilih sebagai rujukan primer. Dokumen yang digunakan adalah dari sumber rujukan bercetak
dan elektronik yang diambil daripada laman-laman sesawang berautoriti seperti Google.
Manakala pencarian sumber rujukan berasaskan kepada laman web seperti laman web
6

MutiaraIslam, Berita Harian, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan lain-lain juga
dipilih sebagai sumber rujukan sekunder.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN


1) KONSEP PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA:
Pengkaji penderaan kanak-kanak melihat terdapat pelbagai jenis penderaan kanak-kanak
yang saling berkait. Jenis penderaan yang akan menjadi fokus utama kajian ini adalah
penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak kanak. Untuk perbincangan ini
jenis penderaan akan dipecahkan kepada tiga kategori seperti berikut:
I. Penderaan fizikal
II. Penderaan seksual
III. Penderaan emosi
IV. Pengabaian kanak-kanak

i) Penderaan Fizikal:
Penderaan fizikal merupakan satu fenomena sosial ditakrifkan sebagai keganasan secara
fizikal terhadap kanak-kanak oleh ibu bapa, penjaga atau sesiapa saja yang bertanggungjawab
melindungi kanak-kanak tersebut. Definisi penderaan fizikal adalah sukar dan kompleks kerana
terdapat pelbagai faktor yang terlibat di dalam perlakuan seseorang kanak-kanak.

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dapat mentakrifkan bahawa seseorang kanak-


kanak dicederakan dari segi fizikal jika terdapat kecederaan dan boleh dilihat pada mana-mana
bahagian tubuh kanak-kanak itu, seperti contoh parut, patah atau kecederaan tulang yang lain,
seliuh, pendarahan, luka terbakar, melecur, hilang atau berubah kesedaran atau fungsi fisiologi
scperti gugur rambut atau patah gigi.

Pakar perubatan juga dapat mendefinisikan penderaan fizikal sebagai tindakan yang
boleh menyebabkan kecederaan seperti pendarahan otak (Birrell & Birrell 1968), lebam yang
teruk (Silverman 1968 dan Caffey 1972), kecacatan akibat penderaan fizikal (Cameron 1972),
retak dan patah tulang (O'Neil et. al. 1973), beku gigitan (Sims et. al. 1973), melecur dan
terbakar dicucuh puntung rokok (Smith & Hanson 1974). Disamping itu, Oates (1993:57) pula
7

membuktikan penderaan fizikal boleh membawa maut kepada dua kumpulan kanak-kanak iaitu
kanak-kanak cacat sejak dilahirkan dan juga kanak-kanak cacat akibat penderaan tersebut.

Namun begitu banyak lagi kaedah dan alat yang digunakan untuk mencedera kanak-
kanak. Menurut Mohd Sham Kasim (1994) kaedah dan alat yang digunakan merangkumi kanak-
kanak merupakan tangan, dirotan, disebat, digigit, disimbah cecair panas, dicucuh dengan besi
atau benda panu, putung rokok atau ubat nyamuk, dirantai, diikat, dikunci dalam bilik atau
rumah, ditumbuk, disepak, diterajang, dicubit, dikepit dan sebagainya. Takrifan Akta
Perlindungan Kanak-Kanak dan diagnosis pakar perubatan perlu diberi perhatian untuk
menentukan kanak-kanak tersebut terlibat dalam kes penderaan fizikal.

ii) Penderaan Seksual:


Penderaan seksual merujuk kepada segala bentuk aktiviti seksual yang bertujuan untuk
memenuhi nafsu seks orang dewasa, melalui pornografi, gambar, perakam suara, filem, perakam
video atau mengeksploitasi bahagian sulit kanak-kanak. Penderaan seksual melibatkan kanak-
kanak dicabul, dirogol dan dipaksa melacur.

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang yang terlibat


dalam penderaan seksual kanak-kanak merupakan mengambil bahagian, sama ada sebagai
peserta atau pemerhati dalam apa-apa aktiviti yang bersifat seks dalam apa-apa bahan seperti
fotografi, filem, pita video atau persembahan yang bersifat pornografi atau lucah oleh sesiapa
bagi memuaskan nafsu seks orang itu atau orang lain.

Menurut Schechter dan Roberge (1976), sesetengah kanak-kanak menjadi mangsa


penderaan seksual di dalam keluarga (sumbang mahram) atau upacara ritual tertentu. Faktor-
faktor lain yang perlu diberi perhatian mengenai penderaan seksual merupakan umur pelaku,
bentuk perlakuan atau kejadian, sama ada mangsa mengizinkan perlakuan tersebut, umur
mangsa, jantina dan hubungan mangsa dengan pelaku dan akibat perlakuan atau kejadian
8

terhadap kanak-kanak tersebut. Beberapa ahli psikologi berpendapat bahawa bentuk penderaan
ini akan membawa implikasi buruk kepada perkembangan emosi seseorang kanak kanak mangsa
penderaan.

iii) Penderaan Emosi


Penderaan emosi merujuk kepada bentuk gangguan psikologi terutama dari segi mental
dan emosi, sama ada didera dan dianiaya oleh ahli keluarga yang terlibat. Emosi merupakan rasa
dalaman yang dapat dilihat seperti sedih, marah, meradang, geram, benci, sakit dan sebagainya.
Penderaan emosi berpunca daripada ibu bapa atau penjaga tidak memberi kasih sayang yang
mencukupi, membenci kanak kanak tersebut, kanak-kanak tidak dihiraukan, tidak dilayan
kerenahnya, pergaulan mereka disekat misalnya tidak dibenarkan berkawan atau bermain
bersama mereka, mereka sering dimarah, ditengking, ditakut-takutkan dan ahli keluarga
bermusuhan dengan kanak-kanak.

Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 mentakrifkan bahawa seseorang kanakkanak


dapat dicederakan dari scgi emosi jika ada gangguan yang ketara atau boleh dilihat pada
kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tersebut seperti kecelaruan mental atau tingkah laku,
termasuk keresahan, kemurungan, penyendirian atau tumbesaran yang lambat.

Punca utama kanak-kanak terganggu secara emosi adalah disebabkan oleh ibu bapa atau
penjaga. Penderaan emosi berlaku apabila kanak-kanak tersebut dihalang atau tidak diberi
rawatan yang sewajarnya oleh ibu bapa atau penjaga. Hal ini dapat dilihat melalui tingkah laku
kanak-kanak mengikut perkembangan umur mereka. Penderaan emosi boleh bermula sejak
mangsa berumur 6 hingga 8 bulan, umur pra-sekolah, umur persekolahan dan umur remaja.
Setiap perkembangan umur kanak-kanak akan menunjukkan perubahan tingkah laku yang ketara.
Contohnya, sewaktu umur persekolahan, mangsa sering ponteng sekolah, tidak berminat
terhadap pelajaran, kelihatan murung dan suka mengasingkan diri.

iv) Pengabaian kanak kanak


Pengabaian kanak-kanak merujuk kepada pengabaian terhadap penjagaan kanak-kanak dari segi
keperluan asas seperti keselamatan, makanan berkhasiat, pendidikan, rawatan emosi dan fizikal.
9

Salah satu contoh ialah kanak-kanak yang dipaksa bekerja. Akta Perlindungan Kanak-Kanak
1991 mentakrifkan pengabaian kanak-kanak diertikan sebagai membiarkan seseorang kanak-
kanak tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan bagi
kanak-kanak itu, termasuk tidak menyedialcan makanan dengan secukupnya, memberi pakaian,
rawatan kesihatan atau tempat kediaman yang sempurna. Keadaan ini menycbabkan kanak-
kanak akan merasakan tersisih dan tidak tentu arah. Oleh itu kanak-kanak berkenaan mempunyai
perasaan ketakutan apabila berhadapan dengan orang lain dan mereka akan berkelakuan ganjil.
Mereka takut menjalani kehidupan ini dan sentiasa mengasingkan diri.

Selain itu, dari aspek psikologi pula, menurut Kieran O' Hagan (1993:101) keadaan seumpama
itu akan menyebabkan tekanan jiwa kepada kanak-kanak mangsa keadaan. Kanak-kanak yang
teraniaya terutama yang berumur 6 hingga 9 tahun ke atas selalunya akan menjalani gangguan
emosi dan personaliti. Kebanyakkan pendera adalah ibubapa kandung atau penjaga rapat kepada
kanak-kanak yang menghadapi masalah tekanan jiwa atau pemabuk.

Akhir Sekali, Pengabaian kanak-kanak bukan sahaja menggangu psikologi kanak-kanak, malah
boleh menggangu perkembangan tumbesaran mcreka. Menurut Skuse, (1993: 31) kanak-kanak
didera dan diabaikan untuk jangka masa yang lama akan membantutkan tumbesaran yang
dikenali sebagai "disorders of biological rhythms" contohnya kanak-kanak menjadi pendek dan
kurus. Konsep pendcraan dan pengabaian yang saling kait ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

2) MENGENALPASTI PENDEKATAN INTERAKSI SOSIAL KES PENDERAAN


KANAK-KANAK DI MALAYSIA:

Pendekatan ini merangkumi interaksi sosial di dalam dan di luar dunia kanakkanak
mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak yang dikemukakan oleh Kari Killen (1990).
Interaksi sosial bermaksud kegiatan dua atau lebih orang yang melibatkan sikap, nilai,
tingkahlaklu dan harapan setiap orang. Konsep interaksi di dalam kajian ini dapat dilihat
daripada faktor-faktor di luar dan di dalam diri kanak-kanak. Faktor di luar dunia kanak-kanak
adalah status sosio-ekonomi personaliti ibubapa, hubungan perkahwinan, jaringan sosial dan
sosio-budaya. Faktor-faktor ini akan memberi impak terhadap dunia kanak-kanak, sehingga
membentuk pertumbuhan psikologi kanak-kanak yang tidak matang atau terbantut. Penekanan
10

ini merupakan bagaimana kanak-kanak melihat diri mereka dan dunia di luar mereka. Kedua-dua
ini akan mempengaruhi perkembangan tumbesaran mcreka. Bahkan rangsangan persekitaran
adalah perlu untuk tumbesaran fizikal dan mental kanak-kanak.

Status Sosio-Ekonomi

Beberapa kajian membuktikan bahawa status sosio-ekonomi merupakan salah satu factor dalam
kes penderaan kanak-kanak di Malaysia. Menurut Leontine Young, persoalan yang penting
dalam status sosio-ekonomi keluarga mangsa penderaan adalah apakah tingkat pendidikan dan
jenis pekerjaan, bagaimana pula dengan jenis tempat kediaman dan jiran tetangga di persekitaran
tempat tinggal, dan apakah masalah kesihatan serta masalah sosial mereka? Pada pendapat
pengkaji persoalan ini adalah penting dalam kajian mengenai kes-kes rawatan penderaan dan
pengabaian kanak-kanak.

Sementara itu kami telah melakukan kajian mengenai pengaruh status sosio-ekonomi yang
rendah terhadap kaedah pendidikan kanak-kanak. Hasil kajiannya menunjukkan terdapat tiga
kaedah ibu bapa mendidik kanak-kanak dimana ia berlaku umum dalam keluarga yang mendera
kanak-kanak. lanya terbahagi kepada:
a) Pendera mencari kepuasan emosi dengan mendera kanak-kanak.
b) Tidak sabar dan tidak berdaya menghadapi kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku
yang bersifat agresif.
c) Kawalan ibu bapa bersitat autoritatif yang kaku.

Norma Budaya
Norma budaya adalah peraturan atau tatacara tingkahlaku individu yang diterima umum di dalam
masyarakat. Ini adalah kerana keakuran terhadap norma budaya sesuatu kelompok
melambangkan ciri-ciri kcperibadian budaya tersebut. Dalam kes penderaan dan pengabaian
11

kanak-kanak, norma budaya mempengaruhi cara ibubapa mendidik kanak-kanak. Menurut


Sharon D. (1996:90), sesetcngah budaya mengalakkan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak.
Dalam budaya ini kanak-kanak sering terlibat di dalam pcndcraan ftzikal. Maka ibubapa atau
pcnjaga yang menggunakan hukuman ini menghadapi masalah dalam mendefinisikan penderaan
fizikal terhadap kanak-kanak. Sebaliknya, sesetengah budaya pula yang tidak menggalakkan
hukuman fizikal dalam mendisplinkan kanak-kanak dan secara tidak langsung pcngaruh budaya
begini boleh mengurangkan penderaan kanak-kanak.

Mengekalkan dan mengamalkan budaya tradisional adalah sangat bergantung kepada institusi
keluarga. Amalan ini juga akan mempertahankan cara mcndidik kanak kanak secara tradisional.
Cara ini botch seimbangkan tekanan jiwa ibubapa dan kanak kanak pula mendapat sokongan
sosial darl kaum kerabat .

Keyakinan yang berakar-umbi dalam masyarakat Malaysia mendapati bahawa anak adalah harta
ibubapa dan mereka berhak mendidik kanak-kanak dengan cara mereka sendiri. Kadang kala
cara yang digunakan boleh mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak. Dalam konteks,
sikap golongan status sosio ekonomi rendah tcrhadap cara mendidik memungkinkan penderaan
dan pengabaian terhadap kanakkanak. Faktor ini ditambah dcngan kcsulitan sosio--ekonomi
kcluarga sepcrti pengangguran, malah personaliti ibubapa, keretakan hubungan perkahwinan dan
tingkahlaku anak yang bermasalah akan mengurangkan hubungan ibubapa dcngan jaringan
soaial. Oleh yang demikian, pckerjaan adalah penting dalam mempereratlcan hubungan jaringan
sosial, jika tidak hubungan sosial juga akan merengang. Untuk mengadakan hubungan sosial
tcrsebut memerlukan wang dan status tertentu dalam masyarakat. Selain itu, salah satu sumber
utama dalam perebutan kelas sosial di dalam budaya adalah kedudukan sosial yang diukur
dengan pendapatan, pekerjaan dan prestijnya. Akibat tckanan aosial yang dialami pendcra adalah
kcrana mcreka tidak dapat memenuhi kehendak sistem nilai yang wujud dalam masyarakat.
Justeru itu, tindak laku pendera terhadap tekanan sosial boleh menonjolkan ketidakpuasan diri,
konsep kendiri yang negatif, suka bersendirian, tidak bercampur dan kurang berinterakai dengan
masyarakat dan persekitaran keluarga mangsa.
12

Jaringan Sosial
Jaringan sosial adalah suatu kelompok yang terdiri dari tiga orang atau lebih dapat
dikelompokkan sebagai suatu kesatuan sosial atau kelompok sosial. Mereka yang berada dalam
suatu jaringan sosial biasanya tidak sedar akan keanggotaannya kerana jaringan tersebut belum
tentu terwujud scbagai suatu organiaasi atau berkumpulan rasmi, contohnya hubungan
kekeluargaan atau jiran tetangga, upacara keluarga, upacara sepanjang kitaran hidup dan upacara
adat istiadat dan aktiviti-aktiviti persatuan atau pertubuhan

Dalam kaitan masalah keluarga pendera dimana ibubapa atau pelaku memperlihatkan
ketidakpuasan dengan jaringan sosial, contohnya kurang pergaulan dengan kawan-kawan atau
saudara-mara dimana mereka lebih suka memenuhi masa lapang dengan cara tersendiri.
Disamping itu, jika kurangnya hubungan jaringan sosial dikalangan ibubapa tersebut, boleh
menyebabkan kesan dua kali ganda terhadap perkembangan psikologi kanak-kanak. Sokongan
soaial yang tidak mencukupi ini akan menjejaskan fungsi diantara ibubapa sebagai individu dan
pelindung kepada anggota keluarga. Sementara itu hubungan antara anggota keluarga yang
berkonflik menyebabkan kanak kanak terperangkap atau membatasi diri dari terlibat di dalam
keganaaan rumah tanga sehingga keadaan ini membentuk pengalaman dalam hidup kanak-kanak
tersebut kelak.

Jaringan sosial dalam keluarga yang mendera kanak-kanak gagal membentuk fungsi kawalan
sosial. Umumnya, kawalan sosial inilah yang menyekat tingkahlaku ibupada daripada bertindak
ganas. Kegagalan dalam mengawal tingkahlaku menyebabkan keluarga mangsa memerlukan
perlindungan, perkhidmatan rundingcara, pengawalan dan bantuan kewangan . Oleh itu, interaksi
di dalam hubungan kekeluargaan mangsa penderaan adalah amat penting. Hubungan baik di
dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi hubungan di luar keluarga terutamanya diantara
jiran tetangga dan saudara-mara.
13

3) FAKTOR-FAKTOR UTAMA PENDERAAN KANAK KANAK YANG MERUNCING


DI MALAYSIA:

Daripada 19 faktor penderaan yang direkodkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM), terdapat 12 faktor dikategorikan di bawah kategori ini. Seperti yang telah dinyatakan di
atas, empat faktor utama berlakunya kes penderaan adalah perbalahan keluarga, ibu mengikut
teman lelaki, masalah kewangan serta kecuaian ibu bapa. Kelemahan komunikasi antara ibu dan
bapa dengan anak-anak merupakan sebab perbalahan berlaku menyebabkan kanak-kanak
menjadi mangsa di depan mata untuk dilepaskan amarah (Azizah 2017, Noor Zulaikha &
14

Ridzuan, t.t). Komunikasi di dalam rumah tangga seharusnya diurus dengan baik oleh ibu bapa
agar tidak mencederakan kanak-kanak yang tidak bersalah.

Faktor seterusnya yang perlu diberi perhatian merupakan ibu mengikut teman lelaki.
Banyak kes telah dilaporkan, apabila ibu mempunyai teman lelaki, kanak-kanak di bawah jagaan
ibu sering mengalami penderaan. Jika bukan disebabkan oleh ibu yang mencederakan kanak-
kanak, kebiasaannya teman lelaki tersebut yang mencederakan kanak-kanak di luar pengetahuan
ibu mereka (Fazrik 2017). Hal ini merupakan tanggungjawab utama seorang ibu untuk
melindungi anak mereka dengan baik berbanding mengutamakan teman lelaki yang tidak
mempunyai tali perhubungan kekeluargaan dengan mereka.

Masalah kewangan merupakan faktor yang tidak terlepas daripada penderaan kanak-
kanak. Apabila kewangan tidak dapat diuruskan dengan baik, anak-anak menjadi mangsa
penderaan dan pengabaian terutama dari sudut hak asasi kanak-kanak yang tidak terjaga.
Peningkatan kes bagi masalah kewangan ini dilihat mempunyai kaitan dengan keadaan ekonomi
semasa yang tidak menentu menyebabkan hak anak-anak terabai. Dalam fasa zaman semakin
moden dan teknologi semakin canggih pada hari ini, kos sara hidup terutamanya di bandar
semakin meningkat menyebabkan masyarakat terutamanya golongan berpendapatan rendah
mengalami kesempitan hidup sehingga wujudnya fenomena kemiskinan bandar (Noremy et. al
2012). Hal ini dapat dilihat selari dengan kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun (2017) malah menurutnya, isu kewangan ini
juga boleh menyebabkan punca pergaduhan di antara suami dan isteri seterusnya anak-anak
menjadi mangsa keadaan.

Bagi faktor kecuaian ibu bapa atau penjaga pula, faktor ini merupakan salah satu bentuk
penderaan dari sudut pengabaian. Pengabaian menurut Seksyen 17, Bahagian V Akta
KanakKanak 2001 telah mengkategorikan pengabaian kepada 3 aspek iaitu pengabaian
pengawasan sehingga menyebabkan kanak-kanak tercedera, pengabaian hak asasi sehingga
menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat hak kehidupan dan berkembang dengan baik serta
lain-lain pengabaian yang melibatkan pengabaian secara langsung atau tidak langsung terhadap
kanakkanak (Akta Kanak-Kanak 2001). Tidak dapat tidak kecuaian ibu bapa mempunyai kait
rapat dengan pengabaian terutamanya dari sudut pengawasan. Hal ini turut dinyatakan oleh
Datuk Azizah (2017) sebagai faktor penyumbang penderaan. Jika diperhalusi, faktor ini dilihat
15

meningkat hampir dua kali ganda pada tahun 2014 iaitu sebanyak 606 kes berbanding 312 kes
pada tahun 2013. Pada tahun-tahun berikutnya, faktor ini didapati menurun kepada 561 kes pada
tahun 2015, 526 kes pada tahun 2016 serta menurun sekali lagi pada tahun 2017 dengan catatan
507 kes. Walaupun mengalami penurunan kes sedikit demi sedikit, hal ini tetap menunjukkan
perubahan positif terhadap sikap ibu bapa yang semakin bertanggungjawab dalam memastikan
anak-anak mereka dalam keadaan baik dan terpelihara daripada sebarang perkara yang
mengakibatkan kecederaan. Sikap ini wajar dipuji dan diteruskan bagi mengekalkan penurunan
kes pada tahun-tahun mendatang.

Manakala faktor-faktor lain yang berpunca daripada pendera seperti pendera seorang kaki
botol atau pemabuk, kaki judi, penagih, terlibat dengan jenayah dan gila seks walaupun
mempunyai rekod yang tidak begitu tinggi dalam tempoh 5 tahun ini, faktor-faktor ini
seharusnya tidak boleh dibiarkan dan dipandang enteng begitu sahaja. Kesedaran dalam memikul
tanggungjawab sebagai ibu bapa wajar ditanam dan diterapkan dalam diri ibu bapa seawal
sebelum mereka melangkah ke alam rumahtangga lagi (Zainab 2008). Kesedaran ini penting bagi
mengawal tindakan dan sikap ibu bapa daripada mengamalkan amalan yang negatif serta
bertentangan dengan agama dalam kehidupan mereka. Hal ini sekaligus dapat membantu dalam
mengelakkan penderaan terhadap kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi mangsa sikap tidak
bertanggungjawab ini. Bagi faktor pendera yang pernah berpengalaman menjadi mangsa dera
pula, sebenarnya kesan penderaan emosi dan trauma tidak terlepas daripada mereka. Hal ini
menyebabkan mereka menyimpan dendam atau menganggap penderaan terhadap kanak-kanak
sebagai suatu amalan yang normal dan tidak salah. Tidak dapat tidak, rawatan psikologi perlu
diberikan kepada mereka agar perkara yang sama tidak berulang kepada anak-anak mereka
(Kasmini 1998, Noorjannah 2014, Noremy et. al 2012). Di samping itu, rawatan psikologi ini
turut dilihat perlu diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan mental agar
kanak-kanak tidak terus menjadi mangsa penderaan.

4)MEMBAHASKAN USAHA-USAHA UNTUK MENGATASI KES PENDERAAN


KANAK-KANAK DI MALAYSIA.

Untuk mengurangkan kes penderaan kanak-kanak, bantuan daripada semua pihak sangat
diperlukan. Ibu bapa yang menjadi punca utama penderaan kanak-kanak perlu diberikan banyak
16

bantuan untuk mengurangkan kes-kes penderaan. Suami isteri haruslah mengambil khusus-
khusus pendidikan keibubapaan dan pendidikan agama setelah mereka berkahwin. Mereka harus
sedar tanggungjawab untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia sebagai seorang ibu bapa.
Mereka akan didedahkan cara menjaga anak mereka dan melayan pasangan mereka dengan baik
melalui pendidikan ini. Ibu bapa juga mestilah mempunyai kesedaran yang tinggi untuk menjadi
teladan yang baik kepada anak mereka. Apabila menghadapi tekanan, mereka harus menghadiri
sesi bimbingan dan kaunseling supaya tidak melepaskan tekanan mereka kepada pasangan dan
anaknya.

Langkah kedua ialah guru-guru disekolah harus sentiasa memberi perhatian kepada murid
apabila mendapati perubahan yang besar berlaku kepada seseorang murid. Guru perlu memberi
kasih sayang kepada murid supaya mereka dapat meluahkan perasaan dan masalah mereka jika
penderaan berlaku. Pihak sekolah pula boleh mencari pihak jawatan kuasa seperti polis juga
mendapati kes penderaan berlaku kepada seorang murid. Pihak sekolah juga haruslah memupuk
guru kaunseling supaya bersabar dan berteliti supaya mendapat kepercayaan murid-murid.

Langkah yang ketiga ialah peranan masyarakat dalam mengatasi masalah penderaan
kanak-kanak juga penting. Masyarakat haruslah mempunyai semangat kejiranan yang tinggi.
Kita perlu membuang sikap yang mementingkan diri sendiri. Jika mendapati ada kes penderaan
kanak-kanak yang berlaku di sekeliling kita, kita hendaklah mengambil tindakan segera dan
bukan memikirkan perkara ini dan boleh diabaikan. Masyarakat juga harus peka dengan keadaan
sekeliling dan segera melaporkan kepada polis apabila mengesankan kes penderaan kanak-kanak
berlaku. Selain daripada itu, masyarakat juga boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan
melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Hal ini demikian, supaya masyarakat kita menjadi
orang yang mulia dan mengurangkan kes-kes jenayah yang berlaku.

Langkah-langkah yang terakhir ialah pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-


undang supaya tiada orang berani menjalankan penderaan kanak-kanak. Pendera yang bersalah
harus dijatuhkan hukuman yang berak untuk mengingatkan masyarakat tentang akibat seseorang
melakukan jenayah ini. Pihak kerajaan juga boleh menganjurkan "Kempen Keluarga Bahagia"
untuk meningkatkan kesedaran rakyat dalam menubuhkan sebuah keluarga yang bahagia.
17

RUMUSAN

Sesungguhnya, kajian itu telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian
ini, kami telah mengetahui dan mendalami konsep penderaan kanak-kanak, mengenalpasti
pendekatan interaksi sosial penderaan kanak-kanak, membincangkan faktor-faktor utama
penderaan kanak-kanak yang meruncing dan membahaskan kaedah untuk mengurangkan kes
penderaan kanak-kanak di tanah air kita, Malaysia.

Kami telah berjaya memperoleh pelbagai ilmu baharu sepanjang melakukan penyelidikan
berkaitan tajuk yang diperoleh. Segala maklumat dan fakta yang diperoleh melalui hasil kajian
kami sudah kami bentangkan dalam kajian ini seperti yang diajar dan diarahkan oleh Ustazah
Nurfida’iy.

Oleh itu, kita sebagai umat Islam dan seorang manusia haruslah berganding bahu ibarat
ke gunung sama didaki ke lurah sama dituruni dalam usaha mengurangkan kes penderaan kanak-
kanak. Berasaskan kajian yang telah kami lakukan telah kami senaraikan cara-cara tersebut.
Dengan ini, tamatlah kajian literatur dari kami dan sekian sahaja untuk rumusan.

RUJUKAN

Akta Kanak-Kanak (2001)

Azizah Mohd. Dun. (2017). 4,652 kes penderaan kanak-kanak. Utusan Malaysia. 17 Mac 2017.
https://www.utusan.com.my/berita/parlimen/4-652-kes-penderaan-libatkan-kanak-kanak-
1.458091#nav-allsections

Jabatan Kebajikan Masyarakat. (2013-2017). Buku Laporan Statistik Malaysia.


18

Kasmini Kassim. (1998). Penderaan Kanak-kanak: Trauma Terselindung. Bangi: Penerbitan


Universiti Kebangsaan Malaysia

Noor Mohamad Shakil Hameed. (2015). Tangani kes dera secara berkesan. Rencana Utusan
Malaysia. 28 Julai 2015. https://www.utusan.com.my/rencana/tangani-kes-dera-secara-berkesan-
1.117821

Noremy Md. Akhir, Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, M. Suhaimi Mohamad &
Nazirah Hassan. (2012). Hubungan Faktor Dalaman Penderaan Fizikal Terhadap Kanak-kanak
Oleh IbuBapa. Jurnal e-Bangi, Vol. 7, No. 1, Ms.1-14.

You might also like